bab 2 sistem kewanganzza edited ancasa - copy.ppt

91
BAB 2: BAB 2: SISTEM KEWANGAN SISTEM KEWANGAN DISEDIAKAN OLEH: KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

Upload: jancy

Post on 08-Dec-2015

273 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

BAB 2: BAB 2: SISTEM KEWANGANSISTEM KEWANGAN

DISEDIAKAN OLEH:KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

Page 2: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

2.0 SISTEM KEWANGAN 2.0 SISTEM KEWANGAN

Page 3: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Objektif PembelajaranObjektif Pembelajaran2.1 a) Mengetahui Sistem Kewangan merangkumi fungsi dan contoh

pasaran kewangan, institusi perbankan dan institusi kewangan bukan perbankan dan badan kawal selia.

b) Mengetahui Institusi Perbankan (Konvensional dan Perbankan Islamik) dan institusi kewangan bukan bank meliputi perkhidmatan pembiayaan, deposit dan perkhidmatan lain.

2.2 a) Memahami sumber kewangan jangka pendek merangkumi pinjaman jangka pendek, overdraf, kertas komersial dan kredit perdagangan.

b) Memahami sumber kewangan jangka panjang meliputi saham biasa, saham keutamaan dan bon.

c) Memahami kos pembiayaan meliputi kadar faedah, kos pengapungan dan duti setem.

2.3 a) Memahami pengertian pengurusan kredit dan terma-terma kredit.

b) Mengaplikasi prinsip-prinsip 5C

Page 4: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Sistem KewanganSistem KewanganSistem Kewangan menyediakan kemudahan

kepada firma untuk mendapatkan dana (modal) bagi membiayai pertumbuhan ekonomi.

Sistem kewangan juga menyediakan kemudahan kepada firma-firma yang ada lebihan wang untuk melabur dalam instrumen kewangan tertentu.

Struktur sistem kewangan Malaysia terdiri dari dua kategori utama iaitu Institusi Kewangan dan Pasaran Kewangan.

Institusi Kewangan terdiri daripada Sistem Perbankan dan Bukan Perbankan.

Pasaran Kewangan terdiri daripada Pasaran wang dan Tukaran Asing, Pasaran Modal, Pasaran Pesisir Pantai dan Pasaran Derivatif.

Page 5: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

STRUKTUR SISTEM KEWANGAN DI STRUKTUR SISTEM KEWANGAN DI MALAYSIAMALAYSIA

Page 6: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt
Page 7: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

2.1 (a) SISTEM KEWANGAN2.1 (a) SISTEM KEWANGAN

PASARAN KEWANGAN

Page 8: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt
Page 9: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Memindahkan dana lebihan dari unit surplus (masyarakat dan perusahaan) ke unit defisit (masyarakat dan perusahaan).

Menyelaraskan/memadankan kuasa permintaan dan penawaran untuk mewujudkan jenis tuntutan kewangan tertentu seperti bon atau saham yang diperlukan oleh pasaran (harga di pasaran ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran)

PASARAN KEWANGAN

Page 10: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

i. Kecairan◦Menyediakan mekanisme untuk jualbeli instrumen

kewangan dengan lebih cepat dan murah◦Instrumen kewangan mempunyai tahap kecairan yang

tinggi dan boleh diurusniaga dengan cepat◦Tahap kecairan yang tinggi juga membolehkan sekuriti

tersebut dijual dengan lebih murah◦Cth: unit saham bertukar tangan dengan pantas melalui

urusniaga di Bursa Malaysia

Fungsi Pasaran Kewangan

Page 11: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

ii. Mengintegrasi Maklumat Pasaran-Menyediakan maklumat berkaitan dengan pasaran seperti

jangkaan pulangan, risiko, kadar faedah dan peserta pasaran

-Membenarkan penjual dan pembeli berinteraksi untuk menentukan harga instrumen kewangan

-Memudahkan individu membuat keputusan membeli dan menjual instrumen kewangan

-Contoh: Pelabur boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan harga pembukaan, harga penutup, volum jualan, nisbah harga pendapatan yang dibekalkan oleh Bursa Malaysia di suratkhabar

Fungsi Pasaran Kewangan

Page 12: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

iii. Pertukaran RisikoRisiko kewangan terbahagi kepada :a) Risiko sistematik / pasaran Sesuatu peristiwa yang berlaku akan mempengaruhi

semua syarikat seperti banjir, gempa bumi, dan peperangan

b) Risiko tidak sistematik / operasiSesuatu peristiwa berlaku hanya melibatkan sayrikat

itu sahaja iaitu tidak melibatkan syarikat lain.

Melalui urusniaga jualbeli instrumen kewangan (pasaran derivatif) risiko akan bertukar tangan antara penjual dan pembeli

Fungsi Pasaran Kewangan

Page 13: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Kebanyakan firma menggunakan pasaran modal untuk mendapatkan dana bagi membiayai pelaburan jangka panjang seperti pelaburan dalam loji, teknologi dan mesin

Pasaran yang menguruskan instrumen kewangan jangka panjang seperti ekuiti (saham biasa), bon kerajaan dan bon swasta jangka panjang.

i. Pasaran Modal

Page 14: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Pasaran wang ialah pasaran yang menguruskan instrumen kewangan jangka pendek seperti bil perbendaharaan, kertas dagangan, sijil deposit bolehniaga dan penerimaan jurubank.

