bab 5.cina.tamadun

25
1 Bab 5: Tamadun Cina 5.1 Mukadimah 5.2 Sejarah Tamadun Cina 5.3 Sistem Pemerintahan & Sosial 5.4 Kepercayaan 5.5 Sistem Pendidikan 5.6 Seni Bina 5.7 Interaksi dengan Tamadun Lain Setelah selesai bab ini, anda akan dapat: Menerangkan sejarah tamadun Cina Membincangkan kepercayaan dan sistem pendidikan tamadun Cina Menghuraikan seni bina tamadun Cina Menganalisis interaksi tamadun Cina dengan tamadun- tamadun lain

Upload: mansorembong

Post on 01-Oct-2015

121 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Bab 5: Tamadun Cina

    5.1 Mukadimah

    5.2 Sejarah Tamadun Cina

    5.3 Sistem Pemerintahan & Sosial

    5.4 Kepercayaan

    5.5 Sistem Pendidikan

    5.6 Seni Bina

    5.7 Interaksi dengan Tamadun Lain

    Setelah selesai bab ini, anda akan dapat:

    Menerangkan sejarah tamadun Cina

    Membincangkan kepercayaan dan sistem pendidikan tamadun Cina

    Menghuraikan seni bina tamadun Cina

    Menganalisis interaksi tamadun Cina dengan tamadun-tamadun lain

  • 2

    Bab ini membincangkan sejarah tamadun Cina dengan bertumpu kepada dinasti-dinasti yang

    memerintah Cina selama 4000 tahun. Juga diberi tumpuan ialah keagamaan dan kepercayaan,

    sistem pemerintahan, sistem pendidikan, seni bina dan interaksi tamadun Cina dengan

    tamadun-tamadun lain.

    Manusia telah berada di Cina kira-kira

    300,000 hingga 500,000 tahun dahulu. Ini

    terbukti dengan perjumpaan tengkorak

    Peking Man berhampiran Beijing pada

    tahun 1927. Lihat gambar-gambar di sebelah

    kiri dan kanan.

    Tamadun awal China muncul di Lembah Hwang-He (juga dikenali sebagai Lembah Sungai

    Kuning) kira-kira 5000 tahun yang lampau. Perkataan Hwang-He juga dieja sebagai

    Hwang-Ho dan juga Huang-Ho (Lihat Rajah 5.1).

    5.2 Sejarah Tamadun Cima

    Rajah 5.1 Peta Menunjukkan Kedudukan Tamadun Hwang He

    5.1 Mukadimah

  • 3

    Penduduk awal mendapati Lembah Hwang-He sesuai untuk pertanian dengan adanya tanih

    loes yang subur. Penempatan di dirikan dan berkembang dengan pesat. Contoh bandar yang

    wujud ialah Kota Shang, Anyang, Loyang dan Changgan. Bandar-bandar ini mempunyai

    sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Kebanyakan bandar ini muncul di

    tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut. Negeri Cina

    dikuasai oleh beberapa Dinasti yang merupakan kuasa yang dipegang secara turuen temuran

    oleh sekelompok keluarga kerabat. Dalam bab ini, kita akan membincang secara ringkas

    dinasti-dinasti yang telah memerintah Cina selama 4000 tahun (Lihat Rajah 5.2) dengan

    memberi tumpuan kepada pencapaian-pencapain setiap dinasti.

    DINASTI

    Xia 2205 1570

    sebelum masihi

    Tidak banyak diketahui tentang dinasti pertama

    ini

    Shang 1570 1045

    sebelum masihi

    Menguasai kawasan sepanjang Sungai Hwang-

    He dan Yin ialah ibu kota

    Zhou 1045 256

    sebelum masihi

    Dinasti yang paling lama berkuasa dikuasi oleh

    ramai raja-raja feudalisme

    Qin 221 - 206 sebelum

    masihi

    Pelbagai pencapaian walau pun pemerintahan

    adalah singkat Maharaja Shih Huang Ti yang

    melengkapkan pembinaan Tembok Cina

    Han 206 sebelum masihi

    220 masihi

    Mengikuti ajaran Confucius perkembangan

    seni dan kesusasteraan

    Enam Dinasti 222 581 Masihi Tidak ada pemimpin yang dominan

    Sui 589 618 Masihi Mula penguasaan oleh satu raja pembinaan

    Terusan Besar

    Tang 618 907 Zaman kegemilangan Cina teknologi, seni

    ibu kota = Changan bandar terbesar di dunia

    Lima Dinasti 907 960

    Pemberontakan oleh petani terhadap dinasti

    Tang

    Song 960 1279 Penyatuan terkenal dalam bidang sains dan

    teknologi

    Yuan 1279 1368 Serangan Mongol Kublai Khan menubuhkan

    dinasti Yuan

    Ming 1368 1644 Dinasti akhir menghabiskan pembinaan

    Forbiden City(Kota Larangan) istana raja

    Ching (Qing) 1644 - 1911 Maharaja akhir Cina Maharaja Pu Yi

    Repubik Cina 1912 Sun Yat Sen Republik

    Rajah 5. 2 Jadual yang Menunjukkan Dinasti-Dinasti yang Memerintah Cina Selama 4000 tahun

  • 4

    Dinasti Xia

    Tidak banyak diketahui tentang Dinasti Xia. Ia merupakan dinasti pertama di Cina yang telah

    berjaya menyatukan beberapa wilayah-wilayah di bawah pemerintahan satu Maharaja. Raja-

    Raja dinasti Xia yang memerintah selama 635 tahun dengan kuasa mutlak dipegang oleh

    raja..

    Dinasti Shang (1570-1045 sebelum masihi)

    Dinasti ini bermula kira-kira 3600 tahun yang lampu telah memerintah

    Cina selama 500 tahun. Raja Dinasti Shang berjaya menawan dan

    menyatukan wilayah-wilayah kecil sebagai satu empayar yang beribu

    kota di Anyang. Maharaja berkuasa mutlak tetapi orang bangsawan

    diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun.

    Ahli arkeologi telah menjumpai beribu-ribu tulang

    lembu dan kura-kura yang mengandung tulisan-

    tulisan pada zaman Dinasti Shang (Lihat Rajah

    5.3). Ia merupakan tulisan yang paling awal dalam

    sejarah Cina. Juga dijumpai ialah seramik, jed dan

    alat-alat yang diperbuat daripada tembaga (Lihat

    Rajah 5.4). Bahan yang diperbuat daripada

    tembaga adalah tanda bahawa sesuatu tamadun itu

    lebih maju berbanding dengan zaman besi.

    Penduduk menyembah nenek-moyang mereka

    serta nenek-moyng raja-raja dan Dewa Shang Di yang menguasai

    dewa-dewa matahari, hujan gunung dan lain-lain. Selain amalan

    pengorbanan haiwan, mereka juga mengamal pengorbanan manusia.

    Ahli arkeologi telah menjumpai makam-makan raja yang penuh dengan

    ratusan tengkorak manusia yang dipercayai untuk melayan raja dalam dunia

    akhirat. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Kerajaan Zhou kerana

    kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin.

