bab 3

11
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM KURSUS ASAS PENGATURCARAAN Farihan Elyana Zahari Abstrak Pembelajaran berasaskan masalah (iaitu problem based learning atau PBL) adalah satu kaedah pembelajaran pemusatan pelajar yang menekankan kepada proses yang akan diikuti oleh setiap pelajar dalam menyelesaikan masalah. Kajian ini dilakukan ke atas 42 orang pelajar semester dua Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) yang mengambil kursus FP201 Asas Pengaturcaraan. Kajian ini dijalankan dengan mengedar borang penilaian rakan sebaya dan soal selidik kepada kumpulan sasaran. Tujuan kajian adalah untuk mengetahui penerimaan pelajar terhadap kaedah PBL dalam mencapai domain pembelajaran dari segi kerja berkumpulan. Soal selidik yang dijalankan menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Hasil analisa kebolehpercayaan telah memperolehi Cronbach's Alpha, 0.753. Meskipun begitu, hanya 64.3% pelajar berminat dengan PBL jika dibandingkan dengan kaedah kuliah, 33.3% tidak pasti dan 2.4% tidak berminat. Didapati purata peruntukan pelajar untuk mengulangkaji kursus ini adalah kurang daripada 5 jam seminggu. Kata kunci: pembelajaran berasaskan masalah, kerja kumpulan. 1 PENGENALAN Kursus Asas Pengaturcaraan adalah kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di bawah Jabatan Pengajian Politeknik. Kursus ini melibatkan 30 jam teori dan 45 jam praktikal bagi sepanjang 15 minggu dalam satu semester. Selain daripada teori dan kemahiran, kursus ini juga menerapkan domain pembelajaran yang lain iaitu kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis (Jabatan Pengajian Politeknik, 2011). Apabila melibatkan domain tersebut, topik-topik yang digunakan dalam kursus tersebut sukar untuk dilaksanakan secara kelas tradisional iaitu pembelajaran berpusatkan pensyarah. Pelaksanaaan pembelajaran berpusatkan pelajar banyak membantu pelajar dalam usaha untuk melibatkan diri di sepanjang aktiviti kursus tersebut. Konsep Outcome Based Education (OBE) cuba diterapkan di dalam kursus tersebut sejak tahun 2010. Bagi menjayakan konsep ini, pensyarah perlu menjalankan kaedah pembelajaran pemusatan pelajar di mana salah satu daripadanya ialah pembelajaran berasaskan masalah (Problem based learning atau, PBL). Kaedah bagaimana PBL ini dijalankan bergantung kepada pensyarah yang mengajar kursus tersebut. PBL diperkenalkan kepada pelajar semasa sesi perbincangan struktur kawalan. Ini bertepatan dengan pelaksanaan OBE dalam pengajian politeknik.

Upload: nurul-hidayah-wasli

Post on 14-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM KURSUS ASAS PENGATURCARAAN

Farihan Elyana Zahari

Abstrak

Pembelajaran berasaskan masalah (iaitu problem based learning atau PBL) adalah satu kaedah pembelajaran pemusatan pelajar yang menekankan kepada proses yang akan diikuti oleh setiap pelajar dalam menyelesaikan masalah. Kajian ini dilakukan ke atas 42 orang pelajar semester dua Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) yang mengambil kursus FP201 Asas Pengaturcaraan. Kajian ini dijalankan dengan mengedar borang penilaian rakan sebaya dan soal selidik kepada kumpulan sasaran. Tujuan kajian adalah untuk mengetahui penerimaan pelajar terhadap kaedah PBL dalam mencapai domain pembelajaran dari segi kerja berkumpulan. Soal selidik yang dijalankan menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Hasil analisa kebolehpercayaan telah memperolehi Cronbach's Alpha, 0.753. Meskipun begitu, hanya 64.3% pelajar berminat dengan PBL jika dibandingkan dengan kaedah kuliah, 33.3% tidak pasti dan 2.4% tidak berminat. Didapati purata peruntukan pelajar untuk mengulangkaji kursus ini adalah kurang daripada 5 jam seminggu. Kata kunci: pembelajaran berasaskan masalah, kerja kumpulan. 1 PENGENALAN

