panduan ran pelajar baru plk

22
1

Upload: akmal-faris

Post on 26-Jun-2015

511 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan ran Pelajar Baru Plk

1

Page 2: Panduan ran Pelajar Baru Plk

AMARAN

Pelajar yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/ manipulasi

maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan:

Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera

Sabah/Sarawak

Kelayakan/keputusan peperiksaan

Akan diambil tindakan dengan:

Menarik balik surat tawaran

Dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.

SEKIRANYA ANDA MELAKUKANNYA, ANDA DINASIHATKAN TIDAK HADIR MENDAFTAR.

PERINGATAN PENTING

JIKA ANDA SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN

KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENDAFTAR ATAU MENJADI PELAJAR UITM.

2

Page 3: Panduan ran Pelajar Baru Plk

MAKLUMAT DI DALAM BUKU INI ADALAH BENAR SEHINGGA DICETAK PADA APRIL 2009

3

MAKLUMAT DIDALAM BUKU INI ADALAH BENAR

SEHINGGA DICETAK PADA APRIL 2008

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SETELAH MENERIMA TAWARAN o Pelajar dimestikan membuat penerimaan atau penolakan tawaran dengan segera melalui laman web

http://istudent.uitm.edu.my/intake o Jika anda tidak memberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan dengan sendirinya tawaran tersebut

akan terbatal dan keputusan pembatalan adalah muktamad.

DIKELUARKAN OLEH: BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR

Page 4: Panduan ran Pelajar Baru Plk

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera

Tahniah dan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, anda telah berjaya ditawarkan tempat pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sesungguhnya anda adalah golongan yang bertuah kerana telah berjaya terpilih daripada ribuan pemohon untuk melanjutkan pengajian di UiTM. Kehadiran anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi ke UiTM sangat dialu-alukan. Bagi memenuhi keperluan jasmani dan rohani pelajar, UiTM menyediakan pelbagai kemudahan, aktiviti pembelajaran, pengajaran, kerohanian, sukan dan rekreasi. Manfaatkanlah segala kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya demi kebaikan anda sepanjang tempoh pengajian disini. Saya juga menyeru anda mensyukuri rahmat yang diberikan dengan menunjukkan iltizam yang tinggi sebagai mahasiswa dan mahasiswi UiTM. Gunakanlah peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan supaya menjadi graduan yang berdaya saing, global dan beretika yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesional. Akhir kata, harapan dan doa saya semoga anda menjadi graduan yang berilmu, berketrampilan dan beramal dalam mencapai visi, misi dan objektif UiTM bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara. Selamat Maju Jaya. Sekian wassalam

Dato’ Seri Prof. Dr Ibrahim Abu Shah Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

4

Page 5: Panduan ran Pelajar Baru Plk

5

MAKLUMAT KORPORAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FALSAFAH UiTM Kepercayaan bahawa individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara. VISI UiTM Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika. MISI UiTM Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan. OBJEKTIF AKADEMIK UiTM Mengadakan program pendidikan di peringkat separa profesional dan profesional sesuai dengan keperluan guna tenaga manusia, terutama dalam bidang sains dan teknologi, perniagaan serta menanam sikap positif dan membentuk keperibadian mulia menerusi pendedahan kepada ilmu pengetahuan dari mana-mana tamadun secara terbuka serta penghayatan terhadap Islam, khususnya kepada belia-belia Bumiputera yang kurang bernasib baik, agar mereka lebih bersedia menghadapi persaingan dunia pekerjaan, sanggup berdikari dan berani menjadi agen perubahan dalam sebuah masyarakat majmuk. MOTO UNIVERSITI “USAHA, TAQWA, MULIA”

LATARBELAKANG SEJARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latehan RIDA (Rural Industrial Development Authority), pusat kuliah yang menawarkan kursus persediaan kepada pelajar berorientasikan pendidikan Inggeris.

DEWAN LATEHAN RIDA (1956-1965) Dewan Latehan RIDA adalah inspirasi Dato’ Onn Bin Ja’afar ekoran daripada lawatan ke Ceylon (Sri Lanka) pada tahun 1951. Tujuan utama lawatan itu adalah untuk mendalami program pembangunan dalam negeri. Matlamat penubuhan Dewan Latehan RIDA adalah untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA mengadakan majlis Konvokesyen yang pertama. Seramai 50 graduan telah menerima sijil daripada Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu. MAKTAB MARA (1965-1967) Untuk mengukuhkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh pihak berkuasa, langkah pertama yang diambil ialah menukar nama RIDA kepada MARA. Menurut Tun Abdul Razak, perubahan ini adalah untuk memberi nafas baru dan harapan kepada RIDA. Ekoran daripada itu, pada bulan Disember 1965, akta Majlis Amanah Rakyat telah diluluskan oleh Parlimen. Pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA telah ditukarkan kepada Maktab MARA dan menjadi unit terpenting di bawah Bahagian Latihan MARA.

INSTITUT TEKNOLOGI MARA (1967-1996) Pada hari Sabtu, bersamaan 14 Oktober 1967 batu asas pembinaan kampus baru Maktab MARA telah diletakkan oleh Tun Abdul Razak dan seterusnya telah menukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). Pada tahun 1970, ITM diberi autonomi penuh untuk mentadbir di bawah Kementerian Pembangunan Dalam Negeri. Pada bulan Jun 1976, Akta ITM telah diluluskan oleh Parlimen dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan. ITM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI (AKTA PINDAAN 1996) Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan 1996) meletakkan ITM seiring dengan universiti-universiti lain dalam negara. ITM telah diberi kuasa sebagai universiti sepenuhnya. Namun begitu, nama ITM terus dikekalkan sehinggalah 26 Ogos 1999. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (26 OGOS 1999)

Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah perisytiharan di buat oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.

