kertas kerja integrasi borneo 3.0

18

Upload: muhammad-hafiz

Post on 05-Sep-2015

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sukarelawanbakti siswakeluarga angkatmotivasi pelajar

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANProgram Integrasi Borneo 3.0 ini merupakan kesinambungan daripada Program Integrasi Borneo yang telah dijalankan pada sidang 2012/2013 dan 2013/2014 yang lepas. Tujuan utama program ini di teruskan untuk tahun ketiga berturut-turut adalah kerana ingin melestarikan hubungan perpaduan yang telah terjalin antara warga Universiti Sains Malaysia melalui Desasiswa Aman Damai dan warga Borneo khususnya Sabah dan Sarawak.

Perjalanan selama 9 hari ini tidak tertumpu hanya kepada integrasi sosial sahaja bahkan akan menerapkan nilai kesukarelawanan yang tinggi dalam diri mahasiswa iaitu dengan mewujudkan hubungan erat bersama masyarakat di pedalaman Sabah dan Sarawak. Melalui program ini mahasiswa juga akan bertindak sebagai agen perpindahan ilmu bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang peluang dan kepentingan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya universiti.

Program Integrasi Borneo 3.0 mengharapkan satu hubungan strategik antara USM UNIMAS UMS agar terus terjalin erat dan dapat berkembang mekar dalam menjalankan tanggunjawab sosial dan membangunkan masyarakat serantau khususnya melalui pendidikan.2.0 LATAR BELAKANG PERSATUAN

Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai (MPDAD) USM, sebuah pertubuhan kolej kediaman yang diketuai oleh Yang Di Pertua MPDAD, dan diikuti barisan Majlis Tertinggi dan Exco. Ahli MPDAD menjaga kebajikan dan kelestarian penghuni dan Desasiswa Aman Damai. Pertubuhan ini banyak menganjurkan aktiviti sepanjang tahun yang melibahkan semua lapisan masyarakat sebagai salah satu bentuk hubungan dan tanggungjawab pelajar untuk membantu masyarakat dalam mendekati dunia pendidikan serta membantu masyarakat untuk mendapatkan kesejahteraan hidup.3.0 MISI

Menjayakan misi negara untuk mewujudkan siswa/siswi yang prihatin kepada masyarakat dan menyumbang kepada perpaduan dan kesejahteraan rakyat.4.0 MATLAMAT

4.1 Membina dan meningkatkan imej positif dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi agar menjadi lebih kental dalam peranan sebagai seorang sukarelawan dan pemimpin.4.2 Mengubah perspektif dan pemikiran masyarakat/komuniti terhadap mahasiswa yang hanya berada di dewan kuliah.

4.3 Transformasi pengajian tinggi mendidik mahasiswa berhadapan komuniti untuk perkongsian pengalaman dan pemindahan ilmu.

4.4 Memperkasakan kerjasama antara Desasiswa Aman Damai Universiti Sains Malaysia bersama Kolej Anugerah Bestari Universiti Malaysia Sabah dan Kolej Cempaka Universiti Malaysia Sarawak.5.0 OBJEKTIF

5.1 Meletakkan Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam matlamatnya yang merupakan satu persatuan yang berada di salah sebuah universiti bertaraf dunia.5.2 Mewujudkan usahasama dan integrasi sosial secara lestari antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).5.3 Menerapkan nilai kesukarelawan dalam diri mahasiswa dengan mewujudkan hubungan yang erat bersama masyarakat di Kepulauan Borneo melalui program sukarelawan dan khidmat komuniti.5.4 Mendekati masyarakat pedalaman Sabah dan Sarawak dengan mendalami cara kehidupan seharian mereka serta melaksanakan aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan di antara mahasiswa USM bersama masyarakat Borneo. 5.5 Memberi kesedaran dan motivasi tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan dalam kalangan pelajar di kawasan pedalaman dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang saluran yang betul untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.5.6 Mendekati dan melibatkan diri dengan masyarakat seperti warga kurang upaya dan anak-anak yatim untuk perkongsian ilmu bersama mereka. 5.7 Memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum antara mahasiswa semenanjung Malaysia dan masyarakat Borneo.5.8 Mendedahkan kepada pelajar akan kepentingan teknologi maklumat pada masa hadapan.5.9 Mendekatkan mahasiswa-mahasiswi dengan alam semula jadi yang indah di kepulauan Borneo.6.0 TEMA

