bab 5 elektronik.doc

16
BAB 5 Elektronik Elektron ik Nama,Simbol, Fungsi Komponen Elektronik Penghasilan projek Membaca dan menterjemah lukisan skematik Membentuk kaki komponen Memasang komponen Memateri kompinen Memotong kaki komponen Memguji projek yang telah siap Mengemas dan membersihkan semua alatan Jika tidak berfungsi,semak semula litar dan susunan komponen Litar Bersepadu (IC) Gegan ti Simbol GAMBAR Simbol Fungsi IC Binaan IC Susunan nombor IC pemasa 555 Langkah- langkah keselamatan penggunaan IC Binaan dan tamatan geganti Jenis geganti Fungsi geganti Kendalian geganti

Upload: doreen-tiong

Post on 19-Nov-2015

82 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BAB 5 Elektronik

5.1 Nama,Simbol dan Fungsi Komponen Elektronik

5.1.1 Litar Bersepadu (IC)

1. Juga dikenali sebagai litar terkamil.

2. Litar bersepadu (IC) ialah gabungan pelbagai komponen elektronik seperti diod,kapasitor,pernitang dan transistor dalam satu set.

3. IC diperbuat daripada bahan separa pengalir.

Contoh IC

4. IC berfungsi mengecilkan saiz litar yang kompleks dan menjimatkan ruang.

5. Fungsi IC bergantung kepada pin-pin padanya.

6. Fungsi setiap pin pada IC dinyatakan pada lembaran data daripada pekilangnya.

7. Lembaran data mengandungi maklumat penting seperti yang berikut.

(a). Nama dan jenis IC

(b). Fungsi IC

(c). Nilai voltan yang sesuai digunakan

(d). Nilai arus yang diperlukan atau dihasilkan

(e). Nilai suhu yang sesuai untuk beroperasi

Fungsi setiap pin IC 555

8. IC terdapat dalam peralatan seperti computer,telefon bimbit dan televisyen.

9. Tanda titik atau notch menentukan pin nombor 1 terletak di sebelah kiri.

10. Nombor pin yang lainnya adalah mengikut turutan lawan jam.

GAMBARKedudukan titik,notch dan pin nombor 1

GAMBARSimbol IC

Binaan IC GAMBARBinaan IC 1. Gabungan komponen elektronik yang membentuk IC dicantumkan dalam satu kepingan silikon yang dinamakan cip silikon atau cip mikro.

2. Cip silikon ini dimuatkan dalam satu set yang sangat kecil dinamakan serpihan.

3. Serpihan biasanya mempunyai satu litar yang lengkap atau separa lengkap.

4. Lembaran emas digunakan untuk menyambung serpihan pada pin-pin IC.

5. Serpihan silindungi oleh perumah plastik atau logam agar tidak rosak.

6. Semakin banyak pin pada litar bersepadu semakin bertambah fungsinya.

Sampel Soalan PMR 1

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai IC

A IC berfungsi sebagai suis automatik

B IC mengandungi komponen seperti perintang dan kapasitor

C Lembaran emas digunakan untuk menyambung serpihan pada pin-pin IC

D Perumah plastik digunakan untuk melindungi serpihan

Susunan nombor IC Pemasa 5551. Nombor digunakan pada pin IC untuk mengenal pasti fungsi pin dan memudahkan penyambungan.

2. Cara mengenal pasti nombor pin IC:

(a). Perhatikan kedidikan titik,notch dan pin nombor 1.

GAMBAR(b). Menentukan pin atau kaki IC.Pin nombor 1 terletak di sebelah kiri titik atau notch.

GAMBAR(c). Nombor pin yang lain mengikut tyrytan lawan jam.

GAMBARPenjagaan IC

Langkah-langkah keselamatan1. Pastikan sambungan yang betul mengikut kekutuban.

2. Pematerian dilakukan pada soket IC dan bukan terus pada pin IC.

3. Pastikan IC tidak berada di dalam soket IC semasa memateri.

4. Pastikan nilai voltan dan arus yang sesuai digunakan dengan IC.

Langkah-langkah penjagaan

1. Simpan IC di dalam bekas plastik antistatik atau polistirena.2. Benamkan pin-pin litar bersepadu ke dalam polistirena atau span.

