bab 4 proses dan jenis penerbitan kata[1] dr isam

26
BAB 4 PROSES DAN JENIS PENERBITAN KATA

Upload: ina-osman

Post on 24-Oct-2015

76 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

BAB 4

PROSES DAN JENIS PENERBITAN KATA

Page 2: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

PENDAHULUAN

• Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar, proses dan jenis penerbitan kata dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan seperti yang berikut:

1. Awalan2. Akhiran3. Apitan4. Sisipan5. Pengakroniman

Page 3: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Pembentukan Awalan • Dalam bahasa Melayu pembentukan kata

awalan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu

1. awalan kata nama

2. awalan kata kerja• Awalan yang membentuk kata nama dalam

bahasa Melayu

1. peN-

2. pe-

4. peR-

3. ke-

Page 4: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

• Awalan yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu ialah:

1. meN-

2. beR-

3. teR-

4. di-

5. mempeR-

6. dipeR -

Page 5: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Awalan Kata Nama peN-

• Awalan peN- terdiri daripada empat bentuk awalan, iaitu pe-, pen-, pem-, dan peng-, pel-

• Perbezaan bentuk-bentuk awalan ini bergantung kepada dua faktor:

1. Faktor fonologi - jenis huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu.

2. Faktor perkembangan dan perancangan bahasa - menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu.

Page 6: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Menjadi pe-• apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan

huruf-huruf m, n, ny, ng, l, r dan w.

Contohnya,– peN + malas = pemalas

• Kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s, huruf awal akan berubah menjadi bunyi sengau/nasal yang sama dengan alat artikulasinya dengan huruf tersebut.

• Contohnya:– p bunyi sengau yang sama ialah m = pemukul (pukul)– t bunyi sengau yang sama ialah n = penari (tari)– k bunyi sengau yang sama ialah ng = pengacau (kacau)– s bunyi sengau yang sama ialah ny = penyeru (seru)

Page 7: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Menjadi pem-

• apabila ia diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b, dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan huruf seperti, b, f, p, dan v.

• Contohnya:

– peN + bakhil = pembakhil

– peN + veto = pemveto

– peN + fitnah = pemfitnah

– peN + proses = pemproses

Page 8: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Menjadi pen- • apabila ia diimbuhkan pada kata dasar yang

bermula dengan huruf d,c,j,sy,z, dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan huruf-huruf t dan s.

• Contoh:– peN + duduk = penduduk– peN + taqwa = pentaqwa– peN + stabil = penstabil

Page 9: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Menjadi peng- (juga menjadi penge-)• apabila ia diimbuhkan pada kata dasar yang

bermula dengan huruf-huruf g,kh,h dan bunyi-bunyi vokal a,e, i, o, u dan beberapa bentuk kata dasar yang berasal daripada perkataan pinjaman k.

• Contohnya:– peN + galak = penggalak– peN + kritik = pengkritik– peN + urus = pengurus

• peng- akan menjadi penge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata sahaja.

• Contohnya– peN + pam = pengepam– peN + bom = pengebom

Page 10: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Menjadi pel-

• apabila bergabung dengan kata dasar ajar untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar.

Page 11: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Aspek Makna Awalan peN-1. Penanda makna orang yang melakukan

sesuatu, contohnya: pengarang, pengarah, penuai.

2. Penanda orang yang menjawat tugas, contohnya: penghulu, pengerusi.

3. Penanda orang yang suka akan sesuatu, contohnya: penidur, peminum, pemakan

4. Penanda orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar tersebut, contohnya: penyabar, penawar, pelebar,

5. Penanda makna alat untuk melakukan sesuatu, contohnya: penggali,pembajak.

6. Penanda makna ukuran hasil daripada melakukan sesuatu, contohnya: pemeluk, pemanah,

7. Penanda abstrak, contohnya: penunjuk, pendapat,

Page 12: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Awalan Kata Nama pe-

• Awalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut.

• Awalan ini wujud akibat perkembangan bahasa yang menimbulkan perbezaan makna antara kata terbitan berawalan pe- dengan kata terbitan berawalan peN-.

• Ada perbezaan antara peN- dan pe-, walaupun sesetengah kata terbitan dari kedua-dua imbuhan ini mempunyai bentuk yang sama.

Page 13: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

• Contoh:

1. penyara dan pesara• Penyara – orang yang menyara• Pesara – orang yang bersara

2. penyakit dan pesakit• Penyakit – jenis-jenis kesakitan yang

dialami• Pesakit – orang yang mengalami kesakitan

3. peninju dan petinju• Peninju – penumbuk• Petinju – orang yang berlawan tinju

Page 14: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Aspek Makna Awalan pe-

1. Penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan.

Contohnya: pesuruh, petugas, petaruh.

2. Penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar

Contohnya: pekebun, pekedai, petani.

Page 15: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Awalan Kata Nama peR-

• Awalan peR- tidak terlalu produktif berbanding dengan imbuhan lain.

