bab 5 - politik

43
SAS/CTU 555 BAB 5 1 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Upload: aisya

Post on 14-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

CTU 555

TRANSCRIPT

  • SAS/CTU 555BAB 5 1

    PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS

    HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

  • KANDUNGAN

  • PEMBANGUNAN POLITIK

    SAS/CTU 555BAB 5

    3

    MATLAMAT

    Pembinaan Negara Bangsa

    KEPENTINGAN

    Modenisasi politik memerlukan masyarakat nasional yang stabil dan berintegrasi dengan baik

    METODE

    Pembentukan dan pelaksanaan dasarkhas

    Dasar Pend Keb, Dasar KebudayaanKeb, Bahasa Kebangsaan, RukunNegara dan pemupukan semangatnasionalisme

    UKURAN PENCAPAIAN

    Kualitatif Kuantitatif

    MODENISASI POLITIK MALAYSIA

  • MODENISASI POLITIK

    SAS/CTU555BAB 4

    4

    Negara bangsa: Suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa.

    Matlamat

    Dalam projek modenisasi, kegiatan ekonomi memerlukan masyarakat nasional yang stabil dan berintegrasi dengan baik.

    Kepentingan

    Pembentukan dan pelaksanaan dasar khas seperti dasar pendidikan nasional, bahasa nasional, kebudayaan nasional dan ideologi nasional

    Metode

    Diukur secara kualitatif dan kuantitatif Kejayaan dasar-dasar nasional, kekerapan konflik, kekerapan pilihanraya, ukuran

    perbandingan dengan negara lain dan kebebasan bersuara

    Ukuran Pencapaian

  • KONSEP NEGARA BANGSA

    Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

  • DEFINISI

    Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satubangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat.

    "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atauetnik.

    Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya.

    Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya.

    Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

  • CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

    Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu, pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya. Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.

  • SAS/CTU 555BAB 5

    8

    CABARAN PEMBINAAN

    NEGARA BANGSA

    Migrasi

    Penjajahan

    Gabungan wilayah

    yang berbeza

    Gabungan etnik yang

    berbeza

    CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

  • SAS/CTU 555BAB 5

    9

    Parti-parti politikMajlis perwakilan rakyat

    atau parlimen

    Perlembagaan Negara Pilihanraya

    KOMPONEN UTAMA DALAM SUATU SISTEM POLITIK

  • KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK

    SAS/CTU 555BAB 5

    10

    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dianggap sebagai kontrak sosialmerupakan persetujuan antara etnik Melayu, Cina dan India

    SURUHANJAYA REID

    Fokus kepada tuntutan orang Melayu dan bukan Melayu; Memorandum Pakatan Murni

    RUNDINGAN LONDON

    Dari perundingan ini,diputuskan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan menjadi negaramerdeka pada 31 Ogos 1957.

    CLC (Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum)

    Badan berbilang etnik dengan tujuan untuk mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yang lebih baik di kalangan etnik di Tanah Melayu

    MALAYAN UNION

    Corak pemerintahan berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak Inggeris; rakyat ditadbirsebagai satu bangsa.

  • LATAR BELAKANG POLITIK MALAYSIA

    SAS/CTU 555BAB 5

    11

    Kemajmukan etnik dalam prosespolitik di Malaysia

    Pada tahun 2010, jumlah penduduk diMalaysia lebih kurang 28.3 juta

    Oleh itu, berlandaskan bancian,penduduk Malaysia dapatdikategorikan kepada kelompok etnikyang berbeza-beza

    Mereka dapat dibezakan berdasarkanaspek kepercayaan dan agama sertaaspek demografi.

    Melayu lebih kurang

    67.4%),

    Cina lebih

    kurang 24.6%),

    India lebih

    kurang 7.3%)

  • KOMPOSISI PENDUDUK

    Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.

    Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%).

    Di kalangan warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus.

    Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah.

  • JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA

  • MENGIKUT NEGERI

  • KEPADATAN PENDUDUK

  • URBANISASI

  • MENGIKUT ETNIK

  • JANTINA & UMUR

  • AGAMA

  • PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA

  • PARTI POLITIK SEMENANJUNG MALAYSIA

    SAS/CTU 555BAB 5

    21

    UM

    NO

    Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar

    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 akibat penentangan terhadap pelaksanaan Malayan Union

    UMNO adalah hasil gabungan pelbagai persatuan dan pertubuhan Melayu

    Tujuannya adalah bagi memelihara kepentingan dan memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu

    PA

    S Ditubuhkan pada tahun 1951. Tujuan penubuhannya adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu

    Hasrat Dr Burhanuddin al-Helmy sewaktu dilantik memimpin PAS pada akhir 1956: Dalam perjuangan kita

    (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus-menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci

  • PARTI POLITIK SEMENANJUNG MALAYSIA

    SAS/CTU 555BAB 5

    22

    MIC

    John Thivy adalah presiden pertama bagi parti ini

    MIC ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu

    MC

    A

    Tan Cheng Lok adalah presiden pertama Tujuan penubuhan parti ini adalah:

    menjalin dan memelihara kebajikan dan keharmonian etnik

    menjaga kepentingan dan kebajikan orang Cina

    memajukan dan membantu mengekalkan suasana aman damai

    Pe

    rik

    ata

    n UMNO-MCA-MIC telah bergabung bagi membentuk Parti Perikatan. Pada pilihan raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan telah menang 51 daripada 52

    buah kerusi yang dipertandingkan. Ini merupakan petanda bahawa Tanah Melayu sudah bersedia untuk memperoleh

    kemerdekaan. Pada Tahun 1974, Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional bagi meperkukuhkan

    kerjasama antara etnik dengan parti-parti politik Malaysia supaya setiap kumpulan etnik dapat pertimbangan sewajarnya dalam politik Malaysia

  • PARTI POLITIK SEMENANJUNG MALAYSIA

    SAS/CTU 555BAB 5

    23

    IMP Diasaskan oleh Dato Onn Jaafar setelah

    ahli-ahli UMNO menolak cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua rakyat Tanah Melayu

    Ia adalah sebuah parti multi-etnik

    Mengamalkan dasar bekerjasama dan penyatuan etnik melalui politik .

    Menemui kegagalan dan diteruskan melalui penubuhan Parti Negara

    SE

    MA

    NG

    AT

    46 Merupakan sebuah parti serpihan

    UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah

    Tujuan penubuhannya adalah untuk mengembalikan semangat Melayu tahun 1946 yang didakwa telah hilang daripada UMNO di bawah kepimpinan Dr MahathirMohamad

    Bagaimanapun, parti ini telah dibubarkan setelah kegagalannya dalam pilihan raya Parlimen 1994

    DA

    P Parti Tindakan Demokratik (DAP) Berfungsi sebagai

    sebuah parti demokratik sosial yang : berjanji akan

    berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas

    demokratik dan berfahaman sosialis

    berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.

  • PARTI POLITIK SARAWAK

    SAS/CTU 555BAB 5

    24

    SN

    AP Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

    Ditubuhkan di kalangan etnik Dayak, dari kawasan Skrang- Saribas

    Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.

    PB

    DS Parti Bansa Dayak Sarawak

    Ditubuhkan oleh Leo Moggie pada 1983.

    Bertekadkad menubuhkan parti politik yang diketuai oleh orang Iban dan memulihkan penguasaan orang Iban dalam politik dan kerajaan Sarawak serta pengembalian jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada orang Iban

    PA

    NA

    S Parti Negara Sarawak Pimpinan Abang

    Haji Mustapha Mewakili etnik

    Melayu dan Melanau

  • PARTI POLITIK SARAWAK

    SAS/CTU 555BAB 5

    BE

    RJ

    AS

    A Parti Rakyat Jati Sarawak Juga mewakili etnik Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang

    Mereka beranggapan PANAS tidak mewakili mereka

    Parti ini dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang

    Bergabung dengan PANAS membentuk Parti Bumiputera P

    ES

    AK

    A Parti Pesaka Anak Sarawak Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah

    Parti ini mewakili etnik Dayak dari Rejang

    PB

    B Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Hasil dari gabungan Parti Bumiputera dan PESAKA yang

    membentuk PBB pada 1973 Mendapat sokongan kaum Bumiputera terutama

    golongan Melayu-Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu Merupakan parti komponen Barisan Nasional

  • PARTI POLITIK SARAWAK

    SAS/CTU 555BAB 5

    26

    SC

    A Sarawak ChineseAssociation (SCA) Sebuah parti politik yang

    berpandangan sederhana Ditubuhkan oleh

    sekumupulan ahli perniagaan Cina yang kaya.