3. Bekas plastik antistatik digunakan untuk mengelakkan pim IC daripada menjadi bengkok.

Uji Minda 1

(a). Bagaimanakah pin nombor 1 pada litar bersepadu dikenalpasti?

(b). Terangkan empat langkah keselamatan yang perlu diamalkan semasa menggunakan IC.

5.1.2 Geganti

GAMBARContoh geganti

1. Geganti bertindak sebagai suis untuk menghidupkan atau memutuskan suatu litar lain yang mempunyai arus yang lebih besar.

2. Geganti digunakan sebagai suis kawalan pada litar yang berarus tinggi seperti litar kawalan lampu isyarat.

3. Kendalian geganti dikawal oleh aruhan magnet.

4. Geganti dilabelkan mengikut kasaran voltan kengalian dan rintangan gegelung.

5. Biasanya geganti yang digunakan dalam litar elektronik adalah geganti bervoltan rendah seperti 6 V,9 V dan 12 V.

6. Binaan asas geganti adalah terdiri daripada empat bahagian utama,iaitu:

(a). Gegelung

(b). Armature

(c). Teras besi

(d). Plat sesentuh

(e). Tamatan

GAMBARSimbol geganti

jenis geganti1. Geganti kutub tunggal satu arah (SPST).

GAMBAR(a). Mempunyai empat kaki

(b). Kaki bernombor 1 dan 3 ialah tamatan gegelung

(c). Kaki bernombor 2 dan 4 ialah tamatan sesentuh NO (Normally Open)

GAMBARSimbol SPST

2. Geganti kutub tunggal dua arah (SPDT)

GAMBAR(a). Mempunyai lima kaki

(b). Kaki bernombor 1 dan 3 ialah tamatan geglung

(c). Kaki bernombor 2 dan 4 ialah tamatan sesentuh NO

(d). Kaki bernombor 2 dan 5 ialah tamatan sesentuh NC (Normally Close)

GAMBARSimbol SPDT

Sampel Soalan PMR 2

geganti digunakan sebagai suis kawalan

A arus.

B masa.

C Suhu.

D Cahaya.

Fungsi geganti1. Teras besi akan menjadi elektromagnet dan menarik plat sesentuh apabila arus mengalir melalui gegelung.

2. Plat sesentuh akan memutuskan atau mengalirkan arus elektrik di dalam litar.

3. Apabila arus terhenti mengalir melalui gegelung maka aruhan magnet akan hilang atau terhenti.

4. Ini menyebabkan armatur terlepas,plat sesentuh terbuka menyebabkan arus terhenti mengalir melalui litar.

Kendalian geganti

A Litar kawalan terbuka

GAMBAR1. Apabila suis S terbuka,arus tidak mengalir melalui gegelung geganti dalam litar kawalan.

2. Arus juga tidak mengalir dalam litar beban kerana kaki bernombor 2 bersentuhan dengan kaki bernombor 4 (normally close-NC) dalam geganti.

3. Mentol tidak menyala.

B Litar kawalan tertutup

GAMBAR1. Apabila suis S ditutup,arus akan mengalir melalui gegelung geganti dalan litar kawalan.

2. Gegelung geganti menjadi elektromagnet menyebabkan kaki bernombor 2 yang bersentuhan dengan kaki bernombor 4 (NC) akan bersentuhan dengan kaki bernombor 5 (NO).3. Arus akan mengalir dalam litar beban dan mentol akan menyala.

Kolum Informasi

Sebelum memilih jenis geganti,perkara-perkara berikut perlu diamabil kira:

(a). Saiz dan susunan pin

(b). Voltan gegelung

(c). Rintangan gegelung

(d). Nilai voltan yang sesuai

(e). Jenis geganti sama ada SPDT atau SPST

Uji Minda 2

(a). Apakah fungsi utama geganti?

(b). Senaraikan jenis-jenis geganti yang biasa digunakan.

5.2 Penghasilkan Projek

1. Membentuk kaki komponen

(a). Kaki komponen dibengkokkan dengan menggunakan playar muncung tirus.

