bab 9

33
BAB 9 KITARAN PERNIAGAAN, PENGANGGURAN DAN INFLASI

Upload: nessa

Post on 12-Jan-2016

177 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BAB 9. KITARAN PERNIAGAAN, PENGANGGURAN DAN INFLASI. KANDUNGAN BAB. 9.1 KITARAN PERNIAGAAN 9.2 PENGANGGURAN 9.2.1 KONSEP TENAGA BURUH, GUNA TENAGA & PENGANGGURAN 9.2.2 JENIS-JENIS PENGANGGURAN 9.2.3 IMPLIKASI PENGANGGURAN 9.2.4 LANGKAH MENGATASI PENGANGGURAN 9.3 INFLASI - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 9

BAB 9

KITARAN PERNIAGAAN,

PENGANGGURAN DAN INFLASI

Page 2: BAB 9

KANDUNGAN BAB9.1 KITARAN PERNIAGAAN9.2 PENGANGGURAN

9.2.1 KONSEP TENAGA BURUH, GUNA TENAGA & PENGANGGURAN9.2.2 JENIS-JENIS PENGANGGURAN9.2.3 IMPLIKASI PENGANGGURAN9.2.4 LANGKAH MENGATASI PENGANGGURAN

9.3 INFLASI9.3.1 KONSEP9.3.2 KAEDAH PERHITUNGAN KADAR INFLASI9.3.3 JENIS-JENIS INFLASI9.3.4 PUNCA INFLASI9.3.5 IMPLIKASI INFLASI9.3.6 LANGKAH MENGATASI INFLASI

Page 3: BAB 9

9.1 KITARAN PERNIAGAAN(BUSINESS CYCLE)

Page 4: BAB 9

Fasa Kitaran Perniagaan:(i) Puncak (Peak):– Ekonomi berada pada guna tenaga penuh,

perdagangan dan pengeluaran output tinggi, peningkatan permintaan agregat serta pendapatan negara adalah tinggi.

– Peningkatan pelaburan mewujudkan tekanan ke atas sumber pengeluaran sedia ada yang menyebabkan tingkat upah dah harga input bertambah.

– Kesannya, tingkat harga, upah, faedah dan untung akan meningkat.

– ‘Puncak’ juga di kenali sebagai ‘tempoh kekayaan’.

Page 5: BAB 9

(ii) Kemelesetan (Recession):– Kemelesetan berlaku antara titik ‘puncak’ ke

‘dasar’– Semasa tempoh ini, berlaku pengurangan dalam

nilai output, perdagangan dan urusniaga;– Kadar pengangguran meningkat (tingkat guna

tenaga berkurang);– Pengurangan dalam pendapatan agregat dalam

bentuk upah dan untung; serta– Perbelanjaan penggunaan serta tingkat pelaburan

juga berkurang.

Page 6: BAB 9

(iii) Dasar (Trough):– Fasa kemelesetan berakhir apabila KDNK benar tidak

lagi mengalami penurunan.– “Dasar” merupakan titik minimum dalam kitaran

perniagaan.– Pada fasa ini, tingkat aktiviti ekonomi secara

keseluruhannya jatuh pada tahap yang paling rendah.– Kadar pengangguran adalah tinggi dan mewujudkan

pelbagai masalah ekonomi dan sosial.– Fasa ini merupakan keadaan yang paling mencabar

bagi sesebuah ekonomi , dan ia merupakan fasa terburuk dalam kitaran perniagaan.

Page 7: BAB 9

(iv) Pengembangan (Expansion):– Pengembangan adalah fasa pemulihan ke arah

pertumbuhan semula ekonomi selepas kemelesetan.

– Fasa ini dibantu oleh dasar pembangunan dan perbelanjaan kerajaan, perubahan teknik pengeluaran, penemuan inovasi dan sumber tenaga yang baru.

– Tingkat guna tenaga, output, pendapatan, upah, harga dan untung kembali bertambah. Melaui kesan pengganda, ekonomi negara akan membangun dengan cepat.