Melestarikan jalinan masyarakat dan mahasiswa ke arah integrasi nasional.7.0 ANJURANSiswa siswi Desasiswa Aman Damai, Universiti Sains Malaysia, siswa siswi Kolej Anugerah Bestari, Universiti Malaysia Sabah (UMS), siswa siswi Kolej Cempaka Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).8.0 TARIKH DAN MASATarikh: 23 Julai-1 Ogos 2012 ( Khamis hingga Sabtu)

Masa : 5.00 pagi (23hb) sehingga 5.00ptg (1hb)9.0 TEMPAT PROGRAMProgram ini akan diadakan di:1. Kolej Cempaka UNIMAS

94300, Kota Samarahan, Sarawak2. Kolej Kediaman Anugerah Bestari

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu

3. Kampung Muhibah 96700 Kanowit, Sarawak 4. Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh Ranau,

Peti Surat 43,

89307, Ranau, Sabah5. Kampung Perapat Laut, 89050 Kudat Sabah6. Kompleks Kebajikan Hamidah,

Lot 2930, Blok 6, Kuala Baram Land District,

(Taman Desa Indah 3),

98107 Miri, Sarawak.7. Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu,

Peti Surat 470, Jalan Highway Papar,

Kampung Beringgis, Sabah

89608 Kota Kinabalu10.0 PUBLISITI

Program ini telah diiklankan melalui poster, banner serta flyers11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

USM Aman Damai = 15 orang

UMS Kolej Anugerah Bestari = 3 orang

UNIMAS Kolej Cempaka = 3 orang

12.0 STRUKTUR ORGANISASIRujuk Lampiran A.13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B14.0 BAJET KESELURUHAN PROGRAM

Rujuk Lampiran c

15.0 PERINCIAN PROGRAM 15.1 Visit for Knowledge

Memang menjadi tradisi dan matlamat utama peserta untuk datang dan melawat ke beberapa tempat yang menjadi tarikan utama di sesebuah universiti tersebut. Oleh itu, peserta IB turut membuat kajian dan menyenaraikan beberapa tempat untuk dilawati di UNIMAS dan UMS.15.2 Diskusi

Tujuan utama diskusi ini dijalankan adalah untuk peserta bertukar pendapat dalam mengaplikasikan konsep kelestarian ke dalam kampus dan kehidupan seharian. Topik yang dicadangkan untuk dikupas oleh peserta ialah Kebijaksanaan warga kampus menjamin kelestarian kampus yang sihat dan hijau.

15.3 Program Rakyat

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mendekati rakyat di Sarawak dan Sabah. Oleh itu, Program Rakyat ini diadakan di Kampung Muhibah di Sarawak dan di Kampung Perapat Laut di Sabah. Program ini adalah berbentuk baktisiswa di mana peserta akan berkongsi ilmu dan bertukar pandangan dengan penduduk kampong. Oleh itu, masing-masing akan mendapat manfaat dari program yang dilaksanakan.

15.4 Sukaneka

Sukaneka ini juga diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara peserta dengan penduduk kampung. Selain itu, peserta juga dapat menilai bagaimana semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung.

15.5 Program Penjimatan Air dan Tenaga

Kami membawa konsep kelestarian untuk diterapkan dalam aktiviti ini dan berkongsi dengan apa yang kami amalkan di Desasiswa kami ke dalam organisasi seperti Komplek Kebajikan Hamidah tersebut. Kami berkongsi ilmu cara untuk meminimakan penggunaan air dan elektrik.

