bab 1 moral kbu

23
PENDIDIKAN MORAL Disediakan Oleh DR MOHD AFENDI BIN MAT RANI

Upload: gnooliy

Post on 06-Jun-2015

6.406 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 moral kbu

PENDIDIKAN MORAL

Disediakan Oleh

DR MOHD AFENDI BIN MAT RANI

Page 2: BAB 1 moral kbu

BAB SATU

Definisi Moral, Etika, Akhlak, Nilai dan Undang-undang

Perbezaan Etika,moral, Akhlak, Nilai dan undang-undang

Etika Normatif, Deskriptif dan Meta Etika Pernyataan Normatif dan Deskriptif Konsep Asas Nilai

Page 3: BAB 1 moral kbu

DEFINISI MORAL

BahasaBahasa: berasal dari Bahasa Latin ‘Mores‘ bermaksud adat kebiasaan atau ‘moralis’ yang bererti tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat.

Istilah : bermaksud kualiti perbuatan manusia yang dengannya dapat dikatakan samada perbuatan itu benar ataupun buruk.

moral merangkumi segala nilai murni spt merendah diri, benar, belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari dll

Page 4: BAB 1 moral kbu

DEFINISI ETIKA Perkataan etika berasal drp bahasa Yunani

(Greek) iaitu ‘Ethes’ atau ‘Ethos’ yang bermakna adat ataupun cara hidup manusia.

satu set peraturan tingkahlaku atau undang-undang spt kod etika perguruan, guaman dll

satu kajian dan falsafah ttg kelakuan manusia yg memberi penekanan ke atas penentuan ttg apa yg betul dan apa yg salah. Ia bermaksud prinsip kelakuan yg betul mengenai sesuatu proses yg tertentu sebagai tingkah laku yg menunjukkan moralnya.

Page 5: BAB 1 moral kbu

DEFINISI AKHLAK Dari sudut bahasa:bermaksud tabiat dan adat, budi pekerti, kelakuan

dan juga berhubung kait dengan sifat peribadi dan perlakuan manusia. Dari sudut istilah: Suatu hal keadaan yg tetap dlm jiwa manusia yg

dapat mengeluarkan perbuatan sama ada baik @ buruk tanpa perlu kpd pemikiran dan pengamatan.

Kesimpulan

akhlak ialah suatu hal yg tetap dlm jiwa manusia yg membawa kpd lahirnya perbuatan sama ada baik @ buruk. perbuatan yg wujud drp seseorg merupakan tindakan sepontannya yg tidak perlu kpd akal utk berfikir dan juga tidak memerlukan kpd pengamatan yg mendlm. Cth: Kamu suka menolong org yg ditimpa kesusahan, kamu akan terus menolongnya tanpa berfikir @ mengamati sama utk menolong @ tidak.

Page 6: BAB 1 moral kbu

DEFINISI NILAI Satu unsur yang dapat mencerminkan perlakuan

seseorang dan juga bermaksud kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap seseorang yang lain.

asas pembentukan sikap, tanggapan, motivasi, personaliti, kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa dan organisasi.

Page 7: BAB 1 moral kbu

PERBEZAAN ETIKA DAN MORAL

Antara Teori dan Praktikal

Etika merupakan teori berkenaan perlakuan manusia di mana ia mengkaji akan perlakuan manusia dan seterusnya mengutarakan teori tertentu berkenaan manusia.

Moral adalah bersifat praktikal di mana ia merupakan suatu yang diamalkan oleh seseorang samada baik atau buruk.

Page 8: BAB 1 moral kbu

Samb…

Antara Umum dan Khusus Moral menyentuh perkara umum berkenaan tingkah

laku manusia Etika pula lebih kepada pengkajian yang terperinci

berkenaan tingkah laku yang bersifat khusus. Contohnya moral hanya menyatakan ukuran bagi sesuatu perlakuan, manakala etika menjelaskan secara terperinci akan ukuran tersebut.

Page 9: BAB 1 moral kbu

Kepentingan Beretika

Fitrah sifat semulajadi manusia tanpa dibimbing dapat membezakan

antara yg baik dan yg buruk kelakuan yg tidak baik b’ttgan dgn jiwa manusia. Seseorg itu

akan berasa bersalah tidak bahagia dan hilang ketenangan jiwa. Keamanan

masalah sosial dlm masy berpunca drp kurangnya prinsip etika manusia perlu mengenepikan sifat tamak, keegoaan

mementingkan diri sendiri dan kembali kpd hidup beretika. Status manusia

manusia dianugerahkan akal dan memiliki rohani yg dpt membezakan antara yg baik dan yg buruk

segala tindak tanduk berdsrkan pertimbangan akal Kesempurnaan peribadi Penggalak kebaikan &Penghalang kejahatan

Page 10: BAB 1 moral kbu

Faktor yang mempengaruhi Etika

Manusia dianugerahkan akal, bahasa, kebudayaan dan beretika fitrah yg berkeupayaan melaksanakan sesuatu perkara yg baik

@ jahat akal, fizikal dua unsur yg saling berkembang menghasilkan

sesuatu yg baik dan yg jahat. Naluri

makan perkahwinan suka kepada anak ketuhanan

Adat dan kebiasaan Keturunan Persekitaran

Page 11: BAB 1 moral kbu

PEMBAHAGIAN ETIKA

1.ETIKA NORMATIF Ilmu yg menilai, mengkritik dan membuat

keputusan terhadap sistem moral yang ada. Menerangkan sesuatu undang-undang moral

yang dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang telah sedia ada.

