bab 4.bermasalah.mendengar

14
Bab 4: Bermasalah Pendengaran 1 Bab 4: Bermasalah Pendengaran Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh: Menerengkan apa itu masalah pendengaran Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran Menjelaskan sebab-sebab berlakunya masalah pendengaran Menerangkan langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran 4.1 Mukadimah 4.2 Apakah masalah pendengaran? 4.3 Kesan masalah pendengaran 4.4 Tanda-tanda murid bermasalah pendengaran 4.5 Tahap-tahap masalah pendengaran 4.6 Punca masalah pendengaran 4.7 Rawatan Ringkasan Rujukan

Upload: khatijahsalleh8232

Post on 02-Feb-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota membincangkan masalah mendengar murid sekolah rendah

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

1

Bab 4:

Bermasalah Pendengaran

Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:

Menerengkan apa itu masalah pendengaran

Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran

Menjelaskan sebab-sebab berlakunya masalah pendengaran

Menerangkan langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak

bermasalah pendengaran

4.1 Mukadimah 4.2 Apakah masalah pendengaran? 4.3 Kesan masalah pendengaran 4.4 Tanda-tanda murid bermasalah pendengaran 4.5 Tahap-tahap masalah pendengaran 4.6 Punca masalah pendengaran 4.7 Rawatan Ringkasan Rujukan

Page 2: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

2

Bab ini akan membincangkan tentang kanak-kanak bermasalah pendengaran. Perbincangan

akan dibuat mengenai klasifikasi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran

berdasarkan kebolehan dan keperluan mereka yang berbeza, kaedah-kaedah komunikasi yang

digunakan dan pengaruh budaya pekak terhadap kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Adalah penting guru yang mengajar Bahasa Melayu memahami dan dapat mengesan murid-

murid dalam kelas yang bermasalah pendengaran. Sering kali guru bersalah anggapan dan

melabel murid-murid ini sebagai degil dan malas. Sebenarnya mereka menghadapi masalah

mendengar apa yang dikatakan secara lisan oleh guru dan murid-murid lain.

Kegagalan deria pendengaran untuk berfungsi dengan sempurna membawa kepada masalah

berkomunikasi yang sekaligus menjejaskan kualiti kehidupan sosial dan peribadi. Walaupun

masalah pendengaran ini merupakan ancaman kepada kehidupan yang bermutu, namun

kebanyakan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran ini sering dianggap normal dan tidak

ketara berbanding dengan mereka yang mengalami masalah terencat akal. Hal ini tidak benar

sama sekali. Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran ini sebenarnya merasa terasing

daripada komuniti berikutan kegagalan mereka untuk berkomunikasi dengan sempurna.

Helen Keller merupakan seorang buta dan pekak. Dalam

buku autobiografinya beliau menyatakan ‘Blindness

separates us from things, but deafness separates us from

people’ [Menjadi buta memisahkan kita daripada objek-

objek tetapi kepekaan memisahkan daripada orang lain].

Jika diberi pilihan untuk menjadi buta atau pekak, beliau

rela untuk menjadi seorang yang buta kerana dengan

hilangnya deria pendengaran menjadikan seseorang itu

sangat terasing dan tiada manusia sepatutnya merasa

terasing di dunia ini.

Menurut Cruiskshank (1975), kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan

berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengar dan juga bila

masalah itu dialami. Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah pendengaran

adalah masalah apabila seseorang itu tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau

bunyi yang lain

4.1 Mukadimah

4.2 Apakah Masalah Mendengar?

Helen Keller [1880-1968]

Page 3: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

3

Pendengaran merupakan medium yang sangat penting bagi menyalurkan input dan informasi

kepada manusia. Pendengaran memungkinkan manusia menerima dan menyerap ilmu

sebelum diproses oleh minda. Walaupun masih terdapat deria dan pancaindera lain seperti

bau, sentuhan dan lain-lain, namun deria pendengaran lebih memudahkan proses pengajaran

dan pembelajaran.