15.6 Program Motivasi Bersama Pelajar STPM

Sebagaimana dengan program motivasi yang lain, kami memberi pendedahan kepada pelajar STPM mengenai cara untuk belajar dan pendedahan mengenai IPTA yang terdapat di Malaysia ini. Dalam masa yang sama juga, kami turut mempromosikan UNIMAS, UMS dan terutamanya USM kepada pelajar SMK Mat Salleh, Ranau, Sabah.

15.7 Program Baktisiswa & Interaksi Sosial

Program Baktisiswa dan interaksi sosial ini adalah satu program di mana peserta menabur bakti dan berjasa kepada Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu seperti membuat gotong-royong dan pelbagai aktiviti lagi yang dapat mengeratka hubungan peserta dengan kanak-kanak tersebut.

16.0 PEJABAT URUSANSebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :Atiqah Binti Zahrullail,

Pengarah Projek,

Integrasi Borneo 3.0

Universiti Sains Malaysia

Sidang Akademik 2014/2015

Telefon No: 012-6258415Alamat Desasiswa Aman Damai:

Blok K10 Pejabat Desasiswa Aman Damai

Universiti Sains Malaysia 11800 Minden Pulau Pinang

Telefon No: 04 6533203

17.0 PENUTUP LAMPIRAN ACARTA ORGANISASINO.JAWATANNAMA

1Pengarah ProjekAtiqah Binti Zahrullail

2Timbalan Pengarah Projek IAfiqah Binti Azman

3Timbalan Pengarah Projek IIMuhammad Hafiz Bin Abd Rahman

4Setiausaha Projek IMelissa Binti Mahalail

5Setiausaha Projek IINoor Madeha Binti Amat Rosdi

6Bendahari ProjekNurul Nabihah Binti Othman

7AJK PenajaanFarhanah Binti Zawawi (K)

Mohamad Nizar Faez Bin Mohd Fauzi

Ameerah Afifah Binti Amiruddin

Aiman Hariz Bin Mohammad

Siti Hajar Binti Mohd Wazir

Siti Sofiyah Binti Mohamed Johar

Norazila Binti Azmi

8AJK Cenderahati dan HadiahMuhammad Shalihin Bin Mhd Alias (K)Muhammad Esyamarul Iman Bin Mohd Alias

Firjani Binti Naziruddin

9AJK Aktiviti dan RiadahNickson Anak Jampang (K)

Liza Anak Nyalak

Aiman Zaid Bin Lokman

Nuraini Omar

Adzrina Binti Mohd Nadzir

Nurul Asyiqin Binti Mohd Suberi

10AJK Publisiti dan DokumentasiNor Afifah Binti Abdul Razak (K)

Mohamad Syafiq Syazwan Bin Ariffin

Khairul Azim Bin Mahamad

Fatin Liyana Binti Badarul Khisam

11AJK Penginapan dan MakananNorhusna Binti Omar (K)

Nur Salihah Asna Binti Shaari

Noraisyah binti Khairuddin

Nasriah Binti Ramle

Nur Hamizah Binti Baharin

12AJK Pengangkutan dan KebajikanAdiba Nurain Binti Shaharuddin (K)

Mohd Talhah Bin Shahidon

Madzlan Bin Musau

Nur Raihan Binti Musa

Siti Nurkhalida Binti Md Ariff

LAMPIRAN BTENTATIF PROGRAM INTEGRASI BORNEO 3.023 JULAI 2015 KHAMIS5.00 a.mBertolak dari Desasiswa Aman Damai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

(8.1km / 20 min)

5.20 a.mDijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Solat

Sarapan

6.00 a.mDaftar masuk

7.05 a.mBertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak

(2 jam 30 min)

9.35 a.mDijangka Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak

10.00 a.mBertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Kolej Cempaka Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (17.1km / 30 min)