Kursus Asas Pengaturcaraan adalah kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di bawah Jabatan Pengajian Politeknik. Kursus ini melibatkan 30 jam teori dan 45 jam praktikal bagi sepanjang 15 minggu dalam satu semester. Selain daripada teori dan kemahiran, kursus ini juga menerapkan domain pembelajaran yang lain iaitu kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis (Jabatan Pengajian Politeknik, 2011). Apabila melibatkan domain tersebut, topik-topik yang digunakan dalam kursus tersebut sukar untuk dilaksanakan secara kelas tradisional iaitu pembelajaran berpusatkan pensyarah. Pelaksanaaan pembelajaran berpusatkan pelajar banyak membantu pelajar dalam usaha untuk melibatkan diri di sepanjang aktiviti kursus tersebut. Konsep Outcome Based Education (OBE) cuba diterapkan di dalam kursus tersebut sejak tahun 2010. Bagi menjayakan konsep ini, pensyarah perlu menjalankan kaedah pembelajaran pemusatan pelajar di mana salah satu daripadanya ialah pembelajaran berasaskan masalah (Problem based learning atau, PBL). Kaedah bagaimana PBL ini dijalankan bergantung kepada pensyarah yang mengajar kursus tersebut. PBL diperkenalkan kepada pelajar semasa sesi perbincangan struktur kawalan. Ini bertepatan dengan pelaksanaan OBE dalam pengajian politeknik.

Page 2: Bab 3

Searight (1996) menyatakan terdapat empat perkara yang perlu dititiberatkan untuk menjadikan PBL lebih efektif iaitu:

a. Teori dan fakta yang telah diketahui atau pelajari. b. Maklumat tambahan yang diperlukan semasa menyelesaikan masalah. c. Membuat hipotesis terhadap masalah yang dikemukakan. d. Persoalan yang timbul diselesaikan dengan cara bertanya dan mencari

maklumat.

Pelajar-pelajar yang mempunyai pengalaman yang kurang daripada setahun dalam bidang pengaturcaraan bermasalah dari segi kemahiran pengaturcaraan. Mereka memerlukan lebih masa untuk membuat pengiraan logik, menulis aturcara dan seterusnya menguji program. Setelah beberapa kali percubaan, pelajar akan berputus asa (Ala-Mutka, 2004). Pemahaman pelajar tersebut berserta dengan tumpuan pensyarah terhadap kumpulan pelajar yang besar akan menjadikan pelajar berkaitan hilang minat dan malu untuk bertanya. Penerapan PBL diperkenalkan dalam usaha mengatasi masalah-masalah yang diutarakan.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan dalam keberkesanan PBL yang dijalankan bagi topik Kawalan Struktur. Persoalan-persoalan tersebut ialah:

1.1.1 Mengkaji peratus penerimaan pelajar dengan PBL.

1.1.2 Mengkaji purata penerimaan pelajar perempuan dan lelaki terhadap

aktiviti PBL dari segi merangsang minat, sumbangan idea, memudahkan pembelajaran, meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dan meningkatkan kemahiran komunikasi.

1.1.3 Mengkaji masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji sama ada

ianya memenuhi student learning time (SLT) yang telah dinyatakan dalam kurikulum iaitu 5 jam.

1.1.4 Menguji samada jantina mempengaruhi penerimaan kaedah

pembelajaran berasaskan masalah.

2 ULASAN KARYA

Kurikulum bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) direkabentuk berasaskan kesemua domain pembelajaran yang ditetapkan oleh MQA. Kursus Asas Pengaturcaraan melibatkan domain pembelajaran kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah iaitu Programme Educational Objectives (PEO) yang ketiga di mana ia bertujuan melatih agar pelajar memberi tumpuan kepada keperluan dalam pembinaan, mengaplikasi dan konfigurasi mengikut keperluan organisasi. Kursus FP201 Asas Pengaturcaraan adalah kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di bawah Jabatan Pengajian Politeknik. Kursus ini melibatkan 30 jam teori dan 45 jam

Page 3: Bab 3

praktikal bagi sepanjang 15 minggu dalam satu semester. Selain daripada teori dan kemahiran, kursus ini juga menerapkan domain pembelajaran yang lain iaitu kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis (Jabatan Pengajian Politeknik, 2011).

