bab 2dccdcwdcwdcwcw

47
ASAS PSIKOLOGI KANAK- KANAK

Upload: za-c-pelangi-senja

Post on 06-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Screen reader users, click here to turn off Google Instant.Sign inGooglespm 2015 sainsWebNewsImagesVideosShoppingMoreSearch toolsAbout 578,000 results (0.42 seconds) Tip: Search for English results only. You can specify your search language in PreferencesSearch ResultsTIP ULANGKAJI SPM 2015: MATEMATIK & SAINS - Home ...hometuitiontutoring.blogspot.com/2015/.../tip-ulangk...Translate this pageAug 12, 2015 - Tip mengulangkaji subjek Matematik dan Sains SPM 2015.Modul Ulangkaji SPM 2015 (Afterschool.my) ~ CiKGUHAiLMiwww.cikguhailmi.com/2015/.../modul-ulangkaji-spm-...Translate this pageAug 8, 2015 - Sabtu, Ogos 08, 2015 Kimia SPM, Sains SPM No comments ... terdapat dalam Modul Ulangkaji SPM 2015 oleh Afterschool ini adalah bagi 11 ...SPM Soalan | All SPM Info, Trial, HOTS/KBAT and Past ...https://spmsoalan.wordpress.com/Translate this pageSPM 2015 Timetable (Jadual Waktu SPM 2015) has released by Lembaga Peperiksaan. The picture below is the preview of the SPM 2015 Timetable and click ...‎Jadual Waktu SPM 2015 - ‎Trial SPM 2014 - ‎KBAT/HOTS - ‎ICT Trial Paper 2014Bahan Kecemerlangan Sains SPM 2015 + Jawapanwww.bumigemilang.com/bahan-kecemerlangan-sains-...Translate this pageSep 9, 2015 - Bahan Kecemerlangan Sains SPM 2015 + Jawapan. Filed under ... KOLEKSI Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2015 · Facebook SPM ...Koleksi Soalan Percubaan SPM 2015 (Trial Papers) –www.bumigemilang.com/koleksi-soalan-percubaan-sp...Translate this pageJun 26, 2015 - SPM 2015 : Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan + Skema Jawapan ... Terengganu Bahan Kecemerlangan Sains + Skema Jawapan.→ SPM 2015 - Bumi Gemilangwww.bumigemilang.com/spm-soalan-percubaan-nota-...Translate this pageKOLEKSI Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2015 · Bahan-Bahan Rujukan untuk Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015 · Tema Umum Sejarah Kertas 3 ...Sains SPM 2015: Tips Peperiksaan, Analisis, Panduan ...www.bumigemilang.com/sains-spm-tips-peperiksaan-a...Translate this pageApr 9, 2015 - Sains SPM : Tips Peperiksaan, Analisis, Panduan, Teknik Menjawab. Sila Klik : Sains SPM (Tingkatan 4 & 5): Soalan Percubaan, Nota, Latihan ...SPM 2015 : Soalan Peperiksaan Percubaan / Tips ...https://www.facebook.com/SPM2015aSPM 2015 : Soalan Peperiksaan Percubaan / Tips / Ramalan / Nota. ... posted on March 10, 2012 by Bumi Gemilang Nota Sains Tingkatan 4 (SPM) (dalam ...All About Scienceallaboutscience-cikgud.blogspot.com/Translate this pageApr 29, 2015 - Perkongsian Idea Pdp Sains - Hasil Perkongsian Rakan Guru Sains. Kepada ... Kredit link : http://www.cikguhailmi.com/2015/02/koleksi-idea-pdp-sains.html .... Perkongsian Bahan Pdp Sains SPM : Akaun Slideshare.SPM Science Tips 2015. Score 'A' Now! | UniDigesthttps://unidigest.com/en/blog/spm-science-tips/Jul 27, 2015 - Score 'A' in your SPM Science with our free and easy to understand SPM Science Tips 2015.SPM Revision Guide 2015‎Adwww.afterschool.my/spm/‎The Most Comprehensive SPM Revision Guide. Download A Free Copy Now.SPM Spot Questions · Score For Your SPM · Download Answers · All Subjects1 2345678910NextHelp Send feedback Privacy Terms

TRANSCRIPT

ASAS PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Teori Psikoanalitik•Freud menyatakan bahawa perlakuan seseorang individu dewasa adalah cerminan daripada proses psikososial yang dialaminya semasa kecil. •Jika seseorang kanak-kanak selalu didera atau dibesarkan dalam keadaan tanpa kasih sayang, apabila dewasa kelak, individu ini berkemungkinan menjadi seorang pendera atau seorang yang zalim. •Teori beliau berasaskan kajian psikoanalisis yang dilakukannya terhadap beribu-ribu kes jenayah dan pesakit mental dalam masyarakat barat.

