(rumusan bab 3) bagaimana berinteraksi dengan as-sunnah_dr. yusuf al-qardawi

25
Tajuk : Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah Karya : Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi Terbitan: Budaya Ilmu Sdn. Bhd. Tahun : 1996 Alhamdulillah akan nikmat Iman juga Islam, disusuli selepas itu nikmat akal yang cerdas, badan yang cergas, masa yang lapang, ibu bapa yang penyayang. Lain-lain nikmat tidaklah muat tempatnya untuk penulis tuliskan kerana infiniti kiraannya. Sudah lama penulis idamkan untuk membaca dan memahami buku ini dan alhamdulillah berkait dengan kerja kursus mustolah hadith dapat juga akhirnya penulis tamatkan bacaan dan sedikit memahami kandungan buku ini.

Upload: mohammad-hidir-baharudin

Post on 19-Jun-2015

1.269 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nie rumusan bab ke-3 'Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah'..

TRANSCRIPT

Page 1: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Tajuk : Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah

Karya : Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Terbitan: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Tahun : 1996

Alhamdulillah akan nikmat Iman juga Islam, disusuli selepas itu nikmat akal yang

cerdas, badan yang cergas, masa yang lapang, ibu bapa yang penyayang. Lain-lain

nikmat tidaklah muat tempatnya untuk penulis tuliskan kerana infiniti kiraannya.

Sudah lama penulis idamkan untuk membaca dan memahami buku ini dan

alhamdulillah – berkait dengan kerja kursus mustolah hadith – dapat juga akhirnya

penulis tamatkan bacaan dan sedikit memahami kandungan buku ini.

Page 2: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Tidak penulis sifatkan karya Dr. Yusuf Al-Qardawi ini „ringan‟ melainkan penulis

sifatkan karya ini „berat‟. Kerana ketinggian ilmu Al-Allamah, dapatlah sedikit umat

Islam mengambil manfaat. Dan kita merasa kesal dengan satu firqah sesat yang

sibuk menyesatkan Dr. Yusuf Al-Qardawi di disiangnya dan kalut mengkafirkan Dr.

Yusuf Al-Qardawi di malamnya. Moga Allah s.w.t. menunjukkan jalanNya kepada

mereka.

Sudah lama buku ini diterjemahkan, dan hanya sekarang penulis membacanya.

Sungguh kecil dunia ilmu penulis. Dan tahniah kepada Dr. Huda Mohsin, Dr. Jawiah

Dakir juga Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid dan Angkatan Belia Islam Malaysia

(ABIM) yang ketika itu di bawah pimpinan Dr. Muhammad Nur Manuty kerana

menterjemah dan menerbitkan buku ini. Inilah yang dikenal sebagai „ تست حس ’ yang

ganjarannya daripada Allah s.w.t. ‘غري ممى’.

Ini hanyalah rumusan bab ke-3 daripada buku ini. Penulis rasakan inilah satu bab

yang paling penting dalam buku ini. Penulis seperti biasa – kerana kecetekan ilmu

dan pengalaman – membuat rumusan dengan mengambil kembali seperti yang

dikatakan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi dan sesekali mengubah ayat bahasanya

mengikut kefahaman penulis. Penulis juga - di setiap akhir tajuk kecil -memasukkan

sedikit daripada kesimpulan juga yang difahami penulis.

Penulis mengharapkan akan dengan membaca, memahami, dan membuat rumusan

sebegini, dapatlah sedikit sebanyak menguatkan akal dan hati penulis untuk terus

mengikut jejak-jejak generasi awal yang Allah s.w.t. meredhai mereka dan mereka

juga meredhai Allah s.w.t. Tidak dilupakan penulis mengharapkan penguasaan

penulis dalam Bahasa Arab meningkat.

Page 3: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Tajuk : وف خعا ع است ابىه

Karya : ىسف امسضاو

Terbitan: داز اشسوق

Tahun : 5002

Ini bukunya dalam Bahasa Arab yang menjadi teman sisi ketika penulis membaca

buku terjemahnya dalam Bahasa Melayu. Tujuannya adalah kerana penguasaan

bahasa. Penulis mengerti belum cukup bahkan tidak memadai hanya dengan cara ini

untuk penulis menguasai Bahasa Arab, perlu untuk penulis gandakan usaha.

Page 4: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Buku ini menjadi buku tukaran yang diberikan oleh seorang sahabat penulis yang

kini belajar di Tanta University– insyallah bakal doktor berprinsip Islam – dan

penulis juga memberikan kepada beliau buku yang lain. Indahnya bersahabat andai

saling memberi.

Dan penulis belum lagi mampu untuk membuat rumusan dalam Bahasa Arab.

Penulis bercita-cita kepada itu. Insyallah nanti.

Pengenalan

As-Sunnah mempunyai kedudukannya yang istimewa dalam Islam. As-Sunnah

menjadi sumber syariat Islam selepas Al-Quran. Firman Allah s.w.t.;

إ ل واه غفىز زح ذىبى اه وغفس ى اه فاحبعى حببى ححبى وخ

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah

mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang.” (Surah Ali-Imran: 31)

Kata Al-Hafiz Ibn Kathir (w.774H): “Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang

mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan Muhammad s..a.w. Maka

sesungguhnya dia adalah pendusta atas apa yang didakwa sehinggalah dia mengikuti

syariat Muhammad s.a.w. dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan,

dan hal ehwalnya seperti yang pasti diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (w.256H)

daripada Rasulullah s.a.w.:

ع عال س عه أسا فهى زد

“Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk Kami, maka

amalannya itu ditolak.”

Al-Mubarakfuri (w.751H) dalam ulasannya berkata: “Allah telah memerintahkan

dalam ayat ini setiap orang yang mendakwa mengasihiNya supaya mengikut

Muhammad s.a.w., dan tidak bermakna mengikutNya kecuali dengan mengikut

baginda s.a.w. dalam seluruh perkataan, perbuatan, keadaan dan hidayatnya yang

Page 5: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

semua ini adalah hadith nabi. Sudah nyata, bahawa sesiapa yang tidak mengikut

hadith nabi dan tidak berpendapat yang berpegang dengannya adalah wajib, maka

dakwaan kecintaannya pada Allah adalah wajib, maka dakwaan keimanannya

kepada Allah juga dusta. Sesiapa yang dakwaannya dusta, maka dakwaan

keimanannya kepada Allah juga dusta tanpa sebarang keraguan lagi.”