PBL merupakan satu kaedah pembelajaran yang memperlihatkan penglibatan yang lebih aktif daripada pelajar semasa sesi pembelajaran. Pelaksanaan PBL melibatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar (Ribeiro, 2011). Ia dilaksanakan mengikut kepada proses-proses berikut:

a. Pelajar terlebih dahulu didedahkan kepada contoh-contoh masalah. b. Pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan kecil. c. Setiap ahli kumpulan berbincang berkaitan dengan masalah yang diberi. d. Setiap ahli kumpulan akan mengemukakan beberapa idea berdasarkan

pengalaman dan juga contoh masalah yang telah diberikan. e. Selepas selesai aktiviti, pelajar akan menjalani penilaian rakan sebaya untuk

mengetahui keberkesanan aktiviti tersebut.

Konsep PBL menekankan pembelajaran secara kumpulan. Ahli kumpulan ini perlu dibentuk secara rawak. Kumpulan dipecahkan kepada kumpulan yang kecil agar idea tersebut mudah untuk diuruskan dan juga untuk menilai penglibatan sesama ahli kumpulan (Ribeiro, 2011). Ini amat penting agar pelajar dipecahkan kepada kumpulan pelajar secara rawak bagi memastikan pelajar memiliki peluang yang sama dalam menyumbang idea (Klegeris & Hurren, 2011). Mungkin ada sesetengah pelajar mendominisikan kumpulan perbincangan. Oleh itu, pensyarah berperanan sebagai tutor untuk mengawal suasana tersebut. Kursus pengaturcaraan memerlukan pelajar menyelesaikan masalah persekitaran dengan menggunakan kaedah logik iaitu mengenalpasti input, proses dan keluaran. Oleh itu, soalan-soalan yang dikemukakan semasa perbincangan adalah soalan-soalan yang melibatkan perbincangan kumpulan mengenai sesuatu masalah yang dikemukakan (Hollenbeck, 2009). Daripada permasalahan yang diperolehi, pelajar akan mengenalpasti input yang diperlukan, proses yang perlu dilakukan dan seterusnya output yang dikehendaki. Permasalahan yang dikemukakan itu berdasarkan topik-topik yang telah dipelajari dalam kelas teori. Bagi memastikan keberkesanan PBL, pelajar terlebih dahulu didedahkan dengan teori sebelum pelaksanaan PBL (Gregson, Romito, & Garetto, 2010). Ini adalah untuk memastikan pelajar mempunyai hala tuju apabila hendak menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Komunikasi dalam kumpulan yang kecil mampu membuang sikap rendah diri dalam kalangan pelajar. Adalah amat sukar memberi arahan agar pelajar berkomunikasi dalam kumpulan yang besar. Dalam menjayakan PBL, semua pelajar mestilah komited terhadap perbincangan kumpulan di mana mereka perlu berkomunikasi secara efektif, menilai maklumat-maklumat yang diterima dan seterusnya mengaplikasikan maklumat-maklumat tersebut (Klegeris & Hurren, 2011). Komunikasi secara aktif dapat dilihat semasa sesi perbincangan. Oleh itu perbincangan tersebut akan meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar. Setiap kumpulan akan belajar dengan bekerjasama secara berkumpulan dan pelajar digalakkan untuk membawa bahan-bahan yang membantu semasa perbincangan (Gregson, Romito, & Garetto, 2010a). Pelajar dibenarkan melayari Internet serta mendapatkan buku-buku rujukan bagi menyokong idea mereka.

