hari_anugerah versi 1

22
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KO-KURIKULUM 2014 1.Ketibaan tetamu khas Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berusaha EN MOHD JAMIL BIN MOHAMED, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, SEBERANG PERAI UTARA ke tapak perhimpunan SMK Bagan Jaya. Majlis diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan Kehormat Unit Beruniform yang akan dilakukan oleh tetamu kehormat, Yang Berusaha EN MOHD JAMIL BIN MOHAMED, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, SEBERANG PERAI UTARA di tapak perhimpunan SMK Bagan Jaya dengan diiringi oleh Tuan Pengetua, En. Loh Kok Kit dan YDP PIBG En Ang Lu Hong. Dipersilakan... Untuk pengetahuan Hadirin & Hadirat sekalian, 5 unit pasukan beruniform yg terlibat dalam perbarisan kehormat ini terdiri daripada Pasukan Kadet polis, Pesatuan Bulan Sabit Merah, Pasukan Pengakap, Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Pasukan Pandu Puteri. Setiap unit terdiri daripada 6 orang ahli dan menjadikan semuanya 30 orang ahli yg terlibat dalam perbarisan ini. Komandan bagi perbarisan ini ialah saudara Ooi Xian Dong dari Unit Kadet Polis. 2. Lawatan ke Memory Lane Hadirin dan hadirat sekalian, Selesai sudah pemeriksaan perbarisan kehormat,

Upload: 9w6raf2104

Post on 05-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tatacara mc

TRANSCRIPT

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KO-KURIKULUM 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK &

KO-KURIKULUM 2014

1.Ketibaan tetamu khas

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berusaha

EN MOHD JAMIL BIN MOHAMED, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, SEBERANG PERAI UTARA ke tapak perhimpunan SMK Bagan Jaya.

Majlis diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan Kehormat Unit Beruniform yang akan dilakukan oleh tetamu kehormat, Yang Berusaha EN MOHD JAMIL BIN MOHAMED, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, SEBERANG PERAI UTARA di tapak perhimpunan SMK Bagan Jaya dengan diiringi oleh Tuan Pengetua, En. Loh Kok Kit dan YDP PIBG En Ang Lu Hong. Dipersilakan...

Untuk pengetahuan Hadirin & Hadirat sekalian, 5 unit pasukan beruniform yg terlibat dalam perbarisan kehormat ini terdiri daripada Pasukan Kadet polis, Pesatuan Bulan Sabit Merah, Pasukan Pengakap, Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Pasukan Pandu Puteri. Setiap unit terdiri daripada 6 orang ahli dan menjadikan semuanya 30 orang ahli yg terlibat dalam perbarisan ini. Komandan bagi perbarisan ini ialah saudara Ooi Xian Dong dari Unit Kadet Polis.

2. Lawatan ke Memory Lane

Hadirin dan hadirat sekalian,

Selesai sudah pemeriksaan perbarisan kehormat, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha EN MOHD JAMIL BIN MOHAMED melawat ke Memory Lane dengan diiringi oleh Tuan Pengetua, En. Loh Kok Kit , YDP PIBG En Ang Lu Hong, AJK-AJK PIBG, barisan Penolong Kanan serta guru-guru.

Dipersilakan.

3. Perarakan masuk

Mengumumkan perarakan masuk tetamu kehormat Yang Berusaha EN MOHD JAMIL BIN MOHAMED, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, SEBERANG PERAI UTARA. Hadirin dipersilakan berdiri.

4. Nyanyian lagu

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang & lagu sekolah dengan iringan pasukan pancaragam SMK Bagan Jaya.

Hadirin dipersilakan duduk.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan pancaragam sekolah di bawah bimbingan Pn.Choo Fin.

5. Ucapan aluan

YANG BERUSAHA EN. MOHD JAMIL BIN MOHAMED, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, SEBERANG PERAI UTARA , PULAU PINANG

YANG BERUSAHA EN. ANG LU HONG, YANG DIPERTUA PIBG, SMK BAGAN JAYA.

YANG BERUSAHA EN. LOH KOK KIT, PENGETUA SMK. BAGAN JAYA.