    Dinasti Zhou

    Dinasti Zhou adalah dinasti yang paling lama memerintah Cina, iaitu kira-kira

    790 tahun. Zaman Dinasti Zhou disifatkan sebagai zaman kesedaran intelek

    dan kesenian. Tokoh-tokoh terkemuka seperti Confucius, Lao Tze, Mozi dan

    Mencius yang lahir pada zaman ini telah membentuk perwatakan tamadun

    Cina hingga hari ini.

    Maharaja Wu ialah raja pertama Dinasti Zhou yang berjaya menumpaskan Dinasti Shang.

    Sistem feudalisme berterusan sebagai sistem pemerintahan tetapi tanah diberikan kepada

    Rajah 5. 5 Maharaja Wu

    Rajah 5. 3 Tulang lembu dengan inskripsi tulisan paling awal

    Rajah 5. 4 Alat gangsa yang paling berat pernah dijumpai

  • 5

    petani tetapi mereka dikehendaki memberikan satu per sembilan (1/9) hasil pertanian

    diserahkan kepada kerajaan. Pertanian berkembang pesat dengan sokongan kerajaan.

    Dinasti Qin (221-206 sebelum masihi)

    Pengasas Dinasti Qin ialah Qin Shi Huang. Baginda memperkenalkan

    sistem pemerintahan yang berpusatkan raja dan mengurangkan peranan

    golongan bangsawan dan golongan tuanpunya tanah dalam pentadbiran

    negara. Lihat Rajah 5.6. Baginda juga memperkukuhkan tentera dengan

    melengkapkan tentera dengan senjata yang canggih.

    Maharaja Qin Shi Huang memperkenalkan

    beberapa reformasi seperti timbang dan sukat

    yang diseragamkan dan sistem penulisan

    yang lebih seragam. Baginda juga mengarah

    penggunaan duit syiling yang bulat dengan

    lubang empat segi ditengah. Duit ini perbuat

    daripada gangsa dan dipanggil Syiling Ban

    Liang (Ban Liang Coin). Lihat Rajah 5.7.

    Maharaja Qin Shi Huang adalah seorang yang

    sungguh zalim. Untuk menghalang kritikan, buku-

    buku dibakar dan para ilmuan dibunuh dengan

    mengebumikan mereka hidup-hidup (Lihat Rajah

    5.8).

    Rajah 5. 7 Duit syiling

    Rajah 5. 8 Lukisan yang menunjukkan pembunuhan para ilmuan pada zaman Dinasti Qin

    a) Apakah Manusia Peking (Peking Man)? b) Nyatakan lokasi Tamadun Hwang-He. c) Huraikan perkara-perkara menarik semasa zaman Dinasti Shang. d) Huraikan perkara-perkara menarik semasa zaman Dinasti Zhou.

    Rajah 5. 6 Maharaja Qin Shi Huang

  • 6

    Maharaja Qin Shih Huang juga mengarahkan pembinaan

    daripada tanah liat lebih patung-pating yang terdiri

    daripada 8000 askar, 520 kuda dan lain-lain yang

    dipanggil Tentera Terracota (Terracota Army). Lihat

    Rajah 5.9. Patung-patung ini dijumpai tertimbus dalam

    lubang pada tahun 1974. Ahli-ahli arkeologi mempercayai

    bahawa terdapat banyak lagi lubang yang masih belum

    dijumpai. Apakah tujuan membina patung-patung ini?

    Maharaja Qin mempercayai patung-patung ini akan

    menjaga keselamatan baginda dalam dunia akhirat.

    Dinasti Han (206 sebelum masihi hingga 220 masihi)

    Dinasti Han menggantikan Dinasti Qin yang terbahagi kepada

    Dinasti Han Barat dan Dinasti Han Timur. Dinasti Han adalah

    satu daripada tiga dinasti yang paling berpengaruh di Cina

    sepanjang sejarahnya. Dinasti Han diasaskan oleh Liu Bang,

    seorang petani yang memenangi perang saudara dengan

    saingannya, Xiang Yu. Dinasti Han merupakan salah satu dinasti

    terkuat di China, dan disebabkan pengaruhnya yang besar, etnik-

    etnik majoriti di China sekarang ini menyebut mereka orang Han

    (walaupun mungkin nenek moyang mereka bukan dari etnik Han).

    Semasa pemerintahan Maharaja Wudi, baginda bertitah bahawa

    ajaran Confucius dijadikan kurikulum sekolah dan segala upacara

    rasmi kerajaan dan istana. Juga kesusasteraan dan falsafah berkembang pesat. Semasa zaman

    Dinasti Han, Laluan Sutera diperluaskan hingga ke Empayar Rom dengan perdagangan

    sutera, seramik dan emas dari Cina dan rempah- ratus, anggur dan kekacang dari kawasan-

    kawasan lain.

    Juga pada zaman Dinasti Han, kekuasaan Cina diperluaskan hingga Korea, Vietnam dan

    Mongolia. Interaksi antarabangsa dipertingkatkan dengan penerimaan duta daripada Jepun

    dan Asia Barat. Terdapat laporan yang mengatakan duta daripada Maharaja Marcus Aurelius,

    Empayar Rom membawa gading gajah, tanduk badak sumbu dan cangkerang kura-kura ke

    Cina. Pada zaman ini juga terciptanya kertas, jam air, jam bayang matahari (sundial)

    instrumen astronomi dan seismograf (untuk mengesan kejadian gempa bumi).

    Walau pun Maharaja mempunyai kuasa mutlak, semas zaman Dinasti Han sembilan

    kementerian ditubuhkan yang pentadbir kewangan, keadilan, upacara, keselamatan kerabat

    raja, kuda-kuda raja dan lain-lain. Mula-mula percetakan wang diswastakan dan ini telah

    menyebabkan inflasi berlaku. Amalan ini diberhentikan dan diambil alih oleh kerajaan pusat.

    Juga pada zaman Dinasti Han, Buddhisme mula bertapak.

    Rajah 5. 9 Tentera Terracotta

    Rajah 5. 10 Liu Bang

  • 7

    Enam Dinasti (221 hingga 581 masihi)

    Di antara tahun 221 hingga tahun 581 masihi, Cina diperintah oleh enam dinasti yang

    bernama Dinasti-Dinasti Wu, Jin, Liu Song, Qi, Liang dan Chen. Zaman ini yang menyusuli

    kejatuhan Dinasti Han pada tahun dicirikan sebagai zaman perpecahan, ketidakstabilan, serta

    peperangan.

    Pada zaman Enam Dinasti, kerabat raja dan orang atasan kurang yakin dengan Confusianisme

    dan mengalih tumpuan mereka kepada Buddhisme dan Taoisme. Zaman ini mengalami

    serangan daripada puak-puak bukan Cina daripada utara dan rasuah berleluasa. Ia tamat

    apabila Maharaja Wen dari Sui menyatukan semula China Selatan dan Utara.