Kini UiTM menawarkan sejumlah 118 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, 61 program pengajian di peringkat diploma,4 program di peringkat Asasi, 2 program Pra Diploma di pelbagai fakulti. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain.

Page 6: Panduan ran Pelajar Baru Plk

SET TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM

Mulai sesi Julai 2008, surat tawaran dan bil bayaran yuran pelajar hanya akan dipaparkan melalui laman web sahaja.

6

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SETELAH MENERIMA TAWARAN o Pelajar dimestikan membuat penerimaan atau penolakan tawaran dengan segera melalui laman web

http://istudent.uitm.edu.my/intake o Jika anda tidak memberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan dengan sendirinya tawaran tersebut

akan terbatal dan keputusan pembatalan adalah muktamad.

Nota : • Anda dinasihatkan supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa

samada menerima atau menolak tawaran. Setelah keputusan dibuat melalui laman web, ia tidak boleh lagi dipinda.

• Tindakan calon yang membuat pengesahan penerimaan tetapi tidak datang mendaftar merupakan

amalan yang amat dikesali. Perbuatan ini telah menutup peluang kepada calon-calon lain yang betul-betul berminat melanjutkan pelajaran di UiTM. Oleh itu, pihak UiTM berharap bahawa anda bukanlah salah seorang daripada mereka yang dimaksudkan.

• Penolakan tawaran pada sesi ini tidak akan disenaraihitam atau memberi kesan kepada permohonan

anda untuk sesi akan datang. • Sekiranya anda menerima tawaran ini bermakna anda bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan

oleh UiTM.

Page 7: Panduan ran Pelajar Baru Plk

SENARAI SEMAKAN SETELAH TERIMA SURAT TAWARAN Sila tanda √ setelah anda melaksanakan setiap perkara berikut:

1. Menerima atau menolak tawaran dengan segera melalui laman web http://istudent.uitm.edu.my/intake

2. Mencetak Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA

3. Mencetak Bil Bayaran Yuran Pelajar

4. Cetak dan lengkapkan semua borang yang disertakan

• Borang Pendaftaran Pelajar Baru PLK – BPP - 04 (Pin. 05) • Borang Maklumat Pelajar Baru – BPP - 02 (Pin. 08)

5. Menjelaskan Bil Yuran Pelajar sebelum hari pendaftaran.

6. Melapor diri pada tarikh, masa dan kampus yang dinyatakan dalam surat tawaran.

7

Page 8: Panduan ran Pelajar Baru Plk

8

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN Jika menerima tawaran anda perlu: 1. Cetak Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA 2. Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Pendaftaran iaitu :

• Borang Pendaftaran Pelajar Baru Pengajian Luar Kampus (PLK) – BPP - 04 (Pin. 05) • Borang Maklumat Pelajar Baru – BPP - 02 (Pin. 08) • Pengesahan Majikan – BPP - 05 (Pin. 05)

3. Menjelaskan Bil Bayaran Yuran Pelajar

• Bil bayaran yuran pelajar perlu dijelaskan di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia sebelum anda mendaftar. Bagi yang mendaftar di kampus UiTM Malaysia Shah Alam bayaran boleh juga dibuat terus melalui kad kredit utama.

• Kaunter Bank Islam disediakan di Dewan Sri Budiman sahaja (Kampus Shah Alam) pada hari pendaftaran bagi

mereka yang tidak berkesempatan untuk menjelaskan bil bayaran yuran pelajar.

• Sila pastikan anda membawa bil bayaran yuran pelajar yang telah dicetak oleh bank apabila datang mendaftar bagi mengelak sebarang masalah semasa pendaftaran.

• Anda dinasihatkan menyimpan bil ini dengan baik sehingga menamatkan pengajian.

• Anda digalakkan membuat bayaran sebelum hari pendaftaran untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

2.1 Cara Mudah Pembayaran Yuran Pengajian UiTM

• Kini para pelajar boleh membayar yuran pengajian UiTM dengan mudah. Semuanya boleh dilakukan di

hujung jari anda! Anda tidak perlu lagi beratur di cawangan kerana ianya boleh dibuat di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

• Bayaran yuran boleh dibuat melalui:

i. Mesin ATM Bank Islam dengan tiga (3) langkah mudah:

Pilih Menu > Lain > Pembayaran Bil / Yuran IPT Masukkan > No. Kad Pengenalan Pelajar Pilih > Bil Anda & > Masukkan Amaun Yang Betul

Nota : Sila Simpan Resit Anda.

ii. Perbankan Internet melalui laman web www.bankislam.biz

Untuk menggunakan kemudahan ini, pelajar mestilah pemegang akaun individu Bank Islam dan telah mendaftar sebagai pengguna bankislam.biz.

Cara Pembayaran Yuran melalui laman web www.bankislam.biz

Layari www.bankislam.com.my.

Klik butang "Login How" pada logo bankislam.biz dan tekan "OK".

Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki bankislam.biz.

Pilih "Bill Presentment" pada bahagian "Bill Payment".

Pilih "Universiti Teknologi MARA" pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.

Klik butang "Next". Skrin berikutnya akan menunjukkan senarai Bil yang perlu dijelaskan

oleh pelajar.

Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik butang "Pay". Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.

Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran.

Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran. Skrin berikutnya akan menunjukkan

butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.

Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.

Page 9: Panduan ran Pelajar Baru Plk

9

Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah dibuat sebagai rujukan.

iii. Laman Web UiTM (www.uitm.edu.my)

Untuk menggunakan kemudahan ini, pelajar mestilah memiliki akaun perbankan internet bank-bank yang menyertai kemudahan pembayaran melalui:

Cara Pembayaran Yuran Pengajian Universiti melalui FPX(Financial Process Exchange) adalah:

Layari http://bendahari.uitm.edu.my.

Sila pilih Perkhidmatan di sebelah kiri skrin dan klik "Pelajar". Senarai

Perkhidmatan/Kewangan akan dipaparkan.

Sila pilih FPX (Financial Process Exchange). Skrin berikutnya akan memaparkan "Disclamer Page".

Sila klik butang "I Agree" untuk melakukan proses pembayaran bil secara online.

Sila masukkan Nombor Pelajar dan Nombor Kad Pengenalan dan klik "Search". Senarai Bil

akan dipaparkan di skrin berikutnya.

Klik pada petak di sebelah kiri untuk memilih bil-bil yang ingin dibayar dan klik "View Cart".

Klik butang "Pay" untuk membuat pembayaran. Skrin seterusnya akan memaparkan "FPX terms and condition page".

Sila klik di sebelah kiri "I accept the Terms & Conditions of FPX, as listed above". Masukkan

alamat email serta pilih Bank anda dan klik "Submit".

Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki laman web Bank pilihan anda.

Maklumat mengenai bayaran akan dipaparkan seperti tujuan pembayaran, nombor rujukan dan amaun. Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran, Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.

Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan

pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.

Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah dibuat sebagai rujukan. Pelanggan bolehlah mencetak resit yang dikeluarkan oleh pihak UiTM sebagai bukti pembayaran.

Bagi pemegang akaun Internet Banking Bank Islam Malaysia Berhad, Public Bank Berhad,

Hong Leong Bank Berhad, CIMB Bank Berhad boleh membuat bayaran melalui FPX dengan melayari laman web : www.uitm.edu.my

Sebarang keterangan lanjut sila hubungi : JABATAN PERBANKAN ELEKTRONIK Bank Islam Malaysia Berhad Tingkat 16, Darul Takaful, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur. Tel: 03 - 2616 8000 Help Desk IB: 03 - 2698 8008 Fax: 03 - 2698 9687 Laman web: www.bankislam.com.my 4. Pemeriksaan Kesihatan

• Anda TIDAK PERLU menjalani pemeriksaan kesihatan.

5. Melapor Diri

• Melapor diri pada tarikh, masa dan di kampus yang dinyatakan dalam surat tawaran.

Page 10: Panduan ran Pelajar Baru Plk

SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai pelajar UITM adalah seperti berikut:

• Dokumen Asal • Salinan Dokumen SEMASA PENDAFTARAN PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBAWA DOKUMEN ASAL SEPERTI BERIKUT:

1. Surat Tawaran yang dicetak dari laman web http://istudent.uitm.edu.my/intake 2. Borang Pendaftaran Pelajar Baru 3. Borang Maklumat Pelajar Baru bertampal gambar 4. Bil Bayaran Yuran Pelajar yang telah dijelaskan 5. Kad Pengenalan pelajar 6. Sijil Kelahiran pelajar 7. SPM/SPMV/setaraf (bagi calon semua program) 8. STPM/setaraf (bagi program Matrikulasi/ setaraf) 9. Surat Pengesahan Tamat Pengajian (pelajar lulusan Diploma/ Ijazah IPT lain yang belum

menerima penganugerahan konvokesyen)

10. Skrol Diploma/ Ijazah (bagi lulusan IPT lain) 11. Keputusan MUET bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda sahaja 12. Dokumen yang berkaitan (jika ada)

Nota: • Sekiranya kehilangan sijil SPM/SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia manakala sijil STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

• Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.

• Sekiranya kehilangan Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat Kad Pengenalan sementara. • Bagi ibu/ bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kelahiran ibu/ bapa tidak perlu bawa semasa hari

pendaftaran.

SEMASA PENDAFTARAN PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBAWA SALINAN DOKUMEN SEPERTI BERIKUT:

1. Salinan Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa 2. Salinan Sijil Kelahiran pelajar, ibu dan bapa 3. Salinan SPM/SPMV/setaraf (bagi calon semua program) 4. Salinan STPM/setaraf (bagi program Matrikulasi/ setaraf) 5. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian (pelajar lulusan Diploma/ Ijazah IPT lain yang

belum menerima penganugerahan konvokesyen)

6. Salinan Skrol Diploma/ Ijazah (bagi lulusan IPT lain) 7. Salinan keputusan MUET bagi program Ijazah Sarjana Muda sahaja

Nota:

Dokumen salinan (1-7) hendaklah disediakan dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan perlu mendapat pengesahan daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Gurubesar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa /Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri.

Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat dimana pegawai bertugas.

10

Page 11: Panduan ran Pelajar Baru Plk

SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR

nda dikehendaki mematuhi etika seperti berikut semasa anda mendaftar sebagai pelajar UiTM.

ISWA

Memakai baju kemeja, berseluar ‘slack’dan berkasut. Seluar jeans TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Memakai tali leher/ baju batik lengan panjang

Berambut pendek dan kemas (dilarang mewarnakan rambut)

Dilarang bertindik/ memakai subang/ gelang/ rantai

Dilarang memakai kemeja ”T” tanpa kolar

Dilarang berselipar/ bercapal

Memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan.

