bab 5 produk

23
PRODUK PEMBANGUNAN KURIKULUM Normala binti A. Manaf Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia [email protected] Farah Binti Mohd Akabal Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia [email protected] Siti Nor Azrin Binti Jaini Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia [email protected] Abstrak Dokumen kurikulum kebangsaan atau kurikulum perdana merupakan rujukan rasmi dalam pelaksanaan kurikulum matapelajaran. Dokumen kurikulum tersebut ialah Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang dihasilkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Sukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan suatu matapelajaran tertentu. Sukatan mata pelajaran ini biasanya mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit pembelajaran, objektif-objektif dan kemahiran-kemahiran yang disusun mengikut tahap. Manakala Huraian Sukatan Pelajaran pula adalah satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Ia juga merupakan keutamaan hampir setara dengan Sukatan Pelajaran dan perlu dibaca bersama-sama. Penguasaan terhadap apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid. Kedua-dua dokumen kurikulum ini mempunyai format yang tersendiri di mana ia sebenarnya merupakan rujukan atau panduan guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan peredaran semasa sudah pasti akan ada penubuhan program akademik yang baharu. Jadi, bagi memohon penubuhan tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu dijalankan termasuklah membuat kertas kerja permohonan di mana ianya melibatkan 24 perkara yang perlu dinyatakan. Perkara-perkara ini adalah untuk melancarkan proses permohonan dan memberi penjelasan lagi terhadap program yang akan ditubuhkan. Bidang Kajian : Dokumen kurikulum, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, format ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Upload: azrin-jaini

Post on 31-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 5 Produk

PRODUK PEMBANGUNAN KURIKULUM

Normala binti A. ManafFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn, [email protected]

Farah Binti Mohd AkabalFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn, [email protected]

Siti Nor Azrin Binti JainiFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn, [email protected]

Abstrak

Dokumen kurikulum kebangsaan atau kurikulum perdana merupakan rujukan rasmi dalam pelaksanaan kurikulum matapelajaran. Dokumen kurikulum tersebut ialah Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang dihasilkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Sukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan suatu matapelajaran tertentu. Sukatan mata pelajaran ini biasanya mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit pembelajaran, objektif-objektif dan kemahiran-kemahiran yang disusun mengikut tahap. Manakala Huraian Sukatan Pelajaran pula adalah satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Ia juga merupakan keutamaan hampir setara dengan Sukatan Pelajaran dan perlu dibaca bersama-sama. Penguasaan terhadap apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid. Kedua-dua dokumen kurikulum ini mempunyai format yang tersendiri di mana ia sebenarnya merupakan rujukan atau panduan guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan peredaran semasa sudah pasti akan ada penubuhan program akademik yang baharu. Jadi, bagi memohon penubuhan tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu dijalankan termasuklah membuat kertas kerja permohonan di mana ianya melibatkan 24 perkara yang perlu dinyatakan. Perkara-perkara ini adalah untuk melancarkan proses permohonan dan memberi penjelasan lagi terhadap program yang akan ditubuhkan.

Bidang Kajian : Dokumen kurikulum, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, format---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5.1 PengenalanDi Malaysia, dokumen kurikulum kebangsaan atau kurikulum perdana menjadi rujukan rasmi dalam pelaksanaan kurikulum matapelajaran. Dokumen kurikulum tersebut ialah Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang dihasilkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Di samping itu, rancangan tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2006) juga antara dokumen kurikulum yang diguna pakai oleh guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah di Malaysia.

Page 2: BAB 5 Produk

5.2 Silabus/ Sukatan pelajaranDalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru perlu merujuk satu panduan atau dokumen standard supaya proses mpengajaran yang dilaksanakan menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Antara dokumen yang menjadi panduan adalah silabus atau lebih dikenali sebagai sukatan pelajaran.

