bab2.penyakit

22
 Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak 1 KANDUNGAN Bab 1: Pengenalan Bab 2: Penyakit Dalam Kalangan Kanak- Kanak Bab 3: Pengurusan Penyakit Kanak-Kanak Bab 4: Konsep Asas Pemakanan Bab 5: Perancangan Pemakanan Bab 6: Isu-Isu Kesihatan & Pemakanan Bab 7: Keselamatan Kanak-Kanak Bab 8: Pengurusan Kemalangan & Kecederaan - 1 Bab 9: Pengurusan Keselamatan & Kecederaaan - 2 BAB 2: Penyakit dalam Kalangan Kanak-Kanak Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan maksud alergi, penyakit yang merebak dan keracunan b) Mengenal pasti sebab alergi dan keracunan c) Menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan penyakit merebak d) Menentukan simptom-simptom alergi, penyakit tertentu dan keracunan e) Menghuraikan tindakan mencegah masalah-masalah kesihatan 2.1 Mukadimah 2.2 Alergi 2.3 Konjunktivitis 2.4 Cacar Air 2.5 Ruam 2.6 Cirit-Birit 2.7 Demam Campak 2.8 Deman Denggi Rujukan

Upload: slphey

Post on 27-Mar-2016

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 1/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

1

KANDUNGAN

Bab 1: PengenalanBab 2: Penyakit Dalam Kalangan Kanak-

KanakBab 3: Pengurusan Penyakit Kanak-KanakBab 4: Konsep Asas Pemakanan

Bab 5: Perancangan PemakananBab 6: Isu-Isu Kesihatan & PemakananBab 7: Keselamatan Kanak-KanakBab 8: Pengurusan Kemalangan &

Kecederaan - 1Bab 9: Pengurusan Keselamatan &

Kecederaaan - 2

BAB 2: Penyakit dalam Kalangan Kanak-Kanak

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

a) Menerangkan maksud alergi, penyakit yang merebak dan keracunanb) Mengenal pasti sebab alergi dan keracunanc) Menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan penyakit merebakd) Menentukan simptom-simptom alergi, penyakit tertentu dan keracunane) Menghuraikan tindakan mencegah masalah-masalah kesihatan

2.1 Mukadimah

2.2 Alergi2.3 Konjunktivitis2.4 Cacar Air2.5 Ruam2.6 Cirit-Birit2.7 Demam Campak2.8 Deman Denggi

Rujukan

Page 2: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 2/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

2

Kanak-kanak kerap didedahkan kepada berbagai-bagai jenis masalah kesihatan seperti alergi,selsema, batuk, sakit tekak dan juga keracunan seperti keracunan makanak. Walau punkejadian-kejadian ini dianggap tidak mebahaya, ia tidak boleh diabaikan dan tabika dantadika boleh mengambil tindakan untuk mengelak ia berlaku. Jika ia dibiar berterusan, ia

boleh menjejas perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak serta mempengaruhi pembelajaran mereka. Di pusat-pusat tabika dan tadika, penyakit-penyakit tertentu mudah berjangkit seperti selsema, demam campak, penyakit mulut dan kaki dan lain-lain. Bab inimembicangkan beberapa penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Pernahkah anda memerhati kanak-kanak yang tidak sakit tetapi mempunyai tanda-tanda atausimptom-simptom seperti kulit gatal, mata berair, hidung berhingus dan sebagainya? Kanak-kanak ini mungkin mempunyai sesuatu alergi. Kadang-kala sesuatu simptom itu sama sepertisesuatu simptom penyakit.

Apakah alergi? Alergi ialah sesuatu reaksi abormal oleh sistem imuniti kita terhadap sesuatu bahan? Contohnya, sesetengah kanak-kanak mempunyai reaksi alergik apabila meminumsusu. Dalam kebanyakan kes, alegi tidak merbahaya. Sesetengah orang sensitif terhadap

sesuatu bahan manakala orang lain tidak sensitif terhadap bahan yang sama. Adalah sukarmenentukan mengapakah ini berlaku. Sesetengah kajian mengaitkan alergi dengan faktor-faktor genetik.

