bab 4

37
BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan Dalam bab ini pula pengkaji akan menganalisis dan memaparkan segala keputusan berdasarkan maklumbalas- maklumbalas yang diperolehi oleh penyelidik melalui soal selidik dan ujian yang telah diedarkan. Segala maklumat yang diperolehi telah dikaji dari pelbagai aspek untuk menjawab persoalan kajianyang telah dibincangkan dalam bab satu.Data yang dikumpul, akan diproses dengan menggunakan Perisisan Statistic Package for Social Science (SPSS) telah digunakan untuk memproses data. Sebanyak 32 set soal selidik 1, 2 , Ujian Pra dan Ujian Pasca kepada pelajar-pelajar Tahun 6 Damai 4, Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang. Pemprosesan data soal selidik dilakukan untuk menentukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Upload: naimah57

Post on 20-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SK

TRANSCRIPT

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1Pengenalan

Dalam bab ini pula pengkaji akan menganalisis dan memaparkan segala keputusan berdasarkan maklumbalas-maklumbalas yang diperolehi oleh penyelidik melalui soal selidik dan ujian yang telah diedarkan. Segala maklumat yang diperolehi telah dikaji dari pelbagai aspek untuk menjawab persoalan kajianyang telah dibincangkan dalam bab satu.Data yang dikumpul, akan diproses dengan menggunakan Perisisan Statistic Package for Social Science (SPSS) telah digunakan untuk memproses data.Sebanyak 32 set soal selidik 1, 2 , Ujian Pra dan Ujian Pasca kepada pelajar-pelajar Tahun 6 Damai 4, Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang. Pemprosesan data soal selidik dilakukan untuk menentukan kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item. Manakala ujian pula dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan dan kefahaman pelajar sebelum dan selepas aplikasi pembelajaran secara kaedah pembelajaran koperatif. Kesemua data dan keputusan yang diperolehi dapat dilihat melalui jadual-jadual yang ditunjukkan.

4.2Analisis Data ( Soal Selidik 1 )

Soal Selidik 1 ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kefahaman pelajar berkenaan dengan penyelesaian masalah, strategi-strategi penyelesaian masalah, kaedah pembelajaran koperatif dan kemahiran belajar. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kajian yang melibatkan manusia sudah pasti melibatkan kelompok jantina. Dalam kajian ini juga penyelidik telah melibatkan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan sebagai responden kajian. Maklumat dalam Soal Selidik 1 yang dianalisis akan dipaparkan dalam bentuk peratusan dan kekerapan, sebagaimana di dalam jadual-jadual berikut:

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Kelompok Jantina

JantinaKekerapanPeratus

Lelaki 13 41

Perempuan 19 59

Jumlah 32 100

Jadual 4.1 menunjukkan bilangan pelajar perempuan adalah lebih ramai berbanding pelajar lelaki iaitu sebanyak 19orang pelajar perempuan (59%) manakala pelajar lelaki seramai13 orang (41%).

4.2.1Sikap dan minat pelajar tahun 6 dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk peratus menggunakan kaedah Koperatif.

Pada bahagian ini, penyelidik menganalisis data secara terperinci bagi setiap item dan secara keselurhannya. Jadual menunjukkan sikap dan minat mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 4.2 :Taburan Skor Bagi Item 1 Berkaitan Dengan Kefahaman Pelajar Dalam Masalah Peratus Menggunakan Kaedah Polya.

Item1Saya memahami sepenuhnya cara menyelesaikan masalah peratus menggunakan kaedah Polya12345Min/n

Peratus46.931.321.9--1.75

Kekerapan15107--32

Bagi item 1 didapati seramai 15 orang responden ( 46.9%) sangat tidak setuju bahawa mereka memahami sepenuhnya cara menyelesaikan masalah peratus menggunakan Kaedah Polya., 10 orang ( 31.3 %) tidak setuju, manakala 7 orang ( 21.9 % )tidak pasti. Secara keseluruhannya didapati, bahawa mereka tidak memahami sepenuhnya aplikasi Kaedah Polya dalam penyelesaian masalah melibatkan peratus.