5.2.1 DefinisiSukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan suatu matapelajaran tertentu. Sukatan mata pelajaran ini biasanya mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit pembelajaran, objektif-objektif dan kemahiran-kemahiran yang disusun mengikut tahap atau darjah (dalam kelas KBSR) atau tingkatan (dalam kelas KBSM). Semua perkara tersebut dihuraikan secara terperinci dalam sebuah Buku Panduan Khas untuk digunakan oleh guru sebagai panduan asas semasa menyediakan rancangan kerjanya (Mok Soon Sang, 2010).Manakala menurut Tan Chee Yee, sukatan pelajaran merupakan dokumen utama dan rasmi yang menerangkan perancangan pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran. Ia mengandungi butir-butir ringkas tentang mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid di sekolah. Sukatan mata pelajaran menjadi asas pengajaran di sekolah. Di Amerika Syarikat dan Kanada, sekolah mempunyai hak dan kebebasan untuk membentuk sukatan pelajaran sendiri dengan mengimbangkan perkara-perkara seperti soal sosial, budaya, keperluan dan lain-lain. Di negara kita, sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran untuk semua darjah atau tahun di sekolah rendah dan menengah disediakan oleh Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum.

Jadi, di Malaysia semua sekolah rendah dan menengah mempunyai satu sukatan pelajaran bersama. Dengan menggunakan sukatan mata pelajaran bersama dan dengan mengadakan kawalan dan peneyeliaan yang dibuat oleh Jemaah Nazir, peperiksaan berpusat dan Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya, Kementerian Pendidikan menjamin kualiti pendidikan yang disampaikan kepada murid-murid di sekolah. Disamping itu juga Kementerian Pendidikan menyamakan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran untuk semua murid di seluruh negara. Perkara-perkara tersebut diterangkan dengan teliti dari segi kesesuaian, peringkat pembelajaran dan keperluan individu dan masyarakat. Sebelum seseorang guru mula mengajar sesuatu mata pelajaran, dia mesti mengkaji dan menganalisis sukatan pelajaran yang berkenaan dengan teliti dan mendalam.

5.2.2 Kriteria dalam pembentukan Format Sukatan PelajaranTerdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi dalam membina Sukatan Pelajaran iaitu:

(i) Hasil Pembelajaran Kursus ditulis berteraskan Hasil Pembelajaran Program dan Kemahiran Insaniah serta aras Taksonomi Pembelajaran.

(ii) Aktiviti pembelajaran dan pengajaran, dan kaedah penilaian mestilah dijajarkan dengan Hasil Pembelajaran Kursus.

(iii) Sinopsis ditulis dengan ayat yang lengkap untuk menggambarkan kandungan dan Hasil Pembelajaran Kursus.

(iv)Agihan pemberatan pemarkahan mengikut kaedah penilaian.(v) Rujukan mestilah terkini (5 tahun kebelakang).(vi)Jumlah jam pembelajaran pelajar hendaklah dikira dengan betul

5.2.3 Contoh Sukatan PelajaranContoh bagi Sukatan Pelajaran ditunjukkan pada rajah 5.1 di bawah.

Page 3: BAB 5 Produk

PERANCANGAN KULIAH

LECTURE PLAN

MAKLUMAT MATA PELAJARAN (SUBJECT INFORMATION)

SEMESTER/SESI (SEMESTER/SESSION): :Semester 1 (Sesi 2013/14)

KOD MATA PELAJARAN (SUBJECT CODE) :MBE 10403

NAMA MATA PELAJARAN (NAME OF SUBJECT) :Sosiologi Pendidikan Dalam PTV

BEBAN AKADEMIK PELAJAR (STUDENT ACADEMIC

LOAD)

:

Aktiviti Pembelajaran(Learning Activity)

Minggu (Week)

Jam/Minggu (Hour /Week)

Bilangan Jam / Semester(Hour/Semester)

Kuliah (Lecture) 14 2 28

Tutorial (Tutorial)

Amali (Practical)

Pembelajaran Kendiri (Independent Study)

Lain-lain (Others)

1. Project (Project)

2. Tugasan (Assignment)

7

7 1

7

7

JUMLAH JAM BELAJAR (JJB)TOTAL STUDENT LEARNING TIME (SLT)

3 JAM 42 JAM

Matapelajaran Pra-syarat (Pre requisite subjects) : -TIADA-

Nama Pensyarah (Lecturer’s name) :

1. PROF. MADYA DR. KAMAROLZAMAN BIN MD. JIDI [P]2. DR. MIMI MOHAFFYZA MOHAMAD3 4. EN. HAIRUDIN BIN HARUN

Disediakan oleh (Prepared by) :

Profesor Madya Dr. Kamarolzaman bin Hj. Mohd.

Jidi.

Tandatangan (Signature) :……………………………..