Page 4: Bab 3

Setiap pelajar perlu menyumbangkan idea semasa sesi perbincangan (Hollenbeck, 2009). Ahli kumpulan dipilih secara rawak bagi memastikan idea itu datang daripada kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai tahap pemikiran (Larin, Buccieri, & Wessel, 2010). Sekiranya pemilihan ahli tidak dijalankan oleh pensyarah, dikhuatiri pelajar hanya akan berada di dalam kumpulan yang terdiri daripada ahli yang bersependapat dengan mereka. Soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada kumpulan, bersifat kognitif dan kumpulan perlu mencadangkan beberapa penyelesaian (McCarlie & Orr, 2010). Ini adalah kerana setiap masalah yang dikemukakan bukan hanya boleh diselesaikan dengan satu kaedah tetapi pelbagai kaedah berdasarkan kreativiti kumpulan mengolah masalah tersebut. Aktiviti PBL adalah satu aktiviti yang mampu memberi kesan yang positif ke atas pembelajaran dan juga kemahiran pelajar (Larin et al., 2010). Ini adalah kerana pelajar akan berbincang dan perlu memahami perkara yang dibincangkan sebelum menghasilkan penyelesaian di mana hasil perbincangan tersebut akan kekal lama di dalam ingatan pelajar. Ini amat membantu pelajar dalam membina keyakinan dalam pengetahuan (Gregson, Romito & Garetto, 2010b). Semasa aktiviti PBL, elemen-elemen sosial diterapkan secara tidak langsung. Pelajar akan belajar bagaimana untuk menyumbangkan idea (McCarlie & Orr, 2010). Galakan sesama ahli kumpulan dan juga pensyarah sebagai tutor akan meningkatkan motivasi pelajar dan seterusnya meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah oleh pelajar (Larin et al., 2010). Tugas pensyarah untuk menumpukan perhatian terhadap semua pelajar boleh dikurangkan dengan kaedah PBL. Ini adalah kerana masa yang diperuntukkan dalam setiap sesi pembelajaran adalah terlalu singkat dengan pelbagai kekangan seperti topik yang terlalu banyak (Neofa, 2010). Pensyarah hanya menjadi tutor dalam membantu pelajar menjayakan aktiviti PBL. Interaksi yang aktif di antara pensyarah dan pelajar amat penting. Cabaran utama pensyarah ialah dalam membimbing dan membantu pelajar (Ribeiro, 2011). Setelah sesi perbincangan, setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan masing-masing.

3 METODOLOGI

Kajian ini dijalankan untuk sesi pembelajaran topik Kawalan Struktur. Topik ini merupakan asas kepada pengaturcaraan. Sesi pembelajaran dimulakan dengan kelas teori berkaitan dengan kawalan struktur di mana pelajar didedahkan dengan contoh-contoh soalan. Populasi yang terlibat ialah pelajar semester dua Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Kelas teori ini dijalankan selama 30 minit untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan teori tersebut. Sebelum ini pelajar telah mempelajari teori yang berkaitan dalam kursus FP101 Prinsip Pengaturcaraan. Seterusnya pelajar dipecahkan mengikut kumpulan secara rawak. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 atau 5 ahli kumpulan dan diberikan 2 soalan yang berbeza serta diberi masa selama sejam untuk sesi perbincangan. Sebelum perbincangan, pelajar diterangkan dengan konsep pembelajaran berasaskan masalah. Pelajar diberi kebebasan untuk mencari lokasi perbincangan samada di dalam kelas ataupun di luar kelas mengikut keselesaan ahli kumpulan. Pemantauan oleh pensyarah dijalankan di sepanjang perbincangan. Ahli kumpulan akan meminta pendapat pensyarah sekiranya terdapat perselisihan pendapat. Setelah sesi

Page 5: Bab 3

perbincangan berakhir, wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan. Di akhir sesi perbincangn, pensyarah akan mengedarkan borang penilaian rakan sebaya. Borang ini amat penting untuk pelajar menilai ahli kumpulan di sepanjang penglibatan mereka dalam perbincangan kumpulan (Klegeris & Hurren, 2011). Soal selidik juga dijalankan untuk mengkaji samada minat dan penglibatan pelajar meningkat semasa sesi pembelajaran berasaskan masalah (Pirrami, 2011).

3.1 Penilaian rakan sebaya

Borang penilaian rakan sebaya telah diedarkan untuk menguji keberkesanan aktiviti perbincangan selepas aktiviti. Penilaian ini dibuat oleh rakan ahli kumpulan terhadap rakan kumpulan yang sama. Item-item yang dimasukkan dalam borang tersebut merangkumi: 3.1.1 Kerjasama ahli semasa aktiviti perbincangan.

3.1.2 Penglibatan sepenuhnya dalam aktiviti perbincangan.

3.1.3 Menghormati pendapat ahli kumpulan yang lain.

3.1.4 Penggunaan bahasa yang bersesuaian ketika perbincangan.

3.2 Soal selidik

Soal selidik secara di atas talian telah dijalankan untuk menguji keberkesanan PBL dari segi kerja kumpulan. Soal selidik ini diadaptasi daripada kajian Doody (2009) yang bertajuk A longitudinal evaluation of the impact of a Problem-Based Learning approach to the teaching of software development in higher education. Jadual 3.2.1 menunjukkan soalan yang dikemukakan dalam soal selidek tersebut. Skala Likert digunakan untuk mengutip data bagi perkara B1 sehingga B5 di mana skalanya terdiri daripada 1-sangat setuju, 2-setuju, 3-tidak pasti, 4-kurang setuju dan 5- tidak setuju.

