bab 3

15
BAB TIGA KAEDAH KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Bab ini akan menerangkan tatacara bagaimana kajian ini dijalankan. Aspek-aspek yang berkaitan dengan metodologi kajian akan diterangkan secara terperinci dalam bab ini. Bermula daripada rekabentuk kajian, pengkaji akan terus membincangkan hal-hal yang bersangkutan dengannya seperti sampel kajian,kajian rintis, prosedur kajian , instrumen ujian serta analisis kajian. 3.2 REKABENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen di mana murid-murid dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimen dan Kawalan. Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian 33

Upload: theodore-mason

Post on 17-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aksak

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3

BAB TIGA

KAEDAH KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan tatacara bagaimana kajian ini dijalankan. Aspek-aspek

yang berkaitan dengan metodologi kajian akan diterangkan secara terperinci dalam

bab ini. Bermula daripada rekabentuk kajian, pengkaji akan terus membincangkan

hal-hal yang bersangkutan dengannya seperti sampel kajian,kajian rintis, prosedur

kajian , instrumen ujian serta analisis kajian.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen di mana murid-murid

dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimen dan Kawalan. Kedua-

dua kumpulan akan diberi ujian pra untuk mengetahui pencapaian awal mereka

dalam tajuk penyelesaian masalah pecahan melibatkan tambah dan tolak. Selepas

diberi ujian pra, jawapan-jawapan dikumpul dan dianalisis untuk mengenalpasti

tahap pencapaian murid-murid. Seterusnya Kaedah Koperatif dan Tradisional akan

33

Page 2: BAB 3

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan Eksperimen akan

menerima rawatan dengan Kaedah Koperatif. Sebaliknya kumpulan kawalan akan

diajar dengan pengajaran secara kaedah tradisional. Selepas proses pengajaran

dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan, kedua-dua kumpulan ini akan

diberikan ujian sama yang dikenali sebagai ujian post. Data dan markah ujian bagi

setiap individu dari kedua-dua kumpulan akan dipungut untuk dianalisis.

Rajah 3.1: Langkah-langkah Kajian

3.3 POPULASI DAN SAMPEL

Sebagai menjawab persoalan pokok yang menjadi fokus utama kajian, pengkaji telah

memilih murid-murid tahap dua Tahun Lima, Sekolah Kebangsaan Seri Geliga,

Daerah Kemaman Terengganu sebagai responden. Seramai 30 orang pelajar tahap

dua Tahun Lima di sekolah tersebut digunakan sebagi sampel untuk kajian ini.

Mereka ini akan menjadi responden kajian bagi menjawab soal selidik yang

disediakan.

34

Kelas Eksperimen Kelas Kawalan

Ujian Pra

Ujian Pos

Page 3: BAB 3

3.4 ALAT-ALAT KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan dua instrumen kajian.  Instrumen tersebut ialah ujian

post dan pra serta borang maklumat murid. Ujian melibatkan ujian pra dan ujian pos.

Ujian pra digunakan untuk menentukan pencapaian murid sebelum mengikuti sesi

pembelajaran, sementara ujian pos digunakan untuk menentukan pencapaian murid

selepas sesi pembelajaran dengan kaedah koperatif dan tradisional. Ujian pra dan

ujian pos akan memberikan data dalam bentuk kuantitatif. Borang maklumat murid

pula digunakan untuk menilai persepsi murid terhadap penggunaan kaedah koperatif

dalam pembelajaran mereka.

 

Bagi mengukur pencapaian murid pada peringkat awal, saya akan

memberikan pra ujian ke atas responden. Bagi menghasilkan ujian pra ini, saya akan

menyediakan satu set soalan yang berjumlah 10 soalan. Set soalan yang saya bina

adalah diubahsuai berdasarkan buku– buku aktiviti dan buku rujukan. Setelah selesai

diberikan ujian pra kepada semua murid yang terlibat iaitu seramai 30 orang,

seterusnya murid tersebut dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 15 orang dalam

kumpulan kawalan dan 15 orang dalam kumpulan eksperimen. Setelah murid

dipecahkan kepada dua kumpulan, murid dalam kumpulan eksperimen di ajar

menggunakan kaedah koperatif manakala murid dalam kumpulan kawalan pula di

ajar dengan kaedah tradisioanl. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui keberkesanan

kaedah koperatif berbanding kaedah tradisional. Setelah selesai enam minggu proses

pengajaran bagi dua kumpulan ini, guru telah merangka soalan ujian post yang mana

soalannya sama dengan soalan pra dan guru hanya mengubah beberapa bahagian

sahaja seperti nama dan nombor supaya tidak berlaku persamaan soalan.

35

Page 4: BAB 3

3.4.1 Soal Selidik Maklumat Pelajar

Soal selidik yang dijalankan ke atas responden mengandungi item-item berhubung

dengan sikap, maklumat mengenai keputusan markah dan gred matematik bagi setiap

murid yang diperolehi. Keputusan ini akan digunakan untuk melihat prestasi

pencapaian murid di peringkat awal.