Nama (Name)Jawatan : Ketua Jabatan JIP/Penyelaras.

Tarikh (Date):01 JULAI 2013.

Disahkan oleh (Approved by) :

Dr. Razali bin Hassan.

Tandatangan (Signature) :

…………………………

Nama (Name) Jawatan: Dekan FPTV, UTHM.

Tarikh (Date):01 JULAI 2013

Page 4: BAB 5 Produk

MATLAMAT (GOALS) : Kursus ini bermatlamat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar yang bakal menjadi guru atau tenaga pengajar profesional pendidikan mengenai perkembangan, perubahan, situasi dan suasana persekitaran institusi pendidikan keseluruhannya.

SINOPSIS (SYNOPSIS) :

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan pengertian sosiologi dan kaitannya dengan pendidikan, sekolah sebagai institusi sosial, hubungan sekolah dengan masyarakat, interaksi dalam kumpulan, aspek-aspek sosial dan pencapaian dalam pendidikan, pendidikan dan mobiliti sosial, pendidikan dan perpaduan, sistem pendidikan negara dalam konteks pembangunan sistem pendidikan teknik dan vokasional negara.

HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES) : Pada akhir kursus, pelajar dapat:

(1) Menilai teori-teori sosiologi yang berkaitan dalam pendidikan teknikal.(PLO1, C6).(2) Meneroka sesuatu idea dan pembaharuan dalam pendidikan. (PLO6, P6, LL3).(3) Membentuk sikap dan ketrampilan profesionalisma sebagai seorang pendidik. (PLO8, A3, EM3).

ISI KANDUNGAN (CONTENT) :

MINGGU(WEEK)

KANDUNGAN(CONTENT)

PENTAKSIRAN(ASSESSMENT)

1 1.0. PENGENALAN KEPADA SOSIOLOG(3JAM).

1.1. Takrif Sosiologi1.2. Sejarah, tokoh-tokoh dan sumbangan

mereka.

Summative Assessment

2 2.0. TEORI-TEORI UTAMA – FUNGSIONALISME STRUKTUR, INTERAKSIONISME DAN KONFLIK (4 JAM). 2.1. Definisi, elemen dan fungsi masyarkat dari aspek fungsionalisme. 2.2. Definisi, elemen dan fungsi interaksi dalam masyarakat. 2.3. Definisi, elemen dan kesan konflik dalam masyarakat. 2.4. Makro sosial pada abad ke-21.

Summative Assessment

3 3.0. KONSEP-KONSEP DALAM SOSIOLOGI(5 JAM).

3.1 Ras, etnik, bangsa, masyarakat, budaya, nilai,dan norma. 3.2 Status, peranan sosial, interaksi sosial, peranan, kumpulan sosial, jenis kumpulan, institusi, pandangan interaksi dan birokrasi. 3.3 Komuniti dan nasionalisme dan

Summative Assessment

Formative Assesement

Page 5: BAB 5 Produk

sosialisasi.

4 4.0. SOSIOLOGI PENDIDIKAN DAN PANDANGAN SOSIOLOGI TERHADAP PENDIDIKAN (5 JAM). 4.1 Takrif Sosiologi Pendidikan. 4.2 Peranan utama pendidikan – kawalan sosial, penyebaran kebudayaan, pengagihan dan susun lapis masyarakat, alat ideologi negara.

Summative Assessment

5 5.0. INSTITUSI PENDIDIKAN SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL (4 JAM). 5.1 Struktur dan organisasi institusi pendidikan. 5.2 Peranan guru dalam dan luar sekolah. 5.3 Status dan peranan pelajar dalam pendidikan.

Summative Assessment

6 6.0. INSTITUSI PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT( 4 JAM). 6.1 Fungsi sekolah sebagai agen pengekalan dan pembaharuan dalam masyarakat. 6.2 Pertembungan aspirasi, nilai dan sikap antara sekolah dan keluarga.

Summative Assessment

7 7.0. INTERAKSI KUMPULAN(4 JAM). 7.1 Konsep kumpulan utama dan kumpulan sekunder, konsep bilik darjah dan penempatan pelajar. 7.2 Struktur kawan dan klik di sekolah, kelumpuk rujuk, kumpulan pinggir. 7.3 Hubungan murid dengan murid. 7.4 Hubungan guru dengan murid. 7.5 Hubungan guru besar dengan guru.