Segala institusi dan prosedur yang memudahkan urusniaga dalam instrumen jangka pendek yang diterbitkan oleh peminjam yang mempunyai kadaran kredit yang tinggi.

Pasaran wang mengalami turun/naik harga yang kecil/sedikit maka risiko pelaburannya rendah dan tahap kecairannya tinggi

ii. Pasaran Wang

Page 15: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Pasaran pertukaran asing merujuk kepada menukarkan daripada satu mata wang kepada mata wang lain.

Contoh terdiri daripada pengurup wang dan bank perdagangan.

iii. Pasaran Pertukaran wang asing

Page 16: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Kadar Pertukaran Antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Mata Wang Asing Terpilih

Page 17: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

o Rakyat Malaysia masuk ke pasaran pertukaran untuk menukarkan ringgit kepada mata wang asing bagi membolehkan mereka mengimport barang dari luar negeri. Pada masa yang sama sekiranya rakyat Amerika ingin membeli barang, perkhidmatan dan aset Malaysia, mereka akan menukarkan dolar kepada ringgit yang ditawarkan oleh rakyat Malaysia di pasaran pertukaran itu.

Page 18: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Menyediakan pasaran kepada pelabur dalam urusan yang melibatkan kewangan komprehensif bagi kedua-dua produk dan perkhidmatan konvensional dan berasaskan prinsip-prinsip Shariah termasuk perbankan, insurans dan produk-produk berkaitan insurans, takaful/takaful semula, pemajakan, pentadbiran amanah dan pengumpulan modal.

Perniagaan yang beroperasi di Pasaran Luar Pesisir mendapat kemudahan bebas cukai.

iv. Pasaran Luar Pesisir Pantai

Page 19: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Pasaran instrumen kewangan yang menyediakan alat pengurusan risiko yang efektif dan selamat dalam produk komoditi dan kewangan niaga hadapan.

Pasaran Derivatif di Malaysia adalah Bursa Derivatif Malaysia (MDEX)

Instrumen derivatif adalah seperti opsyen dan pasaran niaga hadapan.

v. Pasaran Derivatif

Page 20: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

2.1 a) SISTEM KEWANGANINSTITUSI KEWANGAN (PERBANKAN DAN BUKAN PERBANKAN) SERTA FUNGSI

ii. PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

i. INSTITUSI KEWANGAN KONVENSIONAL DAN ISLAMIK

Page 21: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Institusi Kewangan (perbankan dan bukan perbankan)

Adalah syarikat-syarikat kewangan yang kegiatan utamanya adalah mengumpulkan wang dari unit surplus (masyarakat dan perusahaan) dan meminjamkan semula wang tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukannya.

Page 22: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Institusi PerbankanInstitusi PerbankanBank negara Malaysia , Bank Perdagangan, Bank

Pelaburan

Institusi Kewangan Bukan PerbankanInstitusi Kewangan Bukan PerbankanSyarikat Insurans, Bank Simpanan Nasional, Lembaga

Urusan Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

2.1 (a) SISTEM KEWANGAN

INSTITUSI KEWANGAN (PERBANKAN DAN BUKAN PERBANKAN)

SERTA FUNGSI

Page 23: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Institusi Perbankan Serta Fungsi•Bank Negara Malaysia•Bank Perdagangan•Bank Pelaburan

Page 24: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Pindaan - 1994).

Merupakan badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan

Bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan Malaysia dan memaklumkan hal-hal berkaitan dengan dasar sektor monetari dan kewangan kepada Menteri.

Bank Negara Malaysia

Page 25: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

i. Mengeluarkan mata wang dan menyimpan rizab yang menjaga nilai mata wang tersebut

-Bank Pusat mengeluarkan matawang Malaysia iaitu duit syiling dan wang kertas

-Memastikan jumlah penawaran cukup sesuai dengan keperluan ekonomi semasa

-Contoh: Berdasarkan rizab emas dan rizab pertukaran asing pada kadar 80.59% ( BNM keluarkan RM1 = RM80.59 sen cagaran)

Fungsi Bank Negara Malaysia

Page 26: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

ii. Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan

-Menyediakan perkhidmatan kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri dan badan berkanun

-Menguruskan akaun kerajaan-sediakan cek, membuat dan menerima pembayaran bagi pihak kerajaan

-Menguruskan hutang negara-memberi pinjaman, menerbitkan dan menjual bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan, memperolehi pinjaman daripada pasaran modal antarabangsa seperti pasaran London, New York dan Tokyo

-Mengurus pembayaran balik hutang luar negara

..Fungsi Bank Negara Malaysia

Page 27: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

iii. Menggalakkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan yang kukuh

Mewujudkan sandaran min (contoh: sebanyak 80.59%) utk setiap unit mata wang

Campur tangan dalam pasaran pertukaran asingMengawal inflasiiv. Mempengaruhi kedudukan kredit demi kepentingan negaraMemastikan penciptaan kredit oleh bank perdagangan selaras

dengan perkembangan ekonomi dan kepentingan negara(jika berlebihan menyebabkan inflasi dan sebaliknya berkurangan menyebabkan kemelesetan ekonomi)

...Fungsi Bank Negara Malaysia

Page 28: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Institusi kewangan yang terbesar dan terpenting dalam sistem perbankan

Kaedah perbankan konvensional mengamalkan urusan berdasarkan kadar faedah, dikawal oleh Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) dan menerima deposit tetap

Kaedah perbankan islamik mengamalkan urusan berlandaskan hukum syarak. Dikawal oleh Akta Perbankan Islam . Akta ini dibentuk mengikut Akta Perbankan 1973 dengan pengubahsuaian dan pindaan yang perlu sejajar dengan prinsip dan amalan perbankan Islam.