Jadual 4.3 :Taburan Skor Bagi Item 2 Berkaitan Dengan Kefahaman Pelajar Menggunakan Strategi-strategi Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar.

Item2Saya tahu menggunakan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah12345Min/n

Peratus56.334.49.4--1.53

Kekerapan18113--32

Berpandukan jadual di atas , menunjukkan seramai 18 orang ( 56.3%) sangat tidak bersetuju bahawa mereka tahu penggunaan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah.Selebihnya mewakili 11 orang( 34.4 %) tidak setuju, manakala 3 orang ( 3 %) tidak pasti. Min bagi item 2 ialah 1.53.Nilai ini menunjukkan bahawa responden tidak setuju bahawa mereka tahu menggunakan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah.Jadual 4.4 :Taburan Skor Bagi Item 3 Berkaitan Dengan Minat Menggunakan Kaedah KoperatifItem 5Saya suka belajar dengan pendekatan pembelajaan Koperatif.12345Min/n

Peratus6.315.528.137.512.63.56

Kekerapan25912432

Berpandukan jadual 4.4 dapat diperhatikan seramai 2 orang (6.3%) sangat tidak setuju, 5 orang (15.5 %) tidak setuju , 2 orang (6.3%) tidak pasti, 19 orang (59.4%) setuju dan 4 orang (12.5%) sangat setuju bahawa mereka suka dengan pendekatan pembelajaran Koperatif.Min bagi item 3 ini ialah 3.56.Nilai ini menunjukkan bahawa responden setuju bahawa mereka suka belajar dengan pendekatan pembelajaran koperatif.

Jadual 4.5 :Taburan Skor Bagi Item 4 Berkaitan Dengan Aktiviti Dalam Kumpulan Sangat Menarik dan Menyeronokkan

Item4Aktiviti dalam kumpulan sangat menarik dan menyeronokkan.12345Min/n

Peratus2518.828.128.1-2.6

Kekerapan8699-32

Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 8 orang (25%) sangat tidak setuju, 6 orang (18.8 %) tidak bersetuju , 9 orang (28.1%) tidak pasti dan 9 orang ( 28.1%) setuju bahawa aktiviti dalam kumpulan sangat menarik dan menyeronokkan. Min bagi item 4 ini ialah 2.31. Nilai ini menunjukkan bahawa responden tidak bersetuju bahawa aktiviti dalam kumpulan sangat menarik dan menyeronokkan.

Jadual 4.6 :Taburan Skor Bagi Item 5 berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Mudah Dipelajari Dan Difahami

Item5Penyelesaian masalah di dalam tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami.12345Min/n

Peratus6.32553.112.53.12.81

Kekerapan28174132

Dalam jadual 4.6 menunjukkan bahawa item 5 mendapati 2 responden (6.3%) sangat tidak bersetuju bahawa penyeleaian masalah di dalam tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami, 8 responden ( 25%) tidak setuju, manakala 17 responden ( 53.1%) tidak pasti , 4 responden (12.5%) setuju dan 1 responden ( 3.1%) sangat setuju. 2.81 adalah min bagi item 5 dan ini menunjukkan secara keseluruhannya responden tidak pasti bahawa penyelesaian masalah di dalam tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami.Jadual 4.7 :Taburan Skor Bagi Item 6 Berkaitan Dengan Keyakinan Untuk Menjawab Soalan-soalan Peratus Dalam Penyelesaian Masalah Item6Saya berkeyakinan unuk menjawab soalan-soalan peratus dalam penyelesaian masalah.12345Min/n

Peratus6.337.531.321.83.12.78

Kekerapan212107132

Berdasarkan rajah 4.7, menunjukkan bahawa seramai 2 responden (6.3%) sangat tidak bersetuju bahawa mereka berkeyakinan untuk menjawab soalan-soalan peratus dalam penyelesaian masalah, 12 responden (37.5%) adalah tidak bersetuju, 10 responden ( 1.3%) tidak pasti , 7 responden ( 21.8%) setuju manakala 1 orag responden ( 3.1%) adalah sangat setuju. Min bagi item 6 ini adalah 2.78 dan ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, responden tidak pasti bahawa mereka mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan peratus dalam penyelesaian masalah.