Summative Assessment

8 8.0. PENGARUH-PENGARUH SOSIAL TERHADAP PENCAPAIAN PENDIDIKAN(4JAM). 8.1 Konsep kelas sosial, pengelasan kelas sosial. 8.2 Perkaitan antara kelas sosial dan pencapaian pendidikan. 8.3 Faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi pencapaian pendidikan: taraf sosio-ekonomi, nilai, aspirasi sekolah,kumpulan sebaya, peluang-peluang sosial.

Summative Assessment

Page 6: BAB 5 Produk

9 9.0 PENDIDIKAN DAN MOBILITI SOSIAL(4 JAM). 9.1 Pendidikan sebagai alat mengubah taraf sosial dan pekerjaan (pendidikan, pekerjaan dan pendapatan). 9.2 Pendidikan dan mobiliti sosial.

Summative Assessment

10 10.0. PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL DAN PEMBANGUNAN NEGARA (4 JAM). 10.1 Pendidikan dan pembangunan. 10.2 Peranan pendidikan menjayakan aspirasi dan ideologi negara. 10.3 Integrasi (jenis-jenis segregasi), ke arah integrasi dan perpaduan, modenisasi, perkembangan ekonomi, perkembangan sosial, sikap dan nilai moden.

Summative Assessment

11 Pembentangan/Ulangkaji Assigments

12 Pembentangan/Ulangkaji Projects

13 & 14 Minggu Ulangkaji

Peperiksaan.

TUGASAN / PROJEK (ASSIGNMENT / PROJECT).Projek: Semua seksyen akan disatukan dalam Program Khidmat Masyarakat di Kangkar Merlimau, Parit Sulong, Batu Pahat,Johor, Johor Darul Takzim, berkerjasama dengan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, dan HIM, UTHM, dll. Pembahagian tugasan mengikut seksyen dalam program itu akan dilakukan secepat mungkin.

PENILAIAN (ASSESSMENT) :

1. Kuiz (Quiz)(Setiap Tajuk 1 Kuiz).

: 10%

2. Tugasan (Assignment)2.1. Tugasan Kumpulan dan Pembentangan.(20%).2.2. Tugasan Individu-Penulisan 1 Journal.(05%) (BI-1 ATAU BM-1). 1 Case Writing(05%).

: 30%

3 Ujian (Test) (Ujian Pertengahan Semester)

: 10%

4. Projek (Project) : 20%

5. Lain-lain (Others) : 00%

6. Peperiksaan Akhir(Final Examination)

: 30%

Jumlah (Total) : 100 %

Page 7: BAB 5 Produk

RUJUKAN (REFERENCES) :

(1) Amir Hasan Dawi (2002) Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Quantum Books

(2) Cohen, Bruce J., Orbuch, Terri L. (1997) Introduction to Sosiology. New York; McGraw-Hill. ISBN: 0070116024

(3) Rolf E. Muuss (1996) Theories of Adolescence. New York; McGraw-Hill. ISBN: 0-07-044267-3

(4) Sharifah Alwiah Alsagoff (1985) Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Longman.

(5) Stella R. Quah (2000) The International Handbook of Sociology. Montreal; Sage Publication. ISBN: 076196881.

KEHADIRAN / PERATURAN SEMASA KULIAH (LECTURE ATTENDANCE / REGULATION)

(1) Pelajar mesti hadir tidak kurang dari 80% masa pertemuan yang ditentukan bagi sesuatu mata pelajaran termasuk mata pelajaran Hadir Wajib (HW) dan mata pelajaran Hadir Sahaja (HS).Students must attend lectures not less than 80% of the contact hours for every subject including Compulsory Attendance Subjects (Hadir Wajib – HW) and Attendance Only Subjects (Hadir Sahaja – HS)

(2) Pelajar yang tidak memenuhi perkara (1) di atas tidak dibenarkan menghadiri kuliah dan menduduki sebarang bentuk penilaian selanjutnya. Markah sifar (0) akan diberikan kepada pelajar yang gagal memenuhi perkara (1). Manakala untuk mata pelajaran Hadir Wajib (HW), pelajar yang gagal memenuhi perkara (1) akan diberi Hadir Gagal (HG).Students who do not fulfill item (1) will not be allowed to attend further lectures and sit for any further examination. Zero mark (0) will be given to students who fail to comply with item (1). While for Compulsory Attendance Subjects (Hadir Wajib – HW), those who fail to comply with item (1) will be given Failure Attendance (Hadir Gagal – HG).

