bab 9-garis panduan

18
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 2015 9-1 9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM 9.1 PEMBANGUNAN PENGURUSAN 9.1.1 ETIKA KERJA ISLAM Sepuluh (10) Etika Kerja Islam yang dikemukakan oleh Dr. Muhammad Abdul Rauf sebagai panduan adalah seperti berikut: 1. Objektif jangka panjang di dunia hendaklah dihubungkaitkan dengan objektif jangka panjang yang hakiki untuk beribadah kepada Allah S.W.T dan mendapat keredhaanNya 2. Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambilkira sebelum pengambilan bekerja dan semasa bekerja 3. Masa hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk disia-siakan 4. Mengamalkan nilai-nilai luhur seperti berdisplin, amanah dan bertangungjawab 5. Sentiasa muhasabah diri dan membuat pembetulan ke arah yang lebih baik 6. Tiada pilih kasih dan diskriminasi 7. Kebajikan kakitangan diutamakan 8. Pendapatan kakitangan hendaklah disegerakan 9. Ganjaran dan peringatan hendaklah diamalkan 10. Musyawarah dan kerjasama diamalkan sepenuhnya 9.1.2 GARISPANDUAN DASAR Tujuh garispanduan dasar sebagai pegangan utama MPKB-BRI ialah: 1. Menegakkan syari’at Islam dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran 2. Mengenepikan sikap kebendaan dan kepentingan diri 3. Mengamalkan pendekatan syari’ah dalam pentadbiran dan pengurusan 4. Mengamalkan etika kerja Islam 5. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh kakitangan 6. Mengenengahkan kakitangan yang berdedikasi 7. Mengutamakan keadilan dalam setiap urusan 9.2 PEMBANGUNAN INSAN 9.2.1 MODUL PROGRAM UNTUK WARGA KOTA 1. Program Kesedaran Pandangan hidup Islam melalui pendekatan misi dan visi hidup Prinsip-prinsip asas ajaran Islam : Fardhu ‘Ain dan Kifayah Sumber-sumber hukum : Al-Qur’an, Hadis, Ijmak, dan Qias Tugas-tugas individu dalam pembangunan masyarakat, negara dan kesyumulan Islam Nilai-nilai terpuji dalam Islam Asas Rukun Islam dan Rukun Iman ke arah pembentukan individu bagi pembangunan masyarakat dan negara Kesedaran sejarah keagungan Islam 2. Program Penghayatan Nilai Sistem nilai yang diasaskan kepada Tawhid Penghayatan Rukun Islam dan Rukun Iman sebagai asas penghayatan nilai Penghayatan nilai-nilai terpuji dalam peribadi

Upload: mrad001

Post on 09-Nov-2015

80 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 1

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    9.1 PEMBANGUNAN PENGURUSAN

    9.1.1 ETIKA KERJA ISLAM

    Sepuluh (10) Etika Kerja Islam yang dikemukakan oleh Dr. Muhammad Abdul Rauf

    sebagai panduan adalah seperti berikut:

    1. Objektif jangka panjang di dunia hendaklah dihubungkaitkan dengan objektif

    jangka panjang yang hakiki untuk beribadah kepada Allah S.W.T dan mendapat

    keredhaanNya

    2. Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambilkira sebelum pengambilan bekerja

    dan semasa bekerja

    3. Masa hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk disia-siakan

    4. Mengamalkan nilai-nilai luhur seperti berdisplin, amanah dan bertangungjawab

    5. Sentiasa muhasabah diri dan membuat pembetulan ke arah yang lebih baik

    6. Tiada pilih kasih dan diskriminasi

    7. Kebajikan kakitangan diutamakan

    8. Pendapatan kakitangan hendaklah disegerakan

    9. Ganjaran dan peringatan hendaklah diamalkan

    10. Musyawarah dan kerjasama diamalkan sepenuhnya

    9.1.2 GARISPANDUAN DASAR

    Tujuh garispanduan dasar sebagai pegangan utama MPKB-BRI ialah:

    1. Menegakkan syariat Islam dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran

    2. Mengenepikan sikap kebendaan dan kepentingan diri

    3. Mengamalkan pendekatan syariah dalam pentadbiran dan pengurusan

    4. Mengamalkan etika kerja Islam

    5. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh kakitangan

    6. Mengenengahkan kakitangan yang berdedikasi

    7. Mengutamakan keadilan dalam setiap urusan

    9.2 PEMBANGUNAN INSAN

    9.2.1 MODUL PROGRAM UNTUK WARGA KOTA

    1. Program Kesedaran

    Pandangan hidup Islam melalui pendekatan misi dan visi hidup Prinsip-prinsip asas ajaran Islam : Fardhu Ain dan Kifayah Sumber-sumber hukum : Al-Quran, Hadis, Ijmak, dan Qias Tugas-tugas individu dalam pembangunan masyarakat, negara dan

    kesyumulan Islam

    Nilai-nilai terpuji dalam Islam Asas Rukun Islam dan Rukun Iman ke arah pembentukan individu bagi

    pembangunan masyarakat dan negara

    Kesedaran sejarah keagungan Islam

    2. Program Penghayatan Nilai

    Sistem nilai yang diasaskan kepada Tawhid Penghayatan Rukun Islam dan Rukun Iman sebagai asas penghayatan nilai Penghayatan nilai-nilai terpuji dalam peribadi

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 2

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    Pelaksanaan nilai-nilai yang sebenar dalam Islam Penghayatan nilai ke arah kecemerlangan individu dan masyarakat Nilai-nilai terpuji yang patut dihayati Rasulullah sebagai model kecemerlangan

