bab 3

8
BAB 3: SKALA DAN JARAK Pengenalan -Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi. -Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta. (Lihat rajah di sebelah) -Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu skala lurus, skala penyata, dan pecahan wakilan. Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan lurus. Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat. Contoh Skala Lurus Cara Mengukur Jarak Lurus Jarak lurus boleh diukur dengan menggunakan jangka tolok, pembaris dan jalur kertas. Cara Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok.

Upload: jomminum

Post on 03-Feb-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bab3

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3

BAB 3: SKALA DAN JARAK

Pengenalan 

-Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.-Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta. (Lihat rajah di sebelah)-Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu skala lurus, skala penyata, dan pecahan wakilan.

Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus 

Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan lurus. Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.

Contoh Skala Lurus

Cara Mengukur Jarak LurusJarak lurus boleh diukur dengan menggunakan jangka tolok, pembaris dan jalur kertas.Cara Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok.

Cara Pertama : Jangka Tolok

Page 2: BAB 3

Cara kedua : Guna Jalur kertas

Cara Mengukur Jarak MelengkungJarak melengkung boleh diukur dengan menggunakan tepi kertas atau sejalur benang.

Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Jalur Kertas

Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Benang.

Page 3: BAB 3

Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar

-Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris. Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm). Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan.

Langkah-langkah :1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.2. Kemudian membaca nombor pada sekolah.3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta. Berdasarkan skala lurus itu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah ialah 4.5 km.5. Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.

Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km.Jarak sebenar di atas bumi ditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.

Page 4: BAB 3

BAB 4: GRAF

Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel (pemboleh ubah) dengan variabel yang lain. Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat. Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmukDalam bab ini, anda akan mempelajari graf bar berganda dan graf garisan berganda. Graf bar berganda terdiri daripada beberapa pasangan atau kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan. Contoh seperti Graf 1 di sebelah.

Rajah 1 : Graf Bar BergandaGraf garisan berganda terdiri daripada dua atau lebih garisan. Garisan-garisan ini menyambung kan titik-titik yang ditandakan dalam graf. Titik-titik ini mempunyai nilai yang berlainan. Contohnya  graf garisan berganda yang menunjukkan Min suhu bulanan Tokyo dan Kuala Lumpur (rujuk Graf 2 di bawah).

Rajah 2 : Graf Garisan Berganda

Page 5: BAB 3

Untuk menghasilkan graf, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut: Mengumpul maklumat dan data.

Merekod maklumat dan data dengan teratur.

Membina jadual.

Melukis graf.

Graf Bar BergandaCiri-ciri graf bar berganda ialah: Terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 bar. 

Tiap-tiap bar mewakili satu set data yang tertentu. 

Memudahkan perbandingan. 

Petunjuk yang jelas diperlukan. Kaedah melukis graf bar berganda. Lukis paksi menegak dan paksi melintang. Paksi melintang biasanya mewakili nilai tetap seperti tahun dan paksi menegak adalah nilai berubah.

Pilih skala yang sesuai dan tandakan di kedua-dua paksi.

Pilih saiz bar yang sesuai. Semua bar mesti bermula pada nilai 0 di paksi melintang.

Lukis bar yang terpanjang dahulu diikuti dengan lain-lain bar. Bar-bar tersebut mesti dilukis dengan rapat tanpa diselang.

Warna atau lorekkan bar-bar yang telah dilukis.

Sediakan petunjuk.

Page 6: BAB 3

 Tajuk : Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 – 200

Tahun  Lelaki Perempuan  Jumlah

2002 623  434 1057

2003 569 456 456

2004 573 479 1052

2005 492 560 1052

2006 440 650 1090

Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 – 2006Tafsiran

Pada tahun 2002, jumlah pelajar di SekolahSMK Dato' Seri Wan Mohamed  ialah seramai 1057 orang.  Pada tahun 2003, jumlah pelajarnya berkurangan sebanyak 32 orang menjadikan bilangannya seramai

1025 orang. 

Pada tahun 2004, pelajar bertambah sebanyak 27 orang menjadikan bilangannya seramai 1052 orang. 

Bilangan seramai 1052 orang berkekalan sehingga ke tahun 2005.  Berbanding dengan pelajar lelaki, didapati pelajar perempuan bertambah dari setahun ke setahun.

Pertambahan yang paling banyak sekali ialah antara tahun 2004 – 2005 iaitu sebanyak 81 orang.   Pengurangan yang paling besar bagi pelajar lelaki ialah antara tahun 2004 – 2005 iaitu sebanyak 81

orang

Graf Garisan Berganda

Ciri-ciri utama graf garisan berganda ialah: Terdiri daripada dua atau lebih garis.

Setiap garis mewakili satu set data yang tertentu.

Berguna untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih set data.

Langkah-langkah melukis graf garisan berganda. Lukis paksi menegak dan paksi melintang.

Tentukan nilai di paksi menegak dan paksi melintang. Nilai tetap selalunya ditulis di paksi melintang dan nilai berubah di paksi menegak.

Pilih skala yang sesuai bagi mewakili keluaran hasil pertanian di paksi menegak. Di paksi melintang tahun ditulis pada jarak yang bersesuaian.

Tandakan pangkah-pangkah kecil di atas kertas graf. Mulakan dengan padi kerana padi merupakan nilai yang terbesar.

Sambungkan tanda-tanda pangkah tersebut dengan satu garisan.

Ulangi langkah-langkah di atas bagi melukis garisan yang mewakili jagung dan kelapa.

Page 7: BAB 3

Warnakan atau lorekkan garis-garis tersebut dengan warna atau lorekan yang berbeza.

Contoh : Jadual dan graf garisan berganda.

Jadual menunjukkan eksport getah Malaysia kenegara-negara terpilih 1990 - 1994

Negara 1990 1991 1992 1993 1994China 150 120 250 330 350India 130 80 150 270 250Jepun 190 220 300 370 450

Tafsiran Jepun merupakan pasaran eksport terbesar dan diikuti oleh China dan India.

Nilai eksport tertinggi pada tahun 1994 iaitu Jepun.

Nilai eksport terendah ialah India (1990).

Nilai eksport semakin meningkat.

Nilai eksport merosot pada tahun 1991 seperti di China dan India.