bab 3. etika.dalam.islama.pdf

9
1 BAB 2: Etika dalam Agama Islam Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan etika Islam dalam hubungan dengan manusia b) Menyenaraikan etika Islam yang berkait dengan pekerjaan c) Menghuraikan etika Islam dalam bidang perniagaan 3.1 Mukadimah 3.2 Akhlak dalam Islam 3.3 Etika hubungan sesama manusia menurut Islam 3.4 Etika kerja dalam Islam 3.5 Etika perniagaan Islam Rujukan

Upload: nur-zieyma

Post on 30-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 1

    BAB 2: Etika dalam Agama Islam

    Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

    a) Menerangkan etika Islam dalam hubungan dengan manusia b) Menyenaraikan etika Islam yang berkait dengan pekerjaan c) Menghuraikan etika Islam dalam bidang perniagaan

    3.1 Mukadimah

    3.2 Akhlak dalam Islam

    3.3 Etika hubungan sesama manusia menurut Islam

    3.4 Etika kerja dalam Islam

    3.5 Etika perniagaan Islam

    Rujukan

  • 2

    Seperti mana dinyatakan dalam Bab 2, salah satu sumber utama etika adalah agama.

    Kebanyakan prinsip-prinsip etika yang diutarakan oleh agama-agama merupakan etika

    mutlak. Bab ini membincangkan etika atau akhlak yang disarankan dalam agama Islam

    khususnya yang berkait dengan hubungan dengan manusia, yang berkait dengan perniagaan

    dan pekerjaan.

    Akhlak berasal dari perkataan bahasa Arab akhlaq yang bererti perangai, budi, tabiat dan

    adab. Akhlak bererti tingkah laku seseorang yang didorong oleh suatu keinginan secara sedar

    untuk melakukan suatu perbuatan yang baik. Perkataan akhlak juga merujuk kepada budi

    pekerti seseorang individu; iaitu kelakuan atau gerak geri seseorang. Etika Islam adalah

    sinonim dengan akhlak.

    Asas utama akhlak dalam Islam adalah al-Quran dan al-Hadith. Dalam masa yang sama,

    Islam turut mengiktiraf sumber kemanusiaan yang terdiri daripada penakulan akal, naluri

    serta pengalaman manusia. Bagaimana pun, akal dan pengalaman ini mestilah digunakan

    dengan berpandukan al-Quran dan al-Hadith. Kombinasi sumber ketuhanan dan sumber

    kemanusiaan ini menghasilkan etika Islam yang mantap bagi mendasari segala aktiviti

    kehidupan manusia. Akhlak hendaklah diamalkan dalam pengurusan diri, rumah tangga,

    berinteraksi dengan manusia lain mahu pun pentadbiran negara. Dengan perkataan lain,

    gandingan teori dan amalan ini menjadikan etika Islam cukup lengkap untuk dilaksanakan

    dalam segenap aspek kehidupan.

    Etika Islam meliputi nilai positif dan nilai negatif Nilai positif merujuk kepada nilai yang

    memberi kesan baik kepada hati dan diri manusia serta dituntut untuk diamalkan. Nilai

    negatif pula meninggalkan kesan yang kurang baik dan wajar dihindari kerana mendatangkan

    kemudaratan kepada banyak pihak. Dari aspek hubungan, etika Islam mengambil kira nilai-

    nilai dalam hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan sesama manusia hubungan dengan

    alam sejagat. Dari segi skop nilai, etika Islam meliputi dimensi zahir (kelakuan) dan batin

    (kejiwaan) manusia. Etika Islam diinterpretasikan melalui pendekatan lahiriah iaitu melalui

    penampilan, sikap, perlakuan dan bahasa, mahupun pendekatan batiniah iaitu melalui hati

    (Nor Azzah Kamri, (2007).

    3.1 Mukadimah

    3.2 Akhlak dalam Islam

  • 3

    Agama Islam mementingkan hubungan mesra antara manusia. Citra dan hati budi seseorang

    itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi

    diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Interaksi sesama manusia perlu

    mengikut adab-adab yang telah digariskan oleh Islam. Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya

    membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan

    bukan Islam di Madinah. Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi

    hubungan integrasi yang bersepadu antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan

    Nasrani.