    Dinasti Sui (581-618)

    Tempoh pemerintahan Dinasti Sui agak

    singkat. Pada zaman Dinasti Sui, pembinaan

    Terusan Besar (Grand Canal) dimulakan

    sepanjang 1700 km yang menghubungi Sungai

    Hwang-He dengan Sungai Yangtze.

    Rajah 5.11 Terusan Besar Cina

    Dinasti yang pendek ini diperintah oleh dua

    maharaja manakala yang lainnya adalah maharaja boneka yang dilantik oleh para jeneral dan

    ketua ketenteraan sebelum akhirnya mereka sendiri mendirikan dinasti sendiri. Dinasti Sui

    a) Apakah yang diperkenalkan semasa zaman Dinasti Qin? b) Mengapakah Maharaja Qin begitu kejam? c) Huraikan perkara-perkara menarik semasa zaman Dinasti Han.

  • 8

    memainkan peranan penting dalam penyatuan utara dan selatan Cina. Undang-undang yang

    zalim dimansuhkan.

    Dinasti Sui melarang penggunaan wang lama dan menerbitkan wang yang baru serta

    menghukum rakyatnya yang membuat wang palsu. Dalam seni dan teknologi. ahli astronomi

    yang terkenal seperti Liu Chao yang menyusun Kalender Huang Ji yang tidak jauh berbeza

    dengan kalender yang dipergunakan sekarang. Pada zaman Dinasti Sui, perkembangan

    muzik, tarian dan seni lukis digalakkan. Sistem peperiksaan kebangsaan diperkenalkan pada

    zaman Dinasti Sui untuk pemilihan pegawai dan pentadbir kerajaan.

    Dinasti Sui juga membuka kembali Jalan Sutera yang menuju ke Asia Barat. Dengan adanya

    Jalan Sutera ini, perdagangan dan hubungan China dengan Asia Barat menjadi lebih erat dan

    mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Dinasti Sui.

    Dinasti Tang (618-907 masihi)

    Dinasti Tang menggantikan Dinasti Sui yang memerintah hanya selama

    290 didirikan oleh Li Shimin bersama dengan ayahnya, Li Yuan (Lihat

    Rajah 5.12). Changan dijadikan sebagai ibu kota. Dikatakan iaitu Li

    Yuan tidak sepenuhnya keturunan Cina tetapi keturunan bangsa Turki.

    Setelah menjadi maharaja, Li Yuan menggelar diri sebagai Tang Gaozu

    dan Li Shimin bergelar Tang Taizong)

    Zaman Dinasti Tang merupakan zaman yang sungguh stabil dan disebut

    sebagai zaman kegemilangan Cina. Ajaran Confucianisme dan Taoisme berkembang

    bersama-sama. Terusan Besar telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Dinasti

    Tang dan bandar-bandar telah didirikan sepanjang Terusan tersebut.

    Maharaja Taizong berpegang ajaran Mencius yang menyarankan betapa penting memberi

    perhatian kepada perasaan dan minat rakyat untuk mewujud masyarakat yang

    berharmoni. Rakyat didahulukan dan segala undang-undang yang kejam dimansuhkan.

    Dinasti Tang menghormati semua agama dan budaya. Contohnya, lebih sejuta orang tinggal

    di Changan yan merupakan ibu kota Dinasti Tang dan daripada ini 100,000 adalah penduduk

    asing yang terdiri daripada orang Arab, India, Jepun, Yahudi, Parsi dan Korea. Mereka bebas

    menganuti agama Islam, Hindu, Shinto, Judaisme dan Zoroastrianisme. Agama Islam

    berkembang pesat dan agama Kristian diperkenalkan ke Cina pada zaman Dinasti Tang.

    Rajah 5. 12 Maharaja Li Yuan yang mengelar dirinya sebagai Tang Gaozu

  • 9

    Dinasti Tang terbuka kepada pengaruh budaya-budaya asing serta budaya kaum minoriti

    Cina. Contohnya, muzik dan tarian asing diserapkan ke dalam kesenian penduduk tempatan

    dan terbukti dengan perjumpaan patung-patung

    penari dan pemain muzik pelbagai budaya oleh

    ahli arkeologi.

    Laluan Sutera telah membuka negara Cina

    semasa pemerintahan Dinasti Tang kepada

    tamadun-tamadun timur dan barat. Contohnya,

    permainan polo diperkenalkan kepada Cina

    oleh orang Parsi. Lihat Rajah 5.13

    Zaman Dinasti Tang sangat terkenal dengan perkembangan agama dan kesenian.

    Contohnya, seorang sami Buddha bernama Xuanzang yang sungguh minat

    mengetahui tentang Buddhisme telah mengembara ke India (Lihat Rajah 5.14).

    Beliau telah menggunakan Laluan Sutera menuju ke India dan dalam

    perjalanannya telah melalui 25 negara dan mengambil masa 17 tahun. Setelah

    kembali ke Cina, beliau menterjemah kira-kira 1300 kitab Buddhisme kepada

    bahasa Cina.

    Pada zaman yang sama telah muncul seorang penyair terkenal bernama Li Bai

    yang dianggarkan telah menulis 1000 puisi. Puisi-puisi beliau adalah berkenaan

    persahabatan, alam semula jadi dan keseorangan dan digelar penyair tuhan.

    Puisi-puisi beliau berkait rapat dengan pengalamannya setelah merantau seluruh Cina dan

    negara-negara berhampiran.

    Dinasti Song (960-1279)

    Semasa pemerintahan Dinasti Song, duit kertas diperkenalkan buat pertama kali dalam dunia.

    Ia juga merupakan kerajaan Cina pertama yang wujudkan pasukan tentera luat yang tetap dan

    paling awal menggunakan bahan letupan dan menemui utara sebenar dengan menggunakan

    kompas. Dinasti Song telah berjaya menyatupadukan wilayah-wilayah kecil dan memajukan

    a) Terangkan pencapaian utama zaman Dinasti Sui. b) Huraikan mengapakah zaman Dinasti Tang disebut sebagai zaman

    kegemilangan Cina.

    Rajah 5. 13 Permainan polo oleh kaum wanita

    Rajah 5. 14 Xuanzang

  • 10

    kegiatan pertanian di Cina dengan memperkenalkan padi yang memerlukan masa yang

    singkat untuk masak. Juga diperkenalkan ialah pertanian bergiliran untuk menjaga

    kesuburan tanah dan penggunaan baja. Pertambahan hasil pertanian telah melipat gandakan

    bilangan penduduk kepada 100 juta ketika itu. Juga bidang seni, kesusasteraan dan teknologi

    berkembang pesat. Penyebaran ilmu dan kesusasteraan dipermudahkan dengan ciptaan mesin

    percetakan yang bergerak. Raja-raja Dinasti Song memberi tumpuan kepada pentadbiran

    kerajaan dan kurang kepada ketenteraan.