    9.2.2 MODUL PROGRAM UNTUK WARGA KOTA BUKAN ISLAM

    1. Program Kesedaran

    Islam agama kemanan Islam menjaga kepentingan seluruh masyarakat Pendekatan Islam terhadap penganut agama lain Pandangan salah terhadap Islam Asas-asas ajaran Islam untuk masyarakat Kebebasan beragama dalam pentadbiran Islam Sumbangan penganut agama lain dalam pembangunan

    2. Program Penghayatan Nilai

    Sistem nilai yang diasaskan kepada kepercayaan beragama Sistem nilai yang boleh diterima oleh semua penganut Nilai-nilai sejagat Penghayatan nilai-nilai sejagat Manfaat penghayatan nilai Penghayatan nilai untuk kesejahteraan bersama dalam masyarakat Nilai-nilai bersama

    9.2.3 GARISPANDUAN DASAR UNTUK PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN MENGIKUT

    PENDUDUK

    1. Anggaran jumlah penduduk yang akan mengikuti Program Bina Insan

    ANGGARAN JUMLAH PENDUDUK YANG AKAN MENGIKUTI PROGRAM PADA SETIAP DUA KALI SEBULAN BULAN BAGI JANGKAMASA TAHUN 2011 SEHINGGA 2015*

    DAERAHAWAL REMAJA DAN REMAJA

    BELIA(20 ke 39

    tahun)

    DEWASA (40 ke 54

    tahun)

    WARGA EMAS (55 Tahun Ke

    atas)BADANG 111 66 36 24BANGGU 63 36 23 17KEMUMIN 108 90 37 16

    KOTA 74 46 31 22LIMBAT 55 32 17 12PANJI 208 134 81 41

    PENDEK 59 29 20 16SERING 68 40 23 19

    LUNDANG 173 114 65 34KOTA BHARU 147 112 74 54

    JUMLAH 1067 699 407 254* Unjuran berdasarkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur MPKB-BRI pada tahun

    2015

    2. Anggaran jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik yang akan mengikuti program

    ANGGARAN JUMLAH PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN ETNIK YANG AKAN MENGIKUTI PROGRAM PADA SETIAP SEKALI SEBULAN BULAN BAGI JANGKAMASA TAHUN 2011

    SEHINGGA 2015*

    BUMIPUTERA LAIN 12CINA 294INDIA 19

    LAIN-LAIN 14BUKAN WARGANEGARA 68

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 3

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    3. Cadangan jumlah program kesedaran yang akan dijalankan pada Fasa Pertama

    CADANGAN JUMLAH PROGRAM KESEDARAN YANG AKAN DIJALANKAN PADA FASA PERTAMA UNTUK JANGKAMASA 2006 SEHINGGA 2010 SETIAP TAHUN

    DAERAHAWAL REMAJA DAN REMAJA

    BELIA(20 ke 39

    tahun)

    DEWASA (40 ke 54 tahun)

    WARGA EMAS ( 55 Tahun Ke

    atas)BADANG 1 1 1 1BANGGU 1 1 1 1KEMUMIN 1 1 1 1

    KOTA 1 1 1 1LIMBAT 1 1 1 1PANJI 1 1 1 1

    PENDEK 1 1 1 1SERING 1 1 1 1

    LUNDANG 1 1 1 1KOTA BHARU 5 5 5 5

    JUMLAH 14 14 14 14Program Pembangunan Insan bagi Fasa Pertama untuk seluruh Daerah adalah 56 program

    setahun

    4. Cadangan jumlah program kesedaran yang akan dijalankan pada Fasa Kedua

    CADANGAN JUMLAH PROGRAM KESEDARAN YANG AKAN DIJALANKAN PADA FASA KEDUA UNTUK JANGKAMASA 2011 SEHINGGA 2015 SETIAP TAHUN

    DAERAHAWAL REMAJA DAN REMAJA

    BELIA(20 ke 39

    tahun)

    DEWASA (40 ke 54

    tahun)

    WARGA EMAS (55 Tahun Ke

    atas)BADANG 2 2 2 2BANGGU 2 2 2 2KEMUMIN 2 2 2 2

    KOTA 2 2 2 2LIMBAT 2 2 2 2PANJI 2 2 2 2

    PENDEK 2 2 2 2SERING 2 2 2 2

    LUNDANG 2 2 2 2KOTA BHARU 10 10 10 10

    JUMLAH 28 28 28 28Program Pembangunan Insan bagi Fasa Pertama untuk seluruh Daerah adalah 112 program

    setahun

    5. Cadangan jumlah program pembagunan insan untuk warga kota bukan beragama Islam Fasa Pertama

    CADANGAN JUMLAH PROGRAM PEMBAGUNAN INSAN UNTUK WARGA KOTA BUKAN BERAGAMA ISLAM FASA PERTAMA UNTUK JANGKAMASA 2006

    SEHINGGA 2010 SETIAP TAHUNETNIK JUMLAH PROGRAM SETAHUNCINA 12

    BUKAN W'NEGARA

    12

    BUMIP'RA LAIN 6INDIA 6

    LAIN-LAIN 6JUMLAH 42

    Program Pembangunan Insan bagi Fasa Pertama untuk seluruh Daerah adalah 42 program setahun

    6. Cadangan Program Pembangunan Insan untuk setiap daerah MPKB-BRI

    CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN UNTUK SETIAP DAERAH MPKB-BRI

    PERKARA KEPERLUAN

    TEMPOH PROGRAM 2 hari ( 8 pagi sehingga 5 petang hari kedua)JUMLAH PESERTA 100 orang

    MAKAN 100 pesertaTEMPAT masjid/kesesuaian

    PENCERAMAH DAN TEKNIKAL 4 orangPERALATAN PERSEMBAHAN lcd laptop

    PERALATAN PESERTA nota

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 4

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    7. Cadangan kos bagi setiap Program Pembangunan Insan

