bab 5

20
BAB LIMA PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI 5.1 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan , perbincangan, kesimpulan, implikasi dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan. Segala persoalan dalam kertas cadangan kajian akan terjawab dalam bab ini. Ia menerangkan tentang kesimpulan dari hasil dapatan kajian yang telahpun dilaksanakan. Bab ini menghuraikan sejauhmana kaedah pengajaran koperatif yang dipilih dapat membantu murid yang bermasalah dalam matematik ke arah celik matematik Selain daripada itu, kita juga ingin melihat objektif yang dicadangkan dapat menarik minat murid untuk belajar topik pecahan dan topik lain serta dapat meningkatkan pencapaian murid terhadap mata pelajaran matematik. 66

Upload: theodore-mason

Post on 17-Jan-2016

45 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fdfdf

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 5

BAB LIMA

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang ringkasan , perbincangan, kesimpulan, implikasi

dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan. Segala persoalan dalam kertas

cadangan kajian akan terjawab dalam bab ini. Ia menerangkan tentang kesimpulan

dari hasil dapatan kajian yang telahpun dilaksanakan. Bab ini menghuraikan

sejauhmana kaedah pengajaran koperatif yang dipilih dapat membantu murid yang

bermasalah dalam matematik ke arah celik matematik Selain daripada itu, kita juga

ingin melihat objektif yang dicadangkan dapat menarik minat murid untuk belajar

topik pecahan dan topik lain serta dapat meningkatkan pencapaian murid terhadap

mata pelajaran matematik.

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian ini amat penting, dan telah dijalankan kepada dua kumpulan murid dari kelas

5 Bestari dan 5 Cemerlang yang dipilih berdasarkan pencapaian akademik dalam

ujian dan peperiksaan. Selain daripada itu kajian ini haruslah dipraktikkan oleh guru

66

Page 2: BAB 5

bagi mencapai dan meningkatkan pencapaian murid tahun 5 Bestari di Sekolah

Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman dalam Matematik. Strategi yang diguna pakai

ialah kaedah pembelajaran koperatif berasaskan nombor bagi setiap murid dalam

kumpulan pembelajaran. Melalui pembelajaran koperatif, murid diberi peluang untuk

maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat

mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Bentuk penyelidikan yang dikaji adalah kaedah penyelidikan kuantitatif.

Dalam penyelidikan ini, reka bentuk penyelidikan yang dipilih ialah menggunakan

ujian pra dan ujian pos .Pembolehubah yang diukur ialah markah dalam kedua-dua

ujian ke atas 30 orang murid tahun 5 Bestari dan 5 Cemerlang yang melibatkan dua

kumpulan murid iaitu kumpulan kajian dan kumpulan kawalan.

Murid dari kumpulan kajian diajar dengan kaedah pembelajaran koperatif

manakala murid dari kumpulan kawalan didedahkan dengan pembelajaran biasa atau

tradisional. Kedua-dua kumpulan ini diberikan dua jenis ujian yang sama. Soalan-

soalan yang diuji merangkumi topik penyelesaian masalah pecahan yang telah

mereka pelajari.

Daripada hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa murid dari kumpulan

kajian menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang berbanding murid dari kumpulan

kawalan. Ini membuktikan bahawa kaedah pembelajaran koperatif lebih berkesan

berbanding pengajaran tradisional. Dapatan kajian mendapati bahawa hipotesis H0 :

Tiada peningkatan pencapaian mata pelajaran matematik di kalangan murid sebelum

dan selepas mengikuti aktiviti pembelajaran koperatif adalah ditolak. Ini berdasarkan

68

Page 3: BAB 5

peratusan murid yang lulus meningkat dalam UBB Jun atau peperiksaan Pertengahan

tahun.

Jadual 5.2 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun / UBB Jun 2014

Sela Markah Keputusan Peratus

80 - 100 8 26.67

60 – 79 10 33.33

40 – 59 12 40.0

20 – 39 0 0

0 - 19 0 0

Jadual 5.2 di atas menunjukkan pencapaian pelajar tahun 5 Bestari dan 5 Cemerlang

dalam peperiksaan pertengahan tahun / UBB3 Jun 2014 dengan mngalami

peningkatan berbanding dengan UBB April 2014 (rujuk muks surat 39 ).