Reaksi kanak-kanak terdapat bahan-bahan tertentu seperti susu, bulu haiwan, telor dansebagainya. Lihat Rajah dibawah.

2.1 Mukadimah

2.2 Alergi

Page 3: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 3/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

3

ALERGI MATA KANAK-KANAK

RAMAI kanak-kanak dan remaja yang mengalami penyakit alergi (alahan) mata. Kanak-kanak kerap kali mengalami keadaan mata merah dan mengadu keadaan mata yang tidakselesa. Dalam bahasa perubatan, penyakit ini dikenali sebagai allergic conjunctivitis.Keadaan ini menyebabkan mereka kerap tidak menghadiri persekolahan dan menimbulkankeresahan para ibu bapa. Terdapat ramai juga di kalangan ibu bapa dan para guru yangkurang memahami tentang penyakit alergi mata ini dan menyangka keadaan ini boleh

berjangkit kepada pelajar-pelajar lain. Atas alasan tersebut, kanak-kanak dan remaja yangmengalami penyakit alergi mata dilarang menghadiri sesi persekolahan dan bolehmenyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

Punca - Penyakit ini berlaku disebabkan tindak balas alahan pada struktur konjunktiva mata.Tindakbalas alergi ini boleh disebabkan oleh pendedahan kepada:

debunga habuk makanan-makanan tertentu (seperti makanan laut, telur dan sebagainya) bulu binatang asap rokok

bahan kimia klorin minyak wangi dan kosmetik lain-lain punca

Penyakit ini bukanlah disebabkan oleh jangkitan kuman dan ia tidak berjangkit sama sekali.Pesakit yang mengalami masalah alergi mata kerap kali turut mengalami penyakit-penyakitalergi lain seperti asma, rhinitis (resdung) dan penyakit alergi kulit. Kebanyakan pesakit-

pesakit juga turut mempunyai sejarah keluarga atau ahli keluarga yang lain turut mengalami penyakit-penyakit alergi seperti yang dinyatakan di atas.

Gejala Klinikal - Penyakit ini biasanya berlaku pada kedua-dua belah mata. Pesakit biasanyamengadu mata merah, gatal pada mata dan mata berair.

Berikut ini ialah beberapa simptom alergi:

Selesema Hidung berhingus dan gatal Pening kepala Hidung berdarah Sakit perut (tidak berkaitan dengan keracunan atau yang lain) Sukar bernafas Kulit bergatal Kudis Sukar menelan

Page 4: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 4/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

4

Kelopak mata pesakit juga kadang-kala turut membengkak sedikit. Penyakit ini biasanyatidak mengganggu ketajaman penglihatan kecuali dalam kes-kes yang teruk dan serius.Tanda-tanda klinikal ini kerap kali berlaku dan biasanya mengambil masa selama tujuhhingga 10 hari untuk pulih. Ia juga boleh berulang pada bila-bila masa sahaja dan biasanyaagak kerap berlaku dalam kes-kes yang serius.

Bagi kes yang serius, pesakit boleh mengalami keadaan mata yang sangat merah dan tidakselesa terutamanya apabila terkena cahaya matahari. Lapisan konjunktiva pada kelopak mata

biasanya membengkak ( giant papillae ). Keadaan ini sekiranya berterusan bolehmenyebabkan luka pada lapisan kornea mata ( shield ulcer ). Luka pada lapisan kornea akanmenyebabkan pesakit berasa sangat tidak selesa, mata berair dan berasa lebih selesa apabilamemejam mata. Luka ini perlu mendapat rawatan yang sewajarnya bagi mengelakkan

berlakunya jangkitan kuman pada mata.

Pencegahan dan Rawatan - Ibubapa dinasihati supaya mengenalpasti punca-punca alergikepada anak-anak mereka. Punca-punca alergi ini berbeza dari satu individu ke individu yanglain. Seterusnya, elakkan anak-anak terdedah secara langsung kepada punca-punca tersebut.Langkah pencegahan ini penting bagi mengelakkan situasi yang kronik dan keadaan matayang tidak selesa untuk tempoh masa yang lama. Contohnya, sekiranya bulu kucingmenyebabkan gejala alergi mata terjadi ke atas anak anda, jangan membela kucing sebagai

binatang peliharaan di rumah.