Jadual 3.2.1: Borang soal selidik.

Kumpulan Soalan

Nombor soalan

Soalan

Peribadi A1 Jantina. A2 Pengalaman dalam bidang pengaturcaraan.

Kerja Kumpulan

B1 Perbincangan dalam kumpulan semasa PBL meransang minat dalm pengaturcaraan.

B2 Saya menyumbangkan idea semasa sesi perbincangan. B3 Perbincangan secara kumpulan semasa PBL

memudahkan pembelajaran. B4 PBL meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. B5 PBL meningkatkan kemhiran komunikasi.

Masa M1 Masa yang diperuntukkan untuk mengulangkaji setiap minggu.

Komen Komen dan cadangan pelajar.

Page 6: Bab 3

4 DAPATAN KAJIAN Hasil maklum balas daripada borang penilaian rakan sebaya diperolehi dan telah dikumpulkan mengikut kategori. Hasil tersebut direkodkan dalam Jadual 4.1. Bagi responden perempuan, data bertabur dengan sisihan piawai ialah .402. Manakala untuk pelajar lelaki, purata ialah 1.00 dan sisihan piawai ialah .000. Ini bermaksud bagi pelajar lelaki, tiada sisihan piawai yang berlaku di mana ia menggambarkan semua pelajar lelaki bersetuju dengan item-item yang diuji dalam borang penilaian rakan sebaya.

Jadual 4.1: Kesimpulan penilaian rakan sebaya.

Jantina Purata N Std.

Deviation Perempuan 1.19 31 .402 Lelaki 1.00 11 .000 Jumlah 1.14 42 .354

Soal selidik telah dijalankan ke atas sampel bersaiz 42 yang terdiri daripada 31 orang perempuan dan 11 orang lelaki (N=42). Setelah data diperolehi, ia direkodkan menggunakan SPSS 17.0. Analisa kebolehpercayaan telah dijalankan dan didapati Cronbach's Alpha ialah 0.753. Kajian telah dijalankan untuk menentukan ketekalan dalaman (internal consistency) bagi kelima-lima item seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Ketekalan dalaman bagi lima item yang dikaji.

Soalan Purata Sisihan

Piawai Perbincangan dalam kumpulan semasa PBL meransang minat dalam pengaturcaraan. 1.55 .670

Saya menyumbangkan idea semasa sesi perbincangan. 1.67` .612

Perbincangan secara kumpulan semasa PBL memudahkan pembelajaran. 1.55 .633

PBL meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. 1.50 .595

PBL meningkatkan kemhiran komunikasi. 1.60 .544

Purata untuk item-item tersebut berada dalam julat 1.50 sehingga 1.67 dengan jumlah purata keseluruhan skala, 7.86 (sisihan piawai = 2.17). Kesimpulannya, data daripada sampel mengikut skala menunjukkan mereka bersetuju bahawa PBL membantu dari segi minat, sumbangan idea, memudahkan pembelajaran, meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dan meningkatkan komunikasi.

Page 7: Bab 3

Jadual 4.3: Statistik keseluruhan.

Purata Variance Standard Deviation

No. of Items

7.86 4.711 2.170 5 Jadual 4.3 menunjukkan purata, variance dan standard deviation untuk kelima-lima item yang diuji. Purata untuk kelima skala yang diuji ialah 7.86 (kemungkinan skala ialah 5 ke 25) dengan sisihan piawai, 2.17. Analisa telah dibuat untuk menjawab persoalan yang diutarakan dalam kajian dan direkodkan seperti berikut :

4.1 Peratus penerimaan sampel 42 orang pelajar ke atas populasi pelajar semester dua Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaan) ialah 64.3% berminat, 33.3% tidak pasti dan 2.4% tidak berminat. Rajah 4.1.1 menunjukkan graf bar peratus penerimaan tersebut.

Rajah 4.1.1: Peratus penerimaan pelajar terhadap PBL.