    Ikhlas adalah syarat asasi dalam Islam. Sifat ikhlas ialah melakukan sesuatu amalan

    tidak untuk keuntungan untuk diri sendiri, mencari pangkat dan darjat, inginkan

    kemasyhuran, pujian atau dikenali seluruh dunia tetapi kerana Allah SWT. Sifat ikhlas

    boleh diumpamakan seperti akar tunjang bagi sebatang pokok. Walaupun

    tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat oleh pandangan mata,

    namun ia menjadi penguat dan menyokong pokok itu tumbuh tegak dan teguh walau

    pun dirempuh oleh angin kencang dan ribut yang melanda. Keteguhan peribadi

    seperti ini akan melahirkan seorang yang mampu bertahan walaupun diuji dengan

    pelbagai dugaan.

    Amanah adalah suatu sifat dan sikap yang menunjukkan kesetiaan, ketulusan serta

    kejujuran dalam hubungan sesama manusia. Amanah dalam hubungan sesama

    bererti mesej yang disampaikan mestilah benar atau tidak tujuan mengkhianati

    sesiapa. Nabi Muhammad s.a.w. digelar al-amin yang bererti orang yang amanah.

    Tanpa sifat amanah hubungan sesama manusia tidak akan dapat menegakkan

    kebenaran.

    Hubungan sesama manusia perlu bersifat adil dan tidak berat sebelah atau

    membawa kezaliman kepada pihak lain.

    a) Apakah yang ditaksirkan sebagai akhlak menurut agama Islam? b) Nyatakan sumber-sumber yang menjadi asas akhlak dalam Islam.

    3.3 Etika Hubungan Sesama Manusia dalam Islam

  • 4

    Rendah Diri penting dalam hubungan sesama manusia. Ketiadaan sifat merendah

    diri akan menimbulkan sifat sombong atau membesarkan diri dan menunjuk-nunjuk

    dalam diri. Justeru, sifat dan sikap merendah diri ini perlu diamalkan kerana sifat

    sombong dan menunjuk-nunjuk akan membawa kepada kesusahan serta kesesatan.

    Dengki ialah perasaan iri hati atau rasa benci terhadap seseorang. Biasanya perasaan

    ini timbul pada seseorang manusia bila mana dia melihat orang lain mendapat

    nikmat atau mempunyai kelebihan daripadanya kemudian dia mengharap semoga

    nikmat dan kelebihan yang ada pada orang lain itu hilang dan berpindah pada

    dirinya. Sifat dengki menghabiskan segala amal kebajikan seseorang. Seperti dengan

    sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, Jauhilah oleh kamu sifat dengki itu,

    bahawasanya perasaan dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api

    memakan kayu yang kering.

    Rasuah bukanlah fenomena baru. Ia adalah fenomena universal tanpa batasan

    waktu dan tempat. Tiada negara boleh mendakwa ia boleh bebas dari jenayah

    rasuah. Kewujudan rasuah bermula sejak sejarah peradaban manusia, dinodai oleh

    sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan suatu jenayah berat yang mudah

    menular dalam sistem hidup masyarakat. Islam melarang dengan tegas manusia

    terlibat dengan gejala rasuah.

    Bertengkar dapat juga diertikan dengan berbantah. Secara takrif yang agak lebih

    tepat bertengkar dapat diertikan dengan bertukar fikiran untuk mencari

    kemenangan tanpa hakim. Dengan demikian setiap perbincangan yang hanya

    bertujuan untuk mencari kemenangan, kemegahan adalah tidak baik. Bertengkar

    yang dibolehkan adalah untuk mencari kebenaran. Pertengkaran yang tidak diingini

  • 5

    dalam Islam yang dapat menimbulkan perselisihan faham dan pergaduhan atau

    perkelahian akhirnya wujudlah permusuhan.

    Fitnah dapat diertikan dengan menghasut yang bermaksud menyampaikan cakap

    seseorang kepada orang lain dengan menambah di sana-sini supaya orang yang

    mendengar menjadi benci dan naik radang. Perbuatan ini amat tidak disukai dalam

    Islam sebab orang yang menghasut itu tergolong dalam golongan orang yang jahat.

    Adapun Islam tidak menerima orang jahat itu sebagai saksi apa lagi untuk

    mendengar cakapnya.

    Mengumpat ialah memperkatakan seseorang di belakangnya. Biasanya yang

    diperkatakan ini adalah sekitar kelakuan, keadaan badan, perangai dan sebagainya.

    Islam melarang manusia mengumpat, iaitu memperkatakan keburukan seseorang di

    belakangnya atau mereka-reka perkara dusta yang membabitkan seseorang untuk

    tujuan memburuk-burukkannya supaya harga dirinya jatuh di tengah masyarakat.