Bank Perdagangan

Page 29: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Mengumpul tabunganMemberi kredit kepada yang wajar menerimaMelicinkan mekanisme pembayaranMemudahkan kaedah pembayaran dan

pembiayaan perdagangan antarabangsaMembolehkan pengiriman wang dengan pelbagai

faedahMenyediakan peti keselamatan peribadi

Contoh bank : Maybank Berhad, CIMB Bank Berhad, RHB Bank Berhad

Fungsi Bank Perdagangan

Page 30: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Bank pelaburanBank pelaburanInstitusi kewangan yang membantu individu , badan

korporat dan kerajaan memperolehi modal dengan bertindak sebagai agen kepada pelanggan di dalam terbitan sekuriti.

Membantu syarikat yang terlibat dalam penggabungan dan penggambilalihan dan juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti urusniaga derivatif, instrumen pendapatan tetap, tukaran asing, komoditi dan sekuriti ekuiti.

Page 31: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

ii. PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

i.INSTITUSI KEWANGAN KONVENSIONAL DAN ISLAMIK

Page 32: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt
Page 33: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Skim Perbankan KonvensionalMenjalankan urusniaga berasaskan kadar faedahDikawal oleh Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA)

i. Pinjaman /pembiayaan

Terbahagi kepada 2 iaitu pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang

Tujuan pinjaman untuk pembelian aset , mengurus perniagaan, mengusaha pertanian dan pinjaman peribadi

Setiap pinjaman dikenakan faedah dan kadangkala memerlukan cagaran.

Page 34: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Contoh perkhidmatan yang ditawarkan :

a.Pinjaman Peribadi: Individu berumur lebih 18 tahun, tempoh bayar balik berdasarkan perjanjian

b.Pinjaman Bercagar Memerlukan cagaran Pinjaman jangka panjang (3-25 tahun) Kadar faedah mengikut kadar semasa

c.Pinjaman Kad Kredit Membiayai perbelanjaan bayaran bil & pinjaman terus

Page 35: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

d.OverdrafDiberikan kepada pemegang akaun semasaMengeluarkan lebih daripada jumlah deposit dalam

akaun

e.Mendiskaunkan Bil-bil PertukaranMenunaikan bil di kaunter bank perdagangan pada

kadar yang lebih dari nilai muka

Page 36: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

ii. Deposit dan tabunganii. Deposit dan tabunganTerdapat 3 jenis tabungan iaitu:a. Deposit tabungan / Akaun Simpanan Biasa –

contohnya akaun remaja dan akaun simpanan bersama dimana kemasukan wang ke bank boleh dibuat oleh

sesiapa pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa hanya

dibuat oleh orang yang terlibat sahaja Faedah lebih rendah dari simpanan tetap Diberi buku/kad ATM

b. Akaun Simpanan Tetap – menyimpan sejumlah wang yang tidak digunakan dalam

jangkamasa yang panjang kadar faedahnya lebih tinggi berbanding deposit

tabungan (mempunyai tempoh simpanan tertentu mengikut

pilihan penyimpan spt:1,3,6,9,12 bulan atau lebih)

Page 37: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

c. Akaun Simpanan SemasaPelanggan menyimpan dalam akaun simpanan tidak

akan menerima faedah tetapi dikenakan caj bank/perkhidmatan

Kerana boleh mengeluarkan wangnya menggunakan cek

Membuat bayaran menggunakan cekMendapat kemudahan overdrafTidak menggunakan buku simpananRekod dihantar dalam bentuk penyata bank pada

setiap bulanBoleh menggunakan kad juruwang elektronikHanya bank perdagangan yang menawarkan

kemudahan ini.

Page 38: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

iii. Perkhidmatan lainiii. Perkhidmatan lain a. Kemudahan kredit cawangan – pelanggan yang mempunyai

akaun dalam bank berkenaan boleh masuk dan mengeluarkan wang dari mana-mana cawangan bank berkenaan.

b. Dispenser wang tunai – penggunaan kad ETC (kad elektronik juruwang) yang boleh mengeluarkan wang dari mesin ATM

c. Peti simpanan keselamatan – dibina di sebuah bilik kebal.Peti untuk disewa kepada pelanggan untuk menyimpan sijil-sijil penting, surat wasiat dan barang kemas

d. Peti simpanan malam – untuk menyimpan barang kemas dan wang ke dalam bank selepas waktu urusan bank.

e. Perkhidmatan nasihat /perundingan -Nasihat berkaitan pembayaran cukai , perundingan tentang pengurusan perniagaan dan nasihat pelaburan kepada orangramai yang memerlukan

