history of sarawak

25
1 PENGENALAN Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:- Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan. Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni. Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia.Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

Upload: shafiq-ridz

Post on 11-Apr-2017

8.067 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: History of sarawak

1

PENGENALAN

Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut

beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-

Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang

digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke

Samarahan.

Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang

mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan

sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak

ketika itu kaya dengan antimoni.

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia.Ia berlaku kira-kira 40000

tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan

bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13.

Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang

Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah

membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di

Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han

Cina di Santubong.

Page 2: History of sarawak

2

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang

putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke

Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja

Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah

golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah

memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman

pemerintahan Brooke di Sarawak.

SEJARAH AWAL

Page 3: History of sarawak

3

Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal

abad ke-19.

Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal

abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak,

Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan

Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James

Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang

Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan

seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di

sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi

Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.

Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui

penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma

mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu,

kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang

hilang kemerdekaan de factonya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja

Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.

Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar

paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan

pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak

sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia II Sarawak pada masa

kekalahan Jepun, 1945 ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera

Australia. [1]

Anti- Cession Sarawak

Page 4: History of sarawak

4

Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia pada antara 1962 dan 1966.

Ia menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian menjadi negeri autonomi Persekutuan Malaysia pada 16

September 1963 sungguhpun pada awalnya, ia mengalami penentangan daripada sebahagian

penduduknya kerana tidak mahu Sarawak diperintah oleh Kerajaan Malaya.

TOKOH-TOKOH PERJUANGAN

Rentap Wira Sarawak

Page 5: History of sarawak

5

Penentangan Rentap di Sarawak

Nama sebenar Rentap ialah Libau dan digelar 'Raja Darat' oleh masyarakat Iban. Rentap ialah ketua orang

Iban yang tinggal di hulu Sungai Sekrang. Ia merupakan Pahlawan Iban yang terkenal. Kebangkitan

penentangan Rentap adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap beberapa tindakan yang

dijalankan oleh keluarga Brooke yang memerintah. Rentap dianggap sebagai lanun oleh pemerintahan

Brooke. Kemaraan British mencerobohi kawasan petempatan orang Iban di sepanjang Sungai Sekrang

kerana bertujuan untuk menghapuskan penduduk tempatan yang dianggap lanun . Keluarga Brooke juga

menghapuskan amalan memburu kepala di kalangan kaum Iban.

Pada tahun 1853, Rentap meyerang kubu Brooke di Nanga Sekrang. Dalam serangan itu, seorang

pegawai British, Alan Lee terbunuh. Pada 1853, Rentap diserang balas oleh pasukan askar British tetapi

beliau dapat melarikan diri dan menubuhkan kubu baru di atas Bukit Sadok.

Kubu ini sangat kuat dan teguh serta dilengkapi dengan selaras meriam besi yang besar. Pihak Brooke

menyerang kubu tersebut pada 1854 dan 1857 tetapi gagal menawannya. Pertempuran sengit berlaku lagi

pada tahun 1861 kerana Charles Brooke menyerangnya lagi dengan sebuah meriam tembaga yang

dinamakan Bujang Sadok dari Kuching.

Kubu Rentap akhirnya berjaya ditembusi dan beliau melarikan diri ke dalam hutan. Beliau menetap di

Sungai Entabai dan meninggal dunia di sana. Perjuangannya untuk mempertahankan cara hidup orang

Iban menemui kegagalan. Keluarga Brooke mengukuhkan kuasa mereka di Sarawak dan mengubah tradisi

hidup penduduk peribumi. Kisah yang lebih terperinci adalah,

Rentap merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke.

Penentangan Rentap == Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang

pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang

orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang

pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua

tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua

tempatan.

Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong

kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya

menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap.

Page 6: History of sarawak

6

Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu

Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera

membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang.

Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin

dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20

buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina

tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang

rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit

bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana diperkuatkan oleh sebatang

merian yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah

membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya

menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam yang dikenali sebagai "Bujang Sadok".

Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan

Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan

pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun

kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap merupakan pejuang

sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya.

Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi

mengenang jasanya

Syarif Masahor Wira Sarawak

Penentangan Syarif Masahor di Sarawak

Syarif Masahor merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat Iban dan Melanau. Beliau

dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau merupakan seorang

pembesar yang cekap dan jujur. Pengenalan pentadbiran baru oleh James Brooke menerima tentangan

daripada pembesar-pembesar Sarawak. Para pembesar ini berhasrat mengusir orang Eropah keluar dari

Sarawak dan mengambil alih kerajaan. Beberapa tindakan James Brooke menimbulkan kemarahan

Page 7: History of sarawak

7

pembesar-pembesar Sarawak, seperti mengambil alih hak memungut cukai dan menghapuskan amalan

hamba hutang dan amalan pemburuan kepala. Atas rasa tidak puas hati itulah Syarif Masahor bangun

menentang kerajaan Keluarga Brooke.

Pada1853, James Brooke mengambil alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan kekuasaannya dan

membina sebuah kubu di Kanowit. Tindakan Brooke ini menggugat kedudukan Syarif Masahor. Beliau

kemudiannya membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Gapur untuk mengusir Brooke dari Sarawak.

Penentangan Syarif Masahor terhadap pemerintahan James Brooke juga disebabkan pembatasan kuasa

dan haknya. Syarif Masahor juga ingin mengembalikan kekuasaan Sultan Brunei yang semakin kehilangan

wilayah kerana diambil oleh keluarga Brooke.

Pada 1859, mereka menyerang kubu British di Kanowit. Dua orang pegawai British iaitu Henry Steel dan

Charles Fox terbunuh. James Brooke segera bertindak balas menyerang Kanowit. Orang Melayu dan

Dayak yang terlibat dalam pembunuhan dua pegawai British itu dihukum mati. Pada 1860, Syarif Masahor

membuat persiapan menyerang Kuching melalui laut.

Sekali lagi James Brooke berjaya mematahkan serangan Syarif Masahor dan kapal-kapal perangnya

ditenggelamkan. Syarif Masahor sempat melarikan diri ke Brunei. Atas desakan Brooke, Sultan Brunei

memerintahkan supaya Syarif Masahor dihantar ke Singapura.

Kegagalan penentangan Syarif Masahor adalah kerana tidak wujud penyatuan di kalangan rakyat

Sarawak. Kebanyakan bangsawan Melayu tidak memberi sokongan kepada Syarif Masahor kerana

mereka lebih setia kepada Raja Brooke. Oleh itu, Raja Brooke dengan mudahnya dapat meluaskan

kuasanya ke daerah- daerah lain. Syarif Masahor mempunyai seorang teman seperjuangan yang mana

mereka bersama-sama mempertahankan kedaulatan kawasan pegangan masing-masing dan tokoh

tersebut juga merupakan antara tokoh yang terkenal dalam memperjuangkan kebebasan tanah air, beliau

adalah Gabenor Sarikei. Angkatan Gabenor Sarikei berjuang habis-habisan usir penjajah

pada 1855, Gabenor Sarikei, Sharif Masahor bersama pengikutnya yang menaiki 150

perahu menuju ke Mukah, Sarawak dengan keinginan membara.

Dia bersama pengikutnya akan menyerang daerah itu untuk mengusir Pangeran Matusin

yang menyokong usaha James Brooke menjajah satu demi satu daerah di Sarawak

termasuk ke daerah yang diperintahnya iaitu Sarikei.

Page 8: History of sarawak

8

Baginya, tindakan Brooke itu sudah melampau. Lelaki itu pada asalnya hanya seorang

pendatang asing di kepulauan Borneo tetapi kini bangsa kulit putih itu mahu

menjadi raja di tanah orang.

Selepas satu, satu lagi daerah di Sarawak ingin dijajah Brooke hingga kemerdekaan Sarikei yang sebelum

itu makmur dan aman diperintah Sharif Masahor ingin ditakluki lelaki asing itu.

Sudah lama dia menjadi Gabenor Sarikei sejak 1849 lagi apabila amanah mentadbir

wilayah itu dipertanggungjawabkan Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumein kepadanya.