Kolej Cempaka UNIMAS

94300, Kota Samarahan

Sarawak

Tel : 082-581900

10.30 a.mDijangka tiba di Kolej Cempaka, UNIMAS

Pembahagian bilik

11.00 a.mSlot bersama pelajar UNIMAS di Dewan Kolej Cempaka

Sesi beramah mesra

Menjelaskan perjalanan program

12.30 p.mRehat, makan dan solat

2.00 p.mVisit for Knowledge di sekitar kawasan UNIMAS

4.00 p.mSolat di Masjid UNIMAS

4.45 p.mAktiviti Riadah bersama warga UNIMAS

6.00 p.mRehat, makan, solat

8.00 p.mSesi diskusi USM dengan UNIMAS

10.00 p.mBersurai

24 JULAI 2015 JUMAATMASATEMPAT

7.00 a.mSarapan

7.30 a.mBerkumpul di kawasan Dewan Kolej Cempaka

8.00 a.mBertolak dari Kolej Cempaka, UNIMAS ke Kampung Muhibah, Kanowit, Sarawak

(411km / 6 jam)

11.30 a.mPersinggahan di Masjid Jamek Betong, Sarawak (3 jam 15 min ) dari UNIMAS

Solat Jumaat/zohor

Makan tengah hariMasjid Jamek Betong,

95700 Betong,

Sarawak

1.30 p.mSambung perjalanan dari Masjid Jamek Betong, Sarawak ke Kampung Muhibah, Kanowit, Sarawak (184km / 2 jam 35 min)

4.00 p.mDijangka tiba di Kampung Muhibah, Kanowit, Sarawak

Pembahagian anak angkat

Solat asar

Sesi bersama keluarga angkat masing-masing

6.00 p.mBergerak ke Surau Darul Iman, Kanowit

Solat berjemaah maghrib dan solat Isyak

Kuliah maghrib

9.30 p.mBersurai

25 JULAI 2015 SABTU.MASATEMPAT

7.00 a.mSenamrobik

8.00 a.mSarapan

9.00 a.mTaklimat Program Rakyat

11.00a.mRehat, makan, Solat di Surau Darul Iman

1.00 p.mPerlaksanaan Program Rakyat

3.30 p.mRehat, minum petang, solat

4.00 p.mAktiviti sukaneka bersama penduduk kampung

5.30 p.mRehat

6.00 p.mMalam imarah Surau Darul Iman, Kanowit

Solat Jemaah maghrib dan solat isyak

Kuliah maghrib

Taklimat pergerakkan esok

9.00 p.mMajlis perpisahan bersama warga Kampung Muhibbah, Kanaowit

26 JULAI 2015 AHAD

MASATEMPAT

6.00 a.mBerkumpul di kawasan berhimpun

6.30 a.mBergerak dari Kampung Muhibbah, Kanowit ke Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, Permyjaya, Miri. (448km / 6 jam 30 min)

Kompleks Kebajikan Hamidah,

Lot 2930, Blok 6, Kuala Baram Land District,

(Taman Desa Indah 3),

98107 Miri, Sarawak,

Malaysia

Tel : 085-408422

Faks: 085-407422

Email : [email protected]

12.30 p.mPersinggahan di Masjid Darul Khairat dari Kampung Muhibbah, Kanowit (5 jam 40 min)

Solat Johor

Makan Masjid Darul Khairat

No. 1504, Lot 2304,

Kampung Bakam, Sarawak, 98008 Miri

1.30 p.mSambung perjalanan dari Masjid Darul Khairat ke Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, Permyjaya, Miri (32.9km / 45 min)

2.15 p.mDijangka tiba di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, Permyjaya, Miri

2.20 p.mTaklimat bersama Pegawai Kompleks Kebajikan Hamidah

3.00 p.mProgram kelestarian penjimatan air dan tenaga bersama penghuni Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup.