As-Sunnah adalah tafsiran amali bagi Al-Quran dan Rasulullah s.a.w. adalah susuk

tubuh yang menunjukkan perlaksaan amali ini.

Dalam hanya akhlak, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (w.261H)

daripada Aisyah r.a., ketika Aisyah r.a. ditanya mengenai akhlak Rasulullah s.a.w.

maka dijawabnya Aisyah r.a.: وا خمه امسا.

As-Sunnah juga adalah penyelamat kehidupan orang-orang yang beriman di dunia

dan akhirat. Orang-orang yang beriman yang menisbahkan dirinya sebagai Ahli

Sunnah Wal Jamaah adalah orang-orang yang beriman yang mengikut petunjuk As-

Sunnah Rasulullah s.a.w. Kata Syeikh Al-Islam Imam Ibn Taimiah (w. 728H);

“Ternyata bahawa manusia yang paling berhak menjadi firqah najiyyah (golongan

yang berjaya) ialah ahl hadith dan sunnah, yang bagi mereka tiada ikutan yang

mereka bertaksub kepadanya melainkan Rasululluh s.a.w. Mereka adalah manusia

yang paling mengetahui perkataan dan hal ehwal Baginda s.a.w. Mereka dapat

membezakan antara hadith yang sahih dan yang cacat.”

Kata Ibn Taimiah lagi;

“Kami tidak maksudkan ahli hadith itu hanya terbatas kepada mereka yang

mendengar, menulis, dan meriwayatkan hadith. Yang kami maksudkan ialah mereka

yang benar-benar menghafal, mengetahui, memahami zahir dan batin, juga

mengikuti zahir dan batin. Demikian juga Al-Quran. Paling kurang sifat mereka itu

mencintai Al-Quran dan Al-Hadith. Mengkajinya dan maknanya. Beramal dengan

segala kewajipan yang mereka ketahui daripadanya. Maka fuqaha ahli hadith lebih

mengetahui tentang Rasul daripada fuqaha lain. Kaum sufi ahli hadith lebih

mengetahui Rasul daripada sufi yang lain. Para pemerintah ahli hadith lebih

berpegang kepada siyasah nabawiyah daripada selain mereka”.

Page 6: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Maka dapatlah disimpulkan bahawa As-Sunnah itu penting dalam Islam yang

antaranya ialah As-Sunnah sebagai sumber syariat Islam selepas Al-Quran, As-

Sunnah sebagai tafsiran amali bagi Al-Quran, As-Sunnah sebagai penyelamat

kehidupan orang-orang yang beriman di dunia dan akhirat dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, perlu diterangkan dan dijelaskan akan „Bagaimana Berinteraksi

Dengan As-Sunnah‟ selepas melihat kepentingan-kepentingannya itu.

As-Sunnah

Saya membawakan pengertian tentang As-Sunnah;

Dari sudut bahasa bererti: At-Tariqah dan As-Sirat, samada jalan yang terpuji

mahupun yang yang tercela.

Firman Allah s.w.t.;

زسا وال حجد سخا ححىال ه ا لب لد أزس ست

“(Kami menetapkan yang demikian) sebagai suatu ketetapan terhadap rasul-rasul

Kami yang Kami utus sebelum kamu dan tidak akan kamu dapati perobahan bagi

ketetapan Kami itu.” (Surah Al-Isra‟: 77)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

عى بسىت وست اخلفآء اساشد بعد

“Hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Al-Khulafa‟ Ar-Rasyidin

selepasku.” (Riwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi)

As-Sunnah pula daripada istilahnya;

Ulamak fiqh membahaskan mengenai Rasulullah s.a.w. daripada sudut segala

perkataan dan perbuatan baginda s.a.w. yang tidak terkeluar daripada dalil-dalil

hukum syarak yang lima iaitu wajib, sunat, haram, harus, dan haram. Maka As-

Sunnah munurut ulamak fiqh ialah: Sesuatu yang ditetapkan daripada Rasulullah

s.a.w. selain daripada wajib iaitu salah satu daripada hukum-hukum taklif yang lima

iaitu wajib, sunat, haram, haram, makruh, mubah.

Page 7: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Ulamak usul pula membahaskan mengenai Rasulullah s.a.w. sebagai pembawa

syariat, yang menetapkan kaedah-kaedah yang harus dipatuhi oleh sekalian para

mujtahid generasi berikutnya, yang menjelaskan undang-undang kehidupan. Maka,

As-Sunnah menurut ulamak usul: Segala sesuatu yang bersumberkan daripada

Rasulullah s.a.w. selain Al-Quran samada perkataan, perbuatan, dan taqrir

Rasulullah s.a.w.

Ulamak hadith pula membahaskan tentang Rasulullah s.a.w. sebagai teladan yang

baik dan ikutan samada hidup baginda s.a.w., ataupun ketetapan baginda s,a,w,,

ataupun perkataan dan perbuatan baginda s.a.w., ataupun akhlak baginda s.a.w.

Maka, As-Sunnah menurut ulamak hadith: Segala sesuatu yang disandarkan kepada

Rasulullah s.a.w. samada perkataan, perbuatan, ketetapan, sifat-sifat, dan kisah

perjalanan hidup baginda s.a.w.

Pengertian As-Sunnah yang bebeza-beza ini berpunca daripada perbezaan pendapat

ulamak terhadap objektif bidang kajian mereka masing-masing.

Di bawah adalah disiplin-disiplin yang patut dipatuhi ketika berinteraksi dengan As-

Sunnah;

Pertama: Memahami As-Sunnah Menurut Perspektif Al-Quran

Al-Quran merupakan roh dan asas agama Islam. Ia merupakan ibu dan dustur asli di

mana segala undang-undang dalam Islam adalah merujuk kepadanya. As-Sunnah

An-Nabawiyah menjelaskan dustur ini (Fahmu sunnah fi Dhau'il Qur'an). Ia juga

menerangkan Al-Quran secara teori dan praktiknya secara amali (Bayanu taudhih,

tafsir). Dengan ini peranan Rasulullah s.a.w. adalah untuk menjelaskan kandungan

Al-Quran yang diturunkan kepada manusia. As-Sunnah juga menambah apa yang

tidak ada dalam al-Quran (Bayanu tsabit).