Page 8: BAB 9

9.2 PENGANGGURAN9.2.1 KONSEP TENAGA BURUH, GUNA TENAGA &

PENGANGGURAN

• Tenaga buruh adalah penduduk dalam usia 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan.

• Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

• Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin bekerja tetapi masih belum mendapat pekerjaan.

Page 9: BAB 9

PENGIRAAN:

(i) Kadar tenaga buruh =(Jumlah tenaga buruh/Jumlah penduduk) x 100% (ii) Jumlah guna tenaga = (Tenaga buruh – Jumlah penganggur)

(iii) Kadar guna tenaga = (Guna tenaga/Tenaga buruh) x 100%

(iv) Jumlah pengangguran = (Tenaga buruh – Guna tenaga)

(v) Kadar Pengangguran = ( Jumlah penganggur/Tenaga buruh) x 100%

Page 10: BAB 9

Statistik Gunatenaga, Malaysia:1990-2008

1990 1995 2000 2004 2007 2008

Labor Force (‘000)MaleFemale

7000.264.135.9

7893.165.934.1

9616.165.334.7

10353.564.036.0

10889.563.936.1

11028.164.235.8

Employed (‘000)MaleFemale

6685.064.535.5

7645.066.133.9

9321.765.334.7

9986.664.135.9

10538.164.036.0

10659.664.335.7

Unemployment Rate MaleFemale

5.04.05.4

3.12.83.8

3.13.03.2

3.53.43.8

3.23.13.4

3.33.23.7

LFPR (%)MaleFemale

66.585.347.8

64.784.344.7

65.483.047.2

64.480.947.3

63.279.546.4

62.679.045.7

Page 11: BAB 9

9.2.2 JENIS-JENIS PENGANGGURAN:

(i) Pengangguran geseran(ii) Pengangguran teknologi(iii) Pengangguran struktur(iv) Pengangguran musim(v) Pengangguran edaran

Page 12: BAB 9

(i) Pengangguran geseran:– Berlaku apabila terdapat pekerja yang tidak bekerja buat

sementara waktu kerana mempunyai alternatif yang lebih baik.

– Contoh: Gaji yang lebih tinggi.– Pengangguran bersifat sementara.

(ii) Pengangguran teknologi:– Pengangguran yang wujud akibat kemajuan teknologi.– Kemajuan teknologi mempercepatken proses

pengeluaran dan mengurangkan kos. – Firma menggunakan teknologi/mesin baru yang dapat

meningkatkan produktiviti, maka firma akan mengurangkan pekerjanya.

Page 13: BAB 9

(iii) Pengangguran struktur:– Berlaku di sebabkan perubahan struktur ekonomi

sesebuah negara.– Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan

peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh.

– Dengan perkembangan sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam penyediaan peluang pekerjaan telah beralih ke sektor tersebut.

– Oleh kerana sebilangan tenaga buruh tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran maka berlakulah pengangguran struktur.

Page 14: BAB 9

(iv) Pengangguran musim:– Pengangguran bermusim berlaku apabila berlakunya

perubahan musim secara semula jadi yang menghalang tenaga buruh melakukan kegiatan ekonomi.

– Contohnya, nelayan tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh.

(v) Pengangguran edaran (kitaran):– Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya

kemelesetan ekonomi yang secara lansung menyebabkan kejatuhan tingkat keluaran negara dan jumlah tenaga.

Page 15: BAB 9

9.2.3 IMPLIKASI PENGANGGURAN:

(i) Kesan Ekonomi: – Berkaitan kegiatan ekonomi dan pendapatan

negara.

(ii) Kesan Sosial:– Berkaitan masalah ketidakstabilan yang berlaku

terhadap masyarakat dan politik.

Page 16: BAB 9

(i) Kesan Ekonomi: • Mengurangkan keluaran negara– Apabila terdapat ramainya tenaga buruh yang menganggur, maka

pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran negara bagi negara berkenaan akan berkurangan.