Masalah pendengaran ini boleh berpunca dari pelbagai sebab sama ada sebelum kelahiran,

semasa kelahiran dan selepas kelahiran. Antara punca-punca yang membawa kepada masalah

pendengaran ialah jangkitan telinga yang kronik, faktor keturunan, kecacatan kongenital,

sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, jangkitan virus atau

bakteria dan juga proses penuaan dan tumor.

Rajah 4.1 Bahagian-Bahagian Telinga

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga iaitu telinga luar, tengah dan dalam haruslah

boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan

di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah

pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.

Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah dan

telinga dalam (Lihat Rajah 4.1).

Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan saluran suara luar.

Telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel (inkus, stapes dan

maleus), ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang menyambungkan bahagian

telinga tengah ke tekak) .

Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori

iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke otak

untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan memproses

Gegendang Telinga Ronga Gendang

Saraf auditori Saluran Suara Luar

Koklea

Saluran Eustasia

Inkus Stapes Maleus

Page 4: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

4

maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkan sebagai

pendengaran. Disebabkan hal inilah, kita dapat menikmati sensasi pendengaran.

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah boleh

berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di

mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah

pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.

Ling (1989) mengatakan bahawa pendengaran memainkan peranan penting untuk

mempelajari bahasa dan halangan paling besar yang dihadapi oleh murid masalah

pendengaran. Menurut Gatty (1992, tanpa pendengaran, perkembangan pertuturan mereka

akan tersekat kejayaan menguasai pertuturan ialah mendengar seseorang

Masalah pendengaran menjadi penghalang besar dalam mewujudkan perhubungan yang

sempurna dengan orang lain, selain mengakibatkan mereka yang mengalami masalah ini

mempunyai kekurangan dalam kemahiran bahasa dan komunikasi secara lisan atau

tulisan. Mereka ini kurang upaya untuk menyampaikan apa yang difikirkan atau yang ingin

diperkatakan serta sukar memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

Mereka kelihatan kurang memberi perhatian dalam kelas, selalu berkhayal, buitr-butir

percakapan yang tidak jelas dan janggal, kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang,

duduk terlalu dekat dengan radio atau televisyen, tidak memahami dan mengikut arahan yang

diberi, tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur serta sering

bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan.

Secara asasnya masalah pendengaran ini membawa kepada kesan-kesan sampingan yang lain

iaitu terhadap penguasaan bahasa dan komunikasi, pertuturan, sosial dan emosi, dan sekaligus

menjejaskan pencapaian akademik. Gangguan dalam komunikasi berlaku apabila percakapan

menggunakan dan mencantumkan huruf-huruf menjadi perkataan dan huruf-huruf ini

dibahagikan kepada kumpulan huruf yang utama iaitu vowel dan konsonan. Penyebutan huruf

konsonan menggunakan frekuensi bunyi yang melebihi 1500 Hz.

4.3 Kesan Masalah Mendengar

a) Mengapakah guru yang mengajar Bahasa Melayu perlu memahani tentang masalah pendengaran?

b) Apakah bermasalah pendengaran? c) Jelaskan secara ringkas bahagian-bahagian telinga manusia.

Page 5: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

5

Kegagalan untuk mendengar vowel dan konsonan menjadikan seseorang itu pekak dan sukar

untuk mendengar bunyi dan apatah lagi untuk memahami apa yang dituturkan oleh orang

lain. Oleh itu kanak-kanak yang bermasalah pendengaran akan mengalami masalah bahasa

reseptif dan ekspresif serta turut bermasalah dari segi penyusunan struktur ayat. Kanak-kanak

ini dikenalpasti menggunakan susunan subjek dan predikat yang terbalik, istilah yang

tergantung, perbendaharaan kata yang tidak meluas, dan melakukan kesalahan tatabahasa

yang jelas.

Kanak-kanak ini juga mengalami kelewatan dari segi kemahiran membaca dan menulis

disebabkan oleh kesukaran mendiskriminasi bunyi, sukar untuk mengikut arahan dan

memahami perkataan, tidak dapat ikut pelajaran secara lisan, tidak menguasai nama dan

bunyi huruf serta tidak dapat mengadunkan bunyi menjadi perkataan.

