soalan lazim: akta majlis keselamatan negara 2016 … · for colonial affairs dan dianggotai oleh...

21
SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 [AKTA 776]

Upload: others

Post on 03-Jul-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

SOALAN LAZIM:

AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016[AKTA 776]

Page 2: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

1. Bilakah Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 [Akta 776]diwartakan dan berkuat kuasa?

Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 [Akta 776] telah diwartakanpada 7 Jun 2016 dan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2016.

2. Apakah tujuan Akta ini?

Akta 776 ialah Akta yang digubal untuk menubuhkan MajlisKeselamatan Negara. Akta ini juga memperuntukkan mengenaiperisytiharan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai kawasankeselamatan, kuasa khas Pasukan Keselamatan dalam kawasankeselamata m dan perkara lain yang berhubungan dengannya.

3. Kenapa perlu Akta ini apabila sudah ada SOSMA 2012 danPOTA 2015?

3.1 Tujuan dan konsep Akta ini adalah berbeza daripada AktaKesalahan Keselamatan (langkah-Langkah Khas) 2012(SOSMA 2012) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015(POTA 2015).

3.2 SOSMA 2012 merupakan undang-undang prosedur dansiasatan yang memperuntukkan kuasa-kuasa khas bagisiasatan berkaitan kesalahan keselamatan. Manakala, POTA2015 adalah suatu undang-undang pencegahan yangmencegah perlakuan atau sokongan kepada perbuatanpengganas mana-mana organisasi kumpulan pengganas diluar negara.

3.3 Sebaliknya, Akta 776 ini adalah bersifat complementarykepada SOSMA 2012 dan POTA 2015 dalam menangani isukeganasan di mana kawasan yang terlibat dengan aktivitikeganasan boleh diisytiharkan sebagai kawasankeselamatan di bawah seksyen 18 Akta 776 agar tindakanbersepadu boleh diambil bagi menangani ancamankeselamatan tersebut.

3.4 Selain itu, penguatkuasaan Akta 776 ini tidak menjejaskanpenguatkuasaan mana-mana undang-undang lain di dalamkawasan keselamatan. Sebagai contoh, jika terdapatsebarang aktiviti keganasan (terrorism) dilakukan di dalamkawasan keselamatan yang termasuk di bawah skop

1

Page 3: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

SOSMA 2012 atau POTA 2015, maka peruntukan di bawahSOSMA 2012 atau POTA 2015 adalah terpakai.

4. Apakah penjelasan terhadap dakwaan bahawa Akta 776adalah tidak sah (unconstitutional) kerana bercanggahdengan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan?

4.1 Dakwaan ini adalah tidak benar. Akta 776 tidak dibuat dibawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Ia dibuat dibawah kuasa Parlimen mengikut Perkara 74(1)Perlembagaan Persekutuan dibaca dengan butiran 2 dan 3,Senarai Pertama, Jadual Kesembilan, PerlembagaanPersekutuan.

4.2 Hal perkara berhubung “pertahanan bagi persekutuan” dan“keselamatan dalam negeri” adalah merupakan perkara yangdinyatakan dengan jelas di bawah butiran 2 dan 3, SenaraiPertama, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.Oleh yang demikian, Akta 776 yang merupakan suatuundang-undang bagi maksud keselamatan negara adalah dibawah bidang kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang dan sekaligus berada di bawah bidang kuasaeksekutif Persekutuan.

4.3 Oleh itu tidak ada keperluan supaya diadakan ‘recital’ bagimenyatakan Akta 776 dibuat di bawah Perkara 149Perlembagaan Persekutuan. Malahan, Akta 776 tidakmemperuntukkan apa-apa kesalahan yang baru mahupunprosedur luar biasa daripada yang diperuntukkan di dalamundang-undang sedia ada. Akta 776 juga tidak menjejas hakasasi yang dilindungi di bawah Perkara 5, 9, 10 dan 13Perlembagaan Persekutuan.

5. Apakah penjelasan terhadap dakwaan bahawa Akta 776menonjolkan dictatorship Perdana Menteri kerana sepatutnyahanya YDP Agong sahaja yang mempunyai kuasa untukmembuat perisytiharan darurat?

5.1 Dakwaan ini adalah tidak tepat sama sekali. Terdapatperbezaan yang ketara antara perisytiharan darurat dankawasan keselamatan. Darurat hanya boleh diisytiharkanoleh YDPA apabila berlaku darurat yang besar (graveemergency) dan bukannya ancaman keselamatan biasa.

2

Page 4: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

Dalam mengawal dan menguruskan suatu ancaman yangdihadapi, Kerajaan mengambil pendekatan bahawaproklamasi darurat di bawah Perkara 150 adalah kaedahpenyelesaian yang terakhir sekali (the last resort)memandangkan kesan proklamasi darurat yang amat besartermasuklah kuasa Parlimen untuk membuat undang-undangdan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan yang bolehmeliputi bidangkuasa Dewan Undangan Negeri danKerajaan Negeri (kecuali dalam hal agama islam, adatistiadat dan hak anak Negeri Sabah dan Sarawak).

