tajuk 1 falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

25
BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar 1.0. Pengenalan Pendidikan Luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkat dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Memupuk, menyedarkan dan menghargai tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar juga merangsang peserta kursus menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan kegiatan fizikal seperti berkayak, pengendalian dinghi, tali temali, bantu mula, keyakinan di air, survival, snorkeling, pengurusan perkhemahan, wall climbing, orienteering dan sebagainya Dengan kata lain pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang dan aktivitinya dilakukan sebahagian besar di luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan pendidikan luar dilihat akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta dapat meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan produk yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerja sama secara berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan. Objektif Di akhir penggunaan modul ini peserta kursus akan dapat: 1. Menyatakan dan menghuraikan falsafah, konsep, definasi,matalamat dan tujuan pendidikan luar

Upload: aini-limat

Post on 25-Jan-2015

6.655 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

1.0. Pengenalan

Pendidikan Luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkat dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Memupuk, menyedarkan dan menghargai tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar juga merangsang peserta kursus menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan kegiatan fizikal seperti berkayak, pengendalian dinghi, tali temali, bantu mula, keyakinan di air, survival, snorkeling, pengurusan perkhemahan, wall climbing, orienteering dan sebagainya

Dengan kata lain pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang dan aktivitinya dilakukan sebahagian besar di luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan pendidikan luar dilihat akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta dapat meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan produk yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerja sama secara berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan.

Objektif

Di akhir penggunaan modul ini peserta kursus akan dapat:

1. Menyatakan dan menghuraikan falsafah, konsep, definasi,matalamat dan tujuan pendidikan luar

2. Menghuraikan dan perkembangan Sejarah Pendidikan Luar dari zaman purba hingga era Moden.

3. Menyatakan jenis-jenis aktiviti pendidikan luar

Page 2: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

PETA MINDA

1.1. Falsafah dan Konsep Pendidikan Luar

Dewasa ini program–program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di peringkat sekolah malahan kepada keseluruhan masyarakat. Badan-badan kerajaan, kelab–kelab serta persatuan semakin aktif menganjurkan program pendidikan luar (PPL). Belanjawan yang besar di peruntukan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk kelab dab badan di bawah naunganya untuk melaksanakan aktiviti–aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya, bagi membentuk jati diri di kalangan ahlinya.

Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan

”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan

Luar

Falsafah dan Konsep Pendidikan

Luar

Sejarah pendidikan luar

Aktviti-aktiviti pendidikan luar

Page 3: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Pendidikan luar dilihat sebagai alat yang penting dalam melaksanakan hasrat serta tujuan murni falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam aktiviti pendidikan luar selain dari memberi cabaran fizikal dan mental aktiviti pendidikan luar mempunyai pendidikan yang tersirat. Dalam erti kata lain pendidikan luar merupakan satu kaedah menyalurkan pendidikan secara langsung dan tidak langsung.

Semasa aktiviti kembara peserta terpaksa merentasi bukit bukau, danau dan sungai. Keadaan ini akan melatih perserta supaya percaya kepada diri sendiri berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan –latihan ini akan membentuk mereka untuk menjadi kuat dari segi emosi, jasmani dan fizikal. Selain daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terdapat dalam program pendidikan luar, peserta kursus juga berpeluang untuk mengenali serta mengamati jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat dialam semula jadi.

Melalui aktiviti membaca peta dan kompas peserta dapat menanalisis dan mengkaji secara langsung corak struktur muka bumi sesuatu kawasan. Bagi jurulatih yang mempunyai pengetahuan dalam bidang geologi unsur-unsur batuan seperti jenis batuan setempat, mineral yang terdapat di sesuatu kawasan akan dapat diterangkan kepada peserta pendidikan luar. Dalam aktiviti kembara aplikasi pendidikan matematik seperti mengira menggunakan kos, sin, tangen boleh digunakan dalam aktiviti mengukur atau menagak ketinggian. Banyak lagi displin ilmu yang boleh di aplikasikan dalam satu program pendidikan luar.

