bab 1 latar belakang projek 1,2 dan... · 2.2 komponen utama 2.2.1 power window motor ......

26
BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1.1 Latar belakang kajian Dewasa ini dunia kita tidak asing lagi dengan golongan kurang upaya. Negara kita juga tidak memandang rendah golongan ini. Sehubungan itu negara telah mewujudkan pelbagai pusat pengajian khas untuk membantu golongan ini mendapatkan pendidikan supaya mampu bersaing secara sihat. Namun tidak dapat dinafikan golongan kurang upaya mengalami kesukaran untuk melakukan sesuatu kerja secara normal dalam kehidupan mereka. Pergerakan mereka juga lebih terbatas dari golongan normal. Bagi pengguna kerusi roda, mereka lebih terbatas untuk bergerak sama ada di tempat awam ataupun dirumah. Mereka mengalami kesukaran untuk mencapai atau meletakkan sesuatu barang di tempat yang lebih tinggi seperti menyangkut atau mengambil pakaian dari dalam almari. 1.2 Penyataan masalah Kebanyakkan pengguna kerusi roda mengalami kesukaran untuk menyangkut pakaian di dalam almari kerana kebanyakkan almari yang dihasilkan pada masa kini lebih besar dan tinggi. Faktor fizikal mereka yang tidak boleh berdiri dan mencapai barang di tempat yang lebih tinggi menyebabkan kerja menjadi beban. Konsep reka bentuk almari ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pengguna kerusi roda. Oleh yang demikian, almari dengan penyangkut pakaian boleh laras amatlah diperlukan.

Upload: vunhu

Post on 23-Mar-2019

302 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

BAB 1

LATAR BELAKANG PROJEK

1.1 Latar belakang kajian

Dewasa ini dunia kita tidak asing lagi dengan golongan kurang upaya. Negara kita juga

tidak memandang rendah golongan ini. Sehubungan itu negara telah mewujudkan pelbagai pusat

pengajian khas untuk membantu golongan ini mendapatkan pendidikan supaya mampu bersaing

secara sihat. Namun tidak dapat dinafikan golongan kurang upaya mengalami kesukaran untuk

melakukan sesuatu kerja secara normal dalam kehidupan mereka. Pergerakan mereka juga lebih

terbatas dari golongan normal. Bagi pengguna kerusi roda, mereka lebih terbatas untuk bergerak

sama ada di tempat awam ataupun dirumah. Mereka mengalami kesukaran untuk mencapai atau

meletakkan sesuatu barang di tempat yang lebih tinggi seperti menyangkut atau mengambil

pakaian dari dalam almari.

1.2 Penyataan masalah

Kebanyakkan pengguna kerusi roda mengalami kesukaran untuk menyangkut pakaian

di dalam almari kerana kebanyakkan almari yang dihasilkan pada masa kini lebih besar dan

tinggi. Faktor fizikal mereka yang tidak boleh berdiri dan mencapai barang di tempat yang lebih

tinggi menyebabkan kerja menjadi beban. Konsep reka bentuk almari ini adalah untuk

meringankan beban yang ditanggung oleh pengguna kerusi roda. Oleh yang demikian, almari

dengan penyangkut pakaian boleh laras amatlah diperlukan.

Page 2: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mereka bentuk almari dengan penyangkut boleh laras dan memiliki ciri-ciri

keselamatan kepada pengguna.

ii. Mengfabrikasi almari yang mudah dan praktikal untuk kegunaan orang kurang

upaya.

iii. Menguji system handicapped e-cupboard oleh pengguna kerusi roda dalam

melakukan kerja harian seperti mengambil pakaian untuk dipakai atau

menyimpan pakaian.

1.4 Skop

Kajian ini menggunakan power window motor yang beroperasi dengan menggunakan

sumber kuasa elektrik. Almari turut dilengkapi lampu LED almari automatik yang beroperasi

menggunakan bateri 3A. Bahan utama untuk menghasilkan almari ini ialah keluli lembut

berongga dan plywood.

