residivisme bab 5

Download Residivisme Bab 5

If you can't read please download the document

Upload: langkawiable

Post on 05-Dec-2014

3.309 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

SSYM5013 Pencegahan Residivism

TRANSCRIPT

  • 1. ISU RESIDIVISME DI KALANGAN PESALAH JUVANA
  • 2.
    • Perbuatan remaja dikatakan nakal kerana remaja dianggap belum matang, belum dewasa dan perbuatan jenayah yang mereka lakukan tidak dikenakan hukuman berat
    • Hukuman yang dijatuhkan kepada mereka ialah remaja itu ditempatkan di pusat-pusat pemulihan akhlak dan diberi pendidikan khas
  • 3.
    • perubahan fizikal yang cepat dan pencapaian kematangan jantina,
    • kedudukan remaja sebagai manusia pinggiran (manusia marginal) dan
    • keperluan menyediakan diri untuk memasuki dunia dewasa.
  • 4.
    • Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa perkara kritikal dalam hidup remaja seperti:
    • Remaja perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan kematangan fizikal yang berlaku pada diri mereka.
    • Remaja menjadi sensitif pada rupa dan bentuk badan.
    • Perubahan fizikal dan perkembangan jantina yang dialami dapat menimbulkan rasa tidak selesa, tidak yakin, tidak selamat, malu dan segan.
    • Konsep kendiri remaja kadangkala dipengaruhi oleh perubahan fizikal dan perkembangan jantina. . Remaja mungkin menggunakan mekanisme bela diri bagi menjaga maruah.
  • 5.
    • Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa perkara kritis dalam hidup remaja seperti:
    • Remaja tidak lagi dilayan seperti orang dewasa dan pada masa yang sama mereka masih belum diterima sebagai orang dewasa.
    • Menghadapi harapan dan nilai hidup bertentangan yang menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan.
    • Menghadapi tuntutan membina identiti diri yang baru iaitu suatu bentuk identiti yang berbeza daripada identiti zaman kanak-kanak.
  • 6.
    • Keadaan ini menimbulkan beberapa perkara kritis dalam hidup remaja iaitu:
    • Mendapat pendidikan dan latihan bagi mencapai tahap kebebasan ataupun ketidakbergantungan kepada ibu bapa dalam aspek ekonomi dan kewangan.
    • Memilih kerja yang sesuai dengan kebolehan, minat dan keperluan masyarakat.
    • Bersedia menjalani kehidupan berkeluarga.
    • Bersedia menghadapi masa depan yang mencabar. . Mencapai kebebasan pertalian emosi dengan ibu bapa dan orang dewasa lain. .
  • 7.
    • Terdapat dua faktor utama
    • 1. Faktor Dalaman
    • lemah jati diri/psikologi dan faktor keluarga
    • 2. Faktor Luaran
    • tekanan rakan sebaya, sosio-ekonomi, media dan masyarakat
  • 8.
    • a) Faktor biologi
    • Proses akil baligh ini boleh mencenderungkan remaja mudah mengalami pelbagai ayunan emosi (mood swings) seperti mudah gelisah, keliru,, amatt sensitif,, cepat marah serta rasa dikongkong dan tidak disayangi oleh keluarga (Bradley & Dubinsky, 1994; Boiice, 1998).
    • Dalam kajian olleh Shaw dan rakan-rakan (1996) mendapati bahawa remaja perempuan lebih mudah mengalami tekanan yang berrpunca daripada pergaulannya dengan indiividu di sekelilingnya.
  • 9.
    • Remaja yang hilang minat belajar mudah berasa bosan terhadap mata pelajaran yang diajar di sekolah dan mempunyai persepsi negatif terhadap guru-guru..
    • Kurang atau lemah amalan agama juga mampu menjadi pendorong kepada salah laku remaja
  • 10.
    • keruntuhan moral di kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industri yang kita alami
    • kerana kedua-dua proses itu mengendurkan kawalan sosial (Gottfredson et. al, 1991)
  • 11.
    • Tidak dinafikan, masalah remaja di kalangan juvana disebabkan kesibukan ibu bapa mencari nafkah keluarga.
    • Kurangnya kawalan atau pemantauan di kalangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan memungkinkan anak-anak rasa bebas untuk melakkan apa sahaja yang mereka inginkan.
    • ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna.
  • 12.
    • Remaja atau pelajar khususnya yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan berada (Phelps, 1976; Cohen, 1975).
  • 13.
    • Golongan remaja yang tidak terpimpin hatinya, akibat kurangnya didikan agama gemar bertindak mengikut perasaan berbanding kewarasan akal fikiran
    • Kesibukan ibu bapa mencari rezki keluarga tidak pula diinsafi malah sebaliknya menjadikan keadaan tersebut sebagai 'tiket' untuk mencari kebebasan muraha
  • 14.
    • Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak
    • perubahan sosial hari ini menyebabkan kebanyakan ibu bapa bekerja
    • Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak
  • 15.
    • Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa bersama anak-anak.
    • Mereka lupa anak-anak juga memerlukan perhatian bagi mendapat maklumat dalam kehidupan seharian.
    • Dari sini, anak-anak rasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah
  • 16.
    • Faktor Sosio-Ekonomi
    • kemiskinan menjadi faktor kepada keterlibatan remaja dalam masalah sosial
    • Penglibatan dalam usia muda dalam jenayah menjejaskan peluang remaja untuk mendapatkan pekerjaan yang sempurna
    • Peluang pekerjaan yang terhad untuk meraka mendorong untuk melakukan jenayah
  • 17.
    • Pengaruh media sama ada media cetak atau elektronik bukan satu perkarra yang asing dalam kehidupan seseorang pada masa kini.
    • Paparan gaya hidup barat yang liar dan kurang amalan keagamaan yang
    • mementiingkan keseronokan menjjadikan remaja di negara ini teriikut-ikut.
  • 18.
    • Setiap masyarakat keluarga adalah pusat paling penting dalam kehidupan seseorang
    • Keadaan perumahan yang sesak dan keadaan yang tiidak sesuai unttuk sesi pembelajaran serta tidak selesa akan menyebabkan remaja
    • cenderung unttuk keluar rumah dan melepak bersama rakan-rakan.
  • 19.
    • Selain itu, kawasan kejiranan yang tidak mempunyai amalan kejiranan yang baik
    • Pandangan serong masyarakat kepada pesalah juvana ini akan memberi kesan negatif untuk mereka
    • ketiadaan tempat rekreasi yang sewajarnya juga boleh menjadi penyebab kepada salah laku remaja.
  • 20.
    • Rakan sebaya mempunyai pengaruh kuat dari segi nilai, sikap dan pandangan terhadap kehidupan
    • Remaja akan lebih terpengaruh dengan norma dan nilai rakan akan mereka diterima dan disanjung oleh kumpulan
    • Kebiasaannya norma tersebut bertentangan dengan nilai keluarga dan masyarakat
    • Ini menimbulkan konflik dan masalah
  • 21.
    • Perasaan mudah marah apabila dicabar, dimarahi golongan yang lebih dewasa turut menyumbang kepada ketaasuban golongan remaja terhadap kelompok atau rakan-rakan 'sekepala' dengan mereka.
    • Lama-kelamaan ia akan membentuk satu kelompok gangster kecil-kecilan. Apabila aktiviti tersebut bergerak 'aktif' ia akan disambut dengan 'tangan terbuka' oleh para gangster yang akan memperalatkan mereka.
    • Hal tersebut akan menjadi lebih serius apabila hubungan anak dengan ibu bapa sememangnya tidak baik.
  • 22.
    • Justeru, anak-anak akan lebih selesa berada di luar rumah bersama-sama rakan-rakan 'sekepala' mereka itu.
    • Tekanan berada di dalam rumah akan diluahkan sewaktu berada di luar rumah. Selain daripada itu sifat ingin tahu yang tinggi menyebabkan para remaja cuba 'menguji' pihak berkuasa umpamanya melalui aktiviti vandalisme.
  • 23.
    • Pakar psikologi kaunseling membuat pelbagai teori bagi menjelaskan pembentukan tabiat manusia. Corey (1986) menyatakan beberapa teori penting yang menjelaskan tentang tabiat itu ialah:
  • 24.
    • diasaskan oleh Frued
    • Teori ini menyatakan tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya
    • Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara membabi buta (tidak sedar). Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.
  • 25.
    • Teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa
    • Semasa kecil anak akan merakamkan secara langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang ditayangkan oleh ibu bapa kepada mereka.
    • Konflik akan berlaku apabila anak itu cuba menilai semula skrip hidup yang lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru hasil daripada perkembangan emosi fikirannya dan pengaruh persekitaran.
  • 26.
    • Menurut teori ini tabiat dan tingkah laku manusia terbentuk hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran
    • Tabiat manusia menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah, walaupun mereka sendiri yang mencipta sistem pembelajaran atau membentuk persekitaran.
  • 27.
    • Teori ini membuat andaian bahawa tabiat manusia semula jadinya baik, rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri.
    • Walau bagaimanapun manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti gagal mendapat kasih sayang, keselamatan dan seumpamanya.
  • 28.
    • seharusnya kita lebihkan usaha kita untuk membanting tulang dan melipat gandakan usaha bagi menyara kehidupan berkeluarga.
    • Memberikan asas pelajaran kepada anak-anak juga sebagai satu usaha untuk membela nasib keluarga di masa hadapan.
    • Jika anak-anak berpelajaran dan berpengetahuan tidak mustahil isu kemiskinan dan gejala sosial akan luput ditelan dek zaman.