bab 3

14

Click here to load reader

Upload: aishah-ali

Post on 04-Jul-2015

2.321 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3

BAB 3ANCAMAN

PARTI KOMUNIS MALAYA DAN

DARURAT

Page 2: Bab 3

PENYUSUPA

N DAN

KEGIATAN

PENGGANAS

KOMUNIS KESAN

DARURAT

LANGKAH

MEMBANTER

AS ANCAMAN

KOMUNIS

Page 3: Bab 3

PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS

KOMUNIS

Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pada pertengahan abad

ke-19. Ia merupakan suatu fahaman menentang golongan

feudal dan imperialis secara kekerasan untuk

menggantikannya dengan pemerintahan yang berasaskan

fahaman komunis.

Komunisme memperjuangkan masyarakat tanpa kelas,

memiliknegarakan tanah dan perindustrian. Fahamannya

dianuti oleh beberapa negara seperti Rusia dan China.

Pada Julai 1919, Communist International (Comintern) atau

Pertubuhan Komunis Antarabangsa mengarahkan parti-parti

komunis di Eropah supaya menyebarkan ideologi komunis ke

seluruh dunia.

Page 4: Bab 3

CARA PENYUSUPAN

Di Tanah Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui

Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.

Ejen komunis telah menyebarkan dakyah komunis

dikalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja,

persatuan-persatuan, kelas-kelas malamm dan

penerbitan. Dikalangan orang Melayu, fahaman

komunis cuba disebarkan melalui Parti Komunis

Indonesia (KPI) pada tahun 1924 hingga 1930.

Namun demikian, orang Melayu tidak tertarik dengan

fahaman komunis kerana bertentangan dengan agama

Islam dan adat resam orang Melayu. Fahaman komunis

tidak mengakui kewujudan Tuhan (ateis). Komunis

juga menggunakkan kekerasan untuk mencapai

matlamat. Cara ini sangat bertentangan dengan agama

Islam

Page 5: Bab 3

PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Pada tahun 1930, PKM telah ditubuhkan. Tujuannya ialahuntuk menubuhkan Republik Komunis Malaya. PKM telahmelatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuansekerja. Komunis juga cuba bertapak di Sarawak tetapigagal.

Menjelang tahun 1935, kegiatan PKM menjadi semakin agresif, PKM melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkanekonomi British di tanah Melayu.

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, PKM telahmenawarkan kerjasama kepada British untuk menentangJepun. Anggota PKM telah dilatih dalam taktik peranggerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Sekolah inimenjadi markas pasukan gerila bagi menentang tenteraJepun di Tanah Melayu. PKM telah membentuk Malayan Peoples’s Anti-Japanese Army (MPAJA). Pihak British membekalkan senjata kepada pasukan tersebut melaluiForce 136.

Page 6: Bab 3

KEGANASAN KOMUNIS

Pada tahun 1948, beberapa wakil PKM menghadiri Pemuda

Komunis Asia yang diadakan di Calcutta, India. Persidangan

ini menggalakkkan parti mengadakan pemberontakan

bersenjata bagi mencapai matlamat mereka. Hasil

persidangan tersebut menubuhkan unit gerila yang dikenali

Malayan Races Liberation Army (MRLA)

PKM memulakan pemberontakan dengan meyerang ladang dan

lombong milik syarikat Eropah. Mereka terus menjalankan

aktiviti keganasan dengan menyerang balai polis, membakar

kilang, membakar bas, merosakkan landasan keretrapi dan

membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British.

Page 7: Bab 3

PENGISYTIHARAN DARURAT

• Pengganas komunis telah membunuh 3 orang pengurus ladang

berbangsa Eropah di Sg. Siput, Perak. Oleh itu, pada Jun 1948,

Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan

darurat bagi seluruh Tanah Melayu. Tindakan ini melindungi ekonomi

British di Tanah Melayu.

• Berikutan itu, kerajaan menguatkuasakan Undang-Undang Darurat

1948. Undang ini membolehkan kerajaan menahan sesiapa yang

disyaki terlibat dalan kegiatan komunis.

• Undang-undang ini juga membenarkan pasukan keselamatan

mengeledah rumah, memindahkan penduduk ke penempatan baru

atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya

membantu pengganas komunis.

LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN

KOMUNIS

Page 8: Bab 3

PENGHARAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN PARTI HALUAN

KIRI

• Pada 23 Julai 1948, kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis

Malaya. Pihak British juga mengharamkan parti yang berhaluan kiri

seperti……………

MEMPERBESARKAN PASUKAN KESELAMATAN

• Kerajaan bertindak membesarkan pasukan tentera dan polis.

Pasukan tersebut bertambah menjadi seramai 70000 orang.

• Pihak British juga membawa masuk askar dari negara Komanwel.

• Selain itu, pasukan Home Guard ditubuhkan bagi membantu pasukan

polis dan tentera. Pasukan Home Guard terdiri daripada lelaki dan

perempuan. Penubuhan pasukan ini meniup semangat yang

berkobar-kobar untuk mempertahankan negara.

• Mata-mata khas Melayu telah dilatih dan dihantar mengawal ladang

dan kawasan lombong yang terpencil

• Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serang hendap ke

atas kawasanyang menjadi sarang komunis dengan bantuan British.

Page 9: Bab 3

RANCANGAN BRIGGS

• Telah dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950. Leftenan

Jeneral Sir Harold Rowdow Briggs dilantik menjadi Pengarah

Operasi. Rancangan ini melibatkan penempatna semula ini digelar

“kampung baru”. Rancangan Briggs bertujuan untuk menyekat

bekalan makanan, wang maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak

komunis. Tindakan ini melumpuhkan gerakan Min Yuen.

• Melalui Rancangan Briggs, lebih 400 000 orang penduduk setinggan

Cina telah dipindahkan kelebih 40 buah kampung baru di Tanah

Melayu.

Min Yuen

Ditubuhkan oleh PKM untuk

memberi maklumat, membekalkan

makanan dan ubat-ubatan kepada

pengganas komunis. Kebanyakan

mereka adalah pekerja lombong

dan ladang.

Page 10: Bab 3

PERLAKSANAAN RANCANGAN BRIGGS

mencegah bekalan makanan,

ubat-ubatan dan maklumat

sampai ke tangan pihak Komunis Memperkenalkan sistem

pendaftaran kebangsaan bagi

mengawal pergerakan penduduk

Briggs menyokong penubuhan

Malayan Chinese Association

(MCA)

Page 11: Bab 3

PERANG SARAF

• Ialah rancangan yang dilaksanakan oleh pentadbiran British untuk

menghapuskan komunis melalui kempen …………

• Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah dilantik menjadi

Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dan Pengarah Gerakan

bagi menggantikan ………… yang mati kerana ………….

• Kempen “ Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”

telah dilaksanakan dengan jayanya.

• Risalah menentang komunis diedarkan ke seluruh Tanah Melayu.

• Perang saraf yang diwujudkan menimbulkan kebencian terhadap

kekejaman komunis

• Templer memperkenalkan konsep “ kawasan hitam” dan “kawasan

putih”.

• Apakah “kawasan hitam”? Apakah “kawasan putih”?

• Sehingga tahun 1954, Templer telah mengisytiharkan kawasan

Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai

kawasan putih.

Page 12: Bab 3

• Bagi menarik sokongan orang Cina supaya menyokong usaha perang saraf,

Templer melonggarkan syarat kewarnegaraan.

• Dalam kempen perang saraf juga, Templer telah menaikkan jumlah hadiah

yang ditawarkan kepada penduduk yang dapat menangkap atau memberi

maklumat tentang gerila komunis. Sesiapa yang berjaya menangkap Chin

Peng sama ada hidup atau mati akan diberi hadiah sebanyak US 250 000

manakala tawaran bagi menangkap atau membunuh orang kanannya

sebanyak US 200 000.

• Kerajaan telaj menguatkuasakan peraturan catuan bekalan makanan.

Page 13: Bab 3

PENGAMPUNAN BERAMAI-RAMAI

• Kerajaan telah menawarkan pengampunan bagi menggalakkan pengganas

komunis menyerah diri. Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas

pengampunan diedarkan.

• Setiap hari radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan

• Iklan dan wayang gambar telah digunakan untuk membantu penduduk

memujuk pangganas komunis supaya menyerah diri

PERTEMUAN BALING

• Dalam Pilihan Raya Mejlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955, Parti

Perikatan telah mengemukakan manisfesto yang menjanjikan kemerdekaan

segera serta menamatkan darurat.

• Pada 28 dan 29 Disembar 1955, pertemuan antara Chin Peng dan Kerajaan

diadakan di Baling. Kedah.

Page 14: Bab 3

KESAN DARURAT

POLITIK

EKONOMI

SOSIAL