kajian kecekapan kutipan zakat di wilayah · pdf filehasil keputusan kajian akan dibincangkan...

12
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 414 - 425 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” Johor Bahru, 7 9 Jun 2013 Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah Persekutuan Nur Hafizah Binti Ishak Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Emel:[email protected] Selamah Binti Maamor Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia Emel:[email protected] ABSTRAK Institusi zakat mula diberi perhatian dalam meningkatkan status sosio-ekonomi negara dan menghapuskan jurang kemiskinan terutamanya kepada masyarakat Islam. Ini berdasarkan kepada pelbagai sorotan karya mengenai kutipan dan agihan zakat di seluruh dunia secara amnya. Namun, kecekapan institusi zakat sering dipertikaikan kerana ramai golongan pembayar zakat enggan membayar zakat atau terus membayar kepada asnaf tanpa melalui institusi zakat sebagai pengantara. Justeru, analisis kecekapan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan dijalankan bertujuan untuk menganalisis profil pungutan zakat dan mengukur tahap kecekapan zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kajian kecekapan dijalankan ke atas tiga buah kawasan kutipan zakat yang merangkumi lima buah kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebuah kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan dengan menggunakan kaedah Data Envelopment Analysis (DEA). Hasil daripada analisis kajian yang dilakukan, didapati ketiga-tiga kawasan pungutan zakat adalah cekap. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahwa bahagia kutipan zakat yang diuruskan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ- MAIWP) harus mengekalkan prestasi ini agar jumlah kutipan zakat sentiasa meningkat disamping peningkatan bilangan pembayar zakat baru dan sedia ada. Katakunci: Zakat, Kutipan Zakat, Kecekapan ABSTRACT Zakah institutions began to be addressed in improving the socio-economic development and eliminating poverty, especially to the Muslim community. This is based on many literature review of the collection and distribution of zakah in the world. However, the efficiency of zakah is often disputed because many zakah payers refused to pay zakah through zakah collection institutions but they prefer pay directly to recipients. Thus, the efficiency of zakah collection institutions in Fedaral Territories willl be analyzed. This study will analysize the profile of zakah collection institutions and the efficiency of the institutions in collecting the zakah. This study condusted in the three state of Fedaral Territories including Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan. In addition, the efficiency measured for Kuala Lumpur area including five counters and one counter for Putrajaya and Labuan by using Data Envelopment Analysis (DEA) approach. The result of the efficiency found all three areas of zakah institutions are efficient. Overall, these finding indicate that the collection Zakah Collection Center which managed by Fedaral Territories of Zakah Center (PPZ-MAIWP) should maintain their performance to increase the total of zakah collections and the number of new and existing zakah payers as well. Keywords: Zakah, Zakah Collection, Efficiency, Federal Territories PENGENALAN Maksud zakat secara umumnya ialah mengeluarkan sebahagian harta mengikut syarat-syarat tertentu. Pengertian zakat dari sudut bahasa ialah keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Pengertian

Upload: vothien

Post on 07-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 414 - 425

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah Persekutuan

Nur Hafizah Binti Ishak

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Emel:[email protected] Selamah Binti Maamor

Kolej Sastera dan Sains

Universiti Utara Malaysia

Emel:[email protected]

ABSTRAK

Institusi zakat mula diberi perhatian dalam meningkatkan status sosio-ekonomi negara dan

menghapuskan jurang kemiskinan terutamanya kepada masyarakat Islam. Ini berdasarkan kepada

pelbagai sorotan karya mengenai kutipan dan agihan zakat di seluruh dunia secara amnya. Namun,

kecekapan institusi zakat sering dipertikaikan kerana ramai golongan pembayar zakat enggan

membayar zakat atau terus membayar kepada asnaf tanpa melalui institusi zakat sebagai pengantara.

Justeru, analisis kecekapan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan dijalankan bertujuan untuk

menganalisis profil pungutan zakat dan mengukur tahap kecekapan zakat di tiga kawasan Wilayah

Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kajian kecekapan dijalankan ke atas tiga buah

kawasan kutipan zakat yang merangkumi lima buah kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan sebuah kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan dengan menggunakan

kaedah Data Envelopment Analysis (DEA). Hasil daripada analisis kajian yang dilakukan, didapati

ketiga-tiga kawasan pungutan zakat adalah cekap. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan

bahwa bahagia kutipan zakat yang diuruskan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-

MAIWP) harus mengekalkan prestasi ini agar jumlah kutipan zakat sentiasa meningkat disamping

peningkatan bilangan pembayar zakat baru dan sedia ada.

Katakunci: Zakat, Kutipan Zakat, Kecekapan

ABSTRACT

Zakah institutions began to be addressed in improving the socio-economic development and

eliminating poverty, especially to the Muslim community. This is based on many literature review of the

collection and distribution of zakah in the world. However, the efficiency of zakah is often disputed

because many zakah payers refused to pay zakah through zakah collection institutions but they prefer

pay directly to recipients. Thus, the efficiency of zakah collection institutions in Fedaral Territories

willl be analyzed. This study will analysize the profile of zakah collection institutions and the efficiency

of the institutions in collecting the zakah. This study condusted in the three state of Fedaral Territories

including Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan. In addition, the efficiency measured for Kuala

Lumpur area including five counters and one counter for Putrajaya and Labuan by using Data

Envelopment Analysis (DEA) approach. The result of the efficiency found all three areas of zakah

institutions are efficient. Overall, these finding indicate that the collection Zakah Collection Center

which managed by Fedaral Territories of Zakah Center (PPZ-MAIWP) should maintain their

performance to increase the total of zakah collections and the number of new and existing zakah

payers as well.

Keywords: Zakah, Zakah Collection, Efficiency, Federal Territories

PENGENALAN

Maksud zakat secara umumnya ialah mengeluarkan sebahagian harta mengikut syarat-syarat tertentu.

Pengertian zakat dari sudut bahasa ialah keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Pengertian

Page 2: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 415

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

zakat sari sudut syarak ialah sebahagian dari harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T

untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah dinyatakan di

dalam al-Quran atau ia juga boleh diertikan dengan kadar tertentu dari harta tertentu yang diberikan

kepada golongan tertentu dan lafaz zakat juga digunakan terhadap bahagian tertentu yang dikeluarkan

dari harta orang yang wajib mengeluarkan zakat.

Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan

zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat. Barang yang kurang

dari satu nisab adalah tidak wajib dizakatkan. Kesempurnaan nisab dilihat dari awal dan akhir haul,

kekurangan dan kelebihan di antara awal dan akhir haul tidak mempengaruhi nisab. Harta zakat beserta

penghasilannya digabungkan di akhir haul. Haul diertikan sebagai cukup tempoh setahun sebagaimana

yang telah disebutkan dalam hadith riwayat Abu Dawud yang bererti: “Tidak wajib membayar zakat

sampai sudah satu tahun”.

Umumnya, zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah

ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan bagi muslim yang

berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat harta pula terbahagi kepada sembilan jenis

iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat pertanian, zakat wang

simpanan, zakat emas dan perak, zakat saham, zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan

zakat galian.

Di Malaysia, urusan kutipan dan pengagihan zakat adalah tertakluk dibawah kelolaan Majlis

Agama Islam Negeri (MAIN) yang yang dikoordinasikan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

(JAWHAR) yang ditubuhkan 24 Mac 2004 bertujuan untuk memastikan bahawa pentadbiran harta

wakaf, zakat dan urusan haji di seluruh negara lebih tersusun, sistematik dan berkesan. Justeru, urusan

pentadbiran, pengutipan dan pengagihan zakat merupakan kuasa negeri, bukan kuasa persekutuan.

Oleh yang demikian, setiap negeri mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam memajukan institusi

zakat. (Hamizul Abdul Hamid, 2008). Negeri yang pertama yang melaksanakan sistem zakat ialah

Terengganu yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam atas arahan menteri besar. Kemudian diikuti

oleh Kelantan (1915), Perlis (1930), Johor (1934) dan Kedah (1936). Setelah itu, diikuti oleh negeri-

negeri lain hinggalah pada tahun 1957 di mana Negeri Sembilan direkodkan sebagai negeri yang

terakhir melaksanakan sistem tersebut (Ahmad Ibrahim, 1975).

Daripada 14 buah negeri termasuk tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan,

Putrajaya), nampaknya masing-masing telah mengambil pendekatan tersendiri memajukan zakat.

Sehingga kini, terdapat tujuh buah negeri yang mengambil pendekatan mentransformasikan institusi

zakat kepada sebuah entiti ‘berdikari’ dan bercorak korporat iaitu Pusat Pungutan Zakat Wilayah

Persekutuan (PPZ-MAIWP), Lembaga Zakat Selangor (LZS-MAIS), Pusat Kutipan Zakat Pahang

(PKZ), Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ), Pusat Zakat Melaka (PZM), Pusat Zakat Negeri

Sembilan (PZNS), dan Pusat Zakat Sabah (PZS). Manakala, institusi-institusi zakat yang masih

diuruskan oleh Majlis-majlis Agama Islam Negeri ialah Perak, Kedah, Perlis, Johor, Sarawak,

Terengganu, dan Kelantan (Hamizul Abdul Hamid, 2008). Inisiatif penswastaan institusi pungutan

zakat ini adalah usaha ke arah untuk meningkatkan hasil kutipan zakat (Sanep Ahmad, Hairunnizam

Wahid, 2005).

Di Wilayah Persekutuan, pencapaian kutipan zakat mencatat kutipan tertinggi berbanding

negeri-negeri yang lain sejak penkorporatan. Pada tahun 1991, kutipan zakat hanya mencatatkan

RM36.02 juta telah meningkat kepada RM248.8 juta 10 tahun kemudian, iaitu peningkatan sebanyak

RM212.78 juta seperti mana yang tercatat dalam Laporan Tahunan Pusat Pungutan Zakat Wilayah

Persekutuan.

Objektif sosio-ekonomi yang utama bagi zakat ialah membasmi kemiskinan dalam kalangan

masyarakat Islam. Islam menganggap kemiskinan sebagai satu masalah yang serius. Kemiskinan

membawa kepada rasa benci dan permusuhan di antara golongan kaya dan miskin, yang akan

membawa kepada konflik sosial dalam masyarakat (Sadeq, 1991). Ini disokong oleh kenyataan Imtiazi

et al. (1989) bahawa Zakat didapati mampu mengurangkan kemiskinan (walaupun tidak

membasminya) dan mengurangkan jurang agihan pendapatan (walaupun tidak menghapuskannya),

serta mempunyai potensi untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Menurut Hairunnizam Wahid, et al. (2004) pula, walaupun dari segi pendapatan, golongan ini

masih lagi dikategorikan sebagai penerima asnaf namun mereka mungkin merasa berkecukupan dengan

kualiti hidup sedia ada. Mereka juga berkemungkinan telah melepasi garis kemiskinan zakat, tetapi

perasaan dibelenggu kemiskinan masih lagi wujud disebabkan kualiti hidup yang rendah. Oleh itu,

kesan bantuan zakat tersebut kepada kualiti hidup penerimanya perlu diberi perhatian kerana dalam

Islam, zakat adalah alat penting dalam mengimbangi sosio-ekonomi umat Islam. Kenyataan mereka

Page 3: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

416 Nur Hafizah Binti Ishak, Selamah Binti Maamor

selari dengan hasil kajian Cheong dan Federich (1977) yang mengatakan situasi ini disebabkan konsep

kemiskinan adalah berbentuk multidimensi dan ia begitu subjektif kerana melibatkan perasaan

golongan ini terhadap sifat berkecukupan.

Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) berperanan dalam hal-hal yang berkaitan dengan

pengutipan zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sejak diswastakan pada tahun 1991

dan diikuti dengan pusat pungutan zakat di negeri-negeri yang lain yang bermatlamatkan untuk

meningkatkan jumlah kutipan zakat. Jadual 1 menunjukkan kutipan zakat negeri seluruh Malaysia

memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan jumlah kutipan zakat antara institusi zakat korporat

dan institusi zakat tradisional.

Dengan melihat kepada permasalahan kajian, justeru objektif kajian ini menjurus kepada I)

menganalisis profil pungutan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. II)

mengukur tahap kecekapan pungutan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya. Kecekapan kutipan zakat ini melihat kepada dua jenis input kutipan iaitu bilangan pekerja

dan upah pekerja, manakala jumlah kutipan dan bilangan pembayar termasuk di dalam output kutipan

dari tahun 2005 sehingga tahun 2009.

Kajian ini penting kepada institusi pengurus zakat terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk

memastikan semua input yang disediakan telah digunakan secara optimum untuk memastikan

kecekapan pungutan zakat. Sekiranya institusi ini didapati cekap maka ia sesuatu yang harus diteladani

oleh kaunter zakat lain yang beroperasi di negara ini untuk memastikan masyarakat Islam terutamanya

dapat melaksanakan kewajipan mereka dengan lebih baik dan sempurna.