5.2 Sebaliknya, perisytiharan kawasan keselamatan boleh dibuatapabila berlaku ‘ancaman yang serius terhadap keselamatannegara’ dan bukannya ‘darurat yang besar’. Ini bermaksud,tahap ancaman yang membolehkan perisytiharan kawasankeselamatan oleh Perdana Menteri adalah lebih rendahberbanding tahap ancaman bagi maksud perisytiharandarurat oleh YDPA. Maka tidak timbul isu ‘power grab’ataupun ‘promoting dictatorship’. Kuasa untukmengisytiharkan darurat masih kekal kepada YDPA dibawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

6. Apakah penjelasan terhadap dakwaan bahawa kesanproklamasi Darurat dan perisytiharan kawasan keselamatanadalah sama?

Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kesan proklamasidarurat di bawah Perkara 150 adalah lebih besar berbandingkesan yang timbul berikutan perisytiharan kawasan keselamatandi bawah Seksyen 18 Akta 776. Perbandingan kesan di antarakedua-duanya adalah seperti berikut:

Perkara 150 Seksyen 18

(i) YDPA boleh memasyhurkanapa-apa ordinan yangdidapatinya perlu mengikuthal keadaan, sekiranyakedua-dua Majlis Parlimentidak bersidang.

(i) Kuasa untuk membuatundang-undang kekalkepada Parlimen danDewan Undangan Negerimasing-masing.

3

Page 5: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

Perkara 150 Seksyen 18

(ii) Parlimen mempunyai kuasauntuk membuat undang-undang mengenai semuaperkara kecuali dalamperkara yang menyentuhagama Islam, adat orangmelayu dan undang-undanganak Negeri Sabah danSarawak.

(ii) Kuasa perundangan kekalkepada Parlimen danDewan Undangan Negerimasing-masing mengikutbidangkuasa sebagaimanayang diperuntukkan didalam PerlembagaanPersekutuan.

(iii) Kuasa eksekutifPersekutuan boleh meliputiapa-apa perkara dalamkuasa perundangan sesuatuNegeri dan bolehmemberikan arahan kepadaKerajaan sesuatu Negeri.

(iii) Kuasa eksekutif kekaldengan KerajaanPersekutuan dan KerajaanNegeri masing-masingmengikut bidangkuasasebagaimana yangdiperuntukkan di dalamPerlembagaanPersekutuan.

7. Apakah penjelasan terhadap dakwaan bahawa Akta 776digubal untuk menjamin kepentingan Perdana Menteri danUMNO?

7.1 Dakwaan ini adalah tidak tepat sama sekali. Akta 776digubal berdasarkan tiga sebab utama iaitu pertama; untukmenubuhkan MKN secara perundangan susulanpemansuhan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1971dan Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 pada tahun2011 yang menjadi punca kuasa MKN sebelum ini, kedua;untuk meningkatkan penyaluran maklumat risikan antaraPasukan Keselamatan dan Entiti Kerajaan dan ketiga; untukmewujudkan mekanisme tindak balas segera apabila berlakuancaman serius terhadap keselamatan negara.

7.2 Dari segi kepengerusian Majlis Keselamatan Negara olehPerdana Menteri, kedudukan ini adalah mengambil modelNational Security Council negara-negara lain yang masing-masing juga dipengerusikan oleh Perdana Menteri atauPresiden dengan ahli-ahli yang dilantik.

4

Page 6: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

8. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepatutnya berada dibawah kuasa YDPA tetapi telah diambil alih oleh PerdanaMenteri di bawah Akta 776. Adakah kuasa YDPA terhadapATM akan terhakis?

YDPA tidak melaksanakan operational command terhadap ATM.YDPA adalah field marsyal ATM, ketua dari segi istiadat dansimbol ketenteraan. Oleh itu, isu berhubung sama ada kuasaYDPA terhadap ATM akan terhakis adalah tidak berbangkit.Penglibatan ATM sebagai Pasukan Keselamatan di bawah Akta776 adalah disebabkan ATM tidak mempunyai kuasaperundangan untuk menjalankan tugas operasi keselamatandalam negeri dalam situasi bukan peperangan. Oleh yangdemikian, Akta 776 adalah penting bagi membolehkan ATMmenjalankan operasi menangani ancaman keselamatan negarabersama-sama dengan Pasukan Keselamatan yang lain.

9. Adakah ancaman keselamatan yang dihadapi oleh negara kinibegitu serius sehingga memerlukan penggubalan Akta 776?

9.1 Ancaman terhadap keselamatan negara boleh berlaku padabila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa dapatdijangka. Persoalannya ialah sejauh mana kita bersediauntuk menangani ancaman keselamatan yang bersifat rentassempadan, amat kompleks dan mampu mengganggu-gugatkeselamatan negara dan kesejahteraan rakyat?Memandangkan bentuk-bentuk ancaman keselamatannegara hari ini yang kompleks dan dinamik, maka Kerajaanperlu memperkukuhkan mekanisme dan sistem dalampenggubalan dasar-dasar keselamatan, perkongsianmaklumat perisikan dan tindak balas segera yang bersepaduoleh Pasukan Keselamatan ke atas sesuatu insidenancaman keselamatan yang di luar kemampuan sesebuahagensi. Kita tidak boleh menunggu sesuatu insiden atauancaman berlaku, kemudian baru bertindak kerana ianyamungkin sudah terlambat dan mengorbankan banyak nyawadan harta benda.