ISWI

Memakai baju kurung/ baju batik dan berkasut.

luar jeans TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Dilarang mewarnakan rambut

Memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan.

A S • • • • • • • S • • Se • •

11

PERINGATA PENTING

DAFTAR SEKIRANYA TIDAK MEMATUHI SAHSIAH RUPA DIRI SEPERTI NG DITETAPKAN OLEH UiTM.

N

ANDA TIDAK DIBENARKAN MENYA

SELEPAS PENDAFTARAN

ENDAFTARAN KURSUS

line) melalui Gerbang Maklumat Pelajar (i-Student Portal) dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti.

P

• Pendaftaran kursus mestilah dilakukan secara atas talian (on

Page 12: Panduan ran Pelajar Baru Plk

SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM

awaran kemasukan ke UiTM adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

. Mematuhi Peraturan

• Sepanjang tempoh pengajian di UiTM anda diwajibkan mematuhi :

T 1

Undang-undang dan Perlembagaan Negara

12

Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA Peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak Pengurusan

Universiti.

. Pembatalan Surat Tawaran

Pihak UiTM berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan sekiranya didapati:

memenuhi syarat kelayakan masuk. Anda dinasihatkan meneliti kelayakan masuk sebelum datang mendaftar.

• Anda mengemukakan maklumat/dokumen palsu semasa permohonan kemasukan/pendaftaran.

• Anda gagal melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

ah (tawaran ini tertakluk kepada keputusan ujian air kencing yang akan diadakan selama tempoh pengajian).

ahun akhir Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda dari IPT untuk mengikuti program Diploma/Ijazah Sarjana Muda.

6) (b) berdasarkan perlembagaan persekutuan bagi urusan pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke IPTA.

. Menarik Diri Selepas Mendaftar

h mendaftar dan kemudian menarik diri sebagai pelajar, yuran pengajian anda TIDAK DIKEMBALIKAN.

4. nggungjawab Calon

Dengan penerimaan tawaran ini bermakna anda bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh UiTM.

• Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang dibekalkan oleh UiTM.

2

• Anda tidak

• Anda mempunyai kesan penggunaan dad

• Anda tidak menamatkan pengajian pada tarikh pendaftaran serta tidak memenuhi syarat kelayakan minimum

yang ditetapkan oleh UiTM bagi pelajar-pelajar t

• Anda BUKAN BUMIPUTERA seperti yang ditakrifkan dalam perkara 160 (2) atau dalam perkara 161 a (6) (a)

atau perkara 161 a (

Nota: Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini TIDAK akan ditanggung oleh UiTM

3

• Pelajar yang tela

Ta •

Page 13: Panduan ran Pelajar Baru Plk

13

MAKLUMAT PENTING

ERTUKARAN KAMPUS DAN PROGRAM

Program dan kampus yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak diberi pertimbangan.

ENANGGUHAN PENGAJIAN

sahaja. Sebarang penangguhan pengajian adalah tidak dibenarkan dan perlu memohon semula pada sesi berikutnya.

ENDAFTARAN LEWAT

tar di kampus Shah Alam) atau Pengarah Kampus negeri berkenaan (bagi pelajar yang mendaftar di Kampus Negeri).

yang menerima surat tawaran selepas tarikh pendaftaran, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar dengan segera.

ALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Semua calon yang akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda disyaratkan mencapai :

P • P • Tawaran ini ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan

P • Tawaran adalah terbatal sekiranya calon tidak mendaftar pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Walaubagaimanapun

calon-calon yang terpaksa mendaftar lewat seperti ketiadaan tiket kapal terbang (calon Sabah dan Sarawak), sila maklumkan melalui email ke alamat bpp.salam.uitm.edu.my atau secara bersurat kepada Ketua Bahagian Pengambilan Pelajar (bagi calon yang mendaf

• Bagi calon-calon

M •

TAHAP PROGRAMBand Empat (4) ran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL)

Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian ( PengajaSarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian)

Band Tiga (3) ris Sebagai Bahasa Gunaan) Sarjana Muda Dengan Kepujian (Bahasa InggeIjazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian Ijazah Doktor Perubatan Dan Pembedahan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)

Band Satu (1) Program lain selain di atas • Mulai kemasukan sesi Julai 2006, calon-calon yang belum menduduki MUET selain dari mengikuti program seperti di

atas adalah dibenarkan mengambil MUET dan mencapai band satu (1) dalam tempoh pengajian mereka. Kegagalan mematuhi peraturan ini menyebabkan pelajar tidak diberi status tamat pengajian.

KUJANJI UNIVERSITI, AKUJANJI KOLEJ KEDIAMAN, AKUJANJI MAKAN DI KOLEJ DAN AKUJANJI AKTIVITI

Semua pelajar baru diwajibkan menandatangani Surat Akujanji semasa Minggu Mesra Siswa.

A •

Page 14: Panduan ran Pelajar Baru Plk

14

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM

ENGANGKUTAN BAS

ajar pergi dan balik ke fakulti masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam.

INJAMAN PTPTN

pinjaman PTPTN terbuka kepada semua pelajar UiTM di semua peringkat pengajian kecuali bagi program Asasi / Sijil.

ohon pinjaman kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang pinjaman terdahulu diselesaikan.