Kajian ini akan dipersembahkan dalam 5 bab. Bab seterusnya akan meliputi sorotan kajian

lepas yang merangkumi perkaitan institusi pungutan zakat dan pembayar zakat disamping kecekapan

institusi pungutan zakat. Bab 3 pula akan membincangkan tentang metodologi kajian. Dalam Bab 3

juga dimuatkan tentang pengumpulan data, analisis diskriptif dan Data Envelopment Analysis (DEA).

Hasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian.

Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan kajian dan cadangan.

SOROTAN KARYA

Bab ini adalah penting kepada para pembaca kerana melalui pendedahan dari kajian-kajian yang telah

dijalankan terhadap kepentingan kutipan zakat dalam mengimbangi jurang sosio-ekonomi masyarakat

Islam. Hal ini kerana zakat merupakan satu medium dalam memperbaiki jurang kemiskinan yang

menjadi faktor utama kepada masyarakat Islam seluruh dunia.

Pentadbiran zakat Wilayah Persekutuan berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan yang diketuai oleh Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong. Melalui anak syarikat Yayasan

Taqwa Wilayah Persekutuan Berhad, majlis telah melantik Syarikat Hartasuci Sdn. Bhd bagi

menguruskan kutipan zakat. Institusi zakat di Wilayah Persekutuan telah dikorporatkan pada tahun

1991 (Laporan Zakat 2003). Sehubungan dengan itu, pentadbiran zakat telah dipecahkan kepada dua

bahagian iaitu Pusat Pungutan Zakat sebagai pemungut zakat dan Baitulmal sebagai pusat pengagihan

zakat.

PUNGUTAN ZAKAT, BAYARAN ZAKAT DAN IMAN

Muhamad Muda et al. (2005), menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang

menpengaruhi pembayar zakat membayar zakat walaupun membayar zakat adalah wajib kepada setiap

individu muslim yang berkemampuan menurut syarak. Hal ini kerana didapati jumlah kutipan zakat

secara relatifnya adalah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah kutipan daripada cukai pendapatan.

Salah satu faktor adalah dipengaruhi oleh kurangnya motivasi dalam kalangan individu muslim untuk

membayar zakat. Beliau mengelaskan kepada lima faktor utama yang mempengaruhi individu untuk

membayar zakat iaitu faktor dalaman yang merangkumi sikap altruisme (pemurah), tahap keimanan,

kepuasan diri, dan utiliti individu manakala faktor luaran pula dipengaruhi oleh faktor pengurusan

organisasi. Kajian yang dijalankan mendapati tahap keimanan memainkan peranan utama dalam

mempengaruhi individu untuk membayar zakat berbanding faktor-faktor yang lain.

Walaubagaimanapun, faktor pengurusan organisasi juga memainkan peranan penting dalam

memudahkan urusan pembayaran zakat dilakukan melalui saluran-saluran yang pelbagai untuk

meningkatkan tahap kepatuhan individu menunaikan zakat disamping meningkatkan jumlah kutipan

zakat.

Page 4: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 417

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

Aidit (1998) dan Qardawi (1998) juga menyatakan bahawa sikap ketidakpatuhan terhadap

kewajipan membayar zakat adalah berkait rapat dengan tahap keimanan individu terhadap kepatuhan

dalam agama. Secara praktiknya, ia sukar diukur tetapi membawa kesan kepada keimanan. Ini

menjelaskan bahawa individu yang bersikap sambil lewa mengenai kewajipan menunaikan zakat

seperti mana yang diterangkan di dalam al-Quran tidak menunjukkan kesungguhan dalam menunaikan

kewajipannya.

Abdul Hamid (1988) mendapati bahawa terdapat golongan individu yang menganggap

bayaran cukai menyamai zakat dan beranggapan bahawa sekiranya ia telah membayar cukai maka telah

terlepaslah tanggungjawab terhadap zakat. Memandangkan zakat dan cukai sememangnya wujud dan

kedua-duanya merupakan alat yang pernah digunakan oleh kerajaan Islam maka kedua-dua perkara

tersebut perlu dibezakan dan mungkin memerlukan penjelasan lanjut dari segi perlaksanaannya.

Kamil et al. (1997) pula menunjukkan bahawa sikap dan persepsi mempengaruhi kepatuhan.

Persepsi yang positif terhadap zakat akan memberi kesan positif terhadap kepatuhan membayar zakat.

Walaupun kajian yang dijalankan ini tidak menunjukkan secara langsung faktor keimanan namun

persepsi individu terhadap zakat sebenarnya mempunyai hubungan dengan keimanan. Pada umumnya,

keimanan berkait rapat dengan persepsi, oleh itu persepsi yang positif juga menggambarkan keimanan

yang tinggi. Dengan itu, persepsi dan keimanan saling mempengaruhi dan mempunyai kesan terhadap

ketaatan dan kepatuhan membayar zakat. Selanjutnya, pembayaran zakat juga dipengaruhi oleh satu

saluran mekanisme yang memudahkan pembayar membayar zakat. Jika semakin mudah sesuatu

mekanisme saluran pembayaran zakat dilakukan, maka semakin meningkat jumlah kutipan zakat

diperoleh.

Oleh yang demikian, pihak institusi zakat perlu meningkatkan lagi kefahaman masyarakat

Islam di Malaysia melalui pelbagai cara termasuklah penerangan, ceramah, kempen dan sebagainya.

Kajian yang dilakukan oleh Harunnizam et al. (2004) mendapati faktor demografi seperti jantina, umur,

taraf perkahwinan, pendapatan dan pendidikan adalah signifikan mempengaruhi kesedaran membayar

zakat pendapatan. Peningkatan umur setelah berkahwin dilihat selari dengan pendapatan yang semakin

tinggi menunjukkan semakin tinggi kesedaran membayar zakat. Justeru, kempen penerangan perlulah

disasarkan khususnya kepada golongan muda yang belum berkahwin dan mereka yang berpendapatan

agak rendah. Kumpulan ini dirasakan masih kurang kesedaran membayar zakat tetapi berpotensi untuk

menjadi pembayar zakat pada masa hadapan.

Hal ini disokong oleh Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid (2005), yang menyatakan

bahawa jumlah kutipan zakat yang dipungut oleh institusi zakat adalah berkurangan walaupun ramai

individu zakat membayar zakat. ini dipengaruhi oleh faktor ketidakpatuhan individu membayar zakat

khususnya zakat bagi karya yang dikhilafkan dan faktor kedua ialah berlakunya bocoran dimana bagi

individu yang membayar zakat, bayaran tidak secara langsung kepada institusi pungutan zakat tetapi

sebaliknya bayaran terus kepada asnaf.