Kembara juga boleh membentuk pemikiran pelajar secara kreatif dan kritis. Apabila peserta dapat berinteraksi dengan alam semulajadi pemikiran mereka akan terangsang untuk menjadi lebih kreatif. Sepanjang pengembaraan pelajar boleh di minta untuk membuat penulisan kreatif dalam membuat catatan perjalanan, sajak ataupun pantun. Pelajar yang berfikiran kritis pula akan sentiasa akan merasa tercabar dengan penemuan-penemuan baru yang dilihat dan di perhatikan di sepanjang aktiviti. Penganjur juga boleh menyediakan masalah yang akhirnya membolehkan peserta kursus mengamalkan kemahiran berfikir.

Aktiviti kembara juga dapat menyemaikan nilai murni disepanjang perjalanan aktivitinya. Antara nilai murni yang boleh diserapkan ialah:

Page 4: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Berkerjasama antara ahli kumpulan

Bersyukur dengan kebesaran ilahi

Memelihara alam sekitar

Berdispilin

Berdikari

Bekerjasama

Menepati masa

Sabar

Cintakan Negara

Bersikap positif

Atas semua alasan ini, pendidikan luar dilihat merupakan salah satu jalan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara yang bersesuaian dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan.

1.1.1. Falsafah pendidikan luar

Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik:

Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas

Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti

Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan

Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada kupayaan memberi penerangan

Page 5: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat

Dalam modul ini kita akan membincangkan falsafah yang dikemukakan oleh tiga ahli akedemik iaitu:

John Amos Comenius (1592-1670) ringkasan falsafah beliau

Falsafah beliau lebih ke arah prinsip sensory learning

Pelajar perlu diberi pengalaman sebenar untuk belajar dengan lebih bermakna

Pelajar perlu menggunakan pancarindera untuk berinteraksi dengan alam sekitar bagi membentuk pembelajaran yang sempurna

Dalam membentuk kesediaan belajar yang baik pelajar perlu berinteraksi dengan objek terlebih dahulu.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778) menyatakan

“Our first teachers are our feet, our hands and our eyes.  To substitute books for all these...is but to teach us to use the reasons of others.”

Huraian falsafah Rousseau

Pendidikan luar merupakan pendidikan yang penting dan perlu selari dengan konsep pendidikan

Pendidikan luar merupakan alat yang penting untuk mencapai kehendak pendidikan

Pendidik yang baik, perlu lebih berdasarkan pengalaman secara langsung

Johann Henrick Pestalozzi (1746-1827) menyatakan

“Lead your child out into nature, teach him on the hilltops and in the valleys.  There he will listen better, and the sense of freedom will given

Page 6: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

him more strength to overcome difficulties.  But in these hours of freedom let him be taught by nature rather than by you.  Let him fully realize that she is the real teacher and that you, with your art, do nothing more than walk quietly at her side”

Huraian falsafah Pestalozzi (ptg)

Pendidikan perlu memberikan pengalaman secara langsung dan interaksi dengan bahan sebenar

Terdapat displin pendidikan yang memerlukan pratikal berbanding pembelajaran di dalam kelas contohnya latih mengajar, menanam pokok dan lain-lain lagi

Pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar merupakan komponen penting dalam membuat kesimpulan dan genderalisasi.

Falsafah pendidikan luar adalah aktiviti pendidikan yang digunakan untuk belajar berdasarkan kepada pengalaman dan sekitaran sebenar. Pendidikan luar dapat merangsang kognitif, psikomotor dan afektif pelajar.

1.1.2. Konsep Pendidikan luar

Modul konsep pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990) menyatakan pendidikan luar adalah pembelajaran berlaku di luar bilik darjah keadaan ini berlainan daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar sebagai laluan atau tujuan mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti antara aspek perlu difikirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar ialah:

Aspek Kognitif

Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognatif melibatkan perangsang pemikiran yang terdiri daripada element penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi

Page 7: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yng baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan kata lain pendidikan luar bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.