    CADANGAN KOS BAGI SETIAP PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN UNTUK SETIAP DAERAH MPKB-BRI BAGI SETIAP TAHUN

    PERKARAKEPERLUAN KOS/SATU

    ( RM )JUMLAH

    (RM)

    TEMPOH PROGRAM 2 hari ( 8 pagi sehingga 5 petang hari kedua)

    JUMLAH PESERTA100 orang

    MAKAN DAN MINUM100 peserta 30.00 3000.00

    TEMPAT

    masjid/kesesuaian

    saguhati(bil elektrik dan

    air)

    200.00

    PENCERAMAH DAN TEKNIKAL 4 orang 200 seorang 800.00PERALATAN PERSEMBAHAN * rujuk keperluan yang akan disediakan oleh MPKB-BRI

    PERALATAN PESERTA nota 5.00 500

    JUMLAH 4500.00

    8. Anggaran kos Program Pembangunan Insan untuk setiap daerah MPKB-BRI setiap tahun untuk Fasa Pertama

    ANGGARAN KOS PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN UNTUK SETIAP DAERAH MPKB-BRI SETIAP TAHUN UNTUK FASA PERTAMA

    PERKARAFASA PERTAMA(2006 2010)

    JUMLAH UNIT(RM) JUMLAH (RM)

    JUMLAH PROGRAM SETAHUN 98 4500.00 441000.00

    JUMLAH PROGRAM SEBULAN

    4 program mengikut kumpulan umursatu program untuk etnik Cina dan bukan

    warganegara dan 2 bulan sekali untuk etnik bumiputra lain, India

    dan lain-lain

    JUMLAH PESERTA 9800 orang

    TEMPAT 15 Pusat Pembangunanan Insan seluruh MPKB-BRI

    PENCERAMAH DAN TEKNIKAL 22 orang perceramah dan teknikal

    PERALATAN PERSEMBAHAN

    6 LCD dan 6 laptop dan peralatan

    audio

    LCD = 5000.00laptop = 3000.00audio = 2000.00

    lain-lain = 2000.00Jumlah = 12000.00

    6 unit x 12000.00 =72000.00

    JUMLAH KESELURUHAN 513000.00

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 5

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    9. Anggaran kos Program Pembangunan Insan untuk setiap daerah MPKB-BRI setiap tahun untuk Fasa Pertama

    ANGGARAN KOS PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN UNTUK SETIAP DAERAH MPKB-BRI SETIAP TAHUN UNTUK FASA 1

    PERKARAFASA PERTAMA(2006 2010)

    JUMLAH UNIT(RM) JUMLAH (RM)

    JUMLAH PROGRAM SETAHUN 172 4500.00 x 10%

    kenaikan kos =

    5000.00

    860000.00

    JUMLAH PROGRAM SEBULAN8 program mengikut kumpulan umur

    ( 4 program kesedaran dan 4 program penghayatan nilai)satu program untuk setiap kumpulan etnik

    ( program kesedaran dan penghayatan nilai dijalankan secara selang seli)

    JUMLAH PESERTA 17200 orang

    TEMPAT 15 Pusat Pembangunanan Insan seluruh MPKB-BRI

    PENCERAMAH DAN TEKNIKAL 36 orang perceramah dan teknikal

    PENAMBAHAN PERALATAN PERSEMBAHAN

    3 LCD dan 3 laptop dan peralatan

    audio

    LCD = 5000.00laptop = 3000.00audio = 2000.00

    lain-lain = 2000.00Jumlah = 12000.00

    3 unit x 12000.00 =36000.00

    JUMLAH KESELURUHAN 896000.00

    10. Anggaran kos Program Pembangunan Insan untuk setiap daerah MPKB-BRI setiap tahun

    ANGGARAN KOS PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN UNTUK SETIAP DAERAH MPKB-BRI SETIAP TAHUN

    PERKARAFASA PERTAMA(2006 2010)

    FASA KEDUA(2011 2015)

    JUMLAH BAGI 10 TAHUN

    JUMLAH PROGRAM SETAHUN 98 17298 x 5 tahun = 490

    172 x 5 tahun = 860Jumlah = 1350

    JUMLAH PESERTA 9800 17200 135000 warga kota

    Tahun Pertama RM 513000.00 RM 896000.00 RM 1409000.00Tahun Kedua sehingga 2010

    (4 tahun)RM 1764000.00 RM 1764000.00

    Tahun Kedua sehingga 2015 (4 tahun)

    RM 3440000.00 RM 3440000.00

    JUMLAH PERBELANJAAN BAGI FASA PERTAMA DAN

    FASA KEDUA

    RM 2277000.00 RM 4336000.00 RM 6613000.00

    11. Anggaran kos Program Pembangunan Insan MPKB-BRI bagi jangkamasa 10 tahun

    ANGGARAN KOS PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN MPKB-BRI BAGI JANGKAMASA 10 TAHUN BERMULA PADA 2006 -2015