    SU

    PP Sarawak United PeoplesParty(SUPP)

    Merupakan sebuah parti multi-etnik dan yang terawal di Sarawak

    Bagaimanapun, ia jelas dimonopoli oleh orang Cina

    Parti ini mendapat galakan daripada pentadbiran kolonial sebagai langkah awal untuk pemerintahan sendiri

  • PARTI POLITIK SARAWAK

    SAS/CTU 555BAB 5

    27

    SARAWAK

    Masyarakat di Sarawak terpisah kepada beberapa parti yang berasaskan etnik dari bahagian-bahagian tertentu

    Pembentukan, pembubaran, penggabungan dan penukaran rakan politik merupakan satu perubahan yang lumrah dalam politik Sarawak.

    Semua parti di atas bergabung membentuk Parti Perikatan, kecuali SUPP Kini, PBB, SNAP dan SUPP bernaung di bawah Barisan Nasional

    DAYAK

    SNAP PESAKA

    MELAYU DAN MELANAU

    BERJASA PANAS Parti Bumiputera

    CINA

    SUPP SCA

  • PARTI POLITIK SABAH

    SAS/CTU 555BAB 5

    28

    UN

    KO

    United Kadazan National Organization

    Diketuai oleh Donald Stephens(kemudian dikenali dengan Tun Fuad Stephens)

    Tujuan penubuhannya adalah untuk menyatupadukan Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam

    Pada 1964, 2 kumpulan etnik yang utama iaitu Kadazan-Dusun dan Murut yang diwakili UNKO dan Pasok Momogun bersetuju mempertahan kepentingan Bumiputera bukan Islam di Sabah dengan membentuk United Pasok Momogun Kadazan-Dusun Murut Organization(UPKO)

    US

    NO

    United Sabah NationalOrganization (USNO)

    Ditubuhkan bagi kepentingan etnik Bajau, Suluk dan lain-lain.

    Diketuai oleh Tun Dato Mustapha Dato Harun

    Menjalinkan kerjasama dengan Sabah Chinese Association (SCA)

  • PARTI POLITIK SABAH

    SAS/CTU 555BAB 5

    29

    SC

    A Sabah Chinese Association(SCA) Ditubuhkan bagi

    memelihara kepentingan orang-orang Cina di Sabah

    UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO, SCA kemudiannya bergabung bagi membentuk sebuah parti Perikatan

    Pakatan ini berjaya memenangi pilihan raya dan seterusnya membentuk kerajaan negeri Sabah yang pertama BE

    RJ

    AY

    A Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) Sebuah parti berbilang etnik

    dan dianggotai oleh Bumiputera Islam dan bukan Islam

    BERJAYA membawa pembangunan politik, sosial dan ekonomi kepada Sabah melalui kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan

    Walau bagaimanapun, jelas kelihatan bahawa parti ini dimonopoli oleh Bumiputera Islam

  • PARTI POLITIK SABAH

    SAS/CTU 555BAB 5

    30

    PB

    S Parti Bersatu Sabah Ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan akibat tentangan terhadap kepimpinan Harris Salleh dari parti BERJAYA Sebuah parti multi etnik, walaupun jelas didominasi oleh

    bumiputera Bukan Islam Jatuh pada 17 Mac 1994. Akibat kejatuhannya, proses politik Sabah

    mengalami perubahan yang besar dan digantikan UMNO. UMNO berjanji, sekiranya parti tersebut berjaya merampas

    pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran antara Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina selang 2 tahun.

    Beberapa parti politik baru tertubuh seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Demokratik Sabah (PDS) dan Parti Progresif Sabah.