Jangan menggunakan pewangi tertentu sekiranya bahan tersebut menyebabkan mata anakanda menjadi lebih merah, berair dan gatal-gatal. Dapatkan pemeriksaan awal di klinik yangmempunyai kepakaran dalam bidang oftalmologi (mata), sama ada di klinik kerajaan atauklinik swasta. Pengesahan diagnosis yang tepat oleh doktor mata adalah penting bagimenentukan anak anda mengalami penyakit alergi mata dan bukannya penyakit-penyakitmata lain yang mungkin boleh menjejaskan keupayaan anak anda melihat kelak.

Ubat titis mata biasanya digunakan untuk merawat penyakit ini. Terdapat pelbagai jenis ubattitis mata untuk rawatan penyakit alergi mata di pasaran dan preskripsi ubat akan diberikanoleh doktor mata berdasarkan keadaan mata pesakit. Rawatan susulan dengan doktor pakarmata yang konsisten (berkala) dan penggunaan ubat titis mata secara teratur amat penting

bagi mengawal gejala-gejala klinikal yang disebutkan di atas.

Ibu bapa dilarang daripada membeli ubat titis mata dari farmasi tanpa preskripsi doktor untukmerawat penyakit alergi mata. Sesetengah ubat, contohnya ubat titis steroid, hanya boleh

digunakan untuk tempoh masa yang singkat dengan pengawasan rapi oleh doktor mata.Pesakit dikhuatiri menggunakan ubat tersebut untuk tempoh masa yang panjang dan berulang-ulang tanpa merujuk kepada doktor mata.

Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan dalam bola mata meningkat dan berlaku kerosakan pada saraf mata, yang dikenali sebagai penyakit glaukoma akibat penggunaan ubat steroid.Situasi ini boleh menyebabkan pesakit menjadi buta sekiranya tidak dikesan dan dirawat pada

peringkat awal.

Pesakit yang mengalami gejala alergi mata juga tidak digalakkan menggunakan kanta lekap.Penggunaan kanta lekap biasanya akan menyebabkan gejala-gejala alergi mata sukar dikawal

dengan penggunaan ubat titis mata.

Page 5: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 5/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

5

Pesakit yang mengalami masalah alergi mata dinasihatkan menggunakan cermin mata bagimengatasi masalah rabun penglihatan.

[sumber: Dr. Shatriah Ismail, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus KesihatanUniversiti Sains Malaysia, Kelantan. Utusan Malaysia Online, 15 Feb. 2009]

ALERGI MAKANAN

Apakah itu alahan pemakanan? Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistemimunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.

Berapa kerap ia berlaku? Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahanmakanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%).Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa.Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadianalahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan.

Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan? Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:

Susu lembu. Telur. Kacang soya. Gandum.

Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel). Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah). Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.

Bilakan seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan? Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan.Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.

Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:

'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).

Kesukaran bernafas dan berdehit. Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria). Rasa loya, muntah dan cirit-birit. Perut yang sakit dan memulas. 'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi. Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas,

kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock)malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepatdalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilanmakanan.

Page 6: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 6/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

6

Gejala yang sama boleh berlaku dalam intoleransi terhadap makanan (food intolerance) dan penyakit-penyakit lain. Maka pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosayang tepat.

Apakah kesannya?

Gejala dan sakit mungkin di tahap sederhana tetapi kadang-kala gejala serius sepertianafilaksis boleh berlaku iaitu saluran pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak

berfungsi. Ini boleh membawa maut. Pengelakkan beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan

tertentu sekiranya makanan tambahan tidak diambil, contohnya kekurangan kalsium boleh berlaku jika semua produk susu dikeluarkan daripada pemakanan kanak-kanakyang alah kepada susu lembu.

Tumbesaran terbantut dan ia boleh berlaku sekiranya banyak kumpulan makanandihadkan.