9.2 Insiden serangan pengganas di Lahad Datu pada tahun2013 memberi pengajaran berguna buat Malaysia. Susulaninsiden tersebut, Kerajaan telah mengisytihar kawasankeselamatan di Sabah (ESSZONE) dan bukan perisytiharandarurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

5

Page 7: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

Melalui perisytiharan kawasan keselamatan, ketenteramanawam di kawasan tersebut berjaya dipulihkan dan hak asasipenduduk di kawasan tersebut terjamin. Jika perisytiharandarurat di bawah Perkara 150, Perlembagaan Persekutandibuat, segala aktiviti politik, ekonomi dan sosial sudah tentuakan lumpuh sama sekali. Ianya akan menyulitkankehidupan seharian penduduk di Sabah.

9.3 Selain itu, Akta ini diwujudkan berikutan pemansuhanOrdinan Darurat 1971 dan Akta Darurat 1979 pada 2011.Kewujudan MKN, JPM pada masa kini adalah secarapentadbiran berdasarkan keputusan Mesyuarat JemaahMenteri pada 1971. Kewujudan secara pentadbiran ini telahmenjejaskan tindakan pengarahan dan penyelarasan olehMKN, JPM terhadap Pasukan Keselamatan dan Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan keselamatan negara.

9.4 Akta ini juga akan memberikan kuasa kepada MKN, JPMuntuk menyelaras tindakan bersepadu di kalangan anggotaPasukan Keselamatan. Ia turut memberi kuasa sewajarnyakepada Pasukan Keselamatan bagi menangani ancamanyang berlaku di dalam kawasan keselamatan yangdiisytiharkan.

10. Adakah Akta 776 menjejaskan hak-hak keistimewaan Sabahdan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963?

10.1 Bagi maksud penubuhan Malaysia, Suruhanjaya Cobbolddan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-GovernmentalCommittee)1 telah ditubuhkan untuk mengkaji danmerumuskan persetujuan-persetujuan pihak-pihak berkaitanserta mengemukakan syor berhubung ‘future constitutionalarrangements and the form of the necessary safeguards forNorth Borneo and Sarawak’. Syor-syor dalam LaporanSuruhanjaya dan Jawatankuasa berkenaan, setakat yangdipersetujui oleh Kerajaan British, Persekutuan TanahMelayu, Borneo Utara (iaitu Sabah), Sarawak danSingapura telah diterjemahkan dalam Perjanjian Malaysiayang kemudiannya telah diperuntukkan dalam

1 Inter-Governmental Committee dipengerusikan oleh Marquess of Lansdowne, the Minister of Statefor Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan TanahMelayu, Borneo Utara (iaitu Sabah) dan Kerajaan Sarawak.

6

Page 8: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

Perlembagaan Persekutuan, Akta Malaysia 1963 [Akta26/1963] dan undang-undang yang berkaitan.

10.2 Antara peruntukan yang dibuat dalam PerlembagaanPersekutuan berhubung dengan pelaksanaan PerjanjianMalaysia termasuklah peruntukan khas bagi menjaminkepentingan Sabah dan Sarawak berhubung dengan perkaratanah, peruntukan mengenai kedudukan istimewa anaknegeri di Sabah dan Sarawak dalam perkara berkaitanperizaban jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,danasiswa, keistimewaan pendidikan atau latihan,pemberian permit dan lesen perdagangan atau perniagaan,bilangan tempat dalam universiti, kolej dan institusipendidikan, dan sekatan yang diperuntukkan dalamPerlembagaan Persekutuan kepada sesuatu negeri untukmeminjam tidak terpakai kepada Sabah dan Sarawak.

10.3 Tambahan daripada itu, kesemua peruntukan PerlembagaanPersekutuan yang memberikan lebih autonomi dankedudukan yang istimewa kepada Negeri-Negeri Sabah danSarawak tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya olehKerajaan Persekutuan tanpa persetujuan Yang di-PertuaNegeri bagi Negeri Sabah atau Negeri Sarawak jika pindaanitu ialah yang akan menyentuh perjalanan kuat kuasaPerlembagaan Persekutuan berkenaan dengan perkara-perkara yang melibatkan antara lain, hak rakyat Sabah danSarawak untuk menjadi warganegara, keanggotaan danbidang kuasa Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, kuasaperundangan Badan Perundangan Negeri Sabah danSarawak, agama dan penggunaan apa-apa Bahasa di dalamNegeri Sabah dan Sarawak serta kuota ahli Dewan Rakyatyang diperuntukkan untuk Negeri Sabah dan Sarawak.

10.4 Dalam hal ini Perjanjian Malaysia 1963 memperuntukkanPerkara VIII Perjanjian Malaysia seperti yang berikut:

“Article VIIIThe Governments of the Federation of Malaya, North Borneoand Sarawak will take such legislative, executive or otheraction as may be required to implement the assurances,undertakings and recommendations contained in Chapter 3of, and Annexes A and B to, the Report of the Inter-Governmental Committee signed on 27th February, 1963,

7

Page 9: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

in so far as they are not implemented by express provision ofthe Constitution of Malaysia.”

10.5 Berdasarkan Annex A Report of the Inter-GovernmentalCommittee tersebut, perkara berhubung dengan‘pertahanan’ dan ‘keselamatan dalam negeri’ dinyatakandalam Senarai Persekutuan Perlembagaan Persekutuan dansehubungan dengan itu selaras dengan Perkara 80(1)Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif berhubungdengan perkara berkenaan adalah dijalankan oleh KerajaanPersekutuan. Dalam hal ini bukan sahaja KerajaanPersekutuan mempunyai kuasa berkenaan pertahanan dankeselamatan dalam negeri, ia merupakan suatu obligasi keatas Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan kuasatersebut.