AEDAH PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

ohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari Laman Web PTPTN iaitu http://www.ptptn.gov.my

P • Bagi Kampus Shah Alam kemudahan pengangkutan bas disediakan untuk memudahkan pel

P Permohonan

Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian atau

mendapat penaja lain boleh mem

K Permohonan pinjaman dan semakan kelulusan permohonan pinjaman boleh dibuat melalui kaedah Online. Pem

N melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Sila semak tarikh serahan dokumen tersebut yang telah ditetapkan oleh HEP.

Pemohon-pemohon juga perlu menyerahkan juga dokumen sokongan berikut semasa sesi serahan dokumen iaitu :

e UiTM (surat tawaran dari cetakan website UiTM diterima tetapi hendaklah

transkip peperiksaan juga tidak

inan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun

hon dan Pasangan erkaitan sahaja diperlukan];

telah meninggal dunia / akaun sumpah dari

yatim sekiranya pemohon / ibu / bapa / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi

n kad keahlian/ slip bank/ penyata akaun/ surat makluman keahlian/ cetakan penyata akaun dari laman web PTPTN);

Akaun SSPN hendaklah dibuka selewat-lewatnya 2 minggu sebelum mengemukan permohonan pinjaman PTPTN

11. 2 (dua) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos

yarat tambahan (WAJIB) bagi pelajar yang mengemukan permohonan pada semester 2 dan ke atas:

gesahan aktif mendaftar sebagai pelajar UiTM dari Fakulti [ Pengesahan daripada Dekan / Ketua Program sahaja]

hendaklah disediakan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 dan DISAHKAN oleh Pegawai yang layak.

egawai yang layak untuk menjadi saksi penjamin dan untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti erikut:

engurusan dan Profesional

at/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK

h) Untuk SABAH dan Sarawak – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah.

Pemohon yang berjaya ditawarkan pinjaman PTPTN dan telah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian berserta

dokumen jaminan hendaklah menyerahkan dokumen tersebut kepada Pegawai PTPT

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon; 2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan k

disahkan oleh Pegawai UiTM sahaja); 3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); 4. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI /

IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH SARJANA (MASTER) (Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian/layak dianugerahkan sijil);

5. Salinan Penyata Akaun Bank Persendirian Pemohon. Bagi UiTM Kampus Induk & Kampus Cawangan selain Kampus Mukah menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Manakala Kampus Mukah adalah Public Bank Berhad (PBB). (Salpemohon);

6. Salinan Borang Cukai Pendapatan (B/BE/EA/EC)/ Slip Gaji / Kad Pesara / Penyata Pencen / Borang atau surat pengesahan pendapatan / Pengesahan Tidak Bekerja Penjaga dan pasangan Penjaga / PemoPemohon (jika telah berkahwin) [Salah satu dari mana-mana yang b

7. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa kandung sebagai penjamin; 8. Salinan sijil kematian / permit perkuburan sekiranya ibu / bapa kandung

pesuruhjaya sumpah sekiranya ibu / bapa kandung tidak dapat dikesan; 9. Salinan Surat pengesahan / surat akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat / PERKESO / penghuni

rumah anakberkenaan;

10. Mulai 1 Januari 2008, pemohon / ibubapa pemohon / penjaga pemohon yang sah hendaklah mempunyai akaun SSPN mengikut syarat yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa. [Sila bawa salina

S

1. Salinan keputusan peperiksaan bagi setiap semester yang lepas. 2. Salinan surat pen

Salinan dokumen sokongan di atas

Antara P

b a) Wakil Rakyat/Senator b) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pc) Pengamal Undang-undang d) Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai e) Pengetua/Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja) f) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas. g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarak

(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).

Page 15: Panduan ran Pelajar Baru Plk

15

wai atau saksi

endaklah lengkap mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan/alamat di mana pegawai bertugas)

at-syarat dan Kaedah Permohonan pinjaman PTPTN boleh diperolehi dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my

(Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegah

Maklumat lanjut berkenaan syar

AYARAN PINJAMAN PTPTN

akaun pelajar. Pengeluaran pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN;

da IPT masing-

masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas.

ENAHANAN BAYARAN PINJAMAN

Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.0;

Menangguhkan pengajian;dan

Dikenakan tindakan tatatertib dimana hukuman digantung pengajian.

ENAMATAN / PEMBATALAN PINJAMAN

an PTPTN dalam peringkat jurusan atau IPT yang ditetapkan semasa tempoh perjanjian pinjaman dengan PTPTN.

ipada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

RANG KELAINAN UPAYA (OKU)

a depan bagi menyediakan kemudahan asas kepada pelajar OKU agar dapat tinggal dan belajar dengan lebih sempurna.

lah bersedia menghadapi segala kesulitan dengan ketiadaan kemudahan ini terutamanya dengan keadaan fizikal sediada.

USAT/UNIT KESIHATAN

UiTM mempunyai Pusat/Unit Kesihatan yang memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada pelajar UiTM.

Waktu perkhidmatan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja.

Pelajar/Pegawai Keselamatan yang bertugas di kolej masing-masing untuk menghubungi pegawai yang bertugas “on call’.

lan dan perkhidmatan akit berjangkit, penyakit bawaan vektor dan

kawalan kebersihan makanan serta premis makanan.

