bab 4 kerja paip nota pelajar

16
BAB 4 KERJA PAIP Sistem bekalan air di rumah: a. Sistem terus → membekalkan air terus dari _____________ ke semua pili. b. Sistem tidak terus → membekalkan air ke ___________ simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah. Rajah 1 menunjukkan sistem bekalan dan jenis paip di rumah Paip Bekalan Air Paip Perhubungan Menghubungkan paip utama dengan____________air. Paip Perkhidmatan Menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur. Paip Agihan Mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah. Paip Cuci Dipasang di dasar tangki, Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja ______________ tangki dijalankan Paip Limpah Dipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air, Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan dan Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak.

Upload: mak-teh

Post on 10-Jul-2016

164 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

khb kmt - tingkatan 1

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

BAB 4 KERJA PAIP

Sistem bekalan air di rumah:

a. Sistem terus → membekalkan air terus dari _____________ ke semua pili.

b. Sistem tidak terus → membekalkan air ke ___________ simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah.

Rajah 1 menunjukkan sistem bekalan dan jenis paip di rumah

Paip Bekalan Air

Paip Perhubungan Menghubungkan paip utama dengan____________air.

Paip Perkhidmatan Menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur.

Paip Agihan Mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah.

Paip Cuci

Dipasang di dasar tangki, Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja ______________ tangki dijalankan

Paip LimpahDipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air, Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan dan  Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak.

Page 2: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

Tangki Simpanan Air

Rajah 2: Tangki simpanan air

Fungsi: ______________ air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan lain di rumah. Terletak di atas bilik air dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran. Menerima air dari ____________________dan dikawal oleh injap bebola serta pelampung. Ia diperbuat daripada bahan kepingan galvani, gentian kaca atau poli. Muatan tangki biasanya antara 140 liter hingga 450 liter.

Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan PaipA) Jenis Paip

1. Paip besi bergalvani (BG)

Rajah 3 : Paip besi bergalvani

Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan _______________________. Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter. Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm,

38 mm dan 50 mm. Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.

Gred Ketebalan Kod warna Kegunaan

A Nipis Perang Paip Limpah

B Sederhana Biru Paip Agihan

C Tebal Merah Paip perhubungan dan paip perkhidmatan

Page 3: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

2. Paip polivinil klorida (PVC)

Rajah 4: Paip PVC

Diperbuat daripada ________________________________(PVC) Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas. Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm. Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.

3. Paip Poli (HDPE)

Rajah 5 : Paip Poli Penyambung Paip Poli

Boleh dilentur dan _______________________dan hujan. Berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan

boleh digulung. Ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai. Lebih mahal dan tidak boleh ditegakkan. Apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam

pada hujung paip itu. Boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji. Penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk mencengkam

paip poli. Di dalam sleeve terdapat gelang getah.

Page 5: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

C) Bahan Pemasangan Paip

1. Pita PTFE

Rajah 6 : Pita PTFE

Untuk sambungan paip yang______________________. Dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum penyambung dipasang pada paip.

2. Glu Paip PVC (simen pelarut)

Rajah 7: Glu paip PVC

Bahan perekat cecair yang dijual dalam tin. Disapu pada paip atau penyambung PVC yang tidak berulir sebelum pemasangan dilakukan.

Page 6: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

JENIS DAN KELENGKAPAN PAIP

A) Alatan Tangan

Page 7: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

TANGKI SIMBAH

   

Rajah 8 : Tangki simbah aras rendah dan tangki simbah aras tinggi

terdapat _______ jenis tangki simbah tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter dari paras lantai digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya _______________keluar melalui paip simbah

untuk membersihkan mangkuk tandas diperbuat daripada plastik atau _______________________. boleh menyimpan air sehingga 9 liter

BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI SIMBAH

Rajah 9: Bahagian utama tangki simbah

Page 8: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

1. Paip alur masuk (paip agihan)

Membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.

2. Paip alur keluar (paip simbah)

Menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.