11. Kenapa tiada definisi keselamatan negara dalam Akta 776?

11.1 Akta 776 tidak memperuntukkan takrif yang khusus bagiterma “keselamatan negara” demi melengkapkan Majlisdengan segala kuasa yang sewajarnya untuk menggubaldasar dan merangka langkah strategik dan tindakanbersepadu yang sewajarnya dalam usaha menanganisebarang ancaman terhadap keselamatan negara dalamapa-apa jua bentuk sekalipun.

11.2 Ancaman keselamatan yang dihadapi oleh Malaysia padaketika ini adalah amat berbeza dengan ancaman yangdihadapi negara 50 tahun sebelum ini. Kini, negara bukansahaja terdedah kepada ancaman dari segi seranganketenteraan yang konvensional malah perlu menghadapiserangan-serangan dalam pelbagai bentuk termasuklahserangan kimia, biologi, radiologi, nuklear, serangankumpulan ekstremis yang dilengkapi dengan teknologicanggih dan terkini yang boleh berlaku pada bila-bila masadan mengakibatkan kerosakan pada skala yang besarkepada negara dan kecederaan kepada ramai rakyat padasatu-satu masa.

11.3 Walaupun tiada takrif khusus diperuntukkan terhadap terma“keselamatan negara”, rujukan bolehlah dibuat terhadapelemen-elemen penting keselamatan negara sebagaimanayang diperuntukkan di bawah perenggan 4(a) Akta sebagai

8

Page 10: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

termasuk kedaulatan, integriti wilayah, pertahanan,kestabilan sosio-politik, kestabilan ekonomi, sumberstrategik, perpaduan negara dan kepentingan lain yangberhubung dengan keselamatan negara.

11.4 Pertimbangan berhubung apakah yang termasuk di bawahmaksud keselamatan negara dan tahap ancaman atau tahapkeseriusan ancaman keselamatan negara tersebut adalahmerupakan kuasa pihak eksekutif.

12. Mengapakah tiada wakil daripada Sabah dan Sarawak dalamkeanggotaan Majlis? Jumlah keanggotaan Majlis juga tidakmemadai kerana tidak mencerminkan komposisi etnik,budaya, perpaduan nasional dan kepentingan ekonomi.

12.1 Hal perkara berhubung keselamatan negara adalahmerupakan bidangkuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan.Sehubungan itu, keanggotaan Majlis sebagaimana yangdinyatakan di dalam Seksyen 6 Akta 776 adalahdiperuntukkan kepada mereka yang mempunyaipengetahuan khusus dan maklumat sewajarnya berhubungkeselamatan negara, termasuklah keselamatan di Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak.

12.2 Sungguhpun begitu, Seksyen 10 Akta memperuntukkanbahawa Majlis boleh mengundang mana-mana orang yangbukan anggota Majlis untuk menghadiri mesyuaratnya bagimenasihati Majlis mengenai apa-apa perkara yangdibincangkan. Sekiranya sesuatu hal perkara yangdibincangkan di dalam Majlis melibatkan Negeri-negeri,maka wakil-wakil negeri yang berkaitan boleh dijemput untukmenghadiri mesyuarat Majlis.

12.3 Keanggotaan Majlis yang terlalu ramai adalah dilihat sebagaikurang sesuai, terutamanya apabila fungsi utama Majlisadalah berkisar hal-hal keselamatan negara yangmerupakan suatu perkara yang amat terperingkat(confidential).

12.4 Mesyuarat juga akan diadakan dengan kerap dan keahlianyang ramai akan menjejaskan kelancaran kehadiranmesyuarat Majlis.

9

Page 11: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

13. Adakah Majlis, melalui Seksyen 11 Akta 776, mempunyaikuasa untuk menentukan segala tatacaranya termasuktatacara penguatkuasaan?

Seksyen 11 Akta 776 adalah bagi membolehkan Majlismenentukan tatacara dalamannya iaitu berkenaan tatacaramesyuarat, perkara-perkara yang hendak dibincangkan di dalammesyuarat dan perkara-perkara berkaitan pentadbiran Majlis.Seksyen 11 bukanlah bertujuan untuk membolehkan Majlismembuat tatacara penguatkuasaan kerana perkara berkenaanpenguatkuasaan telah diperuntukkan di dalam Bahagian V, Akta.

14. Keanggotaan mana-mana Jawatankuasa hendaklahmengandungi sekurang-kurangnya seorang wakil daripadaNegeri Sarawak.

14.1 Seksyen 12 Akta 776 memperuntukkan bahawa Majlis bolehmenubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perluatau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakanfungsinya. Untuk tujuan ini, Majlis boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-manajawatankuasa tersebut, dan boleh juga melantik mana-manaanggotanya untuk menjadi pengerusi jawatankuasa yangditubuhkan ini.

14.2 Ahli-ahli jawatankuasa ini akan dipilih daripada kalanganindividu yang sesuai dan berpengetahuan berhubungperkara subjek (subject matter) dan maksud jawatankuasatersebut ditubuhkan. Oleh yang demikian, cadangan supayakeanggotaan jawatankuasa hendaklah mengandungisekurang-kurangnya seorang wakil daripada Negeri Sarawakadalah tidak berbangkit kerana keanggotaan jawatankuasaadalah bergantung kepada kepakaran dan pengetahuanseseorang itu dan bukannya faktor kenegerian.

