bab 5 rumusan iptho

4
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Rumusan Hasil Kajian Kajian ini bertujuan mengkaji Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Dalam Tajuk Kitaran Air Melalui Gabungan Demonstrasi Dan Carta Alir. Sampel dalam kajian ini ialah 25 orang pelajar Tahun 5 di sebuah sekolah dalam daerah Batu Pahat. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk eksperimen ujian pra dan ujian pasca. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pasca, soal selidik, borang maklum balas dan juga tinjauan untuk mendapatkan maklumbalas sampel pelajar. Dapatan-dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah inia adalah sesuai dan berkesan digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran sains dalam tajuk Kitaran Air untuk Tahun 5, dan pencapaian Sains dalam kaedah yang dikaji menampakkan perbezaan yang ketara. Pada

Upload: atsani-katmin

Post on 06-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BAB 5 RUMUSAN

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 5 Rumusan Iptho

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Rumusan Hasil Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Dalam Tajuk

Kitaran Air Melalui Gabungan Demonstrasi Dan Carta Alir. Sampel dalam kajian ini ialah 25

orang pelajar Tahun 5 di sebuah sekolah dalam daerah Batu Pahat. Kajian ini dijalankan dengan

menggunakan reka bentuk eksperimen ujian pra dan ujian pasca. Instrumen kajian yang

digunakan ialah ujian pra, ujian pasca, soal selidik, borang maklum balas dan juga tinjauan untuk

mendapatkan maklumbalas sampel pelajar.

Dapatan-dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kaedah inia adalah sesuai dan berkesan digunakan bagi pengajaran

dan pembelajaran sains dalam tajuk Kitaran Air untuk Tahun 5, dan pencapaian Sains dalam

kaedah yang dikaji menampakkan perbezaan yang ketara. Pada hakikatnya, kebanyakan pelajar

menunjukkan minat yang mendalam dalam mempelajari Sains dalam tajuk Kitaran Air dengan

menggunakan kaedah gabungan demonstrasi dan carta alir.

Page 2: Bab 5 Rumusan Iptho

5.3 Implikasi Dapatan Kajian

Kaedah Gabungan Demonstrasi Dan Carta Alir sesuai digunakan untuk membantu guru

dalam membina kefahaman murid terhadap tajuk Kitaran Air Tahun 5. Pembelajaran Sains boleh

dipertingkatkan melalui aktiviti berpusatkan murid yang merangsangkan penggunaan minda dan

mengembangkan kemahiran manipulatif.

Oleh yang demikian, kaedah ini menekankan aktiviti “minds-on” dan “hands-on” untuk

membantu pelajar memahami dengan lebih jelas konsep yang disampaikan melalui kaedah

demonstrasi dan carta alir. Melalui kaedah Gabungan Demonstrasi Dan Carta Alir juga dapat

meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran murid menjadi lebih

berkesan khususnya dalam pemahaman konsep sains, penguasaan kemahiran saintifik dan

penerangan sikap dan nilai murni. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan pelbagai

kaedah pengajaran sains seperti simulasi, demonstrasi mahupun eksperimen.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini merupakan kajian ringkas bagi mengkaji keberkesanan kaedah Gabungan

Demonstrasi Dan Carta Alir dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk tertentu. Hasil kajian

menunjukkan ada peningkatan pencapaian responden. Walaupun keputusan kajian ini bukan

mencerminkan pencapaian kesemua pelajar sekolah ini, namun ia boleh diguna pakai dan

ditokok tambah dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap untuk

meneruskan usaha saya ini bagi mereka bentuk aktiviti yang lebih baik yang boleh diselitkan

Page 3: Bab 5 Rumusan Iptho

bersama kaedah ini bagi tajuk-tajuk lain yang terdapat di dalam sukatan pelajaran khususnya

mata pelajaran Sains ataupun matapelajaran yang lain sekiranya bersesuaian. Penambahan

penggunaan ICT dalam kajian akan dating juga dapat memberikan satu impak keputusan yang

lebih menarik sekiranya gabungan ICT dapat diterapkan pada masa akan dating. Saya juga

bercadang untuk menambah bilangan sampel dari kelas-kelas lain dan meneruskan kajian dalam

bentuk yang lebih berstruktur lagi Insya Allah.

5.5 Rumusan

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa

pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini adalah agak sesuai digunakan bagi

pengajaran dan pembelajaran sains dalam tajuk Kitaran Air untuk Tahun 5, ini kerana

terdapatnya pencapaian yang besar dalam ujian pra dan pos. Pencapaian yang agak besar ini juga

telah menepati objektif kajian ini. Secara keseluruhannya objektif pengajaran tercapai ,100%

murid berminat terhadap aktiviti Sains yang dijalankan dan memahami konsep sains

terutamanya di dalam tajuk Kitaran Air.