Aspek kemahiran psikomotor

Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakkan yang mampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan.

Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokus dalam pendidikan luar ialah:

Imej tubuh

Kawalan objek

Orientasi spatial (ruang)

Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor

Perkembangan kemahiran

Kecergasan  

Aspek afektif

Matlamat utama yang diingini, dalam hampir kesemua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, asperasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.

Page 8: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Pendidikan luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting di dalam perkembangan individu melalui penglibatan di dalam pendidikan luar. Aktiviti pendidikan luar akan membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman serta berperanan secara luaran dan dalaman diri.

Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu di dalam pembangunan sosial. Pendidikan luar akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.

Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan daripada berlaku perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka.

Aspek Sosial

Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan/tingkah laku sosial,iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu: Berhubung, Berkomunikasi, Melibatkan Diri, Berunding, Bekerjasama, Menghakim, Memulakan dan Menukar.

Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan luar

KOGNITIF PSIKOMOTOR AFEKTIF SOSIAL

Page 9: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Rajah 1.1. Konsep pendidikan luar MCRAE (1990)

Dalam proses pembelajaran melalui pendidikan luar, manusia mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat kebaikan daripada aspek pembelajaran dan pengalaman. Pendidikan luar perlu berpaksikan ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat), kemanusiaan (kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai murni dan sahsiah) dan kenegaraan (mengenali negara, semangat cintakan negara).

Dalam pendidikan luar pembentukan individu merupakan perkara penting dan tidak boleh ditinggalkan. Adalah diharapkan individu yang terbentuk dari pendidikan luar akan lebih mantap dari aspek mental, fizikal, emosi, kemahiran dan sosial. Pembentukan individu yang mantap adalah merupakan asas kepada pembentukan masyarakat dan negara.

Antara aspek yang perlu diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar bagi membina konsep keseluruhan pendidikan luar ialah:

Kekuatan, ketahanan, ketekalan mental, fizikal dan emosi

Membentuk kemahiran dalam bidang pendidikan luar

Penyampaian ilmu yang tersirat dan tersurat

Penyerapan nilai dan sahsiah

1.1.3. Definisi pendidikan luar

Secara keseluruhan dalam mendefinisi pendidikan luar terdapat dua pendapat yang berlainan. Kedua golongan tersebut ialah:

Berdasarkan aktiviti

Berdasarkan psikologi

Pendidikan melalui alam sekitar Pendidikan untuk alam sekitar

Page 10: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Berdasarkan aktiviti

Menurut Neill 2003, pendidikan luar berlaku apabila segolongan peserta menyertai aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang sebenar. Mereka menggunakan sekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut Kethies 1990, pendidikan luar adalah keadaan di mana golongan peserta keluar ke alam semulajadi serta menyelesaikan masalah di sekitaran. Priest 1990 mengambarkan pendidikan luar merupakan proses ujikaji dengan menggunakan pancaindera sebagai alatan dan alam semulajadi sebagai makmal. Simon Priest, 1986, Menyatakan pendidikan luar adalah pendidikan yang berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam semulajadi. Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar dengan manusia tetapi antara manusia dengan manusia.

Golongan ini mendefinisi pendidikan luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa melihat pendidikan luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang tersirat. Dengan lain perkataan golongan ini melihat pendidikan luar sebagai aktiviti yang tertumpu kepada psikomotor (elemen tersurat) tanpa menyatakan aspek lain seperti aspek sosial, kognatif dan afektif (elemen tersirat)

Berdasarkan psikologi

Menurut the outdoor institute pendidikan luar didefinisikan sebagai pendidikan yang bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas dan membangun insan secara keseluruhan. Menurut C. A. Lewis, 1975, dalam pendidikan luar pelajar akan menggunakan keseluruhan pancaindera untuk memerhati dan membuat persepsi. Sementara Phyllis Ford, 1981 mendefinisikan pendidikan luar adalah pendidikan yang mempunyai tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang digabungkan untuk membentuk pendidikan insan yang seimbang.