Personaliti seseorang terbahagi kpd tiga bahagian kritikal

ID

EGO

SUPEREGO

Menurut Freud, personaliti mula membentuk pada umur 5 tahun, tetapi pengalaman awal adalah asas kepada pembentukan personaliti kanak-kanak, dan akan mempengaruhi kehidupannya sepanjang hayat.

Kurikulum Permata Negara menyokong Teori Freud bahawa kanak-kanak perlu diasuh dengan kasih sayang dan nilai-nilai baik dan dipupuk dengan aspek kerohanian sejak lahir supaya mereka membesar menjadi individu yang bertanggungjawab, berempati, dan bermoral/berakhlak tinggi yang dapat membentengkan mereka daripada naluri/nafsu jahat dan minda yang tidak terasuh.

Menurut Freud, personaliti mula membentuk pada umur 5 tahun, tetapi pengalaman awal adalah asas kepada pembentukan personaliti kanak-kanak, dan akan mempengaruhi kehidupannya sepanjang hayat.

Menurut Freud kanak-kanak perlu diasuh dengan kasih sayang dan nilai-nilai baik sejak lahir supaya mereka membesar menjadi individu yang bertanggungjawab, berempati dan tahu memberi kasih sayang kepada orang lain dan kepada negaranya.

Menurut Freud, personaliti mula membentuk pada umur 5 tahun, tetapi pengalaman awal adalah asas kepada pembentukan personaliti kanak-kanak, dan akan mempengaruhi kehidupannya sepanjang hayat.

Menurut Freud kanak-kanak perlu diasuh dengan kasih sayang dan nilai-nilai baik sejak lahir supaya mereka membesar menjadi individu yang bertanggungjawab, berempati dan tahu memberi kasih sayang kepada orang lain dan kepada negaranya.

Peringkat Oral (0 – 18 bulan)• Apabila bayi dilahirkan, kehendak mereka

adalah makanan. Zon erogenous ialah mulut. Pada tahap ini, kepuasan segera diperolehi oleh bayi pada bahagian mulut kerana bayi dikawal oleh prinsip kenikmatan seperti menghisap, mengunyah dan menelan.

• Bayi yang lambat diperkenalkan kepada makanan yang keras akan terlekat pada peringkat mengigit/mengisap. Masalah yang timbul kelak, individu itu suka mengisap, menelan, menggigit dan menguyah objek seperti kuku, pen, hujung bantal, dll.

Zon kenikmatan bayi ialah mulut

Perkenalkan makanan pejal kpd kk apabila mencapai 6-8 bulan

Jika terlekat mengisap,

04/18/23

• Pada usia ini, zon kelazatan/eroneous beralih ke kawasan dubur. Freud percaya kanak-kanak mendapat kelazatan daripada aktiviti mengawal pembuangan air besar dan air kecil; penumpuan ialah kepada keinginan untuk membuang air.

• Jika diberi latihan ke tandas (toilet -training), dan jika berlaku paksaan, kanak-kanak menjadi tidak gembira, tertekan dan mempengaruhi personalitinya.

• Bila besar, kk akan menjadi orang yang kurang berdisiplin, suka membazir, agresif, dan negatif. 9

Peringkat Anal (18 bulan – 3 tahun)

Masa ke tandas mestilah masa yang menggembirakan dan selesa. Pengasuh/ibu bapa mesti sabar dan memahami

kepuasan yang ingin dicapai oleh kanak-kanak. Berikan mereka masa dan peluang.

04/18/23

• Anal agresif berlaku apabila kk bertindak agresif kepada paksaan ke tandas. Anak tidak akan mematuhi arahan dan bertindak membuang air di merata-rata. Tindakan ini akan melahirkan anak yang bersifat zalim, pemarah dan tidak berdisiplin apabila dewasa.

• Anal retentif pula berlaku akibat daripada perhatian yang berlebihan diberikan semasa anak membuang air (toilet training). Keadaan ini akan melahirkan anak yang sangat mematuhi arahan ibubapa dan tidak mempunyai pandangan sendiri, takut, dan mementingkan diri sendiri.

11

04/18/23 12

Peringkat Falik (3 – 6 tahun)• Peringkat ini dinamakan sebagai

peringkat kubul.

• Pada peringkat ini, kanak-kanak telah mula mengetahui tentang kejantinaan sama ada dirinya lelaki atau perempuan.

• Sumber kepuasan (zon kelazatan) berpindah kepada organ kejantinaan dan kepuasannya ialah memegang kawasan kemaluannya.