Bagaimana alahan makanan dikenal pasti? Adalah terbaik berjumpa doktor untukmengenal pasti alahan makanan. Jangan sesekali membuat ujian sendiri untuk mengetahuisama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan. Sesetengah ujian darah untukmengesan tahap antibodi (IgE) atau 'ujian suntikan kulit' (skin prick test) boleh dilakukanoleh doktor untuk membantu mengenal pasti alahan tertentu.

Adakah sebarang rawatan untuk merawat alahan makanan? Ada. Antara langkah-langkahyang berkesan adalah:

Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan.

Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zatmakanan. Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada pendedahan secara tidak

sengaja kepada mangsa, termasuklah:o Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau

pen khusus yang disediakan.o Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.o Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, 'bronchodilator' (ubat

membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan(insertion of airway) juga cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.

Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat sedikit

dengan beransur-ansur (desensitising) pernah digunakan tetapi ianya bukanlahrawatan piawaian yang diluluskan.

Apakah strategi pencegahan? Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahanmakanan. Oleh itu, penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnyasehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah positifalahan makanan dalam keluarga.

Peringatan

Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yangmungkin tidak dinyatakan pada label makanan.

Page 7: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 7/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

7

Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti alahan terhadap udang,udang karang dan ketam.

Beri peringatan kepada kanak-kanak yang bersekolah mengenai masalah alahanmereka dan pihak sekolah perlu dimaklumkan. Perancangan khusus perlu disediakansekiranya berlaku sebarang kecemasan.

[sumber: Dato ’ Dr. Lim Nyok Ling & Dr. Lim Sern Chin, Julai, 2012, myHealth. KementerianKesihatan Malaysia]

Konjunktiva ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopakmata. Radang pada konjunktiva dikenali sebagai konjunktivitis. Ia adalah penyakit yangkerap terjadi dan disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan.

Tanda-tanda dan gejala- Ini adalah bergantung kepada sebab-sebab konjunktivitis. Semua jenis konjunktivitis tidak menjejaskan penglihatan. Berikut ini dibincangkan beberapa jeniskonjuntivitis:

Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria: Mata merah. Discaj Pekat (tahi mata bewarna putih atau kekuningan). Kelopak mata melekat (terutama waktu bangun pagi). Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain.

Selalunya berlarutan selama seminggu.Lihat gambar dibawah yang menunjukkan konjuktivitis disebabkan BAKTERIA

2.3 Konjunktivitis

a) Apakah alergi?b) Nyatakan apakah punca alergi mata.c) Apakah punca alergi makanan?

d)

Bagaimana mengelakkan alergi dalam kalangan kanak-kanak?

Page 8: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 8/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

8

Konjunktivitis yang disebabkan oleh VIRUS: Mata merah. Discaj cair (airmata yang banyak). Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain. Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih.

Lihat gambar dibawah yang menunjukkan konjunktivitis disebab VIRUS

Konjunktivitis yang disebabkan oleh alahan (alergi):

Mata merah. Gatal mata, kadang-kala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis). Discaj yang berlendir. Mata sentiasa berair. Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama. Boleh berlanjutan buat masa yang lama.

Lihat gambar dibawah yang menunjukkan konjunktivitis disebabkan ALAHAN(ALERGI)

Page 9: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 9/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

9

RAWATAN KONJUNKTIVITIS

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkanrawatan yang bersesuian.

Tanda-Tanda RawatanRadang selaput matadisebabkan olehbakteria:

Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan salapmata secara lebih kerap.

Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga bolehmembantu.

Radang selaput matadisebabkan olehvirus:

Tidak memerlukan rawatan yang khas. Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh

membantu. Kadang-kala ubat titis antibiotik diberi untuk mengelakkan dari

jangkitan bakteria.

Radang selaput matadisebabkan olehalahan:

Ia mungkin keadaan yang kronik. Memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan

mengurangkan gatal.

Cara-cara lain : Cuci atau lap mata dengan air suam. Elakkan mengguna kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang.

Cara-cara mengelakkan jangkitan - Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria atauvirus boleh berjangkit dengan mudah. Langkah-langkah yang boleh diambil untukmengelakkan jangkitan:

Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti. Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata. Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-

kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair. Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata. Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat.