D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, menyatakan pendidikan luar adalah gabungan berbagai displin dalam pendidikan untuk mencapai matlamat dan objektif dalam kurikulum. Menurut Maznah Hassan, Program Pendidikan Luar (PPL) adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas serta memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut Edward Lappin, 2000

“Outdoor education is...a means of curriculum enrichment, whereby the process of learning takes place out of doors. Outdoor education broadly includes environmental education, conservation education, adventure education, school camping, wilderness therapy, and some aspects of outdoor recreation”

Page 11: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Rumusan Definisi Pendidikan Luar

Pendidikan luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan pendidikan (Psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen utama. Untuk mencapai objektif yang tersurat dan tersirat pengajaran dan pembelajaran pendidikan luar menggunakan sumber luar bilik darjah.

Alam semulajadi bertindak sebagai alat untuk memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu. Pendidikan luar bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologikal serta penghargaan dan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.

Pendidikan luar juga bertujuan membentuk insan yang mempunyai nilai dan sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Pendidikan luar juga akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang yang bijak melalui penglibatan dalam kegiatan rekreasi.

1.1.4. Matlamat dan objektif

Program pendidikan luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai matlamat yang jelas. Contoh matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang mengambil matapelajaran pendidikan jasmani ialah:

1. Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti - aktiviti pendidikan luar

2. Pelajar dapat menguasai kemahiran–kemahiran asas kegiatan luar mengikut kemampuan diri

3. Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semulajadi termasuk isu alam sekitar

4. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman–pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza–beza

5. Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa

Page 12: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

6. Pelajar dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan, kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat petriotisme

7. Pelajar dapat mengembangkan sifat–sifat kreatif dan inovatif serta membuat keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (1993 )

Matlamat dan objektif program Bina Insan Guru yang dianjur oleh Bahagian Pendidikan Guru

1. Pelajar dapat menghayati ciri insan berakhlak mulia.

2. Pelajar dapat mengamalkan semangat berpasukan dan hidup sepakat.

3. Pelajar dapat membina ketahanan fizikal dan mental.

4. Penguasaan kemahiran interpersonal dan intrapersonal

5. Penguasaan kemahiran pengurusan diri dan kumpulan

6. Menjadi pengamal refleksi ke arah pembangunan potensi insan guru mulia.

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000)

Matlamat pendidikan luar secara am boleh dibahagikan kepada tiga komponen besar iaitu:

ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat)

Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta Meningkatkan kepercayaan kepada agama

Menyakinkan kebesaran pencipta

Mensyukuri kurniaan pencipta kepada kita

kemanusiaan (pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan sahsiah)

Page 13: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan alam sekitar sebagai perantara

Memberi kesedaran terhadap keperluan memilihara alam sekitar

Meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar

Menyerapkan nilai dan sahsiah kepada pelajar

Meningkatkan disiplin di kalangan pelajar

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aktiviti luar

Memberi ruang kepada pelajar belajar berinteraksi, bekerjasama dan mengeratkan perhubungan sesama mereka atau orang yang lebih dewasa

Menggalakkan pelajar menjalankan aktiviti riadah yang lebih berfaedah

Memberi ruang kepada pelajar muhasabah diri

Memberi peserta rasa keseronokan menyertai aktiviti pendidikan luar

Memberi pendidikan kepada pelajar untuk merancang, mengelola program pendidikan luar

kenegaraan ( semangat cintakan Negara)

Menanamkan sikap cinta dan sayangkan Negara

Membina kefahaman terhadap masyarakat majmuk

Meransang untuk mengurangkan polarisasi kaum

1.1.5. Tujuan Pendidikan Luar

Page 14: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Tujuan pendidikan luar bergantung kepada kehendak penganjur. Tujuan pendidikan luar perlu menjawab persoalan: Apakah kehendak dan keperluan pendidikan luar di anjurkan?. Terdapat berapa kategori kenapa pendidikan luar di adakan antara kategorinya ialah

Pendidikan luar bertujuan membina ketahanan fizikal. Pendidikan luar ini di laksanakan bagi melihat keupayaan fizikal pesertanya. Dengan menyertai aktiviti ini peserta akan dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti fizikal. Program pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh badan-badan atau persatuan-persatuan outdoors sama ada di peringkat daerah atau negeri.

Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu pengetahuan dan membentuk displin dalam badan beruniform. Dalam pendidikan bercorak ini peserta kursus akan didedahkan dengan ilmu perkhemahan, disiplin dan cara menghormati uniform. Pendidikan luar ini dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap, putri islam, persatuan bulan sabit merah

Pendidikan luar bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisonal di kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak menjadi bosan dan berkebolehan berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar akan dapat berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar. Contohnya pendidikan luar bagi sujek geografi. Pendidikan luar ini lebih menumpu kepada aktiviti akademik

Pendidikan luar juga digunakan sebagai medium yang penting untuk membentuk perpaduan di kalangan pesertanya. Pendidikan luar yang bermatlamat untuk membentuk perpaduan di kalangan ahlinya tanpa mengira kaum lebih memberi tumpuan kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan luar ini selalu dianjurkan oleh badan-badan belia dan perpaduan

Pendidikan luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar. Dalam setiap aktiviti pendidikan luar pelajar akan dipimpin atau terpimpin. Oleh sebab itu aktiviti pendidikan luar akan dapat memupuk dan merangsang sifat kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti pendidikan luar adalah tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinanan mereka.

Pendidikan luar juga boleh meneguhkan lagi kepercayaan tentang wujudnya pencipta alam. Melalui permerhatian tentang keindahan serta sifat alam semula jadi ini akan meneguhkan lagi kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap pencipta. Pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan-persatuan agama.

Dewasa ini pendidikan luar juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi. Peserta yang menyertai pendidikan luar dapat mengurangkan rasa tertekan dengan menyertai aktiviti fizikal yang mencabar. Bagi pelajar pula aktiviti

Page 15: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

pendidikan luar ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada suasana lapang dan bebas.

Pendidikan luar juga dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik di kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti pendidikan luar, pelajar akan ditanam dengan sifat-sifat serta nilai-nilai terpuji. Oleh itu pendidikan luar boleh bertujuan untuk menanam sifat-sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.

Latihan1.1

Huraikan Konsep Pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990)

1.2. Sejarah pendidikan luar

Dalam melihat sejarah pendidikan luar pengkji perlu melihat dua iaitu pendidikan luar di zaman purba dan zaman moden.

1.2.1. Pendidikan Luar Di Zaman Purba

Tidak dapat dipastikan bilakah pendidikan luar bermula. Namun menurut Shivers (1989) Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi, yang banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula untuk mendapat makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia.

Manusia dizaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan. Mereka juga tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba perlu dilatih untuk membina kehidupan mengikut zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak dilihat merupakan permulaan pendidikan luar.

1.2.2. Pendidikan Luar Era Moden

Pada tahun 1907 Lord Baden Powell yang merupakan pengasas pegerakan pengangkap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu beliau telah mengajurkan banyak program pendidikan luar. Di peringkat awal program pendidikan luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan displin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga program pendidikan luar di anjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan pandu puteri.

Page 16: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Bermula daripada 1980an terdapat perubahan dalam aktiviti pendidikan luar. Displin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah di lusakan kepada elemen kognatif dan afektif. Unsur-unsur nilai-nilai murni serta pembangunan sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas kedalam aktiviti pendidikan luar. Pengajur pendidikan luar bukan lagi terdiri daripada persatuan berunifom malah persatuan-persatuan akedemik seperti persatuan matematik, persatuan sains, persatuan agama islam dan lain-lain lagi.

Bermula tahun 1990an program pendidikan luar mula di komesialkan secara meluas. Kewujudkan konsep adventure travel dan eco pelancungan telah merancakkan lagi industri pendidikan luar. Dalam bidang pendidikan program pendidikan luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta. Atas kepercayaan alam sekitar yang segar boleh membantu menyembuhkan penyakit dewasa ini pendidikan luar digunakan dalam industri kesihatan.

