skema bab 3 rumusan

30
37 SKEMA JAWAPAN BAB 3 RUMUSAN

Upload: nur-quratuaini-sima

Post on 27-Oct-2015

201 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Skema Bab 3 Rumusan

TRANSCRIPT

37

SKEMA JAWAPAN

BAB 3

RUMUSAN

CIRI-CIRI SEBUAH RUMUSAN YANG BAIK

1. Kandungannya terdiri daripada empat perenggan iaitu pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.2. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.3. Sebaik-baiknya satu isi disampaikan dalam satu ayat.4. Jumlah perkataan hendaklah dibilang dan ditulis pada bahagian bawah sebelah

kanan rumusan.

KOMBINASI ISI TERSURAT DAN TERSIRAT DALAM RUMUSAN

S 2 [ 4M ] 3 [ 6M ] 4 [ 8M ] 5 [ 10M ] 6 [12M ]

T 6 [12M ] 5 [10M ] 4 [ 8M ] 3 [ 6M ] 2 [ 4M ]

PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN

1. Baca arahan soalan, kemudian gariskan kehendak soalan iaitu fokus 1 [F1], fokus 2 [F2] dan fokus 3 [F3].

2. Fokus 1 : Arahan mencari isi-isi tersurat yang terdapat dalam petikan – biasanya tidak kurang daripada 08 isi.

3. Fokus 2 [F2] : Arahan mencari isi-isi tersirat yang tidak terdapat dalam petikan.4. Fokus 3 [F3] : Tidak melebihi 120 patah perkataan.

PENGGUNAAN KATA KUNCI DALAM FOKUS 1 [ARAHAN ISI TERSURAT]

1. Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab2. Masalah/kekangan/halangan/kesan buruk3. Cara-cara/langkah-langkah/usaha-usaha/tindakan-tindakan/kaedah-kaedah4. Kepentingan/kebaikan/kelebihan/faedah/manfaat5. Peranan/tanggungjawab

CARA-CARA MENGESAN ISI TERSURAT DALAM PETIKAN 1. Lazimnya isi tersurat bermula dalam perenggan yang kedua.2. Terdapat penggunaan penanda wacana dalam ayat-ayat yang mengandungi isi. Misalnya selain itu ................, seterusnya ................, di samping itu ......... dan lain-lain lagi.3. Terdapat kata-kata seperti haruslah, perlu, dapat, sewajarnya, mesti, hendaklah mampu dan seumpamanya dalam ayat-ayat isi tersurat.4. Isi tersurat juga dapat dikesan melalui penggunaan kata kerja transitif.5. Dinyatakan secara langsung berdasarkan arahan soalan dalam fokus 1.6. Terdapat penggunaan kata nama khas yang melibatkan jabatan, tokoh, program, dasar dan sebagainya.Pendahuluan [ 2 markah ]

1. Baca arahan soalan.2. Berikan perhatian kepada fokus 1.

38

3. Tukarkan kata kunci dalam fokus 1 dengan perkataan yang sinonim.4. Mulakan perenggan pendahuluan dengan petikan membincangkan ........... ...................................................................................................................... ......................................................................................................................5. Masukkan perkataan atau frasa sebagai pelengkap pada akhir ayat. Isi Tersurat [ 4 – 12 markah ]

1. Kenal pasti semua isi tersurat yang terdapat dalam petikan.2. Masukkan enam hingga tujuh isi tersurat yang telah dikenal pasti dalam satu

perenggan.3. Mulakan perenggan isi tersurat dengan kata kunci asal atau yang telah ditukarkan

dalam fokus 1. Contoh; Kebaikan-kebaikannya/faedah-faedahnya adalah ....................... ................................................................................................................. .................................................................................................................

Isi Tersirat [ 4 – 12 markah ]

1. Berdasarkan fokus 2 dalam arahan soalan.2. Berdasarkan kata kunci dalam fokus 2 fikirkan tentang individu, keluarga,

masyarakat, media massa, pihak swasta dan kerajaan [ mengikut kesesuaian kata kunci ].

3. Mulakan perenggan isi tersirat dengan kata kunci dalam fokus 2.

Contoh; Kesan-kesannya adalah ................................................................. ..................................................................................................................... .....................................................................................................................

Kesimpulan [ 2 markah ]

1. Hanya ditulis dalam satu ayat yang mengandungi dua unsur.2. Unsur pertama ialah saranan + isu manakala unsur kedua ialah kesan/huraian.3. Mulakan perenggan kesimpulan/penutup dengan perkataan

kesimpulannya.......................................................................