[sumber: Dr. R. Sukumar Rajaretnam, Mei, 2012, myHealth. Kementerian KesihatanMalaysia]

a) Apakah konjunktivitis?b) Nyatakan perbezaan antara dua jenis konjunktivtis.c) Jelaskan rawatan yang dicadangkan untuk konjunktivitis.

d)

Bagaimana mengelakkan jangkitan konjunktivitis?

Page 10: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 10/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

10

Apa itu jangkitan cacar air? Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanakdisebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenalisebagai virus varicella . Ia adalah virus sama yangmenyebabkan kayap . Ia merupakan penyakit yangsenang berjangkit dan boleh merebak daripadaseorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virusini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh(blisters ). Ianya merebak:

Melalui udara apabila seseorang yangmenghidap cacar air itu mengalami batukatau bersin.

Dengan menyentuh atau bernafas m asuk “partikel virus” yang terdapat pada cecairyang keluar daripada lepuh (blister) .

Apakah tanda dan gejala? Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedahkepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1 – 2 hari sebelum ruamkelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

Gejala: Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul. Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan

termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak kemuka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air ( blister ), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari). (L ihat Gambar dihalaman sebelah)

Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu

untuk hilang .

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun,virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasadan kadang-kala kepada kanak-kanak.

2.4 Cacar Air (Chicken Pox)

Page 11: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 11/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

11

Bintik-Bintik yang Timbul pada Badan dan Muka

Apakah komplikasinya? Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisikomendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorangyang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk: Jangkitan kuman pada kulit. Jangkitan pada darah (blood stream infection). Radang paru-paru. Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat? Amnya: Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruammenjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidakkemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal terbang

pada masa ini. Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam. Minum banyak air masak. Ambil makanan yang seimbang. Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

Sapu losen kalamine di tempat ruam. Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.

Page 12: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 12/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

12

Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangatsehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberioleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

Berumur 12 tahun ke atas. Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik. Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti

aspirin. Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam

bentuk sedut). Segolongan ibu-ibu mengandung.

Bagaimana cacar air boleh dicegah? Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin “varicella” ini tiada di dapati

dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor swasta. Mintanasihat doktor.

Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergike sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.

Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk mengelakkan anakanda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkannasihat.

Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yangmempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedahkepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentukimmunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

[sumber: Dr. Lynster Liaw Chiew Tung, April, 2012, myHealth. Kementerian KesihatanMalaysia]

a) Apakah jangkitan cacar air?e) Nyatakan tanda-tanda cacar air.f) Jelaskan rawatan yang dicadangkan untuk cacar air.g) Bagaimana cacar air boleh dicegah?

Page 13: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 13/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

13

Ruam merupakan masalah biasa di kalangan kanak-kanak. Ruam boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannyaadalah tidak merbahaya. Ada sebahagian daripadanya adalah serius dan memerlukan rawatan

perubatan. Sebahagian ruam terjadi dan sembuh dengan cepat, manakala sebahagiandaripadanya mengambil masa yang lama. Ada juga ruam yang terjadi sembuh dengan cepatdan ada juga yang ambil masa beberapa hari untuk sembuh. Jenis-jenis ruam yang biasa

berlaku di kalangan kanak-kanak.

Ruam panas. Ekzema (inflamasi kulit secara superficial). Kaligata (Urticaria).

Ruam alahan. Kontak dermatitis. Jangkitan kulat seperti panau dan kurap. Jangkitan seperti demam disebabkan virus, campak, rubella, virus yang tidak khusus

dan demam denggi. Ruam lampin. Sengatan dan gigitan.

Apakah tanda dan gejala? Ruam ini biasanya berwarna merah, kering, bersisik dan gatal.Ruam yang serius boleh menyebabkan pembengkakan dan kemerahan. Bagaimanakah ruam

boleh dirawat?

Kebanyakan ruam sembuh secara spontan tanpa perlu dirawat. Rawatan bergantung kepada jenis ruam kulit . Kebanyakan ruam yang disebabkan

oleh virus akan hilang secara spontan. Rawatan diberi bertujuan untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak. Dengan berjumpa doktor dapat mengenalpasti jenis ruam dan rawatan khusus boleh

diberi. Pakai pakaian yang sesuai dan mandikan bayi lebih kerap.