Di Institut perguruan pada tahun 1993 semua Guru Pelatih Kursus Perguruan Asas ( KPA ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI ) diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar (PPL). Setiap maktab perguruan perlu mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan. Program Pendidikan Luar.Program tersebut telah dihentikan pada tahun 1996. Guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar.Bagi pelatih (KDPM) Kursus Diploma Perguruan Malaysia dan KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) major atau minor Pendidikan Jasmani (PJ), Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Semua guru pelatih Major dan minor PJ dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar. Program tersebut mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani guru pelatih KDPM-PJ.

Namun pada tahun 2001 program bina insan guru telah mula di perkenalkan di Intitusi perguruan. Program ini merupakn program yang wajib disertai oleh Guru Pelatih Kursus Diploma Perguruan ( KDPM ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI )

Latihan 1.2

Cirikan sejarah pendidikan luar di era moden?

1.3. Aktviti-aktiviti pendidikan luar

Page 17: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Aspek utama yang perlu di perhatikan dengan serius dalam aktivit pendidikan luar adalah aspek keselamatan. Aktiviti pendidikan luar perlu di rancang dan dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, persekitaran serta kemampuan dari aspek kemudahan, peralatan dan kepakaran. Secara keseluruhan aktivit pendidikan luar perlu dirancang dan di laksanakan berdasarkan objektif, tujuan dan konsep pendidikan luar.

Secara amnya terdapat dua aktivit pendidikan luar yang dilakukan merangkumi aktiviti air dan aktiviti di darat

Aktiviti Air

Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan aktiviti air yang di lakukan sama ada di sungai, tasik dan laut seperti:

Berkayak

Snorkeling Berakit

Keselamatan air

Aktiviti Darat

Dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung dan di atas gunung. Antara aktivit air ialah:

Perkemahan

kajian alam sekitar

abseiling

treking dan

Perkhemahan solo

Membina istana pasir

Aktivit berjalan berhalangan

Page 18: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

orientering.

Latihan 1.3.

Senaraikan aktiviti air dan aktiviti di darat yang dilaksanakan dalam pendidikan luar?

Ujian 1

1. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik ialah?

2. Huraikan definisi pendidikan luar berdasarkan psikologi

3. Matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang mengambil matapelajaran pendidikan jasmani ialah….

4. Terdapat berapa kategori kenapa pendidikan luar di adakan, Nyatakan dan huraikan kategorinya

Ujian 2

1. Secara keseluruhan dalam mendefinasi pendidikan luar terdapat dua pendapat yang berlainan. Nyatakan kedua golongan tersebut?

2. Berikan rumusan definasi pendidikan luar mengikut modul ini?

3. Secara am Matlamat pendidikan luar boleh dibahagikan kepada tiga komopnen besar, huraikan?

Glosari

Aktiviti kognatif: Merupakan aktiviti merangsang pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

Page 19: Tajuk 1  falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Aspek afektif : Berkaitan dengan perasaan dan emosi pada diri individu aktiviti ini bukan berkaitan dengan fikiran dan daya berfikir.

Bibiliografi

Abdul Alim Abdul Rahim, 1992, Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering, Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Modul Bina Insan Guru, 2000, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia,

Modul Pendidikan Luar (1993 ), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia,

Phyllis Ford, 1981, Principles and Practices of Outdoor / Environmental Education.  New York: Wiley

C. A. Lewis, 1975, The Administration of Outdoor Education Programs.  Dubuque, IA: Kendall-Hunt

D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, 1985, Teaching in the Outdoors, Danville, IL: Interstate)

Simon Priest, 1986, Redefining Outdoor Education, Journal of Environmental Education, 17(3), 13)

Maznah Hassan,Persepsi Guru Pelatih KDPM Terhadap Perlaksanaan ProgramPendidikan Luar