bab 5

Upload: azril-hairi-ahmad

Post on 09-Mar-2016

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Fungsi-Hubungan yang terjalin antar manusia akan menjadi lebih baik.-Komunikasi antar budaya akan terhindar dari hambatan, salah satunya hambatan etnosentris.

TRANSCRIPT

Berdasarkan kepada dapatan hasil kajian, perhatian yang lebih dan langkah yang sewajarnya perlu diambil keatas pelajar yang mendapat tahap yang sederhana tentang pengetahuan dan pemahaman dadah. Ianya perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap sederhana pelajar keatas pengetahuan dan pemahaman kepada tahap tinggi supaya risiko pelajar untuk terjerumus dalam penagihan dadah dapat dikurangkan.

Selain itu, diharapkan dapatan kajian ini dapat menjadi sumber rujukan kepada persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan atau agensi-agensi sokongan sosial awam dan juga swasta yang berperanan menyalurkan maklumat, pengetahuan dan pendedahan berkaitan kesan-kesan negatif pengambilan dadah dalam kehidupan seharian. Pelajar sekolah seperti ini sememangnya memerlukan maklumat dan pendedahan awal bagi membantu mereka meningkatkan perkembangan potensi diri dan juga sebagai langkah pencegahan daripada terjebak dengan najis dadah.

Akhir sekali, implikasi yang dapat dilihat berdasrkan hasil dapatan kajian ini ialah dapat dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa dan para pendidik di sekolah Menengah Kebangsaan Jeram supaya mereka dapat memberikan perhatian kepada perkembangan kognitif anak-anak mereka di rumah. Langkah ini perlu dilakukan bagi mencegah anak-anak mereka terlibat dalam penagihan dadah.

5.5 Cadangan

Secara keseluruhannya walaupin pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Jeram mendapat tahap tinggi terhadap tahap pengetahuan dan pemahaman tentang dadah, pihak sekolah , Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) seharusnya memeperbanyakkan lagi program berkaitan pencegahan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

Cadangan pengkaji ini kerana berpendapat golongan pelajar yang mendapat tahap sederhana mengenai pengetahuan dan pemahaman tentang dadah masih mempunyai risiko yang tinggi untuk terjebak dalam penagihan dadah. Oleh itu, pendedahan dan maklumat tentang bahaya dadah perlu dipertingkatkan kepada golongan ini agar mereka mendapat tahap yang tinggi terhadap pengetahuan dan pemahaman tentang dadah sekaligus dapat mengurangkan risiko pelajar terjerumus dalam penagihan dadah.

Pengkaji juga mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan berkaitan dengan aspek-aspek baru. Bagi penyelidik akan datang yang ingin meneruskan kajian yang selanjutnya berkaitan dengan tajuk ini, adalah dicadangkan agar skop kajian diperluaskan kepada aspek-aspek yang berbeza.

Contohnya perbezaan tahap pengetahuan dan pemahaman berdasrkan jantina, pendidikan ibu bapa mereka, status sosioekonomi keluarga dan gaya asuhan keibubapaan yang diterapkan dalam keluarga. Adalah lebih baik bilangan responden dan lokasi kajian juga ditambah untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian.

Selain itu, pengkaji turut mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah yang serius untuk mencegah penularan masalah merokok dan penyalahgunaan dadah. Contohnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya mewujudkan mata pelajaran Pendidikan Pencegahan Dadah ke dalam sukatan mata pelajaran di sekolah secara berperingkat mengikut tingkatan.

Cadangan ini seharusnya dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih awal dan menyeluruh kepada pelajar sekolah tentang dadah dan kesan kesan negatif jika terjebak dalam penagihan dadah. Di samping memeperkenalkan subjek Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah, pengkaji turut mencadangkan penggunaan mesin pengimbas mata untuk guru mengesan pelajar sekolah yang terlibat dalam penagihan dadah. Alat ini telah mula digunakan dan dilaksanakan pada bulan Mei 2006 secara berperingkat di seluruh sekolah di Malaysia. Keupayaan mesin pengimbas ini mampu mengesan dadah yang diambil dalam tempoh 24 jam dapat dilihat sebagai salah satu cara untuk mengesan pelajar yang terlibat dengan ketagihan dadah dari awal lagi. Seterusnya cadangan pengkaji ialah guru bimbingan dan kaunseling perlu mempunyai sifat dedikasi dan peka dengan mengedarkan inventori atau soal selidik berkaitan pengetahuan dan pemahaman tentang dadah kepada semua pelajar dari semasa ke semasa. Langkah ini adalah wajar supaya guru bimbingan dan kaunseling dapat mengenalpasti pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan dan pemahaman terhadap dadah sama ada tahap rendah atau tahap tinggi.

Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling sekolah seharusnya memepergiatkan dan mengaktifkan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Anti Dadah atau PROSTAR dan Pusat Sumber Kaunseling. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Anti Dadah dan PROSTAR dan Pusat Sumber Kaunselinng mesti dipergiata dan dilengkapi dengan maklumat berkaitan supaya dapat memanfaatkan pelajar dalam memeperoleh pengetahuan dan maklumat mengenai dadah dengan lebih berkesan. Oleh yang demikian, usaha seorang gu u bimbingan dan kaunseling adalah diperlukan dalam menanam nilai positif dalam diri pelajar supaya dapat menghindarkan diri daripada terlibata dengan penyalahgunaan dadah.

Jika maklumat berkaitan dengan rokok dan dadah ini diterapkan dan didedahkan kepada para pelajar, para pelajar diharapkan mempunyai prinsip dan pendirian diri untuk menjauhi dan menghindari daripada terjebak dalam gejala najis dadah. Hal ini kerana, selain mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman mengenai bahaya dadah dan rokok yang diperoleh, malahan mereka boleh bertanggungjawab dengan perkembangan diri ke a rah yang lebih sihat. Maka pelajar sekolah dicadangkan agar melibatkan diri dalam dalam aktiviti-aktiviti yang lebih sihat seperti Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Rakan Muda, Kelab Anti Dadah dan PROSTAR.

Penglibatan diri pelajar dalam kegiatan yang sihat ini sudah tentu dapat menerapkan nilai murni yang lebih baik dan memperolehi pengetahuan yang luas tentang keburukan rokok dan dadah. Seterusnya, jati diri seseorang pelajar itu dapat dibentuk dan mampu menguruskan masalah yang dihadapi dengan baik. Akhirnya, pelajar sekolah Berjaya mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam gejala yang negatif seperti penagihan dadah.

Akhir sekali cadangan pengkaji ialah peranan dan tanggungjawab ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap usaha pengukuhan institusi kekeluargaan memandangkan gejala penagihan dadah sering kali dikaitkan dengan masalah ketidakfungsian institusi keluarga. Gaya asuhan, kemahiran dan teknik keibubapaan yang berkesan adalah langkah yang penting dalam situasi seperti ini.

Strategi ini juga boleh dilakukan dengan langkah mengelakkan konflik dan perpecahan keluarga , mengelakkan pengabaian dan menjalinkan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak di rumah, melaksanakan disiplin yang konsisten dan rasional dan penekanan kepada aspek kerohanian dan keagamaan.

5.6 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan.

Oleh kerana kajian ini memeberikan implikasi dan kesan yang penting kepada para pelajar, pihak sekolah, pendidik dan guru bimbingan dan kaunseling dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), maka pengkaji ingin memberikan beberapa cadangan kepada bakal-bakal pengkaji yang ingin membuat kajian tentang tajik ini pada masa akan datang. Cadangan ini boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada pengkaji seterusnya untuk mengkaji tajuk ini.

a) Bilangan responden

Bilangan responden yang dipilih bagi kajian ini adalah hanya melibatkan 100 orang responden sahaja. Bilangan responden yang sedikit ini kurang menjamin ketepatan hasil dapatan kajian. Oleh itu , bilangan respond perlu ditambahkan agarkeputusan kajian yang diperoleh adalah lebih tekal dan pola data juga akan menjadi lebih jitu.

b) Skop kajian

Kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji ini adalah terlalu kecil, iaitu hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja. Maka hasil dapatan hanya relevan untuk digunakan di dalam skop kajian ini sahaja. Oleh yang demikian, skop kajian perlu diperluaskan lagi dengan melibatkan beberapa buah sekolah dan mengambil kira kawasan Bandar dan kawsan luar Bandar sekiranya terdapat pengkaji yang ingin menjalankan seperti ini pada masa akan datang. Hali ini bakal pengkaji dapatmembezakan dan membandingkan tahap pengetahuan dan pemahaman mengenai dadah dengan lebih jelas, nyata dan lengkap.

c) Jenis kajian Oleh kerana pengkaji telah menjalankan kajian berbentuk kajian tinjauan, maka pengkaji yang jngin membuat tajuk kajian seperti ini pada masa akan datang digalakkan menjalankan kajian dalam bentuk eksperimental, kajian tindakan atau kajian lapangan. Tujuan mempelbagaikan bentuk kajian ini adalah untuk membolehkan bakal pengkaji membantu golongan pelajar dari nsekolah dari terjebak kepada penyalahgunaan dadah yang berbahaya melalaui program-program yang dilakasanakan berkaitan keburukan rokok dan dadah.

Secara kesimpuannya, pengkaji berharap cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada bakal-bakal npengkaji ini dapat membantu untuk memantapkan hasil dapatan kajian pada masaa akan datang danmembawa bidang kaunseling kea rah yang lebih tinggi. Oleh itu, bakal pengkaji perlu sedia menerima cadangan cadangan tersebut sebagai panduan dan rujukan supaya dapat menjalankan kajian seperti ini dengan lebih sistematik dan sempurna.

5.7 RumusanBab 5 ini membincangkan tentang pengenalan, rumusan keputusan kajian, Perbincangan Tahap Pengetahuan dan Pemahaman Tentang Dadah Dalam Kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Implikasi kajian, cadangan kajian, cadangan bagi kajian lanjutan dan rumusan