Page 39: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

f. Perkhidmatan wasi atau bank dijadikan pemegang amanah – menjaga dan mengurus sejumlah wang dengan memastikan penggunaan dan pelaksanaan mengikut syarat-syarat yang telah diamanahkan kepada bank

g. Mendiskaunkan bil perintah – dokumen yang disediakan oleh pemiutang kepada penghutang dengan mengarahkan membayar dengan jumlah pada tarikh yang telah ditetapkan.

h. Pertukaran wang asing - membeli & menjual matawang asing untuk kemudahan pelanggan.

i. Referi - mengeluarkan surat rujukan untuk memberi penerangan mengenai kedudukan kewangan pelanggannya jika diminta.

j. Cek Kembara- cek dengan nilai mata wang asing

Page 40: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt
Page 41: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Skim Perbankan IslamikMatlamat utama penubuhan adalah untuk

menjalankan urusan bank mengikut syariat IslamTidak mengenakan faedah tetapi berasaskan

keuntunganDikawal oleh Lembaga Pengawasan Syariah (1997)

Page 42: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Perkhidmatan perbankan islamikPerkhidmatan perbankan islamik

Kemudahan yang disediakan adalah sama dengan bank konvensional lain kecuali perkhidmatannya berlandaskan prinsip syarak◦Akaun semasa, simpanan – al-Wadiah◦Deposit tetap – Mudarabah◦Pembiayaan projek – Mudarabah, Musyarakah◦Pajakan – al-Ijarah, al-Ta’jiri◦Sewa beli – Bai’ Bithaman Ajil◦Pembiayaan perdagangan - Mudarabah, Musyarakah,

al-Wakalah◦Jaminan – al-Kafalah◦Pinjaman Khas/Kebajikan – Qardul Hasan

Page 43: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

1. Pinjaman /pembiayaan

Contoh perkhidmatan yang ditawarkan :

a. Murabahah-pembiayaan modal kerja Bank menjual barang melebihi harga belian kerana

ditambah dengan margin untung dengan persetujuan pelanggan

b. Musyarakah-pembiayaan projek/ menjalankan perniagaan perkongsian antara bank dengan pemilik modal

Pembiayaan perniagaan secara usaha sama dan untung rugi akan dikongsi bersama pada nisbah yang ditetapkan

Page 44: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

1. Pinjaman /pembiayaan

Contoh perkhidmatan yang ditawarkan :

C. Bait Bithaman Ajil/ pembiayaan untuk membeli aset secara ansuran

Penjualan semula sesuatu barang(spt rumah, kenderaan, kilang dan alatan, saham) pada harga yang tinggi tetapi pembayaran adalah secara ansuran.

d. Bait At Takjiri/ Pindah milik harta sewa Harta yg disewa boleh dipindah milik secara kekal, sewa

dibayar selama tempoh sewaan dikira sebagai sebahagian daripada harga utk memiliki aset yang disewa

Page 45: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

2. Deposit dan tabungan2. Deposit dan tabungan

a. Akaun Wadiah/Deposit semasa, tabungan-Pemegang amanah

Amanah yg diserahkan kepada pihak bank utk disimpan dengan selamat

Sejumlah wang akan didepositkan ke dalam bankWang tersebut akan dilaburkan oleh bankJika bank mendapat untung maka bank akan beri

pulangan sebagai sagu hatiJika pendeposit menuntut balik wangnya bank akan

mengembalikannya

Page 46: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

2. Deposit dan tabungan2. Deposit dan tabungan

b. Mudharabah, Perkongsian untung-Akaun Pelaburan Am, Akaun Pelaburan Khas

Perjanjian perkongsian untung yg dibuat antara dua pihak iaitu pihak ygmembuat tabungan (pemilik modal) dgn pihak yang membuat pelaburan (bank)

Penyimpan akan membuka akaun di bawah konsep Mudharabah

Bank akan melaburkan wang tersebut dan pemilik modal tidak dibenarkan bekerja dgn pihak pengusaha

Keuntungan dibahagi sama rataKerugian akan ditanggung oleh pemilik modal sahajaBank akan menanggung kerugian operasi

Page 47: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Perkhidmatan lain bagi perbankan islamikPerkhidmatan lain bagi perbankan islamik

◦a. Al-Kafalah /Jaminan – Bank akan memberi jaminan bahawa pelanggan tersebut akan memenuhi tanggungjawab terhadap pemberi pinjaman

◦b. Qard Al Hassan-Pinjaman Ikhlas/Kebajikan – Tidak melibatkan faedahPeminjam wajib bayar balik semua wang yang telah dipinjam

setelah cukup tempohJumlah yg perlu dijelaskan sama dgn jumlah disimpan

Page 48: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt
Page 49: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Institusi kewangan bukan perbankan peranannya hanya mengkhusus kepada kegiatan tertentu terdiri dari syarikat-syarikat insurans, BSN, LUTH dan KWSP

i. Menerima depositPerkhidmatan deposit yang disediakan memberi banyak faedah kepada unit

lebihan iaitu untuk keselamatan, pembayaran, pendapatan, pindahan wang dan lain-lain