Contoh; Kesimpulannya semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah sosial remaja supaya masyarakat sejahtera.

Catatan; i) Semua pihak perlu bekerjasama - saranan ii) Masalah sosial remaja - isu iii) Masyarakat sejahtera - kesan/huraian

39

CONTOH RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah indutsri pelancongan kepada negara dan sebab-sebab pelancong gemar ke Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Negara kita Malaysia semakin maju menuju wawasan 2020. Salah satu sektor yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara kita ialah sektor pelancongan. Oleh sebab itulah kerajaan berterusan mengadakan Kempen Melawat Malaysia. Sektor pelancongan menggalakkan pengaliran wang masuk ke negara kita. Apabila pelancong asing melancong ke Malaysia, mereka akan mengeluarkan wang untuk berbelanja seperti penginapan, makanan, dan pengangkutan. Mereka akan menukarkan wang negara asal mereka kepada nilai wang ringgit. Selain itu, sektor pelancongan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Lokasi tumpuan pelancong seperti restoran, stesen bas, lapangan terbang, dan hotel memerlukan tenaga pekerja. Dengan adanya peluang pekerjaan, penduduk tempatan berpeluang untuk mencari nafkah. Pada waktu yang sama, kraf tangan negara dapat dimajukan melalui sektor pelancongan. Pelancongan sama ada dari dalam negara atau luar negara pasti akan membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan. Malah, sektor pelancongan juga akan menaikkan nama negara di persada dunia. Pelancong yang berpuas hati dengan keindahan dan keistimewaan Malaysia pasti akan mengesyorkan kepada kawan-kawan mereka agar berkunjung ke Malaysia. Malah, kedatangan pelancong juga menyebabkan wujudnya hubungan diplomatik yang lebih baik dengan negara-negara lain. Hal ini kerana, pelancong yang datang terdiri daripada pebagai latar belakang pekerjaan dan bangsa. Bagi rakyat tempatan yang bijak mengambil kesempatan, kedatangan pelancong mampu meningkatkan penguasaan bahasa asing dalam kalangan penduduk. Selain itu, pelancongan secara tidak langsung mampu meningkatkan pengetahuan rakyat tentang budaya dan ketamadunan bangsa asing. Jika tindakan positif diambil oleh segenap lapisan masyarakat industri pelancongan boleh menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat. Untuk memastikan pelancong berasa selesa berada di negara kita, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan. Kerajaan sedar, kedatangan pelancong banyak memberi faedah kepada negara. Oleh itu, kerajaan akan meningkatkan kemudahan prasarana negara seperti sistem pengangkutan, perhotelan, perkhidmatan dan kesihatan yang akhirnya memberi kemudahan kepada rakyat keseluruhannya. Dalam jangka panjang, dengan respons masyarakat terhadap kedatangan pelancong, sudah pasti dapat mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan yang berpendapatan rendah. Kerajaan telah melonggarkan syarat-syarat untuk memasuki negara bagi menggalakkan kemasukan pelancong asing. Dengan menggunakan taraf pelancong, seseorang itu boleh tinggal di negara itu selama sebulan tanpa permit kerja mahupun visa. Hal ini menyebabkan wujudnya sindiket-sindiket haram membuka cawangannya di negara kita menyebabkan kita terdedah kepada peningkatan jenayah. Kesan negatif yang lain, untuk membangunkan bidang pelancongan, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan. Antaranya ialah kemudahan membeli-belah, kemudahan hiburan, dan pusat-pusat rekreasi. Malangnya, kemudahan-kemudahan prasarana telah disalahgunakan oleh para belia untuk melepak dengan alasan untuk menenangkan fikiran. Malah, kedatangan pelancong tanpa kawalan menyebabkan mereka menjadikan Malaysia sebagai lubuk emas mencari pekerjaan, lalu peluang belia untuk bekerja menjadi semakin terhad. Kita tidak mahu dikatakan, ’kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan’. Hal ini bukan omongan kosong apabila boleh dikatakan terlalu kerap media massa memaparkan anggota polis memberkas pelancong asing yang bekerja menggunakan visa lawatan. Pendahuluan Petikan membincangkan kebaikan/manfaat/kelebihan industri pelancongan kepada negara Malaysia.