ʼ

Sepanjang pemerintahannya, beliau sangat berpengaruh di kalangan orang Melanau di

Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang.

Bagaimanapun, kini kewibawaan pemerintahannya tercabar apabila Brooke menceroboh kedaulatan

wilayah yang ditadbirnya. Bangsa asing itu membina sebuah kubu di

Kanowit yang diuruskan Henry Steel tanpa kebenaran dan pengetahuan Sharif Masahor.

Tindakan itu seolah-olah usaha pertama dalam cubaan Brooke untuk menjajah Sarikei.

Beberapa ketika kemudian, daratan Mukah kelihatan di hadapan matanya dan sebaik

perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Sharif Masahor bersama ratusan askar yang

menaiki 150 perahu, terus melompat keluar.

Bandar Mukah diserang mereka pada hari itu dan selepas beberapa lama bertempur, angkatan perang

Sharif Masahor berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin.

Bagaimanapun, serangan pahlawan Melayu Sarawak terhadap Pangeran Matusin yang

menyokong Brooke menyebabkan bangsa asing itu bertindak balas.

Khuatir kemungkinan penentangan Sharif Masahor akan menjejaskan usaha mereka untuk

menjajah serta memerintah Sarawak, Brooke segera mengumumkan yang Sharif Masahor

tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan

mereka.

Tindakan penjajah itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam pahlawan itu

terhadap Brooke. Sharif Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi

mengusir bangsa asing itu dari bumi Sarawak demi membela tanah air tercinta.

Page 9: History of sarawak

9

Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada seorang lagi pembesar

Sarawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur

memang berdendam dengan penjajah itu lantaran Brooke sudah menjajah wilayah

pemerintahannya sebelum itu.

Seterusnya mereka mula merancang strategi bagi menjayakan hasrat memerdekakan bumi

Sarawak daripada penjajahan bangsa asing itu. Sasaran pertama mereka ialah

menyerang kepentingan Brooke di Sarikei iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit

yang diuruskan Henry Steel.

Seterusnya pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu

Brooke itu diserang menyebabkan dua pegawai bangsa asing iaitu Steel dan Charles

Fox, terbunuh.

Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian

mengejutkan itu segera tersebar di kalangan penduduk British di Sarawak. Takut

mereka akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula

meninggalkan Sarawak.

Kebangkitan penduduk tempatan bagi menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu

mereka segera bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu.

Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman bunuh tetapi Kerajaan Brooke gagal

mengambil tindakan terhadap Sharif Masahor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh

untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan.

Gabenor Sarikei dapat bantuan 2 pemimpin

Page 10: History of sarawak

10

Rosli DhobyMuar, Inas dan Gunung Pasir.

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau

berketurunan Melanau.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart

dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau

terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan

ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2

Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit

Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan

penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok

perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan

anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun

bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang

kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan

Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang

Page 11: History of sarawak

11

mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan

salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.

KESAN-KESAN PENENTANGAN

Dari awal penentangan hingga ke akhirnya, banyak tokoh-tokoh yang muncul untuk mempertahankan

kedaulatan tanah air masing-masing. Kebanyakan daripada mereka bukannya orang yang memegang

jawatan penting tetapi disebabkan desakan penjajah yang menggugat keamanan negeri mereka lalu

mereka bangkit dengan semangat yang jitu dan berkobar berjuang bermati-matian hanya untuk

membebaskan negeri kesayangan mereka daripada cengkaman penjajah dan menuntut semula

ketenangan yang dulunya milik mereka agar generasi cucu-cicit mereka dapat hidup dalam keadaan

harmoni dan sentosa. Hal ini dapat dilihat dalam kejadian Bukit Sadok, dimana satu ekspedisi telah

ditubuhkan yang dikenali sebagai Program Ekspedisi Bukit Sadok diadakan bagi memperingati detik-detik

bersejarah tentangan diantara Rentap dengan Charles Brooke di kubu kuat Rentap di Bukit Sadok. Sebuah

meriam yang dikenali sebagai Bujang Timpang Berang telah digunakan untuk menentang penjajah Inggeris

tersebut.