4.3Analisis Data ( Ujian Pra )

Satu ujian telah diadakan untuk menguji sejauh mana kefahaman dan kemahiran responden dalam menyelesaikan masalah tajuk peratus dengan mengambil kira strategi-strategi penyelesaian masalah dalam sesuatu soalan yang tertentu. Sebanyak 7 soalan telah dikemukakan dalam ujian pra ini dan setiap soalan mempunyai strategi-strategi penyelesaian masalah yang berbeza.

Jadual 4.8:Taburan Skor Bagi Soalan 1, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Mengenalpasti Corak

Soalan1Berapa peratuskah RM160 daripada RM 200?A

50%B

60%C

70%D

80%

Peratus133156

Kekerapan41018

Bagi soalan 1, jawapan yang tepat adalah D.Seramai 18 orang (56%) menjawab tepat, manakla seramai 10 orang (31%) memberikan jawapan C dan 4 orang (13%) memberikan jawapan B.Ini bermakna seramai 14 orang responden lagi yang tidak dapat menggunakan strategi mengenalpasti corak bagi menjawab soalan ini.

Soalan2Sebuah kedai menjual model tertentu mesin basuh dengan harga RM 700 setiap satu. Ia menawarkan diskaun 20% kepada mereka yang mempunyai kad diskaun. Sekiranya terdapat tiga daripada lima orang pelanggannya membeli dengan menggunakan kad diskaun. Berapa jumlah yang diterima oleh peniaga tersebut hasil daripada jualan lima mesin basuh tersebut.ARM2240BRM2800CRM3080

DRM3500

Peratus6254722

Kekerapan28157

Jadual 4.9:Taburan Skor Bagi Soalan 2, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Melukis Gambarajah

Jadual 4.9 menunjukkan bahawa seramai 15 orang responden telah menjawab tepatiaitu C (47%). Jawapan yang salah telah diberikan oleh responden iaitu A (6%) seramai 2 orang, B (25%) seramai 8 orang dan 7 orang telah memilih D (22%). Bagi soalan 2 ini, strategi yang mudah digunakan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah menggunakan strategi melukis gambarajah

Jadual 4.10:Taburan Skor Bagi Soalan 3, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Kesimpulan InduktifSoalan3En. Ahmad mempunyai simpanan wang sebanyak RM 5500 di bank. Kadar faedah simpan ialah 3% setahun. Berapakah jumlah simpanannya selepas setahun?.

ARM5665BRM5661.CRM5535DRM5630

Peratus31282813

Kekerapan10994

Jawapan bagi soalan 3 ini ialah A, seramai 10 orang (31%) telah menjawab tepat.Manakala selebihnya memberikan jawapan yang salah iaitu seramai 9 orang (28%) menjawab B dan C serta seramai 4 orang (13%) telah menjawab D. Bagi soalan ini, strategi penyelesaian masalah yang dicadangkan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah membuat kesimpulan induktif .

Jadual 4.11:Taburan Skor Bagi Soalan 4, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Penekaan atau Penaksiran.Soalan4Dalam suatu jualan murah Zalina membeli sepasang kasut dengan harga 45% daripada RM 140 dan sebuah beg dengan harga X% daripada RM 300. Dia membayar RM 288 untuk kedua-dua barang. Berapakah nilai X?