69

Page 4: BAB 5

Rajah 5.2 Carta pai menunjukkan peratus pencapaian murid dalam UBB Jun di

mana tiada seorang pun murid yang gagal di mana pencapaian A meningkat dari 3

orang UBB April kepada 8 orang UBB Jun.

Rajah 5.2.1 menunjukkan perbandingan pencapaian murid kelas 5 Bestari dalam dua

ujian iaitu UBB April dan UBB Jun. Rajah menunjukkan semua murid lulus dengan

cemerlang dengan 8 orang mendapat A, 10 orang mendapat B dan 12 orang

mendapat C. Keputusan ini menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam

Matematik dengan keberkesanan pembelajaran koperatif.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan banyak kelebihan menggunakan kaedah koperatif

dalam matematik. Pengkaji mengenal pasti beberapa kebaikan dan kelebihan

70

Page 5: BAB 5

pengajaran koperatif seperti dapat meningkatkan prestasi murid, memupuk minat

untuk terus belajar dan meningkatkan keyakinan diri. Hasil analisis yang dijalankan

menunjukkan murid yang terlibat dengan pembelajaran koperatif memperolehi

keputusan memberangsangkan.

5.3.1 Kesan Terhadap Pencapaian Murid

Secara keseluruhannya analisis penyelidikan ini menunjukkan bahawa murid tahun

5B sekolah ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap keberkesanan

pencapaian murid setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan kaedah pembelajaran koperatif bagi kumpulan kajian. Ini dapat dilihat

apabila min untuk ujian pra ialah 16.8 dengan sisihan piawai 3.72 manakala min

untuk ujian pos pula ialah 24.3 dengan sisihan piawai 2.84. Keputusan yang positif

ini juga telah menunjukkan bahawa pencapaian murid dapat ditingkatkan seperti

mana yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.1 Keputusan ujian UBB Jun yang lepas.

Hasil daripada kajian ini menyokong kajian–kajian yang telah dilakukan oleh

Brunner (2006), yang menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses

membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa murid.

Murid memilih dan menginterpretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat

keputusan yang melibatkan pemikiran mental memberi makna dan pembentukan

pengalaman yang membolehkan individu melangkau maklumat yang diberikan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif telah dapat menggabungkan semua

kemahiran matematik dari setiap murid bagi menggalakkan pembinaan pengetahuan

serta menyokong pembelajaran melalui pengalaman di kalangan murid.

71

Page 6: BAB 5

5.3.2 Kesan Terhadap Motivasi dan Bakat Kepimpinan Murid

Kajian yang dijalankan juga berkaitan dengan motivasi murid terhadap mata

pelajaran matematik. Daripada hasil kajian didapati bahawa motivasi murid boleh

dipengaruhi oleh kaedah Pembelajaran Koperatif yang diaplikasikan di dalam kelas

semasa mereka belajar matematik. Didapati bahawa hasil yang ditunjukkan berkaitan

perubahan motivasi murid adalah positif. Selain itu, hasil kajian juga mendapati

bahawa proses bagaimana murid belajar adalah amat penting untuk menghasilkan

satu perubahan tingkah laku yang agak tetap dan ia akan berlaku melalui pengalaman

atau latihan yang diteguhkan. Menurut Crow & Crow (2003), jikalau seseorang itu

berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana ia akan menghasilkan

produk yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat.

Selain daripada itu bakat kepimpinan murid akan terselah apabila mereka akan

sentiasa bergilir untuk menjadi ketua kumpulan bagi menerajui kumpulan mereka

sepanjang masa serta saling bertukar pendapat untuk mencapai kejayaan.