    Zaman Dinasti Song terkenal dengan Empat Inovasi yang diperkenalkan; iaitu pembuatan

    kertas, percetakan, bahan letupan (gunpowder) dan kompas. Buat pertama kali, kompas

    digunakan dikapal-kapal supaya tidak sesat dan petroleum digunakan untuk membuat

    dakwat. Ilmuan astronomi terkenal, Shen Kuo telah mengkaji dengan teliti tentang gerhana

    matahari, evolusi cakerawala, bintang dan planet dan menghasilkan carta bintang yang

    begitu detail. Beliau juga memperkenalkan kalendar yang begitu tepat; lebih awal daripada

    kalendar Gregorian yang diperkenalkan di Barat.

    Dinasti Yuan (1279-1368)

    Genghis Khan, keturunan Mongol telah menakluki sebahagian besar Turki dan utara benua

    Asia serta bahagian utara Cina. Semasa pemerintahan anaknya, Ogedai Khan, Kublai Khan

    (anak saudaranya) ditawarkan untuk mentadbir kawasan Cina yang ditakluki empayar

    Mongol (Lihat Rajah 5.15). Pada tahun 1271, Kublai Khan mendirikan Dinasti Yuan yang

    merupakan dinasti asing yang pertama yang mentadbir Cina sehingga 1368.

    Perkara yang aneh ialah hampir semua Raja Dinasti Yuan

    tidak berusaha untuk mempelajari Bahasa Cina

    memandangkan mereka mentadbir berjuta-juta orang

    Cina. Mereka lebih minat menggunakan bahasa ibunda

    dan Bahasa Mongolia.

    Maharaja Kublai Khan mendirikan sekolah untuk para

    ilmuan Confucius, memperkenalkan wang kertas,

    membangun semula ritual Cina dan menyokong dasar-

    dasar yang merangsangkan pertumbuhan pertanian dan

    perniagaan. Untuk mendekati dengan rakyat Cina, Kublai

    Khan menggunakan nama Cina Zhongtong.

    Kublai Khan memperkenalkan beberapa reformasi seperti memusatkan pentadbiran,

    memperluaskan penggunaan wang kertas dan mengekal monopoli perusahaan garam dan

    besi. Baginda meneruskan amalan-amalan pentadbiran dinasti-dinasti Cina dahulu.

    Rajah 5. 15 Kublai Khan

  • 11

    Bagaimana pun, Baginda menolak usaha-usaha untuk membangun semula peperiksaan

    imperial Confucius.

    Kublai Khan menyokong pedagang-pedagang yang menggunakan Laluan Sutera dengan

    menjaga keselamatan mereka, memberi perlindungan kepada sistem pos Mongol, memberi

    pinjaman untuk rombongan perdagangan. Kublai Khan juga memperluaskan Terusan Besar

    Cina supaya lebih banyak kawasan dihubungi dengan terusan tersebut.

    Kublai Khan menggalakkan penyebaran

    teknologi, barangan dan budaya antara Cina

    dengan Barat. Baginda menjemput pelawat-

    pelawat asing ke istananya dan antara yang

    terkenal ialah pengembara barat, Marco Polo

    (Lihat Rajah 5.16).

    Semasa zaman Dinasti Yuan, Buddhisme, agama Kristian Nestoria dan Islam berkembang

    pesat di Cina. Raja-raja Yuan begitu toleran terhadap perkembangan agama-agama lain.

    Buddhisme telah mempengaruhi kerajaan Yuan. Penduduk Islam memperkenalkan kartografi,

    astronomi, perubatan dan makanan Tamadun Islam. Juga tanaman seperti terong, tebu, kapas,

    sengkuang dan limau diperkenalkan pada zaman Dinasti Yuan. Alat muzik Barat

    diperkenalkan dengan tujuan memperkayakan kesenian Cina.

    Dinasti Ming (1368-1644)

    Pada tahun 1368, Zhu Yuanzhang (Lihat Rajah 5.17) mengambil

    alih kuasa dengan penubuhan Dinasti Ming. Untuk

    memperkukuhkan kuasa pentadbirannya, menteri-menteri yang

    menentangnya dibunuh. Kota Nanjing dijadikan ibu kota.

    Dinasti Ming menumpukan perhatian kepada meningkatkan sistem

    pentadbiran kerajaan pusat. Maharaja dibantu oleh Sekretariat

    Besar yang mengkordinasi enam kementerian Kementerian

    Perjawatan, Kementerian Cukai, Kementerian Upacara,

    Kementerian Peperangan, Kementerian Keadilan dan Kementerian

    Kerja Raya.

    Golongan yang paling berkuasa dalam istana Maharaja adalah sida-sida (Lihat Rajah 15.18).

    Adalah dianggarkan pada suatu ketika hampir 1000 sida-sida ditugaskan menjaga hal-ehwal

    Rajah 5. 17 Zhu Yuangzhang yang menggelar dirinya sebagai Maharaja Hongwe

    Rajah 5. 16 Marco Polo menziarahi Kublai Khan

  • 12

    yang berkaitan dengan upacara istana, makanan, pakaian, kuda-kuda raja, mohor, taman-

    taman, senjata dan dokumen-dokumen dalam istana dan sebagainya.

    Ekonomi China telah berkembang pesat dan muncul

    kegiatan kapitalisme pada masa itu. Petani digalakkan

    meneroka tanah tandus dan pelbagai jenis tanaman dari

    luar negara, antaranya tembakau, jagung, kacang tanah dan

    lain-lain diperkenalkan.

    Industri tenunan, perkapalan dan penghasilan porselin juga

    berkembang maju pada zaman Dinasti Ming. Lihat Rajah

    15.9. Pasu porselin berwarna biru dan putih. Bahan kimia

    kobalt yang dibawa daripada Iran menjadikan warna biru

    lebih gelap dan kontras dengan warna putih menambahkah

    kecantikan porselin yang dihasilkan pada zaman Dinasti

    Ming.

    Zaman pemerintahan Dinasti Ming telah membuka Cina

    kepada dunia luar. Kapal-kapal Portugis dan Sepanyol

    telah melabour di pelabuhan-pelabuhan Cina dan ini secara tak

    langsung membawa masuk pengaruh luar ke Cina.

    Usaha pertukaran dengan luar juga mencapai perkembangan yang pesat pada zaman dinasti

    tersebut. Laksamana Cheng Ho telah 7 kali melakukan pelayaran ke 30 negara dan kawasan

    di Asia dan Afrik [Dibincangkan dengan lebih mendalam kelak] Kemudian, zaman Dinasti

    Rajah 5. 18 Sida-Sida bermain sejenis bola sepak untuk menghibur Maharaja

    Rajah 5. 19 Pasu Porselin Ming yang pada masa kini

    mempunyai nilai yang tinggi dan agak mahal

  • 13

    Ming, mengalami pencerobohan dari pelbagai negara, antaranya Jepun, Sepanyol, Portugis,

    Belanda dan lain-lain.

    Dinasti Ching (1644-1911)

    Pengasas Dinasti Ching ialah Hong Taiji, daripada Manchuria (wilayah di timur laut Cina)

    yang bukan daripada keturunan Cina Han. Cina terbahagi mereka yang menganggap diri

    mereka sebagai Cina Han dan mereka yang menganggap diri mereka sebagai Manchu.