  • PERJANJIAN MALAYSIA 1963

    SAS/CTU 555BAB 5

    31Merupakan satu lagi persetujuan yang telah dicapai di antara parapemimpin Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura semasa merekasama-sama bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.

    Perjanjian Malaysia tidak mengubah kontrak sosial yang telahdicapai di antara Melayu dan bukan Melayu.

    Perjanjian Malaysia mengandungi semua tuntutan Sabah, Sarawakdan Singapura yang dipersetujui dan dimaktubkan ke dalamPerlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

    Tidak semua perkara yang dituntut oleh ketiga-tiga negeri tersebutditerima dan dimaktubkan dalam Perlembagaan.

    20 perkara merupakan suatu dokumen yang mengandungituntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Sabah sebagai syaratnegeri itu bersetuju menyertai Malaysia.

  • TUNTUTAN DALAM PERJANJIAN MALAYSIA 1963

    SAS/CTU 555BAB 5

    32 Tidak memperakukan suatu agama sebagai

    agama rasmi negeriAGAMA

    Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa

    BAHASA

    Penggubalannya patut melibatkan semua negeri

    PERLEMBAGAAN

    Imigresen adalah kuasa pusat tetapi soal keluar masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri

    IMIGRESEN

    Mendapat hak istimewa seperti MelayuBUMIPUTERA SABAH

  • TUNTUTAN YANG DIPERSETUJUI DALAM PERLEMBAGAAN

    SAS/CTU 555BAB 5

    33 Jadual ke 9, Senarai Tambahan kepada Sabah danSarawak dalam Senarai 2A

    Meliputi undang-undang dan adat istiadat bumiputeraSabah dan Sarawak, urusan pentadbiran perbadanan,pelabuhan dan kereta api negeri

    Senarai Negeri

    Jadual ke 9, Senarai Tambahan kepada Sabah danSarawak dalam Senarai 3A

    Meliputi undang-undang diri dan keluarga, perkapalan,bekalan air dan elektrik, pertanian dan perhutanan,hiburan dan pilihan raya negeri

    Senarai Bersama

    Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa bumiputeraSabah dan Sarawak, kedudukan istimewa bumiputeraSabah dan Sarawak serta kedudukan negeri

    Perlindungan-perlindungan khas bagi

    Sabah dan Sarawak

    Pemberian khas dalam bentuk peruntukan kewangan Pemberian tahunan persekutuan kepada kerajaan negeri

    Sabah dan Sarawak serta pemberian hasil sumber-sumbertambahan

    Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak

  • HUBUNGAN ETNIK SELEPAS

    PENUBUHAN MALAYSIA

    SAS/CTU 555BAB 5

    34

  • HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA

    SAS/CTU 555BAB 5

    35

    Perpaduan dan integrasi etnik berjayadalam bidang politik di mana ia dapatmembawa semua etnik utama ke dalamproses politik dan pentadbiran.

    Namun kejayaan dalam bidang politik initidak dapat diterjemahkan kepada bidanglain terutama dari segi kemasyarakatan danekonomi.

    Proses perpaduan dan integrasimemerlukan penglibatan langsung Kerajaandengan dasar-dasar bersifat top-down.Dalam konteks ini, DEB dan dasar-dasaryang selanjutnya merupakan suntikandaripada Kerajaan yang cuba mewujudkanperpaduan.

    Kesemua dasar yang dirangka olehkerajaan menyediakan peluang supayasemua etnik berada dalam satu dimensifizikal yang sama, sama ada dalam bidangekonomi, pendidikan atau perkhidmatanawam.

  • PENDEKATAN ISLAM DALAM

    PEMBANGUNAN POLITIK

    SAS/CTU 555BAB 5

    36

  • PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK

    SAS/CTU 555BAB 5

    37

    Bahasa Arab : siasah.

    Kamus Dewan : ilmu pengetahuan berkenaan dengan carapemerintahan, ilmu siasah, ilmu kenegaraan.

    Definisi Politik:

    Pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam.