Pada peringkat Falik, jika kanak-kanak salah dibimbing, mereka akan mengalami kegagalan seperti takut/malu bermain dengan kanak-kanak berlainan jantina;

KK perlu diasingkan semasa mandi dan tidur,masa lain mereka digalakkan bermain dna berinteraksi

dengan bebas tidak kira gender.

Kanak-kanak lelaki dan perempuan tahu mereka berbeza, tetapi mereka masih boleh bermain bersama

KK mesti berasa selesa bergaul tidak kira jantina.

04/18/23

Teori Tingkahlaku & Pembelajaran Sosial

B. F. Skinner• Kanak-kanak akan mengulang tingkah laku jik

a mereka diberi pengukuhan (pengukuhan positif dan negatif). Tingkah laku akan terhapus jika mereka dihukum.

• Pengukuhan dalaman dan luaran• Pengukuhan positif yang berkesan diberi

merujuk kepada tingkah laku yang spesifik.

17

Teori Perkembangan Kognitif (Intelek)

• Jean Piaget (1896-1980)

Teori Perkembangan Kognitif • Piaget mengemukakan teori perkembangan intelek

kanak-kanak yang dinamakan konstruktivisme. • Teori ini menerangkan bagaimana maklumat, fakta,

data, bahasa, dan konsep diserap (asimilasi) atau ditambah (akamodasi) dalam minda kanak-kanak untuk membina struktur intelek yang dinamakan skemata.

• Skemata membolehkan minda berfikir, mena’akul (reasoning) dan menyelesaikan masalah.

• Piaget adalah pakar pendidikan awal kanak-kanak pertama yang mengkaji tentang perkembangan intelek kanak-kanak.

04/18/23

Teori Perkembangan Kognitif

4 PERINGKAT PERKEMBANGAN:1. Sensorimotor (lahir-2 tahun)2. Pra-operational (2-7 tahun)3. Operational konkrit (7-12 tahun)4. Operasi formal (12 ke atas)

25

Peringkat sensorimotor (0-2 tahun): • Pada peringkat ini bayi belajar meniarap, merangkak,

berdiri, berjalan dan bercakap. Bayi belajar melalui sistem deria (sensori) dan reflek.

• Secara gradual, sistem reflek diganti dengan tingkahlaku baru yang dipelajari daripada interaksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Pada peringkat ini, bayi membina konsep ‘objek permanance’.

• Menurut Piaget, bayi ‘berfikir’ bahawa objek atau orang, ‘hilang’ apabila tidak lagi nampak dalam penglihatannya. Apabila objek ‘hilang’ itu ‘kembali’ semula, bayi ‘berfikir’ bahawa itu adalah objek yang baru.

Kanak-kanak bermain (belajar) menggunakan deria-motor, dan dari pengalaman pembelajaran ini mereka membina (construct) pengetahuan/konsep, sikap, tabiat, dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan.

Meneroka obejk-objek

Kemahiran pra-matematik bermula dengan bermain blokPendidik merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir

Peringkat Praoperational (2-7 tahun): • Pada peringkat ini Piaget mengatakan bahawa kanak-

kanak berfikir secara egosentrik, di mana semuanya adalah bertumpu kepada diri mereka sendiri.

• Kanak-kanak membina pemikiran simbolik (symbolic thinking).

• Mereka menggunakan simbol atau representasi mental untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah.

• Mereka suka bermain olok-olok (pretend play). Berfikiran animistik

• Apabila kemahiran berbahasa semakin berkembang, kemahiran intelek juga turut berkembang – lebih banyak dia berfikir, lebih banyak juga dia bercakap.

04/18/23

Animistic – magical thinking

31

04/18/23 32

Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun):

• Perlu manipulasi bahan-bahan konkrit untuk memahami konsep/proses

• membina konsep melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri

• boleh menyelesaikan masalah dalam minda. • bolehan memberi alasan/sebab yang logik

04/18/23 34

However you arrange them, the number is still the same = commutative (the sum do not change however you arrange it)

04/18/23

Conservation experiment

35

The amount of water do not change, in which ever container you pour the water into theory of conservation

Peringkat operasi formal (12 tahun ke atas)

• Pada peringkat ini, kanak-kanak/pelajar telah boleh melakukan operasi mental secara abstrak.

• Mereka telah boleh menghipotesis dan berfikir melalui andaian dan jangkaan dan boleh memahami lebih banyak konsep-konsep yang abstrak.

Peringkat operasi formal (12 tahun ke atas)

• Pada peringkat ini, kanak-kanak/pelajar telah boleh melakukan operasi mental secara abstrak.

• Mereka telah boleh menghipotesis dan berfikir melalui andaian dan jangkaan dan boleh memahami lebih banyak konsep-konsep yang abstrak.