3. Paip limpah

Menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku ______________pada injap bebola atau pelampung.

4. Injap bebola

Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.

5. Pelampung

_________________ di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.

6. Injap gegendang

Mengawal air masuk ke ___________ sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.

7. Tuil tarik/tangkai pelepas

Tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.

8. Tiub sifon

Menyalurkan air ke paip simbah

Page 9: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

OPERASI TANGKI SIMBAH

MENGAWAL ARAS AIR DALAM TANGKI SIMBAH

Kedudukan injap bebola perlu dilaraskan supaya air dalam tangki simbah tidak melebihi paras paip limpah dan melimpah keluar; paras air yang terlalu rendah dan kekurangan air menyebabkan tangki tidak dapat melakukan proses simbahan.

PILI

Digunakan untuk mengawal pengaliran air keluar melalui batang paip. Diperbuat daripada loyang (campuran kuprum dan zink), pili PVC dan pili bersadur kromium. Terdapat 2 jenis pili iaitu pili berbibir dan pili bertiang.

Page 10: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

PILI BERBIBIR PILI BERTIANG

alur masuk _____________ biasa digunakan pada tab mandi dan singki

di dapur.

alur masuk _________________ biasa dipasang pada tab mandi dan singki

jenis tembikar.

Rajah 10 : Bahagian utama pili

Kerosakan yang biasa berlaku pada pili ialah kebocoran.

Kebocoran disebabkan sesendal haus ataupun rosak

  KERJA PENYENGGARAAN

Dilakukan kerana perangkap tersumbat dengan enapan sisa kotoran.

PERANGKAP

Berfungsi untuk menghalang _____________masuk ke dalam rumah.

Apabila perangkap di pasang kedap,sisa kotoran akan terperangkap di dalam kedap.

Kedap ialah bahagian yang sentiasa dipenuhi _______________. Dan ia menghalang serangga masuk ke dalam rumah.

Terdapat 3 jenis perangkap, iaitu;

1. perangkap botol2. perangkap S3. perangkap P

PemulasGandarAlur Masuk

Sesendal

Pelompat

Page 11: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

Rajah 11 : Jenis perangkap dan kedap

Masalah biasa yang dihadapi ialah perangkap kerap tersumbat kerana sisa kotoran. Cara menyenggara perangkap yang tersumbat adalah dengan menggunakan pelocok. Seperti

yang ditunjukkan dalam rajah di bawah

Rajah 12 : pelocok

Langkah-langkah penyenggaraan adalah seperti berikut;1. Isikan air ke dalam singki melebihi paras pelocok.2. Letakkan pelocok pada singki dengan diafragma pelocok diletakkan pada lubang singki.3. Tekan dan tarik pelocok beberapa kali sehingga air yang menakung mengalir keluar.

Page 12: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

Rajah 13: cara menyenggara perangkap paip menggunakan pelocok

Cara kedua membersihkan perangkap ialah mengeluarkan kotoran melalui plag buangan atau mangkuk enapan bagi perangkap botol.langkah ditunjukkan dalam aktiviti amali di bawah.

AKTIVITI AMALI  

TUJUAN : Membersihkan perangkap yang tersumbat melalui lubang buangan.

ALATAN DAN BAHAN

- Perangkap P - Perangkap jenis botol- Baldi - Sepana boleh laras- Dawai kasar

 

Page 13: Bab 4 Kerja Paip Nota pelajar

LANGKAH-LANGKAH

1. Letakkan baldi di bawah perangkap. Longgarkan dan tanggalkan plag buangan dengan sepana boleh laras.

2. Masukkan dawai kasar melalui lubang plag buangan dan jolokkan endapan kotoran dalam perangkap untuk mengeluarkan kotoran.

3. Pasang semula plag buangan dan uji aliran air.

Rajah 14: cara menyenggara perangkap paip S dan P

4. Bagi perangkap botol, mangkuk perangkap harus ditanggalkan dan sisa endapan dibuang serta mangkuk perangkap di cuci dan ia dipasang semula.