KECEKAPAN INSTITUSI ZAKAT

Menurut Saadah (2008), mendapati bahawa kecekapan dalam menguruskan kutipan zakat merupakan

elemen terpenting dalam memberi keyakinan kepada pembayar zakat untuk membayar zakat menerusi

institusi pungutan zakat di setiap negeri. Perlaksanaan sistem yang lebih sempurna akan meningkatkan

hasil kutipan zakat dan mempermudahkan pengagihannya kepada asnaf-asnaf yang perlu. Hal ini

pastinya dapat memperbaiki sosio-ekonomi di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.

Menurut Abdul Rahim Abdul Rahman (2007), kecekapan berkait dengan input dan output. Ia

mengukur bagaimana input yang produktif menghasilkan output. Pengukuran kecekapan melibatkan

nisbah antara input dan output. Maka, pengukuran kecekapan dilihat dari dua pandangan di mana

pemaksimuman output diperoleh daripada input yang diberi atau input yang diminimumkan untuk

menghasilkan output yang tertentu.

Pelaksanaan pengukuran terakhir yang dikenali sebagai hasil merujuk kepada penyebab

terhadap output yang dihasilkan. Hasil bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian matlamat

organisasi namun juga diukur berdasarkan kesan luaran organisasi (Schacter, 1999). Dalam kata lain,

pengukuran ini merujuk kepada kesan-kesan aktiviti organisasi dalam masyarakat.

Sejak Pusat Pungutan Zakat diswastakan pada tahun 1991, jelas menunjukkan peningkatan

yang ketara dari segi jumlah pengutan zakat yang dikutip setiap tahun. Peningkatan yang

memberansangkan ini kemungkinan disebabkan oleh banyak faktor antaranya kaedah pembayaran

yang mudah, pengurusan zakat yang cekap, penswastaan institusi zakat dan sebagainya. Penswastaan

Page 5: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

418 Nur Hafizah Binti Ishak, Selamah Binti Maamor

institusi zakat ini telah menimbulkan minat ramai pengkaji untuk melihat kesannya terhadap jumlah

kutipan zakat (Md Zyadi dan Mariani, (1999); Nor Ghani Md Nor et al. (2001) dan Sanep Ahmed et al.

(2006). Kesemua kajian ini secara umumnya mendapati penswastaan institusi zakat sedikit sebanyak

dapat meningkatkan lagi kecekapan pengurusan dan jumlah kutipan zakat.

Perkaitan kutipan zakat dan kecekapan institusi zakat amat berkait rapat antara satu sama lain.

Kecekapan institusi zakat ditentukan oleh input dan output yang digunakan dalam mencapai matlamat

meningkatkan jumlah kutipan zakat di samping bilangan pembayar. Ringkasnya, pengukuran

pelaksanaan dalam menguji kecekapan ditunjukkan dalam Rajah 2.

Menurut Patmawati Ibrahim (2008), institusi zakat adalah satu mekanisme yang

menyelamatkan manusia dari kelaparan, menjamin keadilan sosio-ekonomi dalam masyarakat dan

menyediakan satu suasana yang membolehkan manusia memelihara kehormatan dan melaksanakan

tanggungjawab terhadap Allah.

Hal ini selaras dengan visi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang

ingin menjadi sebuah organisasi zakat yang unggul di kalangan negara-negara Islam serta menjadi

salah satu teras mengimbangi taraf sosio-ekonomi masyarakat Islam dengan berpandukan misi ingin

menyedarkan setiap Muslim yang layak berzakat menunaikan kewajipan berzakat. Namun, apakah

PPZ-MAIWP telah benar-benar cekap akan terjawab dalam kajian ini. Bab seterusnya akan

membincangkan metodologi kajian yang akan diguna pakai dalam kajian ini.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan dua pendekatan yang berbeza untuk mengumpul data institusi zakat di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan iaitu melalui data primer dan data

sekunder.

Data primer diperoleh daripada kaedah temuduga melalui telefon dan cara bersemuka dengan

Ketua Unit Komunikasi Korporat di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Maklumat mengenai cara pengurusan organisasi, saluran kutipan dan permasalahan yang dihadapi oleh

pihak pungutan zakat diperoleh dari data primer ini. Selain dari itu, data mengenai jumlah kutipan,

bilangan pembayar, bilangan pekerja, dan upah pekerja juga diperolehi daripada institusi tersebut.

Data sekunder ialah data yang dikumpul dari sumber yang tersedia. Data ini telah

dikumpulkan dan direkodkan oleh pihak lain sebelum wujudnya keperluan untuk melakukan

penyelidikan. Maka data sekunder yang telah sedia ada iaitu tidak memerlukan penyelidik

menghubungi pegawai yang terlibat untuk mengumpul makluamt. Dalam kajian ini, data mengenai

jumlah kutipan zakat di Malaysia, jenis-jenis zakat yang dikutip, golongan asnaf yang menerima zakat

diperoleh melalui laporan tahunan zakat dan juga melalui laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah

Persekutuan.

Sebelum tahun 2008, terdapat empat buah kaunter zakat yang telah dibuka di Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur iaitu di Daruzzakah, Masjid Negara, Wangsa Maju, Taman Tun Dr. Ismail

dan selepas tahun tersebut, kaunter zakat di Shamelin, Cheras mula beroperasi sebagai pusat pungutan

zakat di Wilayah Persekutuan. Kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah

Persekutuan Labuan masing-masing satu kaunter zakat. Data ini merangkumi bilangan pekerja dan

upah pekerja sebagai input kutipan zakat dan jumlah kutipan dan bilangan pembayar zakat sebagai

output kutipan zakat dari tahun 2005 sehingga tahun 2009.

Data yang dikutip akan dianalisis terlebih dahulu menggunakan cara analisis deskriptif.

Analisis diskriptif dalam kajian ini merangkumi jumlah minimum, maksimum, purata dan juga sisihan

piawai bagi setiap pembolehubah iaitu jumlah kutipan zakat dan bilangan pembayar sebagai output dan

upah pekerja dan bilangan pekerja sebagai input. Data ini dikutip dari tahun 2005 sehingga tahun 2009

yang melibatkan tiga kawasan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Terdapat tujuh kaunter kutipan zakat di tiga

kawasan Wilayah Persekutuan yang meliputi lima kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpr dan masing-masing satu kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah

Persekutuan Labuan.