Dari segi pertuturan, kanak-kanak yang bermasalah pendengaran akan meniru gerak bibir

orang sekeliling. Mereka juga berhadapan dengan masalah dari segi sebutan, gagap, suara

dan masalah bahasa serta cenderung untuk bercakap dengan nada yang tinggi disebabkan

oleh perubahan struktur pertuturan di mana suara gagal membentuk getaran.

Kesan sampingan masalah pendengaran juga menjejaskan kehidupan sosial dan emosi.

Kanak-kanak ini menunjukkan tingkah laku yang pasif berbanding dengan rakan mereka

yang normal dan lebih selesa berinteraksi dengan rakan mereka yang mengalami masalah

sama. Oleh itu, adalah sukar untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru. Ini membawa

kepada konsep kendiri yang negatif dan mengakibatkan kurangnya keyakinan diri serta malu

dengan ketidakupayaan yang dimiliki. Seterusnya, menganggap diri tidak pandai dan

menyebabkan gagal untuk menonjolkan kekuatan yang ada pada diri sendiri dan mengambil

keputusan untuk menjauhkan diri daripada masyarakat.

Kesan komunikasi yang negatif, masalah pertuturan dan emosi yang tidak stabil ini

memberikan kesan yang lebih teruk terhadap pencapaian akademik mereka kerana mereka

tidak dapat menyatakan sesuatu dengan baik dan berkesan sama ada melalui bahasa lisan

atau tulisan. Oleh itu, mereka akan ketinggalan dari segi penguasaan bahasa dan sukar untuk

memahami sesuatu bersifat abstrak.

a) Bagaimana masalah pendengaran menjejas penguasaan bahasa? b) Jelaskan dengan contoh ciri-ciri murid yang bermasalah pendengaran.

Page 6: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

6

Bagaimana untuk memgetahui sekiranya mereka mempunyai masalah pendengaran.

Kelazimamnya, seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pendengaran akan

bertindak balas terhadap bunyi yang perlahan dan boleh mendengar percakapan dengan jelas

(Clark, 1999) manakala kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran akan bertindak

balas mengikut tahap keseriusan kehilangan pendengan yang mereka alami.

Berikut merupakan ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran:

Kurang Memberi Perhatian – Biasanya kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak

terkejut dengan bunyi yang kuat. Mereka mungkin juha tida mengalihkan pandangan

ke arah sumber bunyi. Mereka tidak cuba meniru atau bertingkak balasa pada bunyi

yang didengar semasa bayi lagi.

Sukar Mengikuti Arahan – Kanak-kanak bermasalah pendengaran sukar mengikuti

arahan lisan dan sukar memahami arahan yang mudah. Mereka akan lebih kepada

bertanya dan meminta supaya arahan diulang atau tidak memberi perhatian kepada

arahan atau pertanyaan guru.

Kurang Melibatkan Diri Dalam Aktiviti

Perbincangan – Kanak-kanak bermasalah

pendengaran seringkali mengelakkan diri

daripda melibatkan diri dalam aktiviti

perbicangan kerana mereka merasakan

penglibatan dalam perbincangan secara

kumpulan sia-sia sahaja.

Memperkatakan Sesuatu Diluar Topik –

Disebabkan ketidakupayaan mendengar,

kanak-kanak bermasalah pendengaran akan

cuba memperkatakan sesuatu diluar topik

perbincangan.

Suka Berangan-Angan – Kanak-kanak bermasalah pendengaran sering kali kelihatan

berangan-angan dalam kelas dan kurang menumpukan perhatian terhadapa sesuatu.

Memerlukan Bantuan Daripda Rakan-Rakan - Kanak-kanak bermasalah

pendengaran melengahkan penyelesaian tugasan dan meniru tingkah laku rakan

sebaya kerana gagal mendengar arahan guru. Mereka lebih suka mendiaman diri

kerana kesukaran memahami apa yang disampaikan atau apa yang dikatakan.

Percakapan yang Janggal - Kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak dapat

menyebut sesuatu perkataan dengan betul seperti kanak-kanak lain dan kadang kala

sebutan mereka tidak dapat difahami. Contohnya, bunyi konsonan dalam perkataan

ditinggalkan dan pertuturan mengandungi bunyi-bunyi vokal sahaja.