A75B60C45D30

Peratus28222525

Kekerapan9788

Bagi soalan 4, jawapan yang tepat adalah A.Seramai 9 orang (28%) menjawab tepat,manakala seramai 7 orang (22%) memberikan jawapan B dan 8 orang (25%) memberikan jawapan C dan D. Ini bermakna seramai 23 orang responden lagi yang tidak dapat menggunakan strategi penekaan atau penaksiran bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

Jadual 4.12:Taburan Skor Bagi Soalan 5, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Membina Jadual.Soalan5Dalam perbahasan, markah yang diperolehi oleh seorang peserta daripada 3 orang hakim iaitu P, Q dan R. (Nota: Markah maksimun adalah 10)Hakim P = 90% daripada markah maksimumHakim Q = 8 markahHakim R = daripada markah maksimumBerapakah jumlah markah terkumpul bagi peserta tersebut?A89.4B24.5C17.3D10.1

Peratus28341919

Kekerapan91166

Jadual 4.12 menunjukkan bahawa seramai 11 orang responden (34%) telah menjawab tepat iaitu B . Jawapan yang salah telah diberikan oleh responden iaitu A, seramai 9 orang( 28%) dan seramai 6 orang (19%) telah menjawab C dan D. Bagi soalan 5 ini, strategi yang mudah digunakan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah dengan menggunakan strategi membina jadual.

Jadual 4.13:Taburan Skor Bagi Soalan 5, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Membina Jadual.Soalan6Paras air dalam tangki adalah 5m pada hari khamis. Pada hari jumaat, ia meningkat sebanyak 25% . Namun pada pada hari sabtu paras air menurun sebanyak 40% daripada paras pada hari jumaat.Berapakah paris air dalam tangki tersebut pada hari sabtu

A4.25B3.75C2.75D1.25

Peratus25222825

Kekerapan8798

Jawapan bagi soalan 6 ini ialah B,seramai 7 orang (22%) telah menjawab tepat. Manakala selebihnya memberikan jawapan yang salah iaitu seramai 9 orang (28%) menjawab C dan seramai 8 orang (25%) telah menjawab A dan D. Bagi soalan ini, strategi penyelesaian masalah yang dicadangkan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah dengan membina jadual.

Jadual 4.14:Taburan Skor Bagi Soalan 7, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Jalan Kerja dari Belakang

Soalan7Keluarga Borhan telah pergi makan di Kafe DRinting. Bayaran yang dikenakan ialah RM70. Jika cukai kerajaan sebanyak 6% dikenakan , berapakan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan oleh En. Borhan.ARM84.60BRM76.60CRM74.20DRM70.20

Peratus34192819

Kekerapan11696

Bagi soalan 7, jawapan yang tepat adalah C.Seramai 9 orang (28%) menjawab tepat,manakla seramai 6 orang (19%) memberikan jawapan B dan D.11 orang (34%) responden pula telah memberikan jawapan A.Ini bermakna seramai 23 orang responden lagi yang tidak dapat menggunakan strategi jalan kerja dari belakang bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

4.2.3 Taburan Skor Bagi Analisis Keseluruhan Ujian Pra

Pada bahagian ini, penyelidik akan menganalisa tentang markah keseluruhan bagi Ujian Pra. Jadual di bawah menerangkan tentang markah yang diperolehi oleh responden.

Jadual 4.15:Taburan Skor Bagi Analisis Keseluruhan Bagi Ujian Pra

BilMarkahJumlahRespondenTahap PenguasaanPeratus

17 3Cemerlang 9.5

2 5 6 2Kepujian 6

3 3 418Baik56

4 1 - 2 3Lemah9.5

5 0 6 Sangat Lemah19

Jadual 4.15 menunjukkan analisis keseluruhan bagi Ujian Pra.Tahap yang paling tinggi iaitu baik diperolehi oleh responden ialah seramai 18orang ( 56%) .Manakala tahap kedua adalah sangat lemah iaitu 6 orang (19%),diikuti lemah 3 orang (9.5%) dan kepujian seramai 2 orang (6%).Hanya 3 orang (9.5%) sahaja yang berjaya menjawab kesemua soalan betul iaitu bagi tahap cemerlang.