15. Apakah penjelasan terhadap dakwaan bahawa ATMsewajarnya tidak terlibat dengan operasi selain operasiketenteraan (perang)?

15.1 Akta ini hanya memberi kuasa kepada PasukanKeselamatan yang termasuklah ATM (sekiranya dikerah kekawasan keselamatan tersebut) untuk membantu dalam

10

Page 12: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

menangani ancaman keselamatan yang timbul di dalamkawasan keselamatan tersebut.

15.2 Pada masa ini, pihak ATM tidak mempunyai kuasa melaluiundang-undang untuk membuat tangkapan, sitaan,penggeledahan dan lain-lain kuasa penguatkuasaan yangdiperlukan dalam menangani sesuatu ancaman.

15.3 Oleh yang demikian, undang-undang in digubal untukmemberikan kuasa khas yang dinyatakan di Bahagian V,Akta kepada ATM bagi membolehkan ATM untuk turut samamemainkan peranan mereka dalam menjaga keselamatannegara dalam kawasan keselamatan.

16. Bagaimana Akta 776 boleh dikuatkuasakan bagi menghadapiancaman bersifat asimetri?

16.1 Seksyen 17 Akta 776 mengenakan kewajipan terhadap EntitiKerajaan untuk melaporkan kepada Majlis melalui KetuaPengarah Keselamatan negara apa-apa maklumat ataurisikan yang menjejaskan atau berkemungkinan untukmenjejaskan keselamatan negara.

16.2 Oleh yang demikian, segala maklumat risikan berhubungancaman yang bersifat asimetri atau bukan konvensional inidapat ditangani dengan lebih bersepadu dan berkesan dibawah Akta ini.

16.3 Dalam pada itu juga, Majlis mempunyai kuasa di bawahSeksyen 5 untuk mengawal dan menyelaras Entiti Kerajaandalam semua operasi berkenaan keselamatan negaratermasuklah ancaman bersifat asimetri.

17. Adakah perisytiharan kawasan keselamatan memerlukanpersetujuan mandatori oleh Menteri Besar atau Ketua Menteribagi negeri-negeri yang berkenaan?

17.1 Hal perkara berhubung pertahanan Persekutuan dankeselamatan dalam Negeri adalah merupakan perkara yangberada di dalam bidangkuasa eksekutif KerajaanPersekutuan. Perkara ini adalah jelas diperuntukkan dibawah Perkara 80(1) Perlembagaan Persekutuan yang di

11

Page 13: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

baca bersekali dengan Butiran 2 dan 3, Senarai Pertama,Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

17.2 Oleh yang demikian, keperluan persetujuan mandatori olehmana-mana Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar atauKetua Menteri dalam hal perkara yang berada di bawahbidang kuasa Kerajaan Persekutuan secara keseluruhannyaadalah tidak berbangkit.

18. Apakah maksud “keselamatan diganggu atau diancamdengan serius oleh mana-mana orang, perkara atau benda”sebagaimana diperuntukkan di dalam subseksyen 18(1) Akta?Adakah banjir merupakan ancaman keselamatan?

18.1 Maksud “keselamatan diganggu atau diancam dengan seriusoleh mana-mana orang, perkara atau benda” sebagaimanadiperuntukkan di dalam subseksyen 18(1) Akta 776 adalahgangguan atau ancaman yang serius oleh mana-manaorang, perkara atau benda yang menyebabkan atauberkemungkinan untuk menyebabkan bahaya yang seriuskepada orang ramai, atau bahaya yang serius kepadawilayah, ekonomi, infrastruktur utama negara atau apa-apakepentingan Malaysia yang lain yang memerlukan tindakbalas negara dengan serta-merta.

18.2 Perkataan “orang” bermaksud mana-mana orang atausekumpulan orang termasuklah pertubuhan, “perkara’bermaksud sesuatu yang tidak ketara (intangible) sepertiwabak, serangan siber, perasaan tidak sihat sepertisentimen perkauman yang melampau dan “benda”bermaksud sesuatu yang ketara (tangible) seperti binatangatau senjata biologi seperti anthrax.

18.3 Perkataan “serius” sebagaimana yang diperuntukkan dibawah subseksyen 18(1) Akta hendaklah ditakrifkanmengikut maksud biasa (literal meaning) yang mana akanmelibatkan pertimbangan sewajarnya oleh Majlis.

18.4 Suatu bencana seperti banjir yang berskala besar sehinggamenjejaskan atau berkemungkinan untuk menjejaskankeselamatan negara boleh dikategorikan sebagai ancamankeselamatan dan tertakluk di bawah Akta ini sekiranya

12

Page 14: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

kawasan yang terlibat diisytihar sebagai kawasankeselamatan di bawah Akta ini.

19. Apakah legal safeguard berhubung kuasa mengisytiharkawasan keselamatan?

Mekanisma check and balance diperuntukkan di bawahsubseksyen 18(6) Akta 776 yang mana perisytiharan kawasankeselamatan hendaklah dibentangkan di Parlimen denganseberapa segera, dan seterusnya boleh dibatalkan jika resolusidiluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk membatalkanperisytiharan tersebut.