Misalnya, ‘saya’ disebut ‘aya’.

4.4 Tanda-Tanda Murid Bermasalah Pendengaran

Page 7: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

7

Personaliti - Kanak-kanak bermasalah pendengaran seringkali dilabel sebagai kanak-

kanak degil kerana tidak mendengar kata-kata guru; malas membuat tugasan atau

digelar budak nakal. Oleh mereka tidak memahami arahan lisan guru, mereka lebih

cenderung membuat hal mereka sendiri.

Masalah Sakit Telinga - Kanak-kanak bermasalah pendengaran kerap kali mengadu

sakti telinga, sakit tekak, selsema dan cecair yang keluar daripada telinga.

Memasang Radio atau TV dengan Kuat - Kanak-kanak bermasalah pendengaran

didapati memasang radio atau TV dengan kuat atau duduk berdekatan radio atau TV.

Mereka juga mencondongakn kepala ke hadapan untuk dengar dengan lebih jelas.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran boleh dikategorikan kepada beberapa tahap

bergantung desible (decibel dalam Bahasa Inggeris) yang diberi singkatan ‘dB’ yang dapat

dikesan. American Speech-Language Hearing Association (2012) telah mengkategorikan

kanak-kanak memahami pertuturan kepada enam peringkat (Lihat Jadual 4.).

DARJAH

KATEGORI

TAHAP PENDENGARAN

PENAMPATAN

> 26 dB

Normal

Boleh mendengar

Sekolah biasa

27-40 dB Sedikit Boleh mendengar bunyi vokal tetapi mungkin tidak menyedari beberapa bunyi konsonan.

Sekolah biasa dengan menggunakan alat bantu mengajar.

4.5 Tahap-Tahap Pendengaran

a) Jelaskan tanda-tanda murid bermasalah pendengaran. b) Mengapakah murid-muruf bermasalah pembelajaran c) Mengapakah murid bermasalah pendengaran sukan berkhayalan? d) Mengapakah murid bermasalah pendengaran enggan terlibat dengan

perbincangan kumpulan kecil?

Page 8: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

8

41-55 dB Ringan atau sederhana

Dapat mendengar bunyi-bunyi pertuturan yang kuat sahaja . Boleh dengan pertuturan pada jarak 3-5 kaki.

Perlu perhatian sekolah biasa dengan alat bantu mendengar yang ada guru khas. Di tempat

56-70 dB Sederhana teruk

Tidak dapat mendengar bunyi pertuturan dalam perbualan biasa

Di tempatkan di sekolah bercantum/ kelas khas

71-90 dB Teruk Tidak dapat mendengar bunyi-bunyi pertuturan

Di tempat di sekolah bercantum/ kelas khas

91 dB ke atas

Sangat teruk Tidak dapat mendengar langsung bunyi-bunyi pertuturan atau lain-lain.

Menghadapi masalah kerencatan bahasa. Kesukaran bahasa dan tidak dapat beri perhatian sepenuhnya.

RINGAN

antara 27-40 decibel (dB)

masih boleh memahami perbualan orang yang berbual dengannya alami kesulitan

dengar bunyi yang perlahan dan jauh memerlukan terapi pertuturan

SEDERHANA

antara 41-55 dB

boleh mendengar bunyi setakat 1-1.5 meter daripadanya masih boleh memahami

perbualan sukar melibatkan diri dalam perbincangan berkumpulan perlukan alat

bantuan pendengaran dan terapi pertuturan

SEDERHANA TERUK

antara 56-70 dB

memerlukan alat bantuan pendengaran dan latihan pendengaran memerlukan latihan

pertuturan dan komunikasi orang yang ingin berkomunikasi perlu bercakap dengan

nada yang kuat pertuturan tidak sempurna ~ pendengaran agak terhad

TERUK

antara 71-90 dB

dapat dengar bunyi yang kuat antara 0-30.5 sentimeter daripadanya dapat

membezakan sesetengah bunyi sahaja hadapi masalah dalam pertuturan

memerlukan pendidikan yang khas, alat bantu dengar serta latihan pertuturan dan

komunikasi

Page 9: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

9

SANGAT TERUK

90 dB keatas

sukar mendengar perlu alat bantuan pendengaran dan terapi pertuturan

penguasaan bahasa dan pertuturan yang teruk

Keperluan penting: pakar perubatan, pakar pendidikan, pakar bidang dalam menentukan