    FASA FASA PERTAMA FASA KEDUA JUMLAH

    TAHUN2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015

    10 TAHUN

    JUMLAH PROGRAM98 98 98 98 98 172 172 172 172 172 1350

    JUMLAH PESERTA9800 9800 9800 9800 9800 17200 17200 17200 17200 17200 135000

    KOS PROGRAM (RM) 513000 441000 441000 441000 441000 896000 860000 860000 860000 860000 6613000

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 6

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    9.3 PEMBANGUNAN FIZIKAL

    9.3.1 KAJIAN LALULINTAS

    Garispanduan Am

    Penyediaan garispanduan am perlulah mengambilkira perkara-perkara berikut:

    a) Perancangan sistem komponen maklumat trafik dan pengangkutan untuk

    kemudahan masyarakat

    b) Penggunaan strategi-strategi yang berkaitan dengan elemen

    pengangkutan untuk hasil pembangunan yang terbaik

    c) Perancangan jaringan sistem jalan raya yang selamat untuk keselamatan

    dan kebajikan masyarakat

    d) Perancangan kaedah pemantauan keseluruhan sektor lalulintas bagi

    mengawal masalah pencemaran persekitaran

    e) Perancangan jalan-jalan utama yang sistematik untuk kemudahan

    masyarakat tanpa memberi impak yang boleh mengganggu kesejahteraan

    kehidupan di kawasan-kawasan perumahan di persekitaran

    Perancangan jaringan sistem jalan raya yang selamat juga memerlukan penelitian ke

    atas aspek detailing dalam bentuk penerapan ciri-ciri keselamatan sebagai langkah

    mencegah kemalangan dan juga jenayah. Detailing ke atas ciri-ciri keselamatan

    yang boleh diterapkan adalah seperti berikut:

    1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor. Kaedah ini boleh

    mengurangkan risiko kegiatan jenayah ragut

    2. Penyediaan bollard atau pagar bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dan

    laluan motosikal

    Sumber: Bandar Selamat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

    1) Garispanduan Jalan

    Nama Jalan Jenis Bil. Laluan (Dua Arah)

    Lebar Jalan (m)

    Lebar Bahu Jalan (m)

    Lebar Pembahagi

    JalanJalan Kuala Krai Jalanraya

    Persekutuan4 14.0 2.5 0.5

    Jalan Tok Kenali Jalanraya Negeri 4 14.0 2.5 0.5

    Jalan Pasir Puteh Jalanraya Persekutuan

    4 14.0 2.5 0.5

    Jalan Pengkalan Chepa

    Jalanraya Persekutuan

    4 14.4 2.0 1.27

    Jalan Semut Api Jalanraya Negeri 4 14.0 2.5 0.5

    2) Garispanduan Kawasan Meletak Kenderaan Bagi Kawasan Terpilih

    No. Jenis Aktiviti Keperluan1. Pasar a) 1 tempat meletak kenderaan bagi setiap 25m luas

    lantaib) Tambahan 1 tempat meletak motosikal bagi setiap 50m

    luas lantaic) Tambahan sekurang-kurangnya 100m kawasan bagi 2

    kenderaan perkhidmatan2. Kemudahan Park & Ride a) Minima 100 ruang meletak kenderaan

    b) Tambahan 30% ruang bagi meletak motosikal

    Sumber: Piawaian Perancangan bagi Kawasan Meletak Kenderaan, Bahagian Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, 2002

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 7

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    9.3.2 INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

    Pembentukan garispanduan bagi sektor infrastruktur dan utiliti adalah

    berdasarkan kepada aspirasi mencapai matlamat pembangunan yang

    menerapkan ciri-ciri pembangunan 5K (Keilmuan, Kepatuhan, Kebajikan,

    kebersihan dan kesejahteraan). Garispanduan yang telah dicadangkan bagi

    pembangunan keseluruhan infrastruktur dan utiliti adalah seperti berikut:

    A. Garispanduan Am

    Merangka kaedah penyelenggaraan yang berkesan bagi memelihara sistem dan premis infrastruktur dan utiliti agar sentiasa

    berfungsi, bersih dan terkawal.

    Merancang pemilihan lokasi dan merangka kaedah pengawalan premis utiliti agar tidak mudah diceroboh dan membahayakan

    masyarakat dan persekitaran.

    Merangka dan menjalankan kempen pemeliharaan infrastruktur dan utiliti secara berterusan bagi menyedarkan masyarakat akan

    kepentingan sektor ini dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan

    hidup.

    Manakala dari aspek teknikal pula, garispanduan yang telah

    dicadangkan adalah seperti berikut:

    1) Sistem Pembentungan

    Penyediaan tapak yang mencukupi dan mampu menampung keperluan semasa dan masa hadapan

    Jauh dari kawasan perumahan, taman permainan, tapak penjaja, dan tempat keagamaan

    Menyediakan zon penampan

    Kawalan pembuangan air sisa ke sistem perparitan. Sebaiknya disalurkan ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan

    berpusat

    Penyelenggaraan tangki septik berjadual dan secara berkala hendaklah dilaksanakan bagi mengatasi pengumpulan air

    kumbahan yang banyak yang boleh menjejaskan

    keberkesanan proses rawatan air kumbahan

    Pemasangan perangkap minyak di premis restoran, kedai makanan dan kilang-kilang bagi mengelakkan pengumpulan

    minyak di saluran sistem pembentungan yang boleh

    mengurangkan kadar aliran sisa kumbahan dan kecekapan

    rawatan sistem pembentungan

    Penyediaan zon penampan (minima 30m) bagi pusat rawatan kumbahan jenis terbuka dan (minima 10m) bagi rawatan jenis

    tertutup bagi loji yang terletak di kawasan perumahan dan

    perdagangan

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 8

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    2) Sistem Pelupusan Sisa Pepejal

    Penyediaan tapak pengumpulan sisa pepejal (storage point) sementara dan tapak sisa toksik sementara sebelum dibawa

    ke pusat pelupusan di kawasan luar kejiranan

    Lokasi tapak perlu berada jauh daripada sebarang laluan air/punca air

    Lokasi tapak hendaklah terletak jauh (lebih kurang 1 km) dari kawasan perumahan, masjid dan sekolah

    Tumbuhan yang tebal dan pokok-pokok perlu ditanam di sekitar tapak pelupusan sebagai zon penampan

    Pembangunan pusat incinerator perlu dibuat di sempadan kawasan pembangunan atau luar kawasan pembangunan

    dan mestilah juga disediakan zon penampan

    3) Sistem Perparitan dan Saliran

    Perancangan dan rekabentuk sistem perparitan dan saliran yang mengikut standard yang telah ditetapkan