40

Isi Tersurat

S1 Menggalakkan pengaliran wang masuk ke negara kita. S2 Dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. S3 Kraf tangan negara dapat dimajukan. S4 Menaikkan nama negara di persada dunia. S5 Mewujudkan hubungan diplomatik yang lebih baik dengan negara-negara lain. S6 Meningkatkan penguasaan bahasa asing dalam kalangan penduduk. S7 Meningkatkan pengetahuan tentang budaya dan ketamadunan bangsa asing. S8 Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat. S9 Meningkatkan prasarana negara. S10 Mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan yang berpendapatan rendah. Faedah-faedahnya adalah menggalakkan pengaliran wang masuk ke negara kita. Dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Selain itu, kraf tangan negara dapat dimajukan. Seterusnya menaikkan nama negara di persada dunia. Faedah yang lain meningkatkan kemudahan prasarana negara. Di samping itu juga mewujudkan hubungan diplomatik yang lebih baik dengan negara-negara lain dan meningkatkan penguasaan bahasa asing dalam kalangan penduduk.

Isi Tersirat

T1 Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoniT2 Promosi yang meluas melalui media massa.T3 Masyarakat memberi layanan yang baik kepada para pelancong.T4 Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong. Sebab-sebab pelancong gemar ke Malaysia kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni. Negara kita juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong.

Penutup Kesimpulannya semua pihak perlu memberikan kerjasama dalam membangunkan industri pelancongan di Malaysia supaya ekonomi negara terus berkembang.

RUMUSAN LENGKAP Petikan membincangkan kebaikan industri pelancongan kepada negara. Faedah-faedahnya adalah menggalakkan pengaliran wang masuk ke negara kita. Dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Selain itu, kraf tangan negara dapat dimajukan. Seterusnya, menaikkan nama negara di persada dunia. Faedah yang lain meningkatkan kemudahan prasarana negara. Di samping itu, mewujudkan hubungan diplomatik yang lebih baik dengan negara-negara lain dan meningkatkan penguasaan bahasa asing dalam kalangan penduduk. Sebab-sebab pelancong gemar ke Malaysia kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni. Negara kita juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong.

41

Kesimpulannya, semua pihak perlu memberikan kerjasama dalam membangunkan industri pelancongan di Malaysia supaya ekonomi negara terus berkembang.

[ 103 patah perkatan ]

CATATAN/INFO UNTUK GURU:

1. Bagi kumpulan PERHALUS, mereka hanya digalakkan untuk membina sebuah rumusan yang hanya mengandungi:

a. Perenggan Pendahuluan (2 markah)b. Perenggan Isi Tersurat (6 x 2 markah)c. Perenggan Penutup (2 markah)

2. Dengan hanya membina tiga perenggan tersebut pelajar sudah mampu mencapai 16 markah untuk isi, manakala maksimum markah bahasa yang akan diperoleh adalah sebanyak 10 markah jika mampu membina ayat yang baik.

3. Sekiranya murid telah mengusai ketiga-tiga komponen (Perenggan Pendahuluan, Perenggan Isi Tersurat dan Perenggan Penutup) selepas latihan kelima, guru boleh mula mengajar kemahiran isi tersirat. Namun, sekiranya murid masih tidak menguasai ketiga-tiga komponen ini guru harus mengabaikan komponen isi tersirat dalam latihan seterusnya kerana dibimbangi akan mempengaruhi jumlah bilangan perkataan dalam jawapan pelajar.

4. Teknik Pelan Rumusan Mudah bercorak ansur maju ini haruslah dilakukan secara konsisten oleh guru dalam membimbing pelajar PERHALUS.

5. Bagi soalan pemahaman petikan pula, guru-guru disarankan hanya memberi tumpuan kepada soalan dua dan soalan tiga sahaja.

42

Rumusan 1[ SPM 2011 ]

PendahuluanPetikan membincangkan peranan/fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.

Petikan membincangkan peranan/fungsi bahasa kebangsaan di sesebuah negara/di negara kita.

Isi Tersurat1. Dijadikan simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat2. Satu identiti nasional yang sama dalam kalangan semua rakyatnya3. Sebagai alat perpaduan4. Membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini5. Memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia6. Sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional7. Sebagai alat menyatupadukan rakyat dalam negara ini8. Komunikasi yang berkesan dapat dizahirkan9. Maruah negara dan maruah rakyat di negara ini

PenutupKesimpulannya setiap lapisan masyarakat mesti mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan agar kedudukannya sentiasa dipandang tinggi.