Model kajian yang digunakan adalah model Data Envelopment Analysis (DEA). Perisian

EMS 130 digunakan untuk menguji kecekapan data di dalam model kajian DEA. DEA mula

dibangunkan oleh Charnes, Cooper dan Rhodes (1978) dan mengaplikasikannya ke atas badan bukan

kerajaan (NGO) yang tidak bermatlamatkan untung. DEA merupakan kaedah yang penting untuk

mengukur tahap kecekapan. Penyataan ini disokong oleh Krivonoshko et al. (2002) yang menggunakan

pendekatan DEA sebagai suatu kaedah yang terbaik untuk mengukur kecekapan dalam analisa unit

pengeluaran. Jemric dan Vujcic (2002) juga menyatakan DEA adalah kaedah yang terbaik untuk

Page 6: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 419

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

menguji kecekapan, tidak seperti analisis regrasi, ianya tidak memerlukan andaian sebelumnya

mengenai bentuk analitikal fungsi pengeluaran. Sebaliknya, ini menghasilkan fungsi pengeluaran

terbaik semata-mata berdasarkan data pemerhatian dan oleh kerana itu adalah mustahil untuk membuat

kesalahan dalam menetapkan teknologi pengeluaran.

Pendekatan model DEA juga telah digunakan dalam kajian Selamah Maamor dan Abdul

Ghafar Ismail (2010), dalam mengukur kecekapan ar-Rahnu dan penentunya. Fokus kajian ini

menjurus kepada pengukuran tahap kecekapan ar-Rahnu dan mengklasifikasikan faktor-faktor penentu

yang mempengaruhi kecekapan. Tiga jenis model DEA yang berbeza digunakan iaitu kecekapan

teknikal (TE), kecekapan teknikal asas (PTE), dan kecekapan skala (SE). Pengukuran tahap kecekapan

ini diperoleh daripada data sekunder dari Bank Rakyat, Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Muasasah

Gadaian Islam Terengganu (MGIT), dan koperasi di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam

Malaysia (YaPIEM). Hasil dari kajian yang dilakukan, didapati skor kecekapan yang tertinggi

diperoleh dari Bank Rakyat berbanding kategori-kategori lain yang menggunakan ar-Rahnu.

Anggaran pengukuran kecekapan terbahagi kepada dua; Model Charnes-Cooper-Rhodes

(Model CCR) dan Model Banker-Charnes-Cooper (Model BBC). Kedua-dua model ini menggunakan

kecekapan teknikal (TE) yang terbahagi kepada dua kompenan yang saling melengkapi iaitu:

kecekapan teknikal asas (PTE) dan kecekapan skala (SE) (lihat, Coelli 1996). Perbezaan utama dalam

model ini adalah mengenai pulangan mengikut skala. BBC mengkaji perihal pulangan berubah

mengikut skala (VRS); CCR pula mengkaji perihal setiap operasi DMU dengan pulangan tetap

mengikut skala (CRS). PTE merujuk kepada kemampuan pengurus untuk meningkatkan sumber

terhadap firma, sementara SE merujuk kepada skala ekonomi dengan pengoperasian pada satu titik

dimana keluk kemungkinan pengeluaran berada pada tahap pulangan tetap mengikut skala (Ataullah et

al. 2004).

Model Charnes-Cooper-Rhodes (Kecekapan Teknikal)

Charnes, Cooper dan Rhodes memperkenalkan pengukuran kecekapan untuk setiap DMU untuk

mendapatkan nisbah maksimum pemberat output kepada pemberat input. Penentu kepada nisbah

pemberat ini adalah halangan kepada nisbah yang sama untuk setiap DMU yang mempunyai kurang

daripada atau sama kepada uniti, maka pengurangan input berganda dan output kepada input tunggal

sebenar dan output tunggal sebenar tanpa memerlukan pemberat asalan. Pengukuran kecekapan ini

seterusnya adalah fungsi kepada pemberat dalam kombinasi input-output tunggal sebenar. Pengukuran

kecekapan untuk DMU ini boleh dikira seperti berikut:

∑ (1)

Tertakluk kepada:

∑ ∑

dengan j = 1,2, ….. n (2)

∑ (3)

Ur ≥ 0,r = 1,2,…,s (4)

Vi ≥ 0,I = 1,2,…,m (5)

Kedua-dua hasil masalah linear terhadap penyelesaian optimal θ*, dimana ianya adalah skor

kecekapan (juga dipanggil kecekapan teknikal) untuk sesetengah DMUo. Nilai θ sentiasa kurang

daripada atau sama kepada uniti, pada permulaan ianya diuji pada sesetengah DMUo adalah kekangan

bagi kombinasi input-output sebenar juga. DMU pada θ < 100 relatifnya tidak cekap dan θ* = 100

relatifnya cekap, di mana titik kombinasi input-output berada garis keluk kemungkinan.

Model Banker-Charnes-Cooper (Kecekapan Asas Technical)

Untuk menjelaskan mengenai pulangan berubah mengikut skala, adalah perlu untuk menambah λj,

untuk dimasukkan kedalam model (1) – (5):

∑λj = 1 (6)

Hasil dari model DEA ini dipanggil model BBC. Penyelesaian untuk setiap model DMU, skor

kecekapan BCC diperoleh, dengan tafsiran yang serupa terhadap nilai di dalam model CCR. Skor ini

juga dipanggil ‘skor kecekapan teknikal asas’, yang diperoleh daripada model yang menggunakan

pulangan berubah mengikut skala dan menghapuskan ‘scale part’ dari analisis.

Page 7: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

420 Nur Hafizah Binti Ishak, Selamah Binti Maamor

Oleh yang demikian, untuk menganalisa kecekapan input-output kutipan zakat di Wilayah

Persekutuan, model kajian DEA adalah kaedah yang sesuai digunakan untuk kajian ini. Kajian ini

menjurus kepada pengukuran kecekapan input dan output kutipan zakat yang dipungut oleh Pusat

Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Data input bagi kutipan zakat merangkumi upah

pekerja, bilangan pekerja dan kos operasi untuk menguji kecekapan kutipan zakat di Wilayah

Persekutuan, manakala output pula merangkumi jumlah kutipan yang berjaya dipungut dan bilangan

pembayar yang membayar zakat.

DAPATAN KAJIAN

Analisis deskriptif input dan output data yang yang digunakan sebagai input dan output dalam kajian

ini ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 3 menunjukkan 2 input dan 2 output berdasarkan tujuh buah

kaunter kutipan zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Lima buah kaunter kutipan zakat

adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan

masing-masing sebuah kaunter kutipan zakat.