    Perancangan sistem perparitan di sepanjang bahu jalan bagi mengelakkan masalah takungan air

    Pemasangan penutup parit bagi mengelakkan pembuangan sampah yang boleh menyekat aliran air dan seterusnya boleh

    mengakibatkan kejadian banjir kilat

    Mengawal pelepasan terus air kumbahan dan air sisa domestik secara terus ke dalam sistem perparitan

    Pemasangan perangkap sampah di setiap takungan pembentung terakhir menghala ke sungai

    Mengadakan kawalan hakisan dan perangkap mendakan di setiap pembangunan bagi mengelakkan sistem perparitan

    sedia ada daripada tersumbat dan menyebabkan banjir di

    kawasan sekitarnya

    Melantik agensi bagi penjagaan sungai atau penswastaan bagi mewujudkan kerjasama serta kesedaran di kalangan

    pihak pengurusan dan orang ramai dengan menjadikan kerja

    penjagaan sebagai tanggungjawab bersama

    Kempen-kempen dan ceramah-ceramah keilmuan perlu diadakan bagi mendedahkan kepada masyarakat akan

    kepentingan penjagaan dan pengurusan sungai

    4) Sistem Bekalan Air

    Penyediaan bekalan air yang mencukupi Pembaikpulihan paip-paip sedia ada perlulah dijalankan

    dengan segera bagi mencegah kehilangan air yang

    berterusan dan meminimumkan kadar kehilangan air

    Mempertingkatkan kapasiti loji-loji air sedia ada

    9.3.3 PELANCONGAN DAN WARISAN BUDAYA

    Penyediaan garispanduan untuk industri pelancongan di Kota Bharu Bandar

    Raya Islam perlulah berdasarkan kepada penerapan ciri-ciri 5K (Keilmuan,

    Kepatuhan, Kebajikan, Kebersihan dan Kesejahteraan). Penerapan ciri-ciri

    tersebut adalah perlu bagi memelihara imej bandar Kota Bharu sebagai sebuah

    bandar raya Islam.

    Penyediaan garispanduan bagi industri pelancongan perlulah mengambilkira

    perkara-perkara berikut:

    1) Garispanduan Am

    a) Peraturan etika pelancongan yang menerangkan perkara-perkara

    yang perlu dijaga ketika melawat kawasan pelancongan (Dos and

    Donts)

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 9

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    b) Penguatkuasaan peraturan dari segi pemakaian (dress code) dan

    perwatakan (behavior) di premis-premis pelancongan yang tertentu

    untuk menjaga kesucian tempat tersebut

    c) Kaedah mempromosi produk pelancongan secara intensif dan

    berterusan melalui media cetak dan media massa

    d) Perancangan kaedah pengawalan kegiatan jenayah terutamanya

    di kawasan membeli-belah seperti penyediaan pondok polis dan

    juga papan tanda peringatan jenayah (Sumber: Bandar Selamat, JPBD)

    e) Perancangan kaedah pemantauan berjadual bagi keseluruhan

    tempat pelancongan bagi memastikannya sentiasa berkeadaan

    bersih dan sempurna untuk tarikan pelancong

    f) Perancangan sistem pencahayaan yang lebih berkesan di pusat-

    pusat tumpuan pelancongan dan juga kawasan membeli-belah

    (Sumber: Bandar Selamat, JPBD)

    g) Perancangan sistem pengangkutan yang efisien untuk pergi ke

    premis-premis pelancongan

    h) Pengindahan tempat atau pintu masuk utama para pelancong

    sebagai pengaluan kedatangan dan memberi persepsi yang baik

    kepada mereka

    i) Penyediaan kemudahan-kemudahan sokongan seperti tandas, surau

    dan gerai-gerai di premis-premis pelancongan

    j) Penyediaan kemudahan penginapan yang mencukupi untuk

    menampung unjuran kuantiti para pelancong luar dan dalam negara

    k) Perancangan kawasan-kawasan rehat dan interaksi dengan

    rekabentuk lanskap yang menarik di premis-premis pelancongan

    2) Garispanduan Operator Pelancongan

    a) Etika dan budi pekerti ketika berurusan dengan para pelancong

    b) Menitikberatkan aspek-aspek kebersihan di premis-premis

    pelancongan

    c) Menitikberatkan aspek-aspek keselamatan di premis pelancongan

    dengan menyediakan tempat-tempat pemantauan di lokasi-lokasi

    yang bersesuaian

    d) Penyediaan papan tanda (signages) yang mudah difahami dan

    mencukupi di premis-premis pelancongan

    e) Menitikberatkan usaha meningkatkan kepakaran tenaga pekerja di

    dalam urusan pengendalian premis pelancongan melalui kursus-

    kursus (singkat atau panjang) dan seminar-seminar

    f) Menitikberatkan keindahan premis pelancongan melalui rekabentuk

    dan pencahayaan kawasan luaran dan dalaman

    g) Perancangan program-program yang bersifat umum (universal)

    bersesuaian untuk semua peringkat manusia di premis-premis

    pelancongan

    Kawasan tarikan pelancong hendaklah diselenggara dengan baik

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 10

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    Bagi sektor Warisan Budaya pula, penyediaan garispanduan perlulah

    mengambilkira perkara-perkara berikut:

    Warisan Budaya

    a) Langkah-langkah mengekal dan memelihara bangunan lama dan

    bersejarah mengikut piawaian antarabangsa dan merujuk pada badan

    yang mempunyai kepakaran

    b) Pelaksanaan permainan tradisi dengan merujuk kepada pakar yang arif

    serta patuh kepada ajaran Islam

    c) Pembangunan barangan kraf dengan dikoordinasikan oleh pengusaha

    kraf

    9.3.4 KEMUDAHAN AWAM DAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT

    Cadangan garispanduan pembangunan sektor kemudahan awam dan

    masyarakat juga berdasarkan kepada aspirasi mencapai matlamat

    pembangunan yang menerapkan ciri-ciri 5K (Keilmuan, Kepatuhan, Kebajikan,

    Kebersihan dan Kesejahteraan).