5.3.3 Membantu murid memahami konsep dan istilah Matematik

Murid yang terlibat dengan pembelajaran koperatif dapat memahami konsep-konsep

iaitu cara penyelesaian yang melibatkan pecahan wajar, pecahan bercampur, pecahan

setara dan pecahan yang dipermudahkan dalam operasi tambah dan tolak yang

melibatkan penyelesaian masalah, malah dapat membantu memahami istilah – istilah

matematik yang berkaitan dengan pecahan. Apabila murid - murid telah memahami

konsep dan istilah dengan baik maka ianya akan dapat meningkatkan kefahaman dan

keyakinan diri dalam mempelajari matematik serta menggunakannya dalam

72

Page 7: BAB 5

kehidupan seharian. Mengikut (Aziz Omar, 2004, m.s 41) menyatakan bahawa

manusia tidak terlepas dari menggunakan matematik dalam kehidupan seharian yang

mana matematik boleh dijadikan sebagai alat komunikasi yang penting serta mampu

untuk menyelesaikan masalah tertentu.

5.3.4 Bertingkah laku positif

Murid yang terlibat dalam kaedah pembelajaran ini juga mampu memperlihatkan

tingkah laku yang positif dan dapat belajar dengan selesa, tenang dan seronok tanpa

tekanan yang melampau. Secara umumnya para sarjana melihat pembelajaran

koperatif sebagai satu strategi pembelajaran berkumpulan yang mana di dalamnya

murid berinteraksi sesama mereka dan saling bantu-membantu di dalam proses

pembelajaran. Di bawah pembelajaran koperatif, keupayaan murid yang

berkebolehan tinggi dan sederhana boleh dimanfaatkan untuk membantu murid yang

berkebolehan rendah di dalam matematik.

Kajian-kajian di luar negara menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya

meningkatkan pencapaian murid di dalam berbagai mata pelajaran untuk semua

peringkat pendidikan (Johnson, Maruyama, Johnson, Nelson dan Skon, 2001 ). Di

dalam situasi ppembelajaran koperatif, murid tidak mudah putus asa di dalam

menyelesaikan masalah tugasan di samping lebih bersifat terbuka untuk menerima

strategi-strategi altematif (Duren dan Cherrington, 2002). Dapatan kajian Johnson,

Skon dan Johnson (2008) mendapati situasi pembelajaran koperatif mengatasi situasi

pembelajaran individu dan persaingan dari segi pencapaian dalam aspek

penyelesaian masalah.

73

Page 8: BAB 5

5.4 Kesimpulan dapatan Kajian

Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat perkaitan antara pengajaran

koperatif dengan prestasi pencapaian murid. Ini telah terbukti apabila ramai murid

memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UBB Jun dengan 8 orang

mendapat A, 10 orang mendapat B dan selebihnya C seperti mana yang ditunjukkan

dalam Jadual 5.2. Kaedah pengajaran koperatif dapat membantu murid - murid

meningkatkan mutu pencapaian dalam matematk. Malah pengajaran koperatif juga

dapat memotivasikan murid supaya sentiasa berminat untuk belajar Matematik.

Kaedah pembelajaran kopetatif patut diamalkan di semua sekolah.

Peningkatan sikap adalah penting kerana dengan sikap yang positif akan

dapat mempengaruhi perkara-perkara lain seperti pencapaian akademik, minat,

motivasi, nilai-nilai murni dan penyelesaian masalah. Sikap bergantungan positif di

kalangan murid juga perlu dalam proses pendidikan dan bukan persaingan individu

(Aronson et. al 1978).

5.5 Implikasi dapatan Kajian

Proses pengajaran dan pembelajaran masih mempunyai ruang luas untuk diterokai

demi meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap yang lebih tinggi. Implikasi kajian

ini diharapkan dapat membantu peningkatan tersebut. Kajian tentang keberkesanan

pembelajaran koperatif dapat menyediakan maklumat yang berguna kepada pengkaji

dan pendidik berkaitan proses pembelajaran. Dalam kajian ini, pembelajaran

koperatif memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian dan sikap

74

Page 9: BAB 5

murid. Sullivan (2007) merupakan pengkaji yang awal dalam membincangkan

hubungan sikap dengan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil eksperimen yang

dijalankan ternyata sikap mempunyai peranan yang penting bukan sahaja sebagai

suatu objektif pengajaran tetapi juga mempengaruhi pembelajaran itu sendiri. Ini

bermakna, sikap murid merupakan suatu faktor yang penting bagi menilai

pencapaian murid. Dua implikasi yang boleh diambil kira dalam kajian ini.