1. Menggunakan kuasa power window motor

2. Menggunakan sistem takal

3. Boleh mangangkat beban maksimum 15 kilogram

4. Boleh menampung maksimum 25 pakaian

5. Sesuai digunakan hanya untuk pakaian yang berukuran panjang maksimum 80cm.

Page 3: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1. PENGENALAN

Almari, (berasal dari perkataan bahasa Portugis (“Armario”), manakala dalam bahasa

Inggeris disebut Wardrobe, juga dikenali dengan Armoire berasal dari bahasa Perancis,

merupakan sebuah kabinet berdiri tinggi atau bersaiz sederhana untuk

menyimpan pakaian atau buku atau barang-barangan perhiasan. Pada awal kemunculan almari,

almari secara fizikalnya mempunyai struktur fizikal dan ia tidaklah digunakan sehingga ke

sesuatu ketika dimana para pemegang darjat kebesaran yang tinggal didalam istana agung dan

para bangsawan yang berpengaruh kuat yang mana ada diantara mereka yang menginap dalam

sesuatu kamar yang berasingan dari bilik menyimpan pakaian. Nama sesuatu Almari itu

diberikan bergantung kepada sesuatu bilik yang mempunyai keluasan dinding yang diselaputi

oleh cupboard dan lokar, laci menjadi penemuan yang relatif pada alaf moden. Dari almari dan

lokar, pakaian moden, dengan ruang yang mempunyai penggantung, rak dan laci, berevolusi

perlahan-lahan juga merupakan revolusi reka cipta almari dari hari ke hari.

Pada masa kini, almari merupakan suatu objek yang bagaikan wajib berada di setiap

rumah, tempat belajar, bekerja dan tempat-tempat penginapan. Fungsi khusus almari kini

pelbagai, tidak terhad hanya kepada menyangkut baju atau berkaitan pakaian. Apabila kita lihat

bentuk almari kini, kebanyakkannya mempunyai tempat menyangkut yang tinggi. Daripada

keadaan ini, muncul beberapa persoalan, bagaimanakah orang kelainan upaya (OKU) yang

berkerusi roda, lumpuh atau lain-lain menyangkut baju-baju mereka di dalam almari. Setelah

Page 4: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

berfikir secara berkumpulan, maka muncullah idea Handicapped E-Cupboard. Sebuah almari

yang boleh

dilaraskan batang penyangkutnya untuk memudahkan proses penyangkut bagi

kegunaan golongan-golongan (OKU).

2.2 KOMPONEN UTAMA

2.2.1 Power Window Motor

Rajah 2.2.1: Power Window Motor

Page 5: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

Sistem power window merupakan rangkaian dari electrical body yang berfungsi untuk

membuka dan menutup kaca pintu dengan menggunakan suis, dimana suis power window motor

terpasang pada sisi bagian dalam pintu.

Mekanisme pengangkat Regulator Power Window adalah komponen terpenting pada

sistem power window. Sebuah motor elektrik kecil yang melekat pada regulator dengan

menggunakan nisbah jumlah gigi yang memberikan tenaga putar yang cukup untuk mengangkat

tingkap kenderaan, sekaligus menjaga agar kaca tingkap mampu naik atau turun dengan lancar.

2.2.2 Lampu LED Automatik

Rajah 2.2.2: Lampu LED Automatik

Lampu LED adalah produk diod pancaran cahaya (LED) yang disusun menjadi

sebuah lampu. Lampu LED memiliki ketahanan yang lebih baik dan menggunakan cahaya

elektrik lebih sedikit berbanding daripada lampu pijar dan tetap jauh lebih berkesan

daripada lampu neon. Lampu led automatik menggunakan konsep suis sentuh, apabila terdapat

hadangan pada suis, ia akan memutuskan arus pada litar. Apabila dijauhkan ia akan

menyambung kembali arus kuasa dan mentol akan menyala

Page 6: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

2.2.3 Keluli lembut

Rajah 2.2.3: Keluli Lembut

Keluli lembut digunakan sebagai rangka utama untuk penghasilan projek ini.

