bab dd & ss stpm 2002-2008

18
KOLEKSI SOALAN-SOALAN STPM 2002 – 2008 TAJUK : PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAHAGIAN A(OBJEKTIF) TAHUN 2002 1. Yang manakah yang tidak menyebabkan perpindahan keluk permintaan dari D1D1 ke D2 D2? A Pertambahan penduduk B Perubahan cita rasa pengguna C Penurunan cukai pendapatan persendirian D Penurunan tingkat harga barang yang diminta 2. Yang manakah yang tidak akan mengalihkan keluk permintaan kereta? A Cukai import turun B Harga minyak turun C Tambang bas meningkat D Kerajaan menaikkan harga kereta 3. Jadual dibawah menunjukkan kuantiti barang yang ditawarkan pada pelbagai tingkat harga. Harga (RM) Kuantiti ditawarkan (unit) 10.00 15.00 20.00 25.00 30.00 18 43 68 93 118 Fungsi penawaran barang itu A Qs = -18 – 10P B Qs = -18 + 5P C Qs = -32 + 5P D Qs = -32 – 5P 1

Upload: sazaki-salleh

Post on 29-Nov-2015

302 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

EKONOMI PENGGAL1

TRANSCRIPT

Page 1: BAB DD & SS STPM 2002-2008

KOLEKSI SOALAN-SOALAN STPM 2002 – 2008TAJUK : PERMINTAAN DAN PENAWARAN

BAHAGIAN A(OBJEKTIF)

TAHUN 2002

1. Yang manakah yang tidak menyebabkan perpindahan keluk permintaan dari

D1D1 ke D2 D2?

A Pertambahan penduduk B Perubahan cita rasa pengguna C Penurunan cukai pendapatan persendirian D Penurunan tingkat harga barang yang diminta

2. Yang manakah yang tidak akan mengalihkan keluk permintaan kereta? A Cukai import turun B Harga minyak turun C Tambang bas meningkat D Kerajaan menaikkan harga kereta

3. Jadual dibawah menunjukkan kuantiti barang yang ditawarkan pada pelbagai tingkat harga.

Harga (RM) Kuantiti ditawarkan (unit) 10.00 15.00 20.00 25.00 30.00

18 43 68 93 118

Fungsi penawaran barang itu A Qs = -18 – 10P B Qs = -18 + 5P C Qs = -32 + 5P D Qs = -32 – 5P

4. Diberikan fungsi penawaran Qs = 150 + 5P dan harga asal RM20.00 per unit. Sekiranya harga meningkat sebanyak 25% dan factor-faktor lain tidak berubah, maka penawaran akan A berkurang sebanyak 9% B meningkat sebanyak 9% C berkurang sebanyak 10% D meningkat sebanyak 10%

5. Apakah faktor yang menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan? A Kenaikan harga barang berkenaan B Penurunan harga barang berkenaan

1

Page 2: BAB DD & SS STPM 2002-2008

C Kemelesetan ekonomi dijangka berlaku D Penggunaan teknologi moden dalam proses pengeluaran

TAHUN 20031. Andaikan terdapat 10 individu di pasaran membeli satu komoditi dengan keluk Permintaan bagi setiap individu tersebut serupa (identical). Jika fungsi permintaan individu berkenaan ialah Q = 20 – 4P dengan Q dan P masing- masing ialah kuantiti diminta dan harga, berapakah kuantiti diminta di pasaran jika harga ialah RM2.00 per unit? A 12 unit B 16 unit C 120 unit D 160 unit

2. Perubahan harga barang menyebabkan berlaku perubahan pada A permintaan yang mengakibatkan peralihan keliuk permintaan B kuantit diminta yang mengakibatkan peralihan keluk permintaan C permintaan yang mengakibatkan pergerakan berlaku di sepanjang keluk permintaan D kuantiti diminta yang mengakibatkan pergerakan berlaku di sepanjang keluk permintaan

3. Gambar rajah di bawah menunjukkan S1S1 ke S2S2 keluk penawaran getah asli

Peralihan keluk penawaran dari S1S1 ke S2S2 mungkin disebabkan olehA kenaikan harga getah tiruanB kenaikan kos pengeluaran getah asliC kajatuhan upah penoreh-penoreh getahD pertambahan dalam permintaan terhadap tayar

4. Andaikan dalam sebuah pasaran bagi barang X terdapat dua orang pengguna, iaitu pengguna A dan pengguna B, dan dua orang penjual , iaitu penjual Y dan penjual Z. Permintaan dan penawaran mereka adalah seperti yang diberikan dalam jadual di bawah.