3.4.2 Ujian

Soalan ujian pula adalah soalan yang diberikan kepada responden dimana soalan

merangkumi tajuk penyelesaian masalah pecahan yang melibatkan penambahan dan

penolakan pecahan. Soalan ujian pra dan ujian pos terdiri dari 10 soalan di mana ia

terdiri dari soalan mudah ke soalan sukar. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab

soalan ini adalah 30 minit. Dalam bahagian ini soalan ujian digunakan untuk melihat

kebolehan murid menyelesaikan masalah penambahan dan penolakan pecahan yang

diubahsuai mengikut kajian dan kesesuaian tahap murid. Saya akan membina soalan-

soalan yang berkaitan dengan tajuk tersebut berpandukan buku siri ulangkaji. Ujian

pra dan ujian pos boleh dirujuk  dalam Lampiran 2 dan Lampiran 3.

3.5 KAJIAN RINTIS

Sebelum kajian sebenar dijalankan, penyelidik telah menjalankan kajian rintis untuk

mengetahui tahap kebolehpercayaan item-item yang dibina. Seramai 30 orang murid

telah diagihkan borang soal selidik. Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji

kebolehpercayaan instrumen bagi mendapatkan data yang tepat berkaitan persoalan

36

Page 5: BAB 3

kajian. Disamping itu, ia bertujuan untuk membolehkan penyelidik menilai sama ada

murid - murid yang dijadikan responden memahami soalan, selain berpeluang

membaiki kesilapan dalam operasi menyelesaikan masalah. Menurut Azizi (2007)

perkara yang perlu difikirkan oleh penyelidik dalam menjalankan aktiviti

pengumpulan data adalah kesahihan data yang dikumpulkan, sejauh mana data-data

itu dapat memberi maklumat dan pengukuran yang tepat serta bermakna dalam

sesuatu penyelidikan. Justeru, selepas penyelidik membetuk alat atau instrumen

kajian, iaitu soal selidik yang sesuai, penyelidik perlu memastikan alat itu

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang khusus. 

3.6 TATACARA PENGANALISIS DATA

Pengumpulan data akan dijalankan oleh penyelidik terhadap dua kelas yang

digunakan dalam kajian. Semua murid dari dua kelas ini akan diberi ujian pra.

Seterusnya mereka diajar selama enam minggu dimana Kaedah Koperatif

dilaksanakan pada Kumpulan Eksperimen manakala kaedah tradisional pada

Kumpulan Kawalan.

Bagi mengesan pencapaian murid dalam kaedah koperatif, pengkaji

menjalankan kajian mengikut prosedur yang telah dirancangkan. Di antara prosedur

pelaksanaan yang dirancangkan adalah pada minggu pertama, murid diharapkan

dapat memahami konsep penyelesaian masalah pecahan melibatkan tambah. Aktiviti

yang akan dijalankan adalah berdasarkam contoh-contoh yang diberikan guru. Guru

seterusnya mengedarkan soalan latihan berkaitan dengan kemahiran yang diajar dan

37

Page 6: BAB 3

murid menjawab soalan melalui perbincangan dengan rakan dalam bentuk kumpulan

serta bimbingan dari guru.

Pada minggu kedua pula, murid diharapkan dapat menyatakan jawapan yang

melibatkan penyelesaian masalah pecahan melibatkan tolak. Pada minggu ini,

pengulangan kemahiran penyelesaian masalah pecahan melibatkan tambah masih

dilaksanakan kepada murid bagi yang belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Selepas pengajaran, murid-murid menjawab soalan-soalan yang lebih mudah

berkaitan kemahiran yang diajar dalam bentuk kumpulan dan dibimbing oleh guru.

Pada minggu ketiga, hasil pembelajaran yang diharapkan adalah murid dapat

memahami konsep penyelesaian masalah pecahan yang melibatkan tambah dan

tolak. Guru menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan bantuan alat bantu mengajar.

Guru juga mengedarkan soalan yang berkaitan bagi mengukuhkan lagi kemahiran

yang diajar dan murid menjawab soalan tersebut dalam bentuk kumpulan yang telah

ditetapkan dengan bimbingan daripada guru.

Seterusnya pada minggu keempat, diharapkan murid dapat memahami

dengan jelas konsep penyelesaian masalah pecahan melibatkan tambah dan tolak

dengan memperkukuhkan lagi dengan aktiviti dalam bentuk kumpulan bagi

membantu murid lebih memahami konsep penyelesaian masalah. Semasa aktiviti

dijalankan, murid-murid dalam kumpulan, digalakkan menyoal jika memerlukan

penerangan atau penjelasan guru dan mendapatkan maklumat. Langkah ini

melibatkan kedua-dua kemahiran penolakan dan penambahan yang melibatkan

penyelesaian masalah pecahan dan ianya diulang sehingga pada minggu kelima.