20. Mengapa kuasa yang terlalu luas diberi kepada PerdanaMenteri berhubung perisytiharan kawasan keselamatan?

Kuasa Perdana Menteri di bawah Seksyen 18 adalah untukmengisytihar kawasan keselamatan atas nasihat Majlis danbukannya secara bersendirian. Anggota-anggota Majlis terdiridaripada individu yang berkelayakan dan mempunyaipengetahuan sewajarnya dalam hal keselamatan negara. Olehyang demikian, dakwaan bahawa Akta ini memberi kuasa yangluas kepada Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali.

21. Subseksyen 18(1) Akta 776 memperuntukkan bahawa PerdanaMenteri hendaklah bertindak atas nasihat Majlis tetapi dibawah subseksyen 18(4) PM boleh memperbaharuiperisytiharan tanpa nasihat Majlis.

21.1 Walaupun peruntukan di subseksyen 18(4) tidakmenyatakan bahawa Perdana Menteri bolehmemperbaharui perisytiharan kawasan keselamatan atasnasihat Majlis, ini tidak bermakna Perdana Menteri akanbertindak secara bersendirian.

21.2 Perlulah diingat bahawa Perdana Menteri juga merupakanPengerusi Majlis yang mempunyai semua maklumat yangdiperlukan untuk memutuskan sama ada tempohperisytiharan perlu diperbaharui atau tidak. Secarapraktikalnya, Perdana Menteri akan bertindak atas nasihatMajlis dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan negara.

13

Page 15: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

21.3 Jika tempoh lanjutan ini tidak dipersetujui, Parlimen bolehmenggunakan kuasanya di bawah subseksyen 18(6) untukmembatalkan pelanjutan perisytiharan tersebut.

22. Adakah visiting forces boleh dikerah untuk bertugas dikawasan keselamatan dan adakah ia mempunyai kuasasecara automatik dalam Akta ini?

Seksyen 19(2) Akta ini memperuntukkan bahawa Majlis bolehmengeluarkan suatu perintah eksekutif berhubung pengerahantugas (deployment) mana-mana Pasukan Keselamatan. Dalamhubungan ini, Visiting Forces juga adalah tertakluk kepada arahanPengarah Operasi dan Majlis yang dinyatakan di bawah Akta ini.Walau bagaimanapun, Visiting Forces tidak mempunyai kuasasecara automatik di bawah Akta ini.

23. Adakah YDPA perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sesuatukawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

23.1 Tiada kehendak undang-undang yang memerlukan Majlisuntuk merujuk kepada YDPA sebelum sesuatu kawasandiisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

23.2 Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang Majlis untukmemaklumkan YDPA berhubung perkara-perkara pentingmengenai keselamatan negara dari semasa ke semasa.

24. Apakah mekanisma untuk menangani ancaman keselamatandi dalam keadaan yang mana tiada kawasan yang tertentuseperti ancaman serangan siber?

24.1 Sekiranya suatu ancaman keselamatan tidak melibatkansesuatu kawasan yang tertentu seperti ancaman serangansiber, maka tiada perisytiharan kawasan keselamatan akandibuat. Sebaliknya, ancaman keselamatan sedemikian akanditangani melalui arahan (directive) Majlis di bawah Seksyen5(b) Akta ini.

24.2 Sebagai contoh, dalam hal serangan siber, mekanismapengurusan ancaman adalah berdasarkan kepada ArahanMKN No. 24 berhubung Dasar dan Mekanisme PengurusanKrisis Siber Negara (2011).

14

Page 16: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

25. Akta Angkatan Tentera 1972 akan diabaikan dengan adanyaAkta ini dan tentera akan dipaksa terlibat walaupun iabercanggah dengan Akta Angkatan Tentera 1972.

Akta Angkatan Tentera 1972 adalah merupakan suatu undang-undang yang berkaitan dengan hal-hal penubuhan pentadbirandan tatatertib angkatan tentera Malaysia. Akta ini tidakmemperuntukkan hal-hal berkaitan operasi ATM. Jika mana-manaanggota ATM ditugaskan di bawah Akta MKN di dalam kawasankeselamatan, Akta Angkatan Tentera 1972 masih tetap terpakaidalam hal disiplin dan pentadbiran ATM tidak kira di mana merekaberada. Justeru pemakaian Akta MKN ini tidak bercanggahdengan Akta Angkatan Tentera 1972.

26. Kuasa Pengarah Operasi dalam kawasan keselamatan adalahterlalu luas.

26.1 Pengarah Operasi telah diberikan kewajipan sebagaimanayang diperuntukkan di dalam Seksyen 21(1) Akta ini. Bagimenjalankan kewajipan ini, Pengawah Operasi diberikankuasa di bawah Seksyen 21(2) untuk membuat segalabenda yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakankewajipannya itu di dalam kawasan keselamatan.

26.2 Walau bagaimanapun, kuasa ini bukanlah suatu kuasa yangtidak terbatas. Ia hendaklah ditafsirkan mengikut ruanglingkup kewajipannya yang telah diperuntukkan di bawahSeksyen 21(1) sahaja (within the ambit of the functions asprovided under clause 21(1)). Kuasa sebagaimana yangdiperuntukkan di dalam Seksyen 21(2) adalah kuasa yangamat perlu diperuntukkan kepada Pengarah Operasi demimembolehkan beliau mengawal ancaman yang dihadapi didalam kawasan keselamatan dengan berkesan.

