bab 4 fasakh

Upload: ameq

Post on 29-May-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 BAB 4 FASAKH

    1/8

    BAB 4

    PENUTUP

    4.1 KESIMPULAN

    Islam memperuntukkan jalan bagaimana sesebuah perkahwinan itu perlu ditadbir agar

    keharmonian hidup berkeluarga dapat dipelihara. Namun begitu, apabila rumah tangga

    sudah tidak aman lagi, bahkan gagal menepati objektif dan fungsi perkahwinan, maka

    Islam membenarkan agar ikatan tersebut ditamatkan. Pada dasarnya perpisahan dan

    penceraian bukanlah pilihan yang disukai dalam Islam tetapi demi kebaikan semua

    pihak, ada ketikanya ia diharuskan. Menepati dengan sabda Nabi Muhammad dalam

    hadisnya iaitu:

    Rasulullah SAW bersabda:

    :88

    Maksudnya:Daripada Ibn Umar bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:Sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah adalah al-talak.

    (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

    88Sunan Abi Daud. Bab al-Karahiyat al-Talaq. Al-Juzu6. No. Hadis 1863. Hlm. 91.

  • 8/9/2019 BAB 4 FASAKH

    2/8

    73

    Penceraian secara talak adalah jalan terbaik yang dianjurkan iaitu suami dan isteri

    berpisah secara makruf dan suami melafazkan talak secara baik. Namun begitu, dalam

    beberapa keadaan terutama apabila talak secara baik tidak dapat diperolehi, Islam

    memberikan beberapa jalan untuk mencari keadilan dan keluar daripada ikatan

    perkahwinan dengan menggunakan kuasa mahkamah. Ini boleh berlaku dalam banyak

    keadaan contohnya apabila suami enggan menceraikan isteri atau suami menghilangkan

    diri ataupun apa-apa sebab lain yang wajar pada pandangan Syarak. Keharusan ini

    sebenarnya bertujuan untuk menjaga kebajikan semua pihak khususnya kaum wanita

    daripada dizalimi dan berada dalam penderitaan hasil daripada hubungan perkahwinanyang tidak bahagia. Perkara yang diputuskan oleh mahkamah ialah dengan pembubaran

    perkahwinan secara fasakh.

    Fasakh mempunyai pelbagai takrifan dan konsep yang digunakan dalam

    mensabitkannya dengan hukum syarak. Telah diterangkan fasakh dari sudut bahasa dan

    istilahnya dan konsep penggunaan konsep fasakh dalam pembubaran perkahwinan.

    Pelbagai pandangan ulama diketengahkan dalam pensabitan pembubaran perkahwinan

    secara fasakh. Pandangan-pandangan melalui mazhab dapat mengenalpasti lagi cara

    serta penggunaan konsep fasakh mengikut mazhab masing-masing. Jika diteliti, pelbagai

    alasan-alasan yang digunakan dalam membolehkan pensabitan hukum fasakh terhadap

    perkahwinan tersebut. Alasan-alasan ini kebanyakannya digunakan oleh si isteri dalam

    membuktikan serta membolehkan perkahwinan itu difasakhkan.

  • 8/9/2019 BAB 4 FASAKH

    3/8

    74

    Secara umumnya kita dapat rumuskan bahawa sememangnya terdapat perbezaan

    pendapat dalam kalangan fuqaha tentang alasan-alasan fasakh tersebut. Ada yang tidak

    bersetuju dengan satu alasan tetapi bersetuju denagn alasan yang lain beserta hujah

    masing-masing. Begitu juga ada yang mengatakan penceraian kerana sesuatu alasan

    adalah fasakh dan ada yang mengatakan ianya adalah talak akan tetapi apa yang paling

    penting ialah berdasarkan prinsip keadilan Islam, sekiranya ada isteri yang terlibat

    dengan salah satu faktor tersebut, maka beliau berhak mengajukan permasalahannya

    kepada pihak berwajib untuk mencari penyelesaiannya sama ada memohon perkahwinan

    dibubarkan ataupun sebaliknya. Konsep pembubaran perkahwinan secara fasakh inidipraktikkan disetiap negeri-negeri di Malaysia dengan peruntukan untuk setiap negeri

    masing-masing.

