bab 1 (versi pelajar)

55
BAB 1 Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian

Upload: maverick-bo

Post on 30-Sep-2015

488 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

BAB 1

BAB 1

Malaysia: Kesepaduan dalam KepelbagaianSelepas mempelajari bab ini, para pelajar dapat:1. Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain.2. Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat.3. Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian.

Hasil Pembelajaran

PengenalanSebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara Perpaduan atau KesepaduanHubungan Etnik di MalaysiaMasyarakat Pelbagai Etnik di MalaysiaKesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di MalaysiaKesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan AsimilasiKesimpulan

KandunganPerbincangan - memberikan tumpuan khususnya kepada:bentuk; tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara kumpulan etnik - sesuatu masyarakat dengan sebuah negara. Dalam hal ini, tumpuan - mempelajari, menganalisis serta memahami negara dan masyarakat di Malaysia.

Pengenalan

dimensi etnikdimensi sosial yang merangkumi komponen-komponen seperti kelas, status dan agama.Faktor-foktor yang mengubah bentuk identiti sesesuatu kumpulan etnik:Definisi perpaduan dalam kepelbagaian:perpaduan dalam kepelbagaian Kebolehan kumpulan manusia yang berbeza-beza - hidup bersama dalam sebuah masyarakat. Dari sudut psikologi sosial - rasa kesatuan yang melampui wujudnya - pemisahan fizikal dan psikologikal, termasuk konteks metafizikal.

Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara Perpaduan atau Kesepaduan

Dari segi antropologi- sosiologi - merumuskan bagaimana manusia mengurus dan menyusun dari segi:abstrak;nyata;perbezaan sosial. Definisi Perpaduan Dalam Kepelbagaian:

Dari sudut ontologikal - perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini didorong oleh keinginan bagi:mewujudkan keamanan;kestabilan dalam sesebuah masyarakat yang berlainan keanggotaan kelompok sosialnya yang akhirnya bertujuan mencapai objektif kesenangan dan mungkin juga kemewahan dari segi fizikal. Definisi Perpaduan Dalam Kepelbagaian:

Matlamat perpaduan yang ingin direalisasikan oleh manusia yang masih belum wujud itu - bersifat utopia yang tidak dapat dilaksanakan, iaitu unity is uniformity atau perpaduan ialah keSAMAan.

Dalam konteks ini, unity is uniformity bentuk suatu masyarakat yang sempurna yang sukar menjadi kenyataan.

Definisi Perpaduan Dalam Kepelbagaian:

Sebilangan besar anggota masyarakat majmuk di dunia menikmati bentuk kesepaduan, - suatu fenomena sosial : berlandaskan idaman mereka yang mendalam terhadap perpaduan. Harapan ini seterusnya mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut melalui berbagai-bagai ikhtiar dan kegiatan - prasyarat mencapai perpaduan. Definisi Perpaduan Dalam Kepelbagaian:

Bermula dari tahun 1945 sehingga sekarang terdapat 3 era penting berpandukan:pola konflik;keamanan;dan kestabilan dalam masyarakat. Pola hubungan etnik di Malaysia sejak tahun 1946 berbentuk turun naik.Namun, suasana di Malaysia secara keseluruhannya adalah aman damai dengan hubungan etnik yang harmoni.Hubungan Etnik di Malaysia

Selepas Perang Dunia Ke-2 - keadaan kehidupan rakyat di Tanah Melayu adalah bersifat serba kekurangan, termasuk dari segi pencapaian fizikal.Masalah yang paling besar - konflik etnik tercetus apabila satu pasukan anggota komunis bernama Bintang Tiga, memburu anggota masyarakat tempatan yang pernah menjadi anggota polis Jepun, atau Jookidam semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Era Konflik (1945-1960)

Kerajaan kolonial British pada 1 April 1946 mengisytiharkan penubuhan Malayan Union (MU) sebagai kerajaan baharu selepas perang di Malaya. Kerangka cadangan penubuhan MU adalah melibatkan: penyerahan semua kuasa Raja-Raja Melayu, kecuali yang berkaitan dengan agama Islam, kepada Mahkota British;sebelas buah negeri di Malaya bertaraf sebagai British crown colony.