Harga per unit (RM)

Pengguna Harga per unit (RM)

Penjual A B Y Z

0123456

2018161412108

1412108642

0123456

048

12162024

036

10152025

2

Page 3: BAB DD & SS STPM 2002-2008

Lebihan permintaan bagi barang X akan berlaku jika harga pasaran ialah

A RM2.00 atau kurangB RM3.00C RM4.00D melebihi RM5.00

5. Andaikan fungsi permintaan dan fungsi penawaran dalam sebuah ekonomi Adalah seperti yang berikut. Qd = 12 – 2P Qs = 4 + 2P dengan P ialah harga, Qd kuantiti ditawarkan. Apabila kerajaan mengenakan cukai, fungsi penawaran menjadi Qs = 2 + 2P. Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan yang baru?

Harga Kuantiti (unit)

A RM0.00 2 unit B RM0.50 1 unit C RM1.00 2 unit D RM2.00 3 unit

TAHUN 20041. Antara yang berikut, yang manakah benar dalam jangka pendek jika daging lembu dan kulit lembu ialah barang penawaran bersama? A Permintaan daging bertambah menyebabkan harga kulit jatuh. B Permintaan daging bertambah menyebabkan permintaan kulit berkurang. C Permintaan daging bertambah menyebabkan penawaran kulit berkurang. D Permintaan kulit bertambah menyebabkan permintaan daging bertambah.

2. Antara berikut, yang manakah yang menyebabkan keluk permintaan kereta beralih ke kiri? A Kenaikan harga kereta B Kejatuhan harga kereta C Kejatuhan harga petrol D Kejatuhan harga pengangkutan awam

3. Fungsi permintaan dan penawaran pasaran bagi barang X adalah seperti yang berikut. Dx =100 – 2Px Sx = 3Px dengan Dx = permintaan pasaran barang X, Sx = penawaran pasaran barang X, dan Px = harga barang X. Apakah yang berlaku jika harga barang X ialah RM30.00? A Wujud lebihan penawaran X sebanyak 50 unit, dan harga akan naik. B Wujud lebihan permintaan X sebanyak 50 unit, dan harga akan naik. C Wujud lebihan penawaran X sebanyak 50 unit, dan harga akan turun. D Wujud lebihan permintaan X sebanyak 50 unit, dan harga akan turun.

3

Page 4: BAB DD & SS STPM 2002-2008

4. Gambar rajah menunjukkan DD ialah keluk permintaan dan SS ialah keluk penawaran bagi suatu barang.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah yang menerangkan keadaan pada harga P?A Suatu keadaan kestabilan harga yang menunjukkan permintaan melebihi Penawaran.B Suatu keadaan ketidakstabilan harga yang menunjukkan permintaan melebihi Penawaran.C Suatu keadaan ketidakstabilan harga yang menunjukkan penawaran melebihi Permintaan.D Suatu keadaan yang menunjukkan kestabilan dan ketidakstabilan harga tidak dapat ditentukan.

5. Apabila pertambahan permintaan lebih besar daripada pertambahan penawaran, maka pada titik keseimbangan yang baru A kuantiti berkurang, harga naik B kuantiti bertambah, harga naik C kuantiti bertambah, harga turun D kuantiti bertambah, harga tidak berubah

6. Fungsi penawaran untuk suatu barang ialah Qs = 5P dan fungsi permintaan Ialah Qd = 25 dengan P ialah tingkat harga. Pada tingkat harga RM4.00, Pasaran akan mengalami A lebihan penawaran sebanyak 15 unit B lebihan permintaan sebanyak 15 unit C lebihan penawaran sebanyak 20 unit D kurangan permintaan sebanyak 20 unit

20071. Persamaan permintaan dan penawaran bagi suatu barang diberikan

sebagai Qs = 33 + 15P Qd = 75 – 15P, Dengan Qs = kuantiti penawaran (unit), Qd = kuantiti permintaan (unit), P = harga (RM). Kuantiti keseimbangan ialah

A. 42 unitB. 48 unitC. 54 unitD. 60 unit

4

Page 5: BAB DD & SS STPM 2002-2008

2. Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan dan SS ialah keluk penawaran bagi suatu barang. Keseimbangan asal adalah di E0.

Harga S0

P3 S1 P2

P0

P1 D1

D0

0 Q0 Q1 Q2 Q3 kuantiti Kemajuan teknologi dan pengurangan cukai pendapatan individu akan menyebabkan

A. harga tetap di P0 dan kuantiti bertambah ke Q3B. harga turun ke P1 dan kuantiti bertambah ke Q2C. harga naik ke P2 dan kuantiti bertambah ke Q1D. harga naik ke P3 dan kuantiti tetap di Q0

3. Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan

harga D0

D1

D0

D1 0 kuantiti Apakah yang menyebabkan keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1?