Hasil daripada analisis diskriptif, purata jumlah kutipan zakat dari tahun 2005 sehingga 2009

adalah RM25.8 juta dari nilai maksimum kutipan zakat sebanyak RM87.4 juta dan jumlah kutipan

zakat yang minimum pula sebanyak RM0.5 juta dengan sisihan piawai sebanyak RM33.7 juta.

Merujuk kepada Jadual 3, didapati sisihan piawai bagi upah pekerja yang diperolehi ialah

RM2.8 juta. Ini menunjukkan terdapat jurang perbezaan yang agak tinggi antara jumlah minimun dan

maksimum upah pekerja iaitu antara RM0.04 juta dan RM7.3 juta. Julat perbezaaan yang agak tinggi

ini dipengaruhi oleh faktor bilangan pekerja yang bertugas di kaunter kutipan zakat terutamanya di

kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berbanding dengan kaunter kutipan

zakat yang lain, kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai lima buah

kaunter kutipan dimana setiap kaunter kutipan zakat tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua

orang petugas.

Julat perbezaan yang tinggi juga diperoleh daripada jumlah bilangan pembayar yang

membayar zakat dengan sisihan piawai 10,027 orang berbanding jumlah minimum 431 orang dan

jumlah maksimum 24,716 orang sepanjang tahun 2005 sehingga 2009. Julat perbezaaan yang tinggi ini

juga dipengaruhi oleh bilangan kaunter kutipan zakat yang dibuka di tiga kawasan Wilayah

Persekutuan. Semakin banyak kaunter kutipan zakat dibuka, maka semakin ramai bilangan pembayar

membayar zakat dan ini akan meningkatkan jumlah kutipan zakat yang berjaya dipungut.

Objektif kedua kajian adalah untuk mengukur kecekapan pungutan zakat di tiga kawasan

Wilayah Persekutuan. Jadual 4 menunjukkan hasil yang diperoleh dengan pendekatan DEA dengan

menggunakan model pulangan tetap mengikut skala (CRS).

Merujuk kepada Jadual 4, didapati kesemua kaunter kutipan zakat di tiga kawasan Wilayah

Persekutuan adalah cekap. Ini berdasarkan sekor kecekapan bernilai 100% bagi setiap kaunter kutipan

zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan. Maka, ini membuktikan bahawa ketiga-tiga kawasan

kutipan zakat mencapai kecekapan di tahap optimum.

Jika dilihat pada tanda aras ketiga-tiga kawasan kutipan zakat, didapati sebanyak lapan dan

tujuh kali kesemua kaunter zakat ini dijadikan tanda aras kecuali bagi kaunter zakat di Wilayah

Persekutuan Labuan pada tahun 2009 iaitu sebanyak 2 kali sahaja. Ini menunjukkan bahawa kaunter

zakat di Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2009 hampir mendekati ketidakcekapan kerana

hanya dua kali sahaja menjadi tanda aras dan dengan ini, kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur pada tahun 2005 menjadi tanda aras kepada kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Labuan

pada tahun 2009.

Analisis DEA ini adalah berorentasikan input. Orentasi input bermaksud bilangan

pembolehubah input boleh berubah dan pembolehubah output adalah konstan. Dengan kata lain,

orientasi input tidak bermatlamatkan seberapa banyak output yang boleh dicapai tetapi menjurus

kepada berapa banyak input yang boleh dicapai untuk menguji kecekapan output. Pembolehubah input

boleh diubah untuk meningkatkan bilangan pembayar dan juga jumlah kutipan zakat di tiga kawasan

kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan.

Berdasarkan kepada Jadual 4, terdapat dua input berlainan iaitu input 1 (bilangan pekerja) dan

input 2 (upah pekerja). Input 2 (upah pekerja) didapati telah mencapai kecekapan yang optimum kerana

memperoleh nilai sifar, manakala input 1 (bilangan pekerja) memperoleh pelbagai nilai yang berbeza.

Pada tahun 2005, kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Putrajaya memperoleh nilai 0.19 pada input 1

(bilangan pekerja). Nilai 0.19 membawa erti bahawa seramai 1 orang pekerja di kaunter zakat Wilayah

Pesekutuan Labuan perlu ditambah supaya memperolehi kecekapan yang konsisten. Nilai 1.67 pada

Page 8: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 421

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

input 1 (bilangan pekerja) pada tahun 2009 di kaunter zakat Wilayah Persekutuan Labuan

menunjukkan nilai ekstrim berbanding nilai-nilai yang lain kerana seramai 2 orang pekerja perlu

ditambah supaya kecekapan yang diperoleh adalah konsisten.

Jadual 5 pula menunjukkan hasil yang diperoleh dari penggunaan pendekatan DEA dengan

menggunakan model pulangan berubah mengikut skala (VRS). Jika dilihat pada Jadual 4.2 yang

menggunakan model pulangan tetap mengikut skala (CRS) dan Jadual 4.3 yang menggunakan data

pulangan berubah mengikut skala (VRS), tiada perbezaan yang ketara antara keduanya dari segi skor

kecekapan, tanda aras, input 1 (bilangan pekerja) dan input 2 (upah pekerja). Dengan menggunakan

model pulangan berubah mengikut skala pada Jadual 4.3, skor kecekapan yang diperoleh juga adalah

100% bagi semua kaunter kutipan zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan.

Begitu juga dengan tanda aras, di mana nilainya adalah sama seperti Jadual 6,. bagi input 2

(upah pekerja) didapati telah mencapai kecekapan yang optimum kerana nilai yang diperoleh adalah

sifar. Namun, bagi input 1 (bilangan pekerja), nilai ekstrim 1.69 diperolehi pada tahun 2009 di kaunter

kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Labuan berbanding dengan nilai-nilai yang lain. Ini

menunjukkan pihak pungutan zakat Wilayah Persekutuan perlu menambah dua orang pekerja di

kaunter zakat Wilayah Persekutuan Labuan supaya nilai kecekapan yang diperolehi adalah konsisten.