Tidak sesekali As-Sunnah yang menjelaskan dan menerangkan itu bertentangan

dengan Al-Quran. Semacam tidak sesekali yang furu‟ itu bertentangan dengan yang

asal. Oleh sebab itu, penjelasan dan penerangan Rasulullah s.a.w. hanya akan berada

di sekitar pengajaran Al-Quran dan tidak akan melebihinya.

Page 8: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Dengan itu, tidak akan didapati As-Sunnah yang sahih bertentangan dengan ayat-

ayat Al-Quran yang muhkamat dan penjelasan-penjelasan Al-Quran yan terang.

Andai kata terjadi pertentangan, maka ketahuilah bahawa ini menunjukkan bahawa

kemungkinan yang tiga;

1. Hadith itu yang tidak sahih, atau

2. Fahaman kita yang tidak betul, atau

3. Tidak ada pertentangan pada hakikatnya.

Contoh 1

Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Anas r.a.;

ا ايب وأبان ىف ااز

“Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.”

Hadith ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda s.a.w. ditanya oleh

seorang lelaki, di manakah bapaMu?

Di sini Dr. Yusuf Al-Qardawi bertanya: “Apakah dosa Abdullah bin Abd Muttalib

yang menjadikan dia penghuni neraka sedangkan dia adalah daripada golongan

fitrah. Mengikut pendapat yang sahih, ahli fitrah terlepas daripada azab neraka.”

“Terlintas di hati saya bahawa yang dimaksudkan dengan „bapaku‟ di dalam hadith

ini ialah „bapa saudaraku‟.”

Kemudian Dr. Yusuf Al-Qardawi berdalilkan ayat 133, Surah Al-Baqarah. Jika

difahami bahawa „bapaku‟ dalam hadith di atas adalah „Abdullah‟ maka pemahaman

ini bertentangan dengan;

وا وا عربني حىت بعث زسىال

“Kami tidak akan mengazab sesuatu kaum sehinggalah Kami utuskan kepada mereka

seorang Rasul.” (Surah Al-Isra‟: 15)

Page 9: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Dr. Yusuf Al-Qardawi menyambung: “Para fuqaha apabila memperkatakan „fitrah‟

yang mereka maksudkan ialah orang-orang yang hidup di antara zaman Nabi Isa a.s.

dengan zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jarak masa di antara kedua-duanya, menurut

riwayat Al-Bukhari daripada Salman ialah selama enam ratus tahun.”

Kesimpulannya ialah: Maka pemahaman sebenar hadith di atas ialah „bapaku‟ itu

bermaksud „bapa saudaraku‟ berdalilkan ayat 133, Surah Al-Baqarah. Dan pula

zaman hidup Abdullah adalah pada zaman fitrah iaitu zaman di antara Nabi Isa a.s.

dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak diutuskan pada zaman itu walau seorang

Rasul. Dan Allah s.w.t. hanya akan mengazab umat yang sudah diutuskan pada umat

itu Rasul (Surah Al-Isra‟: 15).

Contoh 2

اـج واعزي ىة اثاثت االخسي -أفسءخ اروس وه االث -و ت ضزي -أى ه إذا لس -ح

ىهآ أخ خ آء س إال أس ه ا حهىي إ و إال اظ إ خبعى طـ س آ أزي اه بها وءابآؤو

اهدي زبه االفس ومد جآءه

“Maka apakah patut kamu (hai orang-orang musyrik) menganggap al-Lata dan al-

Uzza,. Dan Manah yang ketiga, yang paling terkemudian (sebagai anak perempuan

Allah)?. Apakah (patut) untuk kamu (anak) laki-laki dan untuk Allah (anak)

perempuan?. Yang demikian itu tentulah suatu pembagian yang tidak adil. Itu tidak

lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu mengadakannya; Allah

tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah) nya. Mereka tidak lain

hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu

mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan

mereka.” (Surah An-Najm: 19-23)

Al-Quran dengan jelas mengeji berhala-berhala yang bernama al-Lata, al-Uzza, al-

Manna ini. Tidak dapat diterima akal apabila terdapat hadith yang memuji berhala-

berhala ini pula. Contohnya;

حه اعساك اعال وا شفاعخه خسجت

Page 10: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

“Itu adalah Al-Gharaniq yang tinggi dan syafaat daripadanya adalah diharapkan.”

Kesimpulannya ialah: Maka dengan jelas diyakini bahawa hadith ini tidaklah

tsabit di sisi ahli hadith oleh kerana hakikat hadith ini tidak selari dengan Al-Quran.

Contoh 3

Al-Quran mengharamkan bangkai, tetapi hukum tersebut dihapuskan oleh As-

Sunnah untuk bangkai ikan dan belalang dalam hadits berbunyi:

اسه واجلساد اىبد واطحاي: أحج ا خخا ودا

Kesimpulannya ialah: Maka diharamkan segala jenis bangkai seperti yang

dinyatakan Al-Quran melainkan bangkai ikan dan bangkai belalang seperti yang

dinyatakan oleh As-Sunnah.

Kedua: Menghimpunkan Hadith-Hadith Yang Berkaitan Dalam Satu

Tajuk

Menggabungkan hadith-hadith dalam satu pengertian (Jam'ul ahadits fi maudhu'in

wahid). Jika melihat hadith-hadith bertentangan maka digabungkan sehingga dapat

satu pengertian yang benar.

Hadith-hadith yang mutasyabih hendaklah dirujuk mengikut maksud hadith-hadith

yang muhkam. Hadith-hadith yang mutlak hendaklah dihubungkan dengan hadith-

hadith yang muqayyad. Hadith-hadith yang umum hendaklah ditafsirkan dengan

hadith-hadith yang khusus. Dengan demikian, akan jelaslah maksud hadith-hadith

tersebut dan tidak bercanggah sesamanya.