    Akhlak (etika) kerja dalam Islam sebenarnya bermula dengan konsep dan pandangan Islam

    terhadap kerja itu sendiri. Bekerja adalah untuk mendapat pahala di sisi Allah SWT. Paling

    penting ialah untuk melakukan sesuatu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

    seseorang yang terlibat dengan apa jua jenis pekerjaan hendaklah sedar dan mengamalkan

    berikut:

    Seseorang yang mempunyai akhlak yang baik perlu melakukan sesuatu pekerjaan

    dengan kemahiran dan ketekunan yang tinggi. Seseorang yang mempunyai akhlak

    (etika) tidak akan bekerja sambil lewah atau melambatkan dalam menyiapkan

    tugasannya dan tidak sekar melepas batuk di. Meskipun kerja itu dianggap

    membosankan tetapi apabila pekerja itu mempunyai akhlak dan anggapan yang baik

    terhadap kerja yang dilakukan maka kerja tersebut tidak dianggap sebagai bebanan.

    Begitu juga dengan amanah diri pekerja. Amanah merupakan akhlak yang perlu

    dipelihara oleh setiap pekerja sebagai teras keharmonian dan kejayaan sesebuah

    organisasi. Amanah sangat berat dan ia perlu disampaikan dengan benar dan jujur.

    3.4 Etika Kerja dalam Islam

    Huraikan etika hubungan sesama manusia menurut agama Islam.

  • 6

    Kejujuran dapat dilihat apabila seseorang pekerja itu melakukan tugas sepertimana

    yang diarahkan oleh ketua atau majikannya mengikut garis panduan yang ditetapkan

    dan tidak sama sekali melanggar batas peraturan. Sekiranya amanah dilakukan di

    luar peraturan syarak maka pekerja itu boleh dianggap sebagai tidak berakhlak. Oleh

    sebab itu, amanah itu perlu dipikul dan dijaga dengan baik.

    Selain itu, akhlak (etika) kerja ini juga mempunyai hubungan rapat dengan faktor

    masa atau bijak mengurus masa. Cendekiawan Islam menyifatkan masa itu sebagai

    sesuatu yang hidup. Kehidupan tidak akan bererti melainkan masa yang digunakan

    untuk beramal semenjak dari lahir hinggalah kepada saat yang terakhir. Bagaimana

    seseorang menghargai nyawa yang ada padanya maka begitulah dia menghargai

    masa.

    Akhlak (etika) kerja juga menekankan aspek menjaga hubungan sesama rakan

    sekerja. Hubungan ini penting dalam mewujudkan persekitaran kerja yang baik dan

    menyeronokkan bukan membina permusuhan. Apabila hak sesama rakan dijaga

    dengan baik maka ia akan dapat mewujudkan persekitaran kerja yang baik.

    Persekitaran kerja yang baik dapat dilihat apabila pekerja saling tegur menegur,

    memberi senyuman dan bertanyakan khabar. Hubungan yang baik ini juga akan

    mewujudkan semangat bekerjasama, saling bantu-membantu, bertukar-tukar fikiran,

    bersangka baik, nasihat menasihati dan sebagainya. Sebaliknya, sikap dan nilai buruk

    seperti iri hati, hasut-menghasut dan berprasangka buruk perlu dijauhi serta

    dihapuskan bagi mengelakkan sebarang ketidaksefahaman di tempat kerja.

    (sumber: Mastura Mohd Zain, 2015. Institut Kefahaman Islam Malaysia -

    IKIM)

  • 7

    Menurut hadith, setiap peniaga perlu memahami bahawa pembabitan mereka dalam urusan

    perniagaan adalah satu ibadat dan sangat dituntut dalam Islam. Namun begitu, setiap peniaga

    Muslim wajar mengetahui dan memahami etika perniagaan Islam secara mendalam sebelum

    berkecimpung dalam bidang perniagaan terutama dalam mengendalikan urusan jual-beli

    bersama pelanggan. Berikut adalah beberapa etika (akhlak) perniagaan:

    Etika perniagaan Islam ini adalah untuk

    memastikan setiap peniaga yang

    menceburi dalam bidang perniagaan

    dapat mengelakkan diri daripada

    segala sifat keji dan membiasakan

    dengan sifat terpuji. Keadaan ini

    penting bagi menjamin kepentingan

    ummah dapat terpelihara daripada

    segala unsur yang boleh mencetuskan perbalahan, ketidakadilan, pertikaian,

    penindasan dan rasa ketidakpuasan hati dapat dihalang. Di samping itu, mereka

    dapat melindungi hak kedua-dua pihak iaitu antara peniaga sebagai penjual dan

    pengguna sebagai pelanggan barangan terbabit.

