bab 7 notes (history)

4
Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah 1. Pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1821 telah ditentang hebat oleh rakyat Kedah yang dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin. 2. Antara tokoh lain yang terlibat dalam perang pembebasan Kedah ialah : (a) Tunku Abdullah (b) Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin) (c) Tunku Long (d) Tunku Muhammad Saad 3. Perjuangan mereka ini turut disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. 4. Namun, perjuangan ini telah dikhianati oleh British kerana British telah bersubahat dengan Siam untuk menentang perjuangan rakyat Kedah. 5. Semangat juang yang ditunjukkan oleh rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah. 6. Tunku Daei dihantar oleh sultan Kedah ke Bangkok untuk berunding. 7. Pada tahun 1842, Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. 8. Namun, wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah. Dol Said Pahlawan Naning 1. Nama sebenar beliau ialah Dato' Naning Abdul Said. Beliau ialah Penghulu Naning yang terletak antara Rembau dengan Melaka.

Upload: jiahxen

Post on 21-Dec-2014

935 views

Category:

Sports


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 7 notes (history)

Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah

1. Pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1821 telah ditentang hebat oleh rakyat Kedah yang dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin. 2. Antara tokoh lain yang terlibat dalam perang pembebasan Kedah ialah : (a) Tunku Abdullah (b) Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin) (c) Tunku Long (d) Tunku Muhammad Saad 3. Perjuangan mereka ini turut disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. 4. Namun, perjuangan ini telah dikhianati oleh British kerana British telah bersubahat dengan Siam untuk menentang perjuangan rakyat Kedah. 5. Semangat juang yang ditunjukkan oleh rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah.6. Tunku Daei dihantar oleh sultan Kedah ke Bangkok untuk berunding.7. Pada tahun 1842, Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin.8. Namun, wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.

Dol Said Pahlawan Naning 1. Nama sebenar beliau ialah Dato' Naning Abdul Said. Beliau ialah Penghulu Naning yang terletak antara Rembau dengan Melaka.2. Faktor-faktor penentangan Dol Said di Naning.(a) Mempertahankan kemerdekaan Naning(i) British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka kerana menurut perjanjian Inggeris-Belanda Melaka diserahkan kepada pihak British. (ii) Segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh British di Naning tidak diterima pakai oleh Penghulu Dol Said serta rakyatnya. (b) Menentang perlaksanaan Undang-undang British (i) Peraturan yang melarang penghulu membicarakan kes jenayah telah menggugat kedudukan serta kuasa Dol Said. (ii) Dol Said pernah diberi amaran oleh pihak British kerana menyelesaikan sendiri kes jenayah. (iii) British telah mengugut beliau bahawa jikalau masih tidak mematuhi arahan

Page 2: Bab 7 notes (history)

British, jawatan beliau sebagai penghulu akan dilucutkan. (c) Menentang bayaran cukai (i) Rakyat Naning telah dipaksa membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian melalui Undang-undang 1830. (ii) Pihak British mengambil keputusan ini kerana mereka mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4 500 dolar sebulan. 3. Dol Said telah diisytiharkan sebagaipenderhaka oleh pihak British. Maka, British telah mengarahkan Kapten Wyllie memimpin seramai 150 orang sepoi untuk menyerangnya. 4. British telah berjaya ditewaskan oleh Dol Said kerana beliau telah mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar serta menggunakan taktik gerila. Syed Sha'aban iaitu menantu kepada Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau juga telah dihantar untuk memberi bantuan. 5. Walau bagaimanapun, British telah berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dan akhirnya beliau telah bersetuju untuk menghantar 600 orang hulubalang untuk membantu British mengalahkan pasukan Dol Said di Naning. 6. Pakatan British ini telah membuahkan hasil kerana pasukan tentera pimpinan Kolonel Herbert berjaya mengalahkan Dol Said pada bulan Mac 1832. 7. British telah menawan pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh dan membakar rumah penduduk Naning. 8. Dol Said telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak British. Beliau diberikan sebuah rumah di Melaka dan pencen oleh British. 9. Di dalam pertempuran di Naning ini, British telah mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun mereka berjaya mengalahkan pasukan Dol Said.

Rentap Wira Sarawak: Agi Idup, Agi Ngelaban 1. Latar belakang Rentap: (a) Nama sebenarnya ialah Libau yang bermaksud "penggoncang dunia". (b) Dilahirkan pada tahun 1800. (c) Pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. (d) Beliau turut digelar sebagai Raja Darat.

Page 3: Bab 7 notes (history)

2. Rentap bangun menentang keluarga Brooke kerana:(a) Orang Iban di Sungai Skrang dianggap sebagai lanun.(b) Tindakan James Brooke membina kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban.

(c) James Brooke telah menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang.

3. Pada tahun 1853, Rentap melancarkan serangan ke atas kubu James Brooke di Nanga Skrang. 4. Pasukan Rentap berjaya menewaskan angkatan tentera Brooke dan seorang pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh dalam pertempuran tersebut. 5. James Brooke pula bertindak menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap pada tahun 1854. 6. Keadaan ini menyebabkan pengikut Rentap berundur dan membina kubu di Bukit Sadok.7. Penduduk Iban menyokong perjuangan Rentap dan menggelarnya sebagai "Raja Ulu".8. Pada tahun 1857, Charles Brooke bersama 3 000 orang Iban dan 500 orang Melayu telahmenyerang kubu Rentap di Bukit Sadok tetapi gagal. 9. Serangan kedua yang dilakukan oleh Charles Brooke untuk menyerang Bukit Sadok pada tahun 1858 turut menemui kegagalan. 10. Rentap telah mencabar kewibawaan keluarga Brooke dengan berkata, "Bawalah semua meriam kami dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah". 11. Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai pasukannya untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok. 12. Akhirnya perjuangan Rentap dapat ditewakan setelah berlaku pertempuran yang sengit selama sebulan. 13. James Brooke bertindak membakar kubu serta rumah pengikut Rentap. 14. Rentap kemudiannya berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru. 15. Namun, perjuangan Rentap tidak sempat diteruskan kerana beliau meninggal dunia.