Contoh 1

Hadith berkenaan dengan isbal iaitu melabuhkan pakaian jatuh melebihi buku lali.

Antara contoh-contoh hadith tersebut adalah;

Page 11: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Daripada Abu Dhar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada tiga golongan yang

Allah s.w.t. tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat: orang yang

mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang-barang jualannya

dengan sumpah palsu, dan orang yang melabuhkan pakaiannya (melebihi buku

lali).” (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “(Orang yang

melabuhkan) pakaian hingga di bawah dua buku lali adalah di dalam neraka.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “(Orang yang melabuhkan) pakaian hingga di bawah dua

buku lali adalah di dalam neraka.” (Riwayat An-Nasai)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak melihat

kepada orang yang mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah.” (Riwayat Al-

Bukhari)

Daripada Abdullah ibn Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang

mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah, Allah tidak akan melihatnya pada

hari kiamat. Abu Bakr bertanya, “Wahai Rasulullah, salah satu daripada tepi kainku

labuh kecuali aku terpaksa menjaganya.” Nabi s.a.w. menjawab: Engkau bukan

daripada orang yang melakukan untuk bermegah-megah.” (Riwayat Al-Bukhari)

Dan banyak lagi contoh-contoh hadith yang berkaitan dengan isbal ini. Dalam

menjelaskan hadith-hadith ini, saya membawakan;

Menurut Imam An-Nawawi: “Hadith-hadith yang umum tentang masalah ini

hendaklah dikhususkan dengan hadith-hadith yang ada kaitannya dengan

bermegah-megah. Oleh itu, maksud tegahan di dalam hadith ini ialah bagi orang

yang mengheret-heret pakaiannya dengan bermegah-megah. Oleh itu Rasulullah

s.a.w. mengharuskan Abu Bakr r.a. kerana Abu Bakr r.a. mengheret pakaian tidak

kerana bermegah-megah.”

Kata Dr. Yusuf Al-Qardawi: “Orang yang hendak memendekkan pakaiannya

bertujuan kerana menikut sunnah, menjauhi sikap bermegah-megah, menjauhi

Page 12: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

khilaf ulamak, dan hendak berpegang dengan yang lebih utama, insyaAllah, akan

mendapat pahala dengan syarat dia tidak memaksa orang lain beruat demikian.”

Kesimpulannya ialah: Maka tidak haram melabuhkan pakaian tidak kerana

bermegah-megah. Yang dimaksudkan dalam hadith-hadith berkaitan adalah haram

melabuhkan pakaian dengan tujuan bermegah-megah dan balasannya adalah neraka

Allah s.w.t.

Contoh 2

Hadith yang menyatakan batalnya orang puasa yang berbekam, sementara hadith

lainnya menyatakan tidak batal, ternyata setelah digabungkan ditemukan bahawa

dalam hadith pertama orang tersebut berbekam sambil mengghibbah dan berdusta

sehingga batalnya kerana hal tersebut dan bukan kerana berbekamnya.

Contoh 3

Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili, bahawa ketika

beliau melihat alat pertanian (bajak), katanya, “Aku mendengar Rasullulah s.a.w.

bersabda:

ال دخ هرا ابج لى اال أدخه اهلل اري

“Tidak masuk alat ini ke dalam rumah sesuatu kaum kecuali Allah akan

memasukkan ke dalam rumah itu kehinaan.”

Zahir hadith ini menunjukkan bahawa Rasullulah s.a.w. membenci kerja membajak

tanah dan menanam tanaman yang membawa kepada hinanya orang-orang yang

bekerja dalam bidang ini.

Apabila dikumpulkan hadith-hadith berkaitan (dan banyak lagi yang tidak

dibawakan disini);

Rasullulah s.a.w. bersabda: “Seseorang Muslim yang menanam, atu mencucuknya

kemudian tanaman itu dimakan burung, manusia, atau binatang, itu merupakan

sedekah daripada itu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Page 13: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Rasullulah s.a.w. bersabda: “Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan

seseorang daripada kamu ada benih pokok tanaman, jika dia sanggup menanamnya

sebelum berlakunya kiamat, hendaklah dia menamnya.” (Riwayat Al-Bukhari dan

Ahmad)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (w.852H) berkomentar: “Hadith yang mencela alat

pertanian iaitu apabila alat pertanian itu digunakan oleh penggunanya, maka dia

akan menjadi lalai dan meninggalkan perkara yang sepatutnya ditunaikan seperti

meninggalkan kewajipan berjihad…”

Kesimpulannya ialah: Maka dapatlah difahami bahawa kejian Rasullulah s.a.w.

pada alat pertanian itu hanyalah jika alat pertanian itu melalaikan seseorang

daripada agama.

Ketiga: Pengelarasan Atau Tarjih Diantara Hadith-Hadith Yang

Bertentangan

Asasnya, nas-nas syarak yang sahih tidak akan bertentangan diantara satu dengan

yang lain. Jika diandaikan ada pertentangan, sebenarnya pertentangan itu hanya

pada zahir sahaja tidak pada hakikatnya.

Kata Ibn Qudamah (w.620H): “Ketahuilah bahawa percanggahan itu bererti saling

berlawanan. Hal ini tidak boleh terjadi kepada dua dalil syarak kerana firman Allah

dan sabda Nabi tidak saling mendustai antara satu dengan yang lain.”

Kata Abu Bakar bin Huzaimah (w.311H): “Saya tidak mengetahui adanya hadith-

hadith Nabi yang sahih yang bercanggah. Sesiapa yang menemukan hal tersebut,

sampailah kepada saya, saya akan menyelaraskan.”

Pertentangan diantara nas-nas yang sahih itu dapat di hilangkan dengan

penyelarasan (tawfiq) – menerima semua nas-nas itu - ataupun tarjih – menerima

satu nas dan menolak yang lainnya.

Page 14: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Dilihat sejarahnya (ta'arikh), jika tidak bisa digabungkan pengertiannya (tetap

bertentangan), maka dilihat mana yang lebih dulu dan mana yang datang kemudian,

sehingga yang datang kemudian itu adalah menghapus hukum yang lebih dahulu itu.

