bab lima moral kbu

19
BAB LIMA PENYELESAIAN KONFLIK MORAL

Upload: gnooliy

Post on 06-Jun-2015

3.716 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB LIMA moral kbu

BAB LIMA

PENYELESAIAN KONFLIK MORAL

Page 2: BAB LIMA moral kbu

PENYELESAIAN KONFLIK MORAL

DEFINISI KONFLIK BENTUK-BENTUK KONFLIK PUNCA-PUNCA KONFLIK STRATEGI PEMBINAAN HIRARKI STRATEGI PENCAIRAN MASALAH STRATEGI KOMPROMI

Page 3: BAB LIMA moral kbu

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan, konflik bermaksud pertentangan antara individu, idea dan organisasi.

Dengan kata lain, konflik bermaksud ketegangan yang timbul akibat terdapat beberapa kemungkinan atau syor yang berbeza dan tidak sepadan dalam usaha menanggani sesuatu isu.

Page 4: BAB LIMA moral kbu

BENTUK-BENTUK KONFLIK

Konflik Intra Personel– Konflik ini berkaitan dengan diri sendiri yang

berkisar kepada matlamat dan kekecewaan: Konflik Antara Personel.

– Konflik ini berlaku apabila wujud konflik antara seorang dengan seseorang yang lain atau antara individu dengan kumpulan.

Konflik Antara Kumpulan.– Konflik yang wujud dalam kumpulan akibat kedudukan

hirarki jawatan dalam kumpulan dan konflik dalam menyelaraskan tugas kumpulan.

Page 5: BAB LIMA moral kbu

PUNCA-PUNCA KONFLIK

Perkongsian punca bahan pengeluaran.– Konflik akan wujud apabila sesuatu bahan

keluaran terhad. Perbezaan matlamat.

– Konflik juga akan timbul akibat tidak setuju dengan matlamat, objektif atau nilai-nilai.

Kebergantungan.– Ia bermaksud pengharapan seseorang kepada

orang lain untuk mencapai satu hasil atau matlamat.

Page 6: BAB LIMA moral kbu

PUNCA-PUNCA KONFLIK

Ketidakjelasan tanggungjawab.– Ini wujud apabila individu tidak dapat

mempastikan tanggungjawabnya. Desakan untuk memperolehi kuasa.

– Ini akan berlaku apabila terdapat inidividu yang mempunyai cita-cita tinggi. Mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kuasa.

Page 7: BAB LIMA moral kbu

STRATEGI PEMBINAAN HIRARAKI.

Strategi Pembinaan Hirarki adalah strategi yang menyusun atur nilai-nilai bermula dengan yang paling penting hingga ke bawah dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Page 8: BAB LIMA moral kbu

KES AHMAD

Ahmad adalah ketua kesatuan buruh. Kebanyakan ahli kesatuan itu memegang jawatan yang tidak memerlukan kemahiran. Mereka kerap diberhentikan kerja dan tiada pula dana untuk membiayai program kebajikan bagi bekas pekerja yang menganggur kerana dibuang kerja. Oleh itu, kepada kumpulan ahli ini, jaminan kerja amat penting kerana tanpanya mereka dan keluarga masing-masing akan berdepan dengan pelbagai masalah sosial.

Page 9: BAB LIMA moral kbu

Samb…

Kesatuan Buruh Ahmad juga mempunyai sekumpulan pekerja yang amat mahir dan kepakaran mereka sentiasa diperlukan. Bagi kumpulan ahli ini, jaminan kerja bukanlah suatu isu kerana yakin mereka sentiasa mudah mendapat pekerjaan. Kumpulan ini mahu Ahmad mendesak majikan supaya ditambah hari cuti pada hujung minggu.– Sebagai ketua kesatuan, apakah yang Ahmad patut

lakukan?

Page 10: BAB LIMA moral kbu

Dalam kes di atas, Ahmad mempunyai konflik antara :– Jaminan kerja untuk pekerja kurang mahir– Masa lapang untuk pekerja mahir

Untuk itu, Ahmad perlu membuat hirarki, contoh :– Lebih penting : Memastikan terjaminnya pekerjaan bagi pekerja

kurang mahir.– Kurang penting : Mendapatkan hari cuti lebih untuk masa

lapang.

Page 11: BAB LIMA moral kbu

Cara untuk menilai apakah nilai yang perlu diutamakan ialah melihat kepada :

– Nilai yang lebih asas. Dalam kes ini Ahmad perlu mengutamakan kebajikan pekerja kurang mahir kerana nilai ini adalah nilai asas untuk mencapai nilai-nilai yang lain

– Mengutamakan nilai yang bersifat menyeluruh (melibatkan banyak nilai)

Kelemahan strategi ini ialah :– Nilai-nilai berkonflik selalunya tidak dapat disusun menurut

hirarki. Kadang-kadang sukar untuk dinyatakan mana satu nilai yang lebih asas atau lebih menyeluruh.

