bab 5

25
Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. Mengetahui perkembangan parti politik di Malaysia. 2. Menghuraikan usaha yang diambil untuk mengukuhkan kesepaduan sosial melalui politik. 3. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi etnik di negara ini dalam konteks politik. BAB 5

Upload: izwan-afiz

Post on 01-Jul-2015

2.408 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 5

Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik

di Malaysia

Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:

1. Mengetahui perkembangan parti politik di Malaysia.

2. Menghuraikan usaha yang diambil untuk mengukuhkan kesepaduan sosial melalui politik.

3. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi etnik di negara ini dalam konteks politik.

BAB 5

Page 2: Bab 5

he Edisi 2 /2012 muafakat politik bab 5 2

POLITIK DI MALAYSIA

S1

3)Kesedaran Politik

-umno

-perikatan

--ncp

-bn

2) Implikasi

Penjajahan

British

-hakis kuasa

sultan

-ns/nnmb/nnmtb

-mu

1) Politik Tradisi- melaka

Page 3: Bab 5

he Edisi 2 /2012 muafakat politik bab 5 3

POLITIK DI MALAYSIA

S2

4)Pembangunan

Politik dan

Modenisasi

-negara bangsa

6) Demografi

Politik

-komposisi dan

taburan penduduk

5)Muafakat

Politik

-clc

-umno dibuka

8) Politik Sarawak-tiada majoriti etnik

supp/sca/panas/snap/pb/dap/pbds

7) Politik Sabah-usno/pbs

-unko+usno+sca-bn

Page 4: Bab 5

he Edisi 2 /2012 muafakat politik bab 5 4

POLITIK DI MALAYSIA

S310)Perubahan Trend

dan Corak

Pengundian

-gaya politik baru

-pemimpin berintegriti

9)Tsunami Politik

-pr2008

11) Kesimpulan

-konflik

-politik semakin matang

prinsip muafakat politik

Page 5: Bab 5

Pentadbiran feudalisme Kesultanan Melayu Melaka:

- sultan dibantu oleh 4 pembesar Melayu

- kerajaan Melayu Melaka memiliki undang-undang kanun Melaka

- sistem politik tidak membenarkan persaingan kuasa secara bebas

- sultan mempunyai kuasa mutlak dan kesetiaan rakyat dan kedaulatan raja

Kemasukan penjajah ke Tanah Melayu:

- pengenalan sistem residen melalui penjanjian Pangkor 1874 dan negeri-negeri Melayu dipaksa menerima residen

Pengenalan Sejarah Politik Malaysia

Page 6: Bab 5

Pengenalan Sejarah Politik Malaysia (samb)

Implikasi pelaksanaan sistem residen menghakiskan

kuasa institusi kesultanan Melayu

- kuasa memungut cukai terhakis

- bertanggungjawab terhadap soal kedudukan agama

Islam dan hal ehwal berkaitan dengan adat resam orang

Melayu sahaja.

British meneruskan usaha menguasai negeri-negeri

Melayu dengan memperkenalkan unit pentadbiran

NNMB DAN NNMBTB

Kemuncak penguasaan British dengan

memperkenalkan Malayan Union

Page 7: Bab 5

Penubuhan UMNO reaksi penentangan terhadap

Malayan Union sehingga diganti dengan Persekutuan

Tanah Melayu, 1948

1950, UMNO bergabung dengan MCA bagi

mewujudkan parti Perikatan walaupun

memperjuangkan kepentingan mengikut etnik.

Perkembangan seterusnya menyaksikan Malaysia pada

awal kemerdekaan mempunyai pelbagai parti politik

yang pada dasarnya mewakili pelbagai kaum.

Akhirnya, asas kerjasama parti pemimpin politik

pelbagai kaum adalah menjurus kepada permuafakatan

Pengenalan Sejarah Politik Malaysia (Samb)

Page 8: Bab 5

Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat

bekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara dan

membawa pembangunan.

Kini, di peringkat kerajaan persekutuan, BN kini

dianggotai oleh 14 buah parti (UMNO, MCA, MIC,

GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS,

UPKO, SPDP dan PRS) dan Pakatan Rakyat

dianggotai 8 buah parti (PKR, DAP, PAS, SNAP,

PRM, PSM, MDP dan SAPP)

Pengenalan Sejarah Politik Malaysia (Samb)

Page 9: Bab 5

Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama

pembangunan politik

Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui

pelbagai pendekatan

- penerapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan

pemupukan semangat nasionalisme

Usaha mewujudkan negara bangsa bukan suatu yang

mudah kerana terdapat pelbagai faktor perlu diambil

kira

Pembangunan Politik

Page 10: Bab 5

Semasa pelaksanaan Malayan Union pada tahun 1946,

secara tersirat memperlihatkan pihak British ingin

memperkenalkan corak pemerintahan unitary yang

berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak British dan

rakyat pula ditadbir sebagai satu bangsa.

Sejak menjelang kemerdekaan lagi, Parti Perikatan

mengamalkan konsep perkongsian kuasa atau pakatan

politik.

Pada tahun 1960-an, satu lagi parti berbilang etnik yang

wujud ialah National Convention Party (NCP)

pimpinan Abdul Aziz Ishak.

Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik

Page 11: Bab 5

Pada tahun 1972, Perikatan telah bertambah besar

dengan penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan

Gerakan dari Semenanjung dan parti politik lain dari

Sabah dan Sarawak.

- Pengabungan ini bagi kestabilan politik bagi mengelak

tragedi 13 mei berulang kembali.

- Pada Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani

sebagai tanda persetujuan antara pemimpin Persekutuan

Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik (Samb)

Page 12: Bab 5

Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam politik dan pilihan raya.