(b). Pastikan kaki komponen tidak dibengkokkan terlalu hamper dengan badannya untuk mengelakkan kaki komponen daripada patah.2. Memasang komponen mengikut lukisan skematik atau lukisan bergambar

(a). Pemasangan kompinen pada bod litar adalah berdasarkan kepada lukisan skematik atau lukisan bergambar.

(b). Pastikan pemasangan kaki komponen adalah tepat dan mengikut kekutuban jika komponen berkutub digunakan.

(c). Jalurkan wayar dengan kemas sebelum pemasangan dijalankan.

3. Menyemak semula kedudukan komponen berpandukan lukisan skematik atau lukisan bergambar

(a). Semak semula kedudukan komponen mengikut lukisan skematik atau lukisan bengambar untuk memastikan ketepatan pemasangan.4. Memateri semua kaki dan tamatan komponen

(a). Pastikan alat pemateri salamat untuk difunakan dan tangan anda kering semasa menjalankan kerja pematerian.

(b). Pematerian hendaklah dilakukan dengan teliti,tepat dan kemas.

(c). Pemegang bod litar digunakan unyuk memudahkan kerja pematerian.

(d). Elakkan daripada menggunakan bahan pateri yang berlebihan untuk mengelakkan berlakunya litar pintas.

(e). Gunakan bahan penyerap haba untuk mengelakkan komponen menjadi terlampau panas dan rosak.

(f). Proses pematerian yang terlalu lama pada sesuatu tempat akan menyebabkan jalur logam pada bod litar menjadi rosak.

(g). Pematerian pada tamatan juga hendaklah dilakukan dengan teliti dan tepat untuk mengelakkan berlakunya litar pintas.

5. Memotong kaki komponen yang berkebihan dengan kemas

(a). Kaki komponen yang berkebihan hendaklah dipotong dengan kemas untuk menglakkan berlakunya litar pintas.

(b). Proses memotong kaki komponen dilakukan dengan menggunakan playar kacip.

6. Menguji projek yang telah siap dan membuat pembaikan

(a). Projek yang telah siap akan diuji untuk memastikan projek dapat berfungsi sebagaimana yang dikehendaki.

(b). Jika projek gagal berfungsi,semak semula kedudukan komponen atau kekutuban komponen tersebut berdasarkan lukisan skematik atau lukisan bergambar.

(c). Komponen yang rosak hendaklah digantikan dengan yang baru.Kerosakan pada komponen boleh dikesan dengan menggunakan meter pelbagai.

(d). Gunakan penyedut pateri untuk membuka bahagian komponen yang tersalah pasang atau rosak.7. Membersih dan menyimpan semua alatan dan bahan

(a). Semua alatan yang telah digunakan harus dibersihkan sebelum disimpan.

(b). Minyakkan sendi alatan seperti playar muncung tirus dan playar kacip.

(c). Letakkan alat pamateri pada pemegang alat pemateri sehingga sejuk sebelum disimpan.REVIU PANTAS

Perkara Isi penting

IC pemasaGabungan pelbagai komponen elektronik seperti diod,transistor dan kapasitor dalam satu pakej.

GegantiSuis kawalan pada litar yang berarus tinggi.

Litar bersepaduLitar terkamil

NotuhMenentukan pin nombor 1 terletak di sebelah kiri.

Aruhan magnetMengawal kendalian geganti.

Istilah

Lembaran data : Butir-butir atau maklumat terperinci yang diketahui atau telah dikumpulkan tentang sesuatuPlat : Kepingan logam,plastik dan sebahagianya yang digunakan untuk menulis nama,nombor dan lain-lain.Simbol : Lambang/tanda

Soket : Lubang pada bahagian sesuatu alat/tempat melekat sesuatuTerus : Langsung/tidak terhalang

LATIHAN PMR INTENSIF

Arahan:jawab semua soalan.