4.30 p.mRehat, minum petang

5.00 p.mBergerak dari Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup ke My Homestay Guesthouse (24.3 km, 30 min)Lot 1091,

Jalan Merpati

98000 Miri, Sarawak

5.30 p.mDijangka tiba di My Homestay Guesthouse

Taklimat pergerakkan esok

Rehat

Solat

27 JULAI 2015 ISNIN

MASATEMPAT

12.00 p.mBertolak dari My Homestay Guesthouse ke Lapangan Terbang Miri, Sarawak

(10.7 km, 15 minit)

12.15 p.mDijangka tiba Lapangan Terbang Miri, Sarawak

12.30 p.mDaftar masuk

2.55 p.mBertolak dari Lapangan Terbang Miri, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah (50 min)

3.45 p.mDijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah

4.00 p.mBertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah ke Kolej Anugerah Bestari Universiti Malaysia Sabah. (16.9km/30 min)

Kolej Kediaman Anugerah Bestari

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu

Tel : 088-320000 ext: 3680, 3671

Faks : 088-320371

4.30 p.mDijangka tiba di Kolej Anugerah Bestari, Universiti Malaysia Sabah

Pembahagian bilik

Solat Asar

Rehat

8.30 p.mMajlis Makan Malam bersama pihak UMS

Diskusi USM dan UMS

10.30 p.mTaklimat pergerakan esok dan bersurai

28 JULAI 2015 SELASA

MASATEMPAT

6.30 a.mSarapan

7.30 a.mBertolak dari Universiti Malaysia Sabah ke SMK Mat Salleh, Pekan Ranau, Ranau (100km/ 2 jam)

Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh Ranau,

Peti Surat 43,

89307, Ranau

Sabah

Tel : 088-875445 Faks: 088-877422

9.30 a.mDijangka tiba di SMK Mat Salleh, Pekan Ranau, Ranau

10.00 a.mProgram Motivasi Pelajar STPM

12.00 a.mRehat, solat Zohor, Makan

1.30 p.mMajlis penutup

2.00 p.mBertolak dari SMK Mat Salleh, Pekan Ranau, Ranau ke Kampung Perapat Laut. (167km /3 jam)

Kampung Perapat Laut,

Sabah, 89050 Kudat.

5.00 p.mDijangka tiba di Kampung Perapat Laut, Kudat

Pembahagian keluarga angkat

Persiapan diri

6.30 p.mMajlis Doa Selamat di Masjid Kampung Perapat Laut, Kg Perapat Laut, Kudat

Solat Maghrib dan Solat Isyak

Makan Malam

10.00 p.mBersurai

29 JULAI 2015 RABUMASATEMPAT

7.00 a.mSenamrobik bersama warga kampung

7.30 a.mPersiapan diri, Sarapan di rumah keluarga angkat

8.30 a.mTaklimat dan perlaksanaan aktiviti Program Rakyat

11.30 p.mRehat, makan, solat Zohor

2.30 p.mSukaneka bersama warga Kampung Perapat Laut, Kudat

5.30 p.mRehat, Solat Asar, minum petang

6.00 p.mPersiapan diri

Solat Maghrib dan Solat Isyak

Makan Malam

8.30 p.mMalam Kebudayaan bersama warga Kampung Perapat Laut, Kudat

10.30 p.mTaklimat pergerakan esok dan bersurai

30 JULAI 2015 KHAMIS

MASATEMPAT

6.30 a.mSarapan

8.00 a.mMajlis Perpisahan bersama warga Kampung Perapat Laut, Kudat

9.00 a.mBertolak dari Kampung Perapat Laut, Kudat ke Universiti Malaysia Sabah.

(142km/ 2jam 30min)

11.30 a.mDijangka tiba di Universiti Malaysia Sabah

Solat Zohor

Makan

2.30 p.mProgram visit for Knowledge di sekitar kampus UMS

5.00 p.mRehat, Solat Asar dan Maghrib

8.30 p.mAktiviti santai bersama JAKMAS Kolej Anugerah Bestari

10.00 p.mTaklimat pergerakan esok dan bersurai

31 JULAI 2015 JUMAAT

MASATEMPAT

7.00 a.mSarapan

8.00 a.mBertolak dari Kolej Anugerah Bestari, UMS ke Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu

(38.6km/ 1 jam)Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu,

Peti Surat 470, Jalan Highway Papar,

Kampung Beringgis, Sabah

89608 Kota Kinabalu

Tel : 088-755537

Faks : 088-755540

9.00 a.mDijangka tiba di Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu

9.30 a.mPerlaksanaan Program Baktisiswa dan Interaksi Sosial bersama warga Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu

Membersihkan dan menceriakan sekitar kawasan RKKK

11.30 p.mRehat, solat Zohor/Solat Jumaat dan makan

1.30 p.mMajlis Perpisahan bersama warga RKKK

2.00 p.mBergerak dari Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu ke bandaraya Kota Kinabalu, Sabah (26.6km/30 min)

2.30 p.mDijangka tiba Kota Kinabalu, Sabah

Sesi integrasi sosial bersama masyarakat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

5.30 p.mBertolak pulang dari Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ke Universiti Malaysia Sabah. (14km/30 min)

6.00 p.mDijangka tiba di Universiti Malaysia Sabah.

Rehat, solat Maghrib dan Solat Isyak

8.30 p.mMajlis Penutupan Program Integrasi Borneo 3.0

10.30 p.mBersurai

1 OGOS 2015 SABTU

MASATEMPAT

8.00 a.mSarapan

9.0 .mPersiapan diri dan Kemas barang

10.30 a.mMajlis Perpisahan bersama penghuni Kolej Anugerah Bestari, UMS

Makan

11.30 a.mBergerak dari UMS ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

(19.8km/30 min)

12.00 p.mDijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

12.30 p.mDaftar Masuk

1.35 p.mBertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

4.15 p.mDijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

4.40 p.mBertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

5.00 p.mDijangka tiba di Universiti Sains Malaysia

LAMPIRAN CBAJET KESELURUHAN PROGRAM INTEGRASI BORNEO 3.0PENDAPATANBILPERKARARMRM

1YURAN PESERTA

USM = RM 750 x 15

UNIMAS = RM 150 x 3

UMS = RM 150 x 311,250

450

45012,150

2PENAJAAN7,000

3TABUNG MPDAD500

JUMLAH KESELURUHAN PENDAPATANRM 19,550

PERBELANJAANBILPERKARARMRM

1PENGINAPAN

RM 48 x 21 orang 1,008

2MAKANAN

RM 10 x 9 hari x 21 orang1,890

3AKTIVITI200

4SUMBANGAN

RUMAH KEBAJIKAN HAMIDAH, MIRI, SARAWAK

RM 10 x 21 orang

RUMAH KANAK-KANAK KOTA KINABALU, SABAH

RM 10 x 21 orang

SEK. MEN. KEB. MAT SALLEH, PEKAN RANAU, SABAH

RM 10 x 21 orang

KG. MUHIBBAH KANOWIT, SARAWAK

RM 20 x 21 orang (RM 10/malam)

KG PERAPAT LAUT, KUDAT, SABAH

RM 20 x 21 orang (RM 10/malam)

210

210

210

420

4201,470

5PENGANKUTAN

TIKET KAPAL TERBANG

Pulau Pinang Kuching

RM 126.60 x 14 orang

Miri Kota Kinabalu

RM 120.08 x 15 orangKota Kinabalu Pulau Pinang

RM 201.56 x 14 orang

Kota Kinabalu Kuching (berkecuali)

RM 86.58 x 1 orang

BAS UNIMAS 1,772.40

1,801.20

2,821.84

86.58

4,00010,482.02

6HADIAH DAN CENDERAHATI

PLAK

RM 50 x 2 unitFRAME

RM 6.50 x 30 unitHAMPER

RM 30 x 10 unit100

195300595

7KONTIGENSI 2,000

8PUBLISITI

BANNER300

9LAIN-LAIN

BAJU PESERTA

RM30 x 30 unitKAD AKREDITASI

RM 5 x 21 unit900

1051005

JUMLAH PERBELANJAAN19,950.02