Tarjih itu menerima satu nas dan menolak yang lainnya. Kaedah ini adalah dengan

mencari mana yang lebih sahih (di antara hadith-hadith) dan dibuang yang kurang

sahih.

Contoh 1

Seperti dalam suatu hadith disebutkan Rasulullah s.a.w. meminta dijadikan orang

miskin, sementara banyak hadith-hadith lain Rasulullah s.a.w. meminta kekayaan.

Maka digabungkan bahawa yang dimaksud miskin dalam hadith pertama adalah

sikap orang miskin yang rendah hati dan tidak sombong.

Contoh 2

Seperti hadith nikah Mut‟ah yang banyak dipakai kaum Syi'ah, memang benar

Rasulullah s.a.w. pernah membolehkannya dalam satu peperangan tetapi kemudian

dihapus selama-lamanya oleh Rasulullah s.a.w. setelah nampak bahaya dan

kecelaruannya.

Contoh 3

Hadith-hadith berkenaan dengan tajuk „perempuan menziarahi kubur‟. Terdapat

banyak hadith-hadith yang membenarkan perempuan menziarahi kubur dan banyak

pula hadith-hadith yang melarang perempuan menziarahi kubur. Yang

membenarkan lebih banyak daripada yang melarang.

Untuk menyelaraskan, “Caranya ialah larangan yang tersebut di dalam hadith itu

sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Qurtubi adalah kepada wanita-wanita yang

terlampau kerap menziarahi kubur. Kata Al-Qurtubi lagi: Sebabnya mungkin

perbuatan itu (menziarahi kubur dengan terlalu kerap) akan membawa kepada

berkurangnya dia memberi hak dan perhatian kepada suami, (ataupun) berlakunya

pendedahan aurat, (ataupun) meraung-raung di atas kubur dan yang seumpamanya.

Jika tidak berlaku demikian itu maka diizinkan bagi wanita menziarahi kubur,

kerana mengingati mati adalah perlu bagi kaum lelaki dan wanita.”

Page 15: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Contoh 4

Hadith-hadith berkenaan dengan tajuk „Al-„Azal‟;

Daripada Jabir r.a. katanya: “Kami melakukan „azal pada zaman Rasulullah s.a.w.

sedangkan pada masa itu Al-Quran sedang diturunkan.” (Riwayat Al-Bukhari dan

Muslim)

Daripada Jabir r.a. katanya: “Kami melakukan „azal pada zaman Rasulullah s.a.w.

Perkara itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. tetapi baginda s.a.w. tidak

menegahnya.” (Riwayat Muslim)

Daripada Jabir r.a. bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan

berkata: “Aku mempunyai seorang hamba perempuan. Dia adalah khadam kami.

Aku „mendatanginya‟ tetapi aku tidak suka dia hamil.” Lalu Rasulullah s.a.w.

bersabda: “Kalau engkau mahu, engkau boleh melakukan „azal. Apa yang ditakdirkan

kepadanya akan berlaku juga ke atasnya.” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud)

Daripada Abu Said katanya: “Orang-orang Yahudi berkata „azal itu merupakan

penanaman anak secara tidak langsung. Rasulullah s.a.w. menjawab: “Orang Yahudi

berdusta, bahawasanya Allah s.w.t. jika hendak menjadikan sesuatu tidak seorang

pun yang boleh menghalangNya.” (Riwayat Ahmad)

Dan terdapat banyak lagi hadith-hadith yang membenarkan „azal.

Daripada Judamah binti Wahab Al-Usdiyyah katanya: “Aku datang bersama orang

ramai menemui Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Aku bercita-cita hendak

melarang daripada melakukan ghilah tetapi aku melihat orang Parsi dan Rom

melakukan ghilah tetapi tidak membahayakan pun anak mereka.” Kemudia orang

ramai bertanya tentang „azal. Rasulullah s.a.w. menjawab: “Itu adalah penanaman

anak secara tidak langsung. Perbuatan itu termasuk di dalam firman Allah s.w.t.:

“Apabila kanak-kanak yang ditanam itu ditanya…” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Dan banyak lagi hadith-hadith yang zahirnya melarang „azal.

Al-Hafiz Ibn Qayyim (w.751H) telah membuat penyelarasan di antara hadith-hadith

ini dengan katanya: “Yang didustakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap orang Yahudi

itu ialah pendapatnya yang menyatakan bahawa „azal itu tidak sesekali dapat

menyebabkan kehamilan. Mereka menyamakan diantara memutuskan keturunan

Page 16: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

dengan membunuh anak. Rasulullah s.a.w. memberitahu apabila Allah s.w.t. hendak

menjadikan makhlukNya, maka tidak seorang pun yang dapat menghalangNya. Pada

hakikatnya, jika Allah s.w.t. tidak mahu menjadikan, ia tidak dinamakan membunuh

anak. Jadi ungkapan „penanaman secara tidak langsung‟ seperti yang terdapat pada

hadith Judamah itu adalah kerana orang itu melakukan „azal untuk mengelakkan

kehamilan. Tujuannya itu disamakan dengan membunuh anak. Cuma perbezaan

diantara kedua-duanya itu ialah penanaman secara langsung adalah merangkumi

dua iaitu tujuan dan perbuatan. Adapun „azal hanyalah tujuan sahaja tidak

perbuatan menanam. Oleh itu perbuatan itu disifatkan sebagai tidak langsung.”

Dr. Yusuf al-Qardawi menyifatkan penyelarasan yang dibuat oelh Al-Hafiz Ibn

Qayyim adalah „cukup kuat‟ dan berkomentar: “Daripada zahir hadith-hadith yang

telah disebutkan di atas, jelaslah bahawa tidak dilarang melakukan „azal, kecuali

daripada perempuan merdeka, hendaklah dengan izin dan keredhaaan perempuan

itu terlebih dahulu kerana dia mempunyai hak untuk berseronok.”

Kesimpulannya ialah: Perbuatan „azal diizinkan dengan kebenaran isteri dan ia

termasuk dalam perbuatan membunuh secara tidak langsung tetapi tidaklah ia

berdosa.

