bab 9 tcp-ip

Click here to load reader

Post on 07-Jun-2015

1.923 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tcp -ip tutorial only

TRANSCRIPT

TCP/IP Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) adalah protokol yang diterima pakai untuk kegunaan Wide Area Network (WAN), Local Area Network (LAN) dan Internet. Kita mungkin telah ketahui mengenai architecture DOD (Department of Defense). Dari namanya kita sudah dapat meneka DOD dibina oleh pihak tentera. Diperkenalkan diawal tahun 70 an dan architecture tidak jauh lari dari Model OSI. Dibawah disertakan perbandingan diantara Model OSI dan DOD.OSI Layer Application Presentation File Transfer Protokol Digunakan DOD Layer Electronic Terminal Network Mail Emulation Management

Session Transport

Simple File Simple Mail Process/ Network Transfer Transfer TELNET Application Management Protocol Protocol Protocol Protocol (FTP) (SMTP) *RFC 854* (SNMP) *RFC 959* *RFC 821* *RFC 1098* Transmission Control Protocol (TCP) *RFC 793* Addess Resolution ARP *RFC 826* RARP *RFC 903* User Datagram Protocol (UDP) *RFC 768* Internet Protocol (IP) *RFC 791* Internet Control Message Protocol (ICMP) *RFC 792* Host-toHost

Network

Internet

Data Link

Network Interface Card: Ethernet, StarLAN, Token Ring, Arcnet *RFC 894, RFC 1042, RFC 1051* Transmission Media: Twisted Pair, Coaxial, Fiber Optics, Wireless dll

Physical

Network Access or Local Network

Jadual 1: Menunjukkan perbandingan diantara Model OSI dan DOD *RFC = Request for Comments 187Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Di dalam model OSI terdapat 7 lapisan, tetapi di dalam Model DOD hanya terdapat 4 lapisan. Lapisan Proses/Penggunaan (Process/Application) Lapisan ini jika dibandingkan dengan lapisan OSI merangkumi lapisan Penggunaan (Application), Persembahan (Presentation) dam Sidang (Session). Lapisan ini menyediakan protokol untuk komunikasi aplikasi antara nod (node-to-node) dan mengawal spefikasi antaramuka pengguna. Aplikasi dan servis yang ada di dalam lapisan ini adalah: 1. Telnet (Terminal Emulation) Telnet asalnya datang dari Telephone Network. Aplikasi Telnet sering digunakan untuk pengguna dari jauh (remote client) mencapai, menggunakan servis dan menjalankan arahan yang ada di dalam Pelayan. Aplikasi Telnet sering digunakan pada Linux, Unix, peralatan seperti penghala (Router), suis (switch) dan sebagainya. Paparan hanyalah di dalam bentuk text dan menu, menu disini seperti yang digunakan di dalam ms-dos. Perisian telnet.exe boleh didapati secara percuma setiap perisian OS Microsoft. Boleh dicapai di c:\windows. Selain dari itu perisian seperti Netterm juga boleh digunakan. Sila pergi ke laman http://www.securenetterm.com untuk mendapatkannya. Contoh 1: Dari rumah saya telah mendail ke pejabat dan menggunakan perisian telnet untuk memasuki Pelayan DHCP melalui penggunaan telnet.

188Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 1: Telnet Selepas login menggunakan akaun rozaimy dan memberikan laluannya, saya perlu menukar akses dari pengguna biasa kepada pengguna super user iaitu root. Sekiranya ingin mematikan servis DHCP, hanya perlu menaip arahan ps ax untuk mendapatkan nombor tugasan DHCP. Dari contoh dibawah nombor tugasan untuk DHCP adalah 28249. Oleh itu arahan kill 9 28249 akan menamatkan servis DHCP

Rajah 2: Menamatkan servis Untuk mengaktifkan semula arahan /etc/rc.d/init.d/dhcpd start perlu ditaipkan.

Rajah 3: Mengaktifkan servis 189Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Dengan menggunakan aplikasi telnet, pengguna dapat mengawal pelayan dari jauh. Contoh 2: Selain memasuki pelayan (Server), telnet juga boleh digunakan untuk memasuki penghala (Router).

Rajah 4: Contoh memasuki router Cisco7200

190Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 5: Contoh memasuki router Proteon

Rajah 6: Contoh memasuki suis Baystack 450-24T 2. FTP (File Transfer Protocol) FTP merupakan protokol FTP dan juga program FTP. Digunakan untuk memindahkan data diantara dua buah komputer.

191Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Pengguna FTP hanya boleh melihat direktori, mengambil dan menghantar data. Pengguna FTP tidak boleh menjalankan sebarang arahan seperti di dalam Telnet. Penguna perlu mempunyai perisian FTP seperti ftp.exe atau wsftp.exe untuk mencapai Pelayan FTP. Katalaluan yang betul perlu untuk kita mencapai pelayan FTP. Aplikasi boleh diperolehi di http://www.wsftp.com/. Pelayan FTP yang menerima pengguna Anonymous tidak memerlukan katalaluan, ini kerana pelayan jenis ini selalunya hanya membenarkan pengguna mengambil data dari pelayan tetapi tidak membenarkan pengguna menghantar data kepada pelayan. Contoh 1: Aplikasi DOS ftp.exe