    Garispanduan yang telah dicadangkan adalah seperti berikut:

    Membuat perancangan pemilihan tapak yang sesuai untuk pembangunan premis-premis kemudahan berpandukan populasi kawasan dan jarak

    dengan kawasan penempatan

    Menitikberatkan aspek keselamatan di dalam setiap perancangan kemudahan awam dan masyarakat bagi memantau dan mencegah gejala

    sosial dan jenayah serta mengawal kebersihan (Sumber: Bandar Selamat, JPBD)

    Menitikberatkan rekabentuk susunatur bagi memastikan penggunaan tanah dan ruang secara optimum

    Memastikan pembangunan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang menepati keperluan perkhidmatan yang disediakan

    Menitikberatkan rekabentuk susunatur dan struktur bangunan bagi mewujudkan persekitaran yang indah dan penampilan yang menarik serta

    mempunyai keluasan yang mencukupi untuk pembahagian ruang mengikut

    keperluan setiap aktiviti

    Menyediakan kemudahan-kemudahan sokongan untuk keselesaan Menitikberatkan sensitiviti dan hak masyarakat berlainan bangsa dan

    agama di dalam setiap perancangan pembangunan

    Merangka kaedah penyelenggaraan yang berkesan dan berterusan bagi memastikan struktur bangunan dan persekitaran sentiasa bersih dan menarik

    Menguatkuasakan undang-undang bagi tujuan pengawalan persekitaran dan struktur bangunan kemudahan

    Contoh aktiviti kebudayaan dan kraftangan

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 11

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    9.3.5 PENGINDAHAN KAWASAN

    1) GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN LANSKAP

    Garispanduan Perancangan Pembangunan Lanskap hendaklah

    berasaskan konsep berinspirasikan Bandar Raya Islam Islamic City.

    Konsep ini secara jelasnya menitikberatkan penerapan ciri-ciri

    pembangunan 5K (Keilmuan, Kepatuhan, Kebajikan, Kebersihan dan

    Kesejahteraan)

    Peranan lanskap bukan sekadar mengindahkan kawasan malah ruang

    hidupnya adalah lebih luas di mana hubungan insan dengan alam

    persekitarannya menuju keredhaan Allah S.W.T.

    A. ZON LANSKAP JALAN PROTOKOL / PINTU MASUK

    a) Pemilhan spesies pohon dan rekabentuk lanskap yang khusus

    dan bercirikan produk tempatan bagi mewujudkan identiti

    jalan yang tersendiri dan mudah dikenalpasti

    b) Perancangan dan penggunaan lanskap kejur yang juga

    mempamerkan ciri rekabentuk tempatan

    c) Perlu disediakan laluan pejalan kaki di bahu jalan untuk

    keselamatan

    d) Mengadakan atau mewujudkan lelemen-elemen sense of

    welcoming seperti pintu gerbang bagi mengalu-alukan

    pelawat ke jajahan Kota Bharu

    e) Menjaga jalan dan kawasan persekitarannya khususnya

    kawasan perhentian bas awam, bas sekolah dan kereta sewa

    agar lebih selesa, menarik dan bersih

    f) Perancangan lokasi kemudahan utiliti dan kemudahan awam

    di tempat yang jelas kelihatan dan mudah diselenggara

    g) Merangkakan sistem penyelenggaraan aset-aset lanskap

    yang berkesan dengan merujuk kepada garispanduan yang

    digunapakai di negara maju

    Contoh kemudahan awam

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 12

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    B. ZON BINA INSAN

    a) Penggunaan dan pemilihan pokok adalah dari kategori

    pokok yang mudah diselenggara seperti pokok palma

    dan pokok hiasan renek

    b) Perancangan lanskap perlu berasaskan tema atau

    konsep bagi mewujudkan identiti tersendiri dan mudah

    dikenalpasti

    c) Penggunaan lanskap kejur yang lebih meluas dan

    bercirikan rekabentuk tempatan berbanding jalan

    protokol seperti papan tanda arah, papan iklan, arca

    dan sebagainya

    d) Mewujudkan ruang sosial social space yang intensif

    dan selesa untuk kemudahan aktiviti sosial

    Pokok Palma : Sedang, Palma Raja, Pinang, Bismarkia,

    Lontar dan lain-lain

    Pokok Renek : Bunga Kertas, Canna, Pepangil, Bunga

    Cina, Kenanga dan lain-lain

    C. ZON KONSEP BANDAR SATELIT

    a) Penggunaan pohon dan lanskap lembut yang lebih

    komprehensif. Contohnya penggunaan elemen air,

    pohon memanjat, pasu dan arca dan lain-lain bagi

    meningkatkan keindahan dan mewujudkan identiti

    bandar tersendiri

    b) Konsep rekabentuk yang menggambarkan konsep

    perancangan imej bandar

    c) Mewujudkan Taman Bandar (town park) yang

    mencukupi bagi setiap bandar baru bagi memenuhi

    keperluan aktiviti sosial dan rekreasi masyarakat

    d) Perancangan sistem penyelarasan lanskap yang lebih

    efektif dan komprehensif bagi mengekalkan

    keindahan, keselesaan dan kebersihan bandar

    D. ZON PERINDUSTRIAN

    a) Perancangan rekabentuk yang ringkas (simple) tetapi

    kemas dan menarik dengan menggunakan pokok-

    pokok besar dan pokok penampan yang mempunyai

    daun yang lebat dan rapat

    b) Mewujudkan kategori Taman Industri (Industrial Park)

    untuk memenuhi keperluan aktiviti sosial seperti solat,

    riadhah, rehat, makan dan minum, dan sebagainya.