    Bagaimana pun, maharaja-maharaja Dinasti Ching (keturunan Manchu) meneruskan dengan

    sistem pentadbiran yang diamalkan semasa Dinasti Ming serta melantik Cina Han bertugas

    dalam kerajaan. Bahasa Cina Han diterima dan dijadikan bahasa rasmi untuk mentadbir

    negara.

    Dinasti Qing telah berpindah ibu kota ke Beijing. Antara bangunan terkenal yang dibina oleh

    Maharaja-Maharaja Qing ialah Istana Musim Panas (The Summer Palace) dan Kota

    Larangan (The Forbidden City) [Dibincangkan dengan lebih mendalam kelak].

    Pada permulaan zaman Dinasti Ching, Maharaja-Maharajanya adalah kuat dan stabil tetapi

    pada akhir zaman, pemimpin-pemimpin Dinasti Ching menjadi lemah. Keadaan ini telah

    memberi peluang kepada kuasa-kuasa Eropah menceburi tanah Cina. Britain

    memperkenalkan candu kepada masyarakat Cina dan kerana ketagihan permintaan untuk

    bahan tersebut bertambah pesat. Britain menambahkan pengeluaran candu yang dihasilkan di

    India. Cina membayar untuk candu dengan perak yang digunakan untuk membeli teh, sutera

    dan seramik bagi menampung permintaan pendudukan Eropah. Dinasti Ching cuba

    menghentikan import candu dan menyebabkan Peperangan Opium dengan Britain. Cina

    kalah dan terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada Britain membuka sungai-sungai untuk

    perkapalan Britain.

    Diakhir zaman pemerintahan Dinasti Ching, negara-negara lain

    seperti Perancis, Jepun, Jerman dan Rusia mula mencampur

    tangan dalam hal-ehwal Cina. Peperangan dengan Perancis

    diakhiri dengan menandatangani perjanjian yang memaksa Cina

    menyerahkan Vietnam ke Perancis. Burma, dibawah jagaan

    Cina diserahkan kepada Britain manakala Tsingtao dan

    Kiaochow diserahkan kepada Jerman. Lihat Rajah 5.20.

    Selain itu Cina dipaksa membayar pampasan peperangan,

    membuka pelabuhan kepada kuasa-kuasa asing, menyerahkan hak

    jalan pengairan dan membenarkan pembinaan jalan keretapi.

    Kekalahan dalam peperangan dengan Jepun pada tahun 1894-95,

    memaksa Cina menyerahkan Korea ke Jepun. Jerman telah

    menuntut hak milik sementara Teluk Jiazhou manakala Rusia

    menguasai Liaodong.

    Rajah 5. 20 Kartun yang menunjukkan pembahagian

    Cina oleh Britain, Jerman, Rusia, Perancis dan Jepun

  • 14

    Pada awal 1900, Sun Yat Sen telah mengembara ke merata dunia untuk

    mendapat bantuan dengan tujuan mengguling Dinasti Qing. Beliau

    seorang berpelajaran dan mengetuai pemberontakan mengguling Dinasti

    Qing. Pada tahun 1912, Sun menjadi presiden Republik Cina, namun

    pemerintahannya berlangsung singkat kerena direbut oleh Yuan Shih-Kai.

    Sun Yat Sen mengutamakan demokrasi dan menolak kuasa asing campur

    tangan dalam hal ehwal Cina. Rakyat hendaklah diberi hak untuk memilih

    pemimpin mereka serta mengubah undang-undang yang kuno. Beliau

    digantikan oleh Ching Kai Shek pada tahun 1928.

    Organisasi sosial di Tamadun Cina berdasarkan konsep Mandat Syurga

    (Mandate of Heaven) yang memberi kuasa mutlak kepada Raja. Paling

    berkuasa ialah Raja. Bagaimana pun sekiranya berlakunya sesuatu

    malapetaka semula jadi pada masyarakat, Raja boleh ditukar kerana ia

    adalah mandat syurga. Ia menunjukkan Raja berkenaan tidak menjalankan

    tugasnya dengan sempurna.

    5.3 Sistem Pentadbiran dan Organisasi Sosial

    Rajah 5. 22 Maharaja Cina

    a) Siapakah Kublai Khan? b) Terangkan pencapaian utama zaman Dinasti Han. c) Apakah sumbangan Dinasti Ming kepada tamadun Cina? d) Jelaskan apa terjadi apabila Dinasti Ching menjadi lemah. e) Terangkan maksud kartun pada Rajah 5.17. f) Siapakah Sun Yat Sen? g) Apakah dilakukan oleh Sun Yat Sen?

    Rajah 5. 21 Sun Yat Sen

  • 15

    Lihat Rajah 5.21. Raja berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga

    merupakan "Tuan Tanah" dan bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah".

    Di bawah Raja ialah golongan bangsawan, mereka merupakan

    golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. (Lihat Rajah 5.22).

    Golongan bangsawan dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir

    secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah

    kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem

    pemerintahan birokrasi di mana jabatan-jabatan seperti kewangan,

    pasukan bersenjata, undang-undang diwujudkan. Di antara kurun ke-

    8 hingga kurun ke-3 sebelum masihi, golongan ini menjadi sangat

    kuat hingga kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal mereka.

    Selepas bangsawan, ialah golongan pendekar dan askar yang di hormati oleh masyarakat

    kerana peranan mereka menjaga kesejahteraan negara (Lihat 5.20).

    Golongan seterusnya terdiri daripada pedagang dan pekerja mahir yang dianggap sebagai

    kelas pertengahan. Mereka terlibat dengan membeli barangan dan mendagang dengan tujuan

    memperolehi untung. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-masing menjalankan

    kewajipan mereka mengikut kemahirannya. Mereka tidak mempunyai kuasa.

    Seterusnya ialah golongan petani yang bertungkus lumus bekerja menyara keluarga mereka.

    Golongan petani bercucuk tanam atau pun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan

    diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai.

    Rajah 5. 21 Pembahagian Kuasa dan Organisasi Sosial di Cina

    Raja

    Bangsawan

    Pendekar / Askar

    Pedagang /Pekerja Mahir

    Petani

    Hamba

    Rajah 5. 22 Orang bangsawan

  • 16

    Di bawah sekali ialah golongan hamba (Lihat

    Rajah 5.23). Ramai di antara telah menjadi hamba

    kerana berhutang pada zaman orang kelas atasan

    kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang

    mencukupi. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir

    yang mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang

    menjalankan upacara-upacara di Istana.

    Keagamaan dan kepercayaan pendudukan Cina berasakan kepercayaan animisme,

    penyembahan kepada roh nenek moyang dan penyembahan kepada Shang ti (Tuhan Syurga)

    dan Tu-ti (Tuhan Bumi). Pemujaan roh nenek-moyang masih berkekalan sehingga hari ini.