(3) Pelajar perlu mengikut dan patuh kepada peraturan berpakaian yang berkuatkuasa dan menjaga disiplin diri masing-masing untuk mengelakkan dari tindakan tatatertib diambil terhadap pelajar.Students must obey all rules and regulations of the university and must discipline themselves in order to avoid any disciplinary actions against them.

(4) Pelajar perlu mematuhi peraturan keselamatan semasa pengajaran dan pembelajaran.Student must obey safety regulations during learning and teaching process.

Rajah 5.1: Contoh Sukatan Pelajaran

Page 8: BAB 5 Produk

5.2.4 Huraian Sukatan PelajaranHuraian Sukatan Pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Ia juga merupakan keutamaan hampir setara dengan Sukatan Pelajaran dan perlu dibaca bersama-sama. Penguasaan terhadap apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

Terdapat empat Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran iaitu:(i) Menentukan skop sukatan(ii) Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran (iii) Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan

membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan(iv)Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk formatif atau

sumatif

5.4.5 Organisasi Huraian Sukatan PelajaranHuraian sukatan pelajaran disusun dengan menggunakan format yang diselaraskan bagi semua matapelajaran. Kandungan Huraian Sukatan dipersembahkan dalam bentuk lajur seperti berikut :

Bidang Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Aras 1 :

Aras 2 :

Aras 3 :

Keterangan lajur

Lajur Kandungan dalam Lajur

Lajur Bidang Pembelajaran Mengandungi tajuk-tajuk seperti dalam kandungan sukatan pelajaran.

Lajur Hasil Pembelajaran Berkaitan dengan hasil pembelajaran yang mesti dicapai oleh murid.

Mengandungi kenyataan atau keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses pembelajran yang dialami oleh murid, samada kesan berbentuk dalaman (implisit) atau luaran ( eksplisit).

Page 9: BAB 5 Produk

Hasil pembelajaran yang mesti dicapai bagi setiap tajuk telah dibahagikan kepada 3 aras iaitu aras 1, aras 2 dan aras 3 bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga golongan prestasi murid.

Aras 1 :Aras ini bertujuan memenuhi keperluan golongan murid berpencapaian rendah. Ia merupakan aras yang paling rendah atau paling mudah yang mesti dikuasai oleh keseluruhan murid. Bimbingan dan dorongan dengan aktiviti yang sewajarnya perlu diberi untuk mencapai penguasaan hasil pembelajaran aras ini, iaitu tahap yang paling minima.

Aras 2 : Aras sederhana atau pertengahan yang

perlu dikuasai oleh murid yang mempunyai aras kebolehan yang sederhana. 60% - 70% daripada keseluruhan murid dalam kelas sepatutnya menguasai tahap ini .

Aras 3 : Aras paling tinggi. Ia perlu

dikuasai oleh murid-murid pencapaian tinggi. Selalunya 15 % - 20% murid yang diajar boleh menguasai aras ini

Lajur Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik.

Cadangan kepada guru tentang pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Page 10: BAB 5 Produk

5.3 Penyediaan kertas cadangan kurikulum.

Bagi membentuk satu program akademik yang baharu, penyediaan kertas kerja untuk pertimbangan Jawatan Kuasa Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi perlu dilakukan.

5.3.1Format kertas cadangan kurikulum

Terdapat 24 kriteria yang diperlukan dalam membina satu kertas cadangan kurikulum. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut:

(i) Nama Universiti (ii) Tujuan(iii) Program Akademik yang dipohon(iv) Fakulti / Akademi / Pusat / Institut yang memohon(v) Peringkat dan mod pengajian(vi) Sesi program dimulakan(vii) Jangkamasa pengajian dan kaedah pembelajaran dan pengajaran(viii) Justifikasi mengadakan program(ix) Matlamat dan objektif program(x) Hasil pembelajaran program(xi) Kajian pasaran(xii) Struktur kurikulum(xiii) Silibus(xiv) Etika dan kemanusiaan(xv) Unjuran pelajaran(xvi) Syarat-syarat kemasukan(xvii) Implikasi staf dan kewangan(xviii) Program akademik yang sedang ditawarkan di fakulti/sekolah/kolej/institute

yang memohon(xix) Pertindihan program yang dipohan dengan IPTA lain(xx) Perbandingan dengan program akademik university luar Negara(xxi) Keahlian jawatankuasa penasihat fakulti/program/lembaga pengajian terhadap

program yang dipohon(xxii) Tarikh program diluluskan(xxiii) Kesimpulan/syor(xxiv) Ringkasan eksekutif