Terdapat juga nilai moral yang tetap sesuai dengan keseluruhan perubahan situasi manusia.

Page 12: BAB 1 moral kbu

2. ETIKA DESKRIPTIF

Suatu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral, apakah sistem moral yang dianuti oleh individu atau golongan tertentu. Berbagai etika wujud seperti etika Kristian, Buddha, Yahudi, Islam, dan sebagainya.

Ia tidak akan membuat penilaian dan pengadilan dan keputusan terhadap sistem moral tersebut.

Page 13: BAB 1 moral kbu

3.META ETIKA

Ilmu yg mengkaji ttg masalah utama dlm etika. Antaranya ialah:

Perlakuan manusia yg paling baikDasar perlakuan moralMotif yg melahirkan perlakuan yg betul

atau baik

Page 14: BAB 1 moral kbu

KONSEP ASAS NILAI

Nilai ialah asas pembentukan sikap, nilai dan tanggungjawab. Sikap yang ditunjukkan oleh seseorang merupakan lambang kepada nilai pegangan sama ada positif atau negatif. Nilai lebih bersifat keyakinan atau pegangan.

Ciri-ciri Nilai

a) Nilai boleh digambarkan melalui pertuturan atau perlakuan

Nilai boleh dilihat atau ditonjolkan melalui tingkahlaku dan poertuturan. Contohnya sesorang yang bertanggungjawab akan menunjukkan nilai tersebut dalam kelakuannya tanpa perlu disuruh. Biasanya dia juga kan mempertahankan nilai tanggungjawab dan mengkritik orang lain yang kurang bertanggungjawab

Page 15: BAB 1 moral kbu

b) Nilai boleh berubah tetapi stabil

Nilai boleh berubah mengikut peredaran zaman tetapi masih digunakan. Perubahan yang berlaku mungkin dari segi cara nilai dipraktikkan. Contohnya nilai hormat kepada ibu bapa masih stabil dalam kehidupan perseorangan dan masyarakat.

c) Nilai berlainan antara individu

Nilai antara indidividu berbeza antara satu sama lain. Contohnya: Amir mungkin mengutamakan nilai tanggungjawab berbanding dengan nilai kemesraan yang ditunjukkan oleh rakannya Abu.

Page 16: BAB 1 moral kbu

FUNGSI NILAI

Bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.

Petunjuk arah kepada seseorang dan diri sendiri. Panduan untuk menyelesaikan konflik serta

membuat keputusan

Page 17: BAB 1 moral kbu

Bentuk- Bentuk Nilai

Bentuk nilai yang digunakan oleh individu dlm pelbagai konteks:

NILAI INSTRUMENTAL NILAI INTRINSIK NILAI SUBJEKTIF NILAI OBJEKTIF NILAI MUTLAK NILAI RELATIF

Page 18: BAB 1 moral kbu

1. NILAI INSTRUMENTAL

Nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat

Contoh: Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang

Dunia II. Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar

dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedaran dadah

Page 19: BAB 1 moral kbu

2. Nilai Intrinsik

Nilai yang tidak memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya (nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir).

Contoh: Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung

sampai mati kepada seorang pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya berbuat demikian mengikut peruntukan undang-undang yang ada, bukan kerana ia ingin turut sama membasmi kegiatan pengedaran dadah.

Page 20: BAB 1 moral kbu

3. Nilai Subjektif Nilai yang diterima ataupun ditolak oleh seseorang

berdasarkan kepada pandangannya sendiri Contoh:

Kes Amerika menyerang Iraq: Britian menyatakan bahawa ia perlu demi keamanan

jangka panjang dunia supaya Iraq tidak meneruskan kerja membuat senjata yang boleh memusnahkan ramai manusia.

Perancis pula berkata ia tidak boleh kerana serangan itu akan menyebabkan ramai rakyat Iraq yang tidak berdosa akan terkorban.

Page 21: BAB 1 moral kbu

4. Nilai Objektif

Nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Diterima atau ditolak berdasarkan apa yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang.

Contoh: Perhambaan tidak mencerminkan nilai

perikemanusiaan Penderaan kanak-kanak adalah satu kezaliman dan

mesti dihapuskan.

Page 22: BAB 1 moral kbu

5. Nilai Relatif

Nilai yang diterima ataupun ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat.

Boleh berubah mengikut masa Contoh:

Di Kuala Lumpur sebuah keluarga boleh dibina hanya melalui perkahwinan rasmi.

Di California keluarga boleh dibentuk tanpa perlu melalui perkahwinan rasmi.

Page 23: BAB 1 moral kbu

6. Nilai Mutlak

Nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan dalam sesebuah masyarakat.

Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.

Contoh: Jangan mencuri Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan

yang baik.