bab 1 pengenalan kepada kenegaraan malaysia

26
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA

Upload: meda

Post on 14-Jan-2016

280 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA. PENGENALAN Kenegaraan mengajar tentang hal ehwal sesebuah negara untuk melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Mengenai rakyat, budaya, politik, ekonomi dan sejarah sesebuah negara. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

BAB 1

PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA

PENGENALANKenegaraan • mengajar tentang hal ehwal sesebuah negara

untuk melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab.

• Mengenai rakyat, budaya, politik, ekonomi dan sejarah sesebuah negara.

• membentuk sebuah negara dan bangsa yang bersatu padu dan dihormati di peringkat antarabangsa.

• dalam disiplin sains politik, kenegaraan selalu di rujuk sebagai pembinaan negara bangsa.

Warganegara yang baik dan bertanggungjawab;

• mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

• mengetahui latar belakang warisan budayanya, perkembangan sejarah bangsa dan negaranya - menghargai perjuangan kemerdekaan dan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh negara.

• cinta, setia, besyukur serta sedia berkorban mempertahankan kedaulatan negara (patrotisme).

Penghayatan sejarah;

• boleh membentuk jati diri, kesetiaan dan semangat patriotisme.

• masyarakat majmuk Malaysia - kompleks yang dipisahkan oleh budaya dan cara hidup yang berbeza.

• jurang perbezaan besar antara kaum tinggalan Inggeris menghalang perpaduan dan integrasi kaum.

• masyarakat dapat diintegrasikan sebagai satu bangsa dengan lebih berjaya dan sedar bahawa negara kita telah melalui pelbagai zaman dan cabaran.

NEGARA BANGSA

• Secara mudah negara bangsa ada tiga komponen utama:

Negara - wilayah kewujudan kelompok manusia

Individu - manusiaBangsa - satu kesatuan manusia yang

hidup dalam sesebuah negara

• Negara bangsa adalah dua perkataan yang berbeza iaitu negara dan bangsa.

• Negara adalah satu unit politik yang mempunyai kedaulatan dan mempunyai tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.

• Mengikut undang-undang antarabangsa, empat elemen penting yang mesti ada;

- kawasan tertentu yang mempunyai sempadan yang jelas.

- ada penduduk tinggal di situ. - terdapat sebuah kerajaan yang sah memerintah. - kerajaan itu pula mestilah berkesan dalam menjalankan pemerintahan.

• Bangsa selaluya diertikan sebagai kewujudan dalam kumpulan manusia tertentu dengan beberapa ciri yang sama.

- persamaan dalam unsur-unsur jasmani, politik, dan kebudayaan.

- integrasi etnik tanpa konflik kaum yang merugikan yang dapat menyumbang kepada kestabilan dan

kemakmuran negara.

• Kekecualian - tidak ada satu negara pun di dunia ini yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada satu keturunan atau satu etnik sahaja.

Ciri-ciri Negara Bangsa

Asas pembentukan negara bangsa;• Pertama, hidup bersatu tanpa fahaman perkauman

sempit dan menerima satu nilai kebangsaan

– Contohnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan • dasar ini bertujuan menyatukan penduduk dengan mewujudkan nilai

yang sama sebagai nilai kebangsaan di kalangan mereka untuk dikenali sebagai bangsa Malaysia.

• Kedua, sebilangan besar rakyat mesti berpegang kepada ideologi politik yang sama iaitu demokrasi liberal.

• Ketiga, kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang negara. • Rakyat patuh kepada undang-undang dan yakin

bahawa undang-undang dan sistem pentadbiran yang diamalkan mampu memberi perlindungan dan keadilan kepada mereka.

Faktor yang Boleh Mempengaruhi Negara Bangsa

1. Intergrasi Integrasi kaum dan wilayah adalah perkara asas bagi mengukuhkan perpaduan dan penyatuan masyarakat dalam sesebuah negara dengan mengutamakan matlamat kebangsaan.

2. Nasionaliti

Elemen penting yang mengikat seorang warganegara yang baik satu bangsa setia, sayang dan sanggup berkorban untuk negara.