Graf 1 menunjukkan pencapaian keseluruhan bagi Ujian Pra. Seramai 18 orang memperolehi di antara 3-4 markah. Mereka tergolong dalam kumpulan pelajar yang baik. Terdapat 6 orang pelajar yang tidak memperolehi sebarang markah diikuti dengan 3 orang pelajar yang memperolehi di antara 1-2 markah. Mereka masing-masing tergolong dalam kumpulan pelajar yang sangat lemah dan lemah. Pelajar yang berada pada kedudukan cemerlang seramai 2 orang dengan markah di antara 5-6. Manakala seramai 3 orang pelajar yang memperolehi markah penuh iaitu 7. Mereka ini berada pada kedudukan cemerlang.

4.2.4.Analisis Data (Soal Selidik 2)

Soal Selidik 2 dilakukan selepas daripada pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan murid.Guru menjalankan pengajaran melalui kaedah koperatif dengan merangka aktviti menarik dan bersesuaian dengan tajuk peratus.Murid-murid dalam kumpulan mereka belajar dengan bantuan guru serta rakan mereka. Kemahiran ini telah dijalankan selama 4 minggu. Kemudian satu lagi soal selidik diedar kepada pelajar untuk mengetahui kesan-kesan dan maklumbalas pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif ini.

Jadual 4.16:Taburan Skor Bagi Item 1 Berkaitan Dengan Saya Amat Meminati Pelajaran Matematik.

Item1Saya amat meminati pelajaran matematik.12345Min/n

Peratus--12.52562.54.50

Kekerapan--482032

Jadual 4.16 menunjukkan bahawa seramai 4 responden (12.5%) tidak pasti samada mereka amat meminai pelajaran matematik. 8 responden (25%) adalah setuju manakala seramai 20 responden ( 62.%) sangat setuju. Min bagi item 1 ini adalah 4.50 dan ini menunjukkan bahawa secara keseluruhanya responden sangat setuju bahawa mereka amat meminati pelajaran matematik.

Jadual 4.17 :Taburan Skor Bagi Item 2 Berkaitan Dengan Saya Suka Belajar Dengan Pendekatan Pembelajaran Koperatif

Item2Saya suka belajar dengan pendekatan pembelajaan Koperatif.12345Min/n

Peratus--6.22568.84.63

Kekerapan--282232

Merujuk Jadual 4.17 diatas, didapati bahawa seramai 2 responden ( 6.3%) tidak pasti bahawa penyelesaian masalah amat mudah diselesaikan, namun begitu seramai 8 responden (25%) bersetuju manakala 22 responden ( 68.8%) sangat setuju. Min bagi item 2 ini adalah 4.63 menunjukkan secara keseluruhannya bahawa responden sangat setuju yang soalan-soalan penyelesaian masalah bagi tajuk peratus amat mudah diselesaikan.

Jadual 4.18 :Taburan Skor Bagi Item 3 Berkaitan Dengan Saya Memahami Strategi-strategi Dalam Penyeleaian Masalah.

Item3Saya memahami stategi-strategi dalamPenyelesaianMasalah.12345Min/n

Peratus--1332564.44

Kekerapan--4101832

Seramai 4 responden (13%) telah memahami strategi-strategi dalam penyelesaian masalah, manakala 10 responden (32%) setuju dan 18 responden ( 56%) adalah sangat setuju. Min menunjukkan secara keseluruhannya responden adalah setuju bahawa mereka memahami srategi-strategi dalam penyelesaian masalah ( 4.44). Jadual 4.19:Taburan Skor Bagi Item 4 Berkaitan Dengan Saya Memahami Cara Penyelesaian Masalah Menggunakan Kaedah Polya.