Tips bagi menghentikan rasa gatal

Hindari keadaan panas dan lembab. Mandi dengan air sejuk dan jangan menggunakan sabun tetapi gunakan pelembab

atau krim berminyak sebagai ganti. Gunakan pakaian yang sejuk dan kering di tempat yang gatal. Sapukan losen ‘calamine’ pada ruam. Mengambil ubat ‘antihistamine’ seperti yang diberi oleh doktor.

2.5 Ruam (Rashes)

Page 14: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 14/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

14

Bagaimanakah ruam boleh dicegah?

Bagi mereka yang alahan kulit, cuba hindari daripada bahan-bahan yangmenyebabkan alahan.

Bagi ekzema, elakkan guna sabun kerana akan menyebabkan kering kulit. Gunakan

pelembab atau bahan berminyak. Jangan gunakan pakaian tebal bagi bayi. Jika ruam disebabkan oleh alahan makanan, cuba elakkan makanan yang

menyebabkan alahan.

[sumber: Dr. Norrashidah Hj Abd Wahab, April, Ruam. 2012, myHealth. KementerianKesihatan Malaysia]

Cirit-birit selalunya terjadi dikalangan kanak-kanak. Biasanya ia akan sembuh dengansendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah cirit-birit? Cirit-birit bermaksud membuang air besar yang lebih lembik dan berairdaripada biasa. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.

Cirit-birit akut – ia terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada duaminggu.

Cirit-birit kronik – ia berterusan (berlarutan) melebihi dua minggu.

Apakah penyebab cirit-birit? Makanan atau air yang tercemar menyebabkan jangkitan padausus dan cirit-birit. Terdapat sebab-sebab selain daripada jangkitan tetapi ini lebih jarang

berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:

2.6 Cirit-Birit

a) Senaraikan jenis-jenis ruam yang biasa berlaku dalam kalangankanak-kanak.

b) Bagaimana mengentikan rasa gatal?c) Bagaimana ruam boleh dicegah?

Page 15: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 15/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

15

Tranmisi/penyebaran biasanya berlaku daripada makanan / air /benda yang tercemar kepadaindividu ataupun daripada seorang individu kepada individu yang lain.

o Virus contoh.; Rotavirus, Norovirus, Astrovirus.o Bakteria - Contoh: Shigella, Campylobacter, Escherichia colio Parasit - contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan sebab-sebab jangkitan

Kurang toleransi terhadap makanan – kurang toleransi terhadap laktosa. Reaksi terhadap ubat-ubatan - sesetengah antibiotik. Penyakit berkaitan usus – penyakit radang usus (inflammatory bowel disease) ,

penyakit 'coeliac' di mana badan kurang toleransi terhadap gluten. Functional bowel disease – sindrom iritasi usus (irritable bowel syndrome) .

Apakah tanda-tanda dan simptom cirit-birit?

Membuang air besar dengan lebih kerap. Najis berair dengan/tanpa lendir. Mual atau muntah-muntah. Demam. Sakit/kejang perut. Kembung perut. Hilang selera makan.

Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dehidrasi

(penyahhidratan). Bagaimana mengenal dihidrasi? Dihidrasi ringan dan sederhana:

Mulut dan lidah kering. Bibir merekah. Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis. Tidak kencing selama 4-6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh tersebut). Ubun-ubun kepala bayi tenggelam. Meragam.

Dihidrasi teruk: Terdapat semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:

Kulit kering dan berkedut. Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif. Mata cengkung. Sukar bernafas. Nadi yang lemah dan sangat cepat. Tangan dan kaki terasa sangat sejuk. Enggan makan.

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian? Dapatkan rawatandengan segera sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini:

Page 16: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 16/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

16

Tanda-tanda dehidrasi. Darah pada najis atau najis bewarna kehitaman. Cirit-birit yang berterusan hingga melebihi 48 jam. Susutberat badan. Keadaan mengantuk atau kelalian. Demam > 38°C. Enggan makan.