A. Penurunan cukai persendirianB. Penurunan harga barang tersebutC. Kenaikan harga barang penggenapD. Kenaikan harga barang pengganti

5

Page 6: BAB DD & SS STPM 2002-2008

4. Gambar rajah di bawah menunjukkan permintaan pengguna W (Dw) dan keluk permintaan pasaran (Dp) bagi barang X.

Harga harga Dp (RM) Dw (RM) 20.00 20.00 ----------

15.00 15.00 ------------------ 10.00 ---------------- 10.00 --------------------------

5.00 - -------------------- 5.00 ---------------------------------- Dw Dp 0 1 3 5 8 0 3 5 9 12 Kuantiti (unit) kuantiti (unit)

Jika terdapat dua orang pengguna sahaja dalam pasaran, berapakah unit permintaan oleh pengguna Z pada harga RM10.00?

A. 3 unitB. 6 unitC. 9 unitD. 12 unit

5. Persamaan permintaan dan penawaran untuk suatu barang diberikan sebagai

Qd = 100 – 20P Qs = 40 + 10P, Dengan Qd = kuantiti diminta (unit), Qs = kuantiti ditawar (unit) P = harga. Disebabkan perkembangan teknologi, fungsi penawaran telah berubah Menjadi Qs = 70 + 10P. Pada tingkat keseimbangan yang baru,

A. harga tidak berubah dan kuantiti menjadi 90 unitB. harga akan turun daripada RM6.00 kepada RM3.00 dan kuantiti tidak

berubahC. harga akan naik daripada RM4.70 kepada RM5.70 dan kuantiti

bertambah daripada 87 unit kepada 127 unitD. harga akan turun daripada RM2.00 kepada RM1.00 dan kuantiti

bertambah daripada 60 unit kepada 80 unit.

6. Pertambahan permintaan dan pengurangan penawaran pada kadar yang sama akan menyebabkan

A. harga dan kuantiti meningkatB. harga meningkat dan kuantiti tetapC. harga menurun dan kuantiti meningkatD. harga meningkat dan kuantiti menurun

6

Page 7: BAB DD & SS STPM 2002-2008

20087. Gambar rajah di bawah menunjukkan DD ialah keluk permintaan bagi

pasaran kamera. harga D1 D0 D2 + X + Y +Z D1 D0 D2

0 kuantit i Jika harga filem meningkat, maka

A. keluk permintaan akan berpindah dari D0D0 ke D1D1B. keluk permintaan akan berpindah dari D0D0 ke D2D2C. permintaan akan berpindah dari titik Y ke titik XD. permintaan akan berpindah dari titik Y ke titik Z

8. Yang berikut adalah faktor yang mempengaruhi permintaan kecualiA. daya pengeluaran meningkatB. kerajaan meningkatkan cukaiC. keadaan ekonomi dijangka melesetD. minat pengguna terhadap barang tempatan meningkat

9. Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan terhadap suatu barang.

harga D1 D0

P0

D1 D0

0 Q0 Q1 kuantiti Berdasarkan gambar rajah di atas, penyataan yang manakah yang benar?

A. Permintaan terhadap petrol meningkat kerana harga kereta turun.B. Kuantiti diminta terhadap durian meningkat kerana harganya turun.C. Permintaan terhadap mentega meningkat kerana harga margerin

turun.D. Kuantiti diminta terhadap gas meningkat kerana harga dapur gas naik.

10. Keluk penawaran bagi kereta tempatan akan beralih ke kiri jikaA. harga kereta tempatan dinaikkanB. harga kereta tempatan diturunkan

7

Page 8: BAB DD & SS STPM 2002-2008

C. cukai terhadap kereta import dinaikkanD. cukai terhadap pengeluaran kereta tempatan dinaikkan

11. Andaikan bahawa permintaan terhadap suatu barang ialah Qd = Y – 3P dan fungsi penawaran ialah Qs = 2P – 30, dengan Qd, Qs dan P masing-masing ialah kuantiti diminta, kuantiti ditawarkan, dan harga. Berapakah nilai Y jika harga keseimbangan ialah RM20.00?