Item4Saya memahami cara penyelesian masalah menggunakan Kaedah Polya..12345Min/n

Peratus--9.428.162.54.53

Kekerapan--392032

Seramai 3 responden (9.4%) tidak pasti telah memahami strategi-strategi dalam penyelesaian masalah, manakala 9 responden (28.1%) setuju dan 20 responden (62.5%) adalah sangat setuju. Min menunjukkan secara keseluruhannya responden adalah setuju bahawa mereka memahami strategi-strategi dalam penyelesaian masalah ( 4.53)

Jadual 4.20 :Taburan Skor Bagi Item 5 Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Di Dalam Tajuk Peratus Mudah Dipelajari Dan Difahami

Item5Penyelesaian masalah di dalam tajuk peratus mudah dipelajari dan difahami.12345Min/n

Peratus--3.131.365.64.63

Kekerapan--1102132

Merujuk Jadual 4.20 diatas, didapati bahawa seramai 1 responden ( 3.1%) tidak pasti bahawa penyelesaian masalah amat mudah dipelajari dan difahami, namun begitu seramai 10 responden (31.3%) bersetuju manakala 21 responden ( 65.6%) sangat setuju. Min bagi item 5 ini adalah 4.63 menunjukkan secara keseluruhannya bahawa responden sangat setuju yang mereka menyukai pengajaran dan pembelajaran dalam penyelesaian masalah melibatkan peratus.

Jadual 4.21 :Taburan Skor Bagi Item 6 Saya Berkeyakinan Untuk Menjawab Soalan-soalan Peratus Dalam Penyelesaian Masalah

Item6Saya berkeyakinan untuk menjawab soalan-soalan peratus dalam penyelesaian masalah.12345Min/n

Peratus - -6.237.556.34.5

Kekerapan - -2121832

Berpandukan jadual 4.21, menunjukkan seramai 18 orang ( 56.3%) sangat tidak bersetuju bahawa mereka tahu penggunaan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah.Selebihnya mewakili 3 orang( 9.4 %) tidak setuju, manakala 14 orang (43.8 %) tidak pasti. Min bagi item 6 ialah 2.06.Nilai ini menunjukkan bahawa responden tidak setuju bahawa mereka suka belajar bersendirian.

Jadual 4.22 :Taburan Skor Bagi Item 7 Berkaitan Dengan Rakan-rakan Membantu Saya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Item7Rakan-rakan membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

12345Min/n

Peratus--15.615.668.84.53

Kekerapan--552232

Merujuk Jadual 4.22 diatas, didapati bahawa seramai 5 responden ( 15.6%) tidak pasti bahawa penyelesaian masalah amat mudah diselesaikan ,namun begitu seramai 5 responden (15.6%) bersetuju manakala 22 responden ( 68.8%) sangat setuju. Min bagi item 7 ini adalah 4.53 menunjukkan secara keseluruhannya bahawa responden sangat setuju yang rakan-rakan membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.2.5Analisis Data ( Ujian Pasca)

Maklumbalas daripada responden melalui soal selidik 2, penyelidik telah membina satu post test yang mengaplikasikan strategi-strategi penyelesaian masalah dalam setiap soalan tersebut. Terdapat 7 soalan yang diubahsuai dan memerlukan responden menggunakan strategi-strategi dalam penyelesaian masalah untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

Jadual 4.23:Taburan Skor Bagi Soalan 1, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Mengenalpasti Corak.Soalan1Berapa peratuskah RM500 daripada RM 2500?

A5%

B15%

C20%

D25%

Peratus61678

Kekerapan2525

Bagi soalan 1, jawapan yang tepat adalah C.Seramai 25 orang (78%) menjawab tepat, manakla seramai 5 orang (16%) memberikan jawapan B dan 2 orang (6%) memberikan jawapan A. Ini bermakna seramai 25 orang responden yang telah dapat menggunakan strategi mengenalpasti corak bagi menjawab soalan ini.