Era Konflik (1945-1960)Parti Melayu UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 - menentang penubuhan MU.Pada 31 Januari 1948, Persekutuan Tanah Melayu menggantikan MU:Pulau Pinang dan Melaka - British colonial territories;Negeri Melayu yang sembilan itu - protectorates kepada United Kingdom.

Era Konflik (1945-1960)Pemimpin kesatuan sekerja - telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan. Tindakan ganas Bintang Tiga - membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput pada 16 Ogos 1948.Pemerintah kolonial British mengishtiharkan Darurat pada 23 Julai 1948, yang hanya tamat 12 tahun kemudian.Era Konflik (1945-1960)Pemerintah kolonial British mengambil langkah meredakan ketegangan etnik dan mengembalikan kesepaduan sosial dalam kalangan tiga kelompok etnik di Malaya Melayu, Cina dan India:Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada tahun 1949. Anggota CLC terdiri daripada pemimpin etnik Melayu, Cina dan India.Membolehkan perbincangan terbuka dari hati ke hati antara elit Melayu, Cina dan India

Era Konflik (1945-1960)Titik tolak lahirnya konsep serta kegiatan ethnic bargaining, atau tolak ansur etnik.Prinsip ini - kerangka perundingan:

British dengan para pemimpin etnik dan ketua parti politik Malaysia sebelum Merdeka.

Perundingan antara Tunku Abdul Rahman Putera dengan Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya (PKM), di Baling pada 1955. Era Konflik (1945-1960)Pilihan Raya Umum pertama di Malaya - 27 Julai 1955 : merealisasikan cita-cita CLC diwujudkan. Strategi perundingan etnik ini digunakan dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan - Jawatankuasa Reid. Malah, institusi rencana pembangunan lima tahun yang pertama di Malaya, iaitu, Draft Development Plan 1950-55 juga dihasikan melalui perundingan bersifat permuafakatan seumpama ini.

Era Konflik (1945-1960)Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, masa itu Malaya masih dalam Darurat. Era Konflik 1945-1960 di Malaya: cukup kritikal, dalam meletakkan asas pembentukan negara Malaysia:sistem pemerintahan;pengagihan kuasa; sistem perundangan;dan tadbir urus serta penentuan hak-hak rakyat dalam sebuah sistem demokrasi.

Era Konflik (1945-1960)Keadaan stabil tetapi tegang, - menguji kesepaduan sosial yang dibina oleh rakyat.Malaysia pada 16 September 1963 - satu kejayaan pengaplikasian prinsip tolak ansur etnik. Dalam penubuhan Malaysia - Kerajaan Persekutuan menjanjikan autonomi kepada Sabah dalam 20 perkara dan Sarawak dalam 18 perkara. Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)Pembentukan Malaysia 1963

Walau bagaimanapun idea/konsep Malaysia itu tidak diterima oleh Indonesia, yang dipimpin Sukarno. Beliau menganggap Malaysia sebagai neo-colony, iaitu sebuah koloni baharu, tetapi dalam pemerintahan orang tempatan sehingga Indonesia melancarkan konfrontasi atau mengganyang Malaysia.

Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)Konfrontasi

Rusuhan etnik Melayu-Cina tercetus di Singapura pada 21 Julai dan 3 September 1964.Rusuhan ini kemudiannya diikuti rusuhan etnik Melayu-Cina, pada 13 Mei 1969,Selepas 13 Mei 1969, pelbagai usaha top-down untuk mengembalikan kepercayaan umum tentang perlunya kesepaduan sosial telah dilaksanakan, seperti penubuhan Majlis Perundingan Rakyat, Jabatan Perpaduan Negara, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970): Rusuhan di Singapura 1964Rusuhan di Kuala Lumpur 1969

Dalam buku merah Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 (RMK2) Tun Razak telah menyatakan bahawa the overriding aim of the Second Malaysia Plan is to create nasional unity. Semenjak itulah perpaduan nasional menjadi sebahagian daripada idiom popular dalam kehidupan rakyat Malaysia yang telah disisip dalam ucapan, lirik lagu dan puisi.

Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)

Dari 4 hingga ke 8 Mac 2001 , berlakunya rusuhan etnik Melayu-India di Kampung Medan, Selangor.Tragedi ini memperingat rakyat Malaysia bahawa bukan faktor politik, tetapi faktor ekonomi, seperti kesukaran hidup dan persaingan untuk survival boleh mencetuskan pergeseran etnik, khususnya dalam kalangan anggota kelas bawahan.

Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)kes di Kampung MedaK

Kita juga diperingatkan bahawa slogan perpaduan dalam kepelbagaian dan perpaduan nasional itu adalah suatu harapan positif terhadap suatu masa depan yang lebih gemilang daripada sekarang termasuk cita-cita kita merealisasikan bangsa idaman, iaitu Bangsa Malaysia.

Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)

Kunci kesepaduan sosial Malaysia, ialah kematangan rakyatnya. Jika dulunya selepas setiap pilihan raya umum di Malaysia ramai yang berasa gundah kerana kemungkinan mereka yang kalah melepaskan geram melalui tindakan rusuhan ganas. Namun semenjak Pilihan Raya Umum ke-4 pada 1974 (PRU4 1974) sehingga PRU12 2008, tidak wujud sebarang kekacauan etnik yang ditimbulkan oleh pihak yang kalah sehingga mencetuskan perbalahan. Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)

Dari sudut takrifan harian, rakyat Malaysia berani menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang perkara yang mereka tidak suka. Kemudahan Internet, SMS dan pelbagai lagi saluran data siber lebih memudahkan proses penyuaraan mereka. Terdapat juga penulis yang mengkritik dapat bersembunyi di sebalik nama samarannya. Bermaksud, sesiapa pun boleh menyuarakan rasa tidak puas hati tentang segala hal yang berlaku .Namun , hal-hal ini telah menimbulkan salah sangka besar oleh pemerhati dari dalam dan luar negara. Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)

Orang Malaysia sekarang dikatakan they talk conflict, they walk cohesion bermaksud mereka sedia berdebat tentang segala perkara yang difikirkan tidak betul yang dilakukan oleh pemerintah, pihak swasta dan para pemimpin. Perkara ini lebih merupakan satu kegiatan psikososial sihat, iaitu lebih suka meluahkan segala yang terbuku di hati daripada disimpan senyap sehingga meletup dalam pelbagai bentuk yang memusnahkan.Era ini adalah era ketika berlakunya pemantapan interaksi antara M+N+P [iaitu Masyarakat (Society), Negara (State) dan Pasaran (Market).Ekonomi Malaysia telah mampu bertahan. Justeru, paksi utama kesepaduan sosial adalah kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang seterusnya mendukung keamanan dan kestabilan politik.

Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)

Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010 ialah 28.3 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia). Malaysia mempunyai lebih daripada 70 kumpulan etnik dan sekiranya ditambah dengan kelompok yang mewakili subetnik, kumpulan bahasa dan dialek, jumlahnya melebihi 200 kumpulan.

Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia

Pola kerencaman dan kepelbagaian penduduk secara tidak langsung menggalakkan perspektif bahawa hubungan etnik di Malaysia adalah cenderung ke arah ketegangan dan sering membawa kepada keadaan yang berkonflik. Keadaan yang wujud ialah etnik yang pelbagai ini akan membentuk negara mengikut acuan etnik masing-masing. Namun demikian, hakikatnya negara Malaysia dengan kerencaman demografi yang berbeza terus membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik.Potret Hubungan Etnik di MalaysiaTerdapat sarjana yang menyatakan bahawa masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama dan kemajmukan etnik seperti di Malaysia pasti akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik, agama, budaya dan bahasa masing-masing tanpa nilai yang dapat mengikat mereka bersama. Selain itu, perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik sehingga berlaku kepupusan ciri-ciri etnik, iaitu dari segi bahasa, budaya dan agama mereka apabila etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik

Adalah tidak adil memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam pespektif yang sempit dengan melihat masyarakat Malaysia ini hanya dari sudut konflik, sengketa, pertentangan dan ketegangan semata-mata.Akhir kata, hubungan etnik di Malaysia perlu dilihat dari perspektif dan dimensi kesepaduan sosial yang merupakan formula kesejahteraan masyarakat berbilang etnik.

Hubungan Etnik dari Perspektif KonflikKerangka konseptual yang diutarakan dalam memaparkan hubungan etnik di Malaysia sebagai suatu bentuk hubungan yang rapuh, retak dan penuh dengan pertetangan dan persengketaan ini boleh disimpulkan sebagai suatu kerangka konseptual yang berorientasikan paradigma konflik.

Kesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di Malaysia

Melalui paradigma konflik yang menjadi pendekatan utama ini terdapat kecenderungan pengkajinya untuk mengeneralisasi sesuatu permasalahan secara simplistik sedangkan permasalahan yang wujud pada masa ini jauh lebih kompleks. Komponen-komponen sosial yang wujud kini adalah bertindan lapis antara etnik, agama, kelas, gender, umur, orientasi seksual, budaya, ideologi dan kategori-kategori sosial yang lain.

Kesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di MalaysiaPerspektif yang digunakan oleh pengkaji menggambarkan hubungan etnik di Malaysia adalah rapuh, retak dan penuh dengan pertentangan dan persengketaan adalah berdasarkan paradigma konflik. Oleh itu, konsep yang berhubung kait dengannya seperti konsep polarisasi, segregasi, ketegangan, persaingan, persengketaan, pertentangan, perbezaan atau perpecahan digunakan sebagai alat analisis dan pengukur untuk memahami permasalahan tersebut.Kesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di MalaysiaMelalui penggunaan konsep yang berbau negatif seperti ini untuk memahami permasalahan hubungan etnik membawa kepada kecenderungan untuk mendikotomikan sesuatu isu yang berbangkit itu secara binari atau pertentangan duaan. Contohnya, antara Melayu dan bukan Melayu, Islam dan bukan Islam, lelaki dan perempuan, bandar dan luar bandar, muda dan tua, miskin dan kaya, berpendidikan dan tidak berpendidikan, serta heteroseksual dan homoseksual.

Kesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di MalaysiaCara pandang dari kaca mata konflik umumnya mengandaikan masyarakat Malaysia seolah-olah sentiasa berada dalam dikotomi, pertentangan, persengketaan dan saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama. Cara pandang yang sebegini gagal untuk melihat pelbagai sisi yang cukup berencam antara satu kategori sosial dengan satu kategori sosial yang lain. Contohnya, dalam kategori etnik Melayu itu sendiri terdapat pelbagai kerencamannyaKesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di MalaysiaEtnik lain juga memiliki pelbagai kerencaman dalam beragama, malahan bertindan lapis dengan kategori yang lain. Etnik Cina, India, Iban, Kadazan begitu juga dengan agama Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya turut mempunyai kepelbagaian dan kerencaman mereka sendiri seperti etnik Melayu dan agama Islam.Kerencaman ini bergerak bebas serta boleh berubah dan berbeza sesama sendiri tanpa adanya batas-batas sempadan yang ketatKesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di Malaysiapertentangan dan saling bertanding sering muncul melalui sumber maya seperti blog, internet dan portal sesawang. Malahan, kekerasan fizikal juga berlaku seperti yang berlaku di Kampung Rawa, Kampung Medan, Pasir Gudang dan Kamunting Kehidupan harian masyarakat awam khususnya di luar kawasan konflik tetap diteruskan dalam suasana yang relatifnya stabil dan aman. Keadaan ini adalah realiti kehidupan sosial yang wujud di Malaysia

Kesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di MalaysiaRealiti yang lebih positif terlepas pandang daripada mata para sarjana kajian etnik. Keadaan ini adalah kerana cara pandang melalui paradigma konflik terlalu lama mendominasi wacana etnik di Malaysia sejak zaman kolonial sehingga seolah-olah ianya diterima sebagai sesuatu yang sedia ada (as given) justeru sudah tersulam rapi di dalam minda praktik para pengkaji hubungan etnik di dalam dan luar Malaysia.Kesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di MalaysiaCara pandang melalui paradigma konflik merupakan warisan daripada pembentukan ilmu kolonial yang bersifat esensialis, dan mengitlakkan ciri-ciri sosial yang terdapat pada subjek yang menjadi anak jajahan mereka. Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan nuansa ideologi orientalisme adalah untuk membezakan mereka yang menjajah dengan mereka yang terjajah.

Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflik

Ideologi dan cara pandang beroperasi di tingkat epistemologi , konseptual, dan juga di tingkat ontologi dan alam nyata melalui pemisahan yang berbentuk fizikal ke atas kumpulan masyarakat terjajah, khususnya dari sudut penempatan dan juga jenis pekerjaan melalui dasar pecah dan perintahProses membezakan telah disumbangkan oleh pemerintah kolonial, sarjana sains sosial dan kajian hubungan etnik dari Barat yang menjalankan kajian mereka di negara jajahan khususnya yang mempunyai populasi masyarakat majmuk. Hasil kajian mereka cenderung mengetengahkan unsur-unsur konflik, kelainan dan perbezaan.

Teori-teori yang berasaskan paradigma konflik, kelainan dan perbezaan ini kemudiannya disosialisasikan melalui wacana ilmiah, sterusnya disosialisasikan pula oleh sarjana tempatan dan disebarkan kepada pelajar dan masyarakat awam.Cara pandang melalui perspektif konflik semakin kukuh apabila meletusnya Peristiwa 13 Mei .Proses pembentukan cara pandang melalui perspektif konflik merupakan suatu proses yang panjang dan berterusan.

Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif KonflikKesepaduan sosial yang dinikmati sekarang merupakan proses yang panjang dan berterusan sejak wujudnya interaksi antara masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Kewujudan kesepaduan sosial disumbangkan secara top-down atau hasil daripada tindakan kerajaan yang diterapkan kepada masyarakat dan ada yang disumbangkan secara bottom-up iaitu hasil daripada interaksi dan jalinan hubungan yang berlaku di peringkat masyarakat awam itu sendiri dalam kehidupan sehari-hari tanpa campur tangan oleh pihak kerajaan.

Memahami Hubungan Etnik daripada Perspektif Kesepaduan SosialJalinan hubungan sosial secara berterusan dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama mereka. Umpamanya, nasi, baju, kopmputer dan lain-lain.Kesemuanya adalah terhasil daripada jalinan hubungan yang saling terkait dan saling bergantungan dan kesemuanya yang berkemungkinan melibatkan individu daripada pelbagai etnik.

Hubungan Saling Terkait dan Saling Bergantungan

Interaksi dan jalinan sosial antara anggota masyarakat yang saling terkait adalah unsur-unsur penting dalam membina kesepaduan sosial. Justeru, paradigma kesepaduan sosial lebih memberi tumpuan kepada takrifan terhadap interaksi seharian yang dibentuk oleh anggota masyarakat itu sendiri berbanding dengan takrifan yang dibentuk oleh autoriti.

Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian

Takrifan autoriti seperti negara, misalnya, cenderung bersifat tetap dengan sempadannya yang tidak boleh diubah. Contohnya, takrifan Melayu oleh negara sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk tetap, iaitu seorang Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam dan budaya Melayu.Takrifan harian adalah petunjuk utama dalam mengenal pasti bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan etnik yang wujud dalam sesuatu kawasan, tempat, komuniti dan juga masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Paradigma kesepaduan sosial adalah suatu cara pandang yang cuba memberi ruang dan kuasa kepada masyarakat awam agar terlibat dalam proses pembinaan perpaduan.

Takrifan Autoriti & Takrifan HarianRingkasnya, kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota masyarakat dan takrifan harian dalam konteks hubungan etnik ialah pelekat sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk, pelbagai dan rencam ini secara sosialnya bersepadu. Pelekat sosial yang memberi kesepaduan sosial dihasilkan daripada interaksi dan jalinan hubungan sosial yang berlaku setiap hari antara sesama anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan bahasa tanpa campur tangan daripada pihak negara baik dalam ruang ekonomi, pasar, politik, sosial mahupun budaya.

Secara konseptual, kesepaduan sosial sudah sedia wujud dalam acuan besar masyarakat Malaysia. Acuan besar merujuk kepada negara bangsa yang dinamakan Malaysia dengan ciri-ciri khasnya yang terhasil daripada proses perkongsian sejarah bersama yang dilalui dan dialami oleh anggota warganya. Dalam acuan besar ini terbina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya yang khas beracuankan Malaysia.

Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi

Acuan besar dalam konteks masyarakat pelbagai etnik sentiasa dinamik dalam suatu proses pengukuhan berterusan yang didukung oleh struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya. Kesepaduan sosial pula dibina oleh faktor sosial yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berada di dalamnya melalui amalan harian.Proses pentakrifan makna yang dilakukan oleh faktor sosial telah mentransformasikan hubungan antara etnik lalu membentuk hubungan sosial yang pelbagai bentuk. Dalam konteks Malaysia, proses transformasi hubungan etnik tersebut berlaku secara umumnya melalui rundingan sosial yang berterusan antara faktor sosial dalam masyarakat awam untuk memenuhi kepentingan masing-masing.

Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan AsimilasiDalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini.Proses ini ditunjangi oleh unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang merupakan inti pati penting untuk memahami hubungan etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.

Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan AsimilasiKesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah, terutama jika terdapat usaha sedar berpunca daripada tindakan authority-defined dan top-down yang dapat melengkapkan dan menjamin kelangsungannya dan meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat majmuk itu. Salah satu usaha tersebut adalah bersifat pemantauan berlanjutan melalui prosedur tertentu yang bertindak sebagai sistem amaran awal. Oleh yang demikian, sebarang kemungkinan konflik terbuka berlaku dapat dikawal sebelum menjadi lebih besar dan merebak, lalu merungkai kesepaduan sosial yang telah wujud dengan baiknya.

KESIMPULANApakah yang anda faham dengan kesepaduan sosial? Berikan contoh-contoh yang sesuai dalam mengaitkan kerelevanan kesepaduan sosial dalam konteks masyarakat berbilang etnik di MalaysiaSOALAN SEMINARBAB 1Shamsul Amri Baharuddin (2012). Modul Hubungan Etnik. Institut Kajian Etnik UKM: Bangi. Wan Hashim Wan Teh (2011). Hubungan Etnik di Malaysia. Institut Terjemahan & Buku Malaysia: Kuala Luumpur.Zaid Ahmad (Editor), Ruslan Zainuddin, Ho Hui Ling; et al (2010). Hubungan Etnik di Malaysia (Buku Teks). Oxford Fajar Sdn Bhd: Shah Alam.Latifah Abdul Latiff, Mohd Azmir Mohd Nizah & Paimah Atoma (2011). Hubungan Etnik Edisi Lengkap. Penerbit USIM: Nilai.Nazaruddin Haji Mohd Jail, Marof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid ( 2004). Pengajian Malaysia : Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Prentice Hall: Petaling Jaya.

SUMBER BACAAN

SEKIAN TERIMA KASIH