URIE BRONFENBRENNER (1917-2005) Teori Sistem Ekologi

mencadangkan 5 sistem ekologi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak:

1. Microsystem, 2. Mesosystem, 3. Exosystem, 4. Macrosystem,5. Chronosystem.

• Mikrosistem: Ia bermula dengan kanak-kanak itu sendiri sebagai unit asas mikrosistem.

• Kanak-kanak mempunyai tabiat dan tingkahlakunya sendiri yang unik, dan dia saling berinteraksi dengan ahli-ahli lain yang terdekat dengannya.

• Oleh kerana dia menghabiskan paling banyak masanya dalam sistem ini, maka kesan dan pengaruh setiap individu dalam sistem ini adalah sangat signifikan terhadap perkembangannya.

• Persekitaran mikrosistem terdiri daripada ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumahnya, rakan dan jiran tetangga, guru, dan budaya dalam rumahnya sendiri – semua unit ini memberi pengaruh langsung kepada kanak-kanak.

• Mesosistem: ialah sistem yang menghubungkan semua pihak yang terdapat dalam mikrosistem.

• Kualiti perhubungan di antara faktor-faktor yang terdapat dalam mikrosistem dikatakan mempengaruhi secara langsung perkembangan kanak-kanak.

• Misalnya, jika hubungan di antara ibu bapa dan taska adalah baik – ibu bapa selalu membantu taska dalam semua aktiviti, tindakan-tindakan ini secara langsung menyumbang kepada perhubungan guru taska dengan kanak-kanak dan secara langsung ia memberi kesan kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak tersebut.

• Eksosistem: Sistem ini merangkumi persekitaran luar yang terdiri daripada tempat kerja ibu/bapa, ahli keluarga besar (extended family), perkhidmatan yang ada seperti restoran makanan segera, pejabat pos, bomba, cyber-café, klinik, mesjid, tokong, tempat kerja ibu/bapa, taman permainan, media massa, perpustakaan, panggung wayang, dan lain-lain.

• Sistem ini secara langsung atau tidak langsung juga memberi kesan kepada perkembangan dan tingkahlaku kanak-kanak.

• Misalnya, ibu bapa yang suka membawa kanak-kanak ke restoran makanan segera, akan mempengaruhi gaya makan dan sosial kanak-kanak.

• Sebaliknya, jika dalam persekitaran kanak-kanak terdapat ladang kelapa sawit iaitu tempat kerja ibu bapanya, maka gaya hidup dan sosial kanak-kanak juga berlainan disebabkan kesan daripadanya yang juga berlainan.

• Makrosistem: Sistem ini meliputi komuniti lebih besar dalam sesebuah negeri dan negara, prasarana dan infrastruktur, sistem pentadbiran, dasar-dasar negara, norma, nilai, budaya, ekonomi, dan sistem politiknya.

• Semua aspek dalam sistem ini turut memainkan peranan dan mempunyai pengaruh secara langsung atau tidak langsung kepada perkembangan kanak-kanak.

• Contohnya, apabila Malaysia memperkenalkan Kurikulum Permata Negara dan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak, secara tidak langsung semua kanak-kanak di Malaysia dapat merasa faedah dan kesannya.

• Kronosistem: sistem ini merupakan semua events yang merentasi julat masa pembesaran kanak-kanak. Sepanjang tempoh itu, kanak-kanak mungkin menghadapi pelbagai peristiwa yang gembira atau duka.

• Semua peristiwa ini turut memberi pengaruh besar kepada perkembangan mereka.

• Contohnya, penjualan ipad atau tablet dengan harga yang murah boleh menyebabkan minat kanak-kanak terhadap ICT dan internet meningkat, sehingga kanak-kanak menjadi begitu cenderong kepada pembelajaran secara digital.

• Begitu juga jika berlaku sesuatu mala petaka atau bencana alam seperti gempa bumi atau tanah runtuh; atau perceraian ibu bapa atau peristiwa-peristiwa lain seperti kemalangan atau kematian ahli keluarga yang disayangi, semua ini boleh menjejaskan perkembangan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak.

RUMUSAN PANDANGAN AHLI FALSAFAH

• Semua ahli falsafah, barat dan timur memandang kanak-kanak sebagai insan yang suci dan persekitaran mempangaruhi perkembangan mereka

• Mereka mesti diasuh dan dididik dengan baik untuk membesar menajdi insan yang sempurna

• Kaedah mendidik/mengasuh kanak-kanak adalah dengan lembut, dan memahami keperluan perkembangan mereka.

• Setiap kanak-kanak mempunyai keperluan yang berlainan

• Pendidikan mestilah berbentuk holistik

04/18/23

Penutup“…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik

memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Barang siapa yang di tarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…” Ibnu Khaldun

47