Jadual 4.24:Taburan Skor Bagi Soalan 2, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Melukis GambarajahSoalan2Sebuah kedai menjual model tertentu mesin basuh dengan harga RM 700 setiap satu. Ia menawarkan diskaun 25% kepada mereka yang mempunyai kad diskaun. Sekiranya terdapat tiga daripada lima orang pelanggannya membeli dengan menggunakan kad diskaun. Berapa jumlah yang diterima oleh peniaga tersebut hasil daripada jualan lima mesin basuh tersebut

ARM1975BRM2975CRM3975DRM4975

Peratus1366913

Kekerapan42134

Jadual 4.24 menunjukkan bahawa seramai 21 orang responden (66%) telah menjawab tepat. Jawapan yang salah telah diberikan iaitu A dan D iaitu seramai 4 orang( 13%), manakala seramai 3 orang (9%) telah memilih jawapan C. Bagi soalan 2 ini, strategi yang mudah digunakan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah menggunakan strategi melukis gambarajah. Dengan ini menunjukkan bahawa seramai 21 orang responden telah dapat menggunakan strategi melukis gambarajah.

Jadual 4.25:Taburan Skor Bagi Soalan 3, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Kesimpulan InduktifSoalan3En. Ahmad mempunyai simpanan wang sebanyak RM 8500 di bank. Kadar faedah simpan ialah 5% setahun. Berapakah jumlah simpanannya selepas setahun?.

ARM8925

BRM8895CRM8550DRM8500

Peratus691399

Kekerapan22433

Jawapan bagi soalan 3 ini ialah A,seramai 22 orang (69%) telah menjawab tepat..Manakala selebihnya memberikan jawapan yang salah iaitu seramai 4 orang (13%) menjawab B dan seramai 3 orang (9%) telah menjawab C dan D. Dengan ini menunjukkan bahawa seramai 22 orang responden telah menggunakan strategi penyelesaian masalah dengan membuat kesimpulan induktif untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Jadual 4.26:Taburan Skor Bagi Soalan 4, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Penekaan atau PenaksiranSoalan4Dalam suatu jualan murah Zalina membeli sepasang kasut dengan harga 80% daripada RM 240 dan sebuah beg dengan harga X% daripada RM 500. Dia membayar RM 392 untuk kedua-dua barang. Berapakah nilai X?

A30B40C50D60

Peratus1663913

Kekerapan52034

Bagi soalan 4, jawapan yang tepat adalah B.Seramai 20 orang (63%) menjawab tepat, manakla seramai 5 orang (16%) memberikan jawapan A dan 3 orang (9%) memberikan jawapan C serta 4 orang(13%) telah memberikan jawapan D. Ini bermakna seramai 20 orang responden telah dapat menggunakan strategi penekaan atau penaksiran bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

Jadual 4.27:Taburan Skor Bagi Soalan 5, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Membina Jadual

Soalan5Dalam perbahasan, markah yang diperolehi oleh seorang peserta daripada 3 orang hakim iaitu P, Q dan R. (Nota: Markah maksimun adalah 10)

Hakim P = 70% daripada markah maksimumHakim Q = 8 markahHakim R = 2/5 daripada markah maksimumBerapakah jumlah markah terkumpul bagi peserta tersebut?A12.B17C19D22

Peratus281656

Kekerapan9518

Jadual 4.27 menunjukkan bahawa seramai 18 orang responden (56%) telah menjawab tepat iaitu C . Jawapan yang salah telah diberikan oleh responden iaitu A, seramai 9 orang( 28%) dan seramai 5 orang (16%) telah menjawab B.Bagi soalan 5 ini, strategi yang mudah digunakan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah dengan menggunakan strategi membina jadual.Ini menunjukkan seramai 18 orang telah mengapikasikan pengunaan strategi membina jadual untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Jadual 4.28:Taburan Skor Bagi Soalan 6, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Membina Jadual

Soalan6Paras air dalam tangki adalah 6.7m pada hari khamis. Pada hari jumaat, ia meningkat sebanyak 25% . Namun pada pada hari sabtu paras air menurun sebanyak 40% daripada paras pada hari jumaat. Berapakah paris air dalam tangki tersebut pada hari sabtu