2.2.4 Plywood

Page 7: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

RAJAH 2.2.3: Plywood

Papan plywood merupakan sebuah papan nipis yang diperbuat daripada kayu. Dalam

projek ini, ia digunakan sebagai tapak dan dinding almari. Bahan ini dipilih kerana ianya ringan,

murah dan mudah dibentuk.

2.3 JENIS-JENIS ALMARI DI PASARAN

2.3.1 Almari kanak kanak

Rajah 2.3.1: Almari Kanak Kanak

Page 8: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

Almari kanak kanak biasanya mempunyai bentuk yang unik dan khas dengan dunia

kanak kanak. Bagi almari kanak kanak biasanya menggunakan bahan yang selamat, kuat dan

kukuh.

Hal ini untuk memastikan aktiviti kanak kanak yang aktif selamat dari segala bahaya.

Almari ini juga direka berdasarkan minat kanak kanak dari segi motif dan bentuknya.

2.3.2 Almari Pakaian

Rajah 2.3.2: Almari Pakaian

Almari pakaian adalah untuk menyimpan pakaian atau baju keluarga yang biasanya

disimpan di dalam setiap bilik. Biasanya almari ini tidak mementingkan aspek yang terlalu

mendalam, kerana fungsi utamanya ialah hanya sebagai tempat meletak pakaian. Namun terdapat

juga penambahan cermin solek untuk menjadikan almari lebih menarik.

Page 9: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

2.3.3 Almari hiasan

Rajah 2.3.3: Almari Hiasan

Almari hiasan mempunyai ruangan utama yang luas dan biasanya pintunya dipasang

kaca untuk memperlihatkan hiasan di dalam almari. Pemilihan kabinet hiasan ini boleh menjadi

Page 10: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

pelengkap dalaman bilik yang tentunya boleh memperlihatkan isi dalaman almari. Fungsi almari

hiasan biasanya berfungsi sebagai tempat meletakkan barang barang bernilai seperti piala,sijil

penghargaan, foto ataupun lukisan.

2.4 RUMUSAN

Setelah di analisis, sesuatu reka bentuk diperhalusi dari segi fungsi binaan, bahan yang

digunakan serta keadaan yang ekonomik. Pada peringkat ini lukisan berskala dilukis bagi

mendapatkan gambaran sebenar projek tersebut. Setelah semuanya selesai barulah proses

pembinaan Handicapped E-Cupboard dilakukan.

Binaan yang dibuat adalah berasaskan pada sambungan struktur yang dicantumkan

menggunakan kaedah-kaedah tertentu supaya dapat digunakan dengan baik dan selamat. Struktur

tersebut direkabentuk dan dibina untuk menyokong beban atau daya supaya binaan tersebut

kukuh, tidak mudah tumbang atau rosak. Struktur binaan akan mengalami beban statik, beban

dinamik atau kedua-duanya sekali. Untuk itu beberapa aspek penting dakam mereka bentuk perlu

diberi perhatian yang lebih seperti:

i. Kekuatan struktur

ii. Saiz anggota struktur

iii. Faktor pemasangan dan penyelenggaraan

iv. Faktor keselamatan

v. Proses binaan

Page 11: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi merupakan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan

dalam sesuatu kegiatan. Fungsi metodologi adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan

sesuatu reka bentuk bagi menghasilkan produk yang sistematik dan bermutu tinggi.

Menggunakan kaedah PRIME:

Kaedah PRIME digunakan untuk membuat projek:

P - Problem (mereka satu reka bentuk baru).

R - Research (penyelidikan).

I - Invention (ciptaan kaedah penghasilan projek).

Page 12: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

M - Modification (pengubasuaian).

E – Evalution (penilaian).