• Menurunkan taraf hidup– Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan

menggunakan pendapatan per kapita. – Apabila terdapatnya ramai tenaga buruh yang menganggur, maka

keluaran negara kasar akan berkurangan dan seterusnyaakan mengurangkan pendapatan perkapita yang merendahkan taraf hidup penduduk.

Page 17: BAB 9

• Mengurangkan pendapatan negara– Apabila kadar pengangguran adalah tinggi, maka pendapatan atau

keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara.

• Melambatkan proses pembangunan negara– Apabila pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat

menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan tersebut terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan negara.

• Menambahkan kadar kemiskinan– Pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar kemiskinan

dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang beberapa program untuk mengatasi masalah kemiskinan.

– Pengangguran ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk memajukan negara.

Page 18: BAB 9

(ii) Kesan Sosial: • Mewujudkan keadaan tidak tenteram dalam keluarga– Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam

keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnya membawa kepada penceraian.

• Peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat– Akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh penganggur,

mereka sanggup melakukan rompakan, pembunuhan dan lain -lain kegiatan anti sosial untuk mendapatkan wang.

• Masalah tekanan jiwa dan tiada kenyakinan diri– Penganggur yang telah lama menganggur akan mengalami masalah

tekanan jiwa yang hebat dalam kehidupannya. Ia akan sentiasa berfikir bagaimana tanggungjawabnya terhadap keluarga dapat disempurnakan dalam keadaan ia sedang menganggur.

Page 19: BAB 9

9.2.4 LANGKAH KERAJAAN MENGATASI PENGANGGURAN:

1. Dasar fiskal - mengubah perbelanjaan kerajaan- mengubah dasar cukai.

2. Dasar kewangan

- mengubah kadar bunga 3. Pembangunan tenaga manusia 4. Latihan meningkatkan kemahiran 5. Maklumat peluang pekerjaan 6. Mencipta peluang pekerjaan

Page 20: BAB 9

9.3 INFLASI9.3.1 KONSEP INFLASI

• Inflasi boleh di definisikan sebagai kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi.

• Kenaikan harga yang menyeluruh berlaku apabila terjadinya peningkatan purata harga barangan secara keseluruhan dalam sesebuah ekonomi.

• Sekiranya berlaku kenaikan harga barangan secara tidak berterusan, maka ianya tidak di anggap inflasi.

Page 21: BAB 9

9.3.2 KAEDAH PERHITUNGAN KADAR INFLASI

• Oleh kerana kenaikan harga ini berlaku untuk semua jenis barang maka kita perlu melihat kenaikan harga itu secara purata iaitu dengan menggunakan indeks harga dan pendeflasi KNK.

• Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi menggunakan indeks harga, kita menggunakan rumus berikut;

• Kadar inflasi =[ (IH1 – IH0) / IH0 ] x 100

Page 22: BAB 9

• Terdapat dua indeks harga yang utama, iaitu Indeks Harga Pengguna (IHPG) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPK),

• IHPG merupakan gambaran tentang arah aliran perubahan harga barang pengguna secara amnya. Ianya mewakili corak perbelanjaan purata sesebuah isi rumah berdasarkan kepada satu tahun asas.

• IHPK mengukur kadar perubahan purata semua barang dan perkhidmatan yang dihasilkan pengeluar.

Page 23: BAB 9

9.3.3 JENIS INFLASI(i) Inflasi sederhana– Berlaku apabila proses kenaikan harga yang sederhana, tidak

terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, kurang dari 4% setahun.

(ii) Inflasi merayap– Berlaku apabila kadar kenaikan tingkat harga yang lambat,

antara 2-3% setahun.

(iii) Hiperinflasi – Berlaku apabila proses kenaikan harga berlaku sangat cepat,

antara 50-60% ;atau lebih.– Peperangan, huru hara, malapetaka dll.

(iv) Stagflasi– Keadaan pengangguran dan inflasi berlaku serentak dengan

kadar yang tinggi.