    Politik Islam

    "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikanurusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisiAllah, dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaumMuslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaumMuslim). (Hadis Riwayat Thabrani)

    Politik atau siasah itu bermakna mengurus urusanmasyarakat berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

  • PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK

    SAS/CTU 555BAB 5

    38

    Politik bukanlah sekadar sebuah parti politik, tetapi keseluruhanaktiviti dakwah yang dilakukan untuk mengurus nasib umat hinggamengangkat mereka ke kedudukan sebagaimana yang diperintahkanal-Quran di tengah-tengah manusia.

    Politik sepatutnya bukanlah sekadar untuk meraih kekuasaan danmencapai kedudukan-kedudukan tinggi dalam pemerintahan, tetapisemata-mata ditujukan bagi menegakkan hukum-hukum Allah s.w.t.di dalam masyarakat berdasarkan prinsip-prinsip keadilan yangtelah digariskan-Nya.

    Islam melihat usaha ini dapat dicapai jika seluruh umat memberikankomitmen dan mengikut model kepimpinan Rasulullah s.a.w.

    Imam Hasan al-Banna

  • PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK

    SAS/CTU 555BAB 5

    39

    Islam bukanlah semata agama (a religion), namun ia juga merupakansebuah sistem politik (a political system). Meskipun pada dekad-dekadterakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mendakwa dirimereka sebagai kalangan 'modernis', yang berusaha memisahkan keduasisi itu, namun seluruh gagasan pemikiran Islam dibangun di atasfundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan selaras,yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.

    Dr. V. Fitzgerald

    Islam lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teori-teoriperundangan dan politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, iamerupakan sistem peradaban yang lengkap, yang mencakup agama dannegara secara bersamaan.

    Dr. Schacht

  • SAS/CTU 555BAB 5

    40

    Al-Quran Sunnah

    Ijma Qias

    ASAS POLITIK ISLAM

  • UNSUR UTAMA POLITIK ISLAM

    SAS/CTU 555BAB 5

    41

    Dalam berpolitik, niat seharusnya menjadi asas utama dalammelaksanakan sebarang dasar atau tindakan yang berkaitan denganpolitik agar sentiasa selari dengan tuntuan Islam

    NIAT

    Beransur-ansur. Dalam melaksanakan dasar dan tindakan politikseharusnya dibuat secara beransur-ansur agar objektif menegakkanIslam melalui politik itu dapat dipenuhi

    TADARRUJ

    Pembangunan politik dalam Islam ia mestilah dilaksanakan denganmengambil kira kesesuaian dan amalan berpolitik masyarakat setempattanpa membelakangkan apa yang dianjurkan dalam Islam.

    URUF

  • KESIMPULAN

    SAS/CTU 555BAB 5

    42Malaysia adalah sebuah negara berbilang etnik. Tiadasatu golongan etnik yang dapat menegakkan kerajaansendiri kecuali melalui kerjasama antara pelbagai etnik.

    Kerjasama ini penting supaya tiada kelompok dianiayaisemata-mata kerana percaturan kuasa dan politiksempit.

    Malaysia kini sudah mencapai kestabilan politik dankemakmuran ekonomi antaranya hasil daripadapenyatuan etnik.

    Kemerosotan ekonomi negara akan menjejaskankestabilan politik.

    Oleh itu, survival Malaysia dari segi ekonomi dan politikbergantung kepada integrasi yang kukuh danberpanjangan.

  • PENGUKUHAN

    SAS/CTU 555BAB 5

    43

    Huraikan TIGA (3) dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat

    pembinaan negara bangsa

    Jelaskan TIGA (3) faktor yang membawa kepada pembentukan pakatan strategik

    Perikatan dan Barisan Nasional

    Huraikan EMPAT (4) cabaran yang sering dihadapi oleh pakatan strategik tersebut.

    Kemukakan TIGA (3) bukti pencapaian pembangunan politik di Malaysia.

    Bincangkan TIGA (3) strategi politik yang dilaksanakan oleh kerajaan selepas

    Peristiwa 13Mei 1969.

    Analisakan TIGA (3) cabaran yang boleh menggugat kestabilan politik di Malaysia dan

    TIGA (3) cara mengatasinya.