peringkat dan tahap perkembangan dan pemerolehan bahasa. Jika kecacatan berlaku pada

peringkat sebelum pemerolehan bahasa, individu itu pasti tidak dapat berbahasa dan tiada

kemahiran bertutur untuk komunikasi (Asiah, 2012). Intervensi awal seperti terapi pertuturan,

fisioterapi, rawatan perubatan, pendidikan perlu disegerakan. Pasukan pelbagai disiplin seperti

pakar ENT, audiologist, jurupulih pertuturan, guru bahasa isyarat guru pendidikan khas, dll perlu

bekerjasama untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran untuk mereka ini. Pihak lain

seperti ibu bapa, ahli keluarga, dan ahli dalam komuniti juga perlu dilibatkan dalam membantu

mereka ini.

Adalah penting untuk guru mengetahui jenis masalah pendengaran yang mungkin dihadapi

murid, kerana ia akan membantu guru membantu mereka. Terdapat masalah pendengaran

yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Hearing Loss Association of American (2102)

mencadangkan TIGA jenis masalah pendengaran umum; iaitu masalah:

KONDUKTIF: Masalah pendengaran konduktif

berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada

bahagian telinga luar dan telinga tengah.

Punca: o Ketiadaan lubang telinga (atresia)

4.6 Jenis dan Punca Masalah Pendengaran

a) Apakah ciri-ciri murid yang bermasalah pendengaran sederhana? b) Nyatakan ciri-ciri murid yang bermasalah pendengara ‘teruk?

Page 10: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

10

o Cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia/anotia)

o Sumbatan tahi telinga di salur telinga

o Alergi

o Cecair dalam telinga tengah

o Jangkitan kuman pada salur telinga

o Gegendang telinga bocor/pecah

Rawatan: Sebahagian maslah pendengaran konduktif dapat dirawat melalui kaedah

ubatan atau pembedahan. Maka ia diklasifikasikan sebagai masalh pendenganran

sementara.

SARAF-SENSORI (Sensorineural): Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku

apabila terdapat gangguan atau jangkitan berlaku pada pada bahagian telinga dalam, tempat

di mana koklea (sensori) dan saraf pendengaran berada (neural). Masalah ini tidak dapat

dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenal

pasti melalui ujian pendengaran dan MRI.

Punca:

o Trauma pada kepala

o Pendedahan kepada bunyi kuat

o Serangan virus

o Tumour

o Keturunan / genetik

Rawatan: Bukan semua masalah saraf dapat dirawat dengan kaedah ubatan atau

pembedahan.

CAMPURAN (Konduktif + Saraf): Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila

terdapat kedua-dua jenis masalah pendengaran seperti di atas.

Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran jenis saraf dalam masa yang

sama mempunyai mampatan tahi telinga adalah dikategorikan sebagai mempunyai masalah

pendengaran jenis campuran. Kaedah perawatan bergantung kepada punca masalah dan

bahagian yang menghadapi masalah tersebut.

a) Bincangkan perbazaan antara maslah ‘konduktif’ dan masalah ‘saraf sensori.

b) Apakah yang anda fahami dengan masalah pendengaran ‘campuran’?

Page 11: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

11

Di antara rawatan yang biasa digunakan bagi mengatasai masalah hilang pendengaran ialah:

Alat bantu dengar Alat ini berfungsi untuk membesarkan atau menggandakan bunyi supaya mudah dikesan ole

telinga dalam. Semakin teruk hilang pendengaran, semakin besarlah gandaan bunyi

diperlukan.

Terdapat beberapa jenis bentuk alat bantu dengar, di antaranya ialah:

Alat bantu dengar di belakang - Alat ini terdiri daripada bekas plastik yang dipakai di

belakang telinga beserta dengan alat bantu dengar di dalam telinga luar.

Alat bantu dengar terbuka - Alat ini dipakai keseluruhannya di belakang telinga,

dengan hanya tiub halus disambungkan ke dalam salur telinga.