ERPUSTAKAAN

Setiap kampus UiTM dilengkapi dengan perpustakaan, antara kemudahan yang disediakan ialah :

B Bayaran pinjaman akan dikreditkan ke

Bagi bayaran semester berikutnya, pembayaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan daripa

P

P

Pemberhentian pengeluaran pinjaman akan dibuat apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan pinjam

Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperoleh dar

O • Pihak UiTM mengalu-alukan calon-calon OKU yang memohon atau ditawarkan tempat ke UiTM. Buat masa ini, semua

kampus UiTM belum mempunyai kemudahan asas untuk pelajar OKU. Walau bagaimanapun pihak UiTM sedang membuat perancangan mas

• Oleh itu, pelajar yang memohon ke UiTM dan berjaya ditawarkan tempat harus

P • Setiap kampus

• • Untuk kes kecemasan yang memerlukan rawatan kecemasan selepas dari waktu bekerja, pelajar perlu berhubung dengan

Pegawai Pembangunan

• Perkhidmatan–perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar adalah Rawatan Pesakit Luar Perubatan dan Pergigian, wad

pemerhatian sementara, perkhidmatan makmal perubatan, perkhidmatan x-ray, perkhidmatan ambukesihatan meliputi pendidikan kesihatan, kawalan peny

P •

Pinjaman/pemulangan bahan Tempahan buku Perkhidmatan rujukan Perkhidmatan majalah Portal Perkhidmatan pembaca Perkhidmatan Pusat IT Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan Perkhidmatan salinan foto Bilik 24 jam Bilik Loker

Page 16: Panduan ran Pelajar Baru Plk

16

EMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

kan merangkumi gelanggang badminton, bola tampar, squash dan lain-lain lagi

an Padang Sasar

ATM-Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Bank dan Affin Bank

K • Kolam Renang bertaraf Olimpik (di kampus Shah Alam sahaja) • Kompleks Su• Stadium • Gymnasium • Padang Kawad d• Pusat Islam • Pejabat Pos • Affin Bank Berhad • Bank Simpanan Nasional •

SOALAN – SOALAN LAZIM

daftar jika tidak membayar yuran pengajian? 1: Tidak boleh.

aftar jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan? 2: Tidak boleh.

3: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada BPP.

J4: us cawangan mempunyai Pusat Kesihatan yang diketuai oleh Pegawai Perubatan dan jururawat terlatih.

5: Anda dinasihatkan supaya berhubung dengan Bahagian Pengambilan Pelajar dengan segera.

6: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan sahsiah rupa diri siswa/siswi.

7: Jadual kuliah boleh diperolehi dari Fakulti masing-masing

8: Boleh, tetapi TIADA PEMULANGAN YURAN PENGAJIAN

9 : PLK adalah program separuh masa yang dijalankan pada hari bekerja di luar waktu pejabat.

J10 : yang dijalankan setiap hujung minggu serta menggunakan kaedah elektronik untuk berinteraksi dengan pensyarah.

J11 : n (InED) Universiti Teknologi MARA dalam masa empat (4) minggu sebelum tarikh rasmi kuliah

bermula.

S1: Bolehkah saya menJ S2: Bolehkah saya mendJ S3: Apakah kesannya jika saya tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan? J S4: Adakah kemudahan perubatan di sediakan di setiap kampus cawangan?

Ada. Setiap kamp

S5: Jika saya lewat mendaftar, apakah yang harus saya lakukan? J S6: Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran? J S7: Bagaimana saya boleh dapatkan jadual kuliah? J S8: Bolekah saya menarik diri selepas selepas mendaftar? J S9: Apa itu PLK? J S10: Apa itu e-PJJ?

e-PJJ adalah program separuh masa

S11: Bolehkah saya menukar mod pengajian daripada PLK ke e-PJJ?

Boleh. Permohonan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah Institut Perkembangan Pendidika

Page 17: Panduan ran Pelajar Baru Plk

17

KETERANGAN LANJUT

egala pertanyaan berkaitan dengan tawaran dan pendaftaran sila hubungi :

l Centre (UIC) i MARA

165/ 3166/ 3174/ 3175

y

S Ketua Bahagian Pengambilan Pelajar Bangunan UiTM InternationaUniversiti Teknolog40450 Shah Alam Tel: (+603) 5544 3164/ 3Faxs: (+603) 55443170 E-mel: [email protected]

eb : www.bpp.uitm.edu.myW

egala pertanyaan berkaitan dengan kebajikan, kolej kediaman dan pinjaman sila hubungi:

i MARA

injaman) eb: www.hep.uitm.edu.my

S Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknolog40450 Shah Alam Tel: (+603) 5544 3545/ 3538 (PW

nyaan berkaitan program pengajian seperti silibus , masa kuliah dan lain-lain , sila hubungi fakulti erkenaan:

eb : www.uitm.edu.my

Segala pertab Tel: (+603) 5544 2000 W (lihat pautan FACULTIES)

PENGGUGUSAN FAKULTI

niversiti Teknologi MARA telah menyelaraskan fakulti-fakulti berdasarkan gugusan-gugusan tertentu iaitu:

UGUSAN SAINS & TEKNOLOGI

titatif Ukur

dan Rekreasi

hatan

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

UGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN

olisi Media

n Seni Reka

i Kreatif dan Artistik Fakulti Muzik

UGUSAN PENGURUSAN & PERNIAGAAN

elancongan

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat

USAT AKADEMIK

Akademi Pengajian Bahasa

U G * Fakulti Sains Gunaan * Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuan* Fakulti Seni Bina Perancangan dan* Fakulti Sains Sukan* Fakulti Perubatan * Fakulti Pergigian * Fakulti Sains Kesi* Fakulti Farmasi * Fakulti Kejuruteraan Awam * Fakulti Kejuruteraan Elektrik* Fakulti Kejuruteraan Kimia * G * Fakulti Undang-Undang * Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian P* Fakulti Komunikasi dan Pengajian * Fakulti Seni Lukis da* Fakulti Pendidikan * Fakulti Teknolog* G * Fakulti Perakaunan * Fakulti Pengurusan Perniagaan * Fakulti Pengurusan Hotel dan P* Fakulti Pengurusan Maklumat * P *