Institusi Kewangan Bukan Perbankan

Fungsi Institusi Kewangan Bukan Perbankan

Page 50: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

a. Akaun tabungan BSN-akaun simpanan, akaun simpanan tetap, akaun pelaburan am dan akaun simpanan wadiahb. Premium- syarikat insurans menerima premium daripada sidiinsurans secara tetap untuk jangka masa tertentuSyarikat takaful terima deposit dalam bentuk sumbangan daripada peserta takafulc. Simpanan LUTH-Akaun tabungan daripada umat Islam

Fungsi Institusi Kewangan Bukan Perbankan

Page 51: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

ii. Menggalakkan tabunganPerkhidmatan tabungan membolehkan unit lebihan

memperolehi keuntungan dalam bentuk faedah dan keuntungana. Menyediakan perkhidmatan simpanan wang terjamin-semua simpanan dijamin oleh kerajaan bagi meyakinkan pendeposit.b. Menawarkan pulangan yang menguntungkanMenimbulkan minat masyarakat untuk menabungc. Memudahkan pengeluaran dan pembayaran dibuatBSN-terdapat mesin juruwang elektronik contohnya pembayaran menerusi teleperbankan spt perintah sedia ada dan debit langsung

Fungsi Institusi Kewangan Bukan Perbankan

Page 52: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

d. Menyediakan bilangan cawangan yg banyak di seluruh negarae. Memberi perlindungan hayat dan harta bendaf. Menggalakkan masyarakat menabung

iii. Menggalakkan pelaburanDana dari unit lebihan yang dideposit atau ditabungkan boleh digunakan untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi yang memerlukan danaa. Menyediakan pinjaman kepada masyarakat cth: beli rumah, sewa beli dan lain-lain

Fungsi Institusi Kewangan Bukan Perbankan

Page 53: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

b. Melaksanakan pelbagai projek pelaburan Contoh LUTH melabur dalam harta tanah, pembinaan dan perladanganc. Menyalurkan tabungan untuk pelaburanMembiayai pelaburan kerajaan dan sektor swastaMenawarkan sijil pelaburanContoh : Syarikat Insurans & KWSP membeli surat jaminan kerajaan dan bil perbendaharaan.

Fungsi Institusi Kewangan Bukan Perbankan

Page 54: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

iv. Sumber kewangan kepada pasaran modal negara• Institusi yang menerima deposit tabungan dan

pelaburan boleh menyumbang dan menyediakan dana ke dalam pasaran modal dalam bentuk saham atau sekuriti hutang

• Mengurangkan pergantungan kepada sumber kewangan antarabangsa

Fungsi Institusi Kewangan Bukan Perbankan

Page 55: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt
Page 56: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(i) Syarikat Insurans(i) Syarikat InsuransSyarikat Insurans merupakan perusahaan swasta yang

menghasilkan keuntungan dengan menawarkan perlindungan terhadap risiko kepada pelanggan.

Sebagai balasan pelanggan dikenakan bayaran dalam bentuk premium.

Syarikat insurans aktif dalam pasaran modal dengan melaburkan sebahagian daripada kumpulan wangnya dalam sekuriti syarikat atau kerajaan. Syarikat insurans konvensional (tertakluk Akta Insurans 1963) dikawal oleh Pengarah Insurans dan Takaful BNM, contoh -MNI Insurans (Etiqa) , Kurnia Insurans Berhad.

Syarikat Takaful berlandaskan syariat Islam (tertakluk Akta Takaful 198463) dikawal oleh Lembaga Pengawasan Syariah contoh –Takaful Malaysia

Page 57: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(ii) Institusi Kewangan Pembangunan(ii) Institusi Kewangan Pembangunan

ditubuhkan khas untuk menggalakkan sektor-sektor ekonomi strategik tertentu.

Institusi-institusi ini mengkhusus dalam penyediaan pinjaman jangka sederhana dan panjang, modal ekuiti dan jaminan untuk pinjaman-pinjaman.

Mereka juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan perunding dan nasihat dalam pengenalpastian dan pembangunan projek-projek baru, di samping nasihat dan bantuan kewangan, teknikal dan pengurusan.

Institusi-institusi ini menjadi pelengkap kepada institusi-institusi perbankan dalam menyediakan pembiayaan kewangan untuk sektor-sektor strategik seperti pertanian, infrastruktur, perkapalan, perkilangan dan eksport, dan Perusahaan-perusahaan Kecil dan Sederhana.

Contoh bank : Bank Pembangunan Malaysia Berhad AGRO Bank ( Bank Pertanian Malaysia) SME Bank Exim Bank (Export-Import Bank of Malaysia Berhad) Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH)

Page 58: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(iii) Dana simpanan dan pencen(iii) Dana simpanan dan pencen

Dana Simpanan dan Pencen adalah skim kewangan yang dibentuk untuk tujuan menyediakan keselamatan sosial dengan cara faedah persaraan, perubatan, kematian dan ketidakupayaan kepada ahli dan tanggungan mereka.

