bab 2 proses permohonan

6
2-1 BAB II PROSES PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU, SEMAKAN KURIKULUM, PENUBUHAN DAN PENSTRUKTURAN SEMULA FAKULTI/PUSAT/SEKOLAH/ KULLIYYAH/ KOLEJ/ INSTITUT Bab ini menunjukkan carta alir proses permohonan Program Akademik Baharu, Semakan Kurikulum, Penubuhan dan Penstrukturan Semula Fakulti/ Pusat/ Sekolah/ Kulliyyah/ Kolej/ Institut bagi tujuan kelulusan oleh Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Garis panduan ini akan menunjukkan proses yang terlibat dari peringkat IPTA hingga peringkat kelulusan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi permohonan program akademik baharu, IPTA yang telah diberikan status Swa- Akreditasi, permohonan Akreditasi Sementara tidak diperlukan. Namun begitu, IPTA tersebut masih perlu mendapatkan kelulusan penawaran program daripada KPT. Rujuk Rajah 2.1 bagi proses permohonan kelulusan program akademik baharu. Bagi IPTA yang tidak diberikan status Swa-Akreditasi, permohonan Akreditasi Sementara (MQA 01) perlu dikemukakan kepada pihak MQA. Rajah 2.2 menunjukkan proses yang perlu dilalui sebelum menawarkan program akademik baharu. 2.1 Carta Alir Proses Kelulusan Proses permohonan kelulusan Program Akademik Baharu, Semakan Kurikulum, Penubuhan dan Penstrukturan Semula Fakulti/ Pusat/ Sekolah/ Kulliyyah/ Kolej/ Institut ditunjukkan dalam Rajah 2.1, Rajah 2.2 dan Rajah 2.3. Rajah 2.1 menunjukkan carta alir proses permohonan kelulusan program akademik baharu bagi IPTA berstatus Swa-Akreditasi. Rajah 2.2 menunjukkan carta alir proses permohonan kelulusan program akademik baharu bagi IPTA bukan berstatus Swa-Akreditasi. Rajah 2.3 menunjukkan carta alir proses permohonan Program Akademik Baharu, Semakan Kurikulum, Penubuhan dan Penstrukturan Semula Fakulti/ Pusat/ Sekolah/ Kulliyyah/ Kolej/ Institut.

Upload: clement-tcp

Post on 25-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Proses Permohonan untuk IPTS

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Proses Permohonan

2-1

BAB II

PROSES PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU, SEMAKAN KURIKULUM, PENUBUHAN DAN PENSTRUKTURAN SEMULA FAKULTI/PUSAT/SEKOLAH/ KULLIYYAH/ KOLEJ/ INSTITUT

Bab ini menunjukkan carta alir proses permohonan Program Akademik Baharu,

Semakan Kurikulum, Penubuhan dan Penstrukturan Semula Fakulti/ Pusat/

Sekolah/ Kulliyyah/ Kolej/ Institut bagi tujuan kelulusan oleh Jawatankuasa

Pendidikan Tinggi (JKPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Garis panduan ini

akan menunjukkan proses yang terlibat dari peringkat IPTA hingga peringkat

kelulusan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagi permohonan program akademik baharu, IPTA yang telah diberikan status Swa-

Akreditasi, permohonan Akreditasi Sementara tidak diperlukan. Namun begitu, IPTA

tersebut masih perlu mendapatkan kelulusan penawaran program daripada KPT.

Rujuk Rajah 2.1 bagi proses permohonan kelulusan program akademik baharu.

Bagi IPTA yang tidak diberikan status Swa-Akreditasi, permohonan Akreditasi

Sementara (MQA 01) perlu dikemukakan kepada pihak MQA. Rajah 2.2

menunjukkan proses yang perlu dilalui sebelum menawarkan program akademik

baharu.

2.1 Carta Alir Proses Kelulusan

Proses permohonan kelulusan Program Akademik Baharu, Semakan Kurikulum,

Penubuhan dan Penstrukturan Semula Fakulti/ Pusat/ Sekolah/ Kulliyyah/ Kolej/

Institut ditunjukkan dalam Rajah 2.1, Rajah 2.2 dan Rajah 2.3.

Rajah 2.1 menunjukkan carta alir proses permohonan kelulusan program akademik

baharu bagi IPTA berstatus Swa-Akreditasi. Rajah 2.2 menunjukkan carta alir

proses permohonan kelulusan program akademik baharu bagi IPTA bukan

berstatus Swa-Akreditasi. Rajah 2.3 menunjukkan carta alir proses permohonan

Program Akademik Baharu, Semakan Kurikulum, Penubuhan dan Penstrukturan

Semula Fakulti/ Pusat/ Sekolah/ Kulliyyah/ Kolej/ Institut.

Page 2: Bab 2 Proses Permohonan

2-2

2.1.1 Program Akademik Baharu

Pembangunan program akademik baharu perlu melalui proses kelulusan Mesyuarat

Jawatankuasa Akademik Fakulti, Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Universiti,

Mesyuarat Senat dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti. Kajian pasaran dan

ulasan pihak berkepentingan adalah perkara penting yang perlu disediakan sebelum

mendapat kelulusan di peringkat fakulti. Carta alir kerja proses permohonan

program baharu ditunjukkan dalam Rajah 2.1, Rajah 2.2 dan Rajah 2.3. Kertas

kerja permohonan bagi tujuan kelulusan oleh JKPT diterangkan dalam Bab 3.