    Hak kedua-dua pihak perlu dijaga bagi memastikan setiap perniagaan yang

    dijalankan berlangsung dengan baik dan dapat menjauhi semua unsur penipuan.

    Dalam al-Quran berulang kali mengingatkan peniaga supaya bersikap jujur dan

    melarang keras melakukan penipuan serta penyelewengan dalam perniagaan.

    Peringatan yang berulang kali ini menggambarkan bahawa penipuan dalam bentuk

    dan kadar yang pelbagai adalah sesuatu yang sering terjadi dalam dunia perniagaan.

    3.5 Etika Perniagaan dalam Islam

    Huraikan etika kerja yang harus diamalkan dalam dunia pekerjaan.

  • 8

    Penipuan daripada segala segi adalah haram dalam etika perniagaan Islam. Penipuan

    akan merosakkan hubungan antara pembeli dan penjual, malah boleh mencetuskan

    perbalahan dan pergaduhan yang berpanjangan. Oleh itu, sifat jujur peniaga dapat

    menghindari kesan negatif terhadap perhubungan antara peniaga dan pelanggan

    mereka.

    Peniaga dianjurkan supaya menitikberatkan kualiti kerja atau hasil atas barangan

    yang diniagakan. Adalah ditegah peniaga mengeksploitasi pelanggan dengan menjual

    barangan yang berkualiti rendah pada harga yang tinggi semata-mata kerana tidak

    ada orang lain yang menawarkan barangan yang serupa.

    Kualiti produk yang rendah tidak dapat menjamin pembelian pada masa depan dan

    tidak dapat menjamin kesetiaan pelanggan kepada barangan berkenaan.

    Implikasinya akan membawa kepada kegagalan perniagaan. Barangan yang berkualiti

    dengan harga yang berpatutan bukan saja dapat meningkatkan jualan tetapi juga

    dapat menjaga reputasi perniagaan.

    Peniaga perlu amanah. Islam melarang keras peniaga yang tidak amanah. Peniaga tidak boleh membohongi dan mengkhianati pelanggan, menjual barangan dengan harga terlalu tinggi dan melengahkan pembayaran kepada pengedar atau pembekal barangan ke kedainya. Misalnya, dalam perniagaan menerusi internet walaupun peniaga tidak bersemuka dengan pelanggan, namun mereka perlu menjaga amanah dalam memastikan barangan yang ditempah itu sama kualitinya dengan barang yang dipesan.

    Peniaga yang beretika juga perlu menjalankan perniagaan dengan adil. Keadilan

    bermaksud peniaga harus bersikap sederhana dalam semua perkara tanpa

    menguntungkan sebelah pihak, layanan sama rata atau saksama terhadap semua

    pelanggan, memberi pertimbangan yang adil dan tidak berat sebelah serta

    memberikan hak kepada orang yang berhak. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan

    mereka.

    Peniaga hendaklah sentiasa mengutamakan hubungan komunikasi antara

    pelanggan. Ucap kata-kata manis, saling hormat-menghormati, lemah-lembut dan

    cubalah mempertimbangkan kepentingan semua pihak.

  • 9

    Perniagaan hendaklah menjauhi daripada riba (usury). Amalan riba menindas

    pengguna dan ianya adalah haram dalam Islam. Riba adalah suatu amalan yang

    memberikan keuntungan kepada pemberi pinjaman/pembiaya walhal pihak pemberi

    pinjaman tidak terdedah sedikit pun kepada sebarang risiko. Riba perlu dijauhi

    kerana tergolong dalam dosa-dosa besar.

    (sumber: Nor Hartini Saari, Fahami Etika Perniagaan dalam Islam, e-Muamalat,

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM)

    RUJUKAN

    Mastura Mohd Zain (2010). Perniagaan/perdagangan Islam dan perlindungan pengguna.

    Institut Kefahaman Islam (IKIM).

    Nor Azzah Kamri (2007). Etika Islam: Satu Pengenalan.

    http://azzahk.blogspot.com/2007/04/etika-islam-suatu-pengenalan.html

    Ahmad Bashir Aziz (2009). Nilai dan etika pengurusan: Analisa dari perspektif agama-

    agama di Malaysia. Jabatan Pentadbiran Muamalat. Fakulti Pengurusan Perniagaan,

    Universiti Utara Malaysia

    Nor Hartini Saari, Fahami Etika Perniagaan dalam Islam, e-Muamalat, Jabatan Kemajuan

    Islam Malaysia - JAKIM)

    Bincangkan etika-etika yang harus dipatuhi oleh peniaga dan urusan jual-

    beli menurut agama Islam.