Alat bantu dengar dalam telinga - Alat ini dipakai keseluruhannya di dalam telinga.

Alat bantu salur telinga - Alat ini

dipasang di dalam salur telinga.

Implan koklear (telinga dalam) Implan koklear ini dibuat jika sel rambut di

telinga dalam (koklear) telah rosak teruk.

Implan (penanaman) ini dilakukan dalam

koklear, di mana mikrofon luaran serta

pemproses ucapan akan menghantar isyarat

bunyi ke alat yang ditanam di bawah kulit.

Implan koklear ini menghantar impuls terus ke

saraf auditori, yang akan membawa isyarat ke

otak.

Implan koklear ini boleh digunakan sebagai salah satu rawatan bagi orang yang hilang

pendengaran, dari umur bayi hingga dewasa.

Implan telinga tengah

Rawatan ini boleh meningkatkan bunyi yang dihantar ke telinga dalam. Alat ini ditanam di

dalam telinga tengah iaitu di osikel (3 tulang kecil dalam telinga) bagi

menggandakan/membesarkan isyarat bunyi dan menghantarnya dari gegendang telinga ke

telinga dalam. Implan ini juga merupakan alternatif bagi mereka tidak mahu memakai alat

bantu dengar yang nampak di luar telinga atau bagi mereka yang tidak boleh memakai alat

bantu di luar atas sebab-sebab tertentu seperti alergi, dsb.

Alat bantu tulang penghantar

Bagi mereka yang mengalami hilang sebelah pendengaran, implan alat bantu dengar ini boleh

ditanam di dalam tulang di sebelah yang bermasalah bagi membolehkan kedua-dua telinga

mendengar.

4.7 Rawatan untuk Mengatasi Masalah Hilang Pendengaran

Page 12: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

12

Implan pangkal otak auditori (ABI) Alat bantu dengar ini ditanam terus di atas permukaan otak. Kaedah ini jarang digunakan

melainkan jika saraf koklear tidak lagi berfungsi.

a) Apakah implan koklear? b) Apakah implan telinga tengah?

Page 13: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

13

RINGKASAN

Kegagalan deria pendengaran untuk berfungsi dengan sempurna membawa kepada

masalah berkomunikasi yang sekaligus menjejaskan kualiti kehidupan sosial dan

peribadi.

Pendengaran memungkinkan manusia menerima dan menyerap ilmu sebelum diproses

oleh minda.

Kegagalan untuk mendengar vowel dan konsonan menjadikan seseorang itu pekak

dan sukar untuk mendengar bunyi dan apatah lagi untuk memahami apa yang

dituturkan oleh orang lain.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran sukar mengikuti arahan lisan dan sukar

memahami arahan yang mudah.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran melengahkan penyelesaian tugasan dan meniru

tingkah laku rakan sebaya kerana gagal mendengar arahan guru.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran kerap kali mengadu sakti telinga, sakit tekak,

selsema dan cecair yang keluar daripada telinga.

Sederhana - boleh mendengar bunyi setakat 1-1.5 meter daripadanya masih boleh

memahami perbualan sukar melibatkan diri dalam perbincangan berkumpulan

perlukan alat bantuan pendengaran dan terapi pertuturan.

Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada

bahagian telinga luar dan telinga tengah.

Implan koklear ini dibuat jika sel rambut di telinga dalam (koklear) telah rosak teruk.

Alat bantu dengar berfungsi untuk membesarkan atau menggandakan bunyi supaya

mudah dikesan ole telinga dalam.

Page 14: Bab 4.Bermasalah.mendengar

Bab 4: Bermasalah Pendengaran

14

REFERENCES

Asiah Hj. Ahmad (2012). Mengenal dan menangani orang kurang upaya. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Heward, W.L. (1996). Exceptional children: an introduction To special education (5th ed).

Englewood Cliffs, N.J.: American Psychological Association.

Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children

(7thed.). Boston: Allyn and Bacon.

Marschack, M, & Lang, H. G. (2002). Educating deaf students. New York: Oxford Unversity

Press.

American Speech-Language Hearing Association (2012). Washington/