Soalan 2 (a): Petikan Umum 1

i. Maksud padu dan abadi Kukuh/teguh/utuh dan kekal/berterusan

ii. Faktor-faktor Bahasa setempat atau bahasa peribumi Bahasa kumpulan etnik yang paling besar Kemampuannya sebagai lingua franca Menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah

oleh kuasa Barat

iii. Peranan Media Menerbitkan buku dalam bahasa kebangsaan Memperbanyak rancangan/program dalam bahasa kebangsaan Menterjermah program-program popular bahasa asing ke bahasa

kebangsaan Menganjurkan kempen menggunakan bahasa kebangsaan Mengadakan pertandingan menulis/melukis dan sebagainya Mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam iklan

43

Rumusan 2[ SPM 2010 ]

PendahuluanPetikan membincangkan kelebihan/keistimewaan/manfaat/kemaslahatan/faedah coklat dalam kehidupan manusia.

Isi TersuratKebaikan makan coklat

1. melegakan otot2. memberikan perasaan gembira3. merehatkan minda seseorang4. menimbulkan perasaan relaks5. melanjutkan usia seseorang6. mengurangkan risiko serangan strok7. melegakan saluran pernafasan8. melegakan batuk

KesimpulanKesimpulannya, pengusaha industri berkaitan coklat perlu mengadakan pelbagai promosi agar keistimewaan coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang.

Soalan 2(a): Petikan Umum 2

i. Maksud Punca pendapatan Punca kewangan Hasil pendapatan/ sumber pendapatan/ punca ekonomi/ hasil kewangan/ asas

kewangan/ punca ikhsas/ punca rezeki/ sumber rezeki

ii. Keburukan Mengakibatkan kecederaan dalaman Racun kepada banyak haiwan peliharaan Mengakibatkan obesiti

iii. Tiga sebab: Rasanya lebih sedap/ enak/ lazat Melambangkan status Bentuknya lebih menarik Terdapat pelbagai pilihan/ pelbagai jenama coklat Sesuai dijadikan hadiah Mudah diperoleh/ didapati Anggapan bahawa coklat import lebih berkualiti Pembungkusan yang menarik Promosi/ pengiklanan yang berkesan

Rumusan 3 [ SPM 2009 ]

44

Pendahuluan

Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / manfaat /keutamaan /peranan/faedah tidur dari segi saintifik bagi menjamin kecerdasan seseorang.

Isi Tersurat (Kepentingan tidur dari segi saintifik )

1. Melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan2. Mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar3. Membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang4. Berlaku proses penyimpanan maklumat di dalam otak seseorang5. Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang6. Memulihkan pusingan biologi dalam badan7. Dapat menyegarkan tubuh badan,sekali gus meningkatkan produktiviti 8. Dapat mengurangkan risiko menghidap sakit jantung9. Komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik

KesimpulanKesimpulannya, setiap individu haruslah mendapatkan tidur yang cukup agar hidup lebih berkualiti.

Soalan 2(a): Petikan Umum 3

(i) Maksud- situasi /suasana yang merunsingkan / tidak selesa / gelisah /merisaukan / menyerabutkan / tidak menyenangkan- keadaan yang merunsingkan- situasi / suasana yang merimaskan

[ maksimum : 2 markah]

(ii) Kesan-kesan- proses penyimpanan maklumat terganggu

- tumpuan dalam membuat keputusan dan perancangan akan terjejas

- kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya - mengalami tekanan - melemahkan ketahanan badan - menjejaskan pusingan biologi seseorang

[ maksimum : 3 markah ]

(iii) Punca-punca- persekitaran bilik tidur yang tidak kondusif / selesa- masalah kesihatan / tidak menjaga kebersihan diri- mengambil bahan perangsang seperti minuman berkafein -terlebih tidur pada waktu siang hari- banyak berfikir- masalah kewangan / masalah sosial / masalahrumah tangga- gangguan dari luar / trauma

45

- pemakanan[ maksimum : 4 markah ]

Rumusan 4[ SPM 2008 ]

Pendahuluan

Petikan membincangkan kepentingan negara meneroka bidang angkasa lepas

Isi Tesurat (Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas)

1. Malaysia diakui antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia.

2. Memberi impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas.

3. Negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut.

4. Kerjasama dengan negara terbabit membolehkan Malaysia mencontohi cara mereka bekerja.

5. Sistem komunikasi yang semakin canggih.6. Sistem komunikasi terus berkembang maju.7. Kerja-kerja pemetaan, pengawalan, dan pemantauan alam sekitar dapat dilakukan

dengan lebih mudah melalui satelit.8. Memberi suntikan bagi perkembangan bidang-bidang lain.9. Dapat melahirkan lebih banyak angkasawan.