Page 24: BAB 9

Kadar Inflasi di Malaysia

Page 25: BAB 9

9.3.4 PUNCA INFLASI(i) Inflasi tarikan permintaan• Inflasi yang berlaku akibat peningkatan dalam tingkat

permintaan agregat.• Antara faktor: Peningkatan tingkat pendapatan

pengguna, peningkatan penawaran wang, peningkatan perbelanjaan kerajaan, & peningkatan pelaburan.

(ii) Inflasi tolakan kos• Inflasi yang berlaku akibat pengurangan penawaran

agregat dalam pasaran.• Antara faktor: Peningkatan kos pengeluaran, bencana

alam & peperangan.

Page 26: BAB 9

(iii) Inflasi diimport

i. Peningkatan Harga di Luar Negara • Inflasi ini berlaku bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang

banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara.• Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada

harga dalam negara.

ii. Penurunan Kadar Pertukaran Wang • Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara

Malaysia dengan negara luar. • Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh

(bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi.

• Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

Page 27: BAB 9

(iv) Inflasi Jangkaan:• Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan

pengguna. • Jika pengguna membuat jangkaan yang harga

akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.

• Ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Page 28: BAB 9

9.3.5 IMPLIKASI INFLASI(i) Kesan terhadap agihan pendapatan– Bagi individu yang berpendapatan tetap, kenaikan

harga barangan dan perkhidmatan akan merendahkan kuasa beli individu tersebut.

(ii) Kesan terhadap aktiviti ekonomi– Inflasi menyebabkan kos pengeluaran barang dan

perkhidmatan meningkat.– Pemilik modal akan mendapatkan lebih banyak harta

yang kurang berisiko seperti tanah dan rumah.– Ini akan mengurangkan pelaburan produktif

menyebabkan ekonomi negara merosot.

Page 29: BAB 9

(iii) Kesan terhadap tabungan– Inflasi menyebabkan susut nilai mata wang dan

engurangkan tabungan.– Indivudu yang memegang kekayaan dalam bentuk wang

seperti simpanan di bank akan mengalami kerugian, manakala individu yang membeli harta tetap akan lebih beruntung.

(iv) Kesan terhadap penghutang dan pemiutang– Bagi yang berhutang (penghutang), mereka beruntung

kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya.

– Individu yang memberi hutang (pemiutang) pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.

Page 30: BAB 9

9.3.6 LANGKAH KERAJAAN MENGATASI INFLASI

• Semasa inflasi tarikan permintaan (akibat ↑AD), kerajaan akan menggunakan dasar fiskal menguncup dan dasar kewangan menguncup.

• Dasar fiskal menguncup: pengurangan perbelanjaan kerajaan (G) atau kenaikan cukai. Ini akan mengurangkan kuasa beli rakyat dan mengurangkan AD.

• Dasar kewangan menguncup: Bank pusat (BNM) akan mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi dengan menaikkan nisbah kerajaan (Required Reserve Ratio), menaikan kadar faedah (discount rate) @ menjual bon kerajaan.

Page 31: BAB 9

• Semasa inflasi tolakan kos (akibat ↓AS), kerajaan akan menjalankan dasar sebelah penawaran, kawalan terhadap kesatuan sekerja dan penetapan harga maksimum.

• Dasar sebelah penawaran:mengurangkan cukai & pemberian subsidi.

• Kawalan terhadap kesatuan sekerja: tuntutan kenaikan upah semasa tingkat gunatenaga penuh akan menaikkan kos pengeluaran firma.

• Pihak kerajaan, majikan dan kesatuan akan berunding untuk mendapat kata sepakat.

• Dasar harga maksimum: untuk mengawal harga faktor pengeluaran.

Page 32: BAB 9

• Semasa inflasi diimport, kawalan lansung dan kempen penggantian import akan di laksanakan.

• Kawalan lansung seperti penetapan tarif (cukai import) dan kuota (had maksimum kuantiti import) akan dilakukan.

• Kempen penggantian import dengan menggalakkan orang ramai membeli barangan buatan tempatan.

Page 33: BAB 9

33