. YANG DIHORMATI DIF-DIF JEMPUTAN, BEKAS-BEKAS PENGETUA SMK BAGAN JAYA, PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KELOMPOK M5, BARISAN PENOLONG-PENOLONG KANAN, KETUA-KETUA BIDANG, AJK-AJK PIBG, PARA IBU BAPA, GURU-GURU SETERUSNYA PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN

Salam Sejahtera, Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin- Kasihnya, Kita dapat berkumpul di dewan yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Bagan Jaya kali ke- 16 bagi tahun 2014.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini, YANG BERUSAHA

EN MOHD JAMIL BIN MOHAMED, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA PULAU PINANG kerana sudi hadir dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Bagan Jaya pada tahun ini.

Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin- hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis yang diadakan pada pagi ini adalah bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang Ko-kurikulum.

6. Bacaan doa

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh En. Mohd Akmal Abdul KarimMajlis dengan segala hormatnya mempersilakan...Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd Akmal Abdul Karim atas bacaan doa itu tadi.

7. Persembahan pancaragam

Hadirin & Hadirat sekalian,

Sebagai pembuka tirai majlis hari ini, marilah kita sama-sama saksikan persembahan pasukan pancaragam SMK Bagan Jaya. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pasukan pancaragam sekolah telah berjaya menjadi .........................................

Pada hari ini, pasukan pancaragam akan membuat 3 persembahan, iaitu persembahan pertama ......................................................

........Terima kasih diucapkan kepada pasukan pancaragam sekolah di atas persembahan itu tadi.

8. Ucapan tuan pengetua

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,

Tak guna, jika ada dayung tiada perahunya,

Tak lengkaplah majlis, jika tiada yang berbicara.

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua SMK Bagan Jaya. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Loh Kok Kit untuk menyampaikan ucapan . Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Loh Kok Kit atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

9. Ucapan YDP PIBG

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara duduk bersila,

Kata azimat simpulan kasih,

YDP PIBG mesra, dipersila.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan YDP PIBG, dengan itu majlis menjemput dan mempersilakan YDP PIBG En Ang Lu Hong, pkt, pjk, pjm, ppn untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan......

........Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG En. Ang Lu Hong di atas ucapan beliau itu tadi.

10. Ucapan perasmian

En. Mohd Jamil Bin Mohamed,

Kalau tuan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami,

Kepada tuan mandat diberi,

Mohon disempurnakan majlis kami

Hadirin sekalian,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Jamil Bin Mohamed, KETUA PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SMK Bagan Jaya kali ke -16 bagi tahun 2014. Dengan hormatnya dipersilakan

.....Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Mohd Jamil Bin Mohamed, KETUA PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG atas ucapan serta perasmian Majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi.

11. Persembahan Choral Speaking

Hadirin & Hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya majlis dijamu dgn acara persembahan Choral Speaking. Persembahan ini adalah dibawah pimpinan adik Nur Salehah dari tingkatan 2 Arked. Tajuk yg akan dipersembahkan oleh kumpulan choral speaking pada pagi ini ialah The Green Kingdom.

.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kpd kumpulan choral speaking smk Bagan Jaya atas persembahan yg sungguh menarik itu tadi.Untuk makluman semua persembahan tadi dibimbing oleh En. Damien Sylvester.

12. Penyampaian hadiah Kokurikulum

a) Nilam

b) Half Colour

Hadirin & hadirat sekalian,

Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2014 SMK Bagan Jaya dimulakan dengan upacara penyampaian hadiah dan sijil kecemerlangan kepada para pelajar kategori penerima hadiah Ko-Kurikulum 2014.

Bagi menyempurnakan majlis, majlis dengan berbesar hati menjemput untuk mengiringi Yg Berbhg. naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.

Kita mulakan dgn penyampaian sijil Anugerah Nilam Peringkat sekolah.

Penerima-penerimanya adalah ....... (Rujuk Buku program m/s 21 )

Seterusnya penyampaian sijil khidmat cemerlang atau HALF COLOUR kpd pelajar-pelajar yg telah memberi sumbangan dan berjasa dlm lembaga pengawas/pasukan unit beruniform/kelab & persatuan serta sukan permainan masing-masing.

Penerima-penerimanya adalah (rujuk buku program)

m/s 22 - 25

Ribuan terima kasih diucapkan kpd .. atas kesudian beliau menyampaikan sijil-sijil Anugerah Nilam dan kecemerlangan HALF-COLOUR kpd para penerima.

c) Full Colour

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil khidmat cemerlang atau FULL COLOUR kpd pelajar-pelajar yg telah memberi sumbangan dan berjasa dlm lembaga pengawas/pasukan unit beruniform/kelab & persatuan serta sukan permainan masing-msing.

