c3010 bab 5

18
KEJURUTERAAN JALAN RAYA TURAPAN TEGAR

Upload: rohazak-yaacob

Post on 19-Jun-2015

8.250 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: C3010 bab 5

KEJURUTERAAN

JALAN RAYATURAPAN TEGAR

Page 2: C3010 bab 5

5.1 TURAPAN TEGAR

Struktur turapan tegar terdiri daripada dua lapisan yang dibina diatas aras bentukan, seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:

Turapan tegar ialah struktur berlapis yang terdiri daripada lapisan permukaan papak konkrit bertetulang dan tapak atau subtapak yang dibina diatas subgred.

Perkataan tegar bermakna papak konkrit tidak akan melentur apabila dikenakan beban trafik.

Page 3: C3010 bab 5

Di Malaysia, antara jalan yang menggunakan binaan turapan tegar ialah:

• Lebuhraya Air Keruh – Pagoh.

• Lebuhraya Kuala Lumpur – Tanjung Malim.

• Lebuhraya Gurun – Bukit Kayu Hitam.

Figure 1: Typical Flexible and Rigid Pavement Layers

5.2 CIRI TURAPAN TEGAR

Kini, pembinaan turapan tegar semakin meluas. Turapan tegar mempunyai ciri seperti berikut:

• Papak konkrit dibina berpetak panjang yang bersambungan.

• Turapan tegar mempunyai kebolehkhidmatan yang lebih lama berbanding dengan turapan lentur.

Page 4: C3010 bab 5

5.3 BAHAN TURAPAN TEGAR

Bahan yang digunakan untuk membina turapan tegar adalah sama dengan bahan untuk turapan lentur kecuali bahan untuk papajk konkrit.

Bahan untuk papak konkrit terdiri daripada:

• Konkrit.

• Tetulang.

• Bahan kedap sambungan.

• Lapisan kalis air

• Papak konkrit bersifat tegar atau tidak melentur apabila dikenakan beban trafik.

• Kerja penyelenggaraan adalah lebih sukar dan kosnya lebih mahal.

• Bahan binaannya terdiri daripada konkrit bertetulang, lapiasan kalip lembap dan bahan kedap sambungan.

Page 5: C3010 bab 5

5.3.1 Konkrit

Konkrit turapan tegar adalah campuran bahan yang berikut mengikut nisbah yang telah ditentukan.

a. Simen b. Pasir c. Batu pecahan d. Air e. Bahan tambah

Kekuatan konkrit mestilah menepati piawaian yang telah ditetapkan untuk turapan jalan.

Kekuatan mampatan kiub selepas 28 hari mestilah mencapai 29N/mm2

Gred konkrit yang biasa digunakan ialah 20 atau 25. Namun begitu kadangkala gred 40 digunakan pada permukaan jalan.

Bahan tambah digunakan bagi mempercepatkan proses kematangan konkrit, memperkukuhkan permukaan konkrit terhadap perubahan cuaca dan meningkatkan rintangan kegelinciran permukaan jalan.

Page 6: C3010 bab 5

5.3.2 Tetulang

Tetulang yang digunakan daripada jejaring keluli tegangan tinggi.

Ia berfungsi menambahkan kekuatan tegangan terhadap struktur konkrit.

Tetulang jaringan digunakan kerana ia boleh mencegah konkrit daripada retak akibat daripada tegasan tegangan didalam konkrit serta memudahkan dan mempercepatkan kerja pembinaan.

Disamping itu bar tetulang juga digunakan pada bahagian sambungan memanjang dan melintang binaan.

Bar pengikat bergarispusat 12mm sepanjang 750mm diletakkan pada jarak 600mm tengah ke tengah pada sambungan memanjang.

Manual Reinforcing Steel Placement

Page 7: C3010 bab 5

Manakala bar penetap bergarispusat 12mm sepanjang 600mm diletakkan pada jarak 300mm tengah ke tengah pada bahagian sambungan melintang.

Bar pengikat hanya digunakan bagi lebar turapan melebihi 4.2 meter.

Page 8: C3010 bab 5

5.3.3 Bahan kedap Sambungan

Bahan kedap sambungan biasanya digunakan pada bahagian sambungan memanjang dan melintang.

