bab 4 konsep asas falsafah pendidikan

9
Ipg kti

Upload: vince-here

Post on 23-Jun-2015

2.870 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan

Ipg kti

Page 2: Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Page 3: Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan

Falsafah berasal dari perkataan Yunani, philosophia

Philo bermaksud ‘cinta’ dan sophia bermaksud ‘pengetahuan’.

Boleh ditakrifkan sebagai ‘ cinta kepada pengetahuan atau hikmah’.

Orang yang cinta kepada pengetahuan dikenali sebagai ahli falsafah.

Page 4: Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan

Mereka menjadikan pengetahuan sebagai *tujuan hidup, *berikhtiar mencari hakikat (realiti)tentang sesuatu, *mencari sebab-akibat * mentafsir pengalaman manusia untuk memahami kebenaran mengenai diri dan dunia mereka.

Kesimpulannya, mereka sanggup mengabdikan diri kepada pengetahuan.

Page 5: Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan

Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli falsafah adalah berbeza-beza.

Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka berpaksikan kepada elemen-elemen seperti manusia, Tuhan dan alam.

Page 6: Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan

Falsafah membawa maksud “ berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat”.

Berfikir secara sistematik – “ berfikir secara logik dan berurutan”.

Berfikir secara radikal – berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.

Berfikir secara sejagat – tidak terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.

Page 7: Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan

Rusel ( 1946 ) berpendapat falsafah terletak di antara teologi ( ilmu ketuhanan, agama dan sains > sains fizikal dan kemanusiaan ).

Teologi- falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara yang belum nyata

Sains – falsafah mengunakan taakulan untuk membuktikan kebenaran yang terkandung.

TEOLOGI SAINS

Page 8: Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan

Schofield ( 1972 ) berpendapat falsafah adalah satu proses menyoal seperti dalam Jadual 1.

Falsafah boleh dianggap sebagai satu sistem idea yang komprehensif mengenai fitrah manusia dan makna realiti di mana kita berada.

Satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan dalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia, kebaikan, kecantikan dan sebagainya.

Falsafah- Proses Menyoal

Page 9: Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan

Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya.

Menurut kamus, metafizik merujuk kepada “…yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”.

Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampaui penyiasatan saintifik.

Metafizik bersifat spekulatif (andaian) dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.