PenutupKesimpulannya, usaha-usaha penerokaan bidang angkasa lepas haruslah disokong oleh semua pihak supaya hasrat negara untuk menjadi negara maju akan tercapai.

Soalan 2(a): Petikan Umum 4

i. Maksud rangkai kata Meninggalkan/ menghasilkan/ menimbulkan kesan (ketara)/ pengaruh

ii. Bukti-bukti Pembabitan bermula pada awal 1980-an Melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa Pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas Menjalin kerjasama dengan negara-negara yang terlibat

iii. Persediaan Persediaan dari segi fizikal- sihat tubuh badan Memperoleh pelbagai maklumat yang berkaitan dengan angkasawan

46

Persediaan dari segi mental- sedia bersaing, sanggup berkorban, emosi yang stabil

Disiplin diri yang tinggi Menyertai pertubuhan yang berkaitan dengan angkasa lepas Menceburi jurusan yang berkait dengan aeroangkasa

Rumusan 5[ SPM 2007 ]

Pendahuluan/ pengenalan

Petikan membincangkan penyelesaian masalah disiplin di sekolah secara menyeluruh.

Isi Tersurat

1. Kementerian menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin.2. Membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah.3. Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid.4. Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai

yang bertanggungjawab.5. Sekolah dibenarkan mendapatkan bantuan daripada pihak polis.6. Pihak sekolah dibenarkan menahan pelajar yang berada di luar kawasan sekolah pada

waktu persekolahan.7. Pihak sekolah boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyembunyikan kes disiplin

yang berlaku di sekolah masing-masing.8. Boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada.

Kesimpulan/ Penutup

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama dalam menangani masalah disiplin agar kita dapat mewujudkan sesebuah negara yang sejahtera.

Soalan 2 (a): Petikan Umum 5

47

i. Maksud Sekolah-sekolah ternama/ sekolah yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang

pintar. Sekolah hebat

ii. Tiga peranan pendidikan Menentukan hala tuju negara. Melahirkan pemimpin yang berwibawa. Melahirkan pemimpin yang kenal jati diri. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melahirkan pemimpin yang berkaliber.

iii. Pendekatan kaunseling membanteras masalah disiplin Mewujudkan hubungan baik. Pelajar rasa dihargai. Pelajar mendapat perhatian. Maklumat pelajar dirahsiakan. Pelajar ada tempat mengadu. Pelajar dibantu untuk menyelesaikan masalah.

Rumusan 6[ SPM 2006 ]

Pendahuluan/ Pengenalan

48

Petikan membincangkan tindakan menyuburkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Isi Tersurat

1. Kesedaran sivik masyarakat umum mestilah dipertingkatkan.2. Amalan berterima kasih hendaklah disuburkan semula.3. Nilai bekerjasama dan tolong-menolong tidak boleh diabaikan dalam masyarakat.4. Kita mengembalikan warisan silam dari segi budaya berbahasa yang sopan.5. Ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak.6. Mendidik pelajar agar berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni.7. Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan.8. Amalan ini dihayati dan diamalkan seluruh rakyat.9. Rakyat dan kerajaan berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang berhemah dan

berbudi.

Isi Tersirat

1. Kemajuan negara tidak seimbang.2. Masyarakat yang tidak tenteram.3. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.4. Menjatuhkan imej bangsa/ negara.5. Masyarakat tidak bertamadun.

(Isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Kesimpulan/ Penutup

Kesimpulannya, setiap orang mestilah berbudi bahasa agar masyarakat kita hidup sejahtera.

Soalan 2 (a): Petikan Umum 6

i. Maksud Diambil kira dalam menentukan tahap pembangunan negara.

ii. Sebab-sebab Menerapkan nilai-nilai murni dalam fikiran, perilaku dan hati budi rakyat. Meneguhkan keperibadian rakyat Malaysia. Mempamerkan jati diri. Mempamerkan imej rakyat Malaysia yang positif kepada masyarakat antarabangsa.

iii. Faktor-faktor Komitmen daripada semua pihak. Dijalankan secara meluas.