    CONFUSIANISME

    Pada tahun 551 sebelum masihi (kira-kira 2600 tahun yang lalu)

    lahirnya Confucius di wilayah Lu pada zaman pemerintahan Dinasti

    Zhou (atau Chou). Lihat Rajah 5.24. Confucius mengkritik keadaan

    zaman berkenan yang kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau

    berpendapat cara penyelesaian masalah manusia ialah dengan

    mendidik masyarakat supaya berpegang kepada moral dan etika yang

    tinggi. Ajaran Confucius memainkan peranan penting dalam

    mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina selama 2000 tahun.

    Kung telah hidup pada zaman dinasti Chou, iaitu suatu era yang

    dikenali dengan aktiviti hedonistik dan kejatuhan moral. Besar

    kemungkinan persekitarannya ini telah menyumbang kepada minatnya

    terhadap penstrukturan sosial. Pendidikan beliau merangkumi pelbagai

    bidang, termasuk sastera, sejarah Cina, muzik, memburu, memanah

    dan memancing. Namun begitu, beliau menunjukkan minat yang

    mendalam terhadap isu-isu kemasyarakatan dan sosial semenjak umur

    Rajah 5.23 Perhatikan bahawa hamba menunggu diberikan makan oleh tuan mereka

    5.4 Keagamaan dan Kepercayaan

    Rajah 5. 24 Confucius

  • 17

    yang muda lagi. Satu pertanyaan yang meragui beliau ialah: Apakah yang menjadikan

    sesuatu kerajaan itu kerajaan yang baik?

    Beliau telah mengembara ke negeri-negeri China bersama murid-muridnya dan memberi

    nasihat kepada pemerintah negeri. Murid-muridnya amat taat dan setia kepadanya. Beliau

    telah menghabiskan akhir hayatnya di Lu, di mana beliau menumpukan masanya

    Kebanyakan daripada tulisannya membincangkan isu moraliti dan etika peribadi serta

    penggunaan kuasa politik yang betul bagi golongan pemerintah. Confucius amat prihatin

    terhadap keadaan sosial manusia.

    Ajaran Confucius ditulis oleh pengikutnya dalam buku yang dipanggil

    Analekta (dinamakan Analects dalam bahasa Inggeris) Dalam

    ajaran Confucius, terdapat lima jenis hubungan manusia (Wu Lun)

    yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu;

    1. pemerintah kepada rakyat,

    2. ibu bapa dan anak,

    3. suami dengan isteri,

    4. abang/ kakak dengan adik dan

    5. kawan dengan kawan.

    Ajaran Confucius berasaskan 6 prinsip utama:

    1. Prinsip asas Confucius ialah konsep Ren, (lihat rajah di sebelah) yang bermakna

    perikemanusiaan iaitu naluri untuk sentiasa meninggikan martabat manusia

    dengan membuat kebaikan dan kebajikan. Seperti di ungkap Confucius;

    Jangan lakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain lakukan

    kepada anda.

    2. Prinsip Yi yang bermaksud keadilan dan kebenaran.

    3. Prinsip Hsiao (atau Xiao) yang bermaksud perasaan sayang dalam kalangan

    keluarga sayang-menyayangi antara ibu bapa dan anak dan sebaliknya; antara adik-

    beradik dan lain-lain

    4. Prinsip Xin yang bermaksud jujur, bolehdipercayai dan beramanah.

    5. Prinsip Chung yang bermaksud kesetiaan kepada negara dan raja.

    6. Prinsip Li yang bermaksud sopan santun, budi pekerti, kesusilaan

    TAOISME

    Dari segi etimologi Perkataan Taoisme adalah berasal dari kata akar Tao yang

    diterjemahkan dari perkataan Bahasa Cina Dao yang bermaksud jalan atau cara.

    Walaupun begitu, makna tafsiran perkataan "Dao" sebenarnya sangat luas khususnya dalam

    bidang falsafah Cina yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan orang Cina sejak

    dahulu lagi. Taoisme diasaskan oleh Lao Tzu. Pada asasnya ia adalah satu aliran pemikiran

  • 18

    dalam falsafah Cina. Pada masa yang sama Taoisme dipraktikkan sebagai satu bentuk agama

    dalam masyarakat Cina. Gabungan teks klasik berjudul Tao Te Ching yang ditulis oleh Lao Tzu

    serta Zhuang Zi yang ditulis oleh Zhuang Zi membentuk asas kepada ajaran dan falsafah agama

    Ajaran Taoisme menekankan kepada keharmonian dengan alam semesta. Ia cuba

    menyatukan kehidupan manusia di dunia dengan peraturan alam semesta dan keharmonian di

    antaranya. Manusia seharusnya hidup secara sederhana (konsep Jian) dan kerajaan yang

    paling berkesan ialah kerajaan yang paling sedikit memerintah. Manusia hendaklah

    mengamal tabiat belas kasihan (konsep Ci) dan bersikap rendah diri.

    Lambang yang sering dikaitkan dengan ajaran Taoisme ialah lambang

    "ying-yang" ("ying" bermaksud "feminin", dan "yang" bermaksud

    "maskulin"). Lihat Rajah 5.25. Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia

    ini adalah dunia dualisme, iaitu segala fenomena dalam dunia ini

    mempunyai dua elemen. Misalnya, jika tiadanya besar, tidak akan ada

    kecil; jika tiadanya kiri, tidak akan ada kanan, dan sebagainya. Oleh itu,

    lambang ini mempunyai dua bahagian yang sama besar, separuh putih dan

    separuh hitam.

    Garis di tengah adalah melengkung dan bukannya lurus. Ini bermakna bahawa kesemua

    fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah. Sewaktu hitam

    berkembang, putih berundur, dan sebaliknya. Oleh itu, seseorang harus tidak menentangi sifat

    alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja. Sebaliknya, dia harus berundur pada

    tempoh sebegini, dan menunggu untuk "putih" memulih.

    Bahagian putih mempunyai satu titik hitam, dan bahagian hitam mempunyai satu titik putih

    pada bahagiannya yang paling besar. Ini membawa maksud bahawa tiada sesuatu perkara di

    dunia ini yang benar-benar putih, dan tiada sesuatu perkara yang benar-benar hitam.

    Umpamanya, kejayaan (putih) akan menyebabkan keangkuhan (hitam) dan mungkin

    ketamakan (hitam). Sebaliknya, kegagalan (hitam) akan menyebabkan pembasmian

    keangkuhan (putih) dan kemunculan rendah hati (putih). Walaupun lambang ini sering

    dikaitkan dengan ajaran Lao Tze, sudah tentunya Lao Tze tidak melukisnya. Ia dicipta oleh

    penganut-penganut Taoisme untuk menggambarkan konsep ajaran Lao Tze.

    Rajah 5. 25 Yin dan Yang

    a) Bincangkan sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kebanyakan raja-raja Cina.

    b) Jelaskan konsep asas Confusianisme dan bagaimana ia mempengaruhi pemikiran orang Cina selama beribu tahun.

    c) Terangkan konsep asas Taoisme.

  • 19

    Pendidikan amat penting dalam kalangan orang Cina dan mereka sangat menghormati

    golongan intelektual. Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan

    pendidikan seperti menyediakan rumah guru dan sekolah disediakan dengan ruang pemujaan

    Confucius. Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah.