    Latihan ilmiah ini menumpukan kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

    (Negeri Pulau Pinang) 2004. Peruntukan ini digunakan kerana kajian ini dilakukan di

    Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Peruntukan di dalam

    enakmen ini diambil daripada pelbagai pendapat mazhab dan juga ijtihad oleh para

    fuqaha dan penggubal baru untuk tujuan kemaslahatan ummah. Peruntukan yang

    terbuka dengan menerima pakai pelbagai pendapat mazhab juga dilihat sebagai satu

    langkah penting dan positif kerana apa yang menjadi keutamaan adalah mengambil kira

    pendapat yang lebih hampir kepada keadilan. Bahkan apa yang ingin dicapai dalam

    urusan kekeluargaan ini adalah memberi hak kepada sesiapa yang berhak dan

    menyelamatkan mana-mana pihak yang teraniaya dalam kehidupan yang menderita.

  • 8/9/2019 BAB 4 FASAKH

    4/8

    75

    Kesemua tindakan ini bertujuan untuk melahirkan satu undang-undang yang terbaik dan

    membawa kemaslahatan kepada semua pihak, sama ada kepada pihak isteri mahupun

    pihak suami. Di dalam enekmen ini terdapat peruntukan yang berkaitan fasakh iaitu

    berdasarkan seksyen 53. Terdapat pelbagai alasan-alasan yang telah diperuntukkan

    dalam seksyen ini. Seksyen ini bukan sahaja melibatkan satu pihak sahaja tetapi

    melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri untuk menentukan pensabitan

    pembubaran perkahwinan secara fasakh. Alasan-alasan yang terkandung dalam

    enakmen ini semuanya menepati Hukum Syarak yang telah ditetapkan. Seseorang itu

    boleh mengemukakan alasan-alasan yang terkandung dalamnya serta mestimembuktikannya agar penghakiman yang dilakukan dapat berjalan lancar dan dihakimi

    dengan adil. Jika seseorang itu mengemukakan alasan-alasan yang terdapat di dalam

    seksyen ini, maka ianya perlu mengemukakan pelbagai bukti-bukti bagi mengukuhkan

    segala keterangnnya. Ini dibuktikan dalam setiap contoh kes-kes yang terdapat dalam

    kajian ilmaiah ini. Setiap kes-kes tersebut melalui proses yang lama bagi membuktikan

    kesemua alasan-alsan yang dikemukakan untuk pensabitan fasakh. Didapati bahawa,

    setiap kes yang dikemukakan mengambil masa yang lama serta memerlukan

    kesungguhan dalam menguatkan segala kenyataan yang dibuat semasa perbicaraan.

    Kes-kes yang berkaitan fasakh di Mahkamah Syariah Bukit Mertajam ini kebanyakan

    menagmbil masa untuk mensabitkan hukum serta kebanyakannya sabit fasakh bagi kes

    yang dikemukakan. Penulis telah mengenal pasti pelbagai maslahah umum yang

    digunakan dalam mensabitkan pembubaran perkahwinan secara fasakh. Maslahah

  • 8/9/2019 BAB 4 FASAKH

    5/8

    76

    umum yang digunakan dalam penghakiman pembubaran perkahwinan secara fasakh

    menepati Maqasid Syariah. Maslahah umum yang digunakan seperti maslahah

    daruriyyah iaitu keperluan asas, iainya meliputi daruriyyah al-din, daruriyyah al-

    nafs, daruriyyah al-aql, daruriyyah al-nasldan daruriyyah al-mal. Maslahah lain

    ialah maslahah hajiyyah dan maslahah tahsiniyyah. Jika diteliti hampir kesemua

    maslahah ini digunakan dalam penghakiman kes fasakh ini. Hakim banyak

    menggunakan maslahah daruriyyah dalam penghakimannya agar tiada pihak yang

    teraniaya serta menjaga kebajikan pihak-pihak yang terbabit. Maslahah daruriyyah

    digunakan menepati dengan hadis Rasulullah s.a.w iaitu:

    Sabda Rasulullah s.a.w:

    :

    .89

    Maksudnya:

    Daripada Abi Said Al-Khuzri r.a bahawasanya Nabi s.a.wbersabda : Tidakmemudaratkan dan tidak dimudaratkan.