49

Dijalankan secara berterusan. Sokongan daripada pihak media. Menggunakan pelbagai saluran kempen.

Rumusan 7[ SPM 2005 ]

Pendahuluan/ Pengenalan

Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat.Isi Tersurat

1. Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.2. Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana.3. Mendapat pengetahuan dalam sesuatu bidang ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh

mereka.4. Menjamin keselamatan setempat.5. Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan

masyarakat.6. Gejala sosial dapat dibendung.7. Dapat menjana programyang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat.8. Melahirkan perpaduan sesama jiran.9. Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian

bijak sesama mereka.10. Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara.

Isi Tersirat

1. Mengadakan majlis gotong-royong.2. Mengadakan rumah terbuka.3. Membuat rondaan bersama pada waktu malam.4. Mengadakan tabung kebajikan.5. Mengadakan jawatankuasa jiran setempat.6. Mengadakan hari keluarga.

(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Kesimpulan/ Penutup

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.

Soalan 2 (a): Petikan Umum 7

i. Maksud Mengambil langkah-langkah awal sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

50

ii. Kepentingan Sebagai kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Dapat mengelakkan negara daripada berada dalam keadaan kucar-kacir. Masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

iii. Pendapat Masyarakat bersifat materialistik. Bersifat individualistik. Terlalu sibuk dengan kerja. Keperluan bergantung pada jiran kekurangan kerana kehidupan moden. Tidak ada hubungan kekeluargaan.

Rumusan 8[ SPM 2004 ]

Pendahuluan/ Pengenalan

Petikan ini membincangkan peranan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik.

Isi Tersurat1. Membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan.2. Membiayai rawatan dengan segera.3. Orang ramai/ badan-badan yang mahu menderma dapat menyalurkan sumbangan

secara sistematik.4. Bantuan dapat disalurkan secara tersusun, terhormat, dan telus.5. Pesakit kronik tidak perlu memainkan sentimen simpati di kalangan orang ramai melalui

media.6. Anggota masyarakat yang menghidap penyakit kronik memperoleh manfaat.7. Dapat menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit dari segi jenis, kos dan tempat

rawatan.8. Badan ini dapat memastikan wang yang disumbangkan itu dapat dimanfaatkan

sepenuhnya.

Isi Tersirat1. Untuk menyelaraskan sumbangan penderma.2. Masyarakat terlalu bergantung kepada derma atau simpati orang ramai.3. Terlalu banyak kes penyakit kronik yang dilaporkan oleh media.4. Kos perubatan penyakit kronik terlalu mahal.5. Wang bantuan dapat disalurkan secara sistematik.6. Dapat membantu masyarakat atau individu yang tidak mampu.7. Tiada dana khas yang seumpama itu.8. Masyarakat tidak mampu membiayai kos perubatan.

51

Kesimpulan/ PenutupKesimpulannya Semua pihak perlulah bekerjasama menyokong penubuhan badan khas tersebut bagi membolehkan nasib pesakit kronik dibela dengan segera/ pesakit kronik mendapat rawatan segera.

Soalan 2 (a): Petikan Umum 8

i. Maksud Menjaga kepentingan ahli masyarakat.

ii. Cara memperoleh sumber kewangan Mendapatkan bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Mendapatkan bantuan orang ramai melalui media massa.

iii. Pendapat Mengamalkan cara hidup sihat (riadah, senaman, tidak merokok) Pemakanan seimbang. Rehat yang mencukupi. Mampu mengawal tekanan perasaan atau tekanan kerja.

Rumusan 9

Pendahuluan

Petikan membincangkan langkah-langkah /cara-cara meningkatkan tahap kesihatan masyarakat negara kita.

52

Isi Tersurat

1.Mengamalkan corak hidup yang lebih sihat supaya tidak dilanda penyakit.2.Keazaman yang kuat dalam kalangan rakyat untuk menangani masalahberkaitan kesihatan.3.Kempen dijalankan pihak berkuasa untuk menggalakkan rakyat mengamalkan corak hidup yang yang lebih sihat.4.Masyarakat lebih prihatin dengan makan makanan yang tidak memudaratkan badan.5. Melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.6.Mengekalkan berat badan yang ideal.7. Digalakkan minum air sebanyak 1.5 liter sehari.8.Menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula.9. Melarang kantin sekolah menjual makanan yang dilabel sebagai makanan ringan.10. Murid hendaklah dipastikan makan makanan terbaik untuk kesihatan.