5.3.2 Contoh kertas cadangan kurikulumContoh bagi kertas cadangan kurikulum adalah seperti berikut:

Page 11: BAB 5 Produk

GARIS PANDUAN CADANGAN PROGRAM AKADEMIK IPTA UNTUKPERTIMBANGAN JAWATANKUAS TETAP SENAT MENGENAI

PROGRAM/JABATAN BARU DAN PENGAMBILAN MAHASISWA /SENAT/JAWATANKUASA PENDIDIKAN TINGGI (JKPT)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

1. UNIVERSITI/KOLEJ UNIVERSITI i) Nyatakan nama Universiti/Kolej Universiti 2. TUJUAN i) Nyatakan tujuan Kertas Cadangan 3. PROGRAM AKADEMIK YANG DIPOHON i) Nyatakan nama program dan nama ijazah yang akan dianugerahkan. (Bahasa Malaysia

dan Bahasa Inggeris mengikut nomenclature). ii) Nyatakan sama ada ijazah perlu diiktiraf oleh mana-mana Badan Profesional. iii) Sertakan pengiktirafan/ulasan badan professional berkaitan (jika program berbentuk

professional). 4. FAKULTI/SEKOLAH/PUSAT YANG MEMOHON i) Nyatakan secara ringkas Institut/Fakulti/Sekolah/Pusat yang memohon program. ii) Nyatakan sejarah penubuhan dari segi tarikh penubuhan, bilangan program dan bilangan

pelajar yang mendaftar.

5. PERINGKAT PENGAJIAN i) Nyatakan sama ada Ijazah Pertama, Sarjana atau Kedoktoran. 6. TAHUN DIMULAKAN i) Nyatakan tahun dan sesi program akan dimulakan. 7. JANGKAMASA PENGAJIAN DAN KAEDAH i)Nyatakan jenis pengajian sama ada sepenuh masa atau separuh masa serta

jangkamasanya dalam semester dan tahun. ii) Nyatakan kaedah kursus sama ada pengajaran, amali atau projek disertasi.

8. JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM i) Keperluan tenaga manusia negara. Peluang pekerjaan di sector awam dan swasta

mengikut permintaan dalam pasaran semasa dan prospek jangka panjang. ii) Rancangan lima (5) tahun semasa dan dokumen penting kerajaan seperti Pelan Induk

Perindustrian (IMP) dan lain-lain. iii) Permintaan semasa terhadap program termasuk permohonan daripada agensi/industri

berkenaan. iv) Perkembangan dan perubahan teknologi. 9. MATLAMAT PROGRAM i) Nyatakan rasional dan tujuan ii) Nyatakan kesesuaian dengan visi, misi dan matlamat Universiti serta aspirasi Negara dan kepentingan global.

Page 12: BAB 5 Produk

10. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM i) Nyatakan keupayaan khusus (competencies) yang akan ditunjukkan oleh pelajar di akhir program seperti penguasaan pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk ICT, daya

intelek, dari segi menyelesaikan masalah, membuat keputusan secara kreatif, keterampilan, praktikal, kebolehan berkomunikasi, berfikir secara kritikal, sikap dan akhlak sebagai warganegara yang bertanggungjawab serta keupayaan meningkatkan kebolehan diri.

ii) Tunjukkan kaitan antara keupayaan pada akhir program dengan keupayaan yang akan diperolehi dalam alam pekerjaan.

iii) Matrik Kursus lawan LO (Hasil Pembelajaran) dan KI (Kemahiran Insaniah) perlu seimbang dan tidak ada LO & KI yang tertinggal/tidak diberi penekanan. Tiga (3) LO utama diperlukan bagi setiap kursus.

iv) Taksonomi bagi program hendaklah merangkumi aspek berikut :- a) Kognitif (6 skala utama Taksonomi) b) Psikomotor (7 skala) c) Afektif (5 skala) v) Nyatakan jumlah jam pembelajaran pelajar bagi keseluruhan program (JJPP). vi) Rujuk Lampiran 1A hingga 1H (seperti dalam Ringkasan Eksekutif).