    Kawasan hijau yang dapat menyegarkan

    persekitarannya

    c) Mewujudkan sistem pejalan kaki yang berkesan

    menghubungkan antara kawasan industri dan juga

    taman industri

    d) Perancangan sistem penyelarasan lanskap yang kemas

    dan efektif bagi mengekalkan keindahan, keselesaan

    dan kebersihan bandar

    E. ZON PELANCONGAN

    Pelancongan Pesisiran Sungai 1 - Urban riverine cruise

    Pelancongan Pesisiran Sungai 2 - Eco riverine cruise

    Zon Pelancongan Pantai

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 13

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    i. Pantai Cahaya Bulan : Sukan, hiburan dan kraf

    ii. Pantai Sabak : Makanan, sejarah dan pantai warisan

    iii. Pantai Mek Mas : Perikanan dan akuakultur

    a) Perancangan lanskap berdasarkan konsep

    pemuliharaan dan bertema seperti eko-pelancongan,

    agro-pelancongan dan sebagainya untuk tujuan

    pelancongan

    b) Pemilihan pohon yang bersesuaian bagi tujuan estetika

    terutamanya pohon pesisiran pantai

    c) Menerapkan juga perancangan kemudahan sosial dan

    riadah yang menarik di dalam setiap perancangan

    lanskap untuk keselesaan dan kebajikan masyarakat

    serta menggalakkan pembangunan pelancongan

    d) Merangkakan kaedah penyelenggaraan pesisiran

    pantai yang lebih dinamik dan terancang

    e) Pendekatan perancangan dan rekabentuk lanskap

    yang mampan dan mesra alam bagi mengatasi

    masalah ketidakseimbangan ekologi pesisiran pantai

    pada masa hadapan

    F. ZON PONDOK

    a) Pembangunan lanskap adalah bertemakan pemulihan

    healing garden untuk memberikan ketenangan

    dengan menggalakkan penggunaan pohon yang

    berunsurkan herba, bau-bauan dan bunga-bungaan

    b) Pembangunan lanskap kejur berasaskan keperluan

    untuk kemudahan institusi pondok seperti wakaf

    c) Pembinaan taman-taman yang mempamerkan ciri-ciri

    warisan Islam bersesuaian dengan imej institusi pondok

    Secara keseluruhannya adalah penanaman lanskap

    sebagai pengawalan keselamatan bagi mencegah

    kemalangan, jenayah dan gejala sosial. Ini boleh tercapai

    menerusi kaedah penyelenggaraan yang betul dan

    berkesan di mana pokok-pokok dan tanaman di pesisiran

    jalan perlulah dikawal agar tidak tumbuh meliar dan

    menghalang pemandangan.

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 14

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    9.3.6 PERSEKITARAN PERUMAHAN DAN KEJIRANAN

    GARISPANDUAN PERANCANGAN PERUMAHAN

    Garispanduan perancangan perumahan perlulah berasaskan konsepTawhid atau keEsaan Allah yang mana ianya menekankan kepada konsep perancangan tiga hala

    iatu perhubungan manusia dengan Pencipta, manusia dengan manusia dan juga manusia dengan alam semulajadi. Di dalam penekanan ke atas penggunaan konsep ini,

    perancangan persekitaran perumahan juga perlu menitikberatkan penerapan cirri-ciri pembangunan 5K (Keilmuan, Kepatuhan, Kebajikan, Kebersihan dan Kesejahteraan).

    CIRI-CIRI PEMBANGUNANPRINSIP

    PERANCANGAN Keilmuan Kepatuhan Kebajikan Kebersihan KesejahteraanHubungan Manusia Dengan Pencipta

    Perancangan di kawasan perumahan perlulah membentuk suasana yang conducive untuk membangunkan minda masyarakat melalui pendidikan tentang ilmu agama dan duniawi agar mereka menjadi manusia yang berakhlak, berilmu dan patuh kepada ajaran Islam.

    Contoh pembangunan terancang dan kondusif

    Penyediaan kemudahan-kemudahan beribadat seperti surau, dewan ataupun balai raya agar aktiviti-aktiviti beribadat yang menjadi tanggungjawab setiap muslim dan program-program agama dan bina insan dapat dijalankan dengan selesa dan berkesan.

    Aktiviti-aktiviti ini akan dapat membina minda dan jatidiri setiap individu dan akan mewujudkan satu masyarakat yang patuh kepada ajaran agama yang mengajar manusia bersikap adil, amanah dan ihsan dan hidup bermasyarakat untuk perpaduan berkekalan.

    Perancangan yang menitikberatkan faktor-faktor persekitaran dan alam semulajadi yang banyak kebaikannya jika isu-isu ini ditangani secara teliti dan terperinci.

    Mewujudkan persatuan yang melibatkan penyertaan keseluruhan penduduk bagi menjaga kebajikan penduduk. Ini akan dapat mengukuhkan talian persaudaraan sesama manusia dan memenuhi tuntutan agama yang mementingkan perpaduan serta dapat menguatkan syiar Islam melalui kerjasama penduduk menjalankan program-program agamayang berterusan.

    Menitikberatkan aspek kebersihan kerana ianyadituntut dalam Islam demi untuk penjagaan kesihatan diri dan minda agar sentiasa cergas dan membolehkan setiap individu menjalankan kerja amal ibadah dengan selesa.