26.3 Dalam melaksanakan kewajipannya, Pengarah Operasiadalah bertanggungjawab secara terus kepada Majlis. Iniadalah diperuntukkan di bawah Seksyen 20(2) Akta ini. Olehyang demikian, segala tindakan Pengarah Operasihendaklah tertakluk kepada arahan dan pemantauan MajlisKeselamatan Negara.

26.4 Oleh yang demikian, dakwaan bahawa kuasa PengarahOperasi di bawah Akta ini adalah terlalu luas adalah kurang

15

Page 17: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

tepat dan mekanisma check and balance telah pundiperuntukkan sewajarnya di dalam Akta ini.

27. Apakah tindakan yang boleh diambil jika Pengarah Operasimelakukan salah laku, kerana tiada peruntukan dalam Aktaberkenaan perkara ini.

27.1 Sekiranya Pengarah Operasi yang dilantik itu adalah darikalangan pegawai awam, maka apa jua salah laku yangdilakukan oleh Pengarah Operasi akan dikawal selia dibawah Peraturan-Peraturan yang terpakai ke atas penjawatawam termasuklah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau Peraturan-Peraturan dibawah Akta Angkatan Tentera 1972.

27.2 Sekiranya Pengarah Operasi dilantik daripada kalanganbukan pegawai awam, maka dalam terma-terma pelantikanPengarah Operasi akan dinyatakan bahawa sebarang salahlaku yang dibuat oleh Pengarah Operasi akan tertaklukkepada Peraturan-Peraturan yang sama. Perkara ini tidakperlu dinyatakan dalam Akta ini kerana Peraturan-Peraturantersebut, undang-undang sedia ada akan mengawal seliatingkah laku penjawat awam dan kontrak bagi maksudpelantikan juga boleh digunakan untuk mengambil tindakanterhadap salah laku Pengarah Operasi.

27.3 Selain itu juga, Pengarah Operasi adalah tertakluk kepadaperuntukan-peruntukan di dalam undang-undang sedia adaseperti Kanun Keseksaan dan Akta SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia 2009. Jika didapatimelakukan perbuatan jenayah, seseorang Pengarah Operasiboleh diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undangyang berkuatkuasa berkaitan kesalahan jenayah.

28. Apakah yang dimaksudkan dengan “mengambil milikansementara” dan berapa lamakah tempoh “sementara” yangdimaksudkan ini?

28.1 Terma “milikan sementara” hendaklah ditafsirkan mengikutmaksud biasa secara harafiah (normal literal meaning) iaituhak milikan sementara harta tersebut secara tidak kekal danhak milik terhadap harta yang diambil milikan sementara

16

Page 18: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

tersebut tidak akan lucut daripada pemilik asalnya (the rightto possession and not the right to ownership).

28.2 Tempoh masa pemilikan sementara adalah bergantungkepada Pengarah Operasi mengikut keperluanpenggunaannya. Walau bagaimanapun, tempoh tersebuthendaklah suatu tempoh yang tidak melebihi tempohpengisytiharan kawasan keselamatan dibuat di bawahSeksyen 18 Akta ini.

28.3 Walaupun begitu, mana-mana orang yang terkilan bolehmembuat bantahan kepada jawatankuasa di bawah Seksyen30(7) Akta ini. Ahli jawatankuasa yang dilantik di bawahSeksyen 30(7) Akta ini adalah dilantik oleh Ketua PengarahKeselamatan Negara dan bukannya Pengarah Operasi yangmengambil milikan sementara itu.

29. Perlu ada mekanisma yang adil dalam mentaksir pampasan.

Mekanisma untuk menentukan nilai pampasan yang memadaiterhadap pengambil milikan sementara dan penggunaan sumberakan diperuntukkan di dalam peraturan-peraturan yang akandibuat di bawah Seksyen 42.

30. Adakah kuasa Pasukan Keselamatan mengawal pergerakanadalah bercanggah dengan perkara 9 PerlembagaanPersekutuan berhubung kebebasan bergerak?

30.1 Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkanbahawa tiap-tiap warganegara berhak bergerak denganbebas di seluruh persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya. Walau bagaimanapun, kebebasanbergerak ini adalah tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatanpersekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteramanawam, kesihatan awam atau penghukuman pesalah.

30.2 Seksyen 24 Akta ini memperuntukkan kuasa kepadaPengarah Operasi untuk mengarahkan mana-mana anggotapasukan keselamatan di dalam kawasan keselamatan untukmengawal pergerakan mana-mana orang atau mana-manakenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut,

17

Page 19: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

melarang penggunaan jalan atau menutup jalan di dalamkawasan keselamatan.

30.3 Oleh yang demikian, Seksyen 24 Akta yang merupakansuatu peruntukan undang-undang yang digubal bagi maksudmemelihara ketenteraman awam dan keselamatan negaraadalah tidak bercanggah dengan Perkara 9(2),Perlembagaan Persekutuan.

31. Apakah maksud penggunaan kekerasan yang munasabah danperlu?

31.1 Kekerasan yang perlu dan munasabah di bawah Seksyen 34Akta bermaksud kekerasan yang boleh digunakan hendaklahtidak boleh melampaui atau melebihi hak mempertahankandiri yang dibenarkan oleh undang-undang.