Menyediakan jaminan sosial ahkinya dalam bentuk faedah selepas persaraan

Dana Simpanan Dan Pencen merangkumi:- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)- Dana Simpanan Guru- Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO)- Tabung Angkatan Tentera

Page 59: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(v) Bank Simpanan Nasional(v) Bank Simpanan Nasional

Ditubuhkan pada 1.12.74 di bawah Akta Parlimen

Dibawah pengawasan Kementerian Kewangan Malaysia

Menggalakkan tabungan bagi yang berpendapatan rendah

Sumber modal untuk pembangunan negaraPerkhidmatan yang ditawarkan menerima

deposit tabungan, deposit tetap,sijil simpanan premium

Membeli surat jaminan kerajaanMenjual amanah saham BSN

Page 60: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt
Page 61: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Fungsi-fungsi Bank Negara sebagai badan kawalselia antaranya adalah untuk:i. Mengawal selia dan mengawas institusi-institusi kewangan yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasa oleh Bank berkenaan;ii. Menyediakan pengawasan ke atas pasaran-pasaran wang dan pertukaran asing;iii. melaksanakan pengawasan ke atas sistem-sistem penjelasan pembayaran;

Bank Negara MalaysiaBank Negara Malaysia

Page 62: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Bursa Malaysia mengendalikan sebuah bursa bersepadu penuh, yang menawarkan produk-produk ekuiti, derivatif, luar pesisir, bon serta produk-produk Islam dan menyediakan julat luas bagi pilihan-pilihan pelaburan secara global.

Bursa Malaysia

Page 63: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

i. Bertindak sebagai pengawal dan operator pasaran barisan hadapan bagi sekuriti-sekuriti dan derivatif yang didagangkan di bursa.ii. Bertanggungjawab bagi pengawasan pasar dagangan dan bagi penguatkuasaan keperluan penyenaraian yang membutirkan kriteria-kriteria untuk penyenaraian, keperluan pendedahan dan piawaian-piawaian yang perlu dikekalkan oleh syarikat-syarikat tersenarai. iii. Menyediakan pasaran sekunder kepada pasaran kewangan.

Fungsi Bursa Malaysia

Page 64: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

iv. Memastikan standard perilaku yang tinggi diamalkan oleh penggiat-penggiat pasaran iaitu Syarikat Broker Saham dan Peserta Perdagangan

v. Perlindungan bagi Pelabur dengan untuk memberi pampasan kepada pelabur-pelabur yang mengalami kerugian

Page 65: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Suruhanjaya SekuritiSuruhanjaya Sekuriti

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bertanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal di Malaysia.

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993, di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, ia adalah sebuah badan berkanun biaya sendiri yang diberi kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.

Ia melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen setiap tahun. Di antara fungsi pengawalan selia SC termasuk:

Page 66: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Fungsi Suruhanjaya SekuritiFungsi Suruhanjaya Sekuritia.Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan

dan depositori pusat;b.Pihak berkuasa bagi mendaftar prospektus-propektus

syarikat selain daripada kelab rekreasi tidak tersenarai;c.Pihak berkuasa bagi meluluskan terbitan-terbitan bon;d.Mengawal selia semua perkara yang berhubungkait

dengan sekuriti-sekuriti dan kontrak-kontrak niaga hadapan;

e.Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;

f.Mengawal selia semua perkara berkaitan dengan skim-skim unit amanah

g.Melesen dan mengawasi semua individu yang berlesen;

h.Menggalakkan kawal selia sendiri; dani.Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi-

institusi pasaran dan individu-individu yang berlesen.

Page 67: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Fungsi Suruhanjaya SekuritiFungsi Suruhanjaya Sekuritij.Memastikan perilaku yang betul di kalangan

institusi-institusi pasaran dan individu-individu yang berlesen.

k. SC bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalak dan mempromosikan pembangunan pasaran sekuriti dan pasaran niaga hadapan di Malaysia.

Page 68: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

2.2 Kos pembiayaan dan 2.2 Kos pembiayaan dan sumber kewangansumber kewangana) sumber kewangan jangka pendeka) sumber kewangan jangka pendekb) sumber kewangan jangka panjangb) sumber kewangan jangka panjangc) kos pembiayaanc) kos pembiayaan

Page 69: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

2.2 2.2 (a)(a) Sumber Sumber Kewangan Jangka Kewangan Jangka

PendekPendek

Pinjaman jangka

pendek

Pinjaman jangka

pendek

Overdraf

Kertas

komersialKertas

komersial

Kredit perdagangan

Kredit perdagangan

Page 70: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Merupakan pinjaman yang tempoh pembayarannya kurang dari setahun .

Pinjaman yang ditawarkan oleh bank perdagangan kepada peniaga yang memerlukan pinjaman untuk tujuan tertentu.

Pinjaman ini perlu dibayar balik beserta faedah dalam tempoh kurang dari setahun.

Merupakan pinjaman paling popular dan mudah dilakukan oleh peminjam.

(i) Pinjaman Jangka Pendek

Page 71: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

•Merupakan nota janji tidak bercagar yang dikeluarkan oleh pihak bank atau syarikat korporat bagai mendapatkan tunai. Dikeluarkan pada nilai lebih rendah dari nilai matang.

•Nota janji hutang jangka pendek yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat besar lagi ternama , yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan diyakini oleh pelabur.

•Tempoh matangnya selalu antara satu hingga 270 hari atau enam bulan.

