bab 5-kekayaan ekonomi sabah menarik minat syarikat borneo utara british

Download BAB 5-Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British

If you can't read please download the document

Upload: andi-nur-aqilah-binti-akarim

Post on 27-Jun-2015

467 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

SEJARAH - TINGKATAN 2 KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISHPETA KONSEP

Pengenalan1. Pada peringkat awal, Sabah berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. 2. Sabah menjadi tumpuan para pedagang Barat kerana kedudukannya yang strategik dan kekayaan hasil bumi.

Syarikat Borneo Utara British (SBUB) Bertapak di Sabah1. Sabah merupakan sebuah negeri di bawah naungan Brunei dan Kesultanan Sulu. Sultan Brunei telah memberikan konsesi tanah kepada C.L. Moses, wakil Amerika Syarikat untuk tempoh selama 10 tahun pada tahun 1865.

Anggaran kawasan Sabah yang diserah kepada Syarikat Overbeck dan Dent oleh Sultan Brunei pada tahun 1877 dan Sultan Sulu pada tahun 187 8

2. Moses telah menjadikan Sabah sebagai sebuah kawasan untuk penanaman kopi dan di Kimanis namun usahanya gagal. tebu 3. Oleh itu, beliau telah menjualkan konsesi tersebut kepada The American Trading yang diketuai oleh T.B. Harris dan J.W. Torrey. J.W. Torrey pula telah Company menjualkan konsesinya kepada Overbeck. 4. Overbeck yang mempunyai masalah kewangan telah meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent. 5. Overbeck telah memperbaharui tempoh pajakannya terhadapnya dengan bantuan daripada Gabenor Labuan, W.H. Treacher dengan syarat menubuhkan sebuah syarikat di bawah kekuasaan British. 6. Pembaharuan pajakan Overbeck telah ditandatangani oleh Sultan Brunei, Sulta n Abdul Mu'mein pada tahun 1877. 7. Dalam perjanjian itu, beliau telah menyerahkan kawasan Kiwanis dan Sungai Sibuku. 8. Overbeck dan Dent kemudiannya telah menandatangani perjanjian dengan ketua Kerajaan Sulu, Sultan Jamalul Alam untuk mendapatkan sebahagian daripada kawasan Sabah pada tahun 1878, lalu baginda telah memberikan kawasan dari Sungai Padasan hingga ke kawasan Sungai Sibuku. 9. Pada tahun 1880, Overbeck telah menjualkan haknya kepada Alfred dan Edward Dent. Dent telah menubuhkan sebuah Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. 10. Untuk mendapatkan modal bagi membuka sebuah syarikat, beliau tlah menjualkan saham persatuan itu. Selain itu, beliau juga telah mendapatkan Piagam Diraja

kerajaan British

untuk mengukuhkan perniagaannya.

11. Kerajaan British telah menganugerahkan piagam kepada Dent lalu syarikatnya ditukarkan kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB). 12. Melalui pemberian piagam itu, SBUB d apat mentadbir Sabah dan Sir Rutherford Alcock menjadi Presiden Sabah yang pertama manakala Alfred Dent dilantik sebagai Pengarah Urusan. 13. Melalui piagam itu juga, British dapat menghalang kuasa Barat lain untuk mendapatkan Sabah. 14. SBUB telah menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri naungan British dan British bertanggungjawab dalam hal ehwal luar negeri Sabah. 15. Antara syarat-syarat yang terkandung dalam pemberian piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad : (a) SBUB tidak boleh menyerahkan Sabah kepada sesiapa tanpa mendapat persetujuan daripada British. (b) SBUB hendaklah menerima nasihat daripada kerajaan British. (c) SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui oleh kerajaan British. (d) SBUB hendaklah memelihara agama, adat dan undang-undang penduduk tempatan. (e) SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil dan saksama.

SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah1. Pemerintahan SBUB di Sabah diketuai oleh Gabenor W.H. Treacher dilantik sebagai Gabenor pertama. 2. Perlantikan beliau dibuat oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British. 3. Majlis Penasihat dibentuk untuk membantu Gabenor menjalankan pentadbiran. 4. Pusat pentadbiran Sabah terletak di Sandakan. 5. Untuk melicinkan urusan pentadbiran, SBUB telah menubuhkan jabatan kerajaan.