Page 12: BAB LIMA moral kbu

STRATEGI PENCAIRAN MASALAH

Strategi pencairan masalah ialah penghasilan satu alternatif atau lebih yang dapat menjauhkan kita daripada masalah tersebut.

Page 13: BAB LIMA moral kbu

KES BALA

Bala telah ditawarkan jawatan oleh syarikat XYZ di negara Afrika bermula 1 Mei 2004. Jawatan ini merupakan pekerjaan yang memang diminatinya dan sesuai dengan program pengajiannya semasa di universiti. Tetapi Bala telah membuat beberapa komitmen. Beliau telah menerima jawatan dan mengikat kontrak dengan syarikat ABC di Melaka dan akan mula bertugas pada 1 April 2004. Bala tidak boleh mungkir janji dengan ABC kerana telah menandatangani kontrak dan tidak boleh mengubahnya

Page 14: BAB LIMA moral kbu

Samb…

Tetapi banyak peluang yang boleh Bala nikmati di XYZ. Pekerjaan baik, gaji lumayan dan potensi untuk menguruskan syarikat itu. Dengan Syarikat XYZ dia dapat berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa dan mengenali budaya mereka. Dengan Syarikat ABC, Bala mempunyai peluang yang kurang untuk memajukan diri. Walau bagaimanapun, Bala masih ragu untuk ke Afrika memandangkan keadaan di negara itu yang tidak stabil walaupun selepas perang saudara reda. Apa akan terjadi kepada Bala jika pekerjaannya di XYZ ditamatkan kerana syarikat dikuasai kerajaan Afrika yang tidak mahu pekerja asing. Apakah sepatutnya keputusan yang perlu Bala ambil?

Page 15: BAB LIMA moral kbu

Dalam kes di atas, Bala mempunyai dua konflik iaitu– Konflik antara tidak memungkiri janji dengan bekerja di ABC

dengan tanggungjawab memajukan diri dengan bekerja di XYZ.

– Masalah memilih tanggungjawab memajukan diri dengan masa depan yang terjamin.

Masalah yang dihadapi Bala tidak semestinya menjadi satu konflik jika Bala mengambil strategi pencairan masalah iaitu dengan mengadakan satu alternatif lain dan tukarkan masalah yang dihadapi kepada (pemesongan) atau mencari alternatif lain. Alternatif itu ialah dengan membeli insuran untuk menjamin keselamatannya ketika bekerja di XYZ.

Page 16: BAB LIMA moral kbu

KELEMAHAN

Sesetengah konflik tidak dapat dielakkan terutamanya apabila berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat dijangka. Contohnya, Bala tidak menjangka akan mendapat tawaran yang lebih baik daripada XYZ sedangkan beliau telah berjanji untuk bekerja dengan ABC. Dalam hal ini strategi pencairan masalah tidak dapat menyelesaikan konflik tidak memungkiri janji dengan tanggungjawab memajukan diri.

Masalah membina perwatakan. Strategi ini tidak tegas dalam membina moral dan keteguhan hati dalam menghadapi konflik sebaliknya terus berusaha untuk mengelak daripada berhadapan secara langsung dengan konflik dengan mengadakan alternatif lain.

Page 17: BAB LIMA moral kbu

STRATEGI KOMPROMI

Strategi kompromi ialah memperuntukkan sesuatu tetapi bukan segala-galanya kepada setiap orang dengan mengadakan rundingan antara dua pihak ataupun lebih. Atau memperuntukkan sedikit daripada setiap nilai, bukan untuk mencapai satu nilai sahaja dengan mengetepikan nilai lain.

Page 18: BAB LIMA moral kbu

Dalam kes Bala sebagai contohnya, Bala boleh mengambil langkah berkompromi (berunding) dengan ABC dan XYZ di mana Bala akan terus menepati janjinya untuk bekerja di ABC dan tidak lama kemudian mengambil cuti atau berhenti untuk bekerja di XYZ pula. Namun Bala terpaksa menanggung risiko-risiko yang bakal dihadapinya melalui rundingan yang dibuat.

Page 19: BAB LIMA moral kbu

KELEMAHAN

Nilai-nilai yang berkonflik mungkin hanya dapat dicapai pada kadar yang tertentu sahaja dan tidak sepenuhnya. Mungkin semasa berkompromi, sebahagian nilai akan terpaksa dikorbankan.

Dari segi praktis pula, kompromi akan memihak kepada pihak yang mempunyai autoroti yang lebih dan ini akan menimbulkan ketidakadilan.