A6.275B5.025C3.175D2.525

Peratus13789

Kekerapan4253

Jawapan bagi soalan 6 ini ialah B. Seramai 25 orang (78%) telah menjawab tepat. Manakala selebihnya memberikan jawapan yang salah iaitu seramai 4 orang (13%) menjawab A dan seramai 3 orang (9%) telah menjawab C.Bagi soalan ini, strategi penyelesaian masalah yang dicadangkan untuk mendapatkan jawapan yang tepat ialah dengan membina jadual . Jadual 4.28 Menunjukkkan bahawa seramai 25 orang telah menjawab tepat degan menggunakan strategi membina jadual.

Jadual 4.29:Taburan Skor Bagi Soalan 7, Adalah Berkaitan Dengan Penyelesaian Masalah Menggunakan Strategi Jalan Kerja dari Belakang

Soalan7Keluarga Borhan telah pergi makan di Kafe DRinting. Jumlah bayaran yang dikenakan ialah RM129.60 termasuk cukai perkhidmatan. Berapakah peratuskah cukai perkhidmatan sekiranya bayaran makan ialah RM120.

A7

B8

C9 D10

Peratus15591313

Kekerapan51944

Bagi soalan 7, jawapan yang tepat adalah B.Seramai 19 orang (59%) menjawab tepat,manakla seramai 5 orang (15%) memberikan jawapan A dan 4 orang (13%) responden pula telah memberikan jawapan C dan D. Ini bermakna seramai 19 orang responden telah dapat menggunakan strategi jalan kerja dari belakang bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

4.2.6Taburan Skor Bagi Analisis Keseluruhan Ujian Pasca

Pada bahagian ini,penyelidik akan menganalisia tenteng markah keseluruhan responden bagi Ujian Pasca. Jadual 4.30 menerangkan tentang markah yang diperolehi oleh pelajar.

Jadual 4.30 :Taburan Skor Bagi Analisis Keseluruhan Bagi Ujian Pasca

Bil MarkahJumlah RespondenTahap PenguasaanPeratus

1 7 11Cemerlang34

2 5 6 8Kepujian25

3 3 4 7Baik22

4 1 2 5Lemah16

50 1 SangatLemah 3

Jadual 4.30 menunjukkan analisis keseluruhan bagi Ujian Pasca. Tahap yang paling tinggi iaitu cemerlang telah diperolehi oleh responden seramai 11orang ( 34%). Manakala tahap kedua adalah kepujian iaitu seramai 8 orang (25%),diikuti baik 7 orang (22%) , 5 orang(16%) lemah dan seramai 1 orang (3%) adalah sangat lemah.

Graf 2 menunjukkan pencapaian keseluruhan bagi Ujian Pasca. Seramai 11 orang memperolehi 7 markah. Mereka tergolong dalam kumpulan pelajar yang cemerlang. Terdapat 8 orang pelajar yang memperolehi markah di antara 5-7 dan mereka dalam kedudukan kepujian. Seramai 7 orang pelajar memperolehi markah antara 3-4, mereka berada pada kedudukan pelajar yang baik. Manakala seramai 5 orang pelajar yang memperolehi markah di antara 1-2 dan diikuti dengan seorang pelajar yang tidak memperolehi sebarang markah . Mereka masing-masing tergolong dalam kumpulan pelajar yang lemah dan sangat lemah.

4.3Rumusan

Bab ini menjawab persoalan persoalan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji. ecara keseluruhannya analisis dapat dilakukan mengikut perancangan dan menjurus terhadap jawapan setiap persoalan yang dikaji berdasarkan maklumbalas daripada responden. Kesemua yang terlibat telah memberikan komitment yang padu kepada pengkaji. Secara keseluruhan daripada dapatan yang diperolehi ternyata pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan prestasi murid-murid. Berbagai sikap positif seperti bekerjasama, berhati-hati, menghargai masa, hormat menghormati dan sebagainya dapat dibentuk melalui aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.