Apakah kesan komplikasi cirit-birit yang teruk?

Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal. Jangkitan sistemik melibatkan keseluruhan badan (systemic infection). Kurang toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (secondary lactose intolerance). Rasa sakit di sekeliling kawasan dubur. Kematian.

Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat cirit-birit?

Rehidrasi - Adalahpenting untuk menggantikan air dan mineral dalam badan yanghilang untuk mencegah dehidrasi.

Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (oralrehydration salt - ORS).

Sekiranya bayi tidak menyusu badan, teruskan memberi bayi makanan biasa danminum air garam rehidrasi.

Gunakan sudu atau picagari kecil untuk memberi ORS sebanyak yang mungkin dan biasanya tidak melebihi apa yang anak anda boleh minum. Sekiranya anak andamempunyai tanda dehidrasi atau tanda-tanda yang bahaya atau anda tidak pasti apayang perlu dibuat, sila jumpa doktor anda untuk rawatan lanjut.

Fasa pemulihan

Apabila keadaan anak bertambah baik, teruskan memberi ORS dan menyusu badan.Dengan perlahan-lahan tambahkan jumlahnya apabila selera anak anda telah kembali.

Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak anda terus bertambah pulih.

Keadaan najis mungkin akan mengambil masa sehingga 7 hari untuk kembali seperti biasa (sebahagian daripada proses pemulihan).

Ubat-Ubatan - Ubat untuk menghentikan cirit-birit hendaklah dielakkan kerana:

Tidak selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Akan mengganggu keupayaan badan untuk menghapuskan jangkitan.

Antibiotik - Secara umumnya tidak perlu tetapi kadang kala diberi oleh doktor untuk jangkitan bakteria usus yang jarang-jarang berlaku. Sila dapatkan nasihat doktor mengenairawatan ini.

Krim-krim sapu - Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakankesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.

Page 17: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 17/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

17

Rawatan untuk cirit-birit berlarutan (kronik) - Penilaian dan siasatan lanjut perludilakukan oleh doktor sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes cirit-birit

berlarutan yang biasanya disebabkan oleh penyakit serius.

Bagaimana cirit-birit boleh dicegah daripada kanak-kanak?

Pastikan air minuman anak anda bersih dan dimasak. Pastikan anak anda gunakan alatan yang bersih untuk makanan dan minuman. Untuk kanak-kanak yang menggunakansusu botol, pastikan botol bayi disterilkan. Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih. Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan mentah seperti daging,

menggunakan tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan. Buang lampin pakai dengan betul.

[sumber: D ato’ Dr. Lim Nyok Ling & Dr. Lim Ser Chin . Cirit-Birit, April. 2012, myHealth.Kementerian Kesihatan Malaysia]

Demam campak (Rubella) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virusmeasles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertairuam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengantitisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah imun pada penyakit inisejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat

pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Olehitu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yangmenghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.Apakah tanda-tanda demam campak? Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakitmula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

2.7 Deman Campak (Measeles)

a) Apakah cirit-birit dan tanda-tanda cirit-birit?b) Apakah yang menyebabkan cirit-birit?c) Nyatakan cara mencegah cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak.

d) Apakah bahayanya jika cirit-birit berlarutan?

Page 18: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 18/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

18

Demam tinggi. Batuk, selesema dan sakit tekak. Mata berair dan sensitif kepada cahaya. Sakit otot.

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepalakemudian merebak ke bahagian badan, tangandan kaki (Lihat Gambar disebalah). Ruamakan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruamtimbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.Demam campak boleh menjangkiti orang laindalam masa seminggu sebelum timbul ruamsehingga 4 hari selepasnya.

Ruam demam campak

Adakah setiap demam yang disertai ruammerupakan demam campak? Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakitRosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang samadengan demam campak melainkan selepas 2 – 3 hari ruam timbul, demam biasanya akankebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubella.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak? Kebanyakan kanak-kanak yangmenghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekuranganzat makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

Jangkitan pada telinga. Jangkitan paru-paru (Pneumonia ). Jangkitan pada otak (encephalitis). Cirit-birit.