    Terdapat TIGA peringkat persekolahan rendah (kanak-kanak bersekolah semasa berumur 7

    tahun), menengah dan tinggi.

    Maharaja Wu Ti daripada Dinasti Han ( kira-kira 2300 tahun yang lalu) menggalakkan

    penubuhan sekolah-sekolah di setiap wilayah (province) dan daerah. Kemudian Maharaja

    Yan Kuang daripada Dinasti Sui (kira-kira 1500 tahun yang lampau) perpustakaan imperial

    ditubuhkan. Kira-kira 600 tahun yang lalu pada saman Dinasti Ming, kolej dan universiti

    ditubuhkan pada peringkat pusat. Sistem percetakan diperkenalkan bagi menyokong sistem

    pendidikan.

    Pendidikan diperluaskan dengan tujuan mengekalkan kuasa politik dan

    kedaulatan maharaja. Pendidikan tidak menggalakkan pemikiran bebas

    dalam kalangan rakyat dan yang ditekankan ialah kesetiaan kepada

    raja. Kurikulum sekolah-sekolah Cina berasaskan penulisan Confucius

    yang meliputi Five Classics (Lima Klasik) yang terdiri daripada Shu

    Ching (Buku Sejarah), Shih Ching (Buku Puisi), I-Ching (Buku

    Perubahan), Li Chi (Buku Upacara) dan Chun-Chiu (Buku Musim

    Bunga dan Musim Luruh). Juga digunakan ialah Empat Buku yang

    terdiri daripada Do-Xue (Pembelajaran yang Utama), Zhong Yong

    (Doktrin Perjalanan), Lunyu Ucapan Confucius) dan Menzi (Perbualan

    Confucius dan Mencius).

    Falsafah pendidikan menekankan kepentingan

    kekeluargaan, penghormatan ibu bapa dan penghormatan

    terhadap pegawai kerajaan.

    Pendidikan merupakan kayu ukur yang membezakan

    golongan elit (pemerintah) dan rakyat jelata (diperintah).

    Namun demikian, sistem peperiksaan umum diadakan pada

    setiap peringkat pendidikan (Lihat Rajah 5.26).

    5.5 Sistem Pendidikan

    Rajah 5.26 Orang Menduduki Peperiksaan Awam

  • 20

    Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan. Seseorang yang lulus dalam

    peperiksaan awam akan menjadi pegawai pentadbir pada peringkat daerah atau pusat di Cina.

    Peperiksaan dikendalikan dengan ketat. Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati.

    Untuk memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari

    peperiksaan. Mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan

    disediakan makanan.

    Mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan. Setelah lulus, mereka akan menjadi

    ahli seumur hidup di Akademi Imperial Akademi (organisasi intelek). Sistem peperiksaan ini

    dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911.

    Secara umumnya seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana-

    istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain itu kota-kota lama China seperti

    Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi

    menghalang kemaraan musuh.

    a) Pembinaan Tembok

    Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua

    kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Tembok

    juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana

    dan rumah-rumah kediaman. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah

    dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya

    mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hing ga tiga puluh kaki dan

    luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan

    suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan

    meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu

    iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam.

    Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya

    beberapa tingkat. Tembok kota biasanya

    dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang

    dalam dan lebar

    Rajah 5.27 Tembok Besar Cina

    Tembok yang terkenal di negara China dan juga

    di dunia ialah Tembok Besar China (The Great

    Wall of China). Lihat Rajah 5.27. Tembok Besar

    China yang panjangnya kira-kira 8,851 km

    merupakan satu daripada 7 keajaiban purba dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 30,000

    5.6 Seni Bina

  • 21

    menara-pengawal. Pada setiap menara ditempatkan semula dibina pada kurun ke-3 sebelum

    masihi dan dilengkapkan pada 220 sebelum masihi oleh Shih-Huang Ti daripada Dinasti Qin.

    b) Tokong / Kuil

    Tokong atau kuil yang yang dibina mempunyai unsur-unsur yang unik yang terdiri daripada

    beberap bentuk. Paling ketara ialah struktur pagoda yang yang

    berbentuk menara dan terdiri daripada beberapa tingkat. Bumbungnya

    pula berbentuk melengkung berunsur Buhhhisme. Juga dalam kuil

    atau tokong tersebut terdapat bangunan kecil yang meyerupai pondok

    sebagai tempat tuduhan. Lagi satu ciri, ialah stupa iaitu kubah

    Buddhisme yang tegak dan bertujuan untuk mengenangkan seseorang

    yang berjasa atau sebagai tempat kesucian.

    Semasa Dinasti Han, kota dalam segi empat telah diperkenalkan di

    mana kota dikelilingi dengan dinding tinggi dan m enara ditempatkan

    pada setiap penjuru kota. Pagoda telah diperkenalkan semasa

    kemasukan agama Buddha ke Negara China. Contoh pagoda

    termasuklah Pagoda Songyue yang terbina 1400 tahun

    dahulu dan Pagoda Forest yang bersebelahan dengan kuil

    Shaolin.

    Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China mempunyai beberapa ciri utama dan

    antaranya ialah:

    Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayu dan batu

    bata.

    Kebiasaannya bag! bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil

    mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung seperti naga, harimau,

    singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir

    di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.

    Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan

    dipagari oleh tembok besar.

    Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China seperti Yin

    dan Yang dan Feng Shui.

    Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama. Warna

    ini melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.

    Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang

    melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga

    miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar

    berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat

    biru.

    Rajah 5.28 Pagoda yang bertingkat-tingkat

  • 22

    c) Taman-Taman

    Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina.

    Taman-taman Cina bahkan taman-taman diraja atau

    persendirian mengintegrasi alam semula jadi (tumbuhan,

    air, gunung-ganang) dan bangunan. Taman dijadikan

    sebagai microkosm cakerawala untuk melindungi

    penduduk daripada bunyian bandar.

    d) Kota Larangan (Forbidden City)

    Kota Larangan Beijing yang terletak di

    pusat Bandar Beijing merupakan kompleks

    bangunan zaman purba yang paling besar

    keluasannya dan dipelihara dengan baik

    (Lihat Rajah 5.30). Larangan Beijing

    dibina atas titah maharaja ke-2 Dinasti

    Ming Zhu Di pada tahun 1406, tempoh

    pembinaannya sepanjang 14 tahun.

    Sebanyak 24 orang maharaja Dinasti-

    dinasti Ming dan Qing pernah tinggal dan

    menguruskan hal ehwal pe ntadbiran negara di sana dalam masa kira-kira 500 tahun sehingga

    Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911.

    Kota Larangan Beijing terkenal di China dan dunia kerana keluasannya, reka bentuknya yang

    indah, bangunan yang megah dan kemudahan yang mewah. Kota Larangan Beijing

    berkeluasan lebih 720 ribu meter persegi. Panjangnya dari selatan ke utara kira-kira 1000

    meter dan lebarnya dari timur ke barat kira-kira 800 meter. Kota Larangan Beijing dilingkari

    oleh tembok setinggi belasan meter dan parit selebar lebih 50 meter. Reka bentuk, keluasan,

    susunan, gaya, bentuk, hiasan dan kemudahan di Kota Larangan Beijing dibina menurut

    sistem kesusilaan, etika dan status atau kedudukan dinasti feudal tersebut dan

    memperlihatkan konsep kuasa maharaja adalah maha tinggi.