11. KAJIAN PASARAN(i) Nyatakan hasil kajian pasaran guna tenaga yang dijalankan oleh Universiti terhadap

program yang dipohon. Laporan kajian pasaran seperti di Lampiran 2A atau Lampiran 2B hendaklah dilampirkan.

(ii) Nyatakan ulasan oleh pakar-pakar di luar Universiti/pihak industry terhadap kesesuaian program.

(iii) Nyatakan bidang-bidang perkhidmatan yang memerlukan graduan-graduan program ini

(iv) Keperluan Pasaran(v) Ulasan Jawatankuasa Penasihat Fakulti(vi) Ulasan Penilai/Pemeriksa Luar (vii) Dapatan Exit Survey (viii)Dapatan Alumni Survey (ix) Dapatan Employer Survey (x) Kajian Halatuju (xi) Arahan Kementerian (xii) Dokumen Sokongan Lain

12. STRUKTUR KURIKULUM i) Kandungan dan struktur program

• Huraikan bidang-bidang ilmu teras yang penting untuk memahami konsep, prinsip dan kaedah bagi pembelajaran program tersebut. • Huraikan prinsip yang dijadikan panduan dalam merekabentuk kurikulum program.

ii) Lampirkan cadangan kursus yang disusun sehingga semester akhir mengikut klasifikasi/peratusan/julat yang dibenarkan (kecuali keperluan Badan Profesional) bagi Kursus Wajib Universiti, Teras Fakulti, Teras Program dan Elektif serta jam kredit dalam bentuk jadual. Rujuk Lampiran 3A hingga 3E. (Nota : Bagi semakan kurikulum sertakan jadual perbandingan bagi struktur kurikulum sedia ada dengan struktur kurikulum baru).

iii) Nyatakan sinposis kursus dan lampirkan senarai buku teks/rujukan. iv) Penilaian/Pemarkahan program pengurusan peperiksaan

Page 13: BAB 5 Produk

• Huraikan kekerapan dan kaedah penilaian termasuk kriteria lulus/gagal dan penganugerahan ijazah. • Huraikan mekanisme dinamik untuk meningkatkan kualiti program dari segi struktur, fungsi, strategi dan aktiviti program. Rujuk perkara iii) dan iv) : Lampiran 3F hingga 3I.

v) Sertakan pengiktirafan/ulasan badan profesional berkaitan (jika program berbentuk profesional).

vi) Jadual Perincian Kursus dan Aras Kod yang bersesuaian yang merangkumi kursus Universiti (15% - 20%), teras (50% - 60%) dan elektif (25% - 30%). (Nota : bergantung kepada keperluan badan profesional).

13. SKEMA PENGAJIAN (TELAH TERMASUK DALAM STRUKTUR KURIKULUM)

i) Agihan Kredit mengikut semester (12 – 18 kredit) – UTM. ii) Latihan Industri mengikut keperluan program pengajian. Dua minggu dikira sebagai

satu kredit (2 minggu = 1 kredit). iii) Kursus adalah mengikut turutan yang munasabah berdasarkan tahap kepayahan dan

keperluan asas.

14. SILIBUS (TELAH TERMASUK DALAM STRUKTUR KURIKULUM) i) Hasil pembelajaran kursus ditulis berdasarkan LO dan KI serta aras taksonomi yang

dipersetujui. ii) Sinopsis ditulis dengan ayat yang lengkap untuk menggambarkan kandungan dan

objektif kursus. iii) Kandungan menggambarkan hasil pembelajaran dan tahap taksonomi yang diperlukan. iv) Kaedah Penilaian mengikut format penaksiran. v) Rujukan terkini (5 tahun ke belakang) dan mengikut format. vi) Jumlah jam hendaklah dikira dengan betul (Student Learning

Time).

15. ETIKA DAN KEMANUSIAAN i) Huraikan bagaimana aspek-aspek etika dan kemanusiaan dimasukkan ke dalam

kurikulum untuk membantu membangunkan individu yang seimbang, peka masyarakat, mahir berkomunikasi dan mampu membuat keputusan. (Nota MPTN adalah berkaitan).