Daripada analisis deskriptif dan model kajian DEA yang digunakan, didapati semua kaunter

zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan adalah cekap dari tahun 2005 sehingga 2009. Sebagai

tambahan, tiada perbezaan yang ketara dari segi pulangan mengikut skala; pulangan tetap mengikut

skala dan pulangan berubah mengikut skala. Kedua-duanya menunjukkan kesemua kaunter zakat di

Wilayah Persekutuan mencapai kecekapan. Hasil keputusan kajian yang diperolehi ini pastinya akan

memberi implikasi kepada pembuat dasar yang mana akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

KESIMPULAN

Berdasarkan analisis deskriptif dan hasil analisis kecekapan menggunakan pendekatan DEA, didapati

ketiga-tiga kawasan kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dari

tahun 2005 sehingga 2009 adalah cekap. Kecekapan ini terbukti dari skor kecekapan yang diperoleh

sebanyak 100% bagi kesemua kawasan kaunter zakat di Wilayah Persekutuan. Nilai sisihan piawai

pada analisis deskriptif pula menunjukkan bahawa julat perbezaan yang ketara antara jumlah minimum

dan jumlah maksimum data input dan output. Hal ini dipengaruhi oleh bilangan kaunter kutipan zakat

yang dibuka di tiga kawasan Wilayah Persekutuan. Didapati semakin banyak kaunter kutipan zakat

dibuka di satu-satu kawasan, maka semakin ramai bilangan pembayar zakat membayar zakat dan

semakin meningkatlah juga jumlah kutipan zakat yang berjaya dikutip oleh sebilangan pekerja yang

bertugas di setiap kaunter kutipan zakat.

Namun, untuk menjamin agar kecekapan yang diperolehi sentiasa konsisten dan berterusan,

pihak pengurusan zakat perlu menambah bilangan pekerja yang bertugas di setiap kaunter kutipan

zakat khususnya di kaunter zakat Wilayah Persekutuan Labuan yang hampir mencapai tahap

ketidakcekapan pada tahun 2009 apabila memperoleh tanda aras sebanyak dua kali sahaja berbanding

kaunter-kaunter yang lain.

Selain itu, seperti mana yang dijelaskan dalam sorotan kajian lepas, hasil kajian ini juga selari

dengan dapatan kajian sebelum ini yang mana pusat pungutan zakat yang diswastakan atau

dikorporatkan akan lebih cekap. Ini jelas terbukti bagi kaunter zakat Wilayah Persekutuan yang

menjadi fokus utama kajian ini.

Rentetan itu juga, pengkaji mencadangkan agar insitusi pungutan zakat di Wilayah

Persekutuan mengekalkan prestasi sebagai sebuah insitusi pungutan zakat yang unggul dan menjadi

salah satu teras sosio-ekonomi umat Islam yang berlandaskan kepada perkhidmatan yang berkualiti,

pengurusan korporat yang mantap dan berdaya maju, penggunaan teknologi terkini untuk memudahkan

urusan pembayaran dan pengurusan zakat, pengemblingan dan pembangunan sumber manusia agar

sejajar dengan matlamat kecekapan kutipan zakat dan akhir sekali pertalian yang erat dengan semua

pihak sama ada dengan para penyelidik, para asnaf, pembayar zakat mahupun sesama pihak

pengurusan untuk bersikap lebih professional dalam mengendalikan segala urusan berkaitan kutipan

zakat.

Kajian ini walau bagaimanapun hanyalah tertumpu kepada pusat pungutan zakat di Wilayah

Persekutuan sahaja. Penyelidik mencadangkan, kajian ini dilebarluaskan lagi ke seluruh kaunter

pungutan zakat di Malaysia yang melibatkan pusat di bawah kerajaan negeri mahupun yang telah

dikorporatkan.

Page 9: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

422 Nur Hafizah Binti Ishak, Selamah Binti Maamor

RUJUKAN

Abdul Hamid Mohd. Hassan. (1988). Antara zakat dan cukai pendapatan satu analisis penyelarasan.

Kertas kerja Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan. Pusat Matrikulasi Universiti Sains

Malaysia, 5-6 November.

Abdul Rahim Abdul Rahman. (2007). Pre-Requisites For Effective Integration Of Zakah Into

Mainstream Islamic Financial System In Malaysia. Islamic Economic Studies. 14 (1 & 2). 91-

107.

Ahmad Ibrahim. (1975). Islamic Law in Malaya, MSRI.

AiditGhazali. (1998). Zakat – SatuTinjauan.Petaling Jaya. IBS BukuSdn. Bhd.

Attaullah, A., T. Cockerill and H. Le. (2004). Financial Liberalization and Bank Efficiency: a

Comparative Analysis of India and Pakistan, Applied Economics, No.36: 1915-1924.

Cheong KeeCheokdan L.J Federich. (1977). Theory and Measurement of Poverty: Tentatif Views on

and Amorphous Topic. Dalam Poverty in Malaysia, Kuala Lumpur: PersatuanEkonomi

Malaysia.

Charnes, A. W. W. Cooper, E. Rhodes. (1978). Measuring the Efficiency of Decision Making Units,

European Journal of Operational Research, Volume 2, Issue 6, Pages 429-444.

Coelli, T. (1996).A Guide to DEA Version 2.1: A Data Envelopment Analysis (Computer) Program.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad danMohd Ali Mohd Noor. (2004). KesanBantuan Zakat

terhadapKualitiHidup: KajianKesAsnaf Fakir danMiskin. Journal of Muamalat and Islamic

Finance Research 1(1), 151-166. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad danMohd Ali Mohd Noor. (2004). KesedaranMembayar Zakat

Pendapatan di Malaysia.

Hamizul Abdul Hamid. (2008). TransformasiPengurusan Zakat.DewanEkonomi.15 (2). 28-31

Imtiazi I.A., Mannan M.A., Niaz M.A danDeria A.H (eds). (1989). Management of Zakat in Modern

Muslim Society. Jeddah: Islamic Research and Training Institute, IDB, h. 20.

Jemric, I.And B. Vujcic. (2002). Efficiency of Banks in Croatia: A DEA Approach. Comparative

Economic Studies, Vol. 44(2/3) 169-193.

Kamil Md Idris, Chek Derashid dan Engku Ismail. (1997). Zakat penggajian: Suatu tinjauan terhadap

pengetahuan dan amalan muslimin negeri Perlis. Kertas kerja di bentangkan di Seminar

Penyelidikan Universiti, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Laman Web RasmiPusatPungutan Zakat Online. (PelbagaiTahun).

Laporan Zakat. (2003). Kuala Lumpur: PusatPungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

MahmoodZuhdi Abdul Majid. (2003). Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka.

MdZyadiTahir&MarianiMajid.(1999). PrestasiKutipandanAgihan Zakat di Malaysia.Pascasidang

Seminar PengeluaranAwamdanSwasta: JustifikasidanRealiti di Malaysia. FakultiEkonomi,

UniversitiKebangsaan Malaysia. hlm. 293-306.