4.2 Jantina mempengaruhi aktiviti PBL dari segi minat, sumbangan idea,

memudahkan pembelajaran, peningkatan pengetahuan serta komunikasi dan peningkatan kemahiran berkomunikasi. Keputusan kajian adalah seperti dalam Jadual 4.2.1.

Page 8: Bab 3

Jadual 4.2.1: Purata dan sisihan piawai berdasarkan jantina.

Jantina Merangsang minat

Menyumbangkan idea

Memudahkan pembelajaran.

Meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran

Kemahiran komunikasi

Perempuan Purata 1.65 1.74 1.65 1.58 1.68

Sisihan piawai .709 .575 .608 .620 .475

Lelaki Purata 1.27 1.45 1.27 1.27 1.36

Sisihan piawai .467 .688 .647 .467 .674

Jumlah Purata 1.55 1.67 1.55 1.50 1.60

Sisihan piawai .670 .612 .633 .595 .544

Kesimpulan dapat dibuat buat bahawa purata pengaruh jantina terhadap kelima-lima item ialah di antara julat 1.27 hingga 1.74.

4.3 T-test terhadap peruntukan masa pelajar untuk mengulangkaji pembelajaran selepas kelas direkodkan dalam jadual.

Jadual 4.3.1: Statistik one-sample

N Mean Standard deviation

Std. error mean

42 4.1429 2.00696 .30968

Purata bagi sampel 42 orang ialah 4.1429 di mana ia kurang daripada peruntukan dalam student learning time (SLT) iaitu 5 jam. Darjah kebebasan (Degree of freedom-df) ialah 41 yang bersamaan dengan p-value ialah .008. Oleh kerana nilai p .008 ialah kurang dari .05, hipotesis null(Ho) untuk bilangan jam pelajar diperuntukan mengulangkaji selepas kelas selama 5 jam ditolak. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah pelajar yang mengulangkaji kursus Asas Pengaturcaraan (Purata=4.1429,sd=2.00696) adalah menghampiri kepada bilangan yang diperuntukkan dalam SLT iaitu, t(41)= - 2.78, p < .05, d = - 0.43.

4.4 Menguji samaada jantina mempengaruhi penerimaan PBL.

Jadual 4.4.1 menggambarkan bilangan sampel setiap kumpulan, purata dan sisihan piawai. Ia menunjukkan bahawa purata penerimaan pelajar lelaki (purata = 1.09) lebih rendah daripada pelajar perempuan (purata =1.13).

Page 9: Bab 3

Jadual 4.4.1: Statistik kumpulan.

Gender N Mean Std. deviation

Std. error mean

Perempuan 31 1.13 .336 .059 Lelaki 11 1.09 .302 .091

Keputusan daripada Independent Samples t-test berdasarkan Jadual 4.4.2 menunjukkan Levene’s Test menghasilkan F = .372 dengan nilai p ialah .545. Oleh kerana nilai p lebih besar daripada .05, hipotesis null tidak ditolak. Ini mengandaikan perbezaan populasi adalah sama. Berdasarkan sampel 42 orang, df ialah 41 dengan nilai p ialah .768. Oleh kerana nilai p lebih besar daripada .05, hipotesis null menyatakan purata sama tidak ditolak. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan purata yang signifikan antara kumpulan sampel.

Jadual 4.4.2: Independent sample t-test

Levene's Test for

Equality of Variances t-test for Equality of Means

95% Confidence Interval of the

Difference

F Sig. t df Sig.

(2-tailed) Mean

Difference Std. Error

Diff. Lower Upper

Equal variances assumed

.372 .545 .297 41 .768 .034 .115 -.197 .266

Equal variances not assumed

.314 19.230 .757 .034 .109 -.193 .261

Komen-komen daripada pelajar direkodkan seperti berikut:

4.4.1 Diharap proses PBL akan menjadi salah satu pentas bagi memudahkan pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang pengaturcaraan.

4.4.2 Saya lebih berminat Asas Pengaturcaraan ini setelah saya didedahkan dengan pelbagai masalah yang perlu diselesaikan sendiri melalui amali dan perbincangan secara berkumpulan. Saya berharap semoga saya mendapat lebih pengalaman

Page 10: Bab 3

daripada latihan-latihan yang mampu memberikan pengetahuan yang baik kepada saya.