5.5.1 Implikasi pada murid

Implikasi yang jelas dapat dilihat adalah sikap murid itu sendiri. Murid berusaha

untuk mencapai kejayaan, di mana mereka menunjukkan minat untuk belajar,

bermotivasi dalam memajukan diri menguasai Matematik dengan baik dan

seterusnya dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Dalam kaedah

pembelajaran koperatif suasana pembelajaran akan berpusatkan murid sepenuhnya

dan guru sebagai fasilitator. Dengan kaedah ini murid dilatih mencari fakta sendiri

secara berkumpulan dan berpindah ke tajuk baru setelah memahami dan melalui

pembelajaran ini. Para murid dapat meningkatkan daya saing antara mereka,

memastikan mereka berada dalam keadaan sedar apabila mereka perlu membaca,

berbincang dan memberi pendapat. Kajian-kajian di luar negara menunjukkan

pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan pencapaian murid di dalam berbagai

mata pelajaran untuk semua peringkat pendidikan (Johnson, Maruyama, Johnson,

Nelson dan Skon, 2001). Di dalam situasi pembelajaran koperatif, murid tidak

mudah putus asa di dalam menyelesaikan masalah tugasan di samping lebih bersifat

terbuka untuk menerima strategi-strategi altematif (Duren dan Cherrington, 2002).

Dapatan kajian Johnson, Skon dan Johnson (2008) mendapati situasi pembelajaran

75

Page 10: BAB 5

koperatif mengatasi situasi pembelajaran individu dan persaingan dari segi

pencapaian dalam aspek penyelesaian masalah.

5.5.2 Implikasi pada Guru

Telah menjadi kelaziman kepada guru untuk menyampaikan maklumat yang

sebanyak mungkin kepada murid. Maklumat yang disampaikan selalunya berfokus

kepada prosedur dan fakta-fakta asas matematik, kemudian diikuti latih tubi dan

hafalan. Walau bagaimana pun menurut Lester (2004) fokus harus diberi kepada

pengajaran yang meningkatkan aspek kognitif dan metakognitif. Cadangan Lester ini

harus diambil perhatian kerana aspek kognitif dan metakognitif adalah kunci kepada

penyelesaian masalah yang berkesan. Walau apapun kesalahan tidak boleh

diletakkan di atas bahu guru semata-mata kerana . guru juga menganggap murid

mempunyai masalah dalam kemahiran asas matematik.

Oleh itu sudah tentulah penekanan kepada aspek penyelesaian masalah dan

pemahaman konsep kurang diberi penekanan. Guru perlu membuat perancangan

awal sebelum pembelajaran koperatif dimulakan bagi memastikan guru berpuas hati

dengan pencapaian murid. Kejayaan aktiviti pembelajaran koperatif adalah

sebenarnya terletak di atas perancangan awal yang teliti. Pengajaran berpusatkan

murid ini perlu dipraktikkan di semua sekolah kerana kaedah ini dapat memberi

kesan yang baik kepada guru. Untuk menjayakan pengajaran, guru-guru perlulah

menyediakan satu idea dan amalan secara individu yang dapat membantu pelajar

untuk belajar secara konsisten. Guru perlu bersedia untuk melaksanakan pelbagai

kaedah alternatif dalam usaha mempelbagaikan strategi pengajaran kearah

76

Page 11: BAB 5

meningkatkan minat dan sikap kendiri murid dalam mencari ilmu pengetahuan.

Guru-guru perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti pengajaran secara koperatif

dengan menyediakan kursus-kursus jangka pendek atau kursus dalaman bagi

menambahkan lagi pengetahuan guru-guru untuk melaksanakan kaedah pengajaran

secara koperatif.

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian lanjutan perlu dilakukan supaya memperolehi dapatan yang lebih sah.