Setiap langkah kerja dalam carta alir metodologi perlu difahami terlebih dahulu, ini

penting bagi melancarkan perjalanan projek yang akan dijalankan. Setelah memahami carta alir

tersebut, sesuatu projek dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Sepanjang melakukan kerja-kerja menyiapkan projek Handicapped E-Cupboard.

Langkah kerja yang dilakukan oleh kumpulan kami terdiri daripada:

i. Proses rekabentuk produk.

ii. Proses pemilihan bahan mentah dan komponen.

iii. Proses pemotongan bahan mentah.

iv. Proses pemasangan komponen-komponen.

v. Proses pengujian projek.

Proses-proses ini berkaitan untuk memastikan kami dapat melakukan projek mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan.

Page 13: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

3.2.1 Bahan Mentah

BAHAN UKURAN UNIT

Plywood 3 meter lebar 3 meter tinggi 1 keping

Skru 1 inci 500 gram

Keluli lembut berongga Saiz 0.5 x 0.5 inci panjang 2

meter

1 batang

Keluli lembut berongga Saiz 1 x 1 inci panjang 2

meter

10 batang

Tali kabel Saiz 0.5 cm panjang 2 meter 1 gulung

Engsel pintu Saiz 7 cm x 4 cm 4 buah

Page 14: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

Selak pintu Saiz 16 cm x 4 cm 2 buah

3.2.2 Lakaran Projek

Rajah 3.2.2: Lakaran Projek

Page 15: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

Lakaran ini dilakukan dengan menggunakan perisian berkomputer AutoCad

Inventor 2016. Perisian ini adalah aplikasi reka bentuk komputer untuk reka bentuk

mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. Dengan perisian Inventor, jurutera

boleh mengintegrasikan data 2D dan 3D ke dalam persekitaran reka bentuk tunggal,

mewujudkan perwakilan maya produk akhir yang membolehkan mereka mengesahkan

bentuk, muat, dan fungsi produk sebelum dibina. Inventor Autodesk termasuk alat

pemprograman parametrik, pengedaran langsung dan pemodelan bebas yang kuat serta

keupayaan terjemahan multi-CAD dan lukisan DWG ™.

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian ini dilakukan secara tinjauan dan temu ramah serta dilaksanakan menggunakan

kaedah kaji selidik. Tinjauan dilakukan di rumah-rumah dan pusat-pusat yang menempatkan

orang kelainan upaya ( OKU ) di sekitar Kuantan, Pahang. Soalan yang diajukan kepada

golongan ini adalah selari dengan objektif untuk membuktikan adakah masalah itu benar-benar

muncul. Temu ramah dan soal selidik hanya menumpukan kepada hanya golongan OKU yang

berkerusi roda, dan kerdil untuk mendapatkan keterangan masalah yang lebih jelas dan

meyakinkan.

3.3.1 Lokasi Tinjauan

1) Rumah Hembusan Amal Kasih Sayang, Taman Guru, Batu 5

Page 16: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

Rajah 3.3.1: Rumah Orang Tua

3.3.4 Peralatan Digunakan Dalam Kajian

Berikut adalah peralatan yang digunakan untuk membuat almari:

1. Gergaji tangan

Rajah 3.3.4.1: Gergaji tangan

Gergaji digunakan untuk memotong kayu kepada bentuk atau produk yang dikehendaki.

Page 17: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

2. Tukul

Rajah 3.3.4.2: Tukul

Tukul digunakan untuk mengetuk paku dibahagian-bahagian yang diperlukan. 3. Pita pengukur

Rajah 3.3.4.3: Pita Pengukur

Untuk mengukur tinggi, panjang, dan lebar kayu sebelum memotong.

Page 18: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

4. Gerudi tangan

Rajah 3.3.4.4: Gerudi Tangan

Gerudi digunakan untuk menebuk lubang mengetatkan atau melonggarkan skru.

5.Pencanai Tangan

Rajah 3.3.4.5: Pencanai Tangan

Digunakan untuk mengasah pemukaan besi yang tidak rata dan memotong kepingan besi

yang nipis.

