bab 5

26
BAB 5 PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 5.1 Apakah itu Peraturan ? Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu (utusan) 1995, peraturan adalah reglemen, susunan, juntrongan, mandu, tatacara, acara, kaedah, ketertiban, system, susunan, stelsel, modus, cara (ketentuan/perintah yang telah ditetapkan supaya diturut). Tindakan / perbuatan harus dijalankan. Peraturan yang diabaikan orang hendaklah dikeraskan kembali semak-semak disiangi , rimbun- rimbun ditutuhi. Pusat sumber sekolah mempunyai peraturan.Setiap pusat sumber sekolah seharusnya mempunyai peraturan yang tersendiri. Ianya dibuat berdasarkan polisi sesebuah sekolah. Terdapat beberapa jenis peraturan di pusat sumber sekolah iaitu :- A. Peraturan Am B. Peraturan Khusus C. Peraturan Bilik Tayangan / APD D. Peraturan Bilik Kerja E. Peraturan Bilik / Ruang Rujukan F. Peraturan Bilik / Ruang Karel

Upload: akmal-halim

Post on 05-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Fail Kuasa PSS

TRANSCRIPT

BAB 5

BAB 5

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH5.1 Apakah itu Peraturan ?

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu (utusan) 1995, peraturan adalah reglemen, susunan, juntrongan, mandu, tatacara, acara, kaedah, ketertiban, system, susunan, stelsel, modus, cara (ketentuan/perintah yang telah ditetapkan supaya diturut). Tindakan / perbuatan harus dijalankan. Peraturan yang diabaikan orang hendaklah dikeraskan kembali semak-semak disiangi , rimbun- rimbun ditutuhi.

Pusat sumber sekolah mempunyai peraturan.Setiap pusat sumber sekolah seharusnya mempunyai peraturan yang tersendiri. Ianya dibuat berdasarkan polisi sesebuah sekolah. Terdapat beberapa jenis peraturan di pusat sumber sekolah iaitu :-

A. Peraturan Am

B. Peraturan Khusus

C. Peraturan Bilik Tayangan / APD

D. Peraturan Bilik Kerja

E. Peraturan Bilik / Ruang Rujukan

F. Peraturan Bilik / Ruang Karel

G. Peraturan Penggunaan Radio /TV

H. Peraturan Pinjaman dan Pemulangan BBM

I. Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bukan Buku

J. Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Buku

K. Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Peralatan

L. Peraturan Pinjaman Alat Tulis5.2 PERATURAN AM

5.2.1 Pusat Sumber dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu (hari bekerja) Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:

ISNIN JUMAAT

8.00 Pagi 4.00 Petang

SABTU

8.00 Pagi 12.30 T/hari

A. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa urusan.

B. Pelajar tidak dibenarkan membawa beg sekolah, fail, buku persendirian, makanan dan minumam ke dalam PSS.

C. Pelajar dilarang bercakap atau membuat bising semasa berada di dalam PSS.

D. Pastikan semua pelajar memasukkan kerusi ke dalam meja sebelum meninggalkan PSS.

E. Hanya pelajar yang berpakaian uniform sekolah yang lengkap atau kemeja T sekolah dibenarkan memasuki PSS.

F. Pelajar dilarang mengubah kedudukan kerusi dan meja di dalam PSS.

G. Pelajar dilarang membawa keluar buku, akhbar, majalah tanpa kebenaran.

H. Guru yang mengiringi pelajar tidak dibenarkan meninggalkan pelajar tanpa pengawasan.

I. Guru penyelaras atau kerani PSS berhak mengarahkan pelajar balik ke kelas sekiranya guru tiada bersama pelajar.

5.3 PERATURAN KHUSUS5.3.1Peraturan perpustakaanA.Berpakaian uniform sekolah yang lengkap atau kemeja T sekolah.B.Pelajar perlu menulis nama, tingkatan, masa di dalam buku rekod penggunaan.C.Dilarang membawa masuk buku persendirian, beg, fail, makanan dan minuman, alatan seperti gunting dan pisau.D. Semua bahan bercetak seperti buku, akhbar dan majalah perlu dijaga dengan baik. Murid dilarang menconteng, mengoyak mana- mana bahagian di dalamnya.E. Buku- buku yang telah dibaca hendaklah diletakkan di atas troli yang disediakan. Troli A (buku BM) dan Troli B (buku BI/BT/BC).F. Majalah dan suratkhabar hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya setelah digunakan.G. Pelajar diminta menunjukkan semua bahan yang dibawa keluar kepada pengawas PSS atau kerani PSS untuk pemeriksaan.