    PBT perlu meastikan kawasan-kawasan kediaman dan laluan utama penduduk

    berada dalam keadaan bersih dan selamat

    Perancangan perumahan yang mengekalkan keindahan alam semulajadi agar dapat mengelakkanmasalah-masalah dan bencana alam yang berkaitan seperti banjir ataupun tanah runtuh yang mana boleh mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan hidup para penduduk.

    Contoh kejadian banjir

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 15

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    Pembentukan program-program keilmuan dan direalisasikan dengan perancangan struktur-struktur bersesuaian untuk perlaksanaan program-program tersebut serta untuk kemudahan-kemudahan beribadat dan bina insan.

    Contoh pembangunan menitikberatkan alam sekitar

    Pengekalan keindahan alamsemulajadi di dalam setiap perancangan adalah penting kerana ianya banyak mencerminkan serta menjadi bukti kebesaran Allah sebagai penciptanya.

    Perancangan perlulah memikirkan kaedah-kaedah penyelenggaraan kawasan yang efektif dan mudah bagi menjaga dan mengekalkan kebersihan kawasan perumahan. Sebagai contoh, ini dapat dilakukan dengan membuat perancangan tempat-tempat pembuangan sampah berpusat yang berdekatan dan mudahsampai bagi keseluruhan penduduk di taman perumahan. Ataupun peruntukan tempat pembuangan sampah individu bagi setiap kediaman dan penguatkuasaan undang-undang penjagaan tempat pembuangan sampah tersebut agar sentiasa bersih dan berkeadaan baik.

    Merangka kempen penjagaan kebersihan yang berterusan dari pihak berkuasa agar dapat mewujudkan satu budaya yang mementingkan kebersihan.

    Hubungan Manusia Dengan Manusia

    Rekabentuk rumah perlulah mengambilkira tradisi dan budaya masyarakat setempat agar aspek-aspek ini dapat dikekalkan.

    Perancangan dan rekabentuk rumah kediaman perlulah memikirkan ketetapan faktor-faktor alam persekitaran dan masalah berkait di mana hasilnya perlulah dilihat sebagai penyelesaian yang rasional dan terbaik dalam menangani masalah tersebut.

    Perancangan perumahan perlu menitikberatkan keselamatan penduduk, khususnya kanak-kanak dengan menyediakansiarkaki, laluan basikal serta sistem pengangkutan lain yang selamat dan selesa.

    Penjagaan premis kediaman agar sentiasa bersih bagimengelakkan masalah pembiakan haiwan-haiwan yang boleh menyebabkan penyakit di mana ini juga boleh melibatkan jiran-jiran tetangga yang tinggal berdekatan.

    Perancangan perumahan mestilah mewujudkan banyak tempat-tempat interaksi bagi menggalakkan komunikasi antara jiran untuk meningkatkan lagi semangat kejiranan.

    Perancangan pondok polis bagi mengawal masalah jenayah (sumber: JPBD)

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 16

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    Laluan kaki lima yang terhalang akibat daripada aktiviti perniagaan

    yang tidak dikawal

    Perancangan perumahan juga perlu menitikberatkan kaedah pencahayaan agar kawasan perumahan sentiasa cerah dan mudah dipantau untuk mengelakkan masalah jenayah.

    Keselesaan - susunatur unit-unit kediaman hendaklah menitikberatkan keselesaan kepada penghuni dengan penekanan kepada sistem pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi.

    Kesendirian (privacy) Rekabentuk unit kediaman pembahagian ruang-ruang mengikut aktiviti yang mencukupi untuk menjamin privacy.

    Perancangan kempen penjagaan kebersihan kawasan kediaman yang berterusan bagi mewujudkan kesedaran akan kepentingan kebersihan dalam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat.

    Pondok polis yang berperanan untuk mengawal kegiatan jenayah dalam

    kawasan tumpuan orang ramai

    Mencahayakan kawasan persekitaran rumah dengan memastikan pemasangan lampu yang cukup di lorong-lorong tepi, depan dan belakang rumah.

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 17

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    Perancangan perumahan hendaklah mengambilkira keperluan orang cacat, kurang upaya serta keperluan kanak-kanak dan golongan orang tua.

    (sumber :JPBD)

    Perancangan tempat-tempat interaksi yang juga berfungsi sebagai pusat pemantauan bagi mengelakkan masalah jenayah dan gejala sosial terutamanya di kalangan golongan remaja.

    Hubungan Manusia Dengan Alam Sekitar

    Rekabentuk rumah yangmenerapkan ciri-ciri rekaan dan penggunaan komponen-komponen yang bersesuaian dengan faktor-faktor iklim persekitaran.

    Berdasarkan rasional yang manusia telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam sekitar,setiap perancangan perumahan sebolehnya mestilah mengekalkan dan menggunapakai keindahan alam semulajadi.

    Pengekalan alam semulajadi di dalam perancangan perumahan bagimengelakkan bencana alam yang berkait yang boleh mendatangkan kesusahan kepada para penduduk.

    Merancang penyelenggaraan kawasan persekitaran perumahan dan taman-taman agar sentiasa bersih dan menarik. Ini dapat menghalang daripadaberlakunya pembiakan haiwan dan binatang yang boleh menyebabkan wabak penyakit.

    Merancang kawasan persekitaran perumahan dengan mewujudkan lanskap yang menarik dan indah untuk riadah bagi mendapatkan ketenangan dan menggalakkan gaya hidup yang sihat.

  • PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 18

    9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM

    Contoh lanskap menarik yang boleh diwujudkan dalam kawasan perumahan

    Perancangan lanskap di kawasan perumahan bagi tujuan mengawal masalah kemalangan, jenayah dan juga gejala sosial seperti penanaman pokok-pokok bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dari kenderaan bermotor dan mengurus kawasan terbiar dan digantikan dengan tanaman-tanaman kecil yang indah dan ceria.