- Peranan dan kedudukan etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu atau Bumiputera mempunyai 125 kerusi, iaitu etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara keseluruhan, kerusi Melayu atau bumiputera dalam politik negara adalah 156 atau bersamaan 71.2 peratus kerusi. (Analisa Pilihan raya 1995, 1999 dan 2004)

Demografi dan Politik

Page 13: Bab 5

Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan

konsep dan amalan pakatan dan kerjasama politik

antara pelbagai etnik.

Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin

yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama menentukan

dasar dan hala tuju dan masa depan negara.

Demografi dan Politik (Samb)

Page 14: Bab 5

Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik

yang mewakili etnik masing-masing, terutamanya

menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia.

Politik Sabah dan Sarawak lebih kompleks daripada di

Semenanjung.

Gabungan sedemikian penting untuk menjamin

kestabilan dan memastikan suara semua etnik diwakili.

Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak

Page 15: Bab 5

Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi saiz penduduk.

Perkembangan politik di Sabah dan Sarawak memperlihatkan pola yang hampir sama.

Dengan mengambil ilham daripada model kerjasama UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO dan SCA di Sabah bergabung untuk menubuhkan parti Perikatan.

Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan Sabah terdiri daripada USNO dan SCA setelah UPKO dibubarkan dan majoriti ahlinya menyertai USNO.

Pakatan Politik di Sabah

Page 16: Bab 5

Parti Berjaya yang memerintah Sabah dari tahun 1976 sehingga tahun 1985 merupakan sebuah parti berbilang etnik dianggotai oleh bumiputera Islam dan bukan Islam yang ditubuhkan pada Julai 1975 meskipun pucuk pimpinannya dimonopoli oleh bumiputera Islam.

Ketika Sabah berada dalam genggaman PBS, krisis dan ketegangan berlaku antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

PBS yang merupakan sebuah parti pelbagai etnik dimonopoli bumiputera bukan Islam dari segi kepemimpinan.

Pakatan Politik di Sabah (Samb)

Page 17: Bab 5

Kejatuhan PBS membawa perubahan besar seperti

berikut dalam politik di Sabah:

1. UMNO berjanji sekiranya parti tersebut berjaya

merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri

akan mengikut giliran

2. UMNO berjaya menyatukan pelbagai etnik

3. Lahirkan beberapa buah parti baharu

Pakatan Politik di Sabah (samb)

Page 18: Bab 5

Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti, malah lebih kompleks daripada di Semenanjung dengan jumlah sekitar 30 suku kaumnya.

Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk turut menubuhkan parti masing-masing yang dapat memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan aspirasi bumiputera.

Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan penubuhan beberapa parti etnik

Bagi etnik Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan.

Pakatan Politik di Sarawak

Page 19: Bab 5

Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah diundang menyertai kerajaan campuran BN selepas pilihan raya umum pada tahun 1969 hingga tahun 1971.

Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu Melayu dan Melanau tidak berjaya menggugat kedudukan politik Melayu dan Melanau.

Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP dan Pesaka sebelum penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit menyertai semua parti politik, sama ada BN atau parti pembangkang.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SNAP mengalami masalah dalaman

Pakatan Politik di Sarawak

Page 20: Bab 5

Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 disertai lebih daripada 20 parti politik yang menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya menguasai 140 atau memperoleh 63 peratus kerusi termasuk lapan kerusi dimenangi tanpa dicabar, manakala pembangkang memenangi 82 kerusi bersamaan 37 peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24 daripada 25 kerusi manakala di Sarawak 27 daripada 28 kerusi.

Tsunami Politik: Politik PerkaumanSemakin Mengendur

Page 21: Bab 5

Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend dan

corak pengundian yang berbeza daripada pilihan raya

sebelumnya, iaitu BN menguasai majoriti kerusi tanpa

banyak cabaran, kecuali bagi pilihan raya 1969.

Terdapat pemimpin dan parti politik yang

memanipulasi isu perkauman untuk meraih undi kerana

strategi sedemikian mudah memancing emosi pengundi

kaum terbabit, apatah lagi jika yang disentuh itu

membabitkan hak dan kepentingan kaum berkenaan

seperti agama, bahasa, ekonomi dan pendidikan.

Perubahan Trend dan Corak Pengundian

Page 22: Bab 5

Pengundi lebih berminat dengan isu yang lebih besar

dan utama membabitkan tadbir urus yang

baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan

bersuara, keadilan dan seumpamanya.

Perubahan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan

perubahan dari segi kematangan demokrasi dan

berpolitik dalam kalangan rakyat.

Perubahan Trend dan Corak Pengundian (Samb)

Page 23: Bab 5

Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada jangkaan ramai, rakyat lebih memihak kepada pembangkang dan menolak BN yang disifatkan sebagai tsunami politik.

Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum.

Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan bercampur, yang satusatu etnik bukan majoriti menyaksikan calon BN mengalami kekalahan sedangkan sebelumnya kawasan sedemikian merupakan kubu kuat BN.

Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin

Page 24: Bab 5

Bagi kawasan yang didominasi kaum Cina pula,

sokongan terhadap BN adalah rendah.

Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan

masyarakat pelbagai kaum.

Semakin ramai orang Cina dan India di sesuatu

kawasan, semakin rendah pula sokongan mereka

terhadap BN.

Sokongan orang Melayu terhadap PKR kian meningkat

di kawasan yang mempunyai ramai pengundi Melayu.

Kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga dan

kejayaan Sarawak dan Sabah menjadi kubu kuat

Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin (Samb)

Page 25: Bab 5

Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai kaum bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi politik.

Parti politik yang mewakili pelbagai kaum membentuk kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang.

Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta akomodasi antara kaum dan pelbagai parti politik merupakan tonggak keutuhan dan survival negara ini.

Kesimpulan