Ia terdiri daripada campuran bitumen, getah tiruan dan bahan pengisi samada dalam keadaan panas atau sejuk.

Sambungan diadakan bagi mengelakan konkrit pecah akibat pengembangan dan pengecutan semasa dibebani oleh trafik.

Ia juga berfungsi bagi mengelakkan penyerapan air permukaan ke bahagian dalam struktur konkrit.

Page 9: C3010 bab 5

5.3.4 Lapisan Kalis Lembap

Ianya terdiri daripada polythene nipis yang di pasang di bahagian bawah papak konkrit.

Antara fungsinya ialah untuk menghalang penyerapan air bumi kedalam struktur konkrit dan menghalang air dari konkrit yang masih basah meresap ke lapisan bawah.

5.4 PEMBINAAN TURAPAN TEGAR

Keadah pembinaan turapan tegar semasa penyediaan subgred, subtapak, tapak adalah sama dengan pembinaan turapan lentur kecuali keadah pembinaan papak konkrit.

Terdapat dua keadah pembinaan yang boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian sesuatu projek pembinaan iaitu:

• Keadah Insani.

• Keadah Jentera.

Page 10: C3010 bab 5

5.4.1 Keadah Insani:

Bentuk sisi (Side forms) didirikan setinggi paras permukaan konkrit nanti.

Konkrit dituang menggunakan tangan.

Tetulang jaring (mesh reinforcement) juga diperlukan dan ditempatkan bila konkrit sampai ke paras yang dikehendaki.

Permukaan papak konkrit dipadatkan menggunakan vibrating tamping beam.

Selepas itu, permukaan konkrit diratakan dan dikemaskan serta dirawat dengan sempurna.

Manual Reinforcing Steel Placement

Vibrating Truss Screed

Page 11: C3010 bab 5

5.4.2 Keadah Jentera

Keadah jentera sesuai untuk projek yang besar

Penggunaan keadah jentera berupaya menjimatkan masa bagi mendapatkan mutu kerja yang seragam.

Terdapat dua jenis jentera yang biasa digunakan iaitu:

• Tren Penurap Konkrit.

• Jentera Penurap Slip Form.

5.4.2.1 Tren Penurap Konkrit

Tren penurap terdiri daripada beberapa siri jentera pembinaan yang bergerak diatas rel aras pembinaan.

Ketinggian rel mewakili ketebalan turapan yang akan dibina.

Setiap unit pembinaan akan melaksanakan kerja yang telah ditetapkan.

Page 12: C3010 bab 5

Antara proses kerja tersebut adalah:

1. Unit pembinaan lapisan konkrit pertama.

2. Unit pemasangan tetulang.

3. Unit pembinaan lapisan kedua konkrit.

4. Unit pemasangan sambungan binaan.

5. Unit pengemasan dan pengawetan.

6. Unit penutup konkrit.

5.4.2.2 Jentera Penurap Slip Form

Jentera penurap slip form mempunyai acuan yang dipasang pada jentera seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah.

Jentera ini akan membuat semua proses kerja penurapan mengikut turutan pembinaan yang telah ditetapkan.

Page 13: C3010 bab 5

Turutan pembinaan dalam proses penurapan ini ialah:

• Membina lapisan pertama konkrit.

• Memasang tetulang konkrit.

• Membina lapisan kedua konkrit.

• Membina kemasan.

Page 14: C3010 bab 5

5.5 SAMBUNGAN TURAPAN TEGAR.

Konkrit mengembang dan mengecut mengikut perubahan suhu dan lembapan.

Beberapa jenis sambungan digabungkan ke dalam papak untuk mengawal kesan pergerakan ini.

Jenis sambungan-sambungan ini adalah:

• Sambungan pengembangan

• Sambungan Pengecutan.

• Sambungan Peledingan.

• Sambungan pembinaan.

Page 15: C3010 bab 5

5.5.1 Sambungan Pengembangan

Page 16: C3010 bab 5

5.5.2 Sambungan Pengecutan

Page 17: C3010 bab 5

5.5.3 Sambungan Peledingan

Page 18: C3010 bab 5

5.5.4 Sambungan Pembinaan