Keempat: Memahami Hadith Melalui Sebab Berlakunya Perkara Yang

Berkaitan Dan Tujuan Hadith

Untuk memahami As-Sunnah An-Nabawiyah dengan sebaik-baiknya hendaklah

dilihat sebab-sebab khusus mengapa hadith itu berlaku atau juga dikenali sebagai

Asbabul Wurud Al-Hadith.

Para ulama telah menjelaskan bahawa mengetahui Asbabul Wurud Al-Hadith

semacam mengetahui Asbabul Nuzul Ayatul Quran. Ini penting supaya tidak berlaku

sebagaimana yang berlaku kepada pelampau-pelampau Khawarij dan yang lain-

lainnya yang mengambil ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang

Musyrikin kemudian menggunakan ayat-ayat ini ke atas orang-orang Muslimin. Ibn

Umar r.a. menganggap mereka adalah seburuk-buruk makhluk Allah s.w.t. kerana

perbuatan mereka yang menyeleweng daripada kitab Allah s.w.t.

Page 17: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Contoh 1

Seperti hadith „antum a'lamu bi umuri dunyakum‟ (kalian lebih mengetahui tentang

urusan dunia kalian) hadith ini harus difahami berdasarkan sebabnya, iaitu

Rasulullah s.a.w. melewati sekelompok kaum di Madinah yang sedang

mengahwinkan pucuk kurma lalu Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata-kata yang

salah difahami oleh orang-orang tersebut sehingga tahun berikutnya mereka tidak

lagi mengahwinkan pucuk-pucuk tersebut yang mengakibatkan gagal subur.

Sehingga keluarlah sabda Rasulullah s.a.w. : Kalian lebih mengetahui urusan dunia

kalian.

Contoh 2

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang perempuan tidak boleh musafir melainkan

beserta dengan mahramnya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Illah tegahan ini ialah kerana bimbang keselamatan wanita yang bermusafir

sendirian tanpa ditemani oleh mahramnya lantaran ketika itu musafirnya dengan

menaiki unta atau keldai dan merentasi padang pasir yang luas.

Ini berbeza pada zaman sekarang apabila musafirnya itu menaiki bas atau kapal

terbang yang penumpangnya itu berpuluh-puluh malahan berates-ratus orang. Maka

wanita tidak lagi dikatakan sebagai bermusafir seorang diri. Sebagai mana dijelaskan

oleh hadith Rasulullah s.a.w.: “Akan berlaku seorang wanita yang bersuami keluar

dari Al-Hirah menuju Kaabah dan suaminya tidak bersamanya.” (Riwayat Al-

Bukhari)

Contoh 3

Ibn Khaldun telah menafsirkan hadith;

األئت لسش

“Pimpinan itu daripada orang Quraisy.” (Riwayat Ahmad)

Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat orang Quraisy pada masa itu memiliki kekuatan

dan kekeluargaan yang melayakkan mereka memegang jawatan khalifah. Oleh itu,

Rasulullah s.a.w. mensyaratkan orang Quraisy hanya semata-mata untuk

Page 18: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

mengelakkan pergaduhan kerana mereka mempunyai keluarga yang banyak dan

kuat. Kita menganggap ini sebagai illah mengapa kepimpinan itu untuk orang

Quraisy.

Dengan itu kita mensyaratkan orang yang hendak menjadi pemimpin kepada orang

Islam hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai keluarga yang kuat

supaya orang lain mengikutnya dan bersatu dengannya, maka pemerintahan akan

menjadi stabil.

Kelima: Membezakan Diantara Wasilah Yang Dapat Berubah Dengan

Tujuan Yang Tetap Bagi Sesebuah Hadith

Menjadi kaedah untuk memahami As-Sunnah adalah membezakan di antara wasilah

dan juga matlamat sesebuah As-Sunnah. Wasilah itu tidak boleh dianggap sebagai

matlamat juga sebaliknya. Bagi orang yang benar-benar faham As-Sunnah dan

hikmah-hikmahnya, apa yang penting adalah matlamat yang tetap dan tidak berubah

sedangkan wasilah itu boleh berubah mengikut tempat, masa, adat, dan lain-lain.

Contoh 1

Hadits bahawa Rasulullah s.a.w. memakai gamis, ternyata banyak hadith yang

menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. juga memakai kain Yamani, baju

Kisrawaniyyah, dan lain-lain. Ternyata asal daripada hadith-hadith itu adalah

tentang pakaian tersebut adalah menutup auratnya dan bukan pada jenis

pakaiannya.

Contoh 2

Hadith bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan belajar memanah, yang asalnya

adalah berlatih menggunakan senjata dan bukan pada panahnya. Demikian pula

berkuda, yang asalnya mengendarai kendaraannya dan bukan kudanya.

Contoh 3

Sebagai contoh hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang memberi isyarat akan

perubatan Rasulullah s.a.w. seperti berbekam, penggunaan lada hitam, penggunaan

Page 19: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

habatus saudak, dan bercelak. Sebenarnya, isyarat-isyarat Rasulullah s.a.w. tentang

perubatan ini bukanlah tujuan tetapi hanyalah sebagai wasilah. Apa sahaja wasilah

yang berlunaskan syarak yang menyampaikan kepada tujuan maka ia termasuk

dalam perubatan Islam.

Dr. Yusuf Al-Qardawi berkomentar: “Setiap cara berubah dari satu masa ke satu

masa, dari satu keadaan kepada satu keadaan, oleh itu apabila terdapat nas

mengenai salah satu daripada cara-cara tersebut, itu adalah untuk menjelaskan cara

yang sesuai pada masa itu dan tidak sesekali kita hanya terikat kepadanya. Bahkan

sekiranya kita mendapati satu nas Al-Quran yang menjelaskan satu cara yang sesuai

bagi satu tempat atau masa, ini tidak sesekali beerti kita hanya menggunakan cara

itu sahaja dan tidak boleh memikirkan cara yang lebih canggih sesuai dengan zaman

dan tempat.”

Contoh 4

Berkenaan dengan hadith-hadith untuk bersiwak dan penggunaannya hanyalah kayu

siwak. Persoalannya, adakah siwak itu yang dimaksudkan oleh hadith atau kerana

kayu itu boleh didapati dengan mudah di negeri Arab pada masa itu?