Bagi menyempurnakan majlis, majlis dengan berbesar hati menjemput untuk mengiringi Yg Berbhg. naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.

Penerima-penerima anugerah sijil khidmat cemerlang FULL COLOUR ialah (rujuk buku program) m/s 26 - 29

.Ribuan terima kasih diucapkan kpd .. atas kesudian beliau menyampaikan sijil-sijil kecemerlangan FULL-COLOUR kpd para penerima.

d) Anugerah Perisai Pusingan Pengetua.

Hadirin dan Hadirat yg dihormati sekalian,

Kita teruskan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2014 SMK Bagan Jaya dgn acara penyampaian ANUGERAH PERISAI PUSINGAN PENGETUA. Anugerah ini diberikan kepada unit beruniform, kelab dan persatuan yang menunjukkan kecemerlangan dalam Kokurikulm.

Antara kejayaan yang diperolehi oleh pasukan ini ialah dalam kejohanan olahraga MSSPP peringkat zon. Antara kejayaan yang dicapai adalah ................................m/s30

Manakala dalam kejohanan olahraga peringkat negeri Pulau Pinang pasukan ini telah berjaya .......................................

Bagi menyempurnakan majlis, majlis dgn segala hormatnya menjemput.. bagi mengiringi .. naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah .

Anugerah Perisai Pusingan Pengetua bagi tahun 2014 di anugerahkan kepada pasukan olahraga SMK Bagan Jaya. Dengan ini dijemput wakil bagi pasukan olahraga SMK Bagan Jaya untuk menerima anugerah.

Syabas & tahniah diucapkan kepada Pasukan olahraga.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada .. kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.

13. Persembahan multimedia

Hadirin yang dihormati, sebagai halwa majlis marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang merakamkan pelbagai detik suka duka SMK Bagan Jaya.

..........Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi merupakan ilham kreatif Pn. Nirmala Rajendran dan Pn Sree Devi Santhanasamy.

14. Penyampaian hadiah dan sijil kecemerlangan Akademik

Tingkatan peralihan.

H & H yg dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan sijil kecemerlangan Akademik 2014. Sehubungan dgn. Itu, bagi menyempurnakan majlis, majlis dgn rasa sukacitanya menjemput .. bagi mengiringi . untuk menyampaikan hadiah kpd para penerima.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para penerima tingkatan peralihan.

Penerima hadiah pertama bagi kategori tingkatan peralihan ialah . (rujuk buku program) m/s 32

......Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

15. Tingkatan 1

Hadirin & hadirat sekalian,

Seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik 2014 bagi kategori tingkatan 1. Untuk itu majlis dengan berbesar hatinya menjemput untuk mengiringi . naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

H & H sekalian,

Penerima hadiah pertama bagi kategori tingkatan 1 ialah . (rujuk buku program) m/s 33

.........Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

16. Tingkatan 2

Hadirin & hadirat sekalian,

Seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik 2014 bagi kategori tingkatan 2. Untuk itu majlis dengan berbesar hatinya menjemput diiringi . naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

H & H sekalian,

Penerima hadiah pertama bagi kategori tingkatan 2 ialah . (rujuk buku program) m/s 34

.....Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

17. Tingkatan 3

Hadirin & hadirat sekalian,

Seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik 2014 bagi kategori tingkatan 3. Untuk itu majlis dengan berbesar hatinya menjemput diiringi . naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

H & H sekalian,

Penerima hadiah pertama bagi kategori tingkatan 3 ialah . (rujuk buku program) m/s 35

......Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

18. Tingkatan 4

Hadirin & hadirat sekalian,

Seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik 2014 bagi kategori tingkatan 4. Untuk itu majlis dengan berbesar hatinya menjemput diiringi . naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

H & H sekalian,

Penerima hadiah pertama bagi kategori tingkatan 4 ialah . (rujuk buku program) m/s 36

.....Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

19. Tingkatan 5

Hadirin & hadirat sekalian,

Seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik 2014 bagi kategori tingkatan 5. Untuk itu majlis dengan berbesar hatinya menjemput untuk mengiringi . naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

H & H sekalian,

Penerima hadiah pertama bagi kategori tingkatan 5 ialah . (rujuk buku program) m/s 37

....Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

23.Anugerah Segi.

H & H yg dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Segi.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian anugerah ini merupakan sumbangan pihak Segi dalam menghargai para pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi dan cemerlang dalam matapelajaran bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan sejarah. Ini secara tidak langsung dapat memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar.