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, bolehmenyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang. Bagaimana merawat demam campak?Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:

Panadol untuk mengurangkan demam. Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata. Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal dirumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul). Bolehkahdemam campak dicegah? Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikanimmunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika

berumur 7 tahun.

Page 19: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 19/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

19

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi. MMRadalah vaksin yang selamat. Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak danbelum la gi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberianvaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virusini.

[sumber: Dr. Chan Kwai Cheng, Demam Campak. 2012, myHealth. Kementerian KesihatanMalaysia]

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamukAedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkandemam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virusakan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan

jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Lebih 100negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan PasifikBarat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala

Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepasdigigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.

Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat,sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit

juga boleh terjadi. Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7

hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini jugadikenali sebagai "breakbone fever".

Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam. Muntah dan kurang selera makan.

2.8 Deman Denggi

a) Apakah demam campak?b) Nyatakan tanda-tanda demam campak.c) Bagaimana anda membezakan ruam dengan demam campak?d) Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Page 20: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 20/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

20

Pemastian diagnosa penyakit. Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM)(Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan). UjianPCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dannyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

Rawatan

Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demamdenggi.

Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkandemam dan mengurangkan kesakitan.

Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Mandi jerlum. Antibiotik tidak diperlukan.

Demam Denggi Berdarah - Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh

jangkitan virus denggi. Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakitakan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasatermasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen. Salur darah di dalam badan bolehmengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan

pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan kewad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematiandengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliautidak mengalami renjatan. Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalahyang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkanrenjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang

Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkankepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.

Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkanpembiakan nyamuk yang baru.

Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlakudengan cepat.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapunusaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

Gunakan ubat nyamuk. Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu. Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00

malam). Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.

Page 21: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 21/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

21

Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas

yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekasbunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh

jentik-jentik di bekas tersebut. Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidakdimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

Muntah berlarutan/berpanjangan. Sakit perut. Kurang bermaya/sawan.

Sesak nafas. Pucat/sejuk pada tangan dan kaki. Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah

pada kulit.

[sumber: Dr. Jasvinder Kaur, Demam Denggi. 2012, myHealth. Kementerian KesihatanMalaysia]

a) Apakah demam denggi?e) Nyatakan tanda-tanda demam denggi.f) Bagaimana anda membezakan ruam dengan demam campak?g) Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Page 22: Bab2.PENYAKIT

7/21/2019 Bab2.PENYAKIT

http://slidepdf.com/reader/full/bab2penyakit 22/22

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

22

[Segala maklumat berkenaan penyakit, kesihatan dan perubatan dalam Bab ini adalahnasihat dan pandangan pakar-pakar berikut:]

Dr. Jasvinder Kaur, Demam Denggi. 2012, myHealth. Kementerian Kesihatan Malaysia]

Dato’ Dr. Lim Nyok Ling & Dr. Lim Ser Chin . Cirit-Birit, April. 2012, myHealth.Kementerian Kesihatan Malaysia]

Dr. Norrashidah Hj Abd Wahab, April, Ruam. 2012, myHealth. Kementerian Kesihatan

Malaysia]

Dr. Shatriah Ismail, Alergi Mata Kanak-Kanak. Pusat Pengajian Sains Perubatan, KampusKesihatan Universiti Sains Malaysia, Kelantan. Utusan Malaysia Online, 15 Feb. 2009]

Dato ’ Dr. Lim Nyok Ling & Dr. Lim Sern Chin, Alergi Makanan. Julai, 2012, myHealth.Kementerian Kesihatan Malaysia]

Dr. R. Sukumar Rajaretnam, Konjunktivitis. Mei, 2012, myHealth. Kementerian Kesihatan

Malaysia]

Dr. Lynster Liaw Chiew Tung, Cacar Air. April, 2012, myHealth. Kementerian KesihatanMalaysia]

Dr. Norrashidah Hj Abd Wahab, April, Ruam. 2012, myHealth. Kementerian KesihatanMalaysia]

Dr. Chan Kwai Cheng, Demam Campak. 2012, myHealth. Kementerian Kesihatan Malaysia]