6. Negeri Sabah dibahagikan kepada beberapa residensi di mana setiap residensi diketuai oleh seorang Residen. 7. Residen pula dibahagikan kepada daerah dan setiap daerah akan diketuai oleh Pegawai Daerah yang berbangsa Eropah. 8. Pada tahun 1915, jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diwujudkan dan disandang oleh penduduk tempatan. 9. Peranan Ketua Anak Negeri yang bergelar Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) ialah membantu Pegawai Daerah dalam pentadbiran. 10. Mereka diberi surat kuasa yang membenarkannya menguruskan hal yang berkaitan dengan masyarakat tempatan. 11. Untuk melicinkan pentadbiran di peringakat kampung, SBUB telah melantik ketua kampung yang bergelar Orang Tua. 12. SBUB turut mengekalkan jawatan pembesar tempatan kerana mereka lebih memahami budaya dan adat tempatan. 13. Pada masa yang sama pihak SBUB tidak mampu untuk menggaji ramai pegawai Eropah kerana SBUB menghadapi masalah kewangan. 14. Undang-undang Barat dan undang-undang tempatan dilaksanakan oleh SBUB untuk menjaga keamanan negeri. 15. Terdapat dua jenis mahkamah di Sabah iaitu Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri. 16. Mahkamah Anak Negeri akan diketuai oleh Ketua Anak Negeri dan ini akan martabat pembesar-pembesar tempatan. meninggikan

SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah1. Tujuan SBUB menguasai negeri Sabah adalah untuk menguasai kekayaan sumber ekonominya. 2. Oleh itu, SBUB cuba mengeksploitasi hasil tradisional Sabah yang memberi keuntungan yang banyak. 3. Antaranya ialah sarang burung, sagu, rotan, pokok lanut, trepang dan sirip ikan yu. 4. Di samping itu SBUB turut menguasai aktivit i pertanian, pembalakan dan perlombongan di Sabah.

Hasil Tradisional Menyumbang Kewangan SBUB1. Sarang burung merupakan hasil eksport tradisional Sabah yang menguntungkan SBUB. 2. Pada tahun 1926, nilai eksport sarang burung adalah berjumlah 125 000 dolar.

3. SBUB turut menggalakkan penduduk mengusahakan tanaman sagu secara komersial kerana harganya yang tinggi di pasaran dunia. 4. Jumlah eksport sagu di Sabah pada tahun 1888 adalah bernilai 93 433 dolar. 5. Walaupun penduduk Sabah bersusah payah meningkatkan hasil keluaran tradisional tetapi mereka tidak dapat menikmati keuntungannya. 6. Ini kerana penduduk tempatan dikenakan pelbagai jenis cukai seperti cukai tanah, cukai kepala dan lesen perahu serta senjata. 7. Hasil jualan daripada penduduk tempatan juga akan dikenakan cukai manakala SBUB pula dapat mengatasi masalah kewangannya.

Hasil Pertanian Dagangan Meningkatkan Keuntungan SBUB1. SBUB turut memperkenalkan tanaman baru di Sabah seperti tembakau dan getah. 2. Tanaman ini diusahakan dengan giat di Sabah kerana tanah yang luas dan subur. 3. Tembakau: (a) Tanaman dagangan yang penting kerana mutu tembakau Sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia (b) Mendapat permintaan yang tinggi di Belanda dan Amerika Syarikat. (c) Untuk menggalakkan tanaman tembakau, SBUB mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau. (d) Terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah menjelang tahun 1890. (e) Hasil eksport tembakau pada tahun 1902 adalah bernilai lebih dua juta dolar. ( f) Diusahakan di Teluk Marudu, Pulau Banggi, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan. 4. Getah: (a) Pembukaan ladang-ladang getah di Beaufort, Jesselton dan Tenom meningkat akibat pembinaan landasan kereta api. (b) Untuk menggalakkan tanaman getah, SBUB memberi empat peratus dividen dan pengecualian cukai eksport selama 50 tahun. (c) SBUB membawa masuk buruh dari China dan Jawa untuk bekerja di ladang getah.

Pembalakan Menguntungkan SBUB

1. Kegiatan pembalakan di Sabah diusahakan di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. 2. Jenis kayu balak yang terdapat di Sabah ialah seraya, ramin, kapur, belian dan meranti. 3. Kekurangan tenaga kerja diatasi dengan membawa masuk buruh dari Indonesia dan Filipina. 4. Hasil balak ini dieksport ke China, Singapura, Britain dan Australia melalui pelabuhan Sandakan.