Sehubungan dgn. Itu, bagi menyempurnakan majlis, majlis dgn rasa sukacitanya menjemput .. bagi mengiringi . untuk menyampaikan anugerah kpd para penerima.

Rujuk Buku Program m/s. 38

Penerima-penerima Anugerah Segi ialah................

.....Majlis merakamkan ribuan terima kasih kpd Yg. Berbhg. .. di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kpd para pemenang.

24. Anugerah Equator

H & H yg dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Equator.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian anugerah ini merupakan sumbangan pihak Equator dalam menghargai para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam mata pelajaran pendidikan seni visual.

Sehubungan dgn. Itu, bagi menyempurnakan majlis, majlis dgn rasa sukacitanya menjemput .. bagi mengiringi . untuk menyampaikan anugerah kpd para penerima.

Rujuk Buku Program m/s. 39

Penerima-penerima Anugerah Equator ialah................

...Sebagai tanda penghargaan dipersilakan ....................... ......... untuk sampaikan pendent SMK Bagan Jaya kepada .............................................

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian ........................................ kerana sudi menerima Pendent SMK Bagan Jaya itu tadi.

25. Anugerah Inti.

H & H yg dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Inti.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian anugerah ini merupakan sumbangan pihak Inti dalam menghargai para pelajar Jurusan Kemanusiaan, Tingkatan 5 yang menunjukkan peningkatan prestasi dan cemerlang dalam pelajaran, ini secara tidak langsung dapat memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar.

Sehubungan dgn. Itu, bagi menyempurnakan majlis, majlis dgn rasa sukacitanya menjemput .. bagi mengiringi . untuk menyampaikan anugerah kpd para penerima.

Rujuk Buku Program m/s 40

Penerima-penerima Anugerah Inti ialah................

.......Majlis merakamkan ribuan terima kasih kpd Yg. Berbhg. .. di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kpd para pemenang.

26. Anugerah IPK

H & H yg dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah IPK.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian anugerah ini merupakan sumbangan pihak IPK dalam menghargai para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam jurusan prinsip perakaunan.

Sehubungan dgn. Itu, bagi menyempurnakan majlis, majlis dgn rasa sukacitanya menjemput .. bagi mengiringi . untuk menyampaikan anugerah kpd para penerima.

Rujuk Buku Program m/s. 40

Penerima-penerima Anugerah IPK ialah................

....Majlis merakamkan ribuan terima kasih kpd Yg. Berbhg. .. di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kpd para pemenang.

22. Anugerah Khas Pengetua.

H & H sekalian,

Majlis diteruskan lagi dgn Anugerah Khas Pengetua (kecemerlangan Akademik 2014). Bg setiap anugerah ini, setiap pemenang akan menerima wang tunai sebyk RM100 & naskah buku bernilai RM50.

Terdapat 6 anugerah iaitu anugerah DR GOH KOK KENG bagi m/p BIOLOGI, anugerah EN OOI LEA KOK bg m/p Matematik Tambahan, anugerah EN TAN KEAT KOOI, bagi m/p FIZIK , anugerah EN TAN TICK LAY, bagi m/p Matematik, anugerah EN. NG HOOK WAH bagi m/p Sains , anugerah EN NG TONG KOANG bagi m/p Prinsip Akaun dan akhir sekali anugerah EN LOH KOK KIT bagi m/p KIMIA. Para pemenang dipilih berdasarkan keputusan terbaik bagi ke- 7-7 m/p dlm peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan baru-baru ini.

Sehubungan dgn. Itu, bagi menyempurnakan majlis, majlis dgn rasa sukacitanya menjemput .. bagi mengiringi . untuk menyampaikan hadiah kpd para penerima.

H & H sekalian,

Bagi pemenang anugerah DR GOH KOK KENG bagi m/p BIOLOGI, dijemput .. naik ke pentas.

* Rujuk Buku program m/s 41 )

Bagi pemenang anugerah EN OOI LEAN KOK bagi m/p Matematik Tambahan, dijemput

Bagi pemenang anugerah EN TAN KEAT KOOI bagi m/p FIZIK, dijemput ..

Bagi pemenang anugerah EN NG HOOK WAAH bagi m/p Sains, dijemput ..

Bagi pemenang anugerah EN. LOH KOK KIT bagi m/p Kimia dijemput..............................