Rajah 7: FTP di dalam mod DOS Aplikasi Windows WS_FTP

Rajah 8: FTP di dalam mod tetingkap 192Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Fungsi dan kegunaan adalah sama untuk ftp di dalam ms-dos atau windows. Ftp di dalam ms-dos, memerlukan penguna mengetahui arahan seperti get untuk mendapatkan data dari pelayan, arahan put untuk menghantar data ke palayan dan arahan ls untuk melihat fail di dalam directori pelayan. 3. TFTP (Trivial File Transfer Protocol) Sama seperti FTP, tetapi tidak boleh melihat direktori dan tidak mempunyai kata laluan untuk memasukinya. Apabila mengunakan TFTP, kita perlu tahu nama fail untuk dipindah atau diambil. Program TFTP sering digunakan untuk menghantar atau menerima data dari perkakasan seperti Penghala (Router) dan Suis (Switch). Data ini selalunya kecil seperti data konfigurasi dalam bentuk text atau data untuk meningkatkan Firmware pada penghala atau suis. Contoh: Program TFTP digunakan di dalam Switch Lucent P550R

Rajah 9: TFTP 4. NFS (Network File System) Protokol ini digunakan untuk pengkongsian fail pada dua sistem operasi yang berlainan seperti Unix dan NT. Sekiranya NFS diletakkan di dalam Pelayan NT, maka pengguna Unix dapat mencapai fail di dalam Pelayan NT tadi dengan adanya 193Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

NFS. Tanpa NFS, komputer yang menggunakan sistem operasi Unix tidak akan dapat mencapai fail di dalam Pelayan NT disebabkan oleh berlainan kawalan sekuriti, panjang nama fail, case sensitivity dan sebagainya. 5. SMTP (Simple Mail Transfer Protocol) Protokol ini digunakan untuk menghantar email. Apabila kita mengkonfigurasi akaun email, kita perlu mengisi ruangan pelayan SMTP dan POP3. Pelayan SMTP dan POP3 boleh berfungsi di dalam satu pelayan atau pelayan yang berlainan. Fungsi SMTP untuk menghantar email yang kita hantar dan akan disimpan oleh pelayan SMTP di dalam cakera keras dan akan dimasukkan di dalam ruangan menunggu (queue) untuk dihantar kepada penerima. Sekiranya pelayan penerima tidak menjawap (dalam kes ini pelayan POP3), maka email tadi akan tersimpan di dalam ruangan menunggu dan akan dihantar semula selepas 15 minit dan akan cuba selama empat hari lamanya sebelum pelayan SMTP membuang email tersebut. Walau bagaimanapun kekerapan dan tempoh percubaan menghantar email mungkin berubah mengikut konfigurasi pelayan SMTP yang dibina. POP3 pula digunakan untuk kita menerima email dari pelayan POP3. Ini kerana semua email kita disimpan di dalam pelayan POP3 sebelum kita mengambilnya. Semua email yang dihantar oleh pelayan SMTP akan disimpan oleh pelayan POP3 penerima. Apabila penerima menggunakan perisian email seperti Outlook Express, maka protokol POP3 digunakan untuk mengambil email tersebut dari pelayan POP3. Aplikasi Outlook Express kegunaan SMTP dan POP3. merupakan contoh terbaik

194Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 10: Menunjukkan konfigurasi POP3 dan SMTP 6. LPD (Line Printer Daemon) Protokol ini digunakan untuk pengkongsian mesin pencetak melalui sistem rangkaian dengan mengunakan TCP/IP. 7. X Windows Merupakan paparan grafik (GUI = Graphical User Interface) yang digunakan untuk operasi client-server. Kalau dalam OS keluaran Microsoft kita panggil Windows. 8. SNMP (Simple Network Management Protocol) Protokol ini digunakan untuk mengambil data sesuatu perkakasan yang ada di dalam sistem rangkaian. Data ini boleh datang dari penghala, suis dan komputer peribadi. Dengan data ini, kita boleh menggunakannya sebagai rujukan, amaran awal dan sebagainya. 195Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

9. DNS (Domain Name Service) Digunakan untuk resolves host names. Sering digunakan di dalam Internet. Apabila kita menaip www.komputer.com.my maka paparan laman komputer akan dipaparkan. Pelayan DNS akan memberikan alamat IP yang merujuk kepada www.komputer.com.my. Adalah lebih mudah untuk menaip www.komputer.com.my dari alamat IP. Alamat IP komputer mungkin berpindah dari masa kesemasa, tetapi dengan adanya pelayan DNS, pengguna tidak perlu mengetahui alamat IP yang baru. 10. Bootp (Bootstrap Protocol) Digunakan untuk komputer yang tidak mempunyai pemacu cakera liut dan cakera keras untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan menghantar alamat MAC (MAC address) kepada pelayan BootP. Pelayan BootP pula akan membandingkan alamat MAC dengan senarai fail BootP. Di dalam senarai fail BootP tersebut ada tercatat alamat IP untuk setiap alamat MAC. Alamat MAC (lebih dikenali dengan nama Hardware Address) adalah berbeza untuk setiap NIC (Network Interface Card). Hasilnya, komputer tersebut akan memperolehi maklumat seperti dibawah: a) Alamat IP komputernya sendiri b) Alamat IP dan nama hos untuk Pelayan c) Nama fail yang perlu untuk letakkan di dalam memori dan melakukan boot-up d) BootP merupakan satu program yang lama dan telah digantikan dengan Dynamic Host Configuration Protocol (DHCP) 11. DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) Apabila komputer pengguna disetkan untuk menggunakan DHCP, pelayan DHCP memberikan maklumat yang dikehendaki seperti: a) Alamat IP untuk pengguna tersebut b) Default Gateway (jika ada) c) Subnet Mask 196Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

d) Alamat IP Pelayan DNS (jika ada) e) Alamat IP Pelayan WINS (jika ada) Contoh:

Rajah 11: Pelayan DHCP memberikan berbagai maklumat IP.