H. Dilarang membuat bising atau berbual di dalam perpustakaan.

I. Guru yang mengiringi pelajar ke perpustakaan tidak dibenarkan meninggalkan mereka tanpa pengawasan.

J. Pelajar yang ingin meminjam buku-buku perlu mempunyai kad pinjaman yang lengkap berserta dengan gambar.K. Guru mesti merekodkan penggunaan ruang dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.

5.3.2 Peraturan Bilik Tayangan / Alat Pandang DengarA. Rekod semua penggunaan bilik tayangan dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.

B. Dilarang masuk tanpa kebenaran dan tanpa diiringi guru.

C. Dilarang makan, minum atau membuat bising.D. Dilarang menyentuh sebarang peralatan elektrik.

E. Sila pastikan semua suis ditutup sebelum meninggalkan bilik APD.

F. Jika terdapat sebarang kerosakan sila berhubung terus dengan kerani PSS atau guru bilik APD.

5.3.3 Peraturan Bilik Kerja

A. Dilarang masuk tanpa kebenaran kerani PSS atau Guru PSS.

B. Dilarang mengeluarkan buku-buku yang belum diproses dari bilik kerja.

C. Pastikan bilik kerja sentiasa bersih.

D. Alatan pejabat seperti pen, stapler, gunting dan sebagainya tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi.

E. Dilarang makan, minum di dalam bilik kerja.

F. Sila tanggalkan kasut semasa memasuki bilik kerja.

G. Pastikan semua suis dimatikan sebelum meninggalkan bilik kerja.

H. Bilik kerja mestilah dikunci.

5.3.4 Peraturan Bilik /Ruang Rujukan

B. Dilarang berkumpul dan membuat bising di ruang rujukan.

C. Dilarang mengubah susunan buku- buku rujukan.

D. Dilarang mengoyak dan menandakan sebarang muka surat pada buku rujukan.

E. Dilarang mengalihkan susun atur kerusi atau meja.

F. Laporkan sebarang kerosakan bahan rujukan kepada kerani PSS atau guru PSS.

5.3.5 Peraturan Bilik/Ruang Karel

A. Gunakan ruang karel mengikut jadual.

B. Dapatkan kebenaran kerani PSS atau guru PSS sebelum menggunakan ruang karel.

C. Catatkan penggunaan di dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.

D. Peralatan karel mestilah digunakan dengan cermat.

E. Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang bahan seperti kaset kecuali dengan kebenaran guru PSS.

F. Pastikan semua suis dimatikan sebelum meninggalkan bilik karel.

G. Dilarang makan, minum dan membuat bising.

H. Pastikan kebersihan bilik karel terkawal.5.4 Peraturan Penggunaan Alat / Ruang (Bilik)5.4.1 Peraturan Penggunaan Radio A. Ia digunakan dengan kebenaran kerani PSS atau guru PSS.

B. Pastikan radio berfungsi dengan baik.

C. Rekodkan penggunaan dan pemulangan di dalam buku yang disediakan.

D. Jika berlaku sebarang kerosakan laporkan kepada guru yang bertanggungjawab dengan segera.

5.4.2Peraturan Penggunaan Televisyen A.Ia digunakan dengan kebenaran kerani PSS atau guru PSS.

B. Pastikan Televisyen berfungsi dengan baik.

C. Rekodkan penggunaan dan pemulangan di dalam buku yang disediakan.D. Jika berlaku sebarang kerosakan laporkan kepada guru yang

bertanggungjawab dengan segera.

5.4.3 Peraturan Penggunaan OHPA. Hanya guru dibenarkan meminjam atau memulangkan bahan.

B. Rekodkan pinjam bahan di dalam buku yang disediakan.

C. Pastikan bahan berada dalam keadaan baik sebelum dipinjam.

D. Pastikan bahan yang dipinjam dijaga dengan baik.

E. Pulangkan bahan setelah digunakan dan rekodkan pemulangan.

5.4.4 Peraturan Bahan Bantu MengajarA. Hanya guru dibenarkan meminjam atau memulangkan bahan.

B. Rekodkan pinjam bahan di dalam buku yang disediakan.

C. Pastikan bahan berada dalam keadaan baik sebelum dipinjam.

D. Pastikan bahan yang dipinjam dijaga dengan baik.

E. Pulangkan bahan setelah digunakan dan rekodkan pemulangan.5.5 Peraturan Pinjaman Dan Pemulangan5.5.1 Pinjaman dan Pemulangan Buku (Pelajar)

