bab tiga- thesis

7
BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Dalam kajian ini pengkaji menjalankan kajian berdasarkan kaedah kajian lapangan dan kajian kepustakaan iaitu dengan menggunakan borang soal selidik dan menjalankan ujian lisan yang memfokuskan pada aktiviti bercerita dan forum. Kajian ini meliputi aspek-aspek seperti reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

Upload: nurul-ashikin-rofiee

Post on 28-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Tesis mengenai penguasaan bertutur pelajar tingkatan empat.

TRANSCRIPT

BAB IIIMETODOLOGI KAJIAN

3.0PengenalanDalam kajian ini pengkaji menjalankan kajian berdasarkan kaedah kajian lapangan dan kajian kepustakaan iaitu dengan menggunakan borang soal selidik dan menjalankan ujian lisan yang memfokuskan pada aktiviti bercerita dan forum. Kajian ini meliputi aspek-aspek seperti reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

3.1Prosedur Analisis PermasalahanKajian ini akan menggunakan beberapa langkah untuk menjalankan rancangan sebagai kerangka teori. Pengkajian terhadap penguasaan kemahiran bertutur amat penting bukan sahaja kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu tetapi guru berkenaan terutamanya untuk memperbaiki kelemahan pelajar dalam terampil bertutur secara baik dalam aktiviti kebahasaan.Pengkaji akan melihat dari segi faktor-faktor yang menghalang pelajar untuk menguasai kemahiran bertutur melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Seterusnya, pengkaji akan menilai dan mengukur tahap penguasaan kemahiran bertutur responden semasa menjalani ujian lisan secara individu (bercerita) dan secara berkumpulan (forum) berdasarkan Model Ujian Lisan Bahasa Melayu.Pendekatan ini digunakan oleh pengkaji sebagai landasan atau prosedur kerja kepada kajian penguasaan bertutur terhadap pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Kailan, Kepala Batas, Pulau Pinang.

3.2Reka Bentuk KajianKajian ini merupakan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan, pengkaji menggunakan sumber-sumber sokongan seperti buku-buku, artikel-artikel, disertasi-disertasi yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat. Kajian lapangan pula merupakan hasil pengumpulan data atau maklumat berdasarkan borang soal selidik dan borang ujian lisan yang digunakan semasa ujian dilaksanakan.

3.3Populasi dan SampelPopulasi yang menjadi tumpuan pada kajian ini ialah pelajar-pelajar Melayu daripada kelas tingkatan empat kemanusiaan I, Sekolah Menengah Kebangsaan DatoKailan, Kepala Batas, Pulau Pinang.Sampel pula dipilih dengan menggunakan kaedah sampel rawak sistematik yang terdiri daripada 11 orang pelajar daripada kelas tingkatan empat Kemanusiaan I.

3.4Alat / Instrumen KajianAlat yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini merupakan satu set soalan berbentuk soal selidik dan borang ujian lisan berserta rakaman audio.Terdapat dua bahagian dalam borang soal selidik iaitu bahagian A dan bahagian B. Dalam bahagian A, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan latar belakang pelajar seperti cara datang ke sekolah, tempat tinggal dan pekerjaan ibu bapa pelajar manakala bahagian B, responden memberikan skala dari 1 hingga 5 untuk menilai faktor-faktor yang menghalang pelajar untuk menguasai kemahiran bertutur dengan baik.Borang ujian lisan pula akan dianalisis data melalui pemarkahan secara individu dan berkumpulan. Pelaksanaan ujian lisan secara individu akan menekankan aktiviti bercerita mengenai sesuatu topik manakala pelaksanaan ujian lisan secara berkumpulan akan memfokuskan aktiviti forum. Pemarkahan ujian lisan akan dinilai secara keseluruhan berbantukan borang pemarkahan ujian lisan dan rakaman audio.3.5Prosedur Pengumpulan DataLangkah pertama dalam prosedur pengumpulan data ini, pengkaji memilih terlebih dahulu responden yang hendak dikaji. Setelah memilih responden, pengkaji merangka soalan mengenai kemahiran bertutur untuk menyiapkan borang soal selidik dan mengadakan ujian lisan terhadap responden yang dipilih.Langkah kedua, pengkaji menjalankan kaedah pengumpulan data ini selama 16 minggu. Kajian ini dilakukan semasa waktu kelas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu hampir tamat. Pelaksanaan ujian lisan dilakukan terlebih dahulu iaitu melalui penglibatan secara individu dan kemudian diikuti penglibatan secara berkumpulan. Selepas selesai melaksanakan ujian lisan Bahasa Melayu dalam terbabit, pengkaji kemudiannya mula mengedarkan borang soal selidik yang telah dirangka. Sebelum mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar, pengkaji telah terlebih dahulu memberikan penerangan lanjut kepada pelajar dapat menjawab soalan tanpa ragu-ragu dan penuh keyakinan.Langkah seterusnya, pengkaji mengumpul semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar dan borang pemarkahan ujian lisan bagi individu dan berkumpulan berserta rakaman audio untuk dianalisis data.

3.6Prosedur Menganalisis DataData yang dikumpul diisi dalam borang dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Analisis deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan kecenderungan memusat digunakan dalam tujuan penganalisisan data. Pemaparan data-data seterusnya dibuat melalui jadual. Statistik yang digunakan untuk menganalisis data kajian ialah dengan kaedah perbandingan peratus bagi jawapan setiap item.