16. UNJURAN PELAJAR i) Nyatakan unjuran pelajar dari segi bilangan pengambilan, enrolmen dan keluaran

(graduan) untuk tempoh lima (5) tahun. 17. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

i) Nyatakan keperluan kelayakan asas. ii)Nyatakan keperluan dan kemahiran prasyarat serta syarat/kelayakan lain jika diperlukan. iii)Nyatakan syarat khas fakulti/program. iv)Jelaskan sama ada terdapat kursus khas bagi mereka yang terpilih tetapi tidak

memenuhi kriteria kemasukan. v) Mengikut Senat/Syarat Am dan Khusus

Page 14: BAB 5 Produk

* Syarat kemasukan perlu dirujuk di Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar (Pra Siswazah) dan Sekolah Pengajian Siswazah (Pasca Ijazah). Telah diluluskan oleh Senat

18. IMPLIKASI STAF, FIZIKAL DAN KEWANGAN i) Implikasi Staf :

• Organisasi Fakulti/Sekolah/Pusat. • Senaraikan tenaga akademik yang terlibat dengan program pengajian. • Nyatakan jumlah tenaga pengajar sedia ada untuk program akademik yang dipohon

beserta kelayakan, kepakaran dan kemahiran serta kesepadanan kelayakan dan kepakaran dengan bidang pengajian (lampirkan nama). Nyatakan bilangan tambahan tenaga pengajar yang diperlukan bagi tempoh lima (5) tahun.

• Nyatakan jumlah staf sokongan sedia ada dan unjuran.

ii) Implikasi Fizikal : • Kemudahan-kemudahan fizikal/makmal/peralatan dan lain-lain yang sedia ada dan

tambahan yang diperlukan bagi tempoh lima (5) tahun.

iii) Implikasi Kewangan : • Keperluan peruntukan pembangunan (nyatakan perancangan Universiti berdasarkan

Rancangan Malaysia Lima Tahun). • Keperluan peruntukan mengurus (termasuk emolumen staf) bagi tempoh lima (5)

tahun. • Nyatakan sama ada terdapat kemudahan lain yang menyokong kepada keberkesanan

program. 19.PROGRAM AKADEMIK YANG SEDANG DITAWARKAN DI

FAKULTI/SEKOLAH/PUSAT YANG MEMOHON i) Nyatakan program-program akademik yang sedang ditawarkan.

20. PERTINDIHAN PROGRAM YANG DIPOHON DENGAN IPTA LAIN

i) Nyatakan IPTA dan program akademik yang berkaitan. ii)Nyatakan kelainan dan kekuatan program yang dipohon berbanding dengan IPTA lain.

21. PERBANDINGAN DENGAN PROGRAM AKADEMIK DI UNIVERSITI LUAR

NEGARA i) Berikan contoh program yang ditawarkan oleh Universiti di luar negara. ii) Nyatakan perbandingan dari segi persamaan/perbezaan dan kekuatannya.

22. KEAHLIAN DAN ULASAN LEMBAGA PENGAJIAN TERHADAP PROGRAM

YANG DIPOHON i) Senaraikan keahlian Lembaga Pengajian dan sertakan ulasan dan Minit Mesyuarat

Lembaga Pengajian. 23. TARIKH PROGRAM DILULUSKAN i) Nyatakan tarikh program diluluskan oleh pihak-pihak berikut :-

• Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Fakulti : • Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti : • Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Universiti :

Page 15: BAB 5 Produk

• Jawatankuasa Tetap Senat Mengenai Program/Jabatan Baru dan Pengambilan Mahasiswa :

• Senat : • Lembaga Pengarah Universiti : • MQA :

(*Bagi program baru, kelulusan MQA – Certificate of Minimum Quality Requirement (MQR) 24. KESIMPULAN/SYOR

i) Nyatakan kesimpulan/syor ke atas cadangan program untuk pertimbangan Universiti/JKPT.

5.4 KesimpulanDalam menubuhkan program kurikulum yang baru, tidak kiralah sama ada ianya melibatkan sekolah, kolej, universiti atau institusi, ia perlu mengikut panduan yang telah ditetapkan. Segala butir-butir yang diperlukan perlu dinyatakan agar proses penubuhan program dapat dijalankan dengan lancar dan matlamat program yang ditubuhkan akan menjadi lebih jelas.