Perlombongan Menggalakkan Kemasukan Pelabur1. Hasil perlombongan yang giat diusahakan oleh SBUB ialah emas, arang batu dan mangan. 2. Silimpopon merupakan kawasan longgokan arang batu yang terbesar di Asia Tenggara. 3. Hasil mangan yang diperoleh pula dieksport ke Britain.

Sumber kekayaan Sabah pada kurun ke-19

Perubahan Sosial SBUB di Sabah1. SBUB turut membangunkan kemudahan asas seperti landasan kereta api, jalan raya, sekolah, hospital dan telegraf untuk menjaga kepentingan dan keuntungannya. 2. Landasan kereta api pertama dibina pada tahun 1896. Landasan ini panjangnya 32 km dan menghubungkan Weston ke Beaufort. 3. Pada tahun 1905, landasan kereta api disambung dari Beaufort ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap. 4. Landasan ini dibnina bertujuan untuk memudahkan pengangkutan hasil k eluaran di bahagian pedalaman ke pelabuhan. 5. Pembinaan jalan raya pula tertumpu di bandar -bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Tawau. 6. Jalan raya juga dibina bertujuan untuk memudahkan perhubun gan antara kawasan kegiatan ekonomi dengan bandar dan pelabuhan. 7. Pihak SBUB juga turut memajukan sistem pengangkutan air dan sungai di Sabah.

Perkembangan landasan kereta api dan jalan raya di Sabah 8. Antara syarikat perkapalan yang terlibat ialah Straits Steamship yang memulakan perkhidmatannya untuk mengangkut penumpang dan barangan pada tahun 1890. 9. Namun SBUB kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan. Ini memberi peluang kepada mubaligh Kristian untuk membina sekolah dan menyebarkan agama Kristian. 10. Pada tahun 1883, sekolah pertama yang dibina oleh mubaligh Roman Katolik ialah Institut Byron di Sandakan. 11. Menjelang tahun 1939, terdapat 49 buah sekolah mubaligh yang didirikan di Sabah dengan bilangan muridnya lebih kurang 3 700 orang. 12. Jabatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1909 bertujuan untuk menguruskan sekolah-sekolah di Sabah. 13. Sekolah Latihan dibina bert ujuan untuk melatih anak-anak Ketua Anak Negeri menjadi pegawai pentadbiran di peringkat rendah. 14. Ciri-ciri Sekolah Latihan: (a) Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. (b) Kurikulum yang diajar ialah membaca, menulis dan mengira. (c) Lulusan sekolah ini akan ditawarkan menjadi renjer, kerani dan Ketua Anak Negeri.

15. Pada tahun 1921, sekolah Melayu yang pertama telah didirikan di Kota Belud. 16. Sehingga tahun 1930, hanya terdapat 10 buah sekolah Melayu untuk menampung bilangan pelajar seramai 400 orang. 17. Di Sabah, terdapat juga sekolah Cina yang dibina sendiri oleh masyarakat Cina. 18. Menjelang tahun 1940 pula, terdapat seramai 11 000 orang murid yang berdaftar di sekolah Melayu, sekolah Mubaligh dan sekolah Cina. 19. SBUB hanya menyediakan peluang pendidikan di peringkat rendah sahaja kerana menghadapi masalah kewangan dan beranggapan bahawa bidang pendidikan tidak menguntungkan. 20. Kemudahan hospital yang disediakan terhad di bandar -bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Beaufort dan Kudat manakala pusat-pusat kesihatan dibina di kawasan luar bandar. 21. Pada tahun 1940, terdapat 9 buah hospital dan 40 buah klinik di Sabah. 22. Namun perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah kerana jumlah doktor yang tidak mencukupi. 23. Pembangunan dalam bidang ekonomi dan sosial telah membawa kepada kemunculan bandar-bandar baru seperti Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahad Datu.

RUMUSAN1. Syarikat Borneo Utara yang menguasai Sabah telah mengaut keuntungan dengan mengadakan permbaharuan di negeri itu dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan sosial. 2. Pembinaan kemudahan asas dilakukan hanya untuk memudahkan SBUB mengaut keuntungan dari hasil bumi Sabah. 3. Walaupun bidang ekonomi Sabah berkembang, rakyat tempatan tidak dapat menikmatinya kerana mereka disisihkan dari arus pembangunan.Copyright 2005 Kenshido International Sdn Bhd