Syeikh Abdullah Al-Bassam telah memetik pendapat Imam Nawawi: “Seseorang

yang bersiwak dengan apa jenis alat pun yang dapat menghilangkan bau mulut dapat

dinamakan bersiwak seperti menggunakan perca kain dan jari tangan, sepertimana

yang dinyatakan dalam Mazhab Abu Hanifah.”

Kesimpulannya ialah: Inilah bahayanya jika hanya memahami As-Sunnah

dengan literal semata-mata tanpa mengetahui matlamatnya. Maka akan dijadikan

wasilah Rasulullah s.a.w. sebagai As-Sunnah yang apabila ditanya matlamatnya,

langsung kelu lidahnya. Hal ini diberi amaran akan bahayanya pemahaman As-

Sunnah secara literal oleh Dr. Taha Jabir Al-Ulwani pada mukaddimah buku

„Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah‟ ini. maka yang perlunya sekarang

adalah pemahaman As-Sunnah yang tidak hanya literal tetapi yang lebih utama

adalah membezakan antara wasilah Rasulullah s.a.w. dengan matlamat baginda

s.a.w.

Page 20: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Keenam: Membezakan Diantara Hakikat Dengan Majaz Bagi Memahami

Hadith

Membezakan di antara hakikat dan majaz (kiasan). Bahasa Arab mengandungi

banyak majaz. Rasulullah s.a.w. adalah orang Arab yang paling tinggi bahasa

kiasannya. Oleh itu, tidak hairanlah banyak daripada hadith-hadith baginda s.a.w.

menerangkan secara kiasan.

Apa yang dimaksudkan dengan majaz di sini merangkumi majaz daripada segi

bahasa, akal, isti‟arah, kinayah, dan isti‟arah tamsiliyah seterusnya lafaz atau ayat

yang tidak menunjukkan makna yang asal. Majaz dalam perkataan diketahui melalui

sanad-sanad yang menunjukkan tanda-tandanya seperti tanda-tanda binatang atau

tumbuh-tumbuhan.

Amatlah penting untuk memahami „apa itu majaz‟ supaya tidak salah untuk

memahami As-Sunnah.

Contoh 1

Sebagai contoh, hadith “Yang paling cepat bertemu denganku (Rasulullah s.a.w.)

adalah yang paling panjang tangannya”. Menurut Aisyah r.a., mereka (isteri dan

anak Rasulullah s.a.w.) mengukur siapakah diantara mereka yang paling panjang

tangannya. Sebenarnya, panjang tangan di sini diertikan sebagai paling banyak

melakukan kebaikan. Ini dibuktikan apabila Zainab binti Jahsy adalah yang pertama

mengikut Rasulullah s.a.w. ke alam baqa‟ kerana beliau adalah yang paling kuat

bekerja dan yang paling kuat bersedekah.

Contoh 2

Di riwayatkan dalam Kitab Al-Lu‟lu Wal Marjan:

اعىا أ اجلت حتج ظالي اسىف

“Ketahuilah bahawa syurga itu di bawah bayang-bayang pedang.”

Page 21: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Jika difahami secara literalnya, maka tidak akan sesiapa temui syurga itu di bawah

baying-bayang pedang.

Hadith ini sebenarnya menggambarkan bahawa syurga itu di bawah pedang yang

berjihad di jalan Allah s.w.t.

Contoh 3

Hadith yang menyebut bahawa „syurga itu di bawah telapak kaki ibu‟. Literalnya

tidak akan dijumpai syurga itu di bawah telapak kaki ibu, lagi jika ibu itu bukanlah

ahli tauhid.

Maka pemahaman yang sebenar adalah, „syurga itu di bawah telapak kaki ibu‟

mengisyaratkan kepada anak-anak yang ibunya masih hidup supaya berbakti kepada

ibunya dan tidak menyakiti ibunya. Dan inilah jalan yang lurus yang akan membawa

seseorang anak itu kepada syurga.

Contoh 4

Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

ا وافساث وسحى وجحى أهناز اجلت

“Sungai Nil, Sungai Furat, Sungai Saihun, dan Sungai Jaihun adalah daripada

syurga.”

بني بىت وربي زوضت زاض اجلت

“Diantara rumahku dan mimbarku ada sebuah taman (rawdah) daripada taman-

taman syurga.”

Andai difahami kedua-dua hadith di atas secara literal, maka akan berlakulah

kecelaruan yang besar. Kata Ibn Hazm (w.456H): “Kedua-dua hadith ini tidaklah

sebagaimana anggapan orang-orang yang jahil yang menyangka bahawa rawdah itu

sebahagian daripada syurga dan sungai-sungai itu dari syurga. Pendapat ini keliru

dan dusta.”

Page 22: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

Beliau menyambung bahawa makna rawdah itu sebahagian daripada syurga

menunjukkan kelebihannya dan sesiapa yang menunaikan solat di situ dapat

membawanya ke syurga. Manakala, sungai-sungai itu yang membawa banyak

keberkatan. Oleh itu, di kiasnya berpunca daripada syurga.

Kesimpulannya ialah: Inilah bahasa Arab, yang terangkum di dalamnya hakikat

dan majaz. Pemahaman bahasa Arab yang baik menjadikan pemahaman As-Sunnah

yang baik. Sedangkan bahasa Melayu pun ada kiasannya.

Ketujuh: Membezakan Diantara Yang Ghaib Dengan Yang Nyata

As-Sunnah memperkatakan akan perkara ghaib yang akal manusia tidak mampu

untuk memikirkannya. Ini adalah seperti malaikat, jin, Al-Arasy, Al-Kursi, Al-Lawh,

Al-Qalam, Al-Mizan, As-Sirat, melihat Allah s.w.t. di dalam syurga, dan lain-lain lagi.

Apabila manusia mencuba menggunakan akal yang terbatas ini memikirkan akan

perkara ghaib, maka jadilah mereka lebih teruk daripada orang buta yang cuba

menghuraikan gajah. Gajah yang dapat di sentuh pancaindera pun di huraikan salah

dan menyimpang, apa lagi hal-hal ghaib, maka huraiannya menggunakan akal akan

lebih jauh salah dan menyimpang.