Bukit Sadok adalah terletak di antara hulu Batang Skrang di Bahagian Timur dan hulu Sungai Spak /

Batang Layar di Bahagian Barat. Rumah panjang berdekatan adalah Peredu, Gerenjang dan Genting

Pisang (Batang Skrang) dan Batu Pesok, Rantau Rayang dan Jambu (Batang Layar).

Page 12: History of sarawak

12

Untuk ke Bukit Sadok, pengangkutan darat boleh digunakan dari Bandar Betong ke Rh. Giri, Jambu yang

mengambil masa selama lebih kurang 2 hingga 3 jam. Dari Rh. Giri, Jambu, pendakian bermula selama

lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk sampai ke puncak Bukit Sadok.

Pada amnya, Bukit Sadok mempunyai hutan jenis MDF (Mixed Dipterocarp Forests) tetapi di kawasan

kemuncak terdapat hutan yang berbentuk Keranggas. Seperti kebiasaanya, jenis pokok yang terdapat

terdiri daripada spesis Meranti, Kapur, Keruing, Resak, Luis, Tampar Hutan, Nyatoh, Kayu Malam,

Geronggang, Minggi, Mempening (Empili) dan selunsur (Melaban). Dua jenis pokok yang boleh digunakan

untuk tujuan perubatan seperti Bintangor dan Tongkat Ali (spesis yang terlindung sepenuhnya) juga

terdapat di kawasan ini.

Di kawasan Bukit Sadok, terdapat haiwan-haiwan yang terlindung sepenuhnya seperti Orang Utan (Maias),

Empeliau, Tupai Kerawak, Tupai Tanah (Kerampu), Burung Kenyalang dan Burung Ruai.

Bagi haiwan terlindung adalah seperti Tupai Terbang (Kubong), Beruang, Landak, Enturun, Tenggiling,

Munsang, Kesindap, Sengayan, Burung Ensing dan Ular Sawa.

Sejarah Rentap, Bukit Sadok dan Bedil Bujang Timpang Berang

Mengikut sejarah, Rentap telah menggunakan meriam Bujang Timpang Berang untuk mempertahankan

kubunya di Bukit Sadok pada bulan Jun 1857. Pada masa tersebut pasukan tentera Rajah yang terdiri dari

3,500 orang Iban dan 500 orang Melayu diketuai oleh Charles Brooke telah mara dari Sungai Skrang untuk

menyerang kubu Rentap. Beberapa orang askar Charles Brooke telah cedera parah atau terbunuh.

Keadaan ini telah memaksa Charles Brooke untuk berundur seterusnya menamatkan Ekspedisi Pertama

mereka.

Dalam Ekspedisi Kedua yang diketuai oleh Charles Brooke dan pasukan tenteranya yang terdiri daripada

2,000 orang Iban dan 200 orang Melayu telah menghampiri Bukit Sadok melalui Sungai Layar, dari Nanga

Tiga ke Rapu untuk menentang Rentap pada bulan Ogos 1858, Bujang Timpang Berang telah digunakan

untuk mempertahankan kubu Rentap di Bukit Sadok.

Dalam Ekspedisi Ketiga, Charles Brooke telah membawa bersama sebuah bedil bernama Bujang Sadok

yang seberat 368 kg yang dibuat di Kuching. Tembakan pertama dari bedil Bujang Sadok telah menembusi

dinding kubu dan membunuh ketua penembak bedil Bujang Timpang Berang. Tembakan yang bertalu-talu

telah menyebabkan dinding kubu tersebut berjaya ditembusi. Kayu pembawa yang membawa meriam

Page 13: History of sarawak

13

Bujang Sadok juga telah patah. Darah ketua penembak bedil Bujang Timpang Berang telah meresap ke

dalam belerang serta menyebabkan bedil Bujang Timpang Berang tidak dapat berfungsi. Kubu berkenaan

akhirnya ditawan dan bedil Bujang Timpang Berang dipateri dengan besi pada 29 Oktober 1861. Rentap

dan pengikutnya yang terselamat seramai 24 orang berjaya melarikan diri.