1. Antara komponen elektronik yang terkandung dalam litar bersepadu ialahI. Perintang.

II. Wayar.

III. Sel.

IV. Transistor.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

2. Antara berikut yang manakah benar tentang maklumat penting yang dinyatakan dalam lembaran data bagi sesuatu komponen?

I. Nilai suhu yang sesuai

II. Nilai voltan yang sesuai

III. Nilai arus yang diperlukan

IV. Nilai harganya dalam pasaran

A I,II dan III

B I,II dan IV

C I,III dan IV

D II,III dan IV

3. Apakah yang akan berlaku jika IC pemasa disambungkan dengan bekalan voltan yang melebihi 16 V?

A Meletup

B Menjadi panas

C Menjadi rosak

D Berfungsi seperti biasa

4. Antara litar bersepadu berikut,yang manakah susunan pinnya yang betul?

A GAMBAR

B GAMBAR

C GAMBAR

D GAMBAR

5. Pin __________berfungsi untuk mengecas dan menyahcas dalam IC pemasa.

A 5

B 6

C 7

D 8

GAMBAR6. Fungsi komponen elektronik dalam rajah di atas ialah

A Sebagai pengecil arus.

B Sebagai suis peka suhu.

C Sebagai suis kawalan.

D Sebagai pengganti untuk transistor.

7. Geganti dikendalikan oleh

A Aruhan magnet.

B Voltan dalam litar.

C Rintangan dalam litar.

D Arus dalam litar.

8. Geganti dilabelkan dengan kadaran

A Ohm.

B Farad.

C Voltan.

D Ampere.

9. Pilih susunan yang betul tentang kendalian geganti.

I. Aruhan magnet dihasilkan apabila arus mengalir melalui gegelung.

II. Armature ditarik kea rah teras besi

III. Plat sesentuh bersentuh dan arus mengalir

IV. Srmatur terlepas dan plat sesentuh terbuka apabila arus benhenti mengalir

A I,II,III,IV

B I,III,II,IV

C II,I,IV,III

D IV,III,II,I

10. Pilih pernyataan yang tidak sesuai tentang geganti.

A Berfungsi apabila arus elektrik mengalir melaluinya

B Bertindak sebagai suis kawalan dalam sesuatu litar

C Armature ditolak jauh dari teras besi apabila terdapat arus

D Geganti dalam litar elektronik adalah bervoltan 6-12 volt11. Dalam litar bersepadu,lembaran emas digunakan.Apakah fungsi lembaran emas tersebut?

A Meninggikan arus dalam komponen tersebut

B Menghubungkan pin-pin litar bersepadu dengan serpihan

C Menyambungkan pin-pin dengan komponen-komponen elektronik lain

D Mengurangkan haba yang dihasilkan ketika arus tinggi

12. Antara berikut,yang manakah menyebabkan kerosakan litar bersepadu?

I. Haba yang tinggi

II. Menggunakan voltan yang tinggi

III. Menyimpannya di dalam bekas khas

IV. Memateri terus pada litar bersrpadu

A I,II dan III

B I,II dan IV

C I,III dan IV

D II,III dan IV

13. Semakin banyak bilangan pin maka semakin bertambah __________sebuah IC.

A Harga

B Fungsi

C Arus

D Rintangan

14. Berapakah jumlah tamatan gegelung pada geganti SPST?

A Satu

B Tiga

C Empat

D Lima

15. Bahagian yang manakah terdapat pada geganti?

I. Armature

II. Serpihan

III. Tamatan

IV. Gegelung

A I,II dan III

B I,II dan IV

C I,III dan IV

D II,III dan IV16. Di manakah biasanya IC didapati pada komponen elektronik yang berikut?

I. Computer

II. Telefon bimbit

III. Televisyen

IV. Jam dinding

A I,II dan III

B I,II dan IV

C I,III dan IV

D II,III dan IV

Elektronik

Nama,Simbol, Fungsi Komponen Elektronik

Penghasilan projek

Geganti

Litar Bersepadu (IC)

Membaca dan menterjemah lukisan skematik

Simbol

Simbol

GAMBAR

Membentuk kaki komponen

Memasang komponen

Binaan dan tamatan geganti

Fungsi IC

Memateri kompinen

Binaan IC

Jenis geganti

Memotong kaki komponen

Susunan nombor IC pemasa 555

Fungsi geganti

Memguji projek yang telah siap

Kendalian geganti

Langkah-langkah keselamatan penggunaan IC

Mengemas dan membersihkan semua alatan

Jika tidak berfungsi,semak semula litar dan susunan komponen