Bagi pemenang anugerah EN TAN TICK LAY bagi m/p Matematik, dijemput ..

Dan akhir sekali bagi pemenang anugerah EN NG TONG KOANG bagi m/p Prinsip Akaun, dijemput ..

....Majlis merakamkan ribuan terima kasih kpd Yg. Berbhg. .. di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kpd para pemenang.

20. PMR 2013

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dgn penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam PMR 2013. Sehubungan dengan itu, bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis berbesar hati menjemput Yang Berbahagia,........................ diiringi Yang Berusaha.......................... untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para penerima.

H & H sekalian,

Bagi PMR 2013, pelajar yang mendapat 8A mereka ialah ..

Seterusnya pelajar-pelajar yg mendapat 7A. Mereka mereka ialah .

Seterusnya pelajar pelajar yang mendapat 6A mereka ialah...........................................

Dan akhir sekali para pelajar yang mendapat 5A mereka ialah

(rujuk buku program) m/s 42

....Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia................................. atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

21. SPM 2013

Hadirin & hadirat yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dgn penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM 2013. Sehubungan dengan itu, bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis berbesar hati menjemput Yang Berbahagia,..............................diiringi Yang Berusaha..................................... untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para penerima.

H & H sekalian,

Bagi SPM 2013, pelajar yang mendapat 10A ialah ..................

Seterusnya pelajar-pelajar yg mendapat 9A ialah.....................

Seterusnya para pelajar yang mendapat 8A ialah......................

Seterusnya, pelajar-pelajar yang mendapat 7A ialah........................

Seterusnya, para pelajar yang mendapat 6 A ialah .........................

akhir sekali, pelajar-pelajar yg mendapat 5A ialah ..

(rujuk buku program) m/s 43

.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia .. atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

27. Penyampaian cendrahati

Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh di hujung taman,

Kalungan budi junjungan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.

***Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah atas kesudian Yang Berusaha EN MOHD JAMIL BIN MOHAMED menyempurnakan majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Bagan Jaya 2014, majlis dengan sukacitanya menjemput Pengetua SMK Bagan Jaya, En. Loh Kok Kit untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha EN MOHD JAMIL BIN MOHAMED Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga atas kesudian Yang Berusaha EN MOHD JAMIL BIN MOHAMED kerana sudi menerima cenderahati itu tadi & Yang Berusaha En. Loh Kok Kit atas kesudian menyampaikan cenderahati tersebut.

Kepada penerima-penerima anugerah syabas dan tahniah diucapkan. Teruskan usaha gilapkan diri menggapai hasrat hati menjadi pewaris cemerlang gemilang dan terbilang...

28. Persembahan kebudayaan

Sebelum majlis anugerah cemerlang melabuhkan tirainya, marilah sama-sama kita nikmati sebuah lagi persembahan tarian kebudayaan yg dibawa oleh pelajar-pelajar SMK Bagan Jaya. Dipersilakan.

Utk pengetahuan para hadirin, persembahan kebudayaan ini adalah dibawah bimbingan Pn. Kalpakam Muthu.

.....Terima kasih diucapkan kpd kumpulan penari kebudayaan atas persembahan yg cukup menarik tadi.

29. Penutup

Para hadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya persembahan kebudayaan itu tadi, maka tamatlah majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Bagan Jaya 2014.

Madah diungkap santun bicara,

Pantun dilantun mengusik hati,

Salah dan silap tutur bicara,

Pohon diampun seiklas hati

Majlis ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat, para jemputan dan semua hadirin, hadirat dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam mengendalikan dan menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Bagan Jaya kali ke 16 bagi tahun 2014.

Sekian, kami sudahi dengan ucapan terima kasih

Kepada tetamu kehormat dipersilakan untuk menikmati jamuan yang telah disediakan

Majlis Bersurai..

Pengumuman

Mohon perhatian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi..Oleh itu para hadirin diminta mengambil tempat duduk.

* Perhatian kepada semua hadirin, Bagi melancarkan majlis kita pada pagi ini, pohon jasa baik hadirin dan hadirat

1. Mematikan telefon bimbit atau menukarkannya ke mode senyap.

2. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan.

3. Berdiri semasa nyanyian lagu patriotik.

4. Menghormati bacaan doa.

5. Tidak membuat bising sehingga menggangu kelancaran acara.

6. Hadirin diminta agar terus berada dalam dewan sehingga tetamu kehormat meninggalkan majlis