Kaedah apabila berhadapan dengan hal-hal ghaib amatlah mudah iaitu „Kami

beriman dengan segala hal-hal ghaib yang tsabit daripada Al-Quran dan As-Sunnah.‟

Andai difikirkan juga akan hal ghaib itu, akan jadilah manusia berfikiran seperti

golongan Muktazilah yang menolak akan hal nikmat dan azab kubur hanya kerana

logic akal.

Para ulamak menggariskan bahawa Islam ini mungkin akan membawa hal-hal yang

menghairankan akal, tetapi Islam tidak akan membawa hal-hal yang mustahil pada

akal.

Sebagai contoh akan hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam

Muslim;

Page 23: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

ا ىف اجلت شجسة سري اساوب ىف ظها ائت عا ال مطهعا

“Di dalam syurga terdapat sebatang pohon yang besar, jika seseorang penunggang

unta berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun (dunia), nescaya dia tidak

akan dapat menghabiskannya.”

Persoalannya, apakah dapat difikirkan besarnya pohon itu? Zahirnya, satu hari

akhirat itu tempohnya adalah seribu tahun dunia (Surah Al-Hajj: 47). Maka

mustahillah akal untuk memikirkan pohon yang besar itu walau sebijak manapun

akalnya.

Yang betulnya adalah: „Kami beriman dengan segala hal-hal ghaib yang tsabit

daripada Al-Quran dan As-Sunnah.‟

Kesimpulannya ialah: Menjadi perkara di luar kemampuan manusia untuk

berfikir akan perkara ghaib walau sekuat manapun akal yang diberikan. Maka dalam

hal ini, cukuplah dengan penjelasan Al-Quran dan As-Sunnah yang tsabit dan tidak

melangkah melebihi penjelasan itu.

Kelapan: Penelitian Kepada Makna Lafaz Hadith

Untuk memahami As-Sunnah dengan baik, mestilah dibuat penelitian terhadap

makna lafaz yang terdapat dalam As-Sunnah kerana makna sesuatu lafaz itu berbeza

diantara satu masa dengan masa yang lain.

Sebenarnya memahami makna lafaz perlulah dengan pemahaman salafus soleh.

Imam Al-Ghazali berkomentar: “Ketahuilah bahawa punca berlaku kesamaran

diantara ilmu yang dikeji dengan ilmu yang terpuji ialah mengubah perkataan-

perkataan yang dipuji kepada makna-makna yang tidak dikehendaki oleh golongan

salafus soleh, kemudiannya menyebarkan dengan tujuan buruk. Lafaz-lafaz itu ialah

al-fiqh, al-ilm, at-tauhid, at-tadhkir, dan al-hikmah. Ini merupakan perkataan-

perkataan yang tinggi dan terpuji. Orang yang memilikinya mempunyai kedudukan

Page 24: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

tinggi dalam agama. Tetapi sekarang ini telah ditukar kepada makna yang keji yang

menjadi tawar hati kerana keburukan orang yang menyandangnya.”1

Sebagai contoh ialah perkataan „Al-Musawwirin‟. Perkataan ini difahami sekarang

sebagai „orang yang menggunakan kamera mengambil gambar‟.

Sebenarnya, perkataan ini patut difahami sebagai „orang yang membuat patung-

patung‟. Inilah pemahaman salafus soleh dan inilah yang sebenar. „Orang yang

menggunakan kamera mengambil gambar‟ pula perlulah dipakai perkataan „Al-

„Akkas‟ ketika merujuk kepada mereka.2

Jika menyalahi pemahaman makna lafaz, akan berlakulah kecelaruan ketika

memahami As-Sunnah.

Kesimpulannya ialah: Memahami makna lafaz itu perlulah dengan pemahaman

salafus soleh agar tidak terjadi pemahaman yang menyeleweng mengenai dengan As-

Sunnah.

Kesimpulan

As-Sunnah An-Nabawiyyah itu menjadi sumber kedua selepas Al-Quran yang

pandangan kepadanya tidaklah boleh dipandang enteng dan sebelah mata. Menjadi

tidak sempurna apabila memperkatakan akan perihal akhidah Islam, tetapi As-

Sunnah ditinggalkan dibelakang. Dan menjadi cacat apabila membincangkan akan

tajuk fiqh tetapi As-Sunnah diletakkan dibelakang. Juga menjadi tidak lengkap

apabila bercakap akan perihal Islam, tetapi As-Sunnah dipinggirkan.

Menjadi kekesalan yang besar apabila terdapat pihak-pihak yang menempel pada

penguasa-penguasa agama menggelar dan melebel pihak-pihak yang bercakap akan

perihal As-Sunnah dengan gelaran dan lebelan karut dan tiada asas. Mereka ini

sebenarnya mengaku memperjuangkan Allah dan Rasul, tetapi Allah dan Rasul

langsung tidak pernah mengaku mereka sebagai pejuang. Seperti kata syair: “Semua

jejaka mengaku mereka mempunyai hubungan dengan Laila, tetapi Laila tidak

1 Ibid

2 Ibid

Page 25: (Rumusan Bab 3) Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah_Dr. Yusuf Al-Qardawi

pernah mengaku mempunyai hubungan dengan mereka.” Moga Allah s.w.t.

memalingkan hati mereka kepada jalanNya.

Usaha–usaha untuk menjadikan As-Sunnah sebagai sumber agama, sebagai sumber

ilmu dan pendidikan, sebagai sumber ekonomi, dan sebagai sumber politik, juga

yang lainnya perlulah dipergiatkan dan diperkasakan. Kita berterima kasih kepada

ulamak-ulamak Islam yang mendahului kita dalam usaha itu, dan kita perlu

berusaha untuk menyusul.

Saya mengakhiri penulisan kerja khusus saya ini dengan sepotong doa;

ا أسسفج، و ج، و ا أع ا أسسزث و ا أخسث، و ج و ا لد اغفس ه ، أج ا به ا أج أع

إهل ا إه إا أج

Teguran membina dialu-alukan. „Al-Quran didahulukan, As-Sunnah

Diutamakan’. Sekian.