bab 2 konsep-konsep penting dalam bidang morfologi[1] dr isam

9
BAB 2 KONSEP-KONSEP PENTING DALAM BIDANG MORFOLOGI

Upload: ina-osman

Post on 01-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 Konsep-Konsep Penting Dalam Bidang Morfologi[1] DR ISAM

BAB 2

KONSEP-KONSEP PENTING DALAM BIDANG MORFOLOGI

Page 2: BAB 2 Konsep-Konsep Penting Dalam Bidang Morfologi[1] DR ISAM

Konsep Penting

• Alomorf• Morf• Morfem• Kata

Page 3: BAB 2 Konsep-Konsep Penting Dalam Bidang Morfologi[1] DR ISAM

Alomorf • Alomorf ( allomorph ) ialah kelainan yang tidak

distingtif yang merupakan anggota daripada satu morfem.

• Dalam erti kata lain, alomorf ialah istilah linguistik untuk variasi bentuk suatu morfem kerana pengaruh lingkungan yang dimasukinya.

• Variasi ini terjadi pada perubahan bunyi (fonologis) tanpa perubahan makna.

• Contoh alomorf 1. morfem beR- (alomorf = ber-, be-, dan bel-) 2. morfem meN- (alomorf = me-, mem-, men-, meng-, dan meny-)

Page 4: BAB 2 Konsep-Konsep Penting Dalam Bidang Morfologi[1] DR ISAM

• Menurut Asmah (2009), alomorf ialah varian morfem. • Bagi morfem bebas, morfem dengan alomorfnya sama (disebut

sebagai alomorf dasar). Contohnya, jalan boleh dirujuk sebagai morfem dan juga alomorf. Hal ini kerana, jalan mewakili morfem dan juga alomorfnya.

• Namun begitu, bagi sesetengah morfem terikat, alomorfnya terbahagi kepada beberapa jenis.

• Contohnya morfem terikat di- adalah sama dengan alomorfnya iaitu di-.

• Terdapat juga morfem terikat yang mempunyai banyak alomorf. Contohnya morfem terikat beR- boleh diwakili oleh alomorf ber-, be-, dan bel-.

• Jika sesuatu morfem mempunyai banyak alomorf, satu daripada alomorf akan dipilih untuk melambangkan morfem tersebut (misalnya daripada alomorf ber-, be-, dan bel-, alomorf beR- diangkat menjadi morfem terikat). Alomorf yang terpilih sebagai lambang morfem disebut sebagai alomorf dasar.

Page 5: BAB 2 Konsep-Konsep Penting Dalam Bidang Morfologi[1] DR ISAM

Morf • Pewujudan morfem dari segi fonologi atau ejaan

yang penyebarannya belum belum ditentukan lagi.

• Morfem tertentu boleh diwakili oleh pelbagai morf dalam pelbagai persekitaran.

• Contoh: • Morfem - meN• Alomorf - me-, mem-, men-, meng-, dan

meny-• Morf - setiap satu dari alomorf itu sendiri

(misalnya me- atau meng-)

Page 6: BAB 2 Konsep-Konsep Penting Dalam Bidang Morfologi[1] DR ISAM

Morfem

• Unit tatabahasa yang terkecil yang mendokong makna dan menjalankan fungsi nahu.

• Contoh, bertelur, berkarya, bertemu• Imbuhan ber- menerangkan maksud

melakukan sesuatu perbuatan bagi si pelaku itu sendiri.

• Itulah sebenarnya tugas nahu

Page 7: BAB 2 Konsep-Konsep Penting Dalam Bidang Morfologi[1] DR ISAM

• Morfem terbahagi kepada dua, 1.Morfem bebas• Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu

kata atau ayat minimum. Morfem juga dipanggil kata tanpa imbuhan.• Contohnya seperti budak, dewasa, kapal dll.

2. Morfem terikat• Bentuk morfem yang memerlukan bantuan daripada

morfem lain, khususnya morfem bebas untuk berdiri sendiri sebagai kata.

• Contoh• Awalan : di-…, ter-…, ke-…, dll.• Sisipan : -el-, -em-, -in-, -er-,• Apitan : ke-…-an, me-…-kan, dll.• Akhiran : …-an, …-i, …-kan.

Page 8: BAB 2 Konsep-Konsep Penting Dalam Bidang Morfologi[1] DR ISAM

• Morfem terikat terbahagi kepada tiga1. Morfem terikat satuan

• Ialah morfem yang utuh dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Seperti ter-, me-, di-, dll.

2. Morfem terikat terbahagi• Morfem yang boleh dipisah-pisahkan atau

dibahagikan oleh tersisipnya kata dasar di antaranya. Contohnya, ke-…-an, per-…-an, dll.

3. Morfem terikat kompleks• Gabungan dua atau lebih morfem terikat dalam

sesuatu kata dan gabungan berlaku pada awalan sahaja.

Page 9: BAB 2 Konsep-Konsep Penting Dalam Bidang Morfologi[1] DR ISAM

Kata

• Satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa

• Kata mempunyai beberapa bentuk yang dijeniskan sebagai berikut;– Bentuk kata tunggal– Bentuk kata terbitan– Bentuk kata majmuk– Bentuk kata ganda