bab 5 sebab-sebab berlaku masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah

Upload: nik-ambari

Post on 09-Oct-2015

77 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Dengan mengakses internet, cari bahan dan cuba membentuk satu aktiviti bilik darjah yangmengintegrasikan fungsi hamparan elektronik dalam pengajaran.Cari bahan dan bincangkan pernyataan berikut:Peningkatan dalam penggunaan pangkalan data dalam masyarakat serta kemudahan internettelah memudahkan maklumat peribadi diakses oleh sesiapa pun. Apakah implikasi yangwujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi pelajar di sekolah? Apakah peranan gurudalam isu keselamatan dan privasi

TRANSCRIPT

Peta Minda Bab 5Masalah Disiplin dan Tingkah Laku Bermasalah Bilik darjah

Sebab-sebab berlaku masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah

Diri Murid

Murid dalam kelas mempunyai tahap kemahiran yang berbeza.

Kanak-kanak di sekoleh mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi serta keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru.

Sesetengah kanak-kanak mungkin mempunyai tingkah laku yang tidak sepatutnya yang telah perhatikannya.

Kebosanan dengan aktiviti kelas kadangkala mendorong kanak-kanak melanggar peraturan, menipu atau menggangu rakan dalam kelas tanpa tujuan yang munasabah.

Masalah emosi dalam kalangan murid turut menyumbang kepada masalah disiplin.

Guru

Guru perlu melaksanakan kaedah atau teknik mengajar yang baharu, efektif dan yang dapat meransang minat murid.

Guru merupakan rol model dan sentiasa diperhati oleh murid dalam kelas.

Guru perlu menunjukkan minat dan mengambil berat tentang muridnya.

Guru yang kurang keyakinan diri di dalam bilik darjah boleh menjadi punca masalah disiplin dan tingkah laku.

Guru seharusnya adil dan konsisten dalam melaksanakan peraturan bilik darjah.

Seseorang guru seharusnya jelas dalam komunikasi dengan murid.

Sekolah

Dalam sebuah sekolah yang mengamalkan kolaborasi, guru-guru bersedia untuk berkongsi maklumat dengan tujuan menyelesaikan masalah murid.

Sekolah juga membina perasaan kemasyarakatan dalam kalangan murid-murid.

Sikap sekolah terhadap status dan peranan muridnya dalam organisasi tersebut membantu membina semangat kekitaan terhadap sekolah.

Sekolah juga perlu mengambil berat tentang prasana yang perlu bagi murid-muridnya.

Latat Belakang Murid

Asuhan diterima, taraf ekonomi keluarga, bilangan ahli keluarga, jiran, rakan sebaya dan media masa mempengaruhi sikap dan tingkah laku murid.

Masalah disiplin kadangkala berpunca daripada ibu bapa yang enggan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membimbing dan menasihati anak mereka.

Ramai ibu bapa yang bekerja dan tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi bersama-sama anak mereka.

Konflik dalam keluarga, penceraian atau kehadiran adik baru di rumah boleh menganggu emosi kanak-kanak.