Kubu berkenaan telah dibakar pada petang 28 Oktober 1861. Api yang membakar kubu tersebut dapat

dilihat dari jauh melalui beberapa buah rumah panjang.

Bujang Timpang Berang telah ditinggalkan dan dibiar tanpa dipedulikan di Bukit Sadok selama 65 tahun.

Pada tahun 1926, seorang Pegawai Daerah Betong bernama G.R.H. Arundell dan Penghulu Unji dari Spak

telah membawa turun meriam tersebut ke Kubu Lili di Rantau Entanak, Betong. Pada 9 Oktober 1990,

Bujang Timpang Berang dialihkan dari Kubu Lili ke Pejabat Daerah di Bukit Bangun, Betong.

Tugu Peringatan Panglima Rentap

Perasmian Tugu Peringatan Panglima Rentap telah diadakan pada 26 Julai 2003 bertempat di Puncak

Bukit Sadok, Ulu Layar, Betong. Tetamu Kehormat yang hadir ke majlis tersebut adalah YB Datuk Patinggi

Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, YB Datuk Douglas Uggah ak Embas, YB Encik Aidan Wing dan Datu

Nillie Tanggai. Turut hadir ke majlis yang bersejarah ini adalah Encik Romie Sigan Daniel (Residen

Bahagian Betong), Dr. Ngenang Janggu (Residen Bahagian Sri Aman), Encik Isaka Kana (Pegawai

Daerah Betong), Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua Kaum dari rumah-rumah

panjang yang berdekatan serta penduduk sekitar Bahagian Betong dan Sri Aman.

Sebelum upacara perasmian ini, pelbagai usaha pembangunan telah dijalankan di Bukit Sadok. Antara

yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan adalah menyediakan pondok-pondok rehat serta laluan mendaki

untuk memudahkan para pendaki dan pelancong datang ke situ.

Page 14: History of sarawak

14

KESIMPULAN

Apa yang dapat kami simpulkan adalah, negeri Sarawak merupakan sebuah negeri yang cukup kaya

dengan hasil bumi seperti timah dan antimony, tetapi dipandang enteng oleh kerajaan Sulu yang

kemudiannya membuka peluang kepada pedagang luar negara yang sememangnya hanya menunggu

peluang untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri yang seterusnya akan membawa kepada

kejatuhan negeri yang kaya dengan hasil bumi ini ke tangan penjajah. Disebabkan itu, muncul tokoh-tokoh

yang mempunyai semangat yang kental dan jitu yang sanggup untuk berhadapan dengan penjajah-

penjajah ini dan sanggup bekorban masa, tenaga dan harta demi untuk merebut kembali kedaulatan dan

kebebasan yang dulunya milik mereka. Walaupun uasaha mereka rata-rata menemui kegagalan pada

akhirnya, sebagai contoh Syarif Masahor yang dibuang negeri, Rentap yang meninggal dunia, dan banyak

lagi finale atau pengakhiran yang buruk yang menimpa para tokoh-tokoh yang berjuang untuk Sarawak,

tetapi semangat perjuangan mereka masih berkobar dan terus menyalai jiwa penduduk-penduduk Sarawak

yang kemudiannya melahirkan banyak tokoh-tokoh kemerdekaan yang berjuang atas nama Sarawak

hinggalah Sarawak mencapai kemerdekaan dan seterusnya disatukan dengan semenanjung Malaysia.

Page 15: History of sarawak

15

RUJUKAN

Buku

i. Jerry D. Mohrlang,2002, Sarawak, Kuala Lumpur : PublishAmerica.

ii. Buyong bin Adil (Haji.), 31 Oct 2006, Sejarah Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Pelajaran Malaysia, 1981.

iii. Heidi Munan, 5 Sep 2008, Sejarah Sarawak: thrills and treasures of historical landmarks, Marshall Cavendish Editions.

iv. Hamzah Hamdani, 13 Mar 2007, Wajah sastera Sarawak: sebuah kumpulan esei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Laman Web

http://kuching.outer-court.com/history.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak

http://limbang-sarawak.netfirms.com/pages/pages/page9.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak#Ekonomi_dan_budaya

Page 16: History of sarawak

16