MuhamadMuda, AinulashikinMarzuki, Amir Shaharuddin. (2005). Internal and External Factors

Influencing Individual’s Participation in Zakat: Preliminary Results. Journal of Muamalat

and Islamic Finance Research2 (1), 77-92. Diaksespada 30 April 2011.

Nor GhaniMdNor, MarianiMajid, Jaafar Ahmad danNahid Ismail. (2001). Can Privatization Improve

Performance? Evidence from Zakat Collection Institutions.KertaskerjaBengkelEkonomi

Islam.FakultiEkonomi, UniversitiKebangsaan Malaysia.

PatmawatiHj. Ibrahim. (2008). Pembangunan EkonomiMelaluiAgihan Zakat: TinjauanEmpirikal.

Jurnal Syariah.16 (2): 223-224.

Qardawi, Yusof. (1998). PerananNilaidanAkhlakdalamEkonomi Islam. (terj). Kuala Lumpur. Metacorp

Bhd.

Saadah Abdul Raub. (2008). SistemPembayaran e-Zakat.Tesis Master.UniversitiTeknologi Malaysia,

Skudai, Johor.

Sadeq, AHM. (1991). Economic Development in Islam.Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Sanep Ahmad danHairunnizam Wahid.(2005). PersepsiAgihan Zakat

danKesannyaTerhadapPembayaran Zakat MelaluiInstitusi Formal.JurnalEkonomi Malaysia

39: 53-69.

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (2006).PenswastaanInstitusi Zakat

danKesannyaTerhadapPembayaranSecara Formal di Malaysia.International Journal of

Management Studies13 (2),175-196.

Selamah Maamor & Abdul Ghafar Ismail. (2010). The Efficiency of Ar-rahnu and Its Determinant.

Journal of Islamic Economics, Banking and Finance.

Page 10: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 423

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

Schacter, M. (1999).Means, Ends, Indicators: Performance Measurement in the Public Sector. Institute

on Governance, Ottawa, Canada.

JADUAL 1: Jumlah Kutipan Zakat di Seluruh Malaysia

NEGERI 2009 2005 2000 1995 1991

WILAYAH PERSEKUTUAN 248.8 130.1 58.9 33.7 14.6

SELANGOR 283.6 133.1 46.3 13.2 7.5

TERENGGANU 73.5 40.4 28 15.9 6.6

JOHOR 109.2 49.4 20.8 8.4 4.6

PERAK 67.2 27.5 16.4 11.2 6.7

PENANG 47.9 28.5 14.8 4.1 2.6

PAHANG 71.9 31 14.4 7.2 2.8

KEDAH 67.6 30.2 15.7 8 3.3

KELANTAN 66.5 29.4 10.6 4.8 2.8

N. SEMBILAN 42.3 23.1 11.9 4.5 2.8

MELAKA 30.7 17.7 8.4 7.1 4.4

SARAWAK 36.9 15.3 4.9 2.5 1.5

SABAH 25.4 11.3 3.3 2.5 1.5

PERLIS 25.3 6.6 4.3 1.7 0.9

JUMLAH 1.196 573.1 258.7 121.9 61.1

Sumber: Laporan Tahunan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan

RAJAH 2: Pengukuran Pelaksanaan dalam Input Output Pusat Pungutan Zakat

JADUAL 3: Analisis Deskriptif Input Dan Output Dari Tiga Kawasan Kaunter Kutipan Zakat Wilayah

Persekutuan Dari Tahun 2005 - 2009

MINIMUM MAKSIMUM PURATA SISIHAN PIAWAI

INPUT: BILANGAN PEKERJA (ORANG) 2 12 6 4

UPAH PEKERJA (RM) 41,464.63 7,287,137.53 2,147,156.70 2,810,329.62

OUTPUT: JUMLAH KUTIPAN (RM) 497,575.58 87,445,650.35 25,765,880.42 33,723,955.50

Page 11: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

424 Nur Hafizah Binti Ishak, Selamah Binti Maamor

BILANGAN PEMBAYAR (ORANG) 431 24,716 8,362 10,027

JADUAL 4: Kecekapan Input-Output Kutipan Zakat di Tiga Kawasan Wilayah Persekutuan (CRS)

TAHUN 2005 SKOR KECEKAPAN

(%) TANDA ARAS

INPUT 1 (BILANGAN PEKERJA)

INPUT 2 (UPAH PEKERJA)

W.P KUALA LUMPUR 100 8 W.P PUTRAJAYA 100 7 0.19 0

W.P LABUAN 100 8

TAHUN 2006 W.P KUALA LUMPUR 100 8

W.P PUTRAJAYA 100 8 W.P LABUAN 100 8

TAHUN 2007 W.P KUALA LUMPUR 100 7 0.04 0

W.P PUTRAJAYA 100 8 W.P LABUAN 100 7 0.72 0

TAHUN 2008 W.P KUALA LUMPUR 100 7 0.04 0

W.P PUTRAJAYA 100 7 0.26 0

W.P LABUAN 100 7 1.11 0

TAHUN 2009 W.P KUALA LUMPUR 100 8

W.P PUTRAJAYA 100 7 0.12 0 W.P LABUAN 100 1(0) 2 1.67 0

JADUAL 5: Kecekapan Input-Output Kutipan Zakat di Tiga Kawasan Wilayah Persekutuan (VRS)

TAHUN 2005 SKOR KECEKAPAN (%)

TANDA ARAS

INPUT 1 (BILANGAN PEKERJA)

INPUT 2 (UPAH PEKERJA)

W.P KUALA LUMPUR 100 8 W.P PUTRAJAYA 100 7 0.22 0

W.P LABUAN 100 8

TAHUN 2006 W.P KUALA LUMPUR 100 8

W.P PUTRAJAYA 100 8 W.P LABUAN 100 8

Page 12: Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah · PDF fileHasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian. Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 425

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

TAHUN 2007 W.P KUALA LUMPUR 100 7 0.52 0

W.P PUTRAJAYA 100 8 W.P LABUAN 100 7 0.22 0

TAHUN 2008

W.P KUALA LUMPUR 100 7 0.58 0

W.P PUTRAJAYA 100 7 0.74 0

W.P LABUAN 100 7 0.94 0

TAHUN 2009 W.P KUALA LUMPUR 100 8

W.P PUTRAJAYA 100 7 0.56 0

W.P LABUAN 100 1(0) 2 1.69 0