Page 18: Panduan ran Pelajar Baru Plk

KAMPUS-KAMPUS UiTM

AMPUS-KAMPUS UiTM

ri di Malaysia kecuali di Wilayah ersekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Berikut adalah kampus-kampus UiTM seluruh negara:

ampus Induk UiTM

o. Tel : 03-55442000

angan UiTM

rsejarah

mpus Tawau,

nga

: 089-755733

ndar Melaka, ang Tuah,

o. Tel: 06-2857000

Samarahan,

: 082-677200

ka,

o. Tel : 09-4602000

ard Setia Raja Mukah k

: 084-874102

tu (1)

an No. Tel : 04-9861001

g Prai,

o. Tel : 04-3822888

: 07-9352000 o. Tel : 04-4562000

andaraya Johor Bahru man,Kg. Aman

5

72000 Kuala Pilah, l Khusus

: 05-3742000

u

an o. Tel : 09-8400400

tan

: 09-9762000

an o. Tel : 09-6175255

n Kampus Kota Bharu

ta Bharu

ah,

ah, an

No. Tel : 09-8221995

K Universiti Teknologi MARA berbangga dengan kewujudan kampus cawangannya di setiap negeP K UiTM Shah Alam, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan N Kampus Caw

UiTM Sabah Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu, Sabah No. Tel : 088-325151

UiTM Melaka Km. 26, Jalan Lendu, 78000 Alor Gajah, Melaka Bandaraya BeNo. Tel : 06-5582000

UiTM Sabah, KaLot 1 Tingkat 5, Wisma MAA, Jalan Bu91000 Tawau Sabah No. Tel

UiTM Melaka, Kampus Ba110 Off Jalan H75300 Melaka N

UiTM Sarawak Jalan Merenek, 94300 KotaSarawak No. Tel

UiTM Pahang Lintasan Semarak, 26400 Bandar Pusat JengPahang Darul Makmur N

UiTM Sarawak, Kampus Mukah Lot 661, Blok 68, Boulev96400 Mukah SarawaNo. Tel

UiTM Pahang Kampus Kuantan SaJalan Bukit Sekilau 25200, Kuantan Pahang Pahang Darul Makmur No. Tel : 09-5138143

UiTM Perlis Peti Surat 41, 02600 Arau, Perlis Indera Kayang

UiTM Pulau Pinang Jalan Permatang Pauh,13500 SeberanPulau Pinang N

UiTM Johor Km.12 Jln. Muar, 85200 Segamat, Johor Darul Takzim No. Tel

UiTM Kedah Peti Surat 187, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman N

UiTM Johor, Kampus BJalan HeLarkin, 80350 Johor Bahru No. Tel: 07-234227

UiTM Negeri Sembilan Kompleks IADP/NST, Jalan Melang , Lot 323, 787, 2003 Negeri Sembilan DaruNo. Tel : 06-4821200

UiTM Perak Bandar Sri Iskandar, 32600 Bota, Perak Darul Ridzuan No. Tel

UiTM TerengganSura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu Darul ImN

UiTM KelanBukit Ilmu, 18500 Machang, Kelantan Darul Naim No. Tel

UiTM Terengganu, Kampus Kuala Terengganu21080 Kuala Terengganu, Terengganu Darul ImN

UiTM KelantaWisma KUB Jalan Sultan Ibrahim 15050 Ko

UiTM Terengganu, Kampus Bukit Besi d/a Kolej KetengBandar AMBS, 23400 Al-Muktafi Billah ShTerengganu Darul Im

18

Page 19: Panduan ran Pelajar Baru Plk

19

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

ENGENALAN

kaedah pembelajaran dan pengajaran. Program-program yang terlibat adalah diperingkat Diploma dan Sarjana Muda.

eh Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) dengan kerjasama Fakulti dan Kampus Cawangan yang berkenaan.

M A KULIAH

uliah bagi program Pengajian Luar Kampus dijalankan seperti jadual berikut:

NIN HINGGA JUMAAT

AHAD HINGGA KHAMIS

.00 petang hingga 10.00 malam

ngga 10.00 malam (Kedah, Kelantan & erengganu)

ota : Masa kuliah tertakluk kepada jadual yang dikeluarkan oleh Fakulti/Kampus Cawangan.

AMADUN ISLAM

subjek wajib dalam program yang diikuti oleh pelajar yang bukan beragama Islam yang mengikuti program diploma.

EPERIKSAAN

saan bagi pelajar sepenuh masa. Kertas soalan adalah sama seperti yang disediakan kepada pelajar sepenuh masa.

P

• Pengendalian semua program Pengajian Luar Kampus (PLK) yang dahulunya diuruskan oleh Pusat Perkembangan Pendidikan (EDC) dan sekarang dikenali sebagai Institut Perkembangan Pendidikan (InED) telah diambil alih oleh Fakulti mulai Oktober 1998. Objektifnya adalah untuk memantapkan urusan pentadbiran serta

• Selaras dengan pengendalian program Pengajian Luar Kampus (PLK) di Fakulti, proses pengambilan pelajar baru

dikendalikan sepenuhnya ol

AS

K

HARI MASA IS

6 6.00 petang hiT

N T

• Kursus Tamadun Islam mesti diambil sebagai salah satu

P

• Semua pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan peperiksaan universiti. Peperiksaan dilakukan serentak dengan peperik

TEMPOH PENGAJIAN

empoh pengajian sepenuh masa untuk program-program di UiTM adalah seperti berikut:

LK) tidak melebihi sekali (1) ganda tempoh pengajian program sepenuh masa bagi mpoh pengajian PLK adalah seperti berikut :

• Tempoh pengajian ialah enam (6) semester atau enam belas (16) semester.