38

Page 7: BAB 3

Pengajaran diteruskan lagi pada minggu keenam. Murid diharapkan dapat

menyelesaikan masalah pecahan melibatkan penolakan dan penambahan tanpa

bimbingan guru. Aktiviti yang dijalankan adalah dalam aktiviti berkumpulan.

Selepas pengajaran, latihan latih tubi diedarkan kepada murid. Guru mengadakan

perbincangan jawapan selepas murid menjawab soalan yang diberikan. Ianya

bertujuan bagi menguji kemahiran murid. Pengulangan kemahiran dilaksanakan jika

perlu.

Di akhir minggu keenam ini instrumen yang kedua diberikan iaitu ujian post.

Soalan ujian post yang diberikan adalah sama di dalam ujian pra namun nombornya

sahaja yang berubah supaya murid beranggapan bahawa soalan tersebut tidak pernah

dibuat sebelum ini. Ujian ini diberikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan

kawalan bagi melihat keberkesanan bagi kedua-dua kaedah yang digunakan oleh

pengkaji bagi topik penyelesaian masalah pecahan melibatkan tambah dan tolak.

Tempoh masa selama 30 minit juga akan diberikan kepada murid-murid untuk

menyelesaikan ujian tersebut.

3.7 ANALISIS DATA

Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisa dengan mencari frekuensi

dan peratus. Maklumat mengenai markah dan gred matematik setiap murid adalah

untuk melihat peratus keupayaan awal murid. Maklumat ini juga akan digunakan

untuk mencari hubungan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam

menyelesaikan masalah pecahan melibatkan tambah dan tolak ke atas prestasi dan

sikap pelajar Tahun 5. Data yang dikumpulkan dari soalan ujian pra dan post akan

39

Page 8: BAB 3

dianalisa oleh pengkaji. Kebolehan murid pada peringkat awal dan akhir kajian

selama 6 minggu akan dilihat berdasarkan skor markah yang diperolehi untuk setiap

item soalan dan markah keseluruhan. Kesilapan dan kelemahan murid sewaktu

menjawab soalan ujian akan dibincang oleh pengkaji.

Jawapan yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan dikenali sebagai

data. Data ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu betul atau salah. Bagi soalan yang

tidak dijawab ianya tidak diambil kira di dalam analisis data ini. Semua data ini

disusun mengikut bentuk-bentuk tadi dan ditukar ke dalam bentuk peratusan.

Peratusan jawapan yang betul dikira dengan mengambil jumlah bilangan yang betul

berbanding dengan jumlah keseluruhan murid yang menduduki ujian tersebut.

Manakala peratusan salah pula diperolehi dengan membandingkan bilangan jawapan

salah dengan jumlah murid yang menjawab ujian tersebut. Kelemahan dan kesilapan

sewaktu menjawab soalan ujian akan dibincangkan oleh pengkaji.

3.8 RUMUSAN

Dalam kajian ini, murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Kawalan

dan Kumpulan Eksperimen. Kedua-duanya menduduki uijian pra dan post dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Ujian Pra dan Ujian Post adalah sangat penting bagi

melihat keberkesanan kaedah koperatif yang digunakan. Analisis data dalam bentuk

kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai akan dibuat selepas kedua-dua ujian

selesai dijalankan.

Di dalam kajian ini, penulis akan mengunakan disiplin-disiplin ilmu yang telah

dipilih, berdasarkan kaedah yang telah dinyatakan di atas bagi menonjolkan hasil

40

Page 9: BAB 3

kajian yang mantap serta dapat menjadi rujukan, bahan perbincangan yang berguna

kepada mahasiswa, ahli-ahli akademik, ahli-ahli politik, masyarakat dan negara.

Pengkaji telah memilih kaedah eksperimen yang meliputi proses untuk

mendapatkan data dalam masa tertentu yang telah ditetapkan dengan menggunakan

borang soal selidik, mata pelajaran-mata pelajaran yang diberikan ujian pra dan ujian

Pos. Dalam kajian ilmiah ini, penulis telah membuat rujukan ke atas kajian ilmiah

yang telah dibuat oleh Mohamad Zulkifli Bin Ab Rahman yang bertajuk

“perlaksanaan kaedah koperatif dan keberkesannya”. Tujuan penulis membuat

rujukan kepada kajian ilmiah ini adalah untuk melihat sejauhmana penguasaan

matematik dan pencapaian pelajar dibeberapa buah sekolah terpilih di Daerah

Kuching, Sarawak dalam kemahiran matematik untuk dibandingkan dengan kajian

yang dibuat di Daerah Kemaman, Terengganu. Untuk itu juga, penulis akan

memberikan gambaran terhadap pengkajian keberkesanan perlaksanaan kaedah

koperatif dalam menyelasaikan masalah pecahan melibatkan tambah dan tolak

Program di Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Daerah Kemaman, Terengganu.

41

Page 10: BAB 3

42