A. 60B. 70C. 84D. 90

Soalan Bahagian BTAHUN NO SOALAN BENTUK SOALAN 2002 35 a) Bezakan anatara permintaan individu dengan

permintaan pasaran[ 2m ]b) Terangkan bagaimana kelok permintaan

pasaran diterbitkan [ 4m ]

2003

3 Dengan menggunakan rajah , huraikan kesan terhadap permintaan barang keperluan sekiranya pihak kerajaan mengagihkan semula pendapatan negara daripada golongan kaya kepada golongan miskin [6M ]

4 Dengan menggunakan gambarajah , huraikan kesan secara ringkas kesan daripada penggunaan teknologi baru dalam pengeluaran tekstil terhadap keseimbangan pasaran. [ 6M ]

2004

3Huraikan kesan terhadap penawaran sos cili P dipasaran jika

a) Harga cili merah meningkat [ 3M ]b) Harga sos cili Q menurun [ 3M ]

4

a) Bezakan antara perubahan kuantiti ditawarkan dengan perubahan penawaran[2M ]

b) Dengan menggunakan rajah , huraikan dengan ringkas kesan yang berlaku terhadap penawaran kereta nasional sekiranya kos input pengeluaran kereta nasional turun . [ 4M ]

2005 3 Terangkan 2 sebab mengapa kelok permintaan individu bercerun negatif [ 6M ]

4

a) Dengan menggunakan rajah , terangkan bagimana perubahan teknologi mempengaruhi kelok penawaran[ 3M ]

b) Terangkan bagaimana peperangan yang berlaku di negara pengeluar minyak boleh mempengaruhi penawaran minyak di sesebuah negara pengimport minyak [ 3M ]

2 Huraikan 3 faktor yang boleh menghalang peningkatan penawaran sesuatu barang [ 6M ]

8

Page 9: BAB DD & SS STPM 2002-2008

20069 Dengan menggunakan rajah , huraikan perubahan

yang berlaku pada kelok permintaan bagi kek bila a) harga kek meningkatb) tiba musim perayaanc) Citarasa pengguna beralih kepada kuih

tradisional

2007 1

Rajah di bawah menunjukkan kelok permintaan milo dan kelok permintaan horlick

Beradasarkan rajah , jelaskan hubungan antara milo dengan Horlick jika harga asal adalah Po [ 6M

2008

2 Dengan menggunakan rajah , terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit akibat kenaikan harga minyak kacang soya.

3 Dengan menggunakan rajah , huraikan kesan terhadap lebihan pengguna telefon bimbit jika berlaku

a) Perkembagan teknologi pengeluaran telefon

bimbit [ 3M ]b) Kenaikan kos pengeluaran telefon

bimbit[ 3M ]

BAHAGIAN DTAHUN 2002

S43. Fungsi permintaan dan penawaran barang X adalah seperti berikut.Qd = 80 – 2PQs = 3P

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang X.(3)

(b) Sediakan jadual yang menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan pada pelbagai tingkat harga, RM40, RM35, RM20, RM10, dan RM5. (2)

(c) Jika fungsi permintaan berubah menjadi 60 – 2P, hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. (2)

(d) Berdasarkan jawapan anda pada soalan (c), nyatakan apa yang terjadi kepada keluk permintaan, tingkat harga, dan kuantiti keseimbangan.

(3)

TAHUN 2003S15. Persamaan penawaran dan permintaan barang X masing-masing diberikan seperti

9

Page 10: BAB DD & SS STPM 2002-2008

yang berikut.Px = 2 + 3Qx

Px = 14 - Qx

DenganPx = harga barang X (RM)Qx = kuantiti barang X (unit)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. (2)(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM2.00 terhadap setiap

unit barang X,(i) Dapatkan persamaan penawaran yang baru. (1)(ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang Xselepas cukai

dikenakan.(2)(iii) Hitung lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai dikenakan.(2)(iv) Nyatakan kesan yang timbul terhadap lebihan pengguna. (1)

(c) Dalam keadaan manakah pihak kerajaan perlu menaikkan kadar cukai? Berikan alasan anda. (2)

TAHUN 2004S13. Persamaan permintaan bagi pasaran cakera padat ialah Qd = 60 – 2P.

(a) Hitung kuantiti diminta pada setiap tingkat harga yang berikut. (3)

Harga (RM) 30 25 20 15 10 5

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan berdasarkan jawapan anda dalam (a).

(3)(c) Jika persamaan permintaan berubah menjadi Qd = 80 – 2P, lukis keluk

permintaan yang baru pada graf yang sama. (2)(d) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan perubahan keluk permintaan

tersebut.(2)

TAHUN 2005S13. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran telefon bimbit.

Permintaan Penawaran

Harga (RM) Kuantiti (‘000 unit)

Harga (RM) Kuantiti (‘000 unit)

600400200

352515

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran bagi telefon bimbit.