Isi Tersirat

1. Guru memantau pemakanan murid setiap hari.2. Setiap murid digalakkan menyertai sukan yang sekolah anjurkan.3. Ceramah kesihatan diadakan dari semasa ke semasa.4. Guru menjadi model terbaik dalam penjagaan kesihatan untuk dicontohi murid

Penutup

Kesimpulannya semua pihak perlu mengamalkan penjagaan kesihatan secara bertesusan agar tahap kesihatan sentiasa terjamin dalam kehidupan masyarakat.

Soalan 2(a) : Petikan Umum 9(i) Rangkai kata meningkatkan ketagihan bermaksud menambah keinginan yang

kuat terhadap sesuatu.

(ii) Tiga amalan;

- anak di tadika terdedah pun terdedah kepada penjaja yang menjual makanan ringan di luar pagar sekolah sewaktu tamat sekolah.

- Sikap ibu bapa yang suka membawa anak-anak makan di kedai makanan segera.

- Sikap masyarakat yang lebih mengutamakan makanan yang sedap walaupun tahu makanan tersebut tidak berkhasiat.

(iii) Empat alasan;- Ibu bapa suka membawa anak mereka ke restoran makanan segera kerana

makanan yang dihidangkan menjadi kesukaan anak mereka.- Suasana dan persekitaran restoran begitu kondusif.

- Makanan yang dihidangkan dijamin bersih dan berkualiti.

53

- Ibu bapa mahu mengubah cita rasa disebabkan sudah selalu makan makanan tradisional.

Rumusan 10

Pendahuluan

Petikan membincangkan cara-cara/pendekatan/kaedah untuk mengekang peningkatan inflasi yang berlaku di Malaysia.

Isi Tersurat1. Masyarakat perlu dididik berbelanja secara berhemat.2. Akta Persaingan 2010 yang bakal dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012 boleh

membendung kegiatan tidak sihat peniaga.3. Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menyorokkan barang.4. Kerajaan dicadangkan memperkenalkan semua syiling satu sen di pasaran.5. Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan

pertumbuhan penawaran wang di pasaran.6. Kerajaan sepatutnya menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk

mengelakkan perbelanjaan melalui pinjaman.7. Pengawalan cukai bagi barangan.8. Kerajaan menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri.9. Kerajaan meningkatkan system pengangkutan.10. Kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran makanan.

Isi Tersirat1. Tidak mampu membeli barangan keperluan harian.2. Kehidupan yang susah akan bertambah susah.3. Berlakunya masalah social seperti mencuri untuk kelangsungan hidup.4. Kesihatan golongan miskin terjejas disebabkan tidak dapat membeli barangan

berkhasiat.

PenutupKesimpulannya masyarakat perlu memberkan kerjasama dalam membendung masalah inflasi supaya ekonomi negara menjadi stabil.

Soalan 2(a) : Pemahaman Petikan Umum 10

(i) Rangkai kata kaedah telah dibentuk bermaksud sesuatu cara sudah direka.

(ii) Tiga sebab berlakunya inflasi;

54

- Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan

- Sikap masyarakat yang suka berbelanja menyebabkan peniaga menaikkan barangan sesuka hati.

- Peniaga yang mempunyai kuasa monopoli menjadi penyumbang berlakunya inflasi.

(iii) Empat hujah;- Untuk memastikan ekonomi negara berdaya saing.

- Untuk memastikan pendapatan yang diperoleh oleh kakitangan awam dan swasta setimpal dengan barangan yang dibeli.

- Untuk memastikan yang berpendapatan kecil dapat membeli barangan keperluan harian untuk menyara keluarga.

- Untuk memastikan kehidupan masyarakat harmoni apabila keperluan wajib mereka iaitu makanan dan tempat tinggal dapat diperoleh.

Rumusan 11

Pendahuluan

Petikan membincangkan kegunaan/fungsi/tugas/tujuan peribahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.

Isi tersurat (peranan peribahasa Melayu dalam kalangan Masyarakat)

1. Menyampaikan sesuatu nasihat, pengajaran dan teladan dalam bentuk penggunaan kata-kata kreatif, sesuatu dan menarik.

2. Menjadi hukum adat dan nasihat moral serta peraturan dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya.

3. Menyampaikan pemikiran bangsa Melayu tentang kehidupan yang wujud dalam lingkungan ciptaan geobudaya bangsa Melayu itu sendiri.