31.2 Penggunaan apa-apa kekerasan terhadap seserang tidakboleh menyebabkan kematian atau kemudaratan badanyang teruk melainkan jika anggota Pasukan Keselamatan itumempercayai tindakan sedemikian disifatkan perlu untuk-

(a) melindungi nyawa atau menghalang kecederaan seriuskepada dirinya dan orang lain;

(b) melindungi kawasan keselamatan daripada terhadapancaman serangan bersenjata.

31.3 Oleh yang demikian, penggunaan kekerasan yangmunasabah dan perlu di bawah Akta ini hendaklah tertaklukkepada batasan atau had-had yang diperuntukkan di bawahAkta ini dan tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya.

32. Apakah penjelasan terhadap dakwaan bahawa mana-manaanggota Pasukan Keselamatan dan mana-mana orang yangmeninggal dunia di dalam kawasan keselamatan tiadapembelaan kerana tiada inkues boleh dibuat atas kematianmereka?

32.1 Secara amnya, sesuatu inkues boleh dibuat oleh Majistretbagi menyelidiki bila, di mana, bagaimana dan apa caranyasi mati itu menemui ajalnya dan sama ada mana-manaorang ada terlibat secara jenayah di dalam sebab-sebab

18

Page 20: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

kematian itu. Ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dibawah seksyen 337 Kanun Tatacara Jenayah.

32.2 Seksyen 35 tidak menghilangkan kuasa Majistret untukmengarahkan suatu inkues dijalankan. Sebaliknya, ia hanyamemberikan kuasa budi bicara kepada Majistret ataukoroner untuk mengetepikan pengadaan siasatan kematianatau inkues ke atas mayat mana-mana orang jika diaberpuas hati bahawa orang itu telah terbunuh di dalamkawasan keselamatan akibat operasi yang dijalankan olehPasukan Keselamatan. Peruntukan ini tidak menghalangMajistret atau koroner untuk menjalankan siasatan kematianatau inkues.

32.3 Peruntukan ini telah dimasukkan bagi membolehkanMajistret atau Koroner untuk tidak membuat inkues bagikematian-kematian yang jelas puncanya dan tidakmemerlukan penyiasatan lanjut (post mortem) bagimenentukan punca kematian.

32.4 Walau bagaimanapun, sekiranya Majistret atau Koronermeragui sebab kematian mana-mana anggota keselamatanatau mana-mana orang di dalam kawasan keselamatan itu,maka Majistret atau koroner itu masih boleh menjalankansiasatan kematian dan inkues sewajarnya mengikutperuntukan sedia ada di bawah Kanun Tatacara Jenayah.Jika waris si mati masih tidak berpuas hati dengankeputusan yang dibuat oleh Majistret atau Koroner, makasuatu semakan bolehlah dibuat di Mahkamah Tinggi dibawah seksyen 341A Kanun Tatacara Jenayah.

33. Adakah benar perlindungan daripada prosiding undang-undang yang diperuntukkan di bawah Seksyen 38 akanmenyebabkan ahli Majlis terlepas dari sebarang prosidingundang-undang?

33.1 Seksyen 38 Akta memberi perlindungan kepada mana-manaahli Majlis, jawatankuasa, Pengerusi Operasi atau mana-mana anggota Pasukan Keselamatan atau kakitangan EntitiKerajaan berkenaan apa-apa yang dilakukan atauditinggalkan olehnya dengan suci hati (in good faith).

19

Page 21: SOALAN LAZIM: AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 … · for Colonial Affairs dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (iaitu

33.2 Sekiranya perbuatan atau apa-apa tindakan dilakukan atauditinggalkan dengan niat jahat, maka perlindungan ini tidakakan terpakai.

33.3 Seksyen 38 Akta ini adalah merupakan pembelaan yangboleh dipakai oleh mana-mana orang yang menjalankantugas dalam jawatan rasminya, dan bukanlah satuperuntukan yang menghalang secara total sebarangprosiding undang-undang untuk diambil terhadap mereka.

33.4 Terdapat banyak Akta-Akta terkini yang lain yang turutmemperuntukkan perkara yang sama, contohnya-

(i) Seksyen 62 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan2011; dan

(ii) seksyen 145 Akta Pengurusan Strata 2013.

33.5 Penentuan sama ada sesuatu tindakan dilakukan atauditinggalkan itu adalah suci hati ataupun tidak adalah satupersoalan fakta (questions of fact) yang akan diputuskanoleh Mahkamah.

34. Mengapa kuasa yang luas diberikan kepada Perdana Menteriuntuk membuat peraturan-peraturan (regulations)?

Dalam mana-mana undang-undang sekalipun, kuasa untukmembuat peraturan-peraturan sentiasa diberikan secara umumseperti yang dinyatakan dalam Seksyen 42(1) Akta MKN.Walaupun dilihat luas, kuasa tersebut mesti digunakan bagimaksud menjalankan atau menguatkuasakan peruntukan Akta ini.Dalam erti kata lain, “within the four walls of the Act”. Jika PerdanaMenteri membuat peraturan-peraturan di luar kuasa yangdiberikan oleh Akta ini, peraturan-peraturan yang dibuat bolehdicabar di mahkamah. Oleh yang demikian, tiada kuasa yang“absolute” di bawah Akta ini.

20