• Imbuhan ini bergabung dengan kata dasar jenis kata kerja dan kata nama tanpa melibatkan apa-apa perubahan bunyi pada kata tersebut.

• Contohnya: pertapa, perasap.

Page 16: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Awalan Kata Nama ke-

• Awalan ke- tidak produktif.

• Hanya bergabung dengan beberapa perkataan sahaja seperti kata dasar berikut:

– tua

– kasih

– hendak

– kanda

– rawang

Page 17: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Aspek Makna Awalan ke-

1. Menunjukkan maksud bilangan yang teratur/ membentuk bilangan yang menunjukkan kedudukan. Contohnya: kedua, ketiga

2. Menunjukkan maksud semuanya dikira sekali /makna himpunan. Contohnya: kesemua, kelapan-lapan

3. Menukarkan kata adjektif dan kata bantu kepada kata nama. Contohnya: ketua, kekasih,

Page 18: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Awalan Kata Kerja

• Awalan kata kerja melibatkan:– meN-– beR-– teR-– di-– mempeR-– dipeR -

Page 19: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Awalan Kata Kerja meN-

• Bentuk awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif

• Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu: me-, mem-, men-, dan meng-

Page 20: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Menjadi me- • apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula

dengan huruf-huruf m,n,ny,ng,r,l,w dan y. • Contohnya:

– Masak – memasak– Nanti – menanti– Rupa – merupa

• Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s, akan berubah menjadi bentuk sengau. Contohnya,– Pesan – memesan – Tipu – menipu – Keloi – mengeloi – Sapu – menyapu

Page 21: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Menjadi mem-• Apabila diimbuhkan pada perkataan yang bermula

dengan huruf, b dan kata pinjaman b,f,p, dan v.• Contoh:

– Brek - membrek– Fitnah - memfitnah– Proses - memproses– Veto - memveto

• KEKECUALIAN - bukan perkataan pinjaman tapi tidak perlu digugurkan p tersebut.– Pelopor – mempelopor – Pelawa – mempelawa – Peduli – mempeduli

Page 22: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Menjadi men-• Apabila diimbuhkan pada kata dasar yang

bermula dengan huruf d,c,j, sy, dan z.• Kata pinjaman huruf t dan s.• Contoh

– Dabik – mendabik – Curi – mencuri – Jual – menjual – Tafsir – mentafsir – Swata – menswasta(kan)

• KEKECUALIAN – bukan perkataan pinjaman tapi tidak perlu digugurkan huruf t tersebut.– Ternak - menternak – Tertawa - mentertawakan

Page 23: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Menjadi meng-• Digabungkan dengan perkataan yang bermula dengan huruf-

huruf seperti yang berikut:– g, gh, kh, dan h– a, e, i, o, u– kata pinjaman k

• Contoh– Gatal – menggatal – Ghaib – mengghaib(kan)– Khabar – mengkhabar(kan)– Hidup – menghidup(kan)

• KEKECUALIAN - Kaji – mengkajiTidak berubah dan tetap menjadi mengkaji bukan mengaji

• meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata seperti – bom, wap, syak,lap dll.

• KEKECUALIAN (stor – menstor, brek – membrek, klip – mengklip)

Page 24: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Aspek Makna Awalan meN-

1. Melakukan perbuatan - Melakukan sesuatu - menggulai- Mengeluarkan suara - mencicit- Mencari - merotan, mendamar- Menuju sasaran - melaut, menepi- Menyerupai atau berlaku seperti - membukit

2. Menyatakan keadaan- Hidup sebagai – menjanda- Menjadi - memutih, memucat, memanjang

Page 25: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

Awalan Kata Kerja ber-

• Hanya mempunyai satu bentuk sahaja. • Perkataan yang menerima awalan ini menjadi

kata kerja yang bersifat tak transitif sama ada memerlukan pelengkap atau tidak memerlukan pelengkap.

• Contoh:– Mak Limah berangkat ke Mekah.– Mak Limah berangkat ke Mekah pada tahun

depan.

Page 26: BAB 4 Proses Dan Jenis Penerbitan Kata[1] DR ISAM

• Apabila imbuhan ber- bergabung dengan perkataan yang bermula dengan huruf r, maka berlakulah proses peleburan bunyi seperti berikut:– Rasa – berasa – Rupa – berupa – Raja – beraja – Renang – berenang – Rumah – berumah

• Apabila awalan ber- bergabung dengan perkataan yang awalnya diikuti oleh –er- misalnya serban, derma, serta - mempunyai kecenderungan untuk menggugurkan r dalam awalan –ber- dalam pengucapan lisan.

• Tetapi bagi bentuk penulisan tetap tidak digugurkan KECUALI kerja menjadi bekerja.

• Bagi perkataan ajar dan unjur, gabungan ber- akan berlaku KEKECUALIAN menjadi belajar dan belunjur.