    Menurut catatan sejarah, seramai 100 ribu orang tukang bina dan sejuta orang buruh kasar

    telah turut serta dalam pembinaan Kota Larangan Beijing. Pembinaan Kota Larangan Beijing

    telah memusatkan kepakaran dan kecerdikan rakyat China. Susunan seluruh kompleks

    bangunan, pelbagai bentuk bumbung, hiasan pada pintu dan dinding telah memperlihatkan

    reka bentuk yang unik dan menakjubkan. Terdapat banyak pahatan ukiran kepala naga pada

    batu putih yang cantik menghiasi dinding 3 lapis di dasar Dewan Taihe.

    Rajah 5.29 Taman yang mengutamakan air, tumbuhan & gunung

    Rajah 5.30 Forbidden City

  • 23

    Kepala naga tersebut bukan hanya hiasan sahaja, tetapi adalah kemudahan penyaluran air.

    Apabila hujan lebat, sebanyak lebih 1000 buah kepala naga tersebut meluahkan air serentak,

    pemandangan itu sangat mengkagumkan. Dalam Kota Larangan Beijing terdapat 4 baris

    rumah, tetapi di dalamnya penuh dengan ketulan batu,yang khusus direka oleh jurubina

    ketika itu untuk menghalang kebakaran.

    a) Laluan Sutera

    Sejak kurun ke-4 sebelum Masihi, iaitu

    semasa Dinasti Qin dan Dinasti Zhou

    memerintah, perdagangan maritim dan

    perdagangan darat dijalankan antara Cina

    dengan kawasan-kawasan lain. Paling

    terkenal ialah Laluan Sutera (The Silk

    Road) yang merupakan rangkaian laluan

    perdagangan yang bermula dari Chang-an

    (Cina) melalui Gurun Gobi, Gurun Takla Makan, hingga ke Samarkand dan terus ke Baghdad

    (Tamadun Arab) dan Empayar Rom (Tamadun Barat). Lihat Rajah 5.31. Pengasasnya ialah

    Zhang Qian yang mengetuai delegasi sejumlah lebih seratus orang yang bertolak dari Chang-

    an, ibu kota Dinasti Han pada tahun 138 selepas masihi (kira-kira 1800 tahun lalu) menuju ke

    barat melalui perjalanan yang berliku selama 11 tahun.

    Rajah 5.31 Laluan Sutera Daratan dan Laut

    5.3 Interaksi Tamadun Cina dengan Tamadun-Tamadun Lain

  • 24

    Laluan berkenaan mendapat nama sedemikian kerana fungsi asalnya adalah untuk membawa

    sutera yang dihasilkan oleh China pada zaman purba. Perhatikan juga bahawa Jalan Sutera ini

    diteruskan hingga ke Tamadun India (garisan berwarna hijau). Laluan Sutera juga

    melibatkan perjalanan laut (yang juga dipanggil Laluan Sutera Laut) yang terbentang dari

    Cina melalui Kepulauan Melayu dan terus ke India, negara-negara Arab dan Afrika Timur.

    Pedagang-pedagang berulang-alik sepanjang laluan ini dengan menjual-beli sutera, seramik,

    gading gajah, rempah-ratus, emas, hamba-abdi, permata, barang kaca, bahan dan lain-lain.

    Laluan Sutera bukan sahaja merupakan saluran perdagangan bahkan juga menjadi pemangkin

    kepada interaksi kebudayaan , penyebaran ilmu pengetahuan, fahaman, kepercayaan dan

    teknologi. Sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa Laluan Sutera merupakan faktor

    terpenting yang memacu pembangunan tamadun Cina, India. Mesir, Parsi, Arab dan Rom.

    b) Pelayaran Laksamana Zheng-Ho

    Cina muncul sebagai kuasa maritim yang agung pada kurun ke-15 semasa Dinasti Ming

    memerintah. Maharaja Yongle melaksanakan diplomasi keamanan dan persaudaraan dengan

    negara-negara asing. Baginda menghantar Zheng Ho ke negara-negara Barat dan Timur yang

    menjelaskan dasar luar Cina. Angkatan kapal Zheng Ho melawat lebih daripada 30 negara

    daripada tahun 1405 hingga 1433 (Lihat Rajah 5.30). Negara-negara yang dilawatinya

    termasuk Champ (di Indo Cina), Siam (Thailand), Empayar Melaka, Palembang (Sumatera),

    dan Sulu.

    Daripada tahu 1403 hingga 1424, Cina menerima sebanyak 76 utusan penghormatan dari

    negara-negara Asia Tenggara yang termasuk negara yang membayar ufti kepada istana Ming.

    Zheng Ho juga terlibat dengan menjaga keselamatan laluan-laluan perdagangan maritim

    seperti Selat Melaka dan Laut Cina Selatan

    Zheng- Ho mendapat tugas dari Yung Lo untuk mengadakan ekspedisi selatan. Pada masa

    kaisar Yung Lo, Cheng Ho pernah mengadakan pelayaran ekspedisi diplomatik sebanyak 6

    (enam) kali:

    Rajah 5.32 Armada Zheng-Ho Dikata seramai 20,000 orang belayar bersamanya ke merata dunia

  • 25

    1. Pada 1405 dengan mengunjungi Indo China, Champa, dan Sriwijaya. 2. Pada 1408 dengan mengunjungi Melaka, Singapura, Calcuta, Persia dan Aden 3. Pada 1412 dengan mengunjungi: Aceh, Palembang, Bangka, dan Jawa. 4. Pada 1416 dengan mengunjungi Saudi Arabia, Bangka, dan Jawa. 5. Pada 1421 dengan mengunjungi Siam (Thailand), dan Sumatera. 6. Pada tahun 1424 dengan mengunjungi Sumatra, untuk mengetahui lebih mendalam

    tentang Sumatra.

    Tujuannya ialah pelayaran-pelayaran ini adalah untuk mempererat hubungan Cina dengan

    negara-negara luar. Pelayaran-pelayaran Zheng-Ho dicatat oleh Ma Huan.

    RUJUKAN

    Intellectual Trends of the Early Six Dynasties. Indiana University. EALC R,Eno. 2008

    Siti Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak (2012). Penawaran Kursus Tamadun

    Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama

    ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina. SOSIOHUMANIKA, 5(1) 2012 SIT

    Paul Goldin. Han Law and the Regulation of Interpersonal Relations: The Confucianization of the Law Revisited

    Tan Ta Sen. Laksaman Cheng Ho dan Pertukaran Budaya dalam Konteks Asia Tenggara.

    a) Bincangkan sistem pendidikan yang diamalkan di Cina. b) Jelaskan keunikan seni bina Cina dan pembinaan terkenal. c) Huraikan pelayaran Zheng-Ho dan pencapaian beliau.