(ii) Kertas Komersial/ Perdagangan( Nota Janji)

Page 72: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

oKemudahan kredit yang disediakan oleh pembekal kepada peniaga atau membeli secara hutang.oKemudahan kredit ini akan mudah diperolehi apabila hubungan peniaga dengan pembekal telah lama terjalin serta yakin dengan prestasi peniaga.oPeniaga tidak perlu membayar serta-merta sehingga akhir tempoh kredit.

Contoh : 2/10 net 30, sekiranya firma membayar dalam tempoh kurang dari 10 hari layak untuk mendapat

diskaun 2%, dan perlu menjelaskan bil dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.o Bekalan dibiayai oleh pembekal sepanjang tempoh kredit.

(iii) Kredit Perdagangan

Page 73: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

•Kemudahan kredit yang diberikan oleh bank perdagangan kepada pemegang akaun semasa untuk mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam akaunnya setakat had yang ditetapkan.

•Faedah akan dikenakan berdasarkan jumlah yang dikeluarkan bukannya jumlah wang yang dibenar dikeluarkan.

(iv) Overdraf

Page 74: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt
Page 75: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(i) Saham BiasaSaham yang menunjukkan pemilikan dalam syarikat.

i. Modal dibenarkan

dikenali sebagai modal nominal atau modal berdaftar,

iaitu jumlah modal yang dinyatakan dalam memorandum ataupun tata wujud syarikat yang didaftarkan dengan pendaftar syarikat.

mewakili jumlah maksimum modal yang boleh ditawarkan kepada orang ramai.

ii. Modal diterbitkan

ia mewakili sebahagian daripada modal dibenarkan yang ditawarkan kepada orang ramai.

Modal terbitan ini tidak boleh melebihi jumlah modal yang dibenarkan.

iii. Nilai tara

nilai tara dinyatakan pada sijil syer dan sama seperti didalam tata urusan dan memorandum syarikat.

Walaubagaimanapun, nilai saham yang dikeluarkan tidak semestinya sama dengan nilai tara. Biasa ia lebih tinggi daripada nilai tara.

Page 76: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Ciri-ciri saham biasa:1.Tidak mempunyai tempoh matang2.Dividen tidak tetap3.Mewakili ekuiti atau hakmilik pelabur dalam syarikat.4.Mempunyai hak mengundi5.Hak menerima dividen jika syarikat dapat untung.

Page 77: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(ii) Saham Keutamaan

•Saham yang diberi keutamaan melebihi saham biasa dalam pemberian dividen.

•Ia gabungan antara ciri-ciri hutang/pinjaman dan saham biasa

•Saham keutamaan sama seperti bon di mana bayaran dividen adalah tetap.

•Persamaan antara saham keutamaan dan saham biasa pula kedua-duanya tidak mempunyai tempoh matang,mempunyai nilai tara, dividen tidak dikira sebagai perbelanjaan yang boleh mengurangkan cukai dan kegagalan membayar dividen tidak menyebabkan syarikat menjadi bankrap.

Page 78: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Ciri-ciri Saham Keutamaan:

1.Kadar dividen tetap setiap tahun2.Dividen bersifat kumulatif3.Keutamaan dari segi membuat tuntutan berbanding pemegang saham biasa4.Tidak mempunyai had mengundi5.Pemegang saham keutamaan bukan pemilik syarikat6.Saham keutamaan boleh ditukarkan kepada saham biasa7.Tiada tarikh matang

Page 79: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(iii) Bon

Satu penyata yang memiliki nilai muka.ialah nota janji jangka panjang yang dikeluarkan oleh syarikat di mana syarikat berjanji akan membayar faedah dan prinsipal pada waktu yang telah ditetapkan kepada pemegang-pemegang bon.Contoh bon : Bon kerajaan, bon korporat (PDS), bon kuasi kerajaan, bon Cagamas dan bon Islam) Pemegang-pemegang bon ialah pemberi pinjaman kepada syarikat.

Ciri-ciri bon ialah: i.  Nilai par

Jumlah prinsipal yang akan dibayar selepas matang dan selalunya nilai

par ialah RM1000.

ii.Tempoh matang

Di mana syarikat akan membayar balik pinjaman.

iii. Kadar faedah kupon

Kadar diberi dalam nilai ringgit ataupun peratus daripada nilai par.

Page 80: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

iv. Jenis- jenis Bon: Bon bercagar

Pembayaran hutang bagi bon bercagar dijamin oleh cagaran aset biasanya saham, bangunan atau tanah.

Bon tidak bercagar Tidak bersandarkan mana-mana cagaran.Jika pihak penerbit gagal membayar, pemegang bon boleh hanya membuat tuntutan biasa.Bon tidak bercagar menawarkan kadar kupon yang tinggi berbanding bon bercagar kerana faktor risiko yang tinggi.

Page 81: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Pinjaman Jangka PanjangPinjaman Jangka PanjangMerupakan hutang jangka panjang dan

tempoh pembiayaan melebihi satu tahunFaedah yang dikenakan adalah lebih tinggi

berbanding dengan pinjaman jangka pendek kerana risiko kemampuan untuk membayar balik pinjaman.

Pinjaman boleh dijadikan cagaran ataupu tanpa cagaran jika rekod kewangan syarikat kukuh.