Page 19: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

6. Pemotong besi

Rajah 3.3.4.6: Pemotong Besi

Digunakan untuk memotong batang besi kepada saiz yang diingini

7. Mesin kimpalan MIG

Rajah 3.3.4.7: Mesin Kimpalan Mig

Digunakan untuk menyambung besi-besi melalui kimpalan.

Page 20: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan ialah konsep penilaian dan pemilihan di analisis

dengan membandingkan konsep rekaan tersebut. Cara ini dilakukan dengan memberi mata

kepada setiap konsep yang dilakarkan didalam konsep yang terbaik.

3.4.1 Konsep Lakaran

Konsep 1

Page 21: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

Rajah 3.4.1.1 : Konsep Lakaran 1

Kelebihan Kekurangan

Boleh memuatkan pakaian pelbagai saiz Tidak boleh memuatkan banyak pakaian

Mudah dialihkan Sistem pergerakan penyangkut tidak lancar

Boleh diletakkan dikawasan yang kecil Terlalu tinggi iaitu 6 kaki

Konsep 2

Page 22: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

Rajah 3.4.1.2: Konsep 2

Kelebihan Kekurangan

Boleh dimasukkan banyak pakaian Tidak boleh memuatkan pakaian yang

panjang lebih daripada 70 cm

Mudah dialihkan Sistem pergerakan penyangkut tidak lancar

Boleh diletakkan dikawasan yang kecil Rekabentuk tidak cantik dan terlalu rendah

ketinggiannya

Page 23: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

Konsep 3

Rajah 3.4.1.3: Konsep 3

Kelebihan Kekurangan

Boleh memuatkan banyak pakaian sehingga

25 helai

Tidak boleh memuatkan pakaian yang

melebihi 80cm

Mudah dialihkan

Boleh diletakkan dikawasan bilik yang kecil

Sistem pergerakan penyangkut lancar

Rekabentuk yang cantik

Page 24: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

Keputusan adalah berdasarkan kelebihan dan kelemahan. Jika terdapat kelemahan

didalam konsep yang dipilih ianya boleh diperbaiki.

NO Kriteria Interest criteria

Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3

1 Kecekapan 4 - + +

2 Rekaan komersial 3 - - +

3 Kos 3 - - +

4 Operasi 4 - + +

5 Mudah alih 5 + + +

6 Saiz projek 2 + - +

7 Jumlah + 2 3 6

8 Jumlah - 4 3 0

9 Jumlah keseluruhan -2 0 6

Rajah 3.4.1.4: Jadual Penilaian Dan Pemilihan

3.4.2 Kos Anggaran

KOS ANGGARAN

KOMPONEN KUANTITI HARGA

Page 25: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

3.5 RUMUSAN BAB

Metodologi yang jelas amat penting sebelum menjalankan sesuatu kajian. Ini kerana

kualiti kajian itu bergantung kepada ketepatan penggunaan kaedah yamg sesuai dengan objektif

Plywood 3 unit RM200

Power window motor 1 unit RM40

Lampu led automatik 2 unit RM10

Paku 500 gram RM5

Double roller 3 unit RM36

Engsel 4 unit RM10

Keluli lembut pelbagai saiz 11 unit Percuma

Selak pintu 1 unit RM2

Roda 4 unit RM10

Skru 1 paket RM5

JUMLAH RM348

Page 26: BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK 1,2 dan... · 2.2 KOMPONEN UTAMA 2.2.1 Power Window Motor ... mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. ... Mesin Kimpalan Mig

kajian, objektif dan persoalan yang ditetapkan oleh penyelidik. Metodologi ini sewajarnya

menggunakan teknik yang betul dan bersistematik bagi menghasilkan dapatan idea yang

mempunyai kesahihan dan nilai yang tinggi. Selain itu, prosedur pengumpulan data iaitu kaedah

soal selidik juga diterangkan bagi memastikan idea dapat digabungkan dan dicerna dengan lancar

dan sistematik dan menghasilkan projek yang berkualiti dan inovatif.