4. Memupuk resam,nilai, dan norma serta pemikiran sesuatu bangsa.5. Menyampaikan hasrat bangsa Melayu supaya mengamalkan perilaku yang sopan

sebagai satu elemen moral yang dipentingkan.6. Mengungkapkan hal yang berkaitan dengan metafizik, iaitu elemen fizik dan moral.7. Membentuk kerukunan hidup dalam sesebuah institusi kekeluargaan,

kemasyarakatan dan kenegaraan.8. Membentuk tingkah laku manusia.9. Memberikan tunjuk ajar atau menegur dengan kata-kata yang indah dan tidak

membuatkan orang berkecil hati apabila mendengarnya.

Isi tersirat (usaha-usaha untuk meningkatkan penggunaannya)

1. Kerajaan memasukkan peribahasa dalam sukatan

55

2. Masyarakat hendaklah memasukkan peribahasa dalam komunikasi3. Pihak tertentu perlu menggunakan peribahasa dalam upacara rasmi4. Pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti berkaitan peribahasa5. Penerbit buku perlu menerbitkan buku-buku peribahasa sebagai rujukan

Kesimpulannya ( 2 markah)Kesimpulannya, penggunaan peribahasa Melayu harus diperluas supaya generasi muda dapat menggunakannya dengan betul.

Soalan 2(a) : Pemahaman Petikan Umum 11

(i) Maksud-mewujudkan kesepakatan [2 markah]

(ii) ciri-ciri-Tertib dan halus-mempunyai nilai hormat, kerendahan hati, kesetiaan dan berintergriti-penggunaan tubuh

[3 markah] (iii) Punca-punca

-kurang pendedahan-kurang kesedaran individu itu sendiri-Kurang digunakan dalam komunikasi-pengaruh bahasa slanga-dianggap ketinggalan zaman

[4 markah]

RUMUSAN 12

Pendahuluan

Petikan membincangkan matlamat/objektif/sebab gagasan 1Malaysia diperkenalkan di Malaysia.

56

Isi tersurat(tujuan gagasan 1Malaysia diperkenalkan)

1. Mengukuhkan perpaduan nasional2. Membentuk pembinaan sebuah negara yang bersatu padu3. Sebagai satu formula yang menjadi prasyarat bagi memastikan aspirasi

negara tercapai.4. Identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti

nasionalyang sama.5. Menunjukkan peri pentingnya perpaduan rakyat Malaysia.6. Memberikan keutamaan kepada isu-isu yang dianggap penting oleh rakyat 7. Membolehkan merentasi peringkat antarabangsa memandangkan negara ini

mempunyai kelebihan strategik.8. Untuk memacu negara ke peringkat yang lebih tinggi.9. Menyiapkan negara dalam mengharungi arus pemodenan, pembangunan,

persaingan dan globalisasi dunia.

Isi tersirat(kekangan dalam menjayakannya)

1. Rakyat tidak memahami konsep 1Malaysia2. Sikap mementingkan diri sendiri3. Tahap kesedaran atau semangat patriotism masih rendah dalam kalangan

rakyat.4. Sebahagian penduduk luar bandar yang didiskriminasikan oleh sesetengah

pihak.5. Budaya yang berbeza

Kesimpulan (2 markah)Kesimpulannya, gagasan 1Malaysia harus dilaksanakan supaya perpaduan rakyat Malaysia sentiasa terpelihara.

Soalan 2(a) : Pemahaman Petikan Umum 12

(i) Maksud - memastikankemantapan. [ 2 markah ]

(ii) Teras-teras utama - Mengurangkan pengangguran dan menambah peluang

pekerjaan.- Meringankan beban rakyat- Membantu sektor swasta menghadapi krisis- Membina keupayaan masa depan [ 3 markah ]

(iii) Cara-cara- Kerajaan menjalankan kempen- Mengadakan rumah terbuka pada musim perayaan pelbagai kaum- Pihak sekolah menjalankan aktiviti yang melibatkan semua kaum

57

- Media massa menyiarkan program-program yang melibatkan semua kaum.

- Ibu bapa menunjukkan contoh pergaulan dengan kaum lain.- Melakukan aktiviti kejiranan yang melibatkan semua kaum.

[4 markah ]

58