4.4.3 Kaedah pembelajaran secara kuliah dahulu kemudian diikuti

secara praktikal atau perbincangan.

4.4.4 Kaedah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah adalah salah satu kaedah pembelajaran yang sangat berkesan kepada para pelajar. Diharap pembelajaran ini dapat membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang pengaturcaraan.

4.4.5 Kesan PBL untuk kursus Asas Pengaturcaraan ialah cara yang

digunakan amatlah menarik minat dan mudah untuk difahami apabila dapat berbincang dengan ahli kumpulan selain daripada tunjuk ajar oleh pensyarah.

4.4.6 Perbanyakkan soalan.

Hasil daripada komen-komen pelajar, dapat disimpulkan bahawa PBL lebih berkesan sekiranya soalan berasaskan masalah diperbanyakkan.

5 KESIMPULAN Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa kaedah PBL amat sesuai dilaksanakan dalam pembelajaran berkaitan dengan pengaturcaraan. Selain itu juga didapati bahawa jantina tidak mempengaruhi penerimaan terhadap PBL. Motivasi perlu diberikan kepada pelajar dalam pematuhan SLT bagi setiap pembelajaran memandangkan masa ulangkaji pelajar terhadap subjek ini tidak dipatuhi. PBL diperkenalkan kepada pelajar menggunakan proses yang disaran oleh para penyelidik sebelum ini. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian (Pirrami, 2011) yang menyatakan bahawa minat dan penglibatan pelajar meningkat dengan kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Ia juga mampu memberi kesan positif yang tinggi kepada pengetahuan dan kemahiran, meningkatkan kefahaman isi kandungan dan peningkatan kemahiran penyelesaian masalah (Klegeris & Hurren, 2011).Walaupun begitu, kajian ini masih boleh dipertingkatkan lagi dengan menguji keberkesanan ke atas pemahaman pelajar dengan menjalankan kajian ke atas post-test dan pre-test.

RUJUKAN Ala-Mutka, K. (2004). Problems in learning and teaching programming - A

literature study for developing visualizations in the Codewitz-Minerva project. Codewitz Need Analysis, 1-13.

Doody, J. (2009). A longitudinal evaluation of the impact of a problem-based

learning approroach to the teaching software in higher education (Doctoral thesis). School of Education, Durham University, United Kingdom.

Page 11: Bab 3

Gregson, K., Romito, L. M., & Garetto, L. P. (2010). Students’ attitudes toward integrating problem-based learning into a D.D.S. Pharmacology Curriculum. Journal of Dental Education, 74(5), 489-498. Retrieved from http://www.jdentaled.org/cgi/content/abstract/74/5/489.

Hollenbeck, J. (2009). Enhanced student learning with problem based. International

Journal.

Jabatan Pengajian Politeknik. (2011). Curriculum Diploma in Information Technology (Programming).Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Politeknik.

Klegeris, A., & Hurren, H. (2011). Impact of problem-based learning in a large

classroom setting: Student perception and problem-solving skills. Advances in Physiology Education, 408-415. doi:10.1152/advan.00046.2011.

Larin, H. M., Buccieri, K. M., & Wessel, J. (2010). Students ’ perspectives on

problem-based learning in a transitional Doctorate of Physical Therapy Program. Journal of the Scholarship Teaching and Learning, 10(3), 128-144.

McCarlie, V. W., & Orr, D. L. (2010). Health science education: Reviewing a

framework for problem-based learning. Journal of Dental Education, 74(5), 480-488. Retrieved from http://www.jdentaled.org/cgi/content/abstract/74/5/480.

Neofa, Z. (2010). A case study of how primary school teachers in Papua New Guinea

understand outcome-based education (Doctoral thesis). Queensland University of Technology, Australia.

Pirrami, F. (2011). Water as focus of problem-based learning: An integrated

curricular program for environmental education in secondary schools. Environmental Sciences, 2, 270-280.

Ribeiro, L. R. C. (2011). The pros and cons of problem-based learning from the

teacher’s standpoint. Journal of University Teaching & Learning Practice, 8(1).

Searight, H. R. (1996). Implementing problem-based learning in an undergraduate psychology course. Communication, 69-76.

Farihan Elyana Zahari, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. emel: [email protected]