Permohonan program akademik baharu perlu menggunakan format Ringkasan

Eksekutif seperti di Lampiran 3.10.

2.1.2 Semakan Kurikulum

Semakan kurikulum hendaklah dilaksanakan selepas kohort pertama pelajar

bergraduat bagi memastikan kurikulum yang ditawarkan memenuhi kehendak

pasaran dan pemegang taruh. Permohonan bagi semakan kurikulum hanya perlu

dikemukakan kepada JKPT sahaja tanpa melalui MQA. Semakan kurikulum juga

perlu melalui proses kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti,

Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Universiti, Mesyuarat Senat dan Mesyuarat

Lembaga Pengarah Universiti. Carta alir kerja proses permohonan kelulusan

semakan kurikulum ditunjukkan dalam Rajah 2.3. Perubahan semakan kurikulum

yang kurang daripada 30%, hanya perlu dimaklumkan ke pihak KPT. Bagi

perubahan semakan kurikulum yang lebih daripada 30%, perlu mendapatkan

kelulusan KPT. Kertas kerja permohonan bagi tujuan kelulusan oleh JKPT

diterangkan dalam Bab 4.

2.1.3 Penubuhan dan Penstrukturan Semula

Penubuhan dan penstrukturan semula Fakulti/ Pusat/ Sekolah/ Kulliyyah/ Kolej/

Institut perlu melalui proses kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti,

Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Universiti, Mesyuarat Senat dan Mesyuarat

Lembaga Pengarah Universiti. Carta alir kerja proses permohonan kelulusan

penubuhan dan penstrukturan semula Fakulti/ Pusat/ Sekolah/ Kulliyyah/ Kolej/

Institut ditunjukkan dalam Rajah 2.3. Kertas kerja permohonan bagi tujuan

kelulusan oleh JKPT diterangkan dalam Bab 5.

Page 3: Bab 2 Proses Permohonan

2-3

CARTA ALIR PROSES KERJA PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU BAGI IPTA YANG

BERSTATUS SWA AKREDITASI

Rujuk Rajah 2.3

IPTA menyediakan kertas kerja kelulusan program baharu untuk dihantar ke KPT.

Mula

KPT menerima kertas kerja kelulusan program baharu dari IPTA

A

IPTA

KPT

Rajah 2.1 : Carta Alir Proses Kerja Permohonan Program Akademik Baharu Bagi IPTA Yang Berstatus Swa Akreditasi

A

Page 4: Bab 2 Proses Permohonan

2-4

CARTA ALIR PROSES KERJA PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU BAGI IPTA YANG

BUKAN BERSTATUS SWA AKREDITASI

Rajah 2.2 : Carta Alir Proses Kerja Permohonan Program Akademik Baharu Bagi IPTA Yang Bukan Berstatus Swa Akreditasi

Permohonan CQC

Kelulusan CQC

*CQC = Certification of Quality Compliance

Penambahbaikan

KPT IPTA

JKPT

A

Lulus

Pemakluman kelulusan KPT ke MQA

IPTA

MQA

Perakuan akreditasi sementara ke IPTA

IPTA

Program akademik baharu boleh dilaksanakan

Mula

IPTA MQA

Tamat

Rujuk Rajah 2.3

Page 5: Bab 2 Proses Permohonan

2-5

CARTA ALIR PROSES KERJA

PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU, SEMAKAN KURIKULUM, PENUBUHAN DAN PENSTRUKTURAN SEMULA FAKULTI/ PUSAT/ SEKOLAH/ KULLIYYAH/ KOLEJ/ INSTITUT

(PERINGKAT JPT)

Rajah 2.3 : Carta Alir Proses Kerja Permohonan Program Baharu, Semakan Kurikulum, Penubuhan dan Penstrukturan Semula Fakulti/ Pusat/ Sekolah/ Kulliyyah/ Kolej/ Institut (Peringkat JPT)

Tamat

Mula

Maklumat Tidak Lengkap

Maklumat Lengkap

Perakuan Kelulusan

KPT

Penambahbaikan

KPT

KPT

Penerimaan Permohonan daripada IPTA

Semakan Dokumen

Pertimbangan Mesyuarat JKPT

Perakuan Keputusan Permohonan dikemukakan oleh Ketua Pengarah kepada KSU

Perakuan Keputusan Permohonan dikemukakan oleh KSU kepada YBM

Keputusan Permohonan dimaklumkan kepada IPTA

Fail dan Rekod

Page 6: Bab 2 Proses Permohonan

2-6

2.2 Penghantaran Dokumen Kertas Kerja

Perkara berikut perlu dipatuhi semasa penghantaran dokumen kertas kerja

ke KPT:

a. Semua permohonan cadangan Program Baharu, Semakan

Kurikulum, Penubuhan dan Penstrukturan Semula Fakulti/ Pusat/

Sekolah/ Kulliyyah/ Kolej/ Institut hendaklah mengikut format yang

ditetapkan.

b. IPTA dikehendaki menyediakan kertas kerja untuk dikemukakan ke

mesyuarat berikut:

i. Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Universiti.

ii. Mesyuarat Senat.

iii. Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti

c. Jumlah kertas kerja yang perlu dihantar ke KPT ialah lima salinan

kertas kerja salinan keras (hardcopy) dan satu salinan digital (soft

copy) dalam bentuk cakera padat.

Jangkamasa tempoh kelulusan di peringkat KPT selepas penghantaran

dokumen yang lengkap ialah 90 hari.