A. Hanya pelajar yang mempunyai kad pinjaman yang lengkap dibenarkan membuat pinjaman.

B. Pelajar hanya dibenarkan memiliki 2 keping kad pinjaman dan dibenarkan 2 buah buku dalam satu masa.

C. Tarikh pemulangan buku mestilah dicatat oleh pengawas PSS pada buku dan kad pinjaman.

D. Kad pinjaman tidak boleh ditukar milik dan kad yang hilang boleh diperbaharui dengan membayar denda sebanyak RM 0.30.

E. Buku yang dipinjam mestilah dijaga dengan baik dan jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan denda atau ganti rugi perlu dibayar.F. Buku rujukan yang bertanda kuning hanya boleh digunakan di dalam perpustakaan sahaja. Buku yang bertanda merah boleh dipinjam selama 1 hari.

G. Tempoh pinjaman buku fiksyen ialah 6 hari.

H. Denda sebanyak RM 0.10 sehari lewat dikenakan.

I. Pelajar yang tidak memulangkan buku akan diberi amaran bertulis sebelum sebarang tindakan lanjut akan diambil.

J. Apabila membuat pinjaman pelajar hendaklah menyerahkan kad pinjaman kepada pengawas PSS yang bertugas.

5.5.2 Pinjaman dan Pemulangan Buku (Guru dan Kakitangan)

A. Setiap guru/kakitangan dibenarkan meminjam 2 buah buku dalam satu masa.B. Buku yang dipinjam perlu direkodkan dalam buku rekod pinjaman guru.

C. Buku yang dipinjam mestilah dijaga dengan baik.

D. Denda atau ganti rugi dikenakan jika buku didapati hilang atau rosak.

E. Tempoh pinjaman bagi buku fiksyen adalah selama 2 minggu dan buku rujukan selama 1 minggu.

F. Majalah dan akhbar tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan.

5.5.3 Pinjaman dan Pemulangan Bahan Bukan Buku

A. Semua guru atau kakitangan bukan akademik layak meminjam bahan bukan buku dari PSS.

B. Pinjaman dan pemulangan perlu direkodkan.

C. Denda atau ganti rugi akan dikenakan kepada sesiapa yang lewat memulangkan bahan.

D. Kerosakan dan kehilangan perlu dilaporkan dengan segera kepada guru yang bertanggungjawab.

5.5.4 Pinjaman dan Pemulangan PeralatanA. Rujuk senarai peralatan yang boleh dipinjam daripada PSS atau kerani PSS.

B. Pinjaman dan pemulangan perlu dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.

C. Peminjam bertanggungjawab ke atas peralatan yang dipinjam.

D. Denda atau ganti rugi akan dikenakan sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.

E. Pinjaman dan pemulangan perlu direkodkan.

5.5.5 Pinjaman Alat TulisA. Segala pinjaman alatan pejabat seperti pen, gunting, stapler dan sebagainya mestilah dengan kebenaran kerani PSS atau guru PSS dan direkodkan .

B. Alatan tidak boleh dipinjam untuk kegunaan peribadi.

C. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan denda atau ganti rugi akan dikenakan.

D. Alatan yang dipinjam mestilah diletakkan di tempat asalnya.5.5.6 Peraturan Bahan Bantu MengajarA. Hanya guru dibenarkan meminjam atau memulangkan

bahan.

B. Rekodkan pinjaman bahan di dalam buku yang disediakan.

C. Pastikan bahan berada dalam keadaan baik sebelum

dipinjam.

D. Pastikan bahan yang dipinjam dijaga dengan baik.

E. Pulangkan bahan setelah digunakan dan rekodkan pemulangan.

5.5.7 Peraturan Semasa Kecemasan Atau Kebakaran

A. Tindakan murid :

a. Pengawas PSS memberitahu guru dengan segera.

b. Pengawas PSS membuka semua pintu.

c. Tinggalkan buku atau sebarang alatan di atas meja

d. Segera keluar mengikut pintu yang berhampiran.

e. Elakkan daripada berebut- rebut semasa keluar.

f. Elakkan daripada membuat bising.

g. Berkumpul dan beratur di tempat yang telah ditetapkan.

B. Tindakan guru :

a. Pastikan murid meninggalkan bangunan dengan teratur dan selamat.

b. Tutup suis utama bangunan.

c. Gunakan pemadam api yang disediakan.

d. Pastikan bilangan murid seperti dalam jadual kedatangan pada hari berkenaan.

C. Tindakan guru bertugas harian :

a. Ambil langkah segera bagi memastikan murid bergerak dengan selamat.

b. Telefon bomba.

c. Laporkan kepada Pengetua / Guru Besar.