(3)(b) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan bagi telefon bimbit. (2)(c) Jika pada setiap harga pasaran, kuantiti yang diminta telah meningkat

sebanyak 5 ribu unit, manakala keluk penawaran tidak berubah,(i) Pada graf yang sama, lukis keluk permintaan telefon bimbit yang

baru.(ii) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan telefon bimbit yang

baru.(3)

(d) Hitung keanjalan permintaan harga bagi telefon bimbit jika harganya berubah

10

Page 11: BAB DD & SS STPM 2002-2008

daripada RM500.00 kepada RM300.00. (2)

TAHUN 2006S13. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti berikut.

QD = 18 – 0.5Px

QS = Px – 12 Dengan Px = harga barang X (RM)

QD = kuantiti diminta barang X (unit)QS = kuantiti ditawar barang X (unit)

(a) Adakah pasaran berada pada keseimbangan jika tingkat harga ialah RM30.00?

(4) (b) Apakah yang akan berlaku pada kuantiti dan harga jika pasaran mencapai keseimbangan? (4)

c) Andaikan citarasa pengguna berubah dan permintaan barang X meningkat

kepada 33 – 0.5Px. Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. (2)

TAHUN 2007

S13. Persamaan penawaran motosikal tempatan (PL), penawaran motosikal import (PM), dan permintaan motosikal (PD) di Malaysia diberikan sebagai

PL = 3 + Q,PM = 5PD = 15 – 2Q

Dengan P = harga motosikal (RM’000) Q = kuantiti motosikal (‘000 unit)

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran bagi motosikal tempatan dan motosikal import serta keluk permintaan motosikal.

(4)(b) Pada tingkat keseimbangan PD = PM, hitung

(i) Kuantiti motosikal yang diminta. (1)(ii) Jumlah nilai motosikal yang diimport. (1)

(c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM1000 per unit atas motosikal yang diimport, hitung(i) Kuantiti motosikal yang diimport.

(1)(ii) Jumlah cukai yang diperoleh oleh kerajaan. (1)

(d) Jika kerajaan tidak lagi mengimport motosikal, hitung kuantiti dan harga motosikal pada tingkat keseimbangan. (2)

S16. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X diberikan sebagaiQD = 200 - Px

Qs = -40 + Px

Dengan Px = harga barang X (RM) QD = kuantiti diminta barang X (unit)

Qs = kuantiti ditawar barang X (unit)(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. (2)(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM40.00 per unit atas

barang X, hitung pada keseimbangan

11

Page 12: BAB DD & SS STPM 2002-2008

(i) Harga dan kuantiti ditawarkan selepas cukai dikenakan. (3)(ii) Jumlah cukai yang dibayar oleh firma. (2)(iii) Jumlah cukai yang dibayar oleh pengguna. (1)(iv) Jumlah hasil yang diterima oleh firma selepas ditolak cukai.

(2)

TAHUN 2008

S13. Fungsi permintaan barang X adalah seperti yang berikut:Qd = 12 – 0.5P

Dengan Qd = permintaan barang X (000 unit) P = harga barang X (RM)

(a) Hitung kuantiti barang X yang diminta jika barang X diberi percuma. (1)(b) Andaikan kerajaan menetapkan harga barang X ialah RM10.00. hitung kuantiti

barang X yang diminta. Jika penawaran barang X adalah 6000 unit, tentukan apakah yang akan berlaku di pasaran. (2)

(c) Akibat daripada perubahan citarasa terhadap barang X, fungsi permintaan barang X telah berubah kepada Qd = 12 – 0.8P.(i) Lukis keluk permintaan sebelum dan selepas berlakunya perubahan

citarasa. (3)(ii) Hitung perubahan kuantiti permintaan apabila berlaku perubahan citarasa.

(2)(iii) Apakah yang berlaku di pasaran jika penawaran tidak berubah? (1)(iv) Hitung jumlah hasil apabila citarasa berubah. (1)

S16. Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang dalam pasaran persaingan sempurna masing-masing ialah

P = 50 – QP = 2 + 3Q

Dengan P = harga (RM) Q = kuantiti (unit)

Kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM8.00 per unit.(a) Hitung kuantiti dan harga keseimbangan sebelum cukai. (3)(b) Hitung kuantiti dan harga keseimbangan selepas cukai. (2)(c) Hitung peratusan kenaikan harga selepas cukai. (2)(d) Hitung jumlah hasil cukai yang diperoleh oleh kerajaan. (1)(e) Hitung peratusan cukai yang dibayar oleh pengguna. (2)

12