Berikut ini dikemukakan beberapa cadangan yang boleh diberikan perhatian untuk

melaksanakan kajian selanjutnya.

i) Kajian masa akan datang bolehlah dilakukan dalam konteks yang lebih

luas dengan melibatkan semua tajuk dan semua murid tahun 5 di sekolah

tersebut.

ii) Kajian yang berkaitan pembelajaran koperatif ini juga seharusnya

mendapat sokongan serta komitmen sepenuhnya daripada pihak

pentadbiran disamping memberi sokongan dari segi keperluan material

secara berterusan. Sokongan yang diberikan diharapkan dapat sedikit-

sebanyak mengurangkan beban tugas guru di sekolah seterusnya dapat

menjalankan kajian dengan berjaya dan berkesan.

77

Page 12: BAB 5

iii) Kajian juga boleh diteruskan dalam mata pelajaran lain yang dipelajari

oleh murid di sekolah seperti Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Pendidikan Islam dan sebagainya.

Berdasarkan dapatan kajian ini, kajian lanjutan perlu dilakukan bagi memastikan

pencapaian secara keseluruhan dapat digeneralisasi untuk semua murid di seluruh

Malaysia. Ini kerana, kajian yang telah dilaksanakan hanya dijalankan disebuah

sekolah di sebuah negeri. Maka, sekiranya kajian ini diperluaskan ke seluruh

Malaysia, pengkaji dapat memperolehi pandangan yang mewakili semua murid

seterusnya kebolehpercayaan dan kesahihan terjamin.

Kajian selanjutnya boleh dijalankan ke atas kumpulan murid yang mempunyai

tahap kognitif yang berbeza seperti murid- murid sekolah elit, murid sekolah

kawasan bandar, dan luar bandar. Selain itu, dicadangkan responden hendaklah

dipelbagaikan iaitu merangkumi kaum Cina, India dan kaum-kaum yang lain. Kajian

yang telah dijalankan hanyalah melibatkan satu kaum sahaja iaitu kaum Melayu.

Cadangan yang seterusnya ialah kajian ini tidak seharusnya terbatas kepada

kaedah eksperimen sahaja. Pengkaji juga boleh meminta pandangan itu secara

temubual dengan murid supaya mendapat maklumat yang lebih terperinci.

Diharapkan agar pengkaji yang berminat melaksanakan kajian ini memperoleh

maklumat yang lebih baik dan mendapat keputusan yang jitu seterusnya boleh

membuat kesimpulan yang tepat.

78

Page 13: BAB 5

5.7 Kesimpulan

Kesimpulannya, pembelajaran koperatif berjaya meningkatkan pencapaian murid

kajian dalam tajuk penyelesaian masalah pecahan malah membantu memotivasikan

mereka kearah kejayaan serta melahirkan sikap murid yang positif. Ramai pengkaji

telah membuat kajian terperinci terhadap pembelajaran koperatif dan pembelajaran

tradisional. Para pengkaji telah membuat kajian daripada pelbagai aspek iaitu sikap,

sumbangan kepada peningkatan prestasi murid, pemahaman konsep, cara

perlaksanaan, kepelbagaian kaedah dan strategi dan bagaimana penerimaan murid

terhadap kaedah ini. Kajian ini seterusnya akan mengkaji sejauh mana keberkesanan

kaedah yang digunakan dapat membantu murid menyelesaikan masalah dengan

menggunakan kaedah koperatif.

Adams (2002), telah mengkaji perkembangan selanjutnya mengenai sikap

dan pencapaian murid dengan menggunakan ukuran Thurstone-Chavedan Likert ke

atas 190 orang murid Pendidikan dan Psikologi, di Universiti Chicago, dan

hubungannya dengan pencapaian. Mata pelajaran yang digunakan untuk melihat

pencapaian itu ialah Sains, Matematik, Pendidikan, Bahasa Inggeris, Sejarah dan

Pendidikan Jasmani. Beliau turut membuktikan bahawa sikap murid berkenaan

ternyata mempunyai korelasi yang tinggi dengan pencapaian mereka. Murid ternyata

mempunyai pencapaian yang lemah jika mempunyai sikap yang negatif, manakala

murid yang mempunyai sikap positif mempunyai pencapaian yang baik. Kajian ini

membuktikan sikap merupakan faktor penting bukan sahaja untuk menilai

pencapaian tetapi juga menentukan pencapaian.

79