• Tempoh pengajian ialah enam (6) semester atau enam belas (16) semester.

ota : Tempoh pengajian tertakluk kepada program yang ditawarkan.

T

Tempoh maksimum Pengajian Luar Kampus (Pte

Program Diploma

Program Ijazah Sarjana Muda

N

Page 20: Panduan ran Pelajar Baru Plk

SENARAI SEMAKAN SEMASA PENDAFTARAN DI KAUNTER BPP Sila pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa dan disusun mengikut urutan senarai semakan. Sila tanda √ pada setiap dokumen yang telah disusun mengikut urutan senarai semakan

SENARAI SEMAKAN

1. Borang Pendaftaran Pelajar Baru Pengajian Luar Kampus (PLK) - BPP - 04 (Pin. 05)

2. Surat Tawaran cetakan dari laman web

3. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Pemohon yang telah disahkan

4. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran ibu dan bapa yang telah disahkan

SENARAI SEMAKAN SEMASA PENDAFTARAN DI KAUNTER FAKULTI Sila pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa dan disusun mengikut urutan senarai semakan. Sila tanda √ pada setiap dokumen yang telah disusun mengikut urutan senarai semakan

SENARAI SEMAKAN

1. Surat tawaran cetakan dari laman web

2. Borang Pendaftaran Pelajar Baru Pengajian Luar Kampus (PLK) - BPP - 04 (Pin. 05)

3. Borang Maklumat Pelajar Baru - BPP - 02 (Pin. 08)

4. Sijil asal SPM/Setaraf (bagi calon semua program)

5. Sijil asal STPM/setaraf (bagi program Asasi/ Matrikulasi/ setaraf)

6. Surat Pengesahan Tamat Pengajian (pelajar lulusan Diploma/ Ijazah IPTA lain yang belum menerima penganugerahan konvokesyen)

7. Skrol Diploma/ Ijazah (bagi lulusan IPTA lain)

8. Slip keputusan MUET (Malaysian University English Test) bagi program ijazah sahaja yang telah disahkan

9. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Pemohon yang telah disahkan

10. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran ibu dan bapa yang telah disahkan

11. Salinan SPM/Setaraf (bagi calon semua program) yang telah disahkan

12. Salinan STPM/setaraf (bagi program Asasi/ Matrikulasi/ setaraf) yang telah disahkan

13. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian (pelajar lulusan Diploma/ Ijazah IPTA lain yang belum menerima penganugerahan konvokesyen) yang telah disahkan

14. Salinan Skrol Diploma/ Ijazah (bagi lulusan IPTA lain) yang telah disahkan

15. Salinan slip keputusan MUET (Malaysian University English Test) bagi program ijazah sahaja yang telah disahkan yang telah disahkan

20

Page 21: Panduan ran Pelajar Baru Plk

UiTM di Hatiku

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka

Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya

Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara

Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari

Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki

Tunjukkan aku jalan ilmuMu untukku menuju

Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa

Maju Negara

Berkat usaha jaya MARA

Kami berikrar akan berjasa

Hingga kita berjaya...... demi bangsa

Watikah yang kumiliki kan ku semat dihati

Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti

Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara

Doa restu ayah bonda ku untuk semua

UiTM.......Usaha Taqwa Mulia

21

Page 22: Panduan ran Pelajar Baru Plk

AHLI JAWATANKUASA PANDUAN PENDAFTARAN

PENAUNG Y. Bhg. Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah

Naib Canselor UiTM

PENASIHAT

Encik Mazlan Bin Salleh

PENGERUSI

Tuan Syed Mohd Shukram Bin Tuan Said

SETIAUSAHA

Puan Norainman Binti Nordin

AHLI JAWATANKUASA

Encik Mohd Nahar Bin Mohd Sanusi

PENGHARGAAN

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua staf Unit Ijazah Sarjana

Muda, Unit Diploma/ Asasi/ Pra Diploma dan Unit Pentadbiran

di atas sumbangan idea dan kerjasama.

Unit Ijazah Sarjana Muda

Puan Hajah Noorsiah Daud

Puan Badariah Bahruddin

Puan Nadiatul Indah Mohd Tahir

Puan Noradilah Binti Md Zen

Puan Siti Nailah Asnawi Hj Mohd Amir

Puan Siti Mahmudah Sarbini

Cik Salizawati Shahri

Encik Mohd Nazim Bin Ishak

Encik Mohd. Rizael Ros Tahir

Unit Diploma/ Asasi/ Pra Diploma

Encik Muhamad Nizam Noordin

Encik Azman Samsudin

Encik Mohd Suhaimi Bin Paharul Radzi

Encik Mohd Razis Bin Kaswati

Puan Suraya Ahmad

Cik Norhaliza Abu Bakar

Unit Pentadbiran

Puan Jamilah Che Din

Encik Jalaluddin Banun

Encik Abdul Jabar Ahmad

Puan Zarimah Abdul Razak

Puan Zaini Ismail

Cik Aznida Azmee

Puan Zalina Zakaria

Puan Ikhrima Sandimo

22Encik Azmi Mohd Nor