Page 82: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

2.2 (c) Kos Pembiayaan dan Sumber Kewangan

(i) Kadar faedah – i. Nisbah pembayaran yang dikenakan kepada pemimjam.

ii. Kadar pulangan kepada pemberi hutang.

(ii)Kos pengapungan – kos yang terlibat dalam sesuatu terbitan sekuriti baru. Meliputi kos penaja pelaburan, percetakan ,undang-undang dan perakaunan .

(iii) Duti setem – cukai yang dikenakan dalam bentuk setem terhadap sesuatu dokumen perjanjian atau

pindah hak milik.

2.2 (c) Kos Pembiayaan

Page 83: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(a) Kredit dan Terma-

terma Kredit (b) Prinsip 5C

Page 84: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(a) Kredit dan Terma-terma Kredit

- Terma kredit – Syarat-syarat bayaran yang ditawarkan penjual kepada pembeli.Contoh terma kredit : 2/10 net 30

• 2 (diskaun 2% daripada amaun kredit)• 10 (tempoh diskaun iaitu 10 hari)• 30 (tempoh akhir bayaran kredit iaitu 30 hari)

a) Pengertian pengurusan kredit – merupakan komponen polisi kredit firma yang meliputi syarat-syarat jualan, analisis kredit dan polisi kutipan yang dibuat oleh pembekal kepada pembeli.

* Syarat Jualan - Penetapan tempoh kredit , diskaun tunai dan instrumen

kredit . Cth 2/10 net 20 .Pelanggan mempunyai masa selama 20 untuk menjelaskan hutang. Jika bayar dalam tempoh 10 hari akan dapat diskaun sebanyak 2% akan diberikan.

Page 85: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Analisis Kredit:

Firma akan mengenal pasti pelanggan yang akan mempunyai potensi membayar atau tidak membayar. Maklumat akan diperolehi melalui penyata pendapatan pelanggan, bank dan sejarah dari pembekal lain

Polisi Kutipan :Melihat kepada bandingan antara syarat jualan dan tempoh kutipan purata. Jika TKP tidak sama atau lebih panjang menunjukkan pelanggan lambat membayar hutang.

Page 86: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Modal(Capital)

Suasana (Condition)

PRINSIP 5 C

CAGARAN(Collateral)

Perwatakan(Character)

Keupayaan(Capacity)

Page 87: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

B:PRINSIP-PRINSIP 5 C

Dalam meluluskan sesuatu kredit, pihak pengurusan perlu mempertimbangkan prinsip-prinsipnya sebagai asas dalam membuat keputusan yang cekap.

(1)MODAL –

kedudukan kewangan pelanggan berpandukan analisis penyata kewangan pelanggan.

Penekanan kepada kedudukan ekuiti dan nisbah-nisbah risiko seperti nisbah semasa, nisbah hutang dan nisbah perlindungan faedah.

Page 88: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(2) KEUPAYAAN – Kemampuan pelanggan untuk membayar hutang yang diukur melalui aliran tunai daripada perniagaan.

Keupayaan akan juga dilihat dari daya maju projek dalam menjana aliran tunai positif.

Perlu juga melihat dari segi pematuhan undang-undang dan syarat-syarat pinjaman

(3) PERWATAKAN – keperibadian pelanggan dalam menunaikan janji untuk membayar hutang dalam tempoh masa yang djanjikan .

Faktor moral pelanggan diambilkira seperti laporan kredit pelanggan akan cuba didapati daripada pihak bank pelanggan, pembekal kredit lain dan pesaing-pesaing mengenai maklumat

Page 89: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

(4) KEADAAN – keadaan ekonomi dan persekitaran atau sebarang aktivitipembangunan baru yang dapat mempengaruhi sesuatu perniagaandan menyebabkan pemimjam tidak mampu untuk bayar hutang.

(5) CAGARAN – Cagaran diperlukan bagi mengurangkan risiko kerugian jika pelanggantidak mampu bayar pinjamancagaran aset tetap yang mungkin disandarkan oleh pelanggan sebagaijaminan.Jaminan aset tetap yang disandarkan ini selalunya dapat menolongmemudahkan pelanggan mendapatkan kredit pada kadar yang lebihrendah.Bagi pelanggan yang tidak dapat menyediakan aset sebagai cagaran,penjamin yang mempunyai pendapatan yang kukuh diperlukan.

Page 90: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

Kolej Matrikulasi PahangKementerian Pelajaran

Malaysia26300 Gambang

Pahang

Page 91: BAB 2 SISTEM KEWANGANZZA EDITED ANCASA - Copy.ppt

SENARAI BAHAN RUJUKAN

1. Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd. Shamsudin, Hasni Che Ismail, Lim Kong Teong , Mohammad Basir Saud, Nasruddin Zainudin, Norsiah Mat & Nurli Yaacob: Teks Pra-U STPM Matrikulasi Pengajian Perniagaan 1 : Pearson, Longman, 2008.

2. Faudziah Zainal Abidin, Nasruddin Zainudin, Faizah Ismail & Nurwati Ashikkin Ahmad Zaluki: Pengurusan Kewangan Teori & Aplikasi, Pearson Prentice Hall, 2008.

3. http://www.bnm.gov.my4. http://www.sc.com.my5. http://www.bursamalaysia.com6. http://mdex.com.my7. http://www.treasury.gov.my