    (Riwayat Ibn Majah dan al-Daraqtani)

    Perkara ini adalah penting bagi memastikan segala penghakiman yang dijalankan adil

    lagi saksama dengan bukti-bukti dan keterangan daripada pihak-pihak yang terbabit.

    89Sunan Ibn Majah. Bab man bana fi hakhkihi ma yadhurru bi jarihi. Al-juzu7. No. Hadis 2331. Hlm.

    143.

  • 8/9/2019 BAB 4 FASAKH

    6/8

    77

    Perkara seterusnya dapat dilihat ialah statistik kes fasakh yang terdapat di Mahkamah

    Rendah Syariah Bukit Mertajam. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan kes

    diluluskan dengan sempurna serta ada juga kes yang ditangguhkan mahupun terus

    dibatalkan. Berdasarkan statistik juga didapati banyak kes yang berbaki untuk setiap

    bulan kerana pelbagai masalah serta proses perbicaraan yang mengambil masa yang

    lama.

    4.2 SARANAN

    Penulis memberikan beberapa saranan untuk mengatasi masalah kes-kes yang berlarutan

    dalam perbicaraan serta mengurangkan berlakunya permohonan Pembubaran

    Perkahwinan secara fasakh di mahkamah. Antara saranannya ialah:

    1. Pihak-pihak yang bertelagah iaitu suami isteri haruslah mencari penyelesaianyang terbaik bagi menyelamatkan institusi keluarga itu jika wujud faktor-faktor

    yang boleh membawa kepada Pembubaran Perkahwinan secara fasakh.

    2. Pihak-pihak terbabit juga haruslah memikirkan tentang akibat yang akan berlakusekiranya mereka terus ingin memohon pembubaran perkahwinan secara fasakh.

    Berfikir tentang kehidupan selepasnya serta anak-anak yang akan menjadi

    mangsa akibat perlakuan ibu bapanya sendiri.

  • 8/9/2019 BAB 4 FASAKH

    7/8

    78

    3. Sekirannya pihak-pihak perkahwinan yang terbabit memang tidak bolehdiselamatkan maka permohonan fasakh boleh dibuat tetapi haruslah memberi

    kerjasama kepada pihak mahkamah agar proses perbicaraan berjalan lancar tanpa

    masalah.

    4. Pihak mahkamah juga haruslah menimbangkan segala bukti-bukti sertakenyataan pihak-pihak terbabit dengan baik agar proses perbicaraan berjalan

    lancar serta dapat mengurangkan kes-kes yang tertangguh.

    5. Masa bagi proses perbicaraan dapat dikurangkan dengan persediaan daripadapihak-pihak terbabit seperti datang pada setiap kali perbicaraan dijalankan serta

    peguam bagi pihak-pihak terbabit mengemukakan fakta kes dengan cepat tanpa

    melengahkan masa.

    6. Peranan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) diperlukan dalammengadakan sesi penerangan berkenaan konsep pembubaran perkahwinan secara

    fasakh ini kepada masyarakat. Penerangan ini juga penting terutamanya kepada

    isteri sekiranya ianya dalam keadaan teraniaya. Perkara ini adalah inisiatif dalam

    menyelamatkan dirinya serta mencegah daripada berlakunya kezaliman

    terhadapnya. Dengan penerangan yang diberikan dapat membuka mata

    masyarakat tentang konsep fasakh bagi menyelamatkan hubungan kekeluargaan

    agar tidak hancur disebabkan hanya beberapa perkara kecil yang berlaku.

  • 8/9/2019 BAB 4 FASAKH

    8/8

    79

    7. Penggunaan konsep maslahah dalam pengahakiman kes-kes pembubaran perkahwinan secara fasakh haruslah dipraktikkan dengan lebih meluas agar

    kebajikan pihak-pihak yang terbabit dapat dijaga dan tiada yang teraniaya.

    8. Konsep maslahah dalam sesuatu penghakiman bukan sahaja boleh digunakandalam kes-kes yang berkaitan fasakh malah boleh digunakan dalam semua kes-

    kes syarie berlaraskan Maqasid Syariah Islam.

    Saranan ini diharapkan dapat mengurangkan penangguhan kes-kes fasakh sertamengurangkan permohonan kes ini di Mahkamah sekiranya perlu sahaja baru

    dibuat permohonan di Mahkamah.