3. Nasionalisme Nasionalisme sebagai asas membina semangat kekuatan,

keyakinan diri, penyatuan dan perpaduan nasional, digembelengkan untuk mencapai cita-cita serta kemajuan. Semua kaum mesti mengutamakan kepentingan nasional daripada kepentingan kaum masing-masing.

4. Patriotisme Patriotisme adalah semangat sanggup berkorban kerana

negara yang lahir dari perasaan nasionalisme iaitu cintakan negara. Elemen ini menjadikan bangsa itu kuat dan mampu berjuang membangunkan bangsa daripada kemunduran dan penindasan.

5. Globalisme Menjadikan dunia begitu kecil dan boleh menjadikan sebagai satu

ancaman kepada negara bangsa. 6. Kepelbagaian Budaya Kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh pelbagai kelompok etnik

boleh menimbulkan cabaran yang serius kepada usaha pembinaan bangsa dan negara.

7. Pluralisme Dasar pecah dan perintah di zaman Inggeris yang membahagikan

kaum mengikut sektor telah menghalang perpaduan kaum sebelum merdeka. Kerajaan telah menyusun semula masayarakat melalui pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan sebagainya.

8. Liberalisme Fahaman liberalisme yang memberikan kebebasan

kepada individu, kelompok dan organisasi tertentu, yang tidak terkawal mampu menghalang pembentukan negara bangsa.

9. Neo-Feudalisme Penjelmaan neo-kolonialisme dalam sistem budaya,

sosial dan politik menyekat demokrasi. Suasana ini mewujudkan sebilangan kecil elit birokrat dan ahli politik yang kuat dan kebal dari segi undang-undang.

10. Demokrasi

Syarat utama membina negara bangsa ialah mewujudkan dan menyebarluaskan fahaman dan amalan demokrasi. – mengambil bahagian yang aktif dalam membentuk

segala keputusan. – Kritikan yang membina dan bertanggungjawab harus

dibenarkan – Amalan demokrasi boleh melahirkan warganegara

yang tahu kebebasan dan tanggungjawab kepada bangsa dan negara.

Proses Pembinaan Negara Bangsa • Memakan masa yang panjang. Hague dan

Harrop menentukan sesebuah negara bangsa hanya terbentuk setelah melalui empat proses berikut:(i) State-building (bina negara) (ii) Nation-building (bina bangsa) (iii) Mass participation (penyertaan rakyat) (iv) Politics of distribution (pengagihan nilai- nilai dalam masyarakat)

• Perubahan dari satu tahap kepada satu tahap di atas adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.

• Perubahan ini berlaku kerana konflik antara kaum dan perbezaan yang terlalu besar di antara mereka semasa atau selepas penjajahan Inggeris.

• Apabila berlaku konflik, maka perubahan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut dan proses pembinaan negara dan bangsa akan memasuki tahap selanjutnya sehinggalah pembentukan sebuah negara bangsa menjadi kenyataan.

• Di Malaysia • pembentukan negara bermula pada 1948 apabila

Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan melonggarkan pemberian kerakyatan bersyarat kepada penduduk bukan Melayu.

• Kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 dan diikuti penubuhan Malaysia tahun 1963 sebagai tanda pembentukan negara Malaysia yang berdaulat.

• Pada tahap pertama, – interaksi dan perpaduan kaum berada pada tahap yang

paling rendah.

• Pada tahap kedua,

• memperlihatkan berlakunya perhubungan awal yang longgar antara kaum.

• interaksi antara mereka berada pada paras minimum.

• mereka bercampur tetapi tidak bersatu, tinggal berdekatan tetapi terpisah, mengamalkan budaya, pekerjaan dan pendidikan yang berbeza.

• Pada tahap ketiga,

• Perhubungan kaum menjadi agak rencam, pelbagai dan saling bergantung.

• Perbezaan antara mereka cuba dirapatkan, persamaan dan kerjasama antara kaum dicari serta diperluaskan sebagai ikhtiar mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.

• Pada tahap ini, masyarakat telah diintegrasikan ke dalam satu bangsa yang bersatu dengan memiliki nilai-nilai yang sama, dan membentuk sebuah negara bangsa Malaysia.

NEGARA BANGSA MALAYSIA • Malaysia perlukan sebuah negara bangsa dan rakyat yang bersatu

padu, nasionalisme dan patriotisme. – Nasionalisme perlu untuk memelihara keutuhan negara dan membina

kekuatan dalaman daripada ancaman asing dalam bentuk baru seperti globalisasi.

• Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dengan pelbagai budaya serta bimbang akan dijajah, maka nasionalisme masih perlu ditanam setiap jiwa rakyat Malaysia.

• Perbezaan besar yang wujud antara kaum sengaja dibuat oleh Inggeris bagi memenuhi kehendak dan matlamat mereka untuk mencari keuntungan.

• Perpecahan di kalangan rakyat akan menghalang wujudnya semangat nasionalisme.– Sebelum perang berteraskan kepada kaum. – Orang bukan Melayu masih menumpukan perhatian ke tanah

besar China dan India kerana mereka tidak menganggap Tanah Melayu sebagai tanahairnya.

– Orang Melayu menumpukan perhatian kepada Timur Tengah dan Indonesia sebagai teras perjuangan mereka.

• Penduduk Malaysia masih berpuak-puak walaupun negara telah merdeka. Perasaan iri hati dan tidak percaya antara kaum berleluasa sehingga meletus tragedi 13 Mei 1969.

• Untuk menyusun semula masyarakat. – Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK), Dasar Ekonomi

Baru (DEB), dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) diperkenalkankan

• Menerapkan nasionalisme Malaysia yang positif, tidak berteras kepada perkauman dan dapat mengikat rakyat menjadi bangsa Malaysia yang bersatu padu.

• Perasaan mencintai negara akan wujud jika rakyat mengetahui fakta sejarah negara. – Melalui sejarah seseorang itu akan dapat mengetahui dan

memahami berbagai peristiwa termasuk pertumbuhan, perkembangan dan pembangunan malah kemerosotan sesebuah negara, bangsa dan masyarakat.

• Pengetahuan dan pemahaman tentang asal usul dan perkembangan tamadun manusia masa lampau boleh membantu generasi hari ini menghargai segala bentuk warisan, usaha dan sumbangan manusia yang terdahulu. – Ini boleh mendorong seseorang itu memiliki perasaan bangga dan

sayang kepada diri, keluarga, bangsa dan tanah air sendiri

• Masyarakat Melayu merupakan teras negara, namun kita tidak harus menafikan kewujudan masyarakat lain yang telah turut sama menyumbang kepada kekukuhan dan kemantapan negara Malaysia sehingga hari ini.

• Kepentingan sejarah sesuatu bangsa khasnya harus berteraskan kepada sejarah masyarakat peribumi bagi pemantapan pembinaan negara bangsa. Dalam hal ini, masyarakat Melayu harus menjadi tunggak ketuanan, patriotisme dan nasionalisme negara bangsa. Ini boleh memastikan keutuhan negara dan bangsa akan terjamin.

• Budaya sebagai teras keutuhan dan kekuatan bangsa amat penting walaupun setelah pencerobohan kuasa asing. Ia akan terus berperanan walaupun ketika masyarakat khususnya orang Melayu berada di luar rantau Melayu. Sebab itulah sejarah penting bagi melanjutkan usaha pembinaan bangsa dan negara berdasarkan peristiwa masa lampau, dan membentuk perubahan yang bersesuaian dengan keadaan semasa dalam membina dan menghadapi cabaran paradigma baru.

KESIMPULAN • Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara maju

dan terdedah kepada globalisasi.

• Sikap perkauman yang tebal bermakna Malaysia terdedah kepada konflik perkauman yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja seperti sebutir bom jangka.

• Menyusun semula masyarakat melalui dasar-dasar yang dijalankan selepas peristiwa 13 Mei 1969 merupakan langkah baik menuju pembentukan sebuah negara bangsa.