bab 3 biodiversiti

9
Bab 3 - Kepelbagaian Biologi (Biodiversity) Kepelbagaian Biologi 1. Kepelbagai organisma di Bumi ini adalah juga dikenali sebagai kepelbagaian biologi (biodiversity or biological diversity). 2. Kepelbagai organisma tersebut boleh diklasifikasikan menggunakan kaedah-kaedah pengelasan (classification method) yang sesuai. 3. Pengkelasan (classification) organisma hidup 4. Satu sistem klasifikasi diperlukan bagi mengkelaskan hidupan (living things) secara teratur kerana bilangan mereka yang besar serta pelbagai jenis. 5. Walaupun mereka memiliki ciri-ciri umum yang biasa (common general characteristics), organisma daripada spesis yang sama masih mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh membezakan mereka daripada spesis yang lain. 6. Klasifikasi (classification) adalah penting untuk membolehkan kajian saintifik yang lebih mendalam dijalankan bagi peningkatan (improvement) sesuatu spesis itu. Pengkelasan Haiwan Kumpulan haiwan boleh dikelaskan (classified) mengikut persamaan dalam ciri-ciri, sifat dan struktur. Ciri-ciri yang biasa adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh dua atau lebih jenis spesis. Ciri-ciri biasa pada haiwan adalah termasuk kaedah pembiakan, jenis makanan yang diambil, habitat dan ciri-ciri fizikal. Pengkelasan haiwan mengikut ciri-ciri biasa (common characteristics): Ciri-ciri haiwan Contoh Hidup di dalam air Ketam, ikan, udang, tiram, sotong, kerang, obor-obor. Hidup di atas darat Anjing, ayam, kucing, tupai, tikus, gajah,rusa, harimau. Hidup di dalam air dan di atas darat Buaya, katak, penyu, singa laut, memerang. Membiak dengan bertelur Ayam, ikan, burung, ketam, itik, angsa, lipas. Membiak dengan melahirkan anak Ikan paus, ikan lumba-lumba,

Upload: fatingee

Post on 30-Sep-2015

71 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

pengelasan organisma hidup

TRANSCRIPT

Bab 3 - Kepelbagaian Biologi (Biodiversity)Kepelbagaian Biologi

1. Kepelbagai organisma di Bumi ini adalah juga dikenali sebagai kepelbagaian biologi (biodiversity or biological diversity).2. Kepelbagai organisma tersebut boleh diklasifikasikan menggunakan kaedah-kaedah pengelasan (classification method) yang sesuai.3. Pengkelasan (classification) organisma hidup4. Satu sistem klasifikasi diperlukan bagi mengkelaskan hidupan (living things) secara teratur kerana bilangan mereka yang besar serta pelbagai jenis.5. Walaupun mereka memiliki ciri-ciri umum yang biasa (common general characteristics), organisma daripada spesis yang sama masih mempunyai ciri-ciri tersendiri yangboleh membezakan mereka daripada spesis yang lain.6. Klasifikasi (classification) adalah penting untuk membolehkan kajian saintifik yang lebih mendalam dijalankan bagi peningkatan (improvement) sesuatu spesis itu.

Pengkelasan Haiwan

Kumpulan haiwan boleh dikelaskan (classified) mengikut persamaan dalam ciri-ciri, sifat dan struktur.Ciri-ciri yang biasa adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh dua atau lebih jenis spesis.Ciri-ciri biasa pada haiwan adalah termasuk kaedah pembiakan, jenis makanan yang diambil, habitat dan ciri-ciri fizikal.Pengkelasan haiwan mengikut ciri-ciri biasa (common characteristics):

Ciri-ciri haiwanContoh

Hidup di dalam airKetam, ikan, udang, tiram, sotong, kerang, obor-obor.

Hidup di atas daratAnjing, ayam, kucing, tupai, tikus, gajah,rusa, harimau.

Hidup di dalam air dan di atas darat Buaya, katak, penyu, singa laut, memerang.

Membiak dengan bertelurAyam, ikan, burung, ketam, itik, angsa, lipas.

Membiak dengan melahirkan anakIkan paus, ikan lumba-lumba, landak, tenggiling, kelawar, arnab, lembu.

HerbivorArnab, lembu, kambing, zirafah, tupai, siput, belalang.

KarnivorSinga, harimau, ikan piranha, labah-labah, buaya, ular, katak.

OmnivorAyam, itik, kucing, lipas, tikus, beruang.

Badan berbulu rambutKucing, anjing, lembu, beruang, kelawar.

Badan berbulu pelepahBurung, ayam, itik.

Badan bersisikIkan, tenggiling, cicak, ular.

Haiwan boleh dibahagikan kepada 2 kategori:1. Vertebrata (vertebrates)2. Invertebrata (invertebrates)

Perbezaan (differences) antara haiwan vertebrata dan invertebrata adalah seperti berikut:AspekVertebrataInvertebrata

Tulang belakangMempunyai tulang belakang.Tidak mempunyai tulang belakang.

Sokongan badanSokongan utama adalah rangka dalaman (endoskeleton) yang terdiri daripada tulang.Sokongan utama adalah exoskeleton (seperti kulit keras) dan tekanan cecair/bendalir.

Vertebrata

Vertebrata (vertebrates) boleh dibahagikan kepada lima (05) kumpulan, iaitu:1. Ikan (fish)2. Amfibia (amphibians)3. Reptilia (reptiles)4. Burung (birds)5. Mamalia (mammals)

Ciri-ciri vertebrata adalah seperti berikut:Ikan

Hidup dalam air tawar atau laut. Badan ditutup dengan sisik dan sirip berlendir (slimy scales and fins). Sirip gunakan untuk berenang dan mengimbangi badan. Badan berbentuk torpedo (aerodinamik) untuk mengurangkan rintangan air. Bernafas melalui insang (gill). Berdarah sejuk (poikilothermic). Suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran. Bertelur (lay eggs). Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan. Persenyawaan (fertilisation) berlaku di luar badan, dimana sperma dan telur bersatu di luar badan ikan betina. Mempunyai garis deria (sensory line) untuk mengesan rangsangan luar (external stimuli). Terdapat beberapa ikan jenis terdiri dari tulang rawan (cartilaginous) seperti jerung. Sesetengah ikan mempunyai beg udara dalam badan untuk lebih mudah terapung.

Amfibia

Boleh hidup di atas darat dan di dalam air. Mempunyai kulit yang lembap (moist) dan terdedah yang berfungsi sebagai organ pernafasan tambahan kerana gas meresap denganmudah ke dalam sel-sel badan. Berdarah sejuk (poikilothermic). Bertelur. Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan. Persenyawaan berlaku di luar badan. Berudu (tadpoles) bernafas melalui insang dan hidup dalam air manakala katak dewasa tinggal di atas tanah dan nafas melaluiparu-paru serta kulit lembap (moist skin). Mempunyai selaput renang pada kaki untuk membantunya berenang. Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga. Contoh: katak, kodok, salamander, cicak.

Reptilia

Mempunyai kulit yang kering dan bersisik (dry and scaly skin). Sisik melindungi badan reptilia. Bertelur. Persenyawaan berlaku dalam badan reptilia betina, dimana sperma dan telur bersatu di dalam badan reptilia betina. Berdarah sejuk (poikilothermic). Kebanyakannya mempunyai dua pasang kaki, kecuali ular. Bernafas melalui paru-paru (lungs). Mempunyai satu jenis gigi sahaja. Giginya tajam dan berbentuk kon. Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga. Contoh: buaya, kura-kura, penyu, cicak, ular.

Burung

Tinggal di atas darat. Badannya dilindungi oleh bulu pelepah (feathers). Bulu pelepahnya adalah kalis air serta boleh memerangkap haba. Mempunyai sepasang sayap yang boleh laras, dari depan badan. Sayap membolehkannya terbang. Sesetengah burung boleh berenang, seperti itik dan penguin. Bertelur. Telurnya mempunyai cengkerang keras (hard shell). Persenyawaan berlaku di dalam badan. Berdarah panas (homoiothermic). Suhu badan kekal/tetap serta tidak berubah mengikut suhu persekitaran. Bernafas melalui paru-paru. Tidak mempunyai gigi, tetapi menggunakan paruh (beak) untuk mematuk (peck) makanan. Mempunyai kaki bersisik keras serta kuku tajam. Badannya berbentuk aerodinamik untuk mengurangkan rintangan udara semasa terbang. Contoh: burung kiwi, burung merpati, burung helang, burung kakak tua, burung penguin.

Mamalia

Kebanyakkannya tinggal di atas darat, kecuali ikan paus dan ikan lumba-lumba yang tinggal di dalam air. Badan diliputi dengan rambut (hair) dan bulu (fur). Kulitnya mempunyai kelenjar peluh (sweat glands). Mempunyai cuping telinga. Berdarah panas. Mamalia betina mempunyai kelenjar susu bagi menyediakan susu untuk anaknya. Persenyawaan berlaku di dalam badan. Melahirkan anak dari rahim mamalia betina, kecuali platypus yang bertelur. Bernafas melalui paru-paru. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk gigi untuk fungsi yang khusus dan berbeza. Contoh: manusia, monyet, arnab, anjing, lembu, zirafah, ikan paus, kelawar. Beberapa jenis mamalia menunjukkan ciri-ciri yang luar biasa. Contohnya, kelawar mempunyai sepasang